iklan

Followers

Pages

Monday 31 October 2011

Aku nampak hadiah Canon EOS 1100D DSLR je!

Sumber : Google

Latar belakang Tin Tin boleh didapati dari wikipedia. Sebelum aku lahir lagi kartun ni dah wujud, malah sebelum arwah ayah aku lahir lagi. Betapa bersejarahnya kartun Tin Tin ini.

"Sesuatu yang menarik yang wajar disebut di sini ialah, Herge telah pun melukis dan menceritakan tentang pengembaraan Tintin ke bulan - 15 tahun sebelum Neil Armstrong benar-benar melakukannya."

Kata-kata yang aku petik dari SINI. Bacakan selanjutnya.

Orang-orang lama mungkin masih ingat dengan komik kartun Tin Tin? Eceh... orang lama tu! Mungkin ada yang selalu nampak promosi cerita kartun Tin Tin sekarang. Siri kartun lama yang dijadikan tontonan umum dalam bentuk  filem animasi di SINI.

Promosi untuk filem animasi ini memang hebat. Baca saja iklan ni :

"Treasure Hunters, help Tintin out!

Want a holiday? Hunt for it!

It’s pretty simple. Hunt for clues with Tintin in this treasure hunt and win a 4D/3N holiday trip to Bali! There’s also a Canon EOS 1100D DSLR up for grabs and exclusive Tintin merchandise as well as tickets to catch Adventures of Tintin on November 10th!!

Here’s a tip, watch out for secret codes all over the internet. Keep an eye out for hints on the ‘Adventures of Tintin’s - The Secret Online Hunt’ homepage!"

Mencari klu untuk mengejar hadiah menarik? Mulakan dari SINI.

p/s : Nak bawa anak-anak tengok cerita ni, tentu diaorang suka!

Apalah yang sibuk sangat tu?



Agak lama aku tak up-date blog ni. Minda aku agak serabut sikit untuk fokus pada bebelan berbentuk kisah seharian seperti selalu. Aku hanya mampu up-date hal-hal yang berkaitan dengan bisnes online aku di Adzrien Shoppe dan juga entry berbentuk gambar dengan ulasan yang ringkas seperti INI.

Begitu banyak lawatan teman-teman blogger lama dan baru yang belum aku balas. Aduhai...

"Salam kak. Lama x nampak update blog. Sehat ke?" sms yang aku terima dari ibu cilik, Wani dari blog Bila Ibu Muda Berleter. Tak padan dengan saiz badan, tapi kuat berleter. Tapi leterannya berisi... tak sabar nak dengar suaranya di Hot FM.

Apalah yang busy sangat tu sampai tak boleh nak up-date blog ni?

Aku bekerja sendiri. Kalau kerja, adalah duitnya. Tapi kalau aku asyik menulis di blog saja, siapa pula nak membayar duit kereta aku? Lainlah mereka yang bijak mencari duit melalui blog. Sementara nak dapat imbalan lumayan dari blog, kerja yang ada kenalah aku teruskan juga dulu.

Kalau tak ada duit, tak dapatlah nak shopping dan ajak anak bersantai tengok movie-movie terbaru di Alamanda... kat Alamanda je aku suka tengok wayang. Anak-anaklah teman paling setia aku. Hubby aku tak berapa suka tengok wayang.

Kereta bergerak nak guna minyak, perlukan duit. Takkan aku nak top-up minyak kereta dengan air paip pulakkan.

Tentu ada yang kata, hubbykan ada! Dah banyak komitmen dia setiap bulan. Duit kereta dia, rumah, segala bil, sekolah dan makan semuanya tertanggung pada hubby. Jadi malas dah aku nak meminta-minta. Seronok lagi guna duit sendiri kalau nak shopping.

Bila ada banyak appoinment dengan client, hanya sekali-sekala aku dapat jenguk blog ni. Kadang tu badan dah penat keluar ke sana-sini, idea pun tak ada. Hanya jenguk-jenguk komen dan approve sahaja.

Aku pun baru saja menyiapkan blog Amani Beg Kraf secara simple saja sebab pemilik blog tu agak 'zero knowledge' dalam hal blog. Jadi aku kenalah bantu dia buatkan blog, create facebook dan page untuknya. Dia cuma perlu uruskan order di email dan inbox facebooknya. Entrynya pun aku juga yang kena masukkan. Samalah seperti yang aku buat untuk blog Beauty Farmasi Colour Cosmetics.

Agak mengambil masa siapkan blog-blog tu tapi tak kisahlah demi kasih sayang sebab pemiliknya adalah kakak ipar dan kakak kandung aku. Siapa lagi yang nak membantu kalau adik sendiri tau nak buat. Bukanlah profesional pun, ala-ala amatur pun jadilah.

Seeloknya sesiapa yang nak tinggalkan jejak dalam blog aku, komenlah dalam entry berbanding shoutbox. Pastikan 'link' blog korang ada pada profile. Kalau tak sempat hari ini, esok lusa akan aku jejak...Insyaallah!

Tak perlu nak susah keluar rumah!


Jom shopping depan laptop korang je.. pilih dan bayar online je! Barang terus sampai ke rumah. Barang apa yang korang nak beli? Aku boleh offer beberapa jenis yang menarik khusus untuk wanita!

Hari Raya Haji cuma hujung minggu saja lagi! Sempat lagi nak membeli untuk barang baru...

1. Telekung 
di Adzrien Shoppe dengan diskaun sehingga 10% - sampai Jumaat (4 Nov'11) ini saja tau!
Ada 6 pilihan telekung dengan warna dan corak yang menarik!

2. Kosmetik
di Beauty Farmasi Colour Cosmetic, jangan lepas peluang! Ada clearance sales!
dan barangan kosmetik lain!

3. Tudung
di Asterisk Boutique, harga rendah giler dari harga pasaran luar tapi kualiti yang setanding!
Jubah muslimah dan kain ela chiffon & sari pun ada!

4. Beg etnik
di Amani Beg Kraf, semuanya hand made yang cantik-cantik dan buat aku sendiri rambang mata nak memilih.
 
Macam-macam corak lagi, back pack pun ada!

5. Spare Part kereta
Eh! Bukan untuk wanita sahaja. Yang ini offer untuk mereka yang ada kereta terutamanya kereta buatan Malaysia. Mencari alat ganti kereta yang murah? Lawatlah senarai dalam blog ni ; Restu Supply

Absorber pun ada, tapi tuan blog tak upload pulak kat situ, kalau nak tak sampai RM400 pun untuk set penuh depan dan belakang kereta. Segala pertanyaan boleh ajukan pada tuan blog tu yang dah 20 tahun berada dalam industri otomotif.

Barang dihantar oleh tuan blog ke tangan pembeli. Jadi pembelian hanya boleh dibuat sekitar Kajang, Bangi, Nilai sahaja. Tak boleh nak pos seketul-seketul! Berat sangat barangnya!

~ Senangkan! Order online je, mudah, murah dan berkualiti. Tak perlu nak susah-susah keluar rumah membeli. Jimat masa, jimat duit minyak/tambang dan tak penat. Apa pun tetap juga kena berhati-hati agar korang tak terkena tipu dengan peniaga yang tak bertanggungjawab macam dalam entry INI.

Saturday 29 October 2011

Jawaplah wehhhh...

Aku jumpa kat facebook. Sorry lama tak update blog...busy wehhh...

Tuesday 25 October 2011

Ada sesuatu yang sangat hebat dalam dirinya

Serius! Air mata aku mengalir masa tengok youtube ni.


Dipetik kata-kata dari youtube tu sendiri

"One cannot help but be moved to tears by this amazing young man; Sung-bong Choi. When Sung-bong decided to sing on the Talent Show "Korea's Got Talent" he had no idea that he would win the hearts of millions all over the world! His story of his childhood is so moving that even the judges had a hard time keeping their composure. He told the judges that even though he didn't think he could sing very well, he sang because it made him happy. They couldn't have been more surprised."

Luahan rasa hati mangsa peperangan kimia


Terima kasih pada teman Syikin Rosli yang berkongsi video ni di facebook.
Menyentuh hati... Emmanuel Kelly, mangsa peperangan kimia di Iraq.


Lagu : Imagine - John Lennon

Imagine there's no Heaven 
It's easy if you try 
No hell below us 
Above us only sky 
Imagine all the people 
Living for today 

Imagine there's no countries 
It isn't hard to do 
Nothing to kill or die for 
And no religion too 
Imagine all the people 
Living life in peace 

You may say that I'm a dreamer 
But I'm not the only one 
I hope someday you'll join us 
And the world will be as one 

Imagine no possessions 
I wonder if you can 
No need for greed or hunger 
A brotherhood of man 
Imagine all the people 
Sharing all the world 

You may say that I'm a dreamer 
But I'm not the only one 
I hope someday you'll join us 
And the world will live as one

Monday 24 October 2011

Parkinglah dulu kenderaan tu kat tepi!

Gambar dari Google

Geleng kepala aku tengok kerenah ibu bapa dan pemandu van yang menurunkan anak-anak mereka di depan sekolah rendah agama di tempat aku. Masing-masing nak turunkan budak-budak sekolah di tengah-tengah jalan utama. Tak ada hati lansung nak berhenti di tepi bahu jalan.

Susah sangat ke diaorang nak berhentikan kenderaan di tepi bahu jalan yang aku tengok memang kosong pun. Kenderaan yang di belakang pun terpaksa beratur menunggu. Satu situasi yang agak menjengkelkan bagi aku. Situasi yang tak sepatutnya menunggu lama tapi dek kerana malas masing-masing, yang 5 saat jadi 5 minit.

Apalah salahnya pergi ke tepi bahu jalan dulu. Beri laluan pada orang lain yang hanya nak lalu di situ. Lainlah kalau tak ada ruang lansung nak parking. Ini sangat-sangat kosong di kiri kanan bahu jalan. Aku perhatikan hampir kesemuanya buat perangai yang sama. Kalau ada yang ke tepi pun mereka yang menghantar anak menggunakan motosikal.

Tadi ada sebuah kereta tu sempat pulak pemandunya nak bertanya itu dan ini pada penjaga lalu lintas sekolah yang kebetulan berada di tengah garisan jalan. Alahai cik kak! Ada hampir 5 buah kereta di belakangnya sedang menanti sama ada hanya nak lalu atau mungkin nak turunkan anak ke sekolah. Macam tak ada rasa bersalah pun. Pening kepala aku tengok! Hanya mampu memerhati... tau ajelah orang sekarangkan. Tak kiralah yang lemah lembut pun boleh jadi brutal bila memandu di jalan raya. Apatah lagi yang panas baran. Tak boleh ditegur.

Bila ada hajat nak turunkan anak di sekolah atau nak bertanya sesuatu dengan orang lain di jalanraya, bawa-bawalah ke tepi dulu. Jangan ganggu lalu lintas orang lain. Tak pasal-pasal dapat sumpah seranah. Macam-macam doa tak baik orang kat kita. Kalau kita tak suka, begitu juga dengan orang lain.

Ulam-ulaman yang aku tak pernah jumpa

Ulam-ulaman

Minggu lepas aku singgah rumah abang sulung aku di Ipoh. Kakak ipar aku pun macam aku juga yang suka makan ulam-ulam ni. Memang berseleralah aku makan di padan pulak dengan masak lemak ketam.

Hari tu ulam yang dia hidangkan adalah ulam-ulam yang aku tak biasa jumpa seperti kacip fatimah (daun hijau kanan sekali), bunga kunyit (hijau muda), daun asam jawa (daun yang besar tu) dan aku lupa nama ulam yang kecil dan dah dibelah tu.

Bagi aku memang sedap sebab memang dah suka ulam. Lagi pun banyak khasiatnya makan ulam ni.
Boleh jenguk sini untuk lihat khasiat ulam-ulaman : Khasiat ulam-ulaman.

Tentu ramai juga yang pernah dengar tentang nasi ulam. Tak perlu lauk lain dah, makan nasi ulam saja dah sedap. Siapa nak cuba masak Nyonya Nasi Ulam? Klik aje link tu. Ada juga gambar bunga kunyit yang jelas. Susah nak jumpa bunga kunyit ni. Rasanya macam hirisan kunyit muda juga.

Bagi yang tak biasa makan ulam, bolehlah cuba-cuba. Banyak khasiatnya!

Sahabat sejati hingga mati

Gambar dari SINI

Nampak tak perkataan tertulis di bawah gambar beramai-ramai tu? 
"Sahabat sejati hingga mati"

Terharu betul aku dengan kata-kata ni.
Setulus hati dari seorang budak berusia 9 tahun.
Sayang benar dia dengan teman-teman kelasnya.

Dia jadikan kertas buku sebagai 'frame' gambar.
Kesian anak mama, kenapa tak minta mama belikan 'frame' cantik?
Elok digantung di pintu almari bajunya.

Entah dari manalah dia dapat idea nak menulis kata-kata tu?


Friday 21 October 2011

Dia tetap ditembak walau pun merayu menyerah diri

Ajalnya sudah tiba, tanpa belas lagi dia dibunuh walau pun merayu. 
Kasihankah kita? Simpatikah kita? Aku hanya mampu menggelengkan kepala. 
Kejamkah mereka yang membunuhnya?

Hari ini tentu agak laris surat khabar kerana rata-rata muka depan hanyalah wajahnya.
Wajah seorang insan yang dulu begitu hebat dan berkuasa, tetapi kini kaku tak bernyawa.

Ambil gambar surat khabar kat kedai mamak ni...

Alfatihah buat Gadaffi...

Thursday 20 October 2011

Derita isteri suami koma - mohon bantuan..


Jam 6.00 petang dua hari lepas aku terima SMS dari adik kepada abang angkat aku (abang Sudin) mengatakan berita tentang abangnya telah masuk dalam Utusan Malaysia. Aku pun terus cari link Utusan Online dengan menaip keyword 'Lidon' iaitu nama bapanya yang unik. Terus aku jumpa kisahnya.

Beliau telah terlantar di hospital sejak bulan puasa kelmarin akibat serangan darah tinggi. Sebelum ini pun ada juga dia terlantar di wad tapi kali ini paling serius. Hubby yang beritahu aku tentang dia masa bulan puasa lepas.

Aku terus call isterinya, tapi aku pula yang menangis semasa bercakap dengan isterinya yang aku panggil 'kak Anis' walau pun dia muda 3 tahun pada aku. Abang Sudin pernah pesan dulu "kau panggil je akak". Macam kakak ipar le. Aku hormati dia seperti abang kandung aku sendiri tetapi pastilah dengan batas-batas tertentu.

Dulu aku pernah nak buat entri pasal dia yang sedang koma di hospital ni. Tapi aku tak mampu nak menaip sebab hati aku sebak sangat. Ini pun rasa nak mengalir air mata bila ingatkan dia yang sedang sakit dan betapa beratnya dugaan yang kak Anis hadapi sekarang.

Ini gambar yang aku terima dari adiknya semasa abang Sudin di rawat di Hospital KL bulan puasa lalu.


Dia merupakan abang angkat yang rapat dengan aku sejak aku bujang. Sejak masing-masing dah kahwin pun sekali-sekala berhubung juga melalui facebook atau telefon. Aku pun ada juga hantar servis kereta Kelisa aku di bengkelnya di Sikamat, Seremban.

Aku mengenali dia sebelum aku kenal hubby aku lagi. Sama-sama berkerja di kilang Hitachi Electronic, Bandar Baru Bangi. Kemudian berjiran pula dan kenal dengan adik-adiknya juga yang tinggal sekali di rumah bujangnya tu.

Dialah tempat aku mengadu bila sedih dan gembira. Kadang-kadang kena 'sound' juga dengan dia. Aku pun suka melawan juga tapi masing-masing tak ambil hati sangat. Tak boleh ambil hati, nanti dia kutuk aku. Selalu tak nak kalah.

Dia juga yang menjadi orang pertama aku kenalkan dengan hubby yang baru aku kenali melalui 'blind date' pertama dan terakhir aku. Masa tu dialah yang hantar aku ke KL untuk 'blind date' tu. Aku kelentong dia kata nak jumpa kawan lama sebab takut dia marah aku.

Masa aku nak suruh dia jumpa hubby kali pertama itu pun dia ada marah aku "sapa pulak yang kau nak ni?"...erkkk! Aku saja nak tengok apa pendapatnya tentang hubby aku masa tu. Bila dah kenal "ok jugakkan!", dia bersetujulah dengan calon aku (gatal!).

Dia juga yang temankan hubby aku ketika berkunjung ke rumah mak ayah aku di Jengka buat kali pertama. Sessi berkenalan dan interview dengan ahli keluarga aku. Semua adik-beradik aku pun ada kecuali yang sulung tak dapat balik. Prinsip aku kalau nak cari jodoh biarlah 'ngam' juga dengan ahli keluarga lain. Kalau tak kena reject..ehhh..

Kalau nak diceritakan kebaikan abang Sudin pada aku memanglah banyak. Banyak perkara yang aku selalu ceritakan pada hubby sama ada kisah kelakar dan kepayahannya. Dia sangat merendah diri dan tak kisah dengan gayanya yang sangat simple bila berpakaian. Teringat bila aku tegur t-shirt pagodanya yang koyak dibahu semasa dia jadi jiran aku dulu. "Alaaa... pakai kat dalam je, apa kisah!".

Kini dia masih terbaring koma. Tiada lagi tempat aku nak mengadu bila kereta aku buat hal selain hubby.

Sedih aku melihat keadaannya yang lansung tidak sedar. Jika dulu dialah yang banyak berkorban rasa, masa dan wang untuk adik-adiknya belajar dengan lebih tinggi, juga sentiasa beralah dalam banyak perkara dengan rakan-rakan. Sekarang dia tidak berupaya melakukan satu kerja pun walau hanya membuka mata pun tidak.

Syukurlah dia punya keluarga yang penuh dengan kasih sayang untuk terus mengharap akan keadaannya kembali pulih. Tiada siapa tahu bila Allah akan memakbulkan doa kita, namun usaha tetap diteruskan.

Buat pembaca dan teman-teman blogger, jika ingin menghulurkan sedikit bantuan boleh terus masukkan duit ke akaun CIMB isterinya, Sarniza Mat Jani - 05060088244507. Boleh call no handphonenya dalam berita di bawah untuk pengesahan.

Tiada paksaan, sedekah kerana Allah. Terima kasih aku dahulukan kerana simpati kita melihat dugaan mereka, luluh lagi hati yang melaluinya. Namun aku tabik dengan kak Anis yang sentiasa kelihatan sabar dan tenang.

Rujuk berita di bawah ni aku petik dari Utusan Malaysia


Derita isteri suami koma

Oleh ROSMAH DAIN

SAMSUDIN Lidon yang koma turut dijaga oleh ibunya, Samiah Muri, 59 tahun.


TELAH lebih tiga bulan suaminya terlantar di katil, berada dalam keadaan koma akibat serangan darah tinggi keterlaluan.

Sudah tiga bulan jualah wanita tabah ini tidak dapat mendengar suara suaminya, malah membantunya menampung nafkah hasil daripada kerja-kerja bengkel kereta yang dilakukan serta bermain dengan anak-anak.

Apa yang dapat dilakukan oleh Sharniza Md. Jani, 35, kini hanya berserah dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar suaminya, Samsudin Lidon, 40, segera sembuh seperti sediakala.

‘‘Malangnya pihak doktor sendiri tidak boleh mengagak bilakah suami saya ini akan sedar dari koma atau berterusan berkeadaan begini selamanya.

‘‘Apa yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa agar dia cepat sembuh. Apatah lagi akibat serangan darah tinggi yang mengejut pada jam 1 pagi itu menyebabkan pembuluh saraf ke otaknya pecah,” katanya.

Menurut Sharniza, suaminya itu memang menghidap penyakit darah tinggi sejak sepuluh tahun lalu. Begitu juga dengan penyakit kencing manis yang memerlukan dia mengambil insulin.

Jelasnya, Samsudin berada dalam rawatan di hospital (Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Seremban, Negeri Sembilan) selama dua bulan dan akhir bulan September lalu, suaminya dibawa pulang ke rumah.

Memandangkan Sharniza yang bekerja sebagai juruteknik biasa terpaksa bertugas mengikut giliran tidak menentu masa, tugas menjaga suaminya itu diserahkan kepada ibu mertuanya di Sabak Bernam, Selangor.

‘‘Saya sendiri bertugas di Seremban tentulah menyukarkan saya untuk menjaga suami saya itu semasa ketiadaan saya keluar bekerja.

‘‘Jadi kami telah berbincang adik-beradik untuk menempatkan suami saya di rumah ibunya untuk dijaga oleh mertua dan adik ipar saya sementara saya keluar bekerja dan bila ada kelapangan dan cuti hujung minggu saya akan balik ke rumah mertua melihat dan menjaga suami saya,” katanya yang mempunyai tiga orang anak berusia dua belas, sepuluh dan enam tahun itu.

Kata Sharniza, semenjak suaminya koma, kebanyakan pendapatannya digunakan untuk kos rawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan suaminya itu.

Namun tidak banyak yang boleh dibantunya memandangkan gaji pokoknya hanya RM700 menyebabkan dia terpaksa membahagikannya untuk perbelanjaan anak-anak yang sedang bersekolah.

‘‘Dahulu suami saya bekerja bengkel bolehlah mendapat pendapatan sekitar lebih RM1,000 sebulan, namun saya tetap bersyukur di kala saya kesusahan ini masih ada insan-insan yang prihatin menghulurkan sumbangan derma dan ubat-ubatan terutamanya jiran-jiran di kawasan ibu mertua saya, rakan-rakan dan ada juga permohonan dikemukakan kepada jabatan kebajikan di hospital.

Jelas Sharniza, apa yang diperlukannya kini ialah sebuah katil yang memudahkan suaminya dinaik dan diturunkan (seperti katil hospital) yang berharga lebih kurang RM8,000.

Selain itu Sharniza juga memerlukan bantuan kewangan untuk perbelanjaan peralatan rawatan suaminya, lampin pakai buang dan susu.

‘‘Siapa menyangka, kehidupan kami jadi begini. Biarpun dia tidak sihat sepenuhnya dan seringkali keluar masuk hospital akibat sakit darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya, namun dia masih juga rajin bekerja dan bergurau senda dengan saya dan anak-anak.

‘‘Kali ini penyakitnya teruk dan menyebabkan dia terlantar koma. Bagi anak-anak pula mereka reda dengan apa yang berlaku terhadap ayah mereka. Kalau boleh mereka mahu melihat ayah mereka sembuh semula, namun itu semua kuasa Tuhan,” jelasnya tenang.

Bagi mereka yang mahu membantu meringankan beban Sharniza boleh menghubungi talian 017-2672456 atau 06-7610795.

Wednesday 19 October 2011

Lupa tarikh? Aku boleh ingatkan...


Ben Ashaari kata ramai lelaki yang lupa tarikh-tarikh penting seperti tarikh nikah dan harijadi dalam entry "Perempuan dan tarikh". Peratus lelaki yang terlupa tu melibatkan hubby aku juga. Setiap tahun akulah yang akan mengingatkan tanpa mengharapkan dia akan buat surprise yang bukan-bukan. 16 tahun dah berkahwin, faham sangat dah.

Tapi tidak pula aku nak muncung-muncung dek kerana sikap dia yang terlupa tu. Aku dan anak-anaklah yang akan mengingatkannya. Kadang suka juga aku mengusik "tau kahwin je, tarikh nikah tak ingat!"..he..he.. So pada wanita yang dapat suami macam aku ni tak perlulah nak muncung-muncung bila dia lupa tarikh penting tu. Ingatkan aje dia dan goda-godalah sikit, untung-untung dapat hadiah menarik. Jangan hadiah macam dalam kisah  Salih Yaacob ni udah le.

Hari ini 19 Oktober, genap sudah anak teruna aku berusia 13 tahun. Patutlah suara pun dah mula nak berubah. Banyak perkara aku kena belajar tentang psikologi anak teruna remaja ni. Alhamdulillah, dia rapat dengan aku. Apa-apa masalah pun sering diluahkan pada aku. Cuma seperti kebanyakan remaja lain, banyak perkara yang nak kena ingatkan selalu padanya tentang belajar, menguruskan diri dan sebagainya.

Seperti biasa hubby memang tak ingat lansung. Tapi pagi tadi aku dah pesan belikan kek harijadi. Itulah cara kami raikan harijadi anak-anak. Kalau berkesempatan bolehlah pergi makan di restoran yang dia suka. Tak wajib bagi hadiah pun. Tapi pagi tadi aku bagi lebihan belanja sekolah RM10 je.

 Kek Naruto aku curi kat SINI

Walau pun dia montel, kuat makan, bangun tidur lewat, selalu saja mengelat dari belajar dan suka main game internet tapi dia jarang membantah bila aku minta tolong dia buang sampah, sidai dan angkat kain di jemuran. Kadang bila aku bosan, aku ajak dia pergi minum teh tarik kat kedai mamak. Macam kawan blogger Kak Chik yang sering melayan buah hatinya Aiman.

Selamat hari jadi buat anak aku, Muhamad Amirul Hashim. Suka benar dia buat koleksi gambar dan youtube anime star hingga merayu aku buatkan satu blog untuknya di SINI. Dia sendirilah yang upload semuanya. Dek kerana minat, cepat pula dia pandai upload. Kalau nak pandai berblog, kena selalu belajar buat sendiri.

Insyaallah, ayahnya tak lupa kek hari jadi petang ni. Kalau terlupa juga, aku cari je kat kedai dalam kawasan perumahan aku ni. Ada dua buah kedai kek ; Salsabilah dan Zaty.

Segmen : Saya, blog dan pembaca


Dah berbulan-bulan tak join segmen Ben Ashaari. 
Dia pun dah jarang buat segmen pun... kali ni aku join!
Siapa mau join, klik SINI.... habis 5 petang ni!


Tajuk segmen "Saya, blog dan pembaca" punya makna yang berkaitan dengan hubungan antara aku sebagai penulis blog yang menjadi sebahagian dari jiwa dan luahan hati untuk dikongsi bersama pengunjung blog ini. Jika sudi akan terus membaca dan menggeledah isi-isi mahupun entry-entry dalam blog ini.

Aku cuba untuk berkongsi rasa sesuatu yang dapat dijadikan ingatan dan panduan buat diri aku dan teman-teman pembaca semua. Terkadang apa yang kita alami dan lalui tidak sama dengan insan lain dan bila dikongsi menjadi pengalaman baru dan ikhtibar buat mereka. Asalkan ia untuk kebaikan bersama dan tidak menimbulkan kekeruhan.

Sejak awal berblog pada Januari 2010, inilah gambar profail aku yang tak pernah berubah :


Boleh add aku di facebook kat Adzriel AB.

Tony Eusoff memang bukan Muslim

Terkejut juga aku baca entry Kak Aya bertajuk Tony Eusoff murtad. Nama ada bunyi Islam, aku ingat dia memang muslim. Rupanya dia Kristian, jadi apa nak kisah. Memang bukan Islam pun. Tapi lakonannya sebagai lelaki Islam dalam drama berkesan juga.

Aku setuju dengan kata-katanya "...banyak lagi nama yang mempunyai Bin dan Binti tapi mereka sendiri tidak beragama Islam". Mendalam tu maksud dia.

Macam biasa aku search kat google berita tentangnya. Antara yang aku jumpa :
- Tony Eusoff jawab teka-teki soal bangsa dan agama

Ingatkan aku yang sebagai orang biasa-biasa selalu melihat artis di kaca TV saja yang tak tahu, rupanya ada wartawan sendiri yang tak tahu latar belakang agama Tony Eusoff hingga menimbulkan kemarahan pada pelakon tersebut. Buat cerita tapi tak selidik dulu memang tak baguslahkan. Lepas tu macam yakin sangat cerita kita ni betul. Hal agama memang sensitif.
- Tony Eusoff Berang Tuduhan Murtad

Pengajarannya jangan suka-suka menuduh kalau tak tau kisah sebenar. Lagi pun tak elok main tuduh-tuduh dan dedah kat public ni. Buka aib orang je bila sebut nama-nama tertentu dengan jelas. Tapi kalau yang tak makan saman dan tak sedar-sedar tu macam mana pulak ye?

sumber gambar Tony : http://www.budiey.com/sekitar-majlis-berbuka-puasa-aquila-emas-di-hotel-federal/

Tuesday 18 October 2011

Mana ada jual kat market ni!

Petikan kata-kata :

Nik Abdul Aziz Nik Mat
‎[Tazkirah] "Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...."

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu 5 Januari 2010.

Renung-renungkanlah. Mana ada jual kat market ni!

Monday 17 October 2011

Berapa kali mau tinggal kasutlah weiiii!

Dah tiga kali aku nampak budak ni lambat ke sekolah. Bila aku perhatikan lencana, sama sekolah dengan anak aku. Tak pastilah lambat sebab dia sendiri atau ibunya. Yang pasti, orang dewasalah yang patut berubah dulu.

Situasi pertama dulu aku tengok budak tu keluar dari kereta persona yang di pandu ibunya dan menghantar kasut adiknya ke rumah pengasuh anak aku. Dia masih beruniform sekolah kebangsaan. Aku pula baru tiba selepas menghantar anak-anak ke sekolah. Aku nak hantar Arif pula ke situ. Jam sudah pun melewati angka 7.20 pagi iaitu waktu loceng masuk sekolah sudah pun berbunyi. Kelihatan selamba aje dia.

Situasi kedua pun begitu juga. Waktu dia hantar kasut adiknya memang lewat. Dah pukul 8.20 pun. Wow! Memang lewat ke sekolah.

Pagi tadi pun macam tu juga. Apahal yang asyik kasut adik tertinggal aje ni?

Gatal kepala aku tengok sikap ibunya tak selamba aje anaknya sering lewat ke sekolah.

Apalah salahnya dihantar dulu anak tu ke sekolah dan kemudian dia sendiri hantar pula kasut tadi ke rumah pengasuh. Bukan jauh pun sekolah tu, cuma 6 minit perjalanan pergi dan balik.

Tertanya-tanya aku di mana dia tinggal, pukul berapa dia bangun tidur pula. Macam menyibuk ajekan. Tapi situasi ini memang buat aku rasa terkilan dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tak ambil berat tentang masa. Bukan dia yang kena denda nanti, tetapi anaknya yang kena bila di sekolah nanti.

Nak tegur? Susah jugakan sebab aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Orang sekarang sensitif sangat bila ditegur kesalahannya walau pun dengan cara berhemah. Cuma harapan aku, janganlah disebabkan kita yang dewasa ini, kita yang sihat dan berkemampuan merosakkan masa depan anak sendiri.

Friday 14 October 2011

Hati aku dah sebak, Innalillahiwainnailaihirojiun..

Pukul 9.37 malam tadi kakak aku call membawa berita sedih.  Berita tentang sepupu aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di jalan Ipoh-Lumut. Keretanya bertembung dengan lori. Itu saja yang aku dengar dari kakak aku tadi. Nak bertanya lebih pun hati aku dah sebak. Sedih sangat.

Sepupu tu muda setahun sahaja daripada aku, 37 tahun. Berkawan juga masa kecil-kecil dulu sebab dia anak mak ndak aku. Antara mak saudara yang rapat juga. Dah besar ni tak berapa sangatlah sebab dia lelaki. Tetapi rapat juga dengan kakaknya. Aku pernah buat entry tentang mak ndak di SINI.

Insyaallah, esok pagi baru aku nak ke rumah mak ndak, Kampung Lasah di Sungai Siput Utara, Perak untuk menziarahi allayarham. Kampung tempat aku dilahirkan juga tu.

Tadi pun ada juga abang aku dari Lukut, Port Dickson bertanya bila aku nak bergerak.ke sana. Dia mungkin bergerak tengah malam ni bersama keluarganya. Adik aku pula dah pun bergerak ke Jengka 16, Pahang kerana mengambil mak aku di sana untuk dibawa bersama balik ke Perak.

Abang sulung dah memang tinggal di Ipoh, jadi dekat saja nak ke sana. Dia pun ada call aku juga dari Hospital Ipoh. Jenazah telah siap dikapankan dan akan dihantar pulang ke Kampung Lasah malam ni juga. Urusan pengkebumian keesokan paginya.

Sebak hati, dia baru saja bertunang. Jodoh, maut semua Allah tentukan. Kita hanya mampu merancang.

Sedih sangat mendengar berita pemergiannya. Hanya mampu berdoa moga Allah tempatkannya di kalangan mereka yang beriman. Tak semena-mena aku teringat arwah pak ndak iaitu bapanya dulu. Al fatihah...

Bahasa SMS, tengok tempat le dik oiii!

Jangan amalkan berSMS semasa memandu, bahaya.. gambar dari SINI

Bahasa ringkas dan singkat untuk cepat, jimat ruang dan mudah dalam SMS. Kadang-kadang boleh buat aku pening juga nak baca. Tapi tidaklah buat lawak macam kawan sorang ni bila maksud TQVM pun tak tau dalam entrynya INI. Nyaris tak gelak guling je aku.

Ada para guru dan ibu bapa yang risau dengan situasi menaip bahasa ringkas ini di SMS. Bukan setakat SMS je, aku lihat ada banyak juga blog yang suka menaip dengan bahasa ringkas ni. Bila 'masuk' = msk, 'nanti' = nnt, 'dalam' = dlm, 'sikit' = ckit dan macam-macam lagilah. Ada je idea nak meringkaskannya. Macam bahasa kod saja.

Apa yang diaorang risaukan sebenarnya. Depa risau kalau anak-anak akan menggunakan bahasa-bahasa sedemikian dalam peperiksaan atau pun urusan rasmi dek kerana terlalu biasa berSMS dengan bahasa ringkas ni.

Aku rasa masa aku sekolah dulu lagi dah guna singkatan-singkatan perkataan ni dalam membuat nota ringkas. Kakak akulah paling rajin menulis nota Geografinya pada kertas kajang yang dilipat-lipat. Kadang aku pun tak faham apa yang dia tulis sebab banyak singkatan perkataan.

Pun begitu tidak pula aku gunakan singkatan tu dalam peperiksaan. Situasi mungkin berbeza jika nak kita bandingkan dulu dan sekarang. Dulu singkatan hanya digunakan dalam nota ringkas milik sendiri dan berapa kerap sangat kita menulisnya. Sekarang boleh hari-hari mengadap handphone berSMS dengan teman-teman. Belum masuk menengah pun dah ada handphone milik sendiri.

Alhamdulillah setakat ini anak-anak aku tak ada yang buat perangai guna bahasa SMS ni dalam buku-buku mereka. Takut tangan berbirat kena rotan atau cair taik telinga buat dek aku, mama yang agak garang ni. Garang aku pun, apa-apa masalah cari aku juga. Tidak pulak nak mengadu pada ayahnya yang kurang garang tu. He..he..

Sekali-sekala elok semak buku-buku sekolah anak dan ingatkan mereka selalu agar jangan gunakan bahasa SMS dalam peperiksaan. Karangan dan bagus tapi banyak kena potong markah sebab banyak sangat guna bahasa SMS. Buat rugi je!

Sebelum dan selepas raya


Raya puasa dah lepas dan tak lama lagi raya haji pula. Sekejap je rasa waktu berlalu ye! Persediaan untuk raya haji mungkinlah tidak sebanyak persediaan yang kita buat untuk menyambut aidilfitri. Jadi kosnya pun kuranglah sikit.

Seperti aku pun tidaklah membeli baju baru untuk raya haji nanti. Cukuplah sekadar ulang memakai baju raya puasa yang baru lepas je. Lain orang lain gayanya, ikut bajet poket dan citarasa sendiri.

Anak aku, Asyikin sempat melawak pasal beraya ni tadi.

"Mama! Ikin ada dengar kawan Ikin buat lawak tau. Masa hari raya, ayah dia bagi duit raya kat orang. Selepas raya, anak pulak bagi pinjam duit kat ayah. RM50 lagi sebab ayah dia dah pokai!". He..he..

Budak-budak sekarang dapat duit raya boleh kata berkepuk juga. Macam dapat gaji sebulan orang dewasa je. Itu yang ada mak ayah tak tahan nak 'mengusha' anak nak pinjam duit. Malangnya anak bila mak ayah pinjam buat selama-lamanya. Kesiannnn budak tu!

Al-maklumlahkan, si ayah banyak berhabis untuk pelbagai persediaan semasa hari raya daripada segi makan, pakaian, duit raya dan sebagainya dalam satu masa. Boleh sesak nafas jugalah dibuatnya. Bila raya dah lepas, terlupa pula bila ada yang terlebih pakai dari bajet sepatutnya.

Masalahnya ramai juga antara kita ni yang tak insaf pun sebab tiap-tiap tahun pun terlebih bajet juga. Godaan sana-sini mungkin terlalu kuat agaknya. Pandai-pandailahkan, kelak bahangnya sendiri yang rasa.

Jangan buat lima perkara ni buat bila nak tidur


1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
 Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkeh.

p/s : Copy paste dari facebook kawan aku..he..he.. syok baca!

Fikirlah dulu sebelum nak tanya! Sakit hati tau!

Gambar dari SINI

Lenguh kaki malam tadi terasa sebelum tidur. Nyaris tak terbawa ke pagi ini. Inilah akibatnya kalau jarang bersenam. Pagi semalam aku ke Bangsar, KL dengan menaiki komuter dari UKM. Aku turun di KL Sentral dan tukar pula train lain ke Jalan Abdullah Hukum, Bangsar.

Tengahari pula aku dah balik semula ke Bangi. Terjumpa pula ex-classmate aku semasa di POLISAS dulu. Maka rancaklah juga berborak sepanjang perjalanan dalam komuter dari KL Sentral ke UKM.

Semalam ada dua tiga perkara yang menyakitkan hati berlaku berkaitan kerja, blog dan hal peribadi. Bengangnya bila berdepan dengan kerenah sesetengah jabatan yang cerewet tak bertempat. Perkara mudah menjadi susah, hal remeh menjadi leceh. Menyusahkan para pelanggan untuk berurusan bila tak ada sikap mesra pengguna.

Hilang mood aku bila ada pula yang menuduh aku buat perkara yang aku tak buat hanya kerana kesilapan orang lain pada dia. Aku pula yang dia nak kaitkan.

Kalau dia benar rakan yang sayangkan aku, tidaklah dia bertanya soalan yang merobek hati aku. Sebelum aku call dia, aku tarik nafas bagi tenang dulu agar tidak terluah kemarahan yang ketara. Takut memburukkan keadaan.

Aku cuma tanya dia "Kau demam ke tanya soalan bukan-bukan kat aku?".

"Cuba kau check semula SMS kau tu! Apa rasa kalau aku yang tanya soalan tu kat kau?" tanya aku lagi.

"Kalau kau cuti, call aku. Kita jumpa pergi minum-minum tapi kau yang kena belanja aku!" tambah aku lagi. Alang-alang kau dah buat salah, belanjalahkan. Gaji ribu-ribu takkan kedekut dengan kawan sendiri kot. Dah la buat salah dengan aku.

Entah apa-apa dia ni aku rasa. Tanya soalan bangang yang belum tentu sahih! Geram sebenarnya ni...

Sampai kat rumah, buka blog...eh...apa hal pulak tuduh perkara yang aku tak buat ni? Tak tau hujung pangkal, suka-suka kata aku buat benda yang aku tak buat. Siap bagi arahan lagi... kalau aku kenal kau lama bolehlah aku terima tegurannya tapi ini kali pertama. Tersentap jugak aku... jangan risau! Kejap je sentap pun..tak sampai dua hari pun.

Kadang-kadang kita perasan diri kita ni bagus sangat sampai nampak orang lain semuanya salah. Bila nak bertanya pun seolah-olah orang tu dah memang bersalah. Padahal minda kita ni dah penuh dengan buruk sangka yang menutupi perkara yang sebenarnya baik dan elok-elok aje. Tak ada apa pun sebenarnya. Kita je yang kecoh!

Sebenarnya aku tak kisah pun kalau ada orang yang perasan dia bagus tapi janganlah pulak nak cari pasal dengan orang lain. Macam tukang sibuk pun ada juga. Kalau aku kata 'mind your own business' pun susah jugakan. Kita hidup sebagai umat Islam kenalah saling menegur mana yang silap. Tapi... fikirlah dulu sebelum bertanya.

Thursday 13 October 2011

Hormat orang lain bila buat U-turn

Pos laju tak pe, jangan pandu laju tak tentu hala.

Sudah dua tiga kali aku terserempak dengan kereta MPV ni buat U-turn berhadapan SRA Bandar Seri Putra dengan cara yang menjengkelkan.

Mula-mula dia akan ambil ruang yang agak banyak di jalan utama sebelum U-turn. Macam bas atau lori nak masuk simpang le hingga boleh juga sebabkan kenderaan dari belakang melanggar belakangnya jika tak berhati-hati.

Aku pun hairan kenapa nak ambil ruang jalan yang banyak sebelum u-turn. Bukan MPV 7 tempat duduk pun. Aku pun pernah juga banyak U-turn Toyota Wish kat situ, lepas je. Kalau tak yakin, aku akan lajakkan kereta ke ruang lain yang agak lapang asal tidak menyebabkan pengguna jalan raya lain rasa terganggu.

Pagi tadi terserempak lagi dengan gayanya yang sama tapi betul-betul buat aku geleng kepala. sebuah motosikal datang dari arah bertentangan sudah semakin hampir tetapi pemandu MPV ni tetap teruskan juga U-turnnya. Sakit hati pulak aku tengok. Kalaulah motorsikal tu tak sempat nak brek, takut dua jiwa tercedera atau melayang kerana penunggang motorsikal itu adalah seorang bapa yang sedang menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Banyak kemalangan berlaku semasa buat U-turn akibat tak berhati-hati dan juga tersilap andaian tentang jarak dan kelajuan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Begitu juga bila tiba-tiba buat u-turn tanpa signal atau memberi masa yang sesuai hingga disodok oleh kenderaan dari belakang pula.

Hargailah nyawa sendiri dan orang lain. Bukan lama mana pun nak tunggu motosikal tu melepasi kita, tak sampai seminit pun. Kalau jalan jem sekali pun tak sampai 10 minit kita dapat masuk ke jalan bertentangan sama ada secara u-turn atau cara lain yang lebih selamat. Cari simpang lain.. lebih baik daripada melayan kemalangan yang mengambil masa kita berjam-jam untuk diuruskan.

p/s : Lain kali aku nak ambil gambar MPV tu.

Wednesday 12 October 2011

Hargailah setiap sesuatu yang baik itu..

Gambar : Google

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak..
Akal itu umpama air, jangan biar ia kering..
Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang..
Persahabatan pula umpama tali, jangan biarkan ia putus...

Bukan kata-kata aku tetapi seorang teman di facebook yang aku lupa namanya kerana kata-kata puitis ini telah lama berada dalam 'draft' blog aku ni. Pengertian dari kata-katanya sangat mendalam. Hargailah setiap sesuatu yang baik itu agar ia tidak musnah dari kehidupan kita.

Tuesday 11 October 2011

Bahayanya pengaruh buruk TV

Bahayanya pengaruh TV pada kita hari ini. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan. Paling menakutkan bila mereka meniru aksi-aksi ganas. Begitu juga dengan dialog-dialog yang tak sedap didengar turut menjadi ikutan.


Bukan pengaruh pada manusia saja...kucing pun sama.

Ada sesiapa yang ambil exam Tamil?

Gambar SINI.

Alamak, lambatlah cikgu Matematik aku ni share tips nak exam. Harubiru dibuatnya. Tak adalah banyak mana pun tipsnya, 5 saja tapi memang kalut le. Paling suka aku tips yang kelima tu... orang mata duitan macam aku memang suka tips tu.

Jenguk link ni untuk tips harubiru cikgu Hani... nama yang sedap! :

http://nombordansifir.blogspot.com/2011/10/5-tips-harubiru-menghadapi-peperiksaan.html

Sukanya anak aku Aishah. Dah merdeka sebab exam PMRnya dah tamat. Hari ini ada exam Bahasa Tamil, dia tak minat walau pun aku cadangkan dia ambil exam tu. Tambah ilmu, baguskan.

Moga mereka yang sedang menjawap soalan Bahasa Arab tenang di dewan peperiksaan. Abaikan mereka yang dah merdeka dulu sejak petang semalam.

Lepas exam jangan terlebih enjoy pulak ye. Belum ada perancangan lagi nak anak aku buat apa sepanjang dah lega dari PMR ni. Suruh niaga online kot...wah.. mata duitan betul maknya.

Tak pun hantar ke kelas bahasa Korea atau Jepun ; suka sangat lagu-lagu dan cerita Korea/Jepun tu. Atau hantar ke kelas fotografi sebagai persediaan kalau rezeki Allah nak bagi tentang janji ayahnya di SINI.

Selamat Hari Jadi adik tersayang!

Selamat hari jadi buat satu-satunya adik kandung aku tersayang. Tarikh 11 oktober yang aku tak pernah lupa setakat ini. Cantik tarikh hari ini 11.10.11. Angka sepuluh diapit oleh angka 11.

Hajat hati nak letak gambar comelnya semasa usia 4 tahun dulu tapi gambar-gambarnya ada di kampung. Comel sangat!

Dah masuk era usia angka 3o nampaknya. Moga hari-hari yang dilalui semakin membahagiakan dan sukses dengan Asterisk Boutiquenya yang mendapat tumpuan sepenuhnya bermula sejak June tahun ini.

Instant Syria milik Asterisk Boutique yang simple tetapi bergaya

Nak hadiah apa? Aku bagi secara online aje boleh?

Pilihlah nak perfume warna apa? Kakak aku cadangkan botol warna hitam....
Endless perfume botol kecil 30 ml boleh letak dalam handbag je.

atau cup cakes yang menjadi favourite kita ni?

Cup Cake yang menggoda

Usahkan cup cakes, segala macam kek kita suka. Lebih-lebih lagi kalau kek coklat ni.


Love you forever from your elder sister...

Skil berbasikal yang cukup bergaya

Hebat sungguh cara mereka kendalikan basikal...

Salah gaya boleh 'tertomoih' ni... tau ke apa 'tertomoih' tu? Diana dan kak Dinas tau sangatlah maknanya ni. Orang belah utara kata jatuh tersungkur kalau salah pengiraan ni.



Yang ini pulak sungguh tak ada kerja...

Berdua... perlu berlatih bertahun-tahun

This is the best.. menari dengan basikal. Acara penutupnya cukup bergaya.

Kehebatan tidak akan diperolehi dalam sekelip mata. Mereka berusaha dan berlatih dengan penuh minat. Bertahun-tahun pula tu dan inilah hasilnya.

Antara penyebab jalan jem giler!

Pemandangan di rumah flat sekitar Sepakat Indah, Kajang. Banyak kereta parking di kiri kanan jalan hingga menyukarkan kereta lain lalu bila berselisih jalan kerana jalan semakin sempit.

Belakang aku ni pula jalan mati dan agak sempit serta berlopak. Dua tiga kali juga hubby terpaksa bergerak ke depan dan ke belakang nak buat 'three point turn'.


Nak salahkan penduduk? Susah jugakan sebab dah jadi trend kebanyakan penghuni rumah sekarang mempunyai dua buah kenderaan. Susahlah kalau pemaju hanya menyediakan satu lot parking sahaja untuk mereka. Penyelesaiannya mereka terpaksa parking di luar dengan keselamatan kenderaan yang tidak terjamin.

Penduduk yang park macam ni pun kenalah park elok-elok dan kemas supaya tidaklah kereta korang terlebih banyak ke jalan. Lebih menonjol dari orang lain pulak. Makna ke kena 'expert' buat 'side parking'. Jangan takut terutamanya wanita, lama-lama selalu buat mesti pandailah.

Bila aku tengok jalan kat dalam gambar atas tu mula aku teringat kampung hubby. Jalan bendang yang sempit juga. Kena berhati-hati bila berselisih kenderaan. Ini dah oklah sebab bertar. Masa aku bertunang tahun 1995 dulu masih lagi bertanah merah.

Hati-hati jangan merempit di sini. Kalau terbang boleh masuk bendang atau tali air ni. Nasib malang bukan hilang nyawa sebab cedera tetapi sebab lemas. Tak kiralah di mana-mana pun, berhati-hati memandu dan bertolak ansurlah di jalan raya. Bila selisih di kawasan sempit begini, pandai-pandailah beralah dengan wajah dan hati yang tenang.


Monday 10 October 2011

Diriku semakin berusia tapi tak sedar diri!

Masing-masing sendiri rasa perubahan diri bila umur semakin meningkat. Ada yang sama, ada yang lain sikit. Cepat atau lambat walau pun usia sama. Bila kelihatan lambat perubahan terutama pada pada wajah, orang kata awet muda. Tetapi ada juga nampak muda tetapi matang.

Aku sendiri pernah juga tertipu dengan usia ayah rakan aku semalam. Aku tanya berapa umur ayahnya tu? Nampak cergas saja lagi. Sudah 60 tahun katanya. Pada pandangan mata aku wajah ayahnya kelihatan seperti sudah menjangkau usia 70 tahun. Nampak lebih berumur tapi cergasnya bergerak ke sana sini bukan seperti mereka yang biasa berusia 70 tahun.

Bahagian masing-masing yang Allah kurniakan, tapi kena juga ada usaha untuk menjaga apa yang patut.

Aku mula merasakan usia aku semakin tua bila :

1) Sering terlupa - terlupa mana letak kunci kereta, terlupa nak tutup lampu bilik air, terlupa nak tutup paip tadahan air tapisan dan macam-macam lagi. Tidaklah selalu atau teruk sangat tapi terasa jugalah sifat tu.

2) Panas baran berkurang - dulu-dulu cepat aje nak marah kalau anak-anak buat hal, ada orang lain provok dan tak kena. Sekarang ni ada juga tapi tidaklah secepat zaman muda remaja dulu. Kadang-kadang mampu buat tak tahu lagi. Dah bosan agaknya..he..he..

3) Tidak secergas dulu - Masa sekolah dulu aktif main volleyball dan kadang-kadang netball. Tapi bacalah apa yang aku rasa semasa main olleyball kat entry NI. Boleh lagi nak menebas lalang belakang rumah tu, cuma letihnya cepat terasa. Lebih-lebih lagi sejak anak dah lima ni.

4) Alamak! Ada kedut sikit bawah mata - Ini yang tak bestnya. Tapi kalau usia dah menjengah angka 60-an boleh ke nak elak kedut? Kelakar pulak rasanya. Tak boleh elaklah juga... dah tua, tualah juga. Tak kan nak melawan hukum alam pulak.

5) Boleh share macam-macam barang dengan anak - Baju, kasut, tudung.

Cuba korang teka mana satu :

Kasut aku dan anak dara aku yang sulung


Kasut hubby dan anak teruna aku anak kedua

p/s : Banyak-banyakkanlah lagi amal...

Kalau suruh tanpa rela, kena bayar le!


Bila aku baca entry seseorang tu menarik hati aku, maka aku promotelah. Itu pun ikut mood dan situasi juga. Mood baik dan situasi pun tengah ada masa dan ada idea untuk mengeluarkan kata-kata. Itu memang aku buat dengan rela hati, tak ada upah pun tak mengapa asal hati aku puas.

Bukan di suruh-suruh tolong promote tanpa upah untuk aku. Aku memang mata duitan, nak suruh buat kerja kenalah ada upahkan. Kepuasan diri tak ada, upah pun tak ada.... mana best. Sekurang-kurangnya mesti nak ada salah satu daripadanya.

Kupasan Diana di entrynya INI tentang tolong-tolong promote ni boleh tahan juga pedasnya. Terasalah dengan entrynya sebab aku pun terkena dengan seorang blogger ni.

Ambil ikhtibar dari entrynya itu. Aku setuju sangatlahkan dengan kata-katanya. Tiba-tiba je nak minta kita promote blog dia atau barangan dia tanpa upah ni kenapa pulakkan? Lainlah kalau dia kata "Nanti saya promote awak semula!" sejuk sikit hati nak tolong. Kira upah juga tu. Terpulanglah setuju atau tidak dengan upah tu.

Aku ni peramah tu peramahlah juga tapi tengok keadaanlah juga nak peramahnya. Dahlah dulu dia selalu aje tag aku dengan entrynya, lepas tu tiba-tiba je nak suruh promote pulak. Aku memang pantang orang tag aku dalam wall facebook.

Niat dia nak menduga kita suka dia atau tak? Bukan tak suka, sekadar kawan yang biasa-biasa je yang tak kenal wajah dan rupa. Malah jarang menyapa pun. Kalau aku tak menegur dia dulu, tak pandangnya pun kat aku ni agaknya.

Dia datang ke blog aku pun sebab nak balas lawatan aku saja. Itu pun selepas beberapa hari je. Kadang sunyi je. Kalau aku tak tinggal jejak, lagilah dia tak perasan kehadiran aku.

Aku tak kisah pun sebenarnya kalau dia tak nak datang ke blog ni. Setiap orang ada citarasa masing-masing tentang lenggok gaya bahasa dan isi blog seseorang. Bukan jaminan bila kita sukakan blog seseorang, maka dia juga kena suka blog kita.

Tapi dia buat aku terkejut dan sedikit mual bila tiba-tiba nak aku promote barangan dia. Kalau koranglah, apa rasa agaknya.

Di sebabkan aku tak suka, maka aku tak jawap pun permintaan dia. Takut tersalah kata, kecil hati pula. Aku tau, dia bukan minta pada aku seorang je. Ada ramai lagi yang dia tanyakan.

Lainlah Hanis Azla, Diana, Ummi Ross, Wani dan ramai le pulak nak disebut yang rajin beramah mesra. Ramailah juga yang rajin menyapa dari senarai bloglist aku tu. Boleh chatting kat facebook, gurau-gurau dalam handphone dan mungkin bersua muka seperti Hanis Azla danWani. Ben Ashaari yang susah nak menyapa kat blog ni pun ada juga bagi trafik tinggi kat blog aku.

Paling best bila dapat puding laici nenas dari JeBateja. Alaaaahhhh... itu kawan lama bertahun-tahun pun mau berkira ke juga ke? Tak berkiralah sebab dia pun ramah menegur aku walaupun asalnya kawan hubby aku juga.

Dia nak terasa sebab aku tak nak tolong promote? Fikir-fikirlah kalau dia berada di tempat aku.
Mereka yang aku promote selama ni pun aku buat dengan rela hati. Depa tak suruh dan tak bayar pun dan aku tak suruh bayar pun. Yang penting aku rela! Kalau suruh tanpa rela, kena bayar le. Maka dengan rela hati aku promotekan.

Aku promote novel Hanis Azla sebab dia bagi free novelnya kat anak aku? Bukan sebab itu je.Hanis Azla istimewa bagi aku. Kenali dirinya melalui isi-isi entry dalam blognya. Secara tak lansung, dia banyak mengajar aku nilai-nilai menjadi seorang insan, wanita dan ibu yang baik tanpa dia sendiri sedari. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan berilmu orangnya. Cantik pulak tu. Satu pakej yang lengkap bagi aku...alamak terlebih sudah. Ikhlas dari hati ni...

Saturday 8 October 2011

Duit menipu niaga online tak berkat!

Dapatkan Jamu Sihat Wanita di http://adzrienshoppe.lot.my/

Panas hati juga baca entry ni. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Sikap orang yang nak dapat duit dengan cara keji iaitu menipu dalam bisnes online. Konon-konon nak menjual barang tapi barang tak ada atau sengaja salah hantar barang. Kesian para pembeli yang tertipu.

Sikap dia menyebabkan para pembeli rugi duit dan orang mula susah nak percaya dengan peniaga secara online.

Sebagai pembeli kenalah berhati-hati. Tips-tips shopping online ada banyak dan boleh search kat internet.

Para peniaga online juga kenalah berusaha untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Semuanya berpegang kepada kejujuran dan menjaga etika dalam berniaga. Tips nak berniaga secara online pun boleh juga search di internet.

Eloknya bila korang tertipu dengan peniaga macam ni, buat report polis. Tapi pastikanlah korang berada di pihak yang tak buat silap.

Di sini, rakan blogger Nik dari Journal of my life share tentang penipuan itu dalam entrynya berhati-hati dengan perempuan ini

Betulkan aku jika tersilap... aku pun berniaga on line, terasa geramnya! Blog Adzrien Shoppe aku sedang edit dan kemaskini isinya, itu yang aku blockkan kejap. Dah ok nanti baru aku canang-canangkan semula.

Tapi aku ada satu lagi web yang aku baru buat khas untuk jual jamu keluaran T-Warisan Anggun sahaja di http://adzrienshoppe.lot.my/. Cara pembelian lebih mudah dan telus. Jenguk-jenguklah situ... ada bakul troli untuk korang shopping..he..he..

Nak tudung, klik Asterisk Boutique.. bayar pakai Pay Pal pun boleh.
Nak kosmetik halal, klik Beauty Farmasi.. ada booth sendiri di Giant, Kelana Jaya
Nak spare part kereta, klik Restu Supply.. area Kajang, Bangi, Serdang je, tuannya hantar barang ke tangan pembeli sendiri.

Berhati-hatilah... Duit yang dapat hasil menipu orang hanya merosakan badan dan minda je. Duit haram tak ke mana pun perginya. Tak ada keberkatan dapat rezeki hasil menipu ni.

Friday 7 October 2011

Isteri masak tak sedap ke?

Si isteri mengadu, suaminya jarang nak makan apa yang dia masak. Kalau makan pun sikit aje. Ada saja alasannya. Tak sedapkah isterinya masak? Berdietkah dia? Sangkaan paling buruk pada suaminya, ada isteri lainkah? Dia juga yang jawap semula "tak mungkin!". Tinggi peratus kepercayaannya pada suaminya itu tak curang. Baguslah macam tu. Tak baik cepat sangat buruk sangka, siasat dulu.

Agaknya si isteri memang tak berapa pandai memasak pelbagai hidangan. Itulah yang diakuinya. Masak ala-ala simple je katanya. Apa yang ada dalam peti sejuk aje. Semua bahan suaminya yang beli.

Oooo.. patut le! Niat isteri nak lebih baik dalam memasak agak terhad. Itu pun kalau mengikut katanya, suaminya yang nak beli sendiri. Kalau dia order apa-apa bahan mentah yang dia nak, biasanya ada aje yang tak cukup. Bila minta duit nak beli sendiri, tak mau pula diberi.

Kesudahannya, masak sajalah apa yang ada. Tak kisahlah kalau masak lemak tanpa serai pun. Itu pun kalau ada santan peket katanya.

Tapi silap-silap bahan cukup pun belum tentu sedap masaknya. Eh! Ke situ pulak fikirnya.

Duit suami yang susah payah cari, kenalah jimat-jimat. Banyak benda yang nak dibayar agaknya. Dia pakai kereta besar dan rumah pun besar, kenalah potong mana-mana kos yang patut.

Si isteri pun duduk kat rumah aje, tak menyumbang apa-apa. Eh! Tak menyumbang ke? Marah para suri rumah nanti. Tanpa isteri yang menguruskan hal-hal di rumah, boleh canggung juga rumahtangga tau! Hari-hari buat kerja rumah pun lelah juga dibuatnya.

Apa aku nak kata ye? Dialah yang kena berbincang dengan suaminya. Takkan aku pulakkan?

Aku yakin ramai antara korang yang dah pun berstatus suami memberi kepercayaan penuh pada isteri untuk beli sendiri barang apa yang diaorang nak masak. Isteri yang nak masak, biar le dia yang shopping barang dapur. Duitnya suamilah yang bagi dan jadi tukang tolak troli. Tak pun pergi beli sama-sama macam mamat kat bawah ni. Macam ni punya gaya tolak troli, jangan langgar orang dah le.

Gambar hiasan tukang tolak troli tegar,
aku ambil gambar dari blog isteri Ben Ashaari

Thursday 6 October 2011

Syair hijab menyentuh hati

Aku terpikat dengan suaranya bila menyanyi. Dan yang paling penting adalah isi lagunya yang bermakna tentang hijab. Menyentuh perasaan!


Yang bawah ni pulak.... aku tak berani nak komen. Takut tersilap komen macam artis komen pasal hudud tu kat SINI. Hukum Tuhan, tak berani aku pertikai. Ada masa bolehlah dengar hujah-hujah mereka ni. Agak lama, 10 minit juga nak dengar.


Apa takdir kita di malam pertama?


Sungguh terasa sebak hati aku mengenangkan betapa terlekanya aku dengan kehidupan di dunia ini. Bila musibah nyaris teringatkanNya, bila mewah lansung terlupa.



Aku juga hilang kata-kata bila membaca entry 'Video yang boleh buat korang menangis'.

Novel blogger 'Takdir Fitrah Terindah' memang best!

Aku dah habis baca novel 'Takdir Fitrah Terindah' pemberian Hanis Azla untuk anak dara aku Aishah, sempena birthdaynya pada 25 September 2011 lepas. Macam biasa kami bertiga dating di restoran RasaMas, Warta Bandar Baru Bangi.

Besar pengaruh nama pasaraya Warta di dalam komplek membeli-belah tu. Walau pun dah bertukar ke pasaraya Bintang dan yang terakhir menjadi milik Giant tetapi keseluruhan bangunan tetap dipanggil Warta.


Memang best baca novel ni. Walaupun baru je diterbitkan pada penghujung Julai 2011 tetapi sudah pun menduduki carta pertama dalam kategori Buku Prima Ogos lalu. Hanya sebulan selepas diterbitkan.

Teruja Hanis Azla dibuatnya kerana ini merupakan percubaan pertamanya. Aku yang hanya seorang teman ini pun jadi turut gembira bila hasil usahanya selama 2 tahun tu sangat berbaloi.

Baru saja aku bertanya "cetakan kedua dah keluar ke?". Terjawab sudah pertanyaan aku dalam entrynya 'Cetakan kedua.. Takdir Fitrah Terindah'.

Sekali-sekala menitis air mata aku semasa membacanya. Meresap ke dalam hati macam cerita hindustan pulak. Patutlah Hanis Azla kata sampai naik jerawat semasa menulis manuskrip novel ni. 2 tahun dia mengadun cerita ini dengan penuh penghayatan. Aku yang jenis tak mudah nak menangis pun boleh kejap-kejap lap air mata.

Aishah tanya "mama baca novel ni skip-skip pagekan?". "Taklah! Mama baca perkataannya satu persatu", jawap aku. Selalu memang begitu pun perangai aku bila baca novel tebal-tebal ni sebab nak cepat habis tapi yang ini seronok membaca setiap baris ayatnya.


Suka benar aku dengan kata-kata indah yang Hanis Azla titipkan di muka surat pertama novel ini :

"Buat temanku Kak Liza & anakanda Aishah.
Hargai setiap cinta, kasih dan sayang...
Salam mesra, Hanis Azla".

Kata-kata ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam. Cantik tulisan tangannya.

Aishah pernah memberitahu aku yang dia pernah terpikat dengan sinopsis buku ini semasa melayari laman web Buku Prima. Tapi dia tak menyangka pula ianya novel milik Hanis Azlayang dikenalinya. Katanya seperti biasa dengar nama Hanis Azla tetapi lupa di mana. Hanya setelah tiba-tiba aku mencadangkan novel ini padanya, barulah dia teringat. Bermakna sebab asal dia sukakan novel ni bukanlah kerana penulis novel adalah rakan aku. Bila dah tahu, lebih-lebihlah sukanya.

Jika ada yang berminat nak membacanya, boleh jenguk di kedai-kedai MPH atau ada juga diMPH online. Boleh juga dapatkan di laman web Buku Prima. Tidak pun korang order je denganHanis Azla, suruh dia tanda tangan sekali.

Antara teman blogger yang aku tau dah teruja dengan novel ni : Lulu Chelsea, Cik Bunga,Wahida, Wani AIM, Kak Aya, Eyrique Ettiqazz (EE) dan Kak Dinas Aldi.

Macam Lulu, aku bagi fullmark juga. Wani! Kak Liza pun terfikir juga kalau novel ni dijadikan drama bersiri memang best. Ada suka dan ada duka digarap bersama dalam novel ni. Boleh bagi Mak Dara fikir-fikirkan potensinya menjadi drama yang hebat.

Bagi peminat novel, jangan lepas peluang dapatkannya.

p/s : Tunggu novel Hanis Azla yang kedua... bila nak siap? Lagi 2 tahun ke?