iklan

Followers

Pages

Monday, 24 September 2012

Part 7 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 6

Sebelum menjalani pembedahan, hubby perlu jumpa dentist dulu. Dato' Dr. Rozali mahukan hubby dapatkan rawatan pada segala kerosakan gigi jika perlu. Kemudian hubby perlu bawa bersama pengesahan dari doktor gigi berkenaan pada hari pre-admit di SDMC iaitu 23 Sept 2012.

Aku menelefon pada 12 September 2012 ke klinik gigi berhampiran tetapi nursenya kata doktor Haslina oustation dan akan masuk semula pada 18 September 2012. Lambatnya nak tunggu dia balik. Takut pula aku kalau-kalau ada banyak gigi hubby yang perlu dirawat.

Jadi aku pun beralih ke klinik gigi yang biasa aku kunjungi dulu iaitu klinik Norshah yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Sederet dengan kedai Cosway dan mengadap kedai makan Yati Ayam Percik.

Gambar dari SINI
Terus je aku buat appointment nak jumpa keesokan harinya. Tak ada masa dah nak tunggu-tunggu dan nanti-nanti.

Pertama kali hubby tiba di klinik Norshah dengan muka agak gelabah je. Sabar ajelahkan! Nasib baiklah anak-anak aku brutal macam aku, tak kisah pun kalau jumpa dentist. Kalau sakit pun, sekejap ajekan!

Awal-awal dah kena leter dengan doktor Yati. Amik kau! Doktor Yati tu ibu pada kawan anak aku yang sulung semasa mereka dalam darjah 6. Sekarang dah tingkatan 4 pun. Kalau aku jumpa dia memang confirmlah berborak.

"Ni lama tak check gigi ni! Banyak karang gigi, ada yang nak kena cabut ni. 1, 2, 3! Tak boleh buat serentak. Kena datang lagi nanti, takut tak tahan!", leteran pertama bermula.

"Saya memang takut nak jumpa doktor gigi sejak kecik lagi!", jawap hubby tersipu.

Tersenyum je doktor Yati, "Janganlah takut, kalau sakit kena jumpa doktor jugakan!".

Jadi janganlah takut nak check gigi dengan dentist. Kalau rasa ada yang tak kena pada gigi, jangan tangguh-tangguh. Khuatir kalau sakit merebak yg asalnya cuma perlu tampal tapi terpaksa pula dicabut. Sayangnya gigi hilang. Lagi baik kalau dapat buat rutin check gigi dengan dentist setiap 6 bulan.

Klinik Norshah
Hasilnya 4 batang gigi hubby telah dicabut dalam 4 kali appointment dengan dentist. Paling ngilu katanya bila scaling. Adoi! Bila ada banyak karang gigi maka banyaklah scaling dilakukan maka banyak rasa ngilu terpaksa dihadapi. Antara tips kurangkan karang gigi ialah menggosok gigi dengan cara yang betul dan teliti pagi dan malam sebelum tidur. Kadang aku guna flos untuk buang sisa makanan yang tak mahu hilang dengan memberus. Jika ia masuk di celahan yang sangat sukar, mengadulah dengan dentist.

Bila aku check rekod aku sendiri, rupanya kali terakhir datang pada tahun 2007 yakni sejak pindah dari Bandar Baru Bangi ke Bandar Seri Putra. Kemudian pregnant di hujung tahun 2008 dan bersalin di pertengahan 2009. Asyik bertangguh saja nak jumpa dentist.

Sempat juga aku minta doktor checkkan gigi. Ok katanya dan bertanya "di mana buat scaling?".

"Mana ada buat scaling!", jawap aku.

"Gigi ok je!", jawap doktor.

Nantilah selepas hubby habis menjalani pembedahannya dan sihat, barulah aku boleh buat rawatan selanjutnya. Aku nak minta doktor gantikan semula tampalan lama gigi depan sejak aku di tingkatan 3 lagi. Pernah sekali aku gantikan semula tampalan tu dengan doktor Yati juga. Maklumlah sebab gigi depan kenalah jaga lebih sikit. Kalau dah ada serpih sikit kan tak comel.

Report gigi dah siap. Gigi hubby pun dah bebas karang gigi dan tinggal gigi yang sihat aje. Lepas sebulan nanti bolehlah nak buatkan gigi palsu pula.

Dato' Dr. Rozali perlu pastikan gigi pesakit bebas dari sebarang masalah dan sihat untuk mengelakkan kuman mahu pun bakteria ikut masuk ke dalam badan semasa tiub dimasukkan ke dalam mulut sewaktu pembedahan jantung nanti. Tentu saja untuk elak sebarang komplikasi berlaku kerana tiub akan berada lebih lama di dalam mulut untuk bantu pernafasan.

Itulahkan, takut-takut nak jumpa dentist akhirnya terpaksa juga. Pecah rekodlah sebab jumlah gigi yang dicabut sebanyak 6 batang tahun ini. 2 batang sebelum raya dulu sebab sakit gigi sampai nak tidur pun tak boleh dan kali ini 4 batang lagi.

Jadi, jagalah gigi korang ye!

Sambung ke Part 8

1 comment:

Pida said...

Saya baru balik dr klinik gigi norshah ni. Pembantu jaga kaunter dan doktor agak sombong dan tidak mesra.

Doktor kata gigi anak saya reput dan tak blh tampal. Klu cabut nnt berlapis.

Bila saya tanya opsyen utk tampal dgm simen, doktor dgn sombongnya cakap awak kena faham... bla bla bla...

Saya rasa tidak dihormati sbg pelanggan. Last2 dia suruh biarkan saja anak saya begitu tanpa bagi penyelesaian.

Pelik saya dgn doktor ini. Tidak membantu langsung. Saya tak dikenakan byran sbb dia tak buat apa2.