iklan

Followers

Pages

Friday 3 August 2012

Belajar berdikari dan tidak cerewet

Mendidik anak untuk menjadi seperti seorang yang kita inginkan tidak mudah dan tidak juga susah. Ia bergantung kepada diri kita sendiri sebagai ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawap kita. Sifat bertanggungjawap untuk memikul tugas sebagai ibu bapa perlu ada di dalam diri kita sebaik saja termeterainya akad nikah dengan pasangan masing-masing. Lainlah jika kita berkahwin dengan niat tidak mahukan anak.

Ilmu ugama penting untuk anak-anak serta disulam dengan mengajar anak-anak sifat-sifat berbudi bahasa dan bertanggungjawap. Ilmu dunia juga penting agar banyak lagi ibadah-badah lain dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sempurna.

Melalui pengalaman sendiri buat aku nak kongsikan beberapa kesilapan yang aku lakukan.

Aku sayangkan anak-anak, tentu juga kalian pun begitu. Kadang terlalu sayang menjadikan anak kurang berdikari, manja dan sukar menghadapi saat-saat susah yang mungkin kadang kita tak duga.

Ada beberapa perkara yang sepatutnya kita ajar dan biarkan anak-anak cuba melakukannya sendiri mengikut usia dan keupayaannya. Kita mungkin tidak selamanya mampu berada di sisinya untuk membantu melakukan segala macam perkara.

1. Ikat tali kasut
Zaman berubah, maka cara pemakaian kasut sekolah juga semakin mudah. Masuk kaki dalam kasut, lekatkan saja penutupnya. Dah siap! Tidak seperti aku dulu yang perlu duduk dulu kerana terpaksa mengikat tali kasut.

 Contoh kasut yang bertali dan pelekat. Copy gambar dari Google je, banyak kasut brand Pallas pulak.

Jika aku suruh anak-anak aku pintal tali kasut ni aku memang yakin mereka tak pandai nak melakukannya. Malas tu memang dah ada tetapi yang menjadi masalah mereka tak pandai nak pintal. Padahal jika dulu inilah perkara asas yang aku lakukan sejak usia menginjak ke darjah 1.

Jom belajar ikat tali kasut :


Dulu pandai juga aku buat style 'checker board' :


Yang ini pulak sangat advance hingga 50 jenis ikat tali kasut :

p/s : Kalau tak pandai ikat tali kasut bermakna tak pandai ikat reben. Kadang nak ikat beg plastik pun terkial-kial. Tak mampu nak bezakan ikat cara reben atau ikat mati.

2. Memasak nasi
Tak kiralah kat rumah tu ada pembantu rumah atau tidak tetapi yang ini memang patut belajar. Nyaris juga anak dara sulung aku yang 16 tahun tu tahu nak masak nasi. Begitu juga adik lelakinya yang 14 tahun tu. Aku belum ajar lagi anak perempuan aku yang 12 tahun dan anak lelaki yang 10 tahun tu tentang cara memasak nasi.

Mak aku pun ajar masak nasi seawal usia 10 tahun rasanya. Termasuklah masakan lauk yang pertama iaitu ikan masak asam pedas. Jenuhlah aku menumbuk cili kering sampai lumat. Sekejap-sekejap bertanya dengan mak "dah ke ni mak?". Maksudnya dah cukup lumat ke belum cili tu.

Kena ajar masak nasi lebih-lebih lagi kalau anak perempuan. Terlebih air jadilah bubur... mmm.. sedap juga makan dengan ikan bilis goreng. Terkurang air, keraslah nasi tu. Kena pesan juga jika memasak nasi guna jenis beras yang berbeza kualitinya. Kadang beras wangi tu kurang sukatan airnya berbanding beras kualiti biasa kerana takut terlebih lembut pula.

Amboi! Nampak sedap sangat bubur Mat Gebu ni! Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni.

Curi je gambar ni dari SINI.










3. Cuci bilik air
Kadang kesian dengan anak sebab penat bersekolah dan ada homework pula yang nak dibuat. Jadi bilik air diaorang pun aku yang basuhkan. Maka anak-anak hanya tahu guna saja.

Kalau boleh suruhlah mereka cuci bilik air masing-masing. Belajar jaga kebersihan bilik air sendiri supaya mereka menghargai untuk sentiasa menjaga kebersihan tidak kiralah bilik sendiri, bilik air rumah rakan-rakan, bilik air rumah saudara-mara mahu pun tandas awam.

Jangan hanya tahu nak bersih tetapi tidak tahu nak membersihkannya. Gelilah sangat, padahal sendiri yang guna. Biar mereka ada rasa hormat juga dengan tugas-tugas makcik cleaner di luar sana. Jangan hanya tahu campak tisu kotor dalam dan tepi sinki. Itulah yang selalu aku nampak di tandas-tandas awam.

Jadi seminggu sekali mereka kenalah bergotong-royong bergilir-gilir sesama adik beradik mencuci bilik air di hujung minggu. 

Jangan jadi seperti kawan aku cerita pulak semasa zaman bujangnya dulu. Bilik air rakan serumahnya kotor sampai upah makcik cleaner cucikan pun tak sanggup. Hari-hari pergi kerja penuh bergaya dengan baju cantik dan sakan bermake-up tetapi tak pandai nak jaga bilik air sendiri.

4. Menjahit kain yang tetas benangnya atau butang baju
Tak kiralah sama ada anak lelaki atau perempuan elok ambil tahu hal ni. Kain tetasnya cuma seinci pun tapi terpaksa hantar ke kedai untuk dijahit. Bolehlah sebab apa ada hal, bayar je upahnya. Tak pun awek pandai jahit, bagi je lah kat dia jahitkan. Simpan je sekotak kecil benang dan jarum untuk waktu-waktu kecemasan.

5. Lipat kain masing-masing
Bila dah mula bersekolah, anak-anak kena belajar melipat kain baju masing-masing. Biar mereka tahu menghargai bagaimana nak ambil baju dari almari dengan baik dan tak jadi serabut. Maklum saja sebab sendiri yang lipat dan tahu kepenatannya, maka kenalah jaga-jaga agar tak berkecamuk baju-baju di dalam almari tu.

Sekali-sekala bolehlah kita membantu mereka lipatkan. Kalau anak-anak dah pandai melipat kain baju masing-masing maka tak perlulah kita nak menggajikan pembantu rumah lagi. Mereka tentu lebih berdisplin dan menghargai baju-baju mereka.

Sebenarnya banyak kerja-kerja rumah yang kita mahukan anak lebih berdikari untuk melakukannya. Sebagai ibu-bapa kita hanya perlu memantau hasil kerja mereka dan betulkan mana yang silap. Kalau semuanya mak ayah nak buat, tak sempatlah nak follow-up pelajaran mereka nanti.

Kadang ada juga aku bertanyakan pada anak-anak "Kalau ditakdirkan mama tak ada, siapa yang nak buat semua kerja ni? Jadi kenalah belajar buat sendiri!". Kita hanya merancang, takdirnya Allah yang tentukan. Saat-saat kecemasan kadang tidak dijangka. Terpulanglah pada diri masing-masing menilai kepentingannya.

Sekarang kita mungkin boleh memilih untuk makan apa yang kita inginkan. Esok lusa tak tahu lagi. Mungkin sebab bencana alam, perang, sakit dan sebagainya memaksa kita tidak berupaya memilih lagi seperti mereka ini. Jadi bab makan pun malas nak cerewet dan memilih sangat, kecualilah jika ia memudaratkan kesihatan atau alah.

Kanak-kanak ini tak mampu memilih lagi. Asalkan perut kenyang pun sudah memadai. Gambar google je!



Pesanan pada diri aku sendiri "Jangan banyak komplen dengan makanan yang orang hidangkan dalam satu-satu majlis". Kalau tak suka tu dok diam-diam.

8 comments:

Unknown said...

betul kak..benda2 basic macam ni memang nak kena suruh diorang belajar.. kurang kurang pun masa nak masuk sekolah menengah tu dah boleh buat sendiri..kurang2 kalau yg lelaki tu boleh bantu isteri.. kalau yg pompuan pulak takde la malu kita jadi mak, anak dara tak reti memasak.. hehe..

-Sara- said...

ya Allah kak, rase tersentuh sgt tgk bdk pgg roti tu..teringat kat anak2 sndri..kita kat sini penuh ngan keamanan, makan pakai sume ckup...

pB said...

As salam

Alhamdulillah , bulan puasa ni Nurin (9tahun) dah pandai masak nasi.

Kalau bab melipat kain dan menjemur , anak anak yang lebih besar akan buat mengikut giliran masing-masing.

Cuma bab memasak lauk dan membersih ikan , ayam pB tak ajar lagi.
Bab ni susah sikit ..

Busuk lah
Darah lar ...

Dr K said...

Betul tu...siapa tak sayang anak kan...Tapi sebab sayang lah, kita perlu tahu batasan nya..supaya anak anak akan boleh berdikari...Dulu saya ambil masa yg lama jugak nak belajar ikat tali kasut tu! :)

Kakzakie Purvit said...

Betul Liza.. nampak remeh. Kakak dah kena bila anak kakak masuk tingkatan satu di asrama baru tahu dia tak tahu nak ikat tali kasut sebab syarat diberi kasut bertali. Sebelum itu dia pakai yg ketap dan kalau ada tali bibik dah siap pasang...

Cuti sekolah baru belajar..

Masak nasi, jahit sikit-sikit oklah..

ummiross said...

waa stylo betul cara mengikat kasut tu Liza!

Unknown said...

buat masa sekarang maisara tau lipat kain baju je...tu pun tak sedap mata memandang..hahaha

jeBateja said...

iyo lah kak.....dulu2 kita buat sendiri semua...kecuali no.3...ahakz.....ayah tak kasi buat sebab anak dia ni pernah jatuh berjahit di dahi....ahakz