iklan

Followers

Pages

Wednesday 1 February 2012

Nak sihat pun jangan lupa keselamatan diri

Kalau nak badan sihat tentulah kena berusaha untuk mendapatkannya. Perlu jaga pemakanan dan aktiviti seharian. Persekitaran yang sihat turut menyumbang kepada tahap kesihatan kita juga. Lemasnya aku bila terpaksa menghidu bau asap rokok yang tiba-tiba saja hadir sewaktu aku sedang makan di restoran. Betullah mungkin aku kena cari tempat yang tak dibenarkan merokok atau makan saja di rumah. Tapi agak-agaklah nak merokok jika disekeliling kita ada insan-insan kecil yang pastinya tidak merokok.

Aku bukan nak bercerita tentang merokok sebenarnya. Nak bercerita tentang berjogging di waktu awal pagi selepas subuh atau senja yang semakin hampir. Rata-rata yang aku nampak lebih ramai yang suka berjogging pada waktu petang pada hari bekerja. Jika pada hari cuti pula sama saja bilangan yang berjoging pada waktu pagi dan petang.

Memang bagus berjogging ni untuk kesihatan diri. Tak perlu aku huraikan. Cuma yang tak bagus bagi aku bila berjoging pada waktu-waktu suasana yang agak kelam dan samar-samar seperti gelap selepas subuh dan senja. Lebih-lebih lagi bila berjoging di atas jalan raya yang tentunya sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang.

Hampir setiap pagi aku samar-samar dapat melihat lelaki ini berjoging semasa aku dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah. Namun apa yang aku perhatikan dia seperti hanya suka memakai baju yang berwarna gelap ketika berjoging. Tak pastilah sama ada baju dan seluarnya berwarna hitam atau pun biru tua.

Bukankah bagus jika dia memakai baju lain diluar seperti mereka yang memandu motorsikal. Ini contoh baju yang aku copy dari SINI.


Atau mungkin kasut sukan yang ada lapisan pantulan cahaya juga.

Semua ini untuk keselamatan dirinya juga. Risau juga jika ada yang memandu laju yang konon-konon nak memintas dari kiri tetapi terlanggar pula dia yang sedang berjoging di atas garisan tepi jalan. Dah dekat barulah perasan ada orang. Nak brek pun dah tak sempat lagi.

Seelok-eloknya joginglah di taman-taman reakrasi yang telah disediakan atau taman permainan yang berdekatan.

Kalau rasa-rasa kawasan sekitar selalu ada kes denggi, janganlah keluar joging sama waktu dengan waktu nyamuk Aedes pun sedang aktif nak 'berjoging' juga. Nyamuk jenis ni memang suka waktu-waktu subuh dan senja ni. He..he.. bukan nak menakutkan, berpesan-pesan saja.

8 comments:

Irfa said...

YE TAK YE JUGAK KAN?
TAPI BAB ISAP ROKOK DI RESTOREN TU PALING SAYA SAKIT ATI..NAK PULAK ADA KANAK-KANAK KAT SITU

mr said...

Sangat setuju! dekat Malaysia ni xmeluas lagi jalan untuk penajaln kaki atau basikal. Kalau ada pun, xberapa nak sesuai sebab mesti xberapa nak elok or xberjaga.

Keselamatan diri tu paling utama. Thanx atas peringatan.

atuk said...

Assalamualaikum Liza

bagus cadangan tu...

Nancypoh said...

berjoging pun kena jaga keselamatan kan..great share..

Puan Kutu said...

betul nak sihat tp membahayakan diri tak guna gak kakliza kan..

Unknown said...

dia pakai baju gelap sebab nak bagi peluh keluar cepat kot..heheh

pena rozie said...

setuju....

mas saari said...

betul tu kak! yang penting keselamatan diri harus diutamakan..