Pages

Monday, 19 September 2011

Design blog Beauty Farmasi


Tiga hari aku tak up-date blog ni kerana menyiapkan blog baru kakak kesayangan. Passion aku tertumpu padanya. Sebenarnya nak bertenang sekejap setelah bengang dengan kerenah blog ni kat SINI. Macam tak ok je lagi!

Dia dah mula menceburi bidang perniagaan kosmetik pula. Wah! Makin anggun nampaknya..he..he..! Aku suruh dia 'make-over' supaya boleh letak gambar dia sebagai header. Eh! Malu katanya.

Wah! 'Three Soul Sisters' (klik le kalau nak kenal kami 3 beradik) nak jadi business woman belaka :


Setakat ni adiklah yang paling sibuk dan paling berjaya dengan Asterisk Boutiquenya. Alhamdulillah!

Dengan ilmu blog yang nak kata suam pun tidak, terkial-kiallah aku mencipta blog baru kakak aku ; Beauty Farmasi.

Entah berapa kali aku mencuba dan menukar templatenya, headernya dan sebagainya. Segalanya dengan ilmu yang ciput dan mengambil kira pandangan adik-beradik dan ipar-duai yang lain juga. Alhamdulillah, semuanya menyokong usaha kakak termasuklah mak tersayang.

Sekarang pun aku masih lagi dalam proses memasukkan lagi produk-produknya dalam entry. Ada banyak sangat produk kosmetiknya. Siapa yang sedang mencari peralatan make-up, bolehlah contact kakak aku di blognya, Beauty Farmasi.

11 comments:

  1. wah.. dah jadi sifu la kirenye akk ni ye :) tunjuk ajar ku sifu :)

    ReplyDelete
  2. akak pun dah tukar karpet ketupat kepada purple...hehe..rajin kak liza

    ReplyDelete
  3. Patutlah tak nampak jejak 2-3 hari ni, cantiklah blog akak Liza tu, nanti boleh gak survey, ummi ni suka eye liner n eye brow..

    ReplyDelete
  4. style lbh kurg blog kak liza jgk. hehe

    ReplyDelete
  5. kak liza...saya tengok ramai berbisnes online...saya nak cuba juga...tapi tak tau mcm mana nak mula..kak liza leh ajar?seronok je tengok...

    ReplyDelete
  6. Thank you yanggg...what's the adik are for...hahaha

    ReplyDelete
  7. yang mana satu kak nak cayob ajar...yang "jom tukar link cayob" kah?? ayob le je ajar....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Liza

    selamat maju jaya

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. lawala akak buat..moga bertambah maju..

    ReplyDelete
  10. semoga akak 3 beradik akan terus success hendaknya.. amin.

    ReplyDelete