
Sabtu @ 30 April 2011, aku dapat menantu kedua pulak. Eh! Eh! Menantu saudaralah kiranyakan. Anak saudara sebelah hubby aku yang kahwin. Abangnya yang sulung dah kahwin tahun lepas, 2010. Sekarang isterinya sedang pregnant 3 bulan. Wah! Insyaallah bulan 10 nanti jadi neneklah akukan! He..he..
Selamat pengantin baru buat anak saudara aku ni, Hairi. Bercinta dengan isterinya sejak di tingkatan 2 lagi. Moga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Perjalanan rombongan pengantin lelaki bermula di rumah kakak ipar aku di Senawang menuju Gemenceh, Negeri Sembilan. Rasanya mengambil masa selama 1 jam 15 minit kerana melalui
Lebuh raya KL-Seremban yang jem juga. Tol di susur masuk Alor Gajah pun sesak juga. Nasib baik guna 'Smart Tag'.

Mereka bernikah sehari sebelum majlis perkahwinan. Dengar khabar banyak juga soalan diberi kepada pengantin lelaki. Cuma tidak ditanya ada berapa rukun negara aje. Kalau semuanya sentiasa jadi amalan, Insyaallah boleh jawap semua soalan. Kalau sekadar hafal di lidah tu mungkinlah tergagap jugakan. Alhamdulillah, segalanya selamat dan berjalan lancar.
p/s : Ujang pun dah selamat akad nikah dengan Yana. Insyaallah, aku datang dengan Wani.
sodapnya air tu. huhu... lari tajuk plak
ReplyDeletehaha.. heran td sbb muda2 da dapat menantu.. tp rupanya menantu saudara.. HEHE
ReplyDeleteMySuaraBlog: Siapa Kata Coklat Tak Baik Untuk Gigi?
rasa macam nak kawen sok je bila tau orang lain kawen..hehe
ReplyDeletewahh cantiknya pelamin raja sehari...comelnyaaa anak akak! pandai dia posing!
ReplyDeleteselamat jadi mertua, kihkihkih!
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat pasangan pengantin...
ReplyDeleteSeronoknya dapat pegi kenduri kendara cuti2 macam ni..
Assalamualaikum Liza
ReplyDeletemuda2 dah dapat menantu...
nak jadi nenek pula...he he
Wassalam
tahniahhh :PP dah maju belog akk skrg en ? elele
ReplyDeletekenduri kat mlk ke kak??nape xbgtau dtg mlk..:P
ReplyDeleteMeh sini: Video Marshanda Nikahh!! giler smart
Sini jugak: Trip to Penang!!Besttt!
kak liza,mumme makan kenduri di n9 jg,tapi di bandar baru serting/bandar sri jempol,sabtu baru ni...
ReplyDelete