iklan

Followers

Pages

Monday 18 July 2011

Diana tu cerewet!

Terima kasih banyak-banyak pada Diana sebab sudi mempromosi blog Asterisk Boutique. Walau pun itu bukanlah blog aku, ianya blog adik kandung aku tapi sebagai kakak aku turut gembira atas setiap kejayaan yang dia perolehi.

Terkejut juga sebab setahu aku Diana bukanlah orang yang senang-senang nak suka barang-barang online ni. Tak gitu Diana? Tapi tajuk entrynya 'Asterisk Boutique terbaik' memang mengejutkan aku.

Sebagai pelanggan, Diana juga agak cerewet tentang barang-barang yang dijual secara online. Memang itu yang sepatutnya pun sebab barang bukannya depan mata kita. Terkadang kita takut juga kualiti tak sama seperti yang di war-warkan dalam website.

Aku mungkin tiada masalah dengan produk Asterisk Boutique memandangkan aku memilih tudung yang semuanya depan mata aku je di rumahnya. Bukannya main pilih dari gambar-gambar dalam blognya.

Secara peribadi, adik aku memanglah cerewet. Terkadang lebih cerewet daripada aku. Maka kualiti tudung yang aku pilih darinya memang setanding dengan jenama terkenal. Harga pun murah! Kadang-kadang berjam-jam memilih tapi tak dapat juga buat keputusan sebab bajetnya nak sehelai dua tapi yang dipilih sampai lima ke enam helai. Rambang mata wehhhh!

Sebab apa aku kata Diana cerewet? Sebab entry dia yang ini le.. he..he.. :

5 comments:

Unknown said...

kak liza telah bersengkongkol dengan suami saya..
dia selalu cakap saya cerewet dan suka memilih..
hahahha...
yang saya perasan kak tudung kat butik dia selalu nya lebih pantas keluar dari yang kat kedai..
saya selalu jamu2 mata kat kedai2 tudung ni.ada yang keluar kat butik online dia tapi kat kedai tak de keluar lagi..lambat.

kurus said...

rasanya semua org perempuan cerewet x mudah nak terima bulat2 , nak2 saya nie .. cerewet dlm segala hal tapi bertempat lah kan ..

semua wanita mcm tu rasanya .. kalau bab bertudung nie janji selesa , murah dan menutup aurat tuuu yg diutamakan :)

Ummiross said...

tudung kat Arterisk boutique tu cantik2, ummi ada jugak singgah, cuci mata...

Asterisk Boutique Administrator said...

hehe... time kasih tu sis diana :-)

dan time kasih kepada kakakku yg jelita :-)

tim_fs said...

saya pon kekadang cerewet kak liza..tp kekadang tu klu nak cpt soping rembat je mana yg patut...hehehe..