iklan

Followers

Pages

Tuesday 20 December 2011

Wan Chik yang berbudi - Kampung Padang Changkat

Tak banyak yang aku tahu tentang dirinya. Dia adalah isteri kepada bapa saudara yang sangat aku kasihi, Pak Hassan. Cantik dan puith kulitnya hingga ke hujung usia dengan raut wajah yang penuh kasih sayang, ku panggil dia Wan Chik. Satu panggilan yang biasa kepada mak saudara bagi kebanyakan keluarga di Kuala Kangsar Perak.

Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak. Cantik juga gambar guna kamera handphone aku ni.

Pada hari Rabu, 14 Dis 2011 aku terima SMS dari abang sulung. Wan Chik masuk GH Ipoh katanya. Aku melihat perkembangan yang tidak memberansangkan di group keluarga di facebook. Kritikal kata mereka, sanak-saudara saling memberi komen.

Hari Khamis malam 15 Dis 2011 hati aku terdetik memikirkan yang bukan-bukan. Apakah Allah ingin mengambilnya di hari Jumaat yang mulia. Namun pada waktu yang sama perasaan itu aku buat tak endah pula. Niat di hati ingin melawat ke sana pada petang Jumaat, selepas habis waktu hubby kerja.

Pukul 10 pagi Jumaat, 16 Dis 2011 aku terima panggilan dari anak saudara (anak sepupu aku) memberi khabar berita menyedihkan. Opah telah pergi katanya. Menangis tidak, aku hanya terdiam. Memang benar-benar Wan Chik pergi buat selama-lamanya pada hari Jumaat. Moga Allah tempatkan Wan Chik di kalangan ahli syurga.

8 tahun Wan Chik menderita sakit buah pinggang. Selama itu jugalah Pak Hassan setia menemani dan menguruskan makan pakai isterinya sejak arwah sakit. Wan Chik menghembuskan nafas terakhirnya di GH, Ipoh.

Pak Hassan yang aku pernah buat entrynya tentang "Pesanan Pak Hassan buat anak cucunya". Dalam youtube dalam entry tu mungkin korang boleh perasan arwah isterinya ada bersama. Kelihatan dalam tu Wan Chik terbaring di atas katil dengan Pak Hassan duduk di sisinya.

Aku hanya dapat ke rumah Pak Hassan pada hari Sabtu petang. Turut serta juga abang kandung aku menemani melawat Pak Hassan. Banyak perkara yang Pak Hassan ceritakan pada aku tentang Wan Chik. Antara yang paling istimewa tentulah Wan Chik memang hebat tentang memasak.

Memang benar pun Wan Chik memang pandai memasak terutama sambal tumis ikan bilisnya dan masak lemak apa pun. Arwah memang lansung tidak gemar makan di restoran kerana risau tentang bersih dan sedapnya makanan yang di sajikan. Kakak kata Wan Chik rajin bawakan nasi untuk mak aku semasa dia masuk hospital akibat kemalangan tahun 1978 dulu.

Wan Chik dan Pak Hassan umpama ibu dan ayah pada arwah ayah aku walau pun pada hakikatnya mereka merupakan abang dan kakak ipar. Merekalah yang menjaga arwah ayah di zaman remajanya dulu. Memang banyak sangat budinya pada arwah ayah yang buat kami adik-beradik sentiasa menghargai mereka berdua. Apatah lagi anak-anaknya yang juga sepupu pun sangat rapat dengan aku dan adik beradik yang lain.

Sempat aku bergambar dengan Pak Hassan. Raut wajah yang buat aku sentiasa teringatkan arwah ayah.

Lansung aku ziarah pusara Wan Chik yang hanya perlu jalan kaki saja dari rumah Pak Hassan. 5 minit dah sampai, memang dekat sangat. Bacaan surah Yassin dan Alfatihah buat arwah Wan Chik.


Wan Chik disemadikan di antara pusara ibunya dan anak saudaranya.

Inilah rumah Pak Hassan di Kampung Padang Changkat, betul-betul jalan masuk belakang Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Kampung yang penuh dengan sejarah berharga.


Boleh jenguk link SINI dan SINI untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang keistimewaan kampung ni.

Berjalan kaki balik dari kubur, lalu depan homestay Changkat Warisan, jumpa facebooknya di SINI.


Abang kandung aku berjalan dengan sepupunya yang sebaya. Kawan mandi sungai masa kecil-kecil dulu!

1 comment:

Unknown said...

Al-fatihah..


saya tak pernah dengar pulak nama kampung ni..
tapi suasananya indah la kak..:)