iklan

Followers

Pages

Wednesday 27 July 2011

Mencari cinta lain di facebook! Berbaloi ke?


Gambar cilok SINI

Masalah ni dah banyak berlaku di sekeliling kita. Semuanya gara-gara facebook. Itulahkan, apa benda pun kalau disalah guna akan jadi rosaklah pengakhirannya.

Facebook ni kalau diguna dengan elok, boleh datangkan banyak manafaat juga.
Antara yang aku dapat dari facebook :

1) Jumpa kawan lama masa sekolah rendah, menengah, politeknik dan tempat kerja lama.
2) Kenal lebih ramai saudara mara, sepupu-sepapat mak dan ayah aku.
3) Ramai yang sudi jenguk blog aku ni.
4) Alhamdulillah! Perniagaan aku menjana rezeki untuk keluarga aku.
5) Berita gembira dan sedih sesama rakan dan saudara mara dapat diketahui dengan cepat.
6) Berita dan kisah sedih yang dikongsi buat kita insaf sikit (sikit je?)
7) Seronoknya dapat jumpa cikgu-cikgu lama masa sekolah rendah dulu.

Facebook tak elok kalau digunakan untuk menipu orang, menagih cinta pakwe atau makwe lama, memfitnah orang dan macam-macam lagi hal-hal yang negatif.

Memang benar bukanlah facebook semata-mata menyebabkan ramai yang rosak. Ada juga disebabkan oleh SMS, email, blog dan segala macam barang IT sekarang. Tapi facebook sebagai medium yang sangat mesra... boleh chatting dengan pantas dan tukar-tukar gambar dan video memang cepat juga mengundang dosa.

Yang menipu orang tu memanglah kerja dia menyusahkan orang. Moga dilaknat Allah dan insaf dengan segera. Cuma tak tahan mereka yang boleh pulak curang dalam facebook sama ada cinta lama atau baru. Jangan mudah tergoda!

Apa yang nak dikejar bila rumahtangga yang sedia ada dah bahagia seadanya. Bergaduh? Biasa laa sikit-sikit tu. Kalau banyak sampai pukul-pukul tu memang tak bahagia. Masalahnya yang gaduh sikit-sikit dah nak mengadu cinta dengan yang lain. Aku yakin kalau dia bercerai pun dan kahwin dengan yang baru tu, gaduh akan tetap ada. Silap-silap lebih teruk keadaannya. Memang malanglah.

Ingatlah, tiada wanita atau lelaki yang sempurna akan benar-benar menepati 100% ciri-ciri yang kita inginkan. Cukuplah pasangan kita itu seorang yang beragama, bertanggungjawap dan menjaga diri seadanya. Kalau nak tip-top maka diri kita sendiri pun kena tip-top jugalah, barulah sepadan. Syukur dia terima diri kita begini.

Ini kisah menarik tentang curang akibat facebook dan akibat yang ditanggungnya di SINI. Elok baca untuk ambil ikhtibar.

13 comments:

Unknown said...

setuju.FB ada kebaikan dan keburukan :)

Kak Aya said...

betul FB ni kalau salah guna boleh buat hidup jadi porak peranda.

mas saari said...

betul kak! saya pun jumpa semula kawan2 masa sekolah rendah dulu kat FB..

tapi memang ramai yg salahgunakan FB ni..

Anonymous said...

Ex-boyfriend saya masa kami umur 17 tahun dulu, dah kahwin dah, ada anak 2 org.

Tiba-tiba dia contact saya balik kat FB. Dia chat dgn saya, mcm2 la ayat dia merayu itu ini. Katanya dia sayang saya lagi la, itu la, ini la.

Mujurlah benteng saya kuat. Saya sentiasa ingat pesan mak saya, "SAY NO TO MARRIED OR ENGAGED MAN".

Saya trus ignore ex bf saya tu, dan sekarang ni kalau dia komen status saya pun, saya jawab ala kadar je. Kawan still kawan tapi tak boleh rapat dan no contact thru phone apatah lagi berjumpa.

Sebenarnya pokok pangkal diri sendiri. Kena kuatkan benteng dan berusaha sedaya upaya utk tepis hasutan syaitan. Kita mmg manusia yg lemah tp Allah kan ada. Mintak tolong pada Allah untuk dapatkan kekuatan.

Puan Kutu said...

byk yg jadikan fb sebagai medan luahkan perasaan.terutama ketidakpuasan hati.sy pernah tgok rakan sekerja bergaduh hanya kerana luahan perasaan di fb,klu ye pun tak puas hati tak perlu nk bgtau satu dunia.mengaibkan diri org lain.pastu tulis itu ini macam dia baik sgt..sedih dgn org macam nie.kurang kasih syg..mengharap rakan di fb mnyokong kata2 dia..:)

Unknown said...

kat facebook saya ada la sorang rakan yang mengejar cinta lelaki lain.
padahal anak 5 dah tu.
suami pun ada..
saya tak kenal dia.
bila masa jadi rakan entah la..

najihahfara said...

hemmm skang fb lebih banyak keburukan..org dah salah gune..

Ummiross said...

setuju sangat pendapat KNOWLEE tu, sentiasa minta perlindungan Allah.
Bak kata Liza jugak, bersyukurlah dengan apa yang ada. Allah akan menambahkan nikmatnya..

ir yien 9897 said...

Mneyampah,Tak suka FB, Fb membuat kan bf jumpa aweks lain..

eh macam dah terkena jer yien kan..huhuhu

Ibu Muda 30series said...

huhuuu...bosan dh FB la ni :(

Hanis Azla said...

setiap perkara ada kebaikan dan keburukannya.. so kitalah kena pandai2 menggunakannya dengan berhemah.. sbb kuasa itu ada ditangan kita..

syiela said...

guna FB just untuk kwn2. selau make sure btul2 kwn bru approve :)

Muhammad Izuan said...

sy x suka fb. sy guna fb just utk tgk ikan laga. sbb sy pun meniaga ikan laga. hehe