iklan

Followers

Pages

Tuesday 27 December 2011

Mimpi buruk malam tadi, kenapa?

Sakit kepala malam tadi, ada juga terasa mual sikit. Eh! Macam sama dengan cerita heroin dalam kisah Ombak Rindu pula ye! Opss...tak pregnant, cuma symptom biasa yang ku alami setiap kali hampir nak PMS. Selalunya lebih teruk aku kena migraine tapi mungkinkah kesan jamu Herba Angin dan Sihat Wanita yang aku amalkan memberi pengaruh yang baik.

Aku jarang demam tapi bila badan terasa seram sejuk, maka aku akan cepat-cepat makan 2 biji jamu Sihat Wanita. Dengan izin Allah, demam tu tak menjadi. Mungkin korang boleh cuba amalkan juga. Tak ada jual di pasaran luar, ada kat SINI aje yang jual.

Aku tidur awal malam tadi dengan membiarkan si kecil Arif bermain di dalam bilik sambil hubby sibuk mengadap facebooknya. Terjaga aku dalam pukul 1 pagi, Arif sudah pun terlelap di tengah-tengah antara aku dan hubby. Terpaksalah aku mengangkatnya dan alihkan ke katilnya di sebelah aku yang memang aku rapatkan kedua-dua katil.


Arif tidurnya buas hingga lintang pukang. Kadang kakinya naik ke muka aku. Takut pula nanti mengganggu tidur ayahnya yang nak kerja esok pagi. Macam tu lah aku masa kecil-kecil dulu. Pernah kaki aku kena cubit dengan kakak aku dulu sebab hinggap di muka dia. Pernah juga aku tersedar rupanya dah tergantung pada kelambu antara katil dengan lantai. Itulah aku masa kecil dulu... Tersenyum juga bila teringat dan pasti waktu yang sama aku teringatkan arwah ayah.

Sakit kepala tak hilang lagi, rimas pula aku dibuatnya. Aku lansung bangun dan makan 2 biji jamu Herba Angin dengan harapan mual dan sakit kepala aku hilang. Aku sambung tidur.

Lain pula yang jadinya bila aku mula bermimpi yang aku seperti orang kecewa. Aku termenung seketika di tepi pantai dan kemudian bergerak perlahan menuju ke arah laut. Entah apa yang aku fikirkan hingga aku hampir tenggelam di situ tetapi tiba-tiba saja pantas rakan aku menarik aku keluar. Rakan pejabat yang lama semasa aku praktikal tahun 1992 dulu. Tiba-tiba saja muncul dalam mimpi aku. Tak ada kaitan betul!

Aku dimasukkan ke hospital. Aku menjadi begitu murung hingga tidak mempedulikan tentang makan dan minum aku. Anehnya aku ingat apa yang berlaku dalam mimpi aku untuk aku ceritakan di sini. Dan aku terbawa dengan kesedihan dari mimpi itu hingga air mata aku mengalir sebaik terjaga pukul 5.30 pagi.

Syukur sebaik terjaga, sakit kepala aku dah pun hilang. Aku abaikan mimpi tadi dan sambung tidur, mengantuk sangat. Aku hanya terjaga bila hubby cepat-cepat kejutkan aku untuk solat subuh dan minta aku gosokkan baju kerjanya sekitar jam 6.40 pagi.

Selalunya ramai yang kata mimpi hanya mainan tidur dan ada juga yang punya pengertian di sebaliknya. Kita ambil yang positif untuk menilai kembali tindakan kita selama ini apakah benar atau sebaliknya. Tentu ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan.

4 comments:

mas saari said...

walaupun mainan tidur tapi ada jugak mimpi yang jadi kenyataan...

Unknown said...

hahah..
masa dulu saya pun gitu kak liza..
pernah mencubit dan di cubit masa tidur..
gara2 kaki naik ke muka orang..

biasanya kalau saya mimpi buruk bagi kesan jugak bila saya bangun..mula nak menangis,,nak tidur semula tak boleh..tapi saya cukup malu nak cerita mimpi pada orang..
tak tahu la kenapa..
heheheh...lebih suka simpan je..:p

Hanis Azla said...

ganas betul tidurnya akak dulu ye.. smp anak pun ikut.. he..he.. mimpi kdg2 buatkan kita terkenang2 kan.. emosinya terbawa2 sehingga jaga..tapi betullah cakap akak, kita mesti fikirkan yg positif saja..

kak thanks ye utk guide td.. appreciate it so much.. klu tak saya sesat kat tempat sendiri.. malu!!! he..he..

Dinas Aldi said...

Ada orang cakap bila mimpi laut atau air banyak tu, maknanya nak dapat duit, kihkih! Tapi itu kata orang saja, bukannya boleh percaya pun.

Liza, sudi tak bagi alamat, akak nak hantar fridge magnet.

zilndnas@gmail.com