iklan

Followers

Pages

Monday, 2 May 2011

Tak elok potong barisan ni!


Mmmm... potong Q! Gambar dari kawan di facebook pada Sabtu lalu (30April2011)

Komen seorang teman di facebook "Orang lain beratur dengan taat dan sabar. Kalau diikutkan kami pun mahu cepat. Bukan semua tetapi yang ini adalah sebahagian dari yang itu. Semakin besar kenderaannya, semakin besar kepala, kelakuannya".

30 April 2011 (Sabtu) memang jem sejak pagi hingga ke malam di Lebuhraya KL-Seremban menghala ke selatan (Johor). Maka macam biasa adalah segelintir rakyat Malaysia yang tak sabar seperti dalam gambar ni.

Malu jugakan bila ada yang komen "perkara macam ni tak berlaku dinegara2 Maju macam US, Jepun.. tahap toleransi n disiplin mereka cukup tinggi sesuai dgn status negara maju... satu perkara yg sentiasa bermain difikiran saya... dinegara2 maju ni mereka rata2 bukan islam tapi mereka cukup mengamalkan nilai2 yang dianjurkan oleh Islam.. sedangkan kita diMalaysia ni sering mendakwa mempunyai nilai2 timur (islam) yg tinggi.. tapi yg berlaku adalah sebaliknya!!!!".

Gambar tak comel... Banyak lampu = Banyak kenderaan

Aku menghala ke arah KL sekitar jam 10 malam. Nak balik Bandar Seri Putra dari Senawang. Kenderaan banyak juga tapi masih lancar. Tapi jika dilihat di sebelah kanan menghala ke Johor jalannya masih jem dan kenderaan bergerak perlahan sangat. Ramai betul yang ambil peluang balik kampung atau melancong sempena cuti 3 hari dari Sabtu hingga Isnin sempena cuti hari pekerja. Mungkin ramai juga yang ke Port Dickson atau Melaka agaknya.

Tak eloklah nak potong-potong 'que' dari lorong kecemasan macam tu. Ramai yang menyumpah seranah sebenarnya. Bermakna ramai yang mendoakan perkara tak baik untuk anda. Orang lain pun nak cepat juga. Kan elok beratur dan jangan menyakitkan hati orang lain dengan sikap pentingkan diri sendiri begini. Tak pasal-pasal boleh jadi gaduh pulak. Tak pun elok nak cepat jadi semakin lambat bila ada pula polis yang menanti nak menyaman. Lambat dan duit melayang. Orang lain yang melihat "Padan muka kau!".

5 comments:

kyo_9 said...

huhu..
susah nk capai negara maju kalo mentaliti masyarakat kita masih di kelas ketiga..

miss flora said...

memang menyampah tengok orang yang duk potong2 line ni..

MumMe said...

betul lah kak liza...cukup hangin dgn manusia "jual ikan "ni...nak cepat fly ler kan kak liza...

Suara Kalbu said...

Walawehhh akak...

Ida memang menyampah kes-kes org potong barisan ni. Macam dia saja yang nak cepat...

Pentingkan diri sendiri betul

Sofya said...

selalu gak jumpa org gini..
org baiknya dok bersusun dia potong kiri.. laju plak tu.. kejap pastu tengok2 dia dah kena sekatnya polis traffik kat bahu jalan... padan muka..saman!!!