Pages

Friday, 19 August 2011

Dari duniaku : Mana Mak?

19 Ogos datang lagi menandakan genap setahun pemergian ayahanda tercinta. Namun ingatan pada ayah itu tak akan pernah luput. Alfatihah buat ayah! Moga ayah sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNya.

Kita sering diingatkan agar sentiasa menghargai mak dan ayah selagi hayat mereka masih ada. Kita juga hendaklah kekal mengambil berat dan sentiasa mengingati mereka biar pun mereka telah pergi buat selama-lamanya dari dunia ini.

Renungkan kembali diusia tua mereka ini berapa kalikah kita bertanyakan khabar mereka? Berapa kerapkah kita cuba menyelami hati mereka di saat ini? Menelefon pun jarang, apatah lagi ingin berbicara dari hati ke hati.

Kisah 'Mana mak?' tulisan teman aku meruntun jiwa. Ianya adalah kisah kehidupan realiti yang mampu membuat kita berfikir kembali keegoaan kita sebagai seorang anak.


10 comments:

  1. diana : kisah yg simple tapi menyentuh hati. kawan sejak darjah 5 lagi.

    ReplyDelete
  2. Ummi dah baca, memang menyentuh hati, kasih sayang ibu tiada batas, moga2 kita diberikan anak soleh dan solehah

    ReplyDelete
  3. moga akak tabah ye!
    Al-Fatihah utk arwah ayah..

    ReplyDelete
  4. Hargailah org tersayang semasa hayatnya..sbb pasti kita akan merinduinya ketika mereka telah tiada..

    ReplyDelete
  5. Parents saya kedua dua nya masih ada, sihat. Insya Allah akan terus berbakti kepada mereka selagi hayat mereka ada/umur saya ada.

    ReplyDelete
  6. Hargaila mereka selagi mereka masih adakan..

    ReplyDelete
  7. emak sy seorang yang sensitif. jadi, mudah kalau nak meluah perasaan atau berbincang soal hati. tetapi ayah saya tak macam tu. kalau saya cuba cakap dari hati ke hati, dia akan tanya, kau dah gilo ko? ahahaha

    ReplyDelete
  8. Memang sedih bc ni.. Harap2 kita tak mcm tu..

    ReplyDelete
  9. baru sudah baca..
    mmg tersentuh hati ini..
    bagus untuk mengingatkan kita yang selalu alpa

    ReplyDelete