iklan

Followers

Pages

Monday 9 May 2011

Asterisk Boutique di blog Ben Ashaari


Iklannya betul-betul atas post terkini

Terkejut aku pagi ini melihat iklan yang terpampang di papan iklan kedua utama blog 'Ben Ashaari'. Betul-betul di bawah nama blog masakan yang hebat iaitu blog Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan. Alhamdulillah! Maju setapak lagi selepas bertukar ke domain sendiri pada February 2011 lalu! Aku tumpang gembira dan terharu dengan kejayaannya. Aku terharu kerana ia adalah blog satu-satunya adik kandung aku yang ada di dunia ini. Selepas dia mak aku tak mengandung sapa-sapa dah!



Hebat sangat ke dapat letak iklan di blog 'Ben Ashaari'. Mungkin ada juga yang rasa tidaklah hebat tapi bagi aku pasti akan rasa terharu kala memikirkan andai iklan aku berada di papan iklan kedua utama blogger terhebat masa kini. Tak percaya dia antara yang terhebat? Lihatlah rankingnya untuk dalam gambar bawah ni. Klik SINI dan boleh vote untuk Ben sekali!


Baru setahun lebih sikit aje dia berniaga online umpama baby baru belajar berjalan, memanglah mengharapkan setiap perniagaan itu maju dengan cara yang terhormat dan sihat. Hati siapa yang tidak gembira bila usaha membuahkan hasil dan keyakinan pelanggan juga semakin bertambah dan dari banyak negara pula.

Siapa kata tiada dugaan yang tidak sengaja atau sengaja dek kerana cemburukan kejayaannya. Namun semua dugaan itu diabaikan dengan berdoa kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan.

Tahukah korang kedai online adik aku ini adalah secara part time saja. Dia bekerja tetap di Petaling Jaya. Masanya sangatlah padat dengan kedai online, kerja tetap dan juga keluarga. Namun semua itu dilaluinya dengan tabah demi keluarga tercinta dan minat yang mendalam. Sokongan suami, ahli keluarga, rakan-rakan dan para pelanggan yang dihormati telah memberikannya satu kekuatan dalaman yang hebat.

Bersikap positif dan bertindak positiflah, Insyaallah kejayaan itu akan datang.

Sempena hari ibu dan hari guru, Asterisk Boutique mengadakan tawaran harga diskaun yang istimewa bagi para pelanggan dari 6 Mei hingga 12 Jun 2011 ini. Tunggu apalagi para peminat pelbagai jenis tudung dan kain ela tidak kira membeli sehelai dua atau pun secara borong. Jom terjah blog ASTERISK BOUTIQUE.

8 comments:

Hanis MY said...

tahniah akak! i likeee...mga bisnes terus majuuuu

Eyrique Ettiqazz. said...

tahniah to her...nak tanya ada buat segmen ker..mcm mana nak join?tell me thru shoutmix ok + link sekali...

hanis ni mesti x fhm cite.kihkihkih

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis MY : TQ hanis.. bisnes adik akak lah yang oi..

Eyrique Ettiqazz. : hanis pening sikit tu.. he..he.. tak pe le.. nanti ada segmen saya inform EE lah.

Asterisk Boutique Administrator said...

hehe... thank you *(^_^)*

Unknown said...

nak tengok la satgi..
mana tau kot2 ada tudung yang saya bekenan..:)

Muhaimin said...

Alhamdulillah, cara berniaga yang betul. Awal2 dulu pun saya selalu guna teknik yang sama untuk dapatkan trafik..

ummiross said...

tahniah Asterisk Boutique, semoga terus maju

Asterisk Boutique Administrator said...

InsyaAllah, terima kasih atas ucapan dan doa.

Abg ben ada buat satu entri ringkas tentang asteriskboutique... appreciate sangat...

http://www.benashaari.com/2011/05/sempena-hari-ibu.html