iklan

Followers

Pages

Tuesday 19 March 2013

Ni orang England atau Malaysia?

Tadi aku semak keputusan Ujian 1 Aishah, anak sulung yang sekarang dah berada dalam tingkatan 5. Biasa aku semak kat link bawah ni je!

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Aku tanya kat dia "Anak mama ni dok England atau dok Malaysia?"... tersengih je dia.

abaikan subjek Biologi tu...he..he..

Sebab apa aku bertanya soalan macam tu? Sebab BI dapat A+, tapi BM dapat E. Gatal kepala aku! Aku marah dia? Tak juga sebab biasanya dia akan tunjukkan perubahan keputusan yang baik untuk setiap peperiksaan atau ujian yang berikutnya. Tidaklah perubahan yang mendadak bagus tetapi sedikit-sedikit.

Insyaallah perbetulkan kesilapan, moga A+ juga BM masa SPM nanti.

Aku difahamkan ada dua soalan subjektif BM yg dia dapat markah kosong kerana menjawap tidak ikut kehendak soalan. Soalan memerlukan jawapan idea atau pendapat sendiri tetapi dia huraikan berdasarkan isi artikel dalam kertas soalan tu. Lupa pesan cikgu le tu.

Bagi aku itu dah jadi pengajaran untuknya.

Jika kita kenal karektor anak kita, maka pendekatan untuk membaik pulih kelemahan setiap anak juga berbeza-beza. Usahakanlah mana yang termampu. Mungkin sukar tetapi anak-anak adalah harta yang paling berharga, kenalah jaga. Kalau tidak jangan buat anak! Opppss..!

Seperti biasa aku akan berkata padanya "SPM nanti jadi A+ le tu! He..he..".

"Tu lah! Geram juga akak tengok dapat kosong walau pun berjela-jela akak tulis! Malas akak nak komplen kat cikgu!", rungut Aishah.

Sedar diri le tu.. he...he.. takkan nak komplen pulak sebab dah salah sendiri.


7 comments:

Irfa said...

hebat ;)
mana tahu nanti dpt belajar ke oversea

Liza Abu Bakar said...

Irfa : Insyaallah! tak kisah oversea atau dlm negeri asal hidup bahagia dunia akhirat. aminnn...

umiawadah said...

anak saya pun apa kurangnya kak liza...bahasa takde nya nak boleh score A....anak-anak tak semangatlah belajar macam saya dan babanya dulu...hish...

Unknown said...

pandai nya anak kak liza..tahniah kak ada anak seperti Aishah..

Liza Abu Bakar said...

BM dapat E tu diana... subjek penting. orang melayu pulak tu.. adehh

jeBateja said...

Kalau ayah den....dia tak kisah punya BM dpt E...yg penting ENGLISH....tapi den jadi sebaliknya....ahakz

Hanis Azla said...

salam kak liza,

wah.. aishah terer BI.. sedang kalau dapat studi di oversea nanti.. BM memang susah nak score kalau tak menjawab mengikut kehendak soalan.. InsyaAllah, selepas ini keputusan aishah akan terus cemerlang.. all the best girl!