iklan

Followers

Pages

Sunday 12 June 2011

Golf dan bertemu jodoh

Malam tadi pun aku tengok bola piala FA Kelantan lawan Terengganu tu sekejap aje, lebih pada tengok Majalah TV3. Seronok tengok budak lelaki baru berusia 5 tahun dah pandai main golf dan bagaimana dengan bermain golf dapat mengeratkan hubungan antara bapa dan anak lelakinya yang masih remaja.

Ada juga kisah tentang nama sebuah desa yang unik iaitu Desa Temu Jodoh di sebuah sekitar pekan Chaah dalam daerah Segamat, Johor. Bagaimana diaorang dapat nama yang unik ni boleh korang baca sejarahnya di blog salah seorang anak peneroka desa ini : Desa Temu Jodoh.

Kisah bagaimana semua penempatan baru yang di teroka sekitar tahun 1975 rasanya seperti dalam kisah Bilut dalam youtube ni juga.


Memang penuh dengan lelah dan air mata, cabaran dan dugaan untuk membangunkan satu kawasan hutan yang tebal kepada kawasan pertanian dan penempatan yang telah pun mereka nikmati hasilnya kini.

Hargailah kehidupan kita hari ini. Sedikit sebanyak aku juga mengerti kepayahan mereka kerana aku juga anak peneroka, peneroka Felda yang menoreh getah.

5 comments:

Student uniSZA said...

wah baru omo 5 taun dah pndai men golf ? hebatt tul ^^

sy penah pgg kyu golf menan jek :( haha

jeBateja said...

iyo lah kak...den dulu noreh....gotak segorap 50 sen sekilo...nak putuih urat kentut nak menoreh pas tu duit nak bayar yuran SRP.....ahakz...duit lobih beli kaset Medicine...ahakz...maso tu hargo..RM8.50...ahakz

Liza @ Adzriel AB said...

'CikMimiEy' : galakan dari mak ayah dia sejak umur setahun.. he..he.. akak pandai menebas rumput je.

jeBateja : ye lah jan.. dulu nak mintak duit kat mak masa dok asrama pun rasa tak sampai hati aje.

Ummiross said...

Ummi pun tengok budah yg pandai main golf tu...

Kesusahan hidup kadang2 menjadi pendorong untuk memajukan diri...

Sofya said...

kalau xda pengorbanan org dulu, kita tak merasa kesenangan hari ni..