Pages

Tuesday, 15 March 2011

Laci misteri

Aku terjumpa lawak ni dalam majalah lama masa tengah mengemas tadi. Nak share jugak dengan korang semua.

Sepasang suami isteri baru melansungkan perkahwinan. Si suami bertanya kepada isterinya sama ada dia boleh mempunyai laci khas untuk dirinya sahaja. Tanpa syak wasangka si isteri pun setuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi teringatkan laci persendirian suaminya. Bila diintai terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM2000. Si isteri berasa hairan, apakah yang membuatkan bola golf dan duit itu begitu rahsia sehingga perlu disembunyikan daripadanya.

Si isteri mendesak supaya si suami menceritakannya. Kata si suami, "setiapkali abang curang diluar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola? Suami aku tidaklah sejahat mana".

"Habis tu apa kena mengena dengan RM2000 yang abang simpan?", tanya si isteri. Si suami pun menjawap "setiap kali bola golf cukup sedozen, abang akan jual".


p/s : hampeh!

20 comments:

  1. haha lawak mmg. bole pulak bini dia mcm tak kesah je ^^

    ReplyDelete
  2. NisaAdnan : jawapan kedua mesti kisah punyer

    ReplyDelete
  3. hahahaaha...lawak tak boleh blah..:)

    hahahahaa

    ReplyDelete
  4. Haha pagi2 dah gelak, dah berapa dozen suami dia jual

    ReplyDelete
  5. salam kak.eq singgah sini jalan2(sebab cuti 2 hari) hehe...

    ReplyDelete
  6. heheh saba je laa...boleh plak confess mcm ni..:P

    meh ke rumah..
    ~ketinggalan zaman~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  7. rupa2nya.. nauzubillah kan kak..

    ReplyDelete
  8. hahaha..dah lah curang, jual bola golf pulak tu

    ReplyDelete
  9. kahahaha.. kira dah banyak kali la dia curng.. wakakakakaka

    ReplyDelete
  10. sekamar rindu : redakan stress jap..

    ReplyDelete
  11. ummiross : kalau kita 1 kali pun dah angin... ni asal lawak mat saleh kot.

    ReplyDelete
  12. eqbalzack : tak leh lawan akak... cuti 2 tahun..ha..ha..

    ReplyDelete
  13. Dda Ly : tak de rasa kot..he..he..

    ReplyDelete
  14. Hanis Azla : ha..ha.. 1 kali pun jgn ikut.

    ReplyDelete
  15. Daddy Ziyyad : dapat bola golf kat manalah gamaknya.

    ReplyDelete
  16. She's retarded : kena baca lagi sekali tu... agak tricky in maths.

    ReplyDelete