iklan

Followers

Pages

Thursday, 30 June 2011

Alamak! Terlebih sudah!

Aku pernah tengok youtube ni masa dalam rancangan yang dihostkan oleh Oprah Winfrey. Aku memang suka tengok show dia. Banyak kisah kehidupan yang dia paparkan dengan cara yang sangat menarik.

Youtube ini tentang tips-tips jimat belanja. Mungkin boleh ambil sebagai panduan juga. Setakat ni yang aku tau simpan kupon Tesco je untuk shopping. Dapatlah diskaun sikit dalam RM10. Jadi le! Cuma masalahnya hubby aku lebih suka beli barang di Giant.

Banyak kali dah dipesan sebelum shopping barang dapur terutamanya :

1- Sediakan senarai barang yang perlu dan penting sahaja.
2- Buat perbandingan harga dan ambil kira kualiti juga.
3- Guna kad kupon jika ada.
4- Boleh guna kad kredit yang ada rebet tapi cukup bulan bayar penuh le.


Bukan korang aje, aku pun selalu juga membeli mengikut nafsu. Kuatkan semangat agar jangan terlebih belanja yang bukan-bukan. Happy shopping!


Hebatnya air


Air sejuk bersih yg tidak d masak adalah air yg lebih baik dan lebih hebat d gunakan untuk d jadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen (udara) yg tinggi.

Apabila anda terperanjat, lupa, bertindak melulu secara tiba2 atau terganggu perasaan, minumlah air. Garam kristal dan air adalah unsur kejadian yg sama atau air dalam Rahsia Nafas. Nafas itu adalah dlm rahsia oksigen dan pengaliran setiap darah pd tubuh kita memerlukan oksigen yg cukup dan sempurna(inilah rahsia air d dalam nafas tubuh).

Oleh itu paru2 adalah organ yg amat sensitif dalam menghadapi serangan bukan sahaja kpd alahan dan jangkitan, malah kpd rasa marah, gelisah,buru2,benci,dendam,khianat dan byk lagi, malah paru2 juga menyimpan rahsia NAFAS AIR. Nitrogen, oksigen, dan hidrogen adalah rahsia air yg akan bertukar bentuk secara ghaib d dalam tubuh sekali gus sudah tentulah tidak ternilai harganya.

Oleh : DrJaffry Hassan (facebook)

Wednesday, 29 June 2011

Tua mengejar kita

Layan lagu Fauziah Latiff

Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu

Memilih calon pasangan

Ini merupakan pengalaman peribadi beliau dalam memilih calon isterinya :

- Tukar biodata dengan sang calon untuk mengetahui latar belakang dan kekufuan. Jika ada keserasian, maka solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah.

- Kemudian jika hati dikuatkan, maka datang melihat calon isteri. Melihat hanya sebatas yang boleh dilihat yakni wajah untuk melihat kecantikan, tangan untuk melihat bahawa tidak cacat. Kemudian solat istikharah lagi. Jika dikuatkan hatinya, maka boleh melamar.. InsyaAllah

Bagaimana pula dengan korang semua? Islam itu lengkap, maka ada garis panduan untuk kita memilih calon-calon pasangan. Pandai-pandailah memilih, jangan terlalu mengikut hati dan perasaan cinta semata.


Boikot je Astro! AF dan ML pun dah habis!

Setuju sangat bila dengar berita pakat boikot jangan bayar bil Astro selama 3 bulan. Eceh... macamlah aku pakai Astro. Lama dah aku tak pakai Astro ni... tak larat nak bayar! Arial kat luar rumah tu hiasan semata.

Kalau kena musim hujan, memanjanglah tak dapat tengok TV sebab channel Astro memang tak dapat walau pun hujan renyai-renyai je! Bukan depa nak cover pun kerugian tu. Bil tetap kena bayar penuh tiap-tiap bulan. Lambat bayar kena lagi caj untuk sambung semula. RM20 rasanya. Mahal tu! Lagi ada hati nak naikkan bil.

Bayangkan kalau 10 orang tak bayar bil RM100, dah RM1K. Takkanlah pelanggan Astro cuma 10 orang, itu mungkinlah deret rumah aku je. Kalau satu Malaysia dah berapa orang. Ada sebuah rumah boleh langgan dua bil Astro lagi. Kalau semua pakat boikot memang terasalah jawapnya. Kesian kawan-kawan kita yang bekerja di Astro. Mungkin terasa bahangnya nanti. Tapi nak buat macam manakan.

Baca sini untuk info lebih lanjut berkenaan Astro :


Boleh boikot dah! Akademi Fantasia dah habis dan Maharaja lawak pun dah habis!

Bila si isteri tinggalkan suaminya!

Kesian Ben, kerana ditinggalkan isteri tercinta. Bukanlah lama mana pun, dua hari aje! Tapi rindu tetaplah rindu juga. Bila isteri tak ada barulah ingat nak diet. Kalau isteri ada, dah tentulah dimasaknya makanan yang sedap-sedap. Hajat nak jaga makan pun boleh terlupa. Tak pe lah Ben, sekejap je nak berseorangan kat rumah. Lain kali ambil cuti awal, ikut je isteri ke Sabah. Nasib ada blog jadi peneman kala sunyi.

Kiranya hubby aku lebih bertuahlah sebab selama kahwin aku tak pernah pun outstation. Maknanya tak pernahlah anak-anak aku tinggalkan dengannya. Kalau ada pun bila aku berkunjung ke rumah kakak aku di Subang Permai dan tidur sana tanpa hubby. Tapi anak-anak tetap aku bawa bersama.

Itu pun sibuk hubby call atau sms tanya "Bila mama nak balik!".. ha..ha.. manja ye!

Bagaimanalah agaknya kalau sekali-sekala aku pun macam sebahagian dari korang yang selalu outstation tinggalkan suami bersama anak-anak. Takkan hubby aku kalut kot. Memasak bukan masalah besar atau mengemas pun rajin juga. Mungkin pening dengan anak-anak yang kecoh agaknya terutama si kecil Arif yang manja tu. Sekarang ni Arif kalau tidur nak kena peluk, lepas tu dia gelak-gelak kat aku. Siap main-main lagi!

Aku pun rasa belum nak outstation walau atas urusan kerja. Masa kerja tetap dulu pun aku ada bagitau boss aku kalau boleh tak nak pergi mana-mana. Pilihlah mereka yang bujang. Nasib baik boss faham. Teringatkan anak-anak aku jadi risau dan kesian. Kalau boleh nak semua ahli keluarga ikut serta.

Biasa yang banyak berlaku adalah suami selalu outstation dengan meninggalkan si isteri menguruskan segalanya berseorangan. Larat atau tidak kenalah buat semuanya tanpa suami di sisi. Itu lebih baik daripada mereka yang suaminya pergi untuk selama-lamanya. Ada juga suaminya yang pergi belayar hingga berbulan-bulan lamanya. Kalau ada pembantu rumah mungkinlah senang sikit. Kalau aku yang anak lima orang masih bersekolah tanpa pembantu rumah ni kira redah ajelahkan. Kehidupan kena teruskan juga. Hubby pergi pun sebab kerja, terpaksalah akur.

Tak tahulah diri aku sendiri ni akan datang bagaimana pula. Bila anak-anak dah besar, bolehlah aku nak jalan-jalan sana sini. Sekali-sekala nak juga waktu santai untuk diri sendirikan. Itu pun kalau ada rezeki. Insyaallah! Bolehlah ambil peluang nak merasa naik kapal terbang! Jakun sungguh! Dah lewat 30-an pun tak pernah naik kapal terbang lagi. Hubby aku dah merata tempat pergi tapi semuanya atas urusan kerjalah. Nak pergi sendiri, bajetnya tak ada.

Hubby share gambar ni je dengan aku. Di awan biru dalam penerbangan menuju ke Korea.

Selamat hari jadi wahai sahabat!


Melelehhhh... coklatnya!

Hari ini 29 Jun 2011 adalah hari jadi dua orang teman aku. Seorang teman yang aku kenali melalui blog, dan seorang lagi teman semasa di alam persekolahan hingga kini.

Selamat hari jadi buat Tim dari blog mama tims n kids. Moga sihat sejahtera selalu dan gembira sentiasa bersama keluarga tercinta. Kisahnya ke London semasa cuti sekolah kelmarin masih belum habis hingga part 4 sekarang ni. Jealousnya aku dapat jalan-jalan sampai ke London. Ha..ha.. jenuhlah Tim melayan keempat-empat puteranya. Yang kecil pun masih nak berdukung.

Walaupun hanya mengenali Tim di maya blog, tetapi dia tetap dekat di hati aku yang selalu mesra di facebook aku. Sayang Tim!

Juga selamat hari ulang tahun yang ke 38 buat teman aku dulu, kini dan selamanya ; Siti Noor Ahmad atau panggilan manjanya Noy! Teman sejak aku tingkatan 1 hingga 5 dan yang bestnya sekarang jumpa semula sama-sama tinggal di Bandar Seri Putra juga. Bukan setakat teman sama sekolah atau sama asrama saja tetapi teman yang adakalanya menangis dan ketawa bersama. Teman yang sering aku jadikan rujukan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat hingga kini.

Aku yakin, anak muridnya pun tentu ramai yang sayang padanya ; pensyarah di KUIS. Sifatnya agak tegas tetapi selamba dan boleh juga bergurau. Mungkin Cik Bulat, Jamaluddin Abu Bakar,Wan Fkhrul Rin mungkin kenal agaknya.

Buat Noy, moga persahabatan kita berkekalan. Moga kau sentiasa sihat dan aku sayang kau yang banyak memberi semangat pada aku.

Semuanya semakin mahal

Harga barang sekarang ni rasanya mahal belaka. Beli barang basah dalam satu beg plastik kecil itu aje dah RM10 tak termasuk ikan atau ayam. Kalau tak ada sekurang-kurangnya RM10, jangan berhajat nak beli banyak barang di pasar. Terkejut aku bila hubby kata ikan keli di pasar malam tu dah RM7 sekilo. Rasanya baru beberapa tahun dulu aje baru RM4 sekilo.

Semalam nilai RM50 pada aku macam diangin lalu aje. Isi minyak kereta dah RM30, bagi duit belanja anak RM8 untuk dua orang disekolah rendah dan sekolah ugama, top-up kad touch n go dapat RM10 aje dan adalah baki RM2 untuk aku. RM2 aje? Sedihnya! Tambang naik komuter nak ke KL pun tak cukup.

RM50 terasa besar pula nilainya bila dimasukkan ke dalam tabung derma masjid. Rasa berlebih pula kalau diberi pada anak buat belanja sekolah.

Macam tak ada rasa apa-apa aje bila bayar duit makan di Mc Donald, Chicken Rice Shop, Secret Recipe atau restoran nasi Arab dengan nilai RM50 hanya untuk makan dua orang. Tapi tersedak la bila bayar banyak tu di restoran biasa... he..he.. Mahal sebab kena caj aircond dan mungkin privacy lebih daripada gangguan orang-orang yang nak menjual buku, CD atau keropok ikan.

Memanglah nilai matawang besar atau kecil mengikut keadaan dan barangannya. Tapi aku rasa harga perkhidmatan dan barang sekarang memang mahal. Aku dah memandu kereta Kelisa kesayangan aku ni sejak tahun 2003. Dah hampir 8 tahun pun.

Banyak perubahan kenaikan harga minyak berlaku. Maka kelainan nilai RM30 untuk mengisi minyak 8 tahun lalu dan sekarang meninggalkan rasa perbezaan yang besar bagi aku. Terasa jarak dan tempoh pemanduan dengan nilai yang sama itu lebih singkat.

Harga segelas plastik air di pasar malam masih lagi RM1, tapi bekasnya dah makin kecil!

Tuesday, 28 June 2011

Tiada lagi harijadi ke 75!

Hari ini, setiap kali aku melihat handphone akan ternampak tarikh 28 Jun 2011. Hati aku akan teringat dan mengenang dia yang telah tiada. Tahun lepas, 28 Jun 2010 adalah kali terakhir aku mengucapkan selamat hari jadi pada ayah.

Harijadi ayah yang ke 74, itulah yang terakhir. Ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 19 Ogos 2010. Tahun lepas adalah tahun pertama kami menyambut aidilfitri tanpa ayah. Aidilfitri tanpa membakar lemang kegemaran ayah.

Hingga kini aku sering mengulang youtube ini saat melihat perpisahan dengan ayah buat selama-lamanya. Terasa tidak percaya melihat jasad ayah di dalam kain kapan itu dimasukkan ke dalam liang lahad. Ingin aku menyentuhnya tapi apakan daya itu tidak mungkin akan terjadi.

Doa moga ayah sentiasa mendapat limpahan kasih sayang dariNya, Allah yang maha esa. Aku sentiasa merinduinya. Al-Fatihah!

Ayah sempat naik pentas menerima geran tanah Felda dari Dato' Adnan selaku Menteri Besar Pahang masa tu.

Tahniah! Tercalon top 6 untuk anugerah hebat

Usaha mereka tak sia-sia mempromote blog masing-masing.
Aku dan rakan-rakan blogger lain juga terus menyokong.

Dua rakan blogger tercalon sebagai top 6 dalam kategori masing-masing.

Kedua-duanya telah dijemput untuk hadir ke Digi WWWOW Awards Night
pada 12 Julai 2011 nanti.

Meletakkan nama dalam top 6 pun sudah menjadi rahmat.
Moga ada rezeki mereka menjadi top 3 malam itu nanti.

Inilah dua blog hebat yang tercalon, sentiasa ada di bloglist aku!



Sakitnya hanya Tuhan yang tahu!

"Pada satu pagi kira-kira 3 minggu lepas, hari Sabtu, saya tiba-tiba rasa sakit di bahagian bawah perut. Sakit tu makin lama makin kuat. Sama macam contraction orang nak bersalin tu. Tapi kalau contraction orang nak bersalin, ianya datang dan pergi.. tapi sakit yang saya alami tu tak henti. Saya terus terduduk, tak mampu berdiri. Anak-anak masih tidur masa tu. Sebab dah sakit sangat-sangat, Mr.Husband terus bawak pergi klinik An'Nisa, 3 minit je dari rumah. Anak-anak yang tengah tidur tu kami tinggal je kat rumah. Emergency."

Kisah selanjutnya baca kat SINI.... kesiannya! Bagai terasa deritanya waktu itu.

Bukan mudah menjadi seorang ibu, hamil dan melahirkan anak perlu kuat minda untuk menahan banyak dugaan fizikal atau mental. Apatah lagi jika ada masalah selepas melahirkan. Hingga aku pernah terdengar dulu, jika ada ibu yang meninggal dunia semasa melahirkan anak atau dalam tempoh berpantang, ianya dikira syahid. Ada sesiapa yang boleh sahkan?

Jangan ambil mudah juga ujian Pap Smear. Ilmunya boleh baca di SINI.

Puteri sulung Jimmy Shanley

Anak siapa pula si kecil ini? Inilah anak Jimmy Shanley! Terharu aku bila mendengar berita kelahirannya. Comelnya! Moga anak ini dapat menyatukan kembali cinta ibu dan ayahnya dengan lebih erat. Kisah lebih lanjut di SINI.

Suka dan merelakan! Ishh...ishh!


Aku & Asyikin.. he..he..

Bila tak tahu kenalah bertanya, jangan pulak buat-buat pandai pulak. Tapi masalahnya bila orang yang ditanya boleh jawap main-main pulak. Memanglah geram!

Asyikin : Mama! Apa makna sukarela tu?
Mama : Suka dan rela la...
Asyikin : Mama ni! Eeee... orang tanya betul-betul ni!

Ha..ha.. geram sungguh Asyikin dengan aku. Apa nak buat! Aku tengah tak ada moodlah masa tu! Jangan marah ye Ikin! Jom mama belanja makan kat Secret Recipe baru kat SINI. 3 minit dah sampai dari rumah.

Aishah ketawa aje bila aku ceritakan pasal ni kat dia "Mama ni gila-gila betul!". Release tension tu!

Soalan anak Hanis Azla lagi best kat SINI.

Padatnya jadual Siti Nurhaliza, petua orang berjaya!

Sibuk dan padatnya jadual orang popular ini. Tak kira penat dan lelah, itulah harga yang perlu dibayar untuk berjaya. Tentu ramai antara korang yang rajin macam dia juga. Aku ni tak laratlah nak ke sana-sini selalu.

Kalau Sabtu (25 Jun 2011) malam ahad, Siti Nurhaliza dengan aku kat SINI, One World Hotel, Bandar Utama... eceh! Esoknya dia bergegas pula ke Kuala Lipis di SINI. Kawan aku dari blog Dunia Aku Ibu Muda punya tempat juga ni!

Bak kata Ben Ashaari, "Bawak bawak belajar terima hakikat bahawa mereka yg rajin berusaha , minat serta bersungguh sungguh untuk berjaya , insyaAllah tercapai segala impian..". Selebihnya boleh baca kat SINI. Boleh juga baca tajuk 'Dah masuk top 10 blog Melayu di Malaysia'.

Kejayaan tak mudah nak datang bergolek je! Kena ada usaha. Aku pun jangan asyik nak bermalas-malasan.

Ainul dan Mr. Hubbynya, masa ni akulah jurugambarnya. Tahniah pada kedua-duanya atas kejayaan Asterisk Boutique setakat ini. Walau pun usia butik mayanya baru saja pandai berjalan, tetapi bagi aku pencapaian yang agak hebat untuk satu butik yang diuruskan oleh hanya dua orang iaitu suami isteri dalam kesibukan kerja dan anak-anak yang selalu je tak sihat. Moga tabah menghadapi setiap dugaan. Bersiap sedialah untuk kesibukan musim raya yang bakal tiba. Love you both!

Dengan Siti Nurhaliza le pulak!


Adik aku si Ainul sedang menggayakan shawl jualannya di Asterisk Boutique. Tak sempat nak promote dengan Siti. Siti dah depan mata, tangkap je lahkan! Mana boleh lari dah dalam majlis tertutup begini. Abaikan pipi aku yang tembam tu. Kena kurangkan teh tarik dan roti telur nampaknya.

Anak saudara, 17 tahun (anak kakak) siap paut tangan Siti untuk bergambar. Siti pun perasan tangannya menggigil. Anak aku, Aishah pun tak lepas peluang malam tu. Cantik Siti malam tu, memang sentiasa cantik pun. Jenuh le kena kerumun dek peminat sampai Datuk K terpaksa melarikan diri. Apa nak buat, isteri orang popular.

Terkenang semalam masih lagi buat aku senyum. Nak kata senyum suka sangat pun tidak juga. Gara-gara gossip, UV aku naik kat blog ni tak mendatangkan duit pun. Tersenyum bila memikirkan jenis entry yang menjadi minat ramai orang. Kadang-kadang aku pun suka juga. Tapi ada perkara yang aku perasan semalam adalah rata-rata yang komen merupakan visitor biasa blog aku. Ramai yang baru cuma singgah nak tengok siapakah gerangan yang terlibat dalam gossip. Mungkin akan datang lagi ke blog aku atau mungkin juga tidak lagi.

Kalau semalam ada 10 entry aku buat termasuklah yang terakhir dan paling ringkas INI. Hari ini mungkinlah kurang sangat. Seperti yang aku pernah cerita dalam entry 'Bila isteri berblog...' ini, ada masanya aku sibuk dan mungkin tak dapat nak jenguk blog pun, ada masanya dari pagi sampai petang pun depan blog aje.

Hari ini aku nak ke Bangsar lagi untuk submit dokumen-dokumen client yang menjadi punca rezeki aku. Kalau tidak nanti bagaimana aku nak membayar duit kereta Kelisa aku, nak isi minyak kereta, nak top-up touch N go, nak makan kat luar, nak shopping dan segala perkara yang aku suka nak buat sendiri. Nak minta duit hubby pun dah banyak sangat komitmen dia.

Kenalah selesai memasak untuk lunch anak-anak nak balik sekolah nanti dan menyidai kain, barulah boleh keluar rumah. Masih belum buat keputusan lagi sama ada nak naik komuter atau memandu kereta aje. Kemungkinan besar nak naik komuter aje sebab lecehnya nak parking di Bangsar tu.

Rasanya agak sibuk nanti dan mungkin tak sebab juga nak mengacau bloggerku yang dihormati, Eqbal Zack yang selalu ada di UM. Agaknyalah sebab itu yang dia kata dalam facebook minggu lepas. Ada Giveaway sedang berlansung di blognya hingga 10 July 2011. Sapa mau boleh join SINI. Hadiah hebat menanti... jenguklah kalau nak tau hebat tak hebat hadiahnya.

Tadi aku klik link Diana di shoutbox aku tapi tak sampai ke blognya. Tak tahulah apa masalahnya. Nasib baik Diana adalah satu nama favorite dalam bloglist aku, dapat juga masuk ke blognya dari bloglist Kunjungan Utama aku. Paling banyak mengomel di kotak komen entry aku tu! Ada segmen tak menahan juga kat blog dia. Segmen yang korang rasa nak guna aircond atau kipas, mana lagi sejuk! Join Segmen Jom Kipas Blogger hingga 29 Jun 2011! Ada tak yang nak kipas aku? Tak ada hadiah dari aku ye..he..he..!

Aku belum sempat lagi nak balas kunjungan sesetengah teman-teman blogger yang meninggalkan komen di kotak komen entry dan shoutbox. Harap dapat tinggal jejak yang jelas di shoutbox tu. Kadang-kadang ada juga yang lupa letak url blognya tapi siap tulis komen "I follow, visit saya juga". Maaflah adik kalau jejaknya tak ada, ke mana nak aku cari blognya. Terima kasih semua!

Final data Nuffnang tunjuk UV blog aku cecah sebanyak 368 sehari bagi tarikh semalam. Memang pecah rekod peribadi aku sebab paling tinggi pernah dapat pun sebanyak 212. Page view pun hit sebanyak 778. Hasilnya blog adik aku pun naik sampai 500+ UVnya semalam sebab dialah bahan gossip aku semalam.

Salam sayang buat semua yang selalu menceriakan hidup aku di sini. Walau pun mungkin ada yang tidak mengenal wajah, tapi erti persahabatan di maya ini sangat bermakna.

Gambar asal yang tidak di potong dengan wajah aku yang sangat tembam. Aku menyalahkan warna tudung yang tak sesuai dan make-up yang pudar...he..he.. Gambar SINI pakai tudung sama, tapi OK je! Pulak dah!

Macam manalah boleh sedondon dengan Datuk K ni? Datuk K tak boleh lari dah masa ni sebab aku kata "Tunggu Datuk! Kita bergambar dulu!". Terima kasih Datuk K! Kredit pada jurugambar, hubby Ainul yang tinggi lampai!

Monday, 27 June 2011

SAYA..

Join segmen SAYA

Saya harap Ben dapat meriahkan blog saya dengan lebih ramai lagi visitor.. Amin!

Orang kita ni suka gossip ye!

Orang kita memang suka bergossip lebih-lebih lagi bila melibatkan kisah artis-artis terkenal. Baru saja aku letak entry INI tadi, agak mendadak naik 'unique visitor' di blog aku. Visitor blog aku bukan ramai mana pun.

Patutlah website kisah-kisah artis selalu saja hangat dan trafik tinggi.

Biasanya blog aku ni sehari baru dapat boleh mencecah 100 visitor. Tapi hari ini baru pukul 3.38 petang dah mencapai angka tersebut. Entry itu aku published pukul 3.08 petang. Lupa nak ambil data sebelum published entry tu.

Seingat aku inilah online terbanyak yang aku pernah dapat rasanya. 26 visitor serentak!


Data Nuffnang menunjukkan unique visitor hari ini mencecah angka 242 sehingga pukul 6.00 petang tadi. Dua graf terakhir tu nampak sangat kesan daripada entry gossip INI. Tajuk tak kalah, empunya diri tersengih je lah!

Insyallah, kisah benarnya aku cuba buat esok. He..he.. jangan marah ye!

Datuk K dengan awek baru hadiri majlis perkahwinan


Ishhh... awek mana lak sebelah Datuk K ni?
Bukan main sedondon lagi baju!

Waaa..! Panas hati Siti Nurhaliza nanti!

klik SINI kalau nak kenal awek ni...

Three soul sisters! Cak!


Ainul! Kau intai apa tu?? Ha..ha.. three soul sisters!
Adik aku, kakak aku dan aku di Hotel One World, sebelah TV3 di Bandar Utama.


Lagu Hey Soul Sister oleh Hazama AF9


Yeay! Nampak dah... jurugambar fokus bungalah pulak!
Alamak! Terserlah pipi aku yang makin tembun.

Ada majlis istimewa di sini pada hari Sabtu lepas!
Nantilah aku ceritakan!

Shawl dan tudung kami tajaan Asterisk Boutique!!

Lipas goreng tepung...eeewww!!



Nampak sedap dan rangup... krup-krup bunyi kalau makan ni. Tapi aku tak boleh kalau nampak rela depan mata ni, maunya termuntah agaknya. Tengok gambar je boleh le lagi... jumpa kat SINI. Kalau nak lagi terperinci boleh baca kat SINI.

Baby Arif aku kalau nampak makhluk ni merayap, "mama! kokoch! kokoch!". Cockcroach lah maksud dia. Si lipas yang memang musuh tradisi aku. Kalau nampak je memang kena spray dengan shieldtox le. Tak ada kompromi lansung. Tak sempat capai shieldtox, aku capai je apa benda yang ada untuk ketuk. Bukan macam kawan aku INI, boleh pulak main tampar je lipas tu. Gelilah woiii!

Emosi sikit bila nampak lipas. Bukan emosi geli, emosi marah!

Setiap malam aku akan sediakan dua botol susu kosong untuk Arif. Kadang-kadang dia terjaga nak susu di tengah malam, kadang-kadang tidak. Setiap botol aku pastikan ada penutup putingnya macam ni. Botol susu BPA free ni!

Pastikan putingnya sentiasa bertutup sebelum dan selepas anak menyusu sebab si lipas ni suka sangat nak menggigit puting botol susu. Teringin benar gamaknya. Korang lena tidur, bukannya perasan pun si lipas datang. Lipas ni pengotor, jadi jangan terleka dengan kebersihan botol susu anak. Takut dapat penyakit pulak nanti.

Lipas banyak membiak kalau ada ruang-ruang tertentu dalam rumah yang lama kita tak bersihkan seperti dalam stor, bilik air, ruang bawah dapur, tempat tong gas, bawah katil dan almari. Jadi kena rajin-rajin le mencuci... penatnya!

Bajet renovate ikut poket bukan ikut hati

Bila mula berpindah ke rumah baru, banyak perkara nak di buat terlintas di minda kita. Nak buat plaster siling, pasang awning depan rumah, tambah dan besarkan bahagian dapur, tukar kepada auto gate, pasang tile parking, tukar lantai rumah, pasang tinted tingkap rumah dan macam-macam lagi. Semuanya nak bagi rumah yang bakal diduduki cantik dan selesa.

Tapi jangan lupa, belanja ikut poket masing-masing. Jangan ikut sangat rentak jiran kita yang sememangnya bergaji besar berbanding kita. Buat yang mana perlu dulu.

Sebelum pindah dulu pun hubby cuma buat plaster siling dan repair lantai tingkat atas. Itu perkara utamalah yang dia nak buat. Kalau dah pindah masuk, macam mana nak buat semua tu. Lantai tu hubby upah orang polish lantai kayu parquet, repair mana-mana yang longgar dan sapukan semula varnis. Hasilnya lantai lebih cerah dan kayunya tak mudah tercabut.

Gambar google - Macam ni le rupa lantai tingkat atas rumah aku

Ramai juga jiran yang tukar lantai kepada jenis kayu dan corak yang lain mengikut citarasa masing-masing. Aku kalau nak tukar lantai jenis lain tak mampu le pulak. Jadi, polish dan varnis je la.

Ada tambah sikit dapur di belakang rumah setelah berpakat dengan jiran untuk sama-sama tambah dinding. Jimatlah sikit kosnya. Sepakat tu kan membawa berkat.

Setelah beberapa bulan tinggal di rumah baru ini sejak Julai 2007, barulah hubby ada bajet untuk pasang tile di ruang parking. Semua barang hubby beli sendiri dan kemudian upah pekerja Indonesia yang sememangnya berada di kawasan itu sedang menyiapkan beberapa projek rumah yang sedang naik. Sekarang semuanya dah siap, mereka pun dah berpindah ke tempat lain. Beli barang sendiri dan upah tanpa orang tengah memang agak murah. Yang penting kita kenal dan yakin mereka jujur bekerja. Takut juga kalau ada yang dah bagi duit tapi kerja tak siap.

Jiran aku pula, semalam baru siap tilenya di pasang. Bagi aku kalau rumahnya tanpa tile pun tak nampak cacatnya kerana kedua-dua suami isteri pandai mengadun suasana di luar rumah. Mereka cukup rajin menanam pokok bunga dan menyusun atur pasu dengan cantik. Perkara paling penting ialah mereka rajin menyiramnya, membaja dan menyapu daun-daun yang gugur. Selalunya si suaminyalah yang suka buat semua tu. Isterinya tak berapa larat kerana sedang sarat membawa baby ketiga dalam perut.

Tak pernah pun aku nampak mereka menyidai kain di depan rumah, bukan macam aku... pintu pagar pun selalu jadi mangsa ampai baju. Jadi depan rumahnya tu memang nampak kemas dan cantik. Dah ada tile ni lebih cantiklah ruang parkingnya.

Sempat juga aku curi ambil gambar pekerja yang sedang membasuh tangan di depan rumahnya. Cantik topinya tu, tapi kepala tetap panas. Kreatif dan selamba! Aku suka! Ini gambar hari Sabtu, belum habis pasang tile lagi. Kerjanya cepat dalam dua tiga hari je dah siap.

Aku gurau-gurau dengan jiran "Esok lusa kita pakat pasang auto gate pulak!". Insyallah, tunggu bajet cukup dulu. Sekarang hubby sedang berusaha kumpul bajet nak pasang awning di ruang parking dulu. Panas katanya... padahal aku tau yang dia risau keretanya yang panas! Hubby aku kalau pasal kereta memang concern habis! Ye la kan... nak beli kereta pun bukannya mudah, semuanya perlu usaha. Jangan beli tapi tak larat nak bayar pulak nanti. Bak kata Yeop, "bior pape ase bergaye" (Biar papa asal bergaya).

BMW untuk si dia.. bertuahnya badan!



Tentu ramai yang kenal lambang ini. Lambang tanda gah yang menjadi idaman ramai orang. BMW tanda kemewahan. Aku dapat berangan ajelah! Tak pe kita berangan, manalah tahu kalau ada rezeki nanti, Allah makbulkan angan-angan tu.


Cantik model ini dengan gaya sportynya. Mesti ramai yang berpaling ke arah kita bila memandu kereta ini. Tapi aku ada sifat tidak suka diperhatikan bila memandu, rasa takut dan tak selesa. Nampaknya tak bolehlah nak beli satu.

Bagaimana kalau yang warna pink ini. Sport rim pun warna pink juga. Tentu pemiliknya wanita. Mungkin ramai yang ternganga bila tengok yang memandunya lelaki. Aku membayangkannya saja ye!



Pemilik kereta ni terlupa nak tukar logonya dari warna biru ke warna pink agaknya. Tengok logo pink ini, comel ajekan.




Cantik logo BMW bertukar warna

Yang satu model ini pulak tak sampai hati nak pandu. Sayang pulak aku tengok! BMW berwarna putih dengan logo asal warna biru, tak ada pink ye! Aku yakin tentu korang pun suka dengan model terbaru ini : BMW for Izham! Wah! Untungnya!

Harap cepat seminit, tapi terbabas ke kubur!

Banyaknya kemalangan berlaku sampai tujuh kejadian sepanjang perjalanan dari Kuantan ke KL seperti yang Mas Saari ceritakan di SINI. Alhamdulillah, Mas sekeluarga selamat tiba ke lokasi yang dituju. Aku pun risau juga dengan jalan Karak ni.

Ramai pemandu lupa tentang langkah-langkah keselamatan hanya kerana ego, nak cepat dan sebagainya semasa memandu. Akibatnya nyawa sendiri terancam dan juga boleh melibatkan nyawa orang lain juga.

Abang kandung aku pernah bercerita semasa aku sedang memandu kereta Persona miliknya yang baru dibelinya pada April 2011 lalu. Saja nak cuba, best ke tidakkan Persona gear manual ni. Pick-upnya baik atau tidak terutama semasa memotong kenderaan lain. Maka timbullah cerita bagaimana kemalangan berlaku akibat memotong kereta lain yang tak lepas.

Saksi bercerita bagaimana ada kereta yang memotongnya dan masuk di depan keretanya setelah saksi memperlahankan keretanya untuk memberikan sedikit ruang. Kereta tersebut masuk sekejap saja di depannya dan cuba lagi memotong kenderaan di hadapan. Tapi malangnya ada lori yang datang menghentamnya dari arah bertentangan. Tak tahulah sama ada dia tak nampak lori yang datang itu atau tersilap jangkaan. Saksi yang merupakan kawan abang aku terasa agak trauma juga. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Pemandu kereta berkenaan terbunuh akibat kecederaan parah.

Janganlah memperjudikan nasib nak memotong di tempat-tempat yang dilarang. Harap nak cepat seminit, lansung ke mana jadinya. Bersabarlah sedikit asalkan selamat nyawa kita dan orang lain. Tiada siapa nak pujipun kalau kita berjaya memotong dengan selamat di tempat-tempat yang dilarang. Mengutuk dan menyumpah seranah lagi adalah agaknya!

Trans Studio Theme Park, Bandung



Wah! Theme Parknya macam berada di LA & New York, tapi wajah-wajah yang mengunjungi tentunya ramai dari Asia. Teruja tengok TV3 memaparkan tentang Trans Studio Bandung, sebuah taman tema terbesar di dunia. Hebat tu! Di Bandung, Indonesia yang tak jauh pun dari negara kita Malaysia.

Gambar-gambar search dari Google... dapat tengok di TV je. Sesiapa yang pernah pergi bolehlah buat entry pasal ni. Aku nak juga tahu lebih dalam lagi. Jangan lupa share linknya dengan aku kat ruang komen entry ni.

Bolehlah terjah official websitenya : http://www.transstudiobandung.com

Cuaca mendung, bil melambung

Cuaca mendung hari ini seperti nak hujan di awal pagi aje. Sedap juga kalau dapat berlingkar di atas katil ni. Tarik lagi selimut terus membuta. Tak boleh! Ada banyak kerja nak kena buat. Kalau bukan kerja mencari rezeki pun, kerja-kerja seharian sebagai surirumah pun bertimbun ni. Apatah lagi dengan cuaca begini, banyaklah outstanding aku nampaknya.

Bakal jadi kedai dobilah dalam rumah hari ini. Nasib juga tak renovate bawah tangga jadi stor seperti yang sesetengah jiran aku buat. Dapatlah menyangkut baju di bawah setiap anak tangga. Kalau ada tetamu nak datang, kelam kabutlah menyambar kesemua baju dan letak sementara di bilik belakang.

Bila hujan seharian, surirumah memanglah susah hati. Semuanya pasal kain. Paling ketara risau tentang baju kerja suami dan baju sekolah anak-anak tak kering. Jika berupaya bolehlah beli mesin pengering baju, jika tidak letak bawah tangga ni je la.

Tinggal dalam rumah batu memang terasa bezanya dengan rumah papan dari segi suhunya. Semasa kecil dulu tinggal dalam rumah papan di kampung. Agak panas di waktu siang, maka bahagian aras bawahlah jadi tumpuan sebab nak sejuk. Tiada siapa nak tidur di siang hari di tingkat atas sebab hangatnya. Bila malam memang tak perlukan kipas atau aircon pun sebab sejuknya terasa. Selimut memang tak boleh tinggal. Sekarang pun macam tu juga di kampung aku walaupun rumah separa papan dan batu.

Panasnya dirumah batu boleh mengeringkan kain yang digantung bawah tangga malam tadi hingga pagi ini. Kalau nak cepat, gantung dalam bilik beraircond le. Sementara tidur, kain yang tebal pun cepat je keringnya.

Kalau di rumah batu, siang atau malam terasa panasnya. Kipas dan aircon bagai perlu 24 jam beroperasi. Itu yang buat bil elektrik melambung tinggi. Jika di kampung. bilnya tak sampai pun RM30, tetapi di rumah aku kena tambah satu angka lagi... pengsan! Itulah nilai yang perlu dibayar jika nak kan rumah batu dua tingkat dan setiap bilik tidur dipasang aircond untuk lebih selesa. Belum campur bil air lagi tu bila tujuh orang yang mandi dengan mesin basuh kain yang kerap beroperasi.

Ini yang dikatakan besar periuk, besarlah keraknya. Tapi periuk nasi elektrik bukan berkerak pun, kecuali bila dipanaskan berkali-kali.

Sunday, 26 June 2011

Cek mek molek sungguh



Berjaya juga aku menghasilkan kuih cek mek molek ni dengan dibantu oleh Asyikin dalam menggentel-gentel macam bola ragbi yang panjang. Pertama kali buat! Orang lain dah berkali-kali, aku pulak anak dah lima baru nak cuba buat.


Bola ragbi yang bujur untuk disepak ke sana-sini. Tapi kuih ni lagi bujur! Tak boleh sepak, kena makan. Isinya ubi keledek, tepung gandum dan gula. Tiga bahan saja yang diperlukan tapi sedap bagi mereka yang suka. Selera orang bukannya sama.

Gambar ni jelas sikit agaknya daripada yang di atas. Pakai HP Nokia buruk aku tu je.

Ada resepi terselit di blog teman aku bersama kisah manisnya orang Kelantan... Ecehhh... orangnya manis, makanannya pun manis. Jaga-jaga dengan kencing manis.

Seronok juga dapat sama-sama memasak dengan anak. Biarkan dia mencuba! Walau pun kecil dan ringkas saja aktivitinya tetapi itu pun pengalaman berharga buatnya. Seperti juga kalau menggoreng telur, merebus telur atau buat telur separuh masak... semuanya pasal telur. Kalau tak pandai memang tak menjadi lebih-lebih lagi telur separuh masak. Salah gaya terlajak jadi telur rebus.