iklan

Followers

Pages

Friday, 30 March 2012

Alamak! Hilang 'lawa'nya.... pengsan!

Adooiiii... rasanya telinga aku boleh sakit juga kalau dengar camni

Aku ni pantang nak menyebut perkataan 'ba alif ba ya' malah nak mengeja pun tak berkenan.
Kalau 'giler' tu boleh le lagi telinga ni menerima.

Sungguh hilang terus 'lawa'nya itu. Korang tak macam ni kan... wanita sahaja!

Rasa nak langgar je kereta ni, kalau buat bukan dia tau!

Apa aku buat di depan pejabat blogger JeBateja ni? 
Biasalah sebenarnya ramai client aku di sini dalam bidang aku, Unit Trust. 
Semua kenalan hubby aku juga.

Bukan gambar pejabatnya yang aku nak ambil, kebetulan kejadian betul-betul depan signboard kilang pun.
Sebenarnya nak tunjuk gambar dalam side mirror aku ni. 


Hamba Allah manalah yang parking sebegini rupa kat sebelah kereta aku.
Tak sayang kereta ke dia kalau dibuatnya aku ni saja cari pasal langgar tepi kereta dia masa reverse. 
Opss! tak sengaja! Berlakon sikitkan.. 
Dahla kereta dia berganda lagi lawa daripada kereta aku.

Nyaris jugalah aku ni bukan lesen sekadar tau memandu ke depan dan kebelakang dengan sudut yang selesa saja. Lesen tahun 1994 dan hari-hari memandu kereta pun. Jadi aku lapangkan rasa hati aku menerima seadanya. Cuba jangan marah dan undur sedikit ke depan dan ke belakang hingga dapat keluar dengan selamat.

Lokasi ni kena berhati-hati bila nak keluar dari parking kerana di belakang tu jalan utama. Selalu kereta yang datang dari arah corner maut dan laju pula. Banyak dah berlaku kemalangan di situ dulu. Jadi langkah keselamatan yang mereka ambil meletakkan dua hump di selekoh tajam tu beserta signboard anak panah.

Agak-agaklah bila korang nak parking. Janganlah main suka hati je. Tak pasal-pasal dapat doa tak baik dari orang lain. Tak pun kalau nasib tak baik lagi kereta kemek atau calar tapi tak tau siapa yang buat. Nasib baik aku tak kejam macam tu kan! Tak baik... Allah nampak!

Thursday, 29 March 2012

Wow! Berpuluh ganda mahalnya, tengok je laa..

RM288,000 tu bukan harga kereta MyVi hijau muda tu ye! 
Tetapi kereta Porsche 3.6cc New Face Lift. Itu pun tahun 2007 dan 2008. 
Amboi! lagi mahal daripada harga rumah teres yang aku duduk sekarang.



Amboi! Yang ini lagilah tak menahan harganya. 
RM738,000 untuk sebuah kereta Ferrari, F430 tahun 2007 dan 2008. 
RM8,000 pun aku tak ada.. he...he.. Boleh beli rumah banglo dua tingkat dengan harga sebegini. 


Aku hanya mampu memakai kereta Kelisa yang comel ini sahaja sejak tahun 2003 lagi. 
Itu pun kereta gear manual second hand yang aku beli dengan harga RM26,000 sahaja. 
Berpuluh gandalah murahnya. Itu saja yang aku mampu.

Jika aku jual pun Kelisa ni rasanya tak sampai RM10K dah nilainya. Inilah kereta aku yang pertama hingga kini. sayang sangat. Tak mau jual sampai bila-bila rasanya. Kalau aku teringin nak beli kereta baru (berangan dulu!), kereta ni aku simpan untuk anak sulung aku guna masa dia masuk IPT nanti (amin... tahun depan SPM). Belum kerja kena pakai kereta murah-murah dan gear manual je. Bagi mahir sikit guna kereta gear manual. Jangan suka merempit macam mak dia sudahlah.

Aku sayang sangat kereta Kelisa aku ni, Nur Syafikah nama dia. Anak aku, si Asyikin yang bagi nama ni. Banyak dah jasanya dan merata juga perginya hingga ke Pahang dan Perak. Banyak sentimental valuenya. Eh! syahdu pulak!

p/s : Siapa nak order kereta jenis Proton dan Perodua boleh contact aku. Begitu juga dengan part kereta untuk kedua-dua jenama ni. Email pertanyaan ke adzriel573@gmail.com. Boleh trade-in, term & condition ye!

Wednesday, 28 March 2012

Tali pinggang keledar jangan sekadar hiasan!

Tadi rakan aku bercerita selepas aku bercerita tentang kemalangan kecil yang menimpa aku kelmarin. Kisah aku melanggar pembahagi jalan di lebuh raya Utara-Selatan di SINI sebaik saja kami lalu di lokasi berkenaan.

Dia bercerita tentang rakannya yang juga terlibat dalam kemalangan dalam suasana hujan lebat. Kereta rakannya terbabas dan terbalik dua tiga kali hingga balik kepada keadaan asal di tengah-tengah lebuh raya menghala ke Kuantan.

Enjin kereta mati waktu itu. Dalam keadaan panik percubaan menghidupkan enjin gagal. Dengan doa dan harapan, cuba menarik nafas panjang, dia cuba hidupkan enjin sekali lagi. Syukur Alhamdulillah, enjin kereta dapat dihidupkan dan bergegas berlalu dari kawasan kemalangan.

Jantung memang berdegup laju kerana khuatir dilanggar oleh kenderaan lain dari belakang dan situasi tunggang terbalik yang menakutkan. Allah itu maha berkuasa. Sebaik kereta bergerak, sebuah lori besar pun lalu di sebelah mereka.

Syukur yang sangat-sangat kerana isteri dan anak-anak selamat walau pun kereta terbalik berkali-kali tadi. Nasib baik semuanya mengenakan tali pinggang keledar di depan dan di belakang yang dapat mengurang dan mengelak risiko cedera parah atau kematian.

Tapi kereta memang teruk juga rosaknya. Banyak wang dihabiskan untuk membaikinya. Apa pun itu bukanlah kepentingan utama, yang penting semuanya selamat.

Berbeza dengan seorang lagi rakannya yang cedera parah selepas melanggar belakang lori. Arwah cedera dalaman dengan agak parah akibat terhentak pada stering kereta. Arwah meninggal dunia setengah jam selepas kemalangan. Rakan aku kata arwah tidak mengenakan tali pinggang keledar.

Penting kenakan tali pinggang keledar untuk mengurangkan risiko akibat kemalangan. Apa pun  ada juga kisah rakan hubby aku yang meninggal dunia akibat kegagalan tali pinggang keledar yang terputus semasa kemalangan. Ajal maut hanya Allah yang tentukan.

Apa pun berhati-hatilah semasa memandu, jangan bila nampak polis baru kelam kabut nak cari tali pinggang keledar macam rakan blogger aku yang sorang ni dalam kisahnya INI. Saman tu memang menakutkan tetapi keselamatan diri lebih utama.

Terlebih sopan di jalan raya memang menyakitkan hati!

Selalu juga aku tak dapat mengawal kemarahan aku semasa memandu. Biasanya mulut akulah yang mula bising-bising "Ish...lembabnya!", "Cepat le!" dan macam-macam lagi. Situasi di awal pagi di depan sekolah pagi tadi.

Macam biasa depan pintu pagar sekolah pasti banyak kenderaan beratur untuk menurunkan anak masing-masing. Biasanya aku turunkan anak agak jauh sedikit kerana nak mengelakkan suasana sesak. Tetapi pagi tadi hujan renyai-renyai, maka kasihan pula pada anak aku nak meredahnya jika jauh dari pintu pagar. Maka aku pun turut beratur di antara kenderaan yang banyak.

Hati aku mula panas apabila nak keluar dari simpang sekolah ke jalan utama. Sebuah kereta di hadapan aku tak bergerak-gerak keluar ke kanan walau pun lorong kanan agak kosong. Dia ingin ke lorong sebelahnya yang mana banyak kereta sedang beratur sama ada untuk ke arah lain dan juga ke kanan masuk kawasan sekolah.

Nak tunggu sampai lorong sebelah tu kosong ke baru nak bergerak? Jangan mimpilah! Jika dia tak keluar perlahan-lahan bagaimana kereta lain yang di hadapannya itu nak masuk ke kawasan sekolah? Memang perlu bersopan di jalan raya tetapi bukanlah terlebih sopan hingga menimbulkan marah orang lain. Baru dapat lesen? Tak nampak pula lambang 'P' ditampal di belakang kereta.

Kemudian ada pula kereta di sebelah kirinya yang juga berhajat nak ke kanan. Tolonglah cik Abang! Kalau dah guna lorong kiri, belok saja ke kiri. Anda menyebabkan kereta-kereta lain yang berada di hadapan sekolah tak dapat nak keluar. Kereta-kereta lain yang nak masuk pun tak dapat juga. Maka buatlah bentuk bulatan yang tak bergerak.

Ni aku siap tunjuk lokasi kejadian lagi. Point B tempat kereta masuk dan akan keluar di point A. Rod biru tu adalah pembahagi antara jalan dan kawasan turunkan anak murid. Kes aku berlaku di point A. Sebelum tu sudah tentu aku juga masuk di point B.

Kereta dari arah kiri dan kanan Jalan Seri Putra 3 akan masuk di point B. Jika di point A takut-takut nak keluar ke Jalan Seri Putra 3 dan terus beredar ke destinasi masing-masing, bagaimana kereta lain nak masuk ke point B? Bertapalah dalam kereta kat situ, tak boleh nak bergerak ke mana. Dari point A boleh belok ke kanan atau ke kiri. Biasanya jika belok ke kanan memang kereta sedang beraturlah nak masuk ke point B atau terus saja. Aku memang tak suka belok kanan.

Bila menghantar anak-anak ke sekolah dalam kesesakan begini janganlah masa tu sibuk nak cari barang, sibuk nak telefon dan nak cium pipi anak lama-lama. Kalau nak juga carilah port yang sesuai dan tak sibuk. Ada yang nak hantar anak ke sekolah lain, ada yang nak pergi kerja dan macam-macam lagi. Janganlah lambat buat keputusan nak belok kirikah atau kanan?

Memandu kereta perlu ada keyakinan dan keberanian megikut kadar yang patut juga. Janganlah terlebih berani hingga mengabaikan faktor jarak, masa yang boleh menyebabkan kemalangan. Agak-agaklah ye!

Banyakkan istighfar wahai Liza. Dah tua-tua ni takkan tak surut-surut lagi sikap pemarah tu. Astaghfirullah! Banyakkan sabar!

Selepas kahwin haram, sebelum kahwin pun haram juga!

Tersengih sekejap aku baca entry blogger terkenal ni tentang artis terkenal, Awal Ashaari yang tidak benarkan Scha Al Yahya memeluk lelaki lain setelah disahkan menjadi isterinya. Tersengih sebab aku suka dengan peringatan tu. Kenalah ingatkan walau pun dah tahu tak boleh kerana maklum sajalah kita ni tahu perkara yang boleh dan tak boleh tetapi selalu saja nak buat yang bertentangan.

Entry tu korang boleh baca di SINI. Klik je!

Aku tersengih juga sebab rasa kelakar pun ada. Maklum sajalah, tentu ramai antara kita yang berugama Islam tahu tentang ini. Bukan setakat peluk lelaki yang bukan muhrim tu tak boleh, malah sentuh pun tak boleh. Dan bukan juga tak boleh peluk selepas nikah malah sebelum nikah pun tak boleh jika lelaki itu bukan muhrim. Kecualilah lelaki bukan muhrim tu jadi suami, bolehlah nak peluk. Itu pun selepas nikah.


Tapi baguslahkan bagi peringatan macam tu. Ada orang anggap peluk tanpa syahwat ni tak pe. Sekadar memenuhi skrip atau tanda mesra persahabatan tetapi hal yang dianggap kecil inilah yang boleh menjadi penyebab pada pergaduhan besar dan perceraian suami isteri. Memang sesuai sangatlah peringatan begini.

Jangan ada rasa terkongkong bila suami pesan begini. Kita pun pasti cemburu jika ada wanita lain yang dipaut bahu atau pinggangnya oleh suami kita. Lainlah kalau kita tak ada rasa bersalah menggunakan nama Islam dalam IC kita maka budaya barat peluk memeluk dan cium mencium ni tak jadi masalah buat kita.

Baca juga entry teman blogger apa yang jadi dengan tajuk 'Akibat menyentuh tangan'.

Tuesday, 27 March 2012

Selamat Hari Jadi rakan blogger yang sangat aku hormati

Tengahari tadi lunch dengan blogger Hanis Azla dan anak aku Aishah. Saja raikan hari jadinya yang ke 36. Lebih muda 3 tahun dari aku.

Tak nampak macam 36 pun. Rasanya macam 26 tahun pun orang akan percaya. Anak aku setuju sangat.

Kesian dia sebab masa agak terhad. Janji pukul 1.15 petang tapi aku yang terlewat hingga ke 1.30 petang kerana singgah ambil anak di sekolah dulu. Terhad sebab dia perlu masuk semula pejabat pukul 2.00 petang. Tapi terlajak juga ke pukul 2.15 petang.

Selera sama nampaknya aku dan Hanis Azla. Sama-sama memilih mee goreng mamak di restoran Papa Rich, Bandar Baru Bangi. Dekat sangat dekat rumahnya sebenarnya. Rupanya favorite kami sama bila makan di situ. Anak aku memilih kuew teow sup dengan ayam masak stim.

Seronok berbual dengannya. Rasanya macam aku yang banyak cakap agaknya. Maklumlah Hanis Azla ni anak sulung yang telah kehilangan ayah sejak usia remaja lagi kalau tak silap aku. Maka dia kelihatan lebih rasional, matang dan berdikari. Aku yang lebih tua kadang macam banyak minta pendapatnya tentang hal anak-anak pula. Peribadinya terserlah dalam penulisannya di blog jika korang dapat hayati betul-betul.

Banyak kali dah aku keluar makan dengannya. Selalu saja dia yang nak belanja. Tapi hari ini aku tak bagi sebab aku juga yang mengajak dan saja nak raikan hari jadinya. Itu pun ternampak di facebook. Kalau tidak memang tak ingat pun bila tarikhnya.. he..he..

Selamat hari jadi sahabatku Hanis Azla, moga persahabatan ini kekal, sihat dan bahagia selalu. Amin.

Masa kecil kita puji, dah besar kita maki... boleh macam tu?

Berapa kerapkah kita memuji anak-anak kita bila mereka melakukan sesuatu yang bagus? Rasanya semasa mereka kecil-kecil dulu pujian lebih kerap kita berikan berbanding bila mereka semakin membesar.

Kita ketawa bersama bila mereka mula pandai bertepuk tangan sambil berkata "pandainya anak mama!". Jarang benar kita nak marah mereka pun. Kalau dimarah pun bukan mereka faham kerana masih bayi lagi.

Adakalanya kita tolong kirakan langkah bila mereka mula bertatih untuk belajar berjalan. Lagi sekali dengan gembira kita memujinya "pandainya anak mama!".

Bila usia meningkat, mereka mula belajar mengira 123 dan membaca ABC mungkin seawal-awal pun dalam usia 3 tahun. Mereka semakin bijak dan kreatif. Namun kata-kata "pandainya anak mama!" masih juga mampu kita ucapkan bila mereka mengira dan membaca dengan betul.

Pun begitu kita sudah mula memarahi mereka jika ada kesilapan yang mereka lakukan. Usia 3 tahun biasanya sudah mula mengenal beberapa perkara yang salah dan betul. Tetapi banyak juga yang perlu kita ulang-ulang memberitahu mereka.

Peringkat sekolah biasanya bermula di usia 5 tahun. Setiap tahun usia mereka bertambah seiring dengan daya pemikiran mereka yang juga semakin bertambah cabang akalnya. Tidak kiralah akalnya cenderung kepada perkara yang berfaedah atau sebaliknya. Ianya bergantung juga pada cara kita mendidik mereka.

Pujian juga semakin berkurang bila usia mereka meningkat. Kata-kata "pandainya anak mama" semakin jarang didengari. Mungkin sudah tidak sesuai lagi kita menggunakan perkataan sedemikian, apatah lagi bila sudah melangkah ke peringkat menengah. Malu nanti kawan-kawan dengar... betul ke macam tu? Mungkin betul!

Bila usia anak semakin remaja, jiwa mereka lebih mudah memberontak. Adakala sedikit tersilap, kita lebih mudah membentak atau menyalahkan. Akan terasa lebih tidak puasnya hati mereka bila dipersalahkan atas perkara yang tidak mereka lakukan atau memang benar-benar tidak sengaja.

Cuba kita kira kembali, berapa banyakkah kata-kata perhargaan yang kita berikan pada anak-anak jika mereka melakukan perkara yang baik? Tidak perlu pujian berlebih-lebihan, khuatir terlebih bodek buat anak jadi angkuh pula. Apa yang kita harapkan agar anak merasa dihargai dan disayangi. Moga mereka akan terus mahu mengekalkan kebaikan itu.

Berapa kerap juga kita berbual dan bergurau dengan anak-anak yang sudah meningkat remaja? Mereka mungkin selalu diam dan mengelakkan diri kerana kita yang jarang memperdulikan mereka. Kadangkala bila kita berbual dengan mereka akan ada rahsia-rahsia masalah mereka yang akan mereka kongsikan dengan kita.

Sekali-sekala luangkan masa bersama mereka sama ada menonton TV, bersukan, beriadah di luar, ke masjid, pergi ceramah ugama atau motivasi dan apa-apa aktiviti yang sesuai. Ramai di kalangan kita yang suka sama-sama seisi keluarga bermain boling, menonton wayang, berkelah dan sebagainya. Elakkan jurang komunikasi yang jauh antara kita dengan anak-anak.

Bagaimana jika mak dan ayah balik dari kerja tengok anaknya sedang menonton TV. Tanpa menyelidik terus saja marahkan anaknya yang dikatakan asyik menonton TV tanpa membuat ulangkaji atau kerja rumah. Mungkin si anak sudah siapkan semuanya sebelum menonton TV. Kalau belum siap tu memang patutlah kena marah. Lama-lama anak bosan dan terus memerap dalam bilik melayan perasaan.

Bukan tak ada yang tak siap kerja dan hanya tahu berinternet, tengok TV dan bersantai. Ramai yang macam tu. Kat rumah aku pun ada sangat. Perlu diingatkan selalu, perlu ditanya sudahkah siap kerjanya. Jika rasa cuak diminta tunjukkan bukti. Tak mengapa nak tengok TV, tak marah kalau nak main game asal kerjanya siap dan keputusan peperiksaannya bagus.

Kadang pujian bukan datang dengan kata-kata yang jelas, mungkin juga perbuatan kita sama ada jelas memberikan hadiah, menepuk bahu dengan senyuman atau sekadar ucapan "tahniah", "hebatnya" atau apa-apa saja yang sesuai yang mampu buat hati anak gembira.

Menegur anak itu sudah menjadi tanggungjawap kita walau pun sukar tetapi sekali-sekala seimbangkan dengan pujukan manja. Eh... dah besar-besar nak bermanja lagi?

Bukan nak mengata sesiapa pun, mengata diri sendiri yang kadang kerap terlupa rasionalnya bila menegur anak sendiri. Maklum saja anak pun 5 orang. Ada yang masih baru 3 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun. Macam-macamlah akal mereka mengenakan mamanya dan mamanya pasti akan membalasnya.

Tersedar aku dari angan yang panjang dengan komen blogger!

Ada dua komen di entry 'Macam serupa je!' Antaranya Muhammad Izuan dari blog Syurga Itu Indah tak puas hati sebab tak ada shoutmix untuk dia menyapa aku. Dia ni jejaka pemalu sebenarnya. Seorang guru muda yang agak pendiam tetapi suka mencurahkan rasa hatinya di blog... eh! Ye ke?

Ada orang suka komen di entry, ada juga menyapa di shoutmix saja. Ada juga yang singgah saja tanpa komen. Apa pun terima kasih kerana kesudian kalian menyinggah di blog aku ni.

Sejak shoutmix lama kena bayar, aku terus delete dan tak gantikan dengan yang baru. Kemarin aku dah buat satu untuk blog kakak aku di Beauty Farmasi Colour Cosmetics tapi tak buat untuk blog sendiri. Kesian shoutmix di blog kakak aku tu. Tak ada siapa yang sudi menyapa. Sudi-sudikanlah!


Suka dia dengan motto yang aku pernah letak dulu sebagai header blog 'Today's Reader, Tomorrow's Leader'. Kata-kata yang banyak memberi makna dan memberi motivasi pada aku. Bila timbul kurangnya keyakinan diri dek kerana maksud kata-kata itu terlalu kuat maka aku dah tak letak kata-kata itu.


Terima kasih Izuan kerana mengingatkan semula Kak Liza agar jangan mudah putus asa. Aku seperti tersedar dari mimpi dengan tegurannya ini. Jadi aku letak kembali kata-kata hikmat itu dengan header baru yang sempoi. Biar semangat itu tersebar pada korang yang membacanya juga.

Kak Norliha dari blog Rahmat Kehidupan kerap menjenguk blog aku. Bertanyakan maksud 'kayuh baimbai'. Tak berapa pandai aku nak menerangkannya kerana aku bukannya keturunan Banjar seperti hubby aku. Tapi aku cuba rujuk ke entry di blog ini dengan tajuk 'Something about kayuh baimbai'. Bukan kayuh basikal tau tetapi sama-samalah bergerak seiringan atau bekerjasama. Kata-kata semangat ini memang sangat popular di kalangan masyarakat Banjar seluruh dunia.

Bila ada entry baru aku sering war-warkan di wall facebook peribadi aku seperti tajuk 'Tak bertudung tu haram, tepuk tampar bukan muhrim haram juga!'.


Komen dari Encik Nizar yang juga merupakan penghuni di Bandar Seri Putra, blogger yang minat melukis kartun dari blog Nizar A. Rahim. Cadangannya merujuk pada blog Analisis Hadith Psikologi sangat menarik minat aku. Tak habis baca lagi aku isi-isi blog tu. Banyak sangat info-info tentang psikologi Nabi Muhammad s.a.w dalam menangani masalah-masalah seharian.

Inilah antara komen rakan-rakan yang kadangkala seperti memberikan aku ilham dan peringatan berguna untuk aku. Banyak lagi komen-komen yang secara tidak lansung menyedarkan aku dari mimpi yang panjang, yang mengingatkan aku dan memberi semangat untuk terus berusaha. Terima kasih semua.

Monday, 26 March 2012

Macam serupa je!


Tak bertudung tu haram, tepuk tampar bukan muhrim haram juga!

Aku mengadu pada anak sulung aku pasal entry 'Kalau tak suka janganlah hina, tegurlah dengan baik!'. Terbalik pulak ye, mak mengadu pada anak. Saja meluahkan perasaan dan bertukar pendapat. Anak aku tu pun dah 16 tahun. Dah boleh bincang isu-isu begini.

Maka dia pun beri satu cerita pada aku tentang orang suka menegur orang lain dengan cara kurang sopan ni.

Kisahnya ada seorang pelajar baru masuk ke sekolahnya tahun lepas. Pelajar perempuan ni tak bertudung. Jadi tak seragamlah dengan kehendak sekitar yang semua pelajar perempuan di situ semuanya kena bertudung. Setelah ditegur, pelajar ni akur bertudung tetapi hanya di sekolah. Bila di luar kawasan sekolah dia tanggalkan tudungnya.

Sikapnya yang buka di luar tidak disenangi oleh sesetengah pelajar yang sebaya dengannya sendiri. Maka bermula luahan kata bahawa berdosa kalau tak bertudung, sosial lebih dan sebagainya dengan cara yang tidak sopan dan agak menghina. Akhirnya pelajar ini berpindah kerana tak tahan dengan hinaan yang di terima.

Anak aku kata "Sekurang-kurangnya dia pakai tudung ke sekolah! Tapi sekarang sejak dia pindah, lansung tak bertudung!".

Pelajar ni baik orangnya, cuma tak bertudung sahaja. Itu yang anak aku ceritakan.

"Macamlah yang suka kutuk orang tu baik sangat! Kalau bergurau pun main tepuk tampar je lelaki perempuan! Itu pun haram jugak!", anak aku luahkan rasa geramnya.

Memang tak bertudung tu haram, tapi boleh agaknya cakap elok-elok. Rasanya yang menegur tu pun elok juga hentikan sikap suka sentuh-sentuh sesama rakan lelaki dan perempuan walau pun cuma guna hujung jari. Itu pun haram juga.

Manalah tahu entahkan pelajar tu mula-mula bertudung di sekolah sahaja, lama-lama tergerak hatinya nak terus memakainya di luar waktu sekolah. Ini baru beberapa bulan jejak kaki ke sekolah baru dah kena sergah. Terkejutlah dia! Perempuan lagilah sensitif...ehemmmm!

Bagi aku benda tak elok memanglah patut kita tegur tapi agak-agaklah. Kalau keadaan makin huru-hara, matlamat pun tak sampai, malah makin teruk pulak. Tak seronok macam tu!

Kalau tak suka, janganlah hina! Tegurlah dengan baik!

Kadang sedih hati memikirkan insan-insan yang iri hati, merasakan dirinya suci dan baik hati. Maka bila ada rasa begini, dia rasa itu bagaikan lesen untuknya menghina dan mengutuk orang lain Mungkin benar orang lain ada buat sesuatu yang melanggar hukum agama dan undang-undang tetapi berbahasalah sedikit.

Ada blog rakan-rakan aku yang dulu sering ceria dan gembira mula menyorokkan diri. Hanya dibuka pada insan-insan yang rapat dengannya Tiada lagi perkongsian tentang kisah hidupnya yang ramah, gembira dan tidak pun melanggar hukum. Hanya bercerita tentang makan, minum, rakan-rakan dan keluarganya. Bukannya ada gambar lucah pun. Tidak juga bercerita tentang perkara haram.

Pun ada blog rakan aku yang juga untuk tatapan rakan yang dijemput sahaja melalui email hanya bercerita tentang rasa hati yang adakala suka dan duka. Berkisar juga tentang kata-kata puitis bagi yang bercinta Mungkin ada yang mual agaknya maka dia dikutuk dan dihina. Sakitkah jiwanya dengan kata-kata puitis itu. Aku tak nampak pun bahasa lucah dalamnya.

Jika mual, jika tak suka maka jangan dibaca. Lainlah kalau isi blognya ada unsur-unsur haram maka eloklah ditegur dengan berhemah. Bukannya cacian dan makian yang menunjukkan diri kita mungkin lebih buruk budi bahasa dari tuan empunya blog.

Cemburu dengan gaya hidupnya yang ceria. Apa salahnya kita ambil rasa positif itu agar jiwa kita turut bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Jika tidak sampai bila pun hati kita akan sentiasa tak tenteram.

Siapa kita yang secara lansung nak melabelkan orang lain adalah ahli neraka? Entahkan Allah berinya hidayah walau pun di saat akhir hayatnya maka syurga menjadi jaminan untuknya. Diri kita sudah cukup sempurna? 

Boleh menegur, tegurlah untuk kebaikan tetapi elakkanlah bahasa yang kesat. Kadang bahasa yang berlapik pun mampu buat orang lain berkecil hati, apatah lagi yang kesat. Takut yang nak elok melurus lansung patah jadinya.

Aku menegur pun bukan kerana marah tetapi aku sebenarnya takut dengan budaya begini. Budaya mencarut, menghina dan mengutuk akan merosakkan keharmonian sebuah masyarakat. Bukan hanya sekarang tetapi juga untuk generasi akan datang. Jika anak kita bersifat begini, tanyalah diri sendiri "Pengaruh siapakah ini?".

Pentingkan diri sendiri jangan memakan diri

Kadang pentingkan diri sendiri ni bagus pada perkara-perkara yang sepatutnya Maksudnya mengabaikan permintaan orang lain yang boleh menjurus kepada kemusnahan diri kita dan kita tetap meneruskan aktiviti kita yang mendatangkan faedah. Kita mungkin pentingkan diri sendiri kerana tidak sama-sama mengajak orang lain untuk melakukan perkara yang menguntungkan ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan pergaduhan dan huru-hara. Apa pun jarang sangat orang kata ianya pentingkan diri sendiri dalam hal begini.

Selalu yang berlaku kita dikatakan pentingkan diri sendiri bila melakukan sesuatu tidak kira baik atau buruk yang kita rasa memberi keuntungan kepada diri kita tetapi tidak memperdulikan jika sama ada ianya memberi kesan buruk atau sebaliknya kepada orang lain  Biasanya ia akan menimbulkan rasa marah pada orang lain.

Bagaimana dengan sikap pentingkan diri sendiri yang begini?

1. Kita menjadi guru yang mengajar anak murid dalam erti kata sekadar mengajar tanpa memperdulikan sama ada anak murid kita faham atau sebaliknya Kita hanya tahu masuk ke kelas dan mengajar mengikut silibus yang ditetapkan hinggalah habis masanya. Tiada rasa risau jika ramai anak murid yang salah semasa menjawab soalan Kita hanya faham bahawa tugas mengajar kita sudah selesai, selebihnya pandai-pandailah anak murid nak faham atau tidak.

2. Sebagai ibu dan bapa yang tahu tentang pentingnya ilmu agama tetapi hanya untuk diri sendiri. Mereka sering mengikuti kelas-kelas agama untuk diri sendiri agar lebih pandai dan tahu tentang agama Tetapi mereka abaikan keperluan ilmu agama pada anak-anak mereka dengan harapan anak-anak dah dapat di sekolah. Atau pun dah suruh sekali dua tetapi anak-anak tak mahu maka lantak koranglah.

3. Kita berniaga hanya untuk mencari keuntungan. Tidak kisahlah jika isi bahan niaga kita mengandungi unsur-unsur yang haram terutamanya makanan. Bagi kita tidak mengapa bahan mentah kita ambil dari pembekal yang bukan Islam walau pun yang Islamnya ada. Apa yang penting bagi kita adalah keuntungan komisyen yang lebih tinggi.

Mungkin ada banyak lagi contoh yang kita tak berapa perasan pun ianya juga antara sikap pentingkan diri sendiri. Cuma contoh sebegini sebenarnya akan merosakkan kembali diri kita mungkin belum di dunia tetapi di akhirat nanti. Keuntungan yang kita harapkan akan menjadi kerugian yang besar buat diri kita di kemudian hari.

Melakukan kebaikan adakalanya mudah dan adakalanya sukar, tetapi itulah yang wajib kita lakukan. Bukan semua bersikap begini, ramai lagi yang jujur dan sentiasa memikirkan kepentingan orang lain. Mereka ini biasanya tidak ingin menyerlah tetapi kita dapat merasainya. Terima kasih!

Friday, 23 March 2012

Beli pada harga diskaun menguntungkan ikut keperluan la!

Gambar dari Google
Bila harga saham sekeliling kita jatuh, masih ada yang beranggapan ia bukan masa yang sesuai untuk melabur. Masih ramai yang merasakan rugi jika melabur dalam keadaan harga-harga saham turun graf harganya.

Secara logiknya kita mahu membeli barang dengan harga yang rendah. Jika barang harganya RM100, tentulah kita gembira jika mendapat diskaun untuk membelinya pada harga mungkin RM90, RM80 dan mungkin dapat lebih rendah lagi. Siapa yang suka membeli dengan harganya yang naik ke RM110, RM120 dan mungkin lebih tinggi.

Bila kita membeli barang semasa diskaun dengan harga RM90 dan menjual ikut harga pasaran RM100, kita sudah untung RM10. Sukarnya kita ingin menjual dengan harga RM120 jika harga pasaran hanya RM100. Kena tunggu pulalah kalau boleh dapat harga pasaran naik lebih daripada RM120.

Itulah yang sering berlaku bila sesekali aku berjumpa dengan client tentang unit amanah. Biasanya aku hanya memberi contoh yang mudah seperti di atas.

Jika kita ada modal lebih, melabur dalam keadaan saham turun adalah lebih baik. Contohnya seperti melabur dalam saham emas, hartanah dan sebagainya yang diluluskan oleh Bank Negara dan SSM.

Untungnya dalam unit amanah jika kita membeli pada harga yang sama dengan harga pasaran pun masih ada dividen setiap tahun yang menambah bilangan unit kita. Maka bila di darabkan bilangan unit dengan harga yang sama pun kita masih untung. Jika harga rendah pun, boleh juga tidak rugi.

Apa pun syarat pelaburan dalam unit amanah perlulah melalui tempoh matang dari 3 hingga ke 5 tahun. Jika mengharapkan keuntungan segera dalam setahun, sangatlah tidak digalakkan melabur dalam unit trust.

Client aku ramai dari kalangan yang melabur menggunakan wang KWSP dari akaun 1. Bagi aku mereka ada pilihan untuk menjana wang mereka untuk mendapat keuntungan melalui pelaburan ke dana-dana Islam di syarikat aku bekerja.

Nak cerita lebih panjang pun aku tak berapa pandai melalui penulisan. Aku lebih selesa berbincang dan bertukar pendapat dengan client tentang unit amanah ini. Aku memahami kerisauan dan kurangnya lagi pengetahuan tentang unit amanah kerana aku dulu pun macam tu juga. Hanya sejak tahun 2006 dulu barulah aku memahaminya sedikit demi sedikit. Itu pun setelah hubby aku yang cadangkan pada aku.

Ada yang untung, ada yang rugi. Aku suka menganalisa sebab-sebab yang membuatkan client rugi. Maka perlulah berjumpa perunding unit amanah yang amanah, yang bukan hanya mengharapkan jualan peribadinya saja meningkat tetapi apa berlaku pada akaun client pun dia tak ambil kisah.

Apa pun berhati-hatilah dalam hal pelaburan ini.

Jangan menyesal tak sudah nanti! Aku pun takut!

Banyak kali berlaku, tapi kita ni susah nak serik. Bila berlaku pada diri sendiri nanti barulah nak menyesal.

Apa tabiat korang tentang kereta bila berhenti membeli makanan di tepi jalan, singgah rumah kawan sekejap nak hantar atau ambil barang, berhenti depan ATM nak ambil duit, hantar anak ke sekolah atau taska dan hal-hal yang sewaktu dengannya bila hanya ada urusan sekejap sahaja?

Korang matikan enjin tak? Atau kunci pintu kereta tak?

Macam entry aku sebelum ni, jelas sangat dia nak bagi kereta ni kat pencuri : Ambillah kereta saya, free je!

Berita yang aku baca ni bukan kereta saja hilang tetapi cucunya pun hilang sama sebab berada dalam kereta. Alasan diberi untuk selamatkan diri sendiri ialah sebab urusan sekejap dan cucu tidur dalam kereta. Tetapi alasan tu tak dapat nak selamatkan cucunya. Moga cucunya selamat balik. Takut aku budak hilang ni. Banyak sangat kes anak hilang sekarang ni. Isu sensitif!

Hasilnya urusan yang kononnya nak sekejap jadi berjam-jam, berhari-hari, bertahun-tahun mungkin cucu yang hilang tak pulang-pulang juga. Menyesal sampai ke liang lahad. Rasa bersalah pada diri sendiri, pada anak dan menantu, pada isteri dan seluruh ahli keluarga.

Bagi aku kalau betul pun nak tak sampai hati nak kejutkan cucu sepatutnya dia ada kunci lain di tangan. Dia boleh kunci kereta dengan kunci pendua yang ada. Cara terbaik kejutkan saja cucu tu, dah 8 tahun pun.

Baca berita 'Penculik 'terculik' cucu mangsa'.

Kiranya pencuri ni dapat 2 dalam 1 lah. Dapat kereta dan dapat budak yang mungkin dijadikan peminta sedekah atau yang paling menakutkan jika organnya diambil untuk jualan pasaran gelap. Bukan nak menakutkan sebab aku sendiri pun takut sangat sebenarnya.

Thursday, 22 March 2012

Usia remaja perlu sokongan dan bimbingan yang dewasa

Peace! Jangan marah-marah!
Adakalanya kita terlalu marahkan anak hingga keluar perkataan mencarut dan maki hamun yang tak sepatutnya. Pantangnya aku menyamakan manusia dengan binatang, apatah lagi anak sendiri. Lagi tak tahan bila dah marah diserta pula dengan sepak terajang.

Aku ada baca kalau nak pukul anak, pukul di tapak kakinya. Memang sakit sikit tetapi berbaloi untuk ransang saraf di tapak kaki untuk kesihatan. Maknanya bukan saja-saja menghukum anak.

Apa aku nak kata memanglah anak kita tu nakal ya amat sangat. Tetapi cuba renungkan semula nakalnya ikut siapa? Ikut perangai kita atau pasangan kita? Kalau ikut pasangan kita sekali pun kenapa mesti nak menyalahkannya pulak.

Salah kita juga yang nak sangat kahwin dengan pasangan kita tu kenapa kalau dah tau perangainya tak elok? Salah sendiri jugakan. Jodoh? Sebelum kahwin abang sulung aku pesan buat solat istikharah dulu. Buat tak? Tak buat? Tak mengapalah, benda dah jadi maka perbaikilah mana yang tak bagus tu.

Aku baca entry di blog si manis Lulu Pages dengan tajuk 'Kerana terlalu liar, remaja ini dibunuh ayah kandungnya'. Baru 14 tahun pun anaknya, sebaya dengan anak kedua aku.

Bila anak liar, suka hati je nak bunuh. Siapa yang ajar dia makan, minum, tentang kehidupan dan sebagainya? Bukan kita sebagai ibu bapa yang ajarkan. Baru 14 tahun, masih muda remaja. Memang sedang dalam usia suka dan mudah memberontak pun.

Semasa anak sulung aku masuk usia 14 tahun menuju ke 15 tahun dulu, hati aku cukup risau. Aku cukup risau dengan perubahan sikap yang mungkin mudah sensitif dan memberontak. Aku hanya perhatikan saja kehidupannya sehari-hari sama ada aktivitinya di sekolah dan mestinya di rumah. Syukur tiada yang merisaukan aku.

Kenapa aku risau sangat? Aku pernah melalui usia itu dulu. Aku tinggal di asrama dari tingkatan 1 hingga 5, melihat perbezaan sikap pelajar tingkatan 1 yang naik ke tingkatan 2 dan seterusnya ke tingkatan 5. Perubahan sikap kadang dapat kita jangkakan sama ada mereka bersikap berdiam diri, mempertahankan diri, tak ambil kisah dan sebagainya. Usia 15 tahunlah yang aku lihat paling kerap menimbulkan sensasi. Bila melangkah ke usia 16, sikap keras hati mula berkurang sedikit. Itu pendapat peribadi aku.

Sebagai ibu dan wanita dewasa, aku kenalah beri pandangan dan berbincang dengan anak-anak bila mereka ada masalah. Jika rasa tak mampu, luahkan pada pasangan untuk dapatkan bantuan. Jangan simpan sorang-sorang kerana anak itu anak pasangan juga dan biar mereka tahu apa yang berlaku.

Kadang hubby sibuk bekerja, tak perasan apa yang berlaku pada anak-anaknya, apatah lagi jika melibatkan perasaan dalaman. Biasalah, dah memang Allah agihkan tugas seorang ibu lebih memahami masalah dan perasaan anak dan seorang bapa menjadi pembekal keperluan dalam rumah dan pemimpin. Jadi agihan yang cantik itu dapat membangunkan institusi keluarga dengan baik juga.

Jadi anak liar sampai nak dibunuh? Banyak cara lagi nak menanganinya. Jangan hilang akal, jangan menjadi sesal hingga ke akhir hayat.

Semalam pun geleng kepala baca berita pasal si gadis di Kuantan yang mulanya disangka di culik tetapi rupanya mengikut lari ke rumah teman lelaki. Dan aku melihat dua helaian surat khabar Kosmo yang penuh dengan senarai anak-anak yang hilang di muka surat terakhir semalam. Entah apalah nasib mereka kini.

Baca berita kisah gadis itu di SINI.

Hari pertama dia hilang, menangis ibunya hingga aku sendiri pun rasa nak menangis juga. Sebak sangat rasnya. Terkenangkan aku pun ada anak dara juga. Hati ibu mana yang tak risau bila anak hilang. Rupanya hanya lakonan anaknya. Tapi rasanya lega hati ibu bila lihat anaknya selamat.

Mohon dijauhkan bila jadi begini, barulah kita nak buka minda mendalami masalah anak-anak.

Tapi fahamilah wahai anak-anak akan bahana cinta ini sangat bahaya. Cinta zaman sekolah biarlah tidak merosakkan. Sebaiknya elakkan juga. Bukan masa yang sesuai pun. Cinta dunia sahaja, tak dijaga mengundang bala dan dosa.

Aishah kata "Tak bijak betul budak tu, kalau lelaki tu bawak lari maknanya lelaki tu bukannya orang yang baik-baik. Nak ambil kesempatan je!".

Itu kata anak dara sulung aku yang bakal menginjak usia 16 tahun pada September nanti. Namun aku pun sentiasa perhatikannya dan sering berpesan agar kongsi masalah dengan aku.

Berkongsi rasa dengan aku, orang yang jaga dia sejak lahir lagi. Aku yang setakat ini mengerti apa warna kegemarannya, artis pujaannya, makanannya, waktu tidurnya, kartun kegilaannya, rakan baiknya, masalah kesihatannya dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang dirahsiakan juga tu tak tahulah pulak aku. Tapi password email dan facebooknya pun aku tahu dan dia akan bagitahu aku jika menukarnya.

Mohon dijauhkan perkara-perkara buruk berlaku pada anak-anak aku dan kalian juga.

Mintak elaun lebih kat hubby boleh?

Nampaknya isu kerajaan negara jiran kita mahukan gaji pembantu rumah dengan minimum RM700 sebulan menimbulkan beberapa masalah pada beberapa rumah tangga. Aku rasa macam tu lah! Korang setuju tak?

Entry aku yang berkaitan : Jadi pembantu rumah lebih mewah gajinya.

Ianya menjadi modal kepada para isteri untuk minta lebih elaun pada suami masing-masing. Ada isteri yang serius nak minta elaun lebih dan ada juga yang sajalah nak melawak. Ada suami yang sabar dengan kerenah ini dan ada juga yang naik angin walau pun isterinya saja nak melawak. Sabar ye!

Jangan isu pembantu rumah jadi bahan bergaduh pula pada pasangan suami isteri  yang selama ini memang tak pernah menggunakan khidmat itu pun. Apatah lagi jika pihak isteri sememangnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagi yang sangat memerlukan khidmat pembantu rumah pun dah lama pening memikirkan masalah ini dek kerana masing-masing sibuk bekerja.

Urusan yang paling dirisaukan tentulah kebajikan anak-anak dan kebersihan rumah tangga. Itu saja masalah yang menyebabkan mereka perlukan khidmat pembantu rumah.

Para isteri yang minta lebih elaun biasanya atas sebab berikut tidak kiralah sama ada dia surirumah sepenuh masa atau pun tidak :

Semua kerja rumah dibuat olehnya tanpa bantuan suami. Si isteri meluahkan tenaga dan berkorban rasa menguruskannya tanpa sedikit pun elaun dari pihak suami. Dia merasa sangat letih dan terasa tidak dihargai. Dia merasakan pembantu rumah lebih beruntung kerana melakukan tugas yang sama tetapi menerima gaji yang lumayan. Sedangkan dirinya tidak menerima RM7 pun untuk nak beli bedak, krim muka, jamu dan sebagainya untuk keperluan diri sendiri.

Kalau begitu, jadi pembantu rumah sajalah lagi bestkan.

Berbeza pula pada para isteri yang saja nak melawak dengan suaminya tentang isu ini. Dia bukanlah nak minta elaun yang setara pun dengan pembantu rumah. Tetapi cukuplah sekadar si suami turut sama membantu melakukan kerja rumah jika memang sama-sama juga bekerja sepenuh masa. Sejuk hatinya jika sekali-sekala suami membantunya dengan urusan anak-anak dan kerja rumah di hujung minggu.

Tapi kalau dapat tambahan elaun pun apa salahnyakan. Tak perlu sampai RM700 pun, RM500 pun ada yang rasa terlalu banyak "banyak sangat ni bang!".

Kadang-kadang ada isteri yang merasakan tak perlu pun elaun untuk dirinya. Baginya sudah lengkap dengan tempat tinggal yang ada, kereta untuk ke sana-sini, makan minum sentiasa suami sediakan, segala bil pun suami bayarkan dan pakaian cukup semuanya. Syukur sangat baginya bila kebajikannya dan anak-anak seperti kesihatan dan pelajaran juga diusahakan agar sempurna oleh si suami. Maka tak perlu lagi baginya elaun. Kasih sayang suami padanya dan anak-anak sudah menjadi rahmat besar baginya.

Jadi bagi aku kalau semuanya nak berkira antara suami isteri maka susahlah nak maju dan bahagia. Bila dah kahwin maka itulah yang kita kena buat. Kalau tak sanggup patut dari awal jangan kahwin jika hanya nak susahkan orang lain. Tak kiralah kita sebagai suami atau pun isteri, bertolak ansurlah dan berkasih sayanglah. Besar pahala tu!

Jangan berkasih sayang dengan yang bukan muhrim pulak, dosa besar. Apatah lagi bertolak ansur sampai tergadai diri, memanglah tak patut lansung. Dah la dosa, rugi besar pulak tu.

Mana yang terasa hati tu aku minta maaf. Bukan menidakkan beban tanggungjawab para suami maka bercerita tentang letihnya menjadi suri rumah. Masing-masing ada bahagiannya.

Kadang berlaku dapat suami yang baik tetapi isteri pula yang mengambil kesempatan mengabaikan tanggungjawabnya atas kebaikan suaminya. Begitu juga sebaliknya bila isteri baik, suami pula bersikap membuli isterinya. Lumrah dunia begini, jangan kita ikut!

Wednesday, 21 March 2012

Apa jua keputusan SPM hari ini, peluklah atau pegang bahu anak dengan kasih sayang!

Hari ini keputusan SPM keluar. Sungguh aku pun nervous juga walau pun tak ada anak aku yang ambil SPM. Tahun depan 2013 adalah, anak yang sulung tu. Nervous kerana menunggu keputusan SPM anak saudara tersayang.

Bulan lepas rasanya dia dah berjaya melepasi ujian memandu kereta gear manual. Yes! Dah 'give me five' dengan aku sebab berjaya dengan hanya sekali ujian saja. Kita genglah 'kakak'! Terbaik my girl!

Tahun lepas yang ambil exam tu anak saudara aku ni, aku namakan Si Comel Zati je. Anak dara pemilik blog Beauty Farmasi Colour Cosmetics yang dulu tergigil-gigil bila dapat bergambar dengan Dato' Siti.

Gambar dari entry INI
Semangat Siti dah meresap, Insyaallah 'kakak' dah berusaha sehabis baik. Acik Liza doakan yang terbaik hari ini dan dapat bersaing dengan 'abang'. Depa ni dua beradik je, yang sulung abangnya aku panggil 'abang', dia pula aku panggil 'kakak'. Cucu kedua mak aku ni.

One and only daughter Puan Zarina, doa dari si ibu pada hari pertamanya menghadapi SPM tahun 2011.

Jika abangnya sambung belajar di UNITEN, Bandar Muadzam di Pahang dalam bidang bisnes tetapi Si Comel Zati lebih berminat belajar Engineering katanya. Nak ikut macam Acik Liza ye! Macam terbalik pulak ye bila yang girl minat Engineering, boy nak belajar bisnes.

Tak kisahlah apa bidang pun, Acik Liza menyokong saja asalkan ada minat dan rasa boleh bawak bidang tu. Lagi pun Acik Liza sendiri fleksibel bila dulu belajar Elektronik tapi sekarang masuk bidang Unit Trust. Janji hati suka, mendatangkan hasil dan tak menyusahkan orang. Kita simple ajekan.

Anak sulung aku, Aishah pun berkali-kali ingatkan aku semalam "Mama! Esok result SPM keluarkan? Harap-harap kak Zati dapat result best! Tak sabar pulak kakak". Ye! Mama pun mendoakan juga agar usahanya berbaloi.

Bukan mak dan ayah Zati saja menyokong, malah seluruh ahli keluarga dari pihak Allahyarham Abu Bakar (ayah aku) turut menyokong apa jua bidang dan usaha yang bakal 'kakak' pilih nanti. Ambil semangat mak 'kakak' sendiri, pemilik Beauty Farmasi Colour Cosmetics yang sekarang ni pun masih lagi sambung belajar. Bersaing dengan anak-anak sendiri.

Apa jua keputusan kalian wahai anak-anak yang mengambil keputusan SPM hari ini, bersyukurlah. Jika cemerlang, Alhamdulillah. Maka pilihlah langkah seterusnya dengan sebaik mungkin. Jika tidak memberansangkan, ianya bukan salah siapa-siapa walau sudah berusaha. Tentu ada sesuatu yang tersurat.

Ibu bapa berilah dorongan dan sokongan. Pimpinlah mereka anak-anak yang baru menjejaki dunia luar yang sangat mencabar ini. Peluklah atau peganglah bahu mereka tidak kira keputusan mereka bagus atau sebaliknya.

Anak-anak fahamilah bahawa ibu bapa kalian sayangkan kalian juga. Abaikan rasa geram jika dapat ibu bapa yang suka berleter jika kalian silap atau gagal. Ambil tindakan yang positif, moga kuranglah bebelan mereka itu. Nanti kalian juga mungkin begitu bila dah ada anak nanti.

p/s : Ada minyak wangi baru di Beauty Farmasi Colour Cosmetics... I like!

Tuesday, 20 March 2012

Terkenang pada yang tiada..

Gambar 2011, Asyikin (telekung biru)
Orang kata jangan dikenang pada yang tiada. Bagi aku apa salahnya mengenang kalau ianya dapat mengingatkan kita untuk sedekahkan Al-Fatihah. Kalau tak terkenang biasanya kita ni leka dengan hal-hal seharian sampai terlupa nak sedekah pada insan yang telah tiada.

Siapa yang aku kenang tu. Jika arwah ayah tu memang hari-harilah mengenangnya. Bila masak kari teringat ayah, kadang tengok orang tua yang sedang sakit pun teringat ayah, baring di sofa pun ingat ayah dan yang paling penting ingat ayah setiap kali selesai solat. Bukan arwah ayah kandung saja tetapi juga arwah ayah mertua aku.

Sebenarnya aku terkenangkan arwah abang angkat aku yang telah pergi buat selamanya tahun lepas.

Entrynya : Al-Fatihah! Abang Sudin dalam kenangan

Dulu-dulu kalau aku ada masalah kereta aku akan tanya dengannya selain hubby aku. Tak kiralah sama ada masalahnya kecil atau besar pun asal teringat je aku akan call dia. Kadang-kadang ada benda yang hubby aku pun tak pasti walau pun dia pun berada dalam bidang automotif.

Pasal lampu brek tak padam pun aku call dia dulu dalam entry INI.

Kalau servis tahunan untuk kereta Kelisa aku pun selalu hantar kat dia aje di bengkelnya, Sikamat di Seremban. Tapi itu semua dulu-dulu. Dia dah tak ada, bermakna aku cari bengkel di kawasan Bangi sajalah.

Dua minggu lepas aku berjumpa dengan isterinya di majlis kenduri kahwin saudaranya juga yang kebetulan bekerja sepejabat dengan hubby. Kendurinya pun dibuat di Bukit Mahkota saja, dekat dengan rumah aku. Hati aku jadi sebak melihat anak-anaknya yang masih lagi bersekolah rendah dan raut wajah isterinya yang tentunya jerih mencari rezeki untuk membesarkan ketiga-tiganya.

Terkenang juga yang tiada, Al-fatihah buat arwah abang Sudin yang sentiasa diingatan.

Baru betul makan layan diri ni!

sumber gambar dari SINI
Aku ada seorang kawan yang cerewet tentang layanan di restoran macam aku juga. Kalau ada yang tak kena dia pun mesti nak beritahu juga pada pelayan restoran.

Pernah sekali dia buat lawak saja nak mengenakan pelayan tu di depan supervisornya. Order makanan macam biasalah. Sambil menunggu tu kami berbual.

Tak lama kemudian dia nampak makanan yang di ordernya tadi dah siap tetapi dah hampir 3 minit di kaunter dekat tukang masak. Tiada seorang pun pelayan yang nak pergi ambilkan makanan tu dan hantar padanya.

"Liza! Kau tengok ye cara-cara nak sindir diaorang ni!", kata kawan aku ni.

Dia bangun bergerak ke kaunter dan mengambil makanan itu sendiri. Kemudian dia lalu pula dekat dengan supervisor yang bertugas di restoran tu sambil berkata "Tengok! Makanan pun customer kena ambil sendirikan!" dan tersenyum.

Terpinga sekejap supervisor tu. Tak tahulah aku sama ada dia faham atau terasa hati dengan aksi kawan aku tadi. Aku harap dia fahamlah mesej kawan aku ni. Maklumlah, bukan ramai customer pun waktu tu. Jadi apa yang pelayan buat selain daripada berdiri buat-buat sibuk di kaunter. Bukan tak ada orang lain di kaunter bayar masa tu. Tukang masak dah bunyikan loceng pun.

Kadang-kadang kena faham juga kerenah sesetengah pelayan yang mana baru-baru nak kerja ni cuba nak mengelat dari layan customer. Ada yang sebabnya malas dan ada juga yang malu-malu kucing lagi sebab baru bekerja. Kalau dah lama bekerja tu memang malaslah kot. Bagi aku kalau dah kerja itu kerja kita, maka buat sajalah. Toksah malu-malu takut nanti tak maju ke mana pun kita.

Jadi pelayan restoran ni banyak perkara berfaedah yang kita dapat. Kita dapat belajar bersabar, cara menangani customer yang cerewet, menghargai customer yang budiman dan bertutur dengan lebih baik dan lancar. Secara tak lansung ia membentuk sahsiah diri yang baik untuk diri kita.

Bila si buta memimpin si celik! Subhanallah!

Kisah berlaku sebelum aku wujud di dunia ini lagi. Bermakna sebelum tahun 1973 lagi. Mak bercerita pada aku dan kakak ipar minggu lepas. Tersenyum pun ada, namun terselit suatu pengajaran yang sangat mendalam.

Seorang bilal yang bernama Rashid tinggal di Temong, Perak. "Sedap azannya!", kata mak.

Buta kedua-dua belah matanya tetapi hatinya tidak begitu. Keajaiban yang Allah kurniakan padanya membuatkan aku dan kakak ipar rasa terkejut.

Dia sering mengayuh basikal menuju ke Karai. Suatu tempat di negeri Perak yang aku hanya biasa dengar tetapi tidak mengenalinya. Hanya melalui cerita-cerita arwah ayah dan mak aku saja.

Orang buta mengayuh basikal? Betulkah atau tidak ni? Memang ajaib!

Tetapi yang tetap menjadi kenangan pada mak bila suatu hari arwah ibu mertua mak aku memberitahu bagaimana si buta ini menumpangkannya balik ke rumah.

"Wah Yon nak tompang balik ghomah ke?", tanya Rashid kepada opah aku.

"Ishh.. kamu ni! Boleh ke bawok aku?", cuak rasa hati opah.

"Boleh! Meh le!", jawab Rashid dengan yakin.

Rashid hantar opah Yon ke pintu rumah dengan selamat. Dia pun biasa datang ke rumah opah dan baik dengan semua ahli keluarga opah. Dia mengenali setiap ahli keluarga opah yang ada. Cuma bila mak aku bersuara dia tahu juga menantu opah ada datang dan akan ramah menyapa.

Inilah yang dikatakan si buta memimpin si celik. Dia tak dapat melihat jalan-jalan yang dilaluinya tetapi dia merasakannya di dalam hati. Tetap ingat dan tersemat kemas di mana simpangnya dan di mana beloknya.

Tak perlu pakai GPS. Kita yang celik ini pun kadang tersesat walau dah dua tiga kali pernah ke tempat yang sama. Itu pun bila ada yang nak tunjukkan jalan boleh kita meningkah (menolak dengan marah) pulak.

Mak kata dia bujang hingga ke akhir hayatnya. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atasnya.



Monday, 19 March 2012

Saintis haram ni patut ke tali gantung je!

Semakin kerap aku dengar kes dadah di berita TV. Mana yang menagih, mengedar dan membuatnya. Pun begitu ada juga aku terbaca (lupa dah kat mana) yang minta mansuhkan hukuman gantung ke atas pesalah dadah kerana katanya kes dadah tak juga surut dengan hukuman tu.

Alasan kukuh ke? Atau kalau mansuh dengan ganti hukuman penjara seumur hidup tu boleh lebih baik ke kesannya berbanding hukuman gantung? Yang pasti aku tak setuju. Teruskan saja hukuman gantung tu kerana dadah menyebabkan ramai anak bangsa kita rosak, musnah dan punah. Bukan hanya orang yang menghisap dadah itu musnah tetapi melibatkan orang lain yang tidak berdosa juga. Cukup berat kesan buruk dadah ini.

Masalah jadi keldai dadah pun satu hal yang patutnya dapat dielak jika berhati-hati menerima tawaran lumayan dan mendapat teman baru. Kaji apa yang tersurat dan tersirat. Kalau malas nak kaji, jangan layan.

Hebatnya sekarang semakin bijak mereka nak menandingi para saintis. Agaknya teringat masa belajar campur bahan kimia dalam makmal sains di sekolah dulu. Masing-masing nak proses dadah sendiri sama ada di rumah persendirian mahu pun rumah sewa.

Kalau dah proses sendiri tentulah nak kaut lebih banyak keuntungan agaknya. Semakin banyak dengar kes makmal haram nak proses dadah dibenteras. Apa nak jadi?

Tadi pun ada berita kes proses dadah dilakukan di rumah sewa.

Hati-hatilah wahai pemilik rumah sewa. Sekali-sekala kena ambil tahu juga jika dirasakan ada aktiviti mencurigakan oleh penyewa anda. Jangan main terima saja permintaan nak menyewa rumah kita. Takut jadi kes macam ni nanti, untung ke mana tetapi kita pula yang dapat naya.

50 minit order makan tak sampai juga!

Tahun lepas aku pernah buat entry tak puas hati tentang restoran ni. Setahun berlalu kerana tarikh entry tu pada 16 Mac 2011. Kebetulan pula ye.. Bermakna dah lama pun restoran ni di buka di Bandar Baru Bangi, Seksyen 8. Dekatdah dengan rumah rakan blogger aku Puan Hanis Azla.

Apa pula yang tak puas hati kali ini?
- Geram sebab dekat 50 minit order makanan tapi tak sampai-sampai.
- Geram juga sebab orang yang datang lewat daripada aku dah dapat makanan yang depa order.
- Geram bila hubby aku panggil sorang waiter tu, dia siap cuit bahu kawan dia suruh ambil order.Sedangkan waktu tu dia cuma berdiri tak buat apa pun.

Hubby check order tapi tengah buat katanya. Kemudian aku pulak tengok ada tak order tu depa catit. Confirm depa dah catit dalam komputer. Pun begitu order orang lain yang tiba dulu.

Jadi sebelum aku mengamuk, aku bangun dan terus bayar harga minuman dan nasi goreng cina yang sampai awal sebelum tu. Mungkin yang itu depa dah masak siap-siap kat dapur sebab tak sampai 5 minit dah sampai pun ordernya. Cuma wantan mee aku dan anak aku yang tak siap-siap. Sampaikan anak aku nak tertidur dibuatnya.

Masa aku tengah bayar tu, dua wantan mee baru siap. Aku kenselkan satu order untuk aku, suruh depa ambil balik. Tak sampai hati nak kensel yang anak punya.

Aku tinggalkan anak aku dengan hubby dan pergi beli biskut-biskut yang dah habis kat rumah dengan dua orang anak aku si baby Arif dan kakaknya Asyikin. Dua orang yang besar tak mengikut.

Hilang selera nak makan. Serius tak ada mood nak datang lagi ke kedai ni. Masakan depa sedap tapi service serius bermasalah. Sia-sia je pihak pengurusan gajikan waiter sebegitu ramai.

Aku dan hubby naik kereta asing-asing sebab dia dari pejabat dan aku pula dari rumah dengan anak-anak. So lepas tu aku terus balik rumah aje. Panas hati je rasa.

Inilah entry aku tahun lepas pasal restoran tu ; 'Dia orang baru'. Malas nak menyebut nama restoran, tanpa aku depa kaya juga. Biarkan je lah! Dah bertahun-tahun niaga restoran, takkan tak pandai juga. Toksah layanlah kerenah customer macam aku yang seorang ini. Hubby aku pun pening!

Agaknya mee yang aku order tu berat sangat sebab sampai 'One Ton'. Sabar jelah.. he..he..

Plet kereta jatuh selepas langgar lari

Malam tadi aku ada terdengar berita di TV tentang langgar lari. Masa tu aku tak boleh nak tengok kerana berada di dapur. Kemudian pagi ini aku terjumpa berita penuh dari blog ini ; 'Kemalangan langgar lari Pelumba basikal le Tua'. Confused aku perkataan 'Tua' atau 'Tour'.

Mangsa dilanggar dan meninggal dunia di tempat kejadian. Alfatihah!

Tapi Allah itu maha berkuasa, nak lari ke mana jugalah orang yang melanggar tu. mungkin cuba lari dari tanggungjawab bila dah buat salah. Melanggar mungkin tak sengaja tetapi melarikan diri mungkin sebab ingin mengelak dari dipersalahkan, panik atau takut berlaku sesuatu yang lain pula seperti dipukul orang ramai umpamanya.

Manalah nak sangka plet keretanya jatuh betul-betul dekat dengan mangsa yang telah pun meninggal dunia di tempat kejadian. Sungguh aku sedih dan simpati dengan mangsa, begitu juga dengan isteri dan zuriat yang ditinggalkan buat selama-lamanya. Moga Allah tempatkannya di kalangan orang yang beriman.


Berhati-hati memandu, tak kiralah memandu lori, bas, kereta, motorsikal, basikal atau berjalan kaki sekali pun. Guna lorong kita dengan betul dan hormat orang lain.

Cerita pasal kain memang tak pernah habis!

Dah 3-4 hari aku gigih mencuci kain baju. Dari pagi sampai ke malam mesin basuh berpusing. Kalau berhenti pun adalah dalam beberapa minit sebab aku terlupa nak bagi dia bekerja semula.

Salah aku juga kadang tu tak basuh baju sehari dua tu sampai habis. Sehari mesin basuh tu aku guna dalam 2 kali untuk muat 7.5kg. Kalau tertinggal sehari, maka akan bergandalah jumlahnya.

Itu pun nasib baik guna mesin basuhkan. Kalau basuh pakai tangan je, maunya sakit pinggang aku ni nak memberusnya. Adoiiii... Lainlah macam jiran aku ni, basuh kain pakai tangan je. Mana guna mesin pun. Memang gigih betul.

Bila dah banyak basuhnya, maka gigihlah juga nak menyidainya. Nyaris juga dapat bantuan dari anak dara sulung dan anak teruna kedua aku. Sampaikan tempat nak menyidai pun dah tak muat. Terpaksa guna hanger dan ada juga yang gantung bawah tangga dalam rumah.

Sapa nak beli hanger tudung dari jiran aku kat SINI. Hangpa jemur dan bila dah kering tu hangpa ambil pi letak dalam almari terus. Cepat dan senang. Kalau nak tanya, add dia kat facebook. Iklan sat!!

Teringat masa kecil dulu pun mana ada mesin basuh pun. Boleh je buat... terpaksa, buat le kan.

Apa pun banyak kelebihan basuh baju pakai tangan ni :

1) Jimat air - mesin basuh guna air punyalah banyak masa bilas.
2) Baju dah tentu lebih bersih sebab boleh sental mana-mana yang degil tu.
3) Baju tahan lama sebab tak kena pintal teruk macam kat mesin.
4) Jimat duit le sebab jimat bil air, jimat bil letrik, baju tahan lama.

Aku senaraikan aje tapi tak ada hajat nak praktikkan. Tak laratlah aku!

Kelebihan pakai mesin ni dah tentulah jimat masa, tak penat. Lagi pun kain cepat kering selepas kena 'spin'. Tak adalah macam dulu-dulu aku terpaksa gulung baju sekolah dalam tuala sebab nak perah airnya biar betul-betul kering di waktu kecemasan.

Dah kering di ampaian, nak kena angkat pulak. Alahai... gigih pulaklah nak melipatnya yang bertimbun-timbun. Siapa nak tolong???

Kat sini ada orang upah lipat kain. Sejam bayar le RM50. Tak pelah, aku boleh buat sendiri lagikan. Lainlah kalau terlebih duit, teringin juga upah orang tolong lipatkan dan siap sterikakan lagi. Atau bayar terus RM700 untuk gaji sebulan?? He..he.. Baca 'Jadi pembantu rumah lebih mewah gajinya!'.

Jadi pembantu rumah lebih mewah gajinya!

Semalam aku ada baca pasal gaji minimum untuk pembantu rumah sebanyak RM700. Pulak tu hanya buat kerja khusus saja seperti kalau jaga anak tu itu je lah yang dia buat. Kalau kemas rumah kena gaji lain atau ambil pembantu rumah lain pulak.

Bagi aku.... melampau! Kerja rumah tak susah nak buat cuma banyak yang nak dibuat. Tapi macam tak sepadan je dengan gaji RM700 tu.

Best jugakan kalau semua suri rumah tangga sepenuh masa dapat gaji RM700 ye. Itu pun kira murahlah sebab buat semua kerja. Kira macam mesin serba gunalah sebab siang malam kena buat kerja. Semua nak kena buat dari hal kerja rumah serta kebajikan suami dan anak-anak.

Tapi apa yang berlaku ramai suri rumah buat semua tu untuk bantu suami tanpa upah pun. Cukuplah ada tempat tinggal, makan dan minum serta kasih sayang suami dan anak-anak. Itu pun dah cukup bahagia baginya. Kalau suami ada duit lebih tu, hulur-hulurlah sikit sebagai tanda penghargaan. Tak perlu RM700 pun, RM70 pun ada isteri yang sangat bahagia menerimanya. Tengok taraf masing-masing le..

Bila di letak gaji RM700 hanya untuk satu-satu tugas saja nampak sangatlah tugas uruskan rumah tangga ni tidaklah semudah yang di sangka sebenarnya. Mudah melaksanakan tetapi bila dah banyak dan bertimbun ianya sangatlah memenatkan.

Bukan bermakna aku setuju dengan gaji untuk pembantu rumah tu kerana bagi aku ianya mahal sebab sewa rumah, bil api, bil air dan makan minum pembantu rumah ni biasanya percuma saja. Jika dicongak boleh jadi mencapai RM1000 sebulan. Lumayan tu gaji pembantu rumah.

Rasanya baik aku cari wanita tempatan saja yang sanggup buat semua kerja tu dengan gaji RM700 yang datang pagi balik petang. Lagi jimatkan. Gaji pekerja pengasuh anak aku pun dalam lingkungan itu juga.

Tapi rasanya aku tak ada nak pakai pembantu rumah dah. Pening kepala dengan macam-macam kerenah mereka. Cuma yang pertama dulu saja yang ok. Selepas tu semuanya menyusahkan.

Depa sibuk dok cerita pasal kena deralah, tak bayar gajilah. Tapi lupa agaknya dengan kerenah pembantu rumah tu sendiri yang adakalanya kuat tidur siang, dating belakang rumah, mencuri barang majikan, culas buat kerja, dera anak majikan dan sebagainya.

Bagi aku, majikan yang tak pandai nak menghargai pembantu rumahnya dengan mendera ni tak layak atau diharamkan dari ambil pembantu rumah untuk masa akan datang. Begitu juga bagi pembantu rumah yang menyusahkan majikan ini. Nak bagi peluang? Entahlah sebab aku dah banyak kali terkena... serik!

Operasi cari kutu, buatlah! Jangan susahkan orang lain pulak!

Masalah biasa tapi seringkali ada yang tak ambil peduli. Ini yang dikatakan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Apa yang sikit jadi banyak tu?

Ada dua perkara yang sikit tu yakni kutu yang sikit membiak jadi banyak dan marah yang sikit lama-lama rasa nak meletup pun ada. Amboi Liza! Marah nampak! Geram je.

"Kak! Kepala Arif ada kutu! Buat operasi mencari lagi kemarin!", aku memberitahu pengasuh anak aku.

Marah pasal kutu aje pun. Macam kecil je masalah tu kan. Tapi kadang masalah kecillah yang boleh buat masyarakat porak peranda, pergaduhan besar, suami isteri bercerai-berai, mencederakan orang lain dan lagi teruk bila sampai membunuh. Hal kecil je sebesar seekor anak kutu kepala.

Ini masalah kutu kepala yang hinggap di kepala anak kecil aku si Arif yang baru berusia 3 tahun sebab dia sorang je yang aku hantar ke rumah pengasuh. Itu je masalahnya tapi cukup buat aku geram sebab dah banyak kali berlaku dalam setahun.

Aku pernah luahkan rasa dalam entry 'Kutu berhak betul' pada May 2011 lepas. Selepas itu pun sebenarnya berkali-kali juga terkena lagi dengan serangan kutu kepala ni.

Maka berkali-kali jugalah aku mengadakan operasi mencari ke atas semua kepala ahli keluarga aku. Biasanya yang selamat hubby aku sebab rambutnya jarang. Maka kutu tak dapat nak menyorok. Anak sulung aku, Aishah pula pun tak ada juga walau pun adiknya, Asyikin yang sekatil dengannya kadang terkena juga serangan kutu kepala ni. Mungkin sebab rambutnya banyak kelemumur dan menyebabkan kutu kelemasan nak menginap di kepalanya. Syukur juga sebab dua orang lagi anak lelaki aku pun terselamat.

Mangsa yang wajib kena tentulah si kecil Arif dan aku yang tidur di sebelahnya.

Apalah si kecil Arif tahu tentang kutu? Nak bagitahu pun tak pandai. Bila aku rasa ada yang tak kena di kepala maka tak tunggu dah aku mencari sikat kutu dan buat operasi. Habis semua orang dalam rumah aku kena spot check kepala.

Pengasuh anak aku pun kadang pening bila ada antara ibu bapa yang macam tak ambil kisah pun bila diberitahu anaknya berkutu. Kadang mereka sendiri yang terpaksa mencarinya. Upah jaga anak termasuk tolong carikan kutu agaknya.

Bila dicadangkan potong rambut anak yang panjang sebab boleh nampak kutu yang lalu, mak budak tu buat selamba aje. Mungkin sayang rambut anak yang panjang tu tetapi jagalah kebersihan. Kalau sampai menyusahkan orang tu kan dah jadi dapat dosa kering aje.

Bagi aku elok para pengasuh berpesan pada para ibu bapa setiap hari Jumaat agar check kepala anak jika ada kes kutu minggu itu. Bermakna pada hari Sabtu dan Ahad elok para ibu bapa yang terlibat buat operasi basmi kutu di kepala anak sebelum hantar semula pada hari Isnin nanti. Barulah masalah ni selesai, itu pun kalau ibu bapa perihatin dengan masalah ini. Tak perlulah nak ego "kepala anak saya tak pernah berkutu pun, mesti orang lain yang bawa kutu!".

Macam yang aku alami inilah, berkali-kali nak mencari kutu. Bukan pengasuh tak pesan, tapi ada yang sabar betul dengan kutu di kepala anaknya. Tak faham betul aku dengan orang macam ni!

Saturday, 17 March 2012

Best ke borak depan toilet?

Gambar dari SINI
Sabtu lepas aku balik Perak waktu malam. Perjalanan agak perlahan kerana ramai yang pakat balik kampung sempena cuti sekolah. Hujan pulak tu. Jadi hubby pandu dengan agak perlahan di lorong tengah saja melalui lebuh raya menuju utara.

Kami berhenti sekejap di satu R&R. Sempat membeli air dan jajan.

Biasanya aku akan bertanya jika ada anak-anak yang nak ke toilet untuk buang air. Tak mahulah aku bila kereta dah jalan nanti ada yang tak tahan nak membuang pulak. Memang cari marah akulah tu sebab aku tak akan berhenti di lorong kecemasan semata-mata untuk buang air kecil. Sangat bahaya!

Tak ada siapa yang nak ikut ke toilet. Jadi aku sorang je lah yang pergi.

Sampai di depan toilet aku jadi confused mana satu toilet untuk perempuan dan lelaki. Terpaksa berhenti sekejap untuk baca papan tanda dengan teliti. Toilet pertama untuk lelaki dan kalau berjalan ke depan sikit lagi barulah toilet untuk perempuan.

Aku confused sebab ada sekumpulan 3-4 orang lelaki dan seorang wanita berdiri di hadapan jalan nak masuk ke toilet perempuan. Sangat-sangat mengganggu bagi aku. Rasa nak 'sound' aje!

Apahal pulak ramai lelaki depan jalan ke toilet perempuan dan menghalang laluan pulak tu. Tak ada perasaan agaknya. Macam tak ada tempat lain nak berborak.

Kalau ugama lain tu aku fahamlah rasanya, ini yang seugama dengan aku. Patut lagi fahamlah soal tempat sensitif macam tu. Yakinlah seugama sebab sorang wanita tu bertudung dan mereka cakap Melayu semuanya. Rimasnya kita orang perempuan nak lalulah!

Jadi kalau ada menunggu sesiapa dari toilet tu jangan sampai menyusahkan orang lain. Hairan juga aku yang menunggu punyalah ramai pulak tu.

Pelik betul!!

Masalah peribadi punca bunuh Omar Peter dan Zara Eleena

Apa punca sekali pun bukan hak kita untuk menyakiti dan ambil nyawa orang lain sesuka hati. Hilang nilai kemanusiaan kerana duit dan tak akan berkembang tara mana pun sebab tak ada berkat kerana mencuri. Kejam sungguh manusia ini..

Aku copy paste berita di bawah ni dari blog 'Dia buat dah' untuk susulan dari entry aku sebelum ni 'Dia yang kukenali telah dibunuh, Alfatihah!'

SHAH ALAM - Polis semalam mendedahkan pertengkaran mengenai masalah peribadi merupakan motif utama seorang pensyarah, Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah dibunuh di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong Ahad lalu.

Penjenayah yang melakukan perbuatan itu pula kemudian melarikan kereta jenis Perodua Kenari milik wanita tersebut bersama sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai RM100,000.
Barang kemas itu kemudian dijual di sebuah kedai emas di Ampang, dekat sini manakala kereta tersebut ditemui di Changlun, Kedah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kesemua maklumat tersebut diperoleh selepas pihaknya menyoal siasat enam suspek termasuk teman lelaki mangsa berusia antara 19 dan 23 tahun. Mereka ditahan di kawasan Cheras dan Ampang sejak Isnin lalu hingga kelmarin.

Friday, 16 March 2012

Dia yang kukenali telah dibunuh, Alfatihah!

Gambar dari SINI, Si ayah dan anaknya.
Pagi tadi aku jumpa client yang bertanyakan soalan pada aku "Liza kenal Omar Peter?".

"Kenal! Kenapa dengan dia? Sakit teruk ke?", rasa lain macam dengan soalannya.

"Dia dah meninggal dunia, kena bunuh di Puchong!", jawap client aku.

"Astaghfirullah... !", berderau darah aku mendengarnya.

Aku dah mengenali client aku ni sejak sama-sama kerja di Sony, Bandar Baru Bangi lagi. Cuma kami berbeza jabatan saja. Tetapi sekarang dia pun dah lama meninggalkan Sony lebih dulu daripada aku rasanya. Jadi bila jumpa tentu saja ada cerita-cerita tentang khabar rakan-rakan lama.

Bila balik rumah, aku terus cari di Google nama Allayarham Omar Peter Abdullah. Hitam manis dan peramah orangnya. Kurus tinggi, mudah tersenyum dan rajin menyapa rakan-rakan. Rupanya bukan dia seorang yang meninggal dunia kerana satu-satu anak perempuannya juga turut terbunuh di lokasi yang sama. Sedihnya!

Baca 'Pensyarah, bapanya mungkin dibunuh orang dalam'.

dan 'Kes Bunuh Zara Eleena Omar Peter - kekasih ditahan reman'.

Patutlah aku terasa sesuatu nama yang biasa aku dengari semasa berita di TV. Sibuk dengan hal anak waktu itu. Hanya terdengar kisah dua beranak dijumpai mati di dalam rumah saja dan keretanya turut hilang. Tragedi dikesan pada 12 Mac 2012 lalu, dah 3 hari berlalu.

Aku mengenali mangsa walau pun tidak pernah berbual, cuma mungkin senyum sewaktu dia menyapa rakan aku semasa di tempat kerja lama. Tapi itu saja mampu membuat kita berasa sedih dengan pemergiannya, apatahlah seorang insan yang ramah sepertinya.

Hanya Alfatihah yang mampu aku sedekahkan. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua beranak itu. Aku harap penjenayah yang bertanggungjawap itu dapat hukumannya segera. Nak marah pun bukanlah haknya sampai nak ambil nyawa orang lain.

Caj 6% ke atas talian prepaid bakal aktif tahun ini??

Sumber gambar dari SINI
Caj 6% ke atas penggunaan talian handphone prepaid bakal bermula pada 1 Julai 2012 nanti. Itu yang aku dengar di radio Era pagi ini. 6% tu sangat tinggi rasanya.

Aku guna talian postpaid Maxis yang bilnya sekali dengan hubby. Cuma 2 talian prepaid celcom untuk anak aku dan 1 untuk mak aku. Bermakna ada 3 talian yang aku bakal kena caj 6% ni.

Nampaknya kos hidup kita semakin meningkat. Macam tak ada makna aje bila gaji naik tapi harga barang yang lain turut naik. Malah jika dikira dari segi peratus harga barang naik lebih tinggi daripada peratus kenaikan gaji. Kena berjimat le kita ye?

Masalahnya aku tak terlibat pun dengan kenaikan gaji yang baru depa umumkan baru-baru ni sebab aku dan hubby kerja di syarikat swasta. Itu untuk depa yang kerja kerajaan ajekan? Tapi harga barang naik tak kira swasta atau kerajaan tetaplah kena layan. Bak kata DJ Fafau (Farah Fauzana).... Layaaannnnn!

Kalau kawan adik aku ni sah meroyan dengar harga-harga barang kat Malaysia ni. Gila murah harga barang di tempat tinggalnya sekarang. Baca entry 'Barangan tempatan vs Import' dan korang boleh fikir-fikirkan.

Ada pilihan? Terpkasalah bayar caj 6% tu nampaknya. Aku hanya insan biasa, rakyat yang biasa-biasa aje. Ini entry lama rakan aku 'Menangani kenaikan harga barang', menyentuh dalam hati tu...

Thursday, 15 March 2012

Aku langgar pembahagi jalan di lebuh raya... takutnya!!

Hujan agak lebat sedikit, maka aku pandu dengan kadar kelajuan 60km/jam saja dan menjarakkan kereta aku lebih jauh daripada kereta MyVi di hadapan aku. Muatlah 3 biji kereta antara kereta aku dengan keretanya.

Tiba-tiba kereta di hadapan aku menukar lorong ke kiri iaitu lorong tengah. Aku teruskan aje di lorong paling kanan kerana tiada kereta lain yang mengekori aku pun.

Eh! Macam ada yang tak kena! Panik? Tak juga... tapi hati aku sangat berdebar waktu itu. Tiba-tiba saja kereta Kelisa comel aku seolah-olah menggelongsor ke arah sisi kanan jalan yang memaksa aku menghentam pembahagi jalan di Lebuh Raya Seremban-KL menghala ke KL. Betul-betul sebelum kawasan rehat Nilai.

Jenuh aku pusingkan stering ke arah kiri dan menekan sedikit pedal minyak agar ia bergerak ke kiri tetapi tak dapat juga aku mengelakkan kemalangan itu. Side mirror sebelah pemandu (kanan) tertutup kerana terkena pembahagi jalan dan enjin kereta aku juga mati walau pun rasanya aku tak lepaskan clutch pun waktu tu. Aku berada di lorong paling kanan yakni lorong paling laju.

Suspen betul waktu itu kerana takut ada kereta lain yang menghentam aku dari belakang. Sangat berdebar tapi tak panik. Aku tekan suis lampu kecemasan.

Kemudian aku terus tekan clutch dan pasti enjin kereta memang mati, tukar gear satu dan start enjin cepat-cepat. Aku ingin segera berlalu dari situ sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Aku sangat takut kerana aku sedang berada di lorong kanan sekali dan di tengah Lebuh Raya pulak tu. Macam-macam boleh berlaku jika aku tak bertindak segera. Lepas tu aku matikan lampu kecemasan dan beri signal masuk lorong kiri. Bukan jauh pun exit Putra-Mahkota yang aku nak tuju dari situ.

Bila hujan aku memang akan pasang lampu kereta dan kurangkan kelajuan. Menukar lorong dalam keadaan hujan memang agak sukar. Aku perlu pandang side mirror, cermin pandang belakang 2-3 kali.

Aku tak boleh bayangkan kalau kereta aku laju waktu itu, tentu saja teruk hentaman kena di bahagian pemandu. Bukan kuat sangat pun kereta Kelisa aku yang kecil molek tu. Syukur kerana Allah selamatkan aku daripada malapetaka itu. Tiada rasa hentakan pun waktu itu.

Kemek sikit je. Hilang cover lampu signal aku, nak kena cari pulak di kedai aksesori nanti. Tak mengapalah, sikit je tu. Yang penting aku selamat.

Kemek... nyaris tak kena lampu

Kemek juga, cover lampu isyarat tercabut

Cermin ni pun terkatup tadi, aku buka tingkap sikit dan tolak dengan tangan je.
Ini kemalangan kedua bagi kereta aku ni. Kemalangan yang pertama dulu pun aku tak repair pun kemeknya. Ada aku ceritakan dalam kisah ini : Kemalangan nak masuk Intana Ria.

Mungkin sebab jalan yang licin dek kerana air banyak mengalir di situ waktu itu dan keadaan tayar kereta yang mula nak kena tukar tu. Peringatan buat aku agar lebih berhati-hati semasa memandu dan ingat Allah selalu.

Wednesday, 14 March 2012

Takdir berkenalan dengannya memanglah indah

Semalam hanya satu appointment aku buat dengan client pada pukul 4 petang di Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Sebelum tu aku terserempak dengan rakan facebook yang katanya selalu intai blog aku ni tanpa tinggalkan jejak. Terima kasih Nora sebab sudi jenguk blog aku selalu.

Hampir sejam appointment dengan client baru selesai. Banyak perkara yang ditanya dan juga bertukar pendapat tentang unit amanah. Syukur kerana aku terus mendapat kepercayaannya untuk dia meneruskan pelaburannya.

Aku sering cuba meletakkan diri aku sebagai pelabur yang adakalanya masih kurang pengetahuan tentang unit amanah dan juga kerisauan tentang kerugian. Fahami matlamat yang mereka sasarkan dan kebolehan untuk mencapainya perlulah sesuai dengan kemampuan dana.

Sejam appointment tu bukannya bercerita hal unit amanah saja, ada juga bertanya khabar keluarga dan kerja. Maklum saja client aku ni kerjanya sebumbung dengan blogger JeBateja dan atas cadangan hubby aku juga sejak tahun 2008 lagi hingga kini. Jadi aku memang dah kenal sebelum aku menjadi perunding unit amanah lagi, cuma cam wajah tetapi tak pernah bertegur sapa.

Habis saja appointment buat aku teringat rakan blogger Hanis Azla. Blogger yang aku kenal asalnya dari blog je. Aku terus call dia yang aku yakin sedang dalam perjalanan pulang dari kerja. Setuju saja dia untuk berjumpa di restoran baru Ayam Penyet di lot kedai baru berdekatan kompleks PKNS. Berhadapan dengan restoran Amir yang terletak di belakang Hospital An-Nur.

Boleh baca lebih lanjut tentang restoran Ayam Penyet tu di http://bangiblog.my/?p=1260.

Gambar dari SINI

Memang seronok berbual dengan Puan Hanis Azla yang comel ni. Bila dua ibu berjumpa, tentu saja bercerita tentang anak-anak. Tapi masa agak terhad hingga pukul 6.30 petang saja. Masing-masing perlu bergegas pulang ke rumah.

Terima kasih Hanis Azla yang belanja minum. Sepatutnya aku yang membayar kerana aku yang mengajaknya tetapi berkeras juga dia nak membayarnya. Itulah dia yang lemah lembut tetapi tegas orangnya. Sifat tegasnya dengan anak-anak jadi perhatian aku. Kira macam idola jugalah..he..he..

Teringin nak jumpa para ibu blogger yang lain juga. Sekitar Bangi sajalah yang dapat aku jumpa. Jauh-jauh tu susah sikitlah rasanya. Seronok bertukar cerita, mengambil idea dan contoh terutama dalam hal anak-anak.

Saturday, 10 March 2012

Suka hati kau je terjah masuk!

"Assalamualaikum!", terdengar ada suara seorang lelaki memberi salam di luar rumah.

Aku selak langsir dan nampak dia buka pintu pagar rumah aku lalu terus ke depan pintu. Terdetik di hati aku "Siapa ni? Kawan hubby ke?".

Aku membuka pintu sedikit dan menjawab salamnya. Terus aku bertanya apa tujuannya datang.

"Kakak ada terima sample dari kami tak?", tanya si lelaki.

"Tak ada, ni dari mana?", tanya aku semula.

"Kami dari syarikat penapis air dari Senawang! Kalau akak tak terima sample tu tak pe!", jawapnya.

"Tak kisahlah dari mana, ni tiba-tiba datang buka pintu pagar dan terjah masuk ke dalam ni kenapa?", balas aku.

Memang benganglah aku orang yang macam ni. Sangat bahaya dia buat macam ni jika anak-anak aku saja yang berada di rumah. Waktu tu dah petang pun biasa pagar memang tak berkunci sebab hubby baru balik kerja pun.

"Minta maaflah kak...", balasnya.


"Ha'ah... tak pe lah!", pintas aku lalu menutup kembali pintu rumah. Panas hati sikit dengan sikapnya yang berani betul buka pintu pagar depan dan terus masuk macam tu aje. Ingatkan kawan hubby aku.

Aku pun buat kerja jualan juga tapi sangat kurang sopan jika masuk kawasan rumah orang sesuka hati macam tu saja. Janganlah terdesak sangat sampai merosakkan nama para penjual yang lain dengan sikap kurang sopan kita ini. Bak kata orang tua-tua "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Samalah seperti kerja yang aku buat sekarang yang sering mengajak insan lain untuk melabur dalam saham unit amanah. Setiap etika kerja perlu dijaga dan dipelihara agar tidak tergadai maruah, tidak berlebihan dalam berjanji keuntungan melampaui kemampuan dan bersikap jujur.

Janganlah kita terlalu mengejar keuntungan hingga segala yang salah kita langgar saja. Jangan kerana sikap buruk kita itu merosakkan nama rakan sekerja dan nama syarikat yang kita bawa. Jagalah privacy orang lain juga.

Friday, 9 March 2012

Dah masuk sekolah menengah, kenalah pandai berdikari!

Pagi-pagi nak hantar anak ke sekolah memang aku kalut selalu. Suka buat perkara last minute memang macam tu. Bila perangai tu turun kat anak, mulalah nak marah. Tapi salah siapa? Tak ke salah aku sendiri.

Malam tadi tak nak digosok baju tu, sibuklah anak teruna aku tu baru nak menggosok baju sekolah pagi ni. Belum bergosok tu satu hal, dibuatnya bajunya baru basuh malam tadi dan masih lembab dalam bakul dah buat aku angin satu badan. Memang habit aku selalu basuh baju waktu malam, sidainya di sebelah pagi. Dalam sehari ada dua bakul besar yang nak kena sidai.

Tiap-tiap malam nak kena ingatkan dia pasal baju sekolah dah bergosok ke belum. Kalau aku terlupa nak ingatkan, macam tu lah jadinya. Rasa nak karate je! Geram ni... dah tingkatan 2 masih nak harap mak pasal baju sekolah. Balik-balik aku juga yang kadang terpaksa cover untuk tolong gosokkan baju sekolah dia pagi-pagi.

Garang-garang aku pun kadang tak sampai hati juga. Tapi kalau asyik tak sampai hati aje nanti anak pulak yang naik lemak, betul tak? Jadi dia pun saja-saja buat-buat lupa gosok baju kerana harapkan maknya yang buatkan pagi-pagi.

Tak pelahkan, tadi aku dah luahkan rasa hati aku pada hubby melalui SMS awal pagi. Hubby dah sampai ke pejabat agaknya. Aku minta tolong dia pulak nasihatkan si anak teruna aku tu. Anak lelaki lebih baik jika dinasihatkan oleh bapanya agar mindanya lebih cepat matang dan bijak.

Dah masuk sekolah menengah pun, kenalah tau nak uruskan diri sendiri. Bukan suruh basuh baju sendiri pun macam aku dulu-dulu. Cuma pastikan setiap hari baju sekolah, kasut sekolah, stokin dan segala keperluan sekolah yang lain tersedia setiap pagi. Kalau tak ada tu kenalah cari sampai ada. Macam manalah agaknya kalau tinggal di asrama macam aku dulu. Semua buat sendiri, sakit pening pun tahan sendiri, tension pun layan sendiri aje.

Thursday, 8 March 2012

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu lebih fasih daripada bangsa Malaysia!

Lencana pelajar yang biasa sangat aku nampak. Tag nama warna kuning, tentu pelajar tingkatan 5. Di belakangnya pula tag nama warna merah, tentu pelajar tingkatan 4. Juga dari sekolah yang sama.


Eh! Ada wajah pelajar SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi dalam berita di TV3 malam tadi. Tertanya-tanya anak sulung aku siapakah gerangannya. Katanya ramai rakan-rakannya yang hadir ke Majlis Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 yang berlansung di PICC, Putrajaya.


Biasalah kalau tiba-tiba masuk TV, tentu excited. Lainlah kalau artis yang dah biasa kan.. he..he.. Jadi aku copy gambar-gambar di atas tu dari http://www.tonton.com.my/ untuk tatapan anak aku, Aishah.

Kalau nak tahu lagi tentang PABM 2012 ni, boleh jenguk webnya di http://www.pabm.com.my/.

Fasihnya mereka yang berbangsa asing itu berbahasa Melayu. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia sendiri belum tentu fasih berbahasa Melayu walau pun telah mendengar bahasa ini sejak kecil. Kadang-kadang bila bercakap pun sukar nak memahami maksudnya.

Kadang ada yang berketurunan Melayu pun tak fasih berbahasa Melayu.

Bukan nak marah pun kalau tak tau nak guna bahasa sendiri cuma dia tu sendiri jangan marah bila orang lain cakap Melayu tapi dia tak faham maksudnya.

Aku tersentuh dengan isi ucapan mahasiswi dari Australia ni. Ini pidato pada tahun 2011. Lembut saja dia berkata-kata dan jelas, antaranya "Ingatlah pembangunan negara tidak sekadar mengejar harta...".