iklan

Followers

Pages

Thursday 14 July 2011

Jalanraya kan ada! Guna laa...!

Jika semalam anak aku Amirul (form 1) pergi ke rumah kawan baiknya Irfan untuk sama-sama menyiapkan homework Sejarah. Hari ini Irfan pula datang ke rumah aku untuk sama-sama menyiapkan homework Matematik pula.

Aku harap ada perubahan yang positif dalam peperiksaan mereka akan datang.

Hari Selasa, 12 Julai 2011 aku ke SMK Bandar Seri Putra untuk ambil keputusan peperiksaan Amirul. Aduhai! Tepuk dahilah aku tengok, usahkan nak nampak ada A atau tak, huruf C pun tak ada untuk 8 matapelajaran utama.

Petang tu aku call mak Irfan beri cadangan kalau anak aku dan anak dia boleh belajar sama-sama menyiapkan homework sama ada di rumah dia atau rumah aku. Biar bersemangat sikit mereka belajar. Alhamdulillah! Mak Irfan pun setuju juga.

Selepas ambil Aishah di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi, aku terus singgah kedai buku Pustaka Rakyat yang terletak di Seksyen 7. Amirul pun ada ikut sama, nak cari buku Sejarah katanya. Jadi aku belikan buku latihan topikal Sejarah, Geografi dan Matematik.

Jadi guru tuisyen diaorang pulaklah aku.

Malam tadi Amirul buat latihan Geografi tentang soalan peta lakaran. Dia nak kira jarak dari hotel ke rumah rehat. Terkebil-kebil aku tengok dia nak mengira. Jadi aku pun tegur dia :

Aku : Abang nak ke rumah rehat tu kena redah hutan ke?
(aku tengok Amirul meletakkan pembarisnya dari hotel terus ke rumah rehat dalam peta tu)

Amirul : (Diam je! Masih memandang soalan, tengah berfikir agaknya!)

Aku : Soalan tu kata 'melalui jalanraya kan?' (Aku bagi klu kat dia)

Amirul : A'aaaa.... betullah ikut jalanrayaaaa... (Tak baca soalan betul-betul!)

Aku : Haaa.. baru sedar? Orang dah bagi jalan, nak lalu jugak ikut hutan! (Menyindir!)

Geram je kan! Pakai logik le Amirul. Aku bukan pandai sangat Geografi tapi soalan macam ni tak payah study pun boleh jawap.

Bila aku tanya Aishah "Amirul tak tau nak kira jarak dari hotel ke rumah rehat!".

Aishah boleh jawap "Kira jarak jalan la... ikutlah skil yang dia bagi". Padahal Aishah tak tengok pun soalan tu!

"Entahlah kak! Dia nak redah jugak hutan tu!", aku kata. Lepas tu gelak sama-sama..he..he..

8 comments:

faizalnizam said...

hahahaha.. mungkin Amirul melihat dari minda adventurous sebab tu dia nak lalu hutan :)

jeBateja said...

waka...waka....tak baik oooo....ikut udara jer lah......ahakz

Tinta Lana said...

Kak Liza, teringat ulah lana sendiri, bila kecik2 dulu..salu abah yang ada kat sebelah, ajar itu ini..kdg2 terlintas, macamana la abh boleh bersabar dengan 'kecerdikan' lana satu ketika dulu.. ^_^

Muhammad Izuan said...

geografi ni best. seronok belajar...

zati embong said...

hihi.berusaha dia utk faham soalan 2.

Unknown said...

hehehe..
amirul ingat dia hang tuah kot..:p

Muhaimin said...

Hebat Amirul hehehehe...

Dina Zakaria said...

want ur blog to be reviewed??

meh gi blog i meh..

http://arvanees.blogspot.com/2011/07/u-vote-i-review-ur-blogaci-tak.html