Pages

Friday, 22 April 2011

Ikan wadi dengan kari telur je


Ikan wadi

Hari ni aku masak simple ajelah. Goreng ikan wadi dengan kari telur aje. Ikan wadi ni hubby aku beli kat kampung dia kat Semanggol, Perak. Orang banjar memang panggil ikan wadi, yang lain panggil ikan pekasamlah gamaknya. Bukan aku reti sangat pun.

Biasanya aku goreng dan tumiskan dengan bawang besar je. Kalau ada cili kering lagi sedap. Ala-ala ikan masin juga rasanya. Makan saja dengan nasi panas pun memanglah sedap. Gambar ikan wadi kat atas tu aku ambil di blog adik ni : Blueberry Cheese... dia masak lagi hebat. Terliur aku dibuatnya.

Anak-anak memang suka makan kari. Sama macam arwah ayah aku. Tak kiralah kari ikan, kari ayam atau pun kari telur ayam. Aku buat pun tak pedas sangat, sesuailah untuk anak-anak aku. Teringat dulu mak marah aku sebab tak tumis kari tu sampai pecah minyak. Maknanya tak sampai masak betul. Hasilnya masakan kari jadi tak sedap le. Itu kisah nak mengelat masa kecik-kecik dulu. Kerana teguran maklah aku akan sentiasa terfikir tentang mak setiap kali masak kari.

Telitinya mak aku memasak. Bila karinya dah masak, mak aku akan alihkan periuk ke tempat yang sejuk. Begitu juga setiap kali mak masak lemak, mak akan alihkan juga periuk tu. Takut santan pecah katanya. Bila santan pecah tu memang masakan jadi tak cantik dan tak sedap. Itu mak aku kata kat aku le. Tak tau le apa yang pakar kata..he..he.. aku ni hentam aje.

20 comments:

  1. 1st time saya dengar ikan wadi ni...macam ikan talapia kecik aja kan..

    ReplyDelete
  2. Fuhh interesting. Bleh try ni

    ReplyDelete
  3. Pergh!!! ikan pekasam favourite ummi,xde lauk lain pun takpe..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar nama ikan wadi, tapi dari segi rupa memang dah selalu saya 'baham' ikan nih ehehe..

    ReplyDelete
  5. wadi...first time dgr ni kak..biasa panggil ikn pekasam je..

    ReplyDelete
  6. haha. bukan saya masak kak. mama yg masak.ihihihih

    ReplyDelete
  7. Daddy Ziyyad : biasa depa buat dgn ikan puyu atau sepat. mmg nampak mcm talapia je rupanya.

    ReplyDelete
  8. kay shafiQ : biasa stok beli kat bagan serai je. tapi ada yg jual online.

    ReplyDelete
  9. diana : mesti nak rasa kari diana. mesti..biasanya utamakan yg depa suka je.

    ReplyDelete
  10. ummiross : dgn nasi panas... selera

    ReplyDelete
  11. shafiq ahmad : ecehh... kulaan niring dahhhh..

    ReplyDelete
  12. Muhaimin : goreng garing pun sedap

    ReplyDelete
  13. mama tims : ikan pekasam lah yang oii. ikan wadi tu org banjar je yg panggil.

    ReplyDelete
  14. BlueberrY CheesE : janji sedap... terliur tengok

    ReplyDelete
  15. rupanya ikan wadi tu ikan pekasam ya. bertambah vocab hari ni :)

    ReplyDelete
  16. Dinas Aldi : vocab banjar tu kak dinas.. he..he..

    ReplyDelete
  17. telan air liur nengok gmbr lauk kak liza ni...

    akak..nk p kenduri ujang ke? kalau nak, wani pon nk follow..hihi..leh kenal2...segan plak kalau xde geng :(

    ReplyDelete
  18. Aku Ibu Muda : nanti ada rezeki akak bagi wani merasalah pulak ye..

    nak juga.. roger fb

    ReplyDelete
  19. Sedapnya ikan pekasam kak. Hari tu mak mertua ada bekalkan pada ida masa balik batu Gajah...

    Malam ni gorenglah makan dgn nasi panas perghhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete