iklan

Followers

Pages

Thursday 19 June 2014

Restoran Domino's Bandar Seri Putra

Minggu lepas aku baru terfikir nak buat kad keahlian Domino's di Bandar Baru Bangi. Tiba-tiba hari Ahad baru ni (14 Jun'14) dah nampak ada signboard kedai dah naik di area Bandar Seri Putra pulak, area rumah aku.

Excited menunggu hinggalah semalam depa buka, 18 Jun'14 (Rabu).


Berhadapan dengan klinik An Nur


Ada lebih dari 10 meja dalam ni.


Anak-anak lebih suka pizza Domino's. Semakin maju kawasan Bandar Seri Putra yang aku diami sejak tahun 2007, cuma ada kedai-kedai biasa je. Nampaknya harga rumah sekitar sini pun dah makin meningkat naik.

So semalam dapatlah aku beli kad keahlian Domino's dengar harga diskaun, cuma RM30. Selalunya kena bayar RM50 dan kena bayar RM30 untuk perbaharui setiap hujung tahun. Alhamdulillah rezeki aku. Aku beli kad ahli sebab anak-anak suka pizza Domino's, boleh beli offer double pizza dengan harga untuk satu pizza. Kad boleh guna di mana-mana cawangan restoran yang lain juga.

Tuesday 10 June 2014

Honda Sales & Service Bandar Baru Bangi

Sekali-sekala cuci mata hujung minggu di Honda Sales & Service, Bandar Baru Bangi. First time aku ke sini, sajalah ajak hubby sebab aku tau kalau bab kereta memang dia setuju je. Lokasinya berhampiran dengan Kompleks Bangi Utama dan berdepan dengan lokasi tempat kerja sahabat yang juga blogger http://jebateja.blogspot.com/.

Gambar dari SINI, nak tau pasal kompleks ni, boleh baca situ

Ada ruang nak bertenet

Cik City

Ini pun suka

Civic yang aku suka

Stream


Tengok harga Honda City je... ambil semangat dulu... he..he..


Anak aku suruh ambil warna biru. Aku kata boleh je, mama bagi gambar dulu ye. Tampal kat dinding, mudah-mudahan impian dimakbul Allah. Kena usaha lebih lagi untuk cari rezeki.

Ada ruang untuk kanak-kanak bermain

Ruang menunggu untuk servis kereta
 
Hubby aku ni kalau bergambar, suka nak mengelak..

Lepak sat kat cafe....
Tak perlu hubby nak ke Cheras lagi untuk servis kereta dia. Hantar kat sini je, lepas tu boleh tunggu kat ofis. Alaaa... 2-3 minit je memandu kereta dari ofis dia ke Honda ni.


Monday 9 June 2014

Kembang-kempis hidungku

Gambar hiasan semata..
Aku rasa ada banyak maklumat tentang isu bau badan ni dalam internet. Taip je 'bau badan' kat internet.

Sapa nak petua hilangkan bau badan, boleh intai sini ; Petua hilangkan bau badan.

Sungguh menjengkelkan bila duduk atau berdiri di sebelah orang yang bau badannya tak menyenangkan. Hapak plus masam pun ada. Lawa dah lawa dan kacak pun dah kacak tapi ada bau... spoil betul.

Teringat kisah semalam yang aku pun baru tau hari ni dari seorang sahabat.

Sahabat : Kak Liza! Perasan tak semalam yang saya berkipas masa saya duduk sebelah Minah?
Aku : Ha'ah! Pelik juga kak Liza, apasal berkipas. Dok pikir kau panaslah kot.
Sahabat : Kembang-kempis hidung saya tahan bau kak duduk sebelah dia. Ada bau! Tu yang berkipas tu!
Aku : (Gelak!) Apasal kau tak citer semalam? Spoillah Minah tu dress kemain cun tapi ada bau. Make sure kita pun tak de bau 'ashem' pulak. Takut dok mengata orang, kita tak perasan diri sendiri pun sama.
Sahabat : (Gelak sakan!!) Agak-agak le kak oiii..!

Cara aku nak check badan diri sendiri ni mudah berbau atau tak dengan cium baju yang aku dah pakai, terutamanya di bahagian ketiak. Malu aku kalau bau badan aku buat orang lain tak selesa. Selalu orang tak kan komplen terus kat kita. Takut jadi bahan umpat.

So kalau rasa badan tu mudah berbau, sila-sila rajin mandi dengan tekun. Bukan mandi kerbau. Sila-silalah sapu badan tu dengan bedak ke, cologne ke dan tenyeh deodorant kat ketiak tu. Bukan suruh bagi wangi gila sampai sesak pulak hidung orang lain dengan bau minyak wangi kita. Cukuplah hanya bau 'ashem' tu tak muncul.

Jom layan ketiak po po... ha..ha.. macam-macam idea depa yang buat lirik ni.



Sunday 8 June 2014

Awet muda sokmo... Oksigen! Oksigen!

Mengalami rawatan wajah oksigen memang mengasyikkan. 

Aku suka bila wajah kusam dah mula kelihatan segar. Semakin cerah aku rasa. Dan yang paling penting kedutan-kedutan mula berkurang di dahi, bawah mata dan tepi hidung. Ia menaikkan bentuk wajah... nampak awet muda gitu. Sesuai sangat dengan usia aku yang dah 4 series ni.


Dah tentu aku dapatkan rawatan di Riani Beauty & Spa. Info lebih tentang Oxygen Facial boleh intai kat entry ni : Rawatan Oxygen Facial.

Masa hantar anak masuk UiTM kemarin, ramai pulak yang ingatkan aku kakak dia. Paling lawak masa di kedai makan, tokey kedai panggil aku adik tetapi hubby aku dipanggilnya pakcik. Aduhai, kesian hubby aku. Kak! Suami saya tu cuma tua 3 tahun aje dari saya ni... he..he..

Print Screen dengan Lenovo A889

Hujung April kemarin kan aku ada dapat handphone free, entry di Seronoknya dapat handphone free!. Terkebil-kebillah aku cuba cari info kat google untuk dapatkan cara-cara nak buat print screen guna handphone Lenovo model A889. Tak jumpa-jumpa juga.

Akhirnya semasa aku ke kedai komputer Solumax di Bandar Seri Putra, ringan mulut aku bertanya dengan Darren si tokey kedai tu. Setiap kali komputer atau laptop aku pening, situ ajelah tempat aku mengadu. Boleh intai facebook page dia di Solumax Computer Sales & Service.

Darren pun ajar aku cara-caranya :

Tekan butang 'ON/OFF' dan butang 'Lower Volume' serentak dalam 3 saat.

Gambar asal dari SINI, aku edit label je.
Boleh intai spec hp ni kat situ
Kalau tak dapat, cuba dan cuba lagi. Mula-mula terkial-kial jugak aku buat sendiri. Sekarang dah pandai dah. Rasa macam pakai handphone HTC atau Samsung pulak. He..he..

Dah 12 CPUV Nuffnang berlalu baru aku nak perasan!

Dah lama aku tak check akaun Nuffnang aku sebab dah lama tak up date blog ni. Cuma seminggu dua ni baru mood mari sikit. Blog aku ni tak pernah dapat offer CPUV.. nak terangkan pun aku tak pandai, cuba baca Apa itu CPUV dalam Nuffnang? oleh Hasrul Hassan.

Barulah aku perasan tahun ni ada 14 iklan CPUV melekat kat blog aku.. Rugi aku tak ambil kesempatan yang ada. Busylah konon sampai tak sempat nak menaip entry. Bukan tak de idea cuma bila dah sibuk dengan urusan lain yang aku rasa lagi penting, mood nak menaip memang ke laut le.

Blog aku bukanlah famous pun cuma bila ada yang tanya nama blog aku, aku kata taip je 'Liza AB' kat google, sure keluar first page setakat hari ini.


Inilah iklan yang sedang bergerak sekarang ni. Iklan Tiger Balm dan Whisper Mesh & Cotton.

Gambar google
Serius aku jadi rindu pada arwah ayah bila tengok gambar ubat sapu Tiger Balm ni. Dulu-dulu ayah suka sapu oinment ni kat mana-mana sendi yang sakit. Kadang di kaki atau di tengkok. Aku sendiri mesti nak ada benda ni semasa tinggal kat asrama. Aku suka guna bila kena selsema atau lepas kena gigit nyamuk. Kecil je bekas dia selebar syiling 20 sen dan mudah nak bawa ke mana-mana.

Aku tak faham lepas sekali imbas tengok tajuk iklan satu lagi Whisper Mesh & Cotton. Dalam hati dok ngomel "apo kobondo ni?". Laaa... produk untuk orang perempuan tu ke? Aisehh... lambat pick-up la ni. Aku memang yakin pun dengan produk Whisper ni.

Saturday 7 June 2014

Atuk memang hebat!

Seronok aku tengok atuk ni menari. Step yang smooth dan boleh praktis hari2 ni sebagai senaman. Agaknya dia ni dulu cikgu tarian, tu yang santai dan cantik je menari.

Friday 6 June 2014

Be strong to handle by yourself!


Hidup ini kenalah fleksibel agar kita dapat meneruskannya dalam apa jua keadaan terutamanya wanita yang telah berkahwin dan punya anak-anak. Seringkali kita dengar kehidupan seorang isteri yang seperti hilang arah apabila tonggak utama keluarga iaitu suami meninggalkannya sama ada bercerai hidup atau mati.

Kita perlu tabah dan kuat. Belajar hidup berdikari dan bersedia mempelajarinya sedikit demi sedikit.

Jika dulu kawan aku tu tak ada lesen kereta, malah menunggang motorsikal pun takut. Sekarang dah pandai memandu kereta dan motorsikal. Dah pandai berniaga karipap frozen dan dadih. Syukur ada sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan dengan anak2 selepas ketiadaan suami.

Janganlah tunggu keadaan parah baru nak mencari ilmu dan mencari peralatan untuk berjuang. Bersedialah dari sekarang. Simpan duit untuk hari2 susah dan tahu untuk bertindak dalam waktu2 kecemasan.

Thursday 5 June 2014

Modal niaga kena pusing, jangan belanja... itu asas niaga!

Aku baru mengenalinya selama 2 hari. Sempat sedikit-sebanyak mendengar kisah hidupnya yang gigih. Ramah dan mudah tersenyum namun ada sedikit kisah kepayahan di sebalik wajah yang ceria. Itu kisah dulu.

Usia suaminya lebih muda 7 tahun daripadanya. Nampak sangat dia ni wajah awet muda. Katanya hanya tahu bila nak isi borang kahwin selepas 6 bulan kenal. Biar betul hang ni. He..he.. dah nak jodoh dia.

Dulu dia bekerja di kilang tetapi terpaksa berhenti kerana anak sulungnya yang kurang upaya memerlukan perhatian khusus. Tidak pulak aku bertanya lebih jelas jenis kurang upaya yang bagaimana. Setelah anaknya besar sikit dan lebih mudah dijaga, dia bekerja semula sebagai kerani di sebuah kedai buku.

Kemudian mengandung pula anak kedua dan lagi sekali dia terpaksa berhenti kerja kerana pengasuh yang menjaga bayinya suka meninggalkan kesan lebam pada si kecil. Maka dia terpaksa menjaga bayi itu sendiri.

Gaji si suami hanyalah RM1300 sebulan. Tidak cukup untuk menampung hutang kereta, membayar sewa rumah, bil api air dan membeli susu dan lampin anak. Dia harus berfikir cara mana yang dia mampu untuk mencari rezeki bagi membantu si suami.

Terlintas di fikirannya untuk berniaga burger tetapi di mana pula hendak menggamit modal niaga.

Dia jual handphone jenama Samsungnya, aku pun tak bertanya apa modelnya dan berapa yang dia dapat. Dia pinjam duit adiknya sebanyak RM300 dan membayar balik secara bulanan.

"Alhamdulillah kak! Baru 6 bulan saya berniaga burger. Rezeki Allah tu ada, setiap hari ada saja customer! Bulan-bulan boleh saya kumpul untung bersih dalam seribu ringgit".

Katanya lagi, setiap hari dia akan simpan untung bersih dan pusing semula modal. Kena ada disiplin. Itulah yang kita selalu dengar pun jika nak berjaya dalam perniagaan. Modal perlu kita pusing semula, bukannya diguna untuk perkara2 lain dari tujuan asal niaga. Tapi itulah yang sering kita lupa, maka ramailah yang selalu cepat gulung tikar.

Kisahnya kelihatan biasa dan mudah didengar tetapi jika kita bayangkan situasi sebenar andai berlaku pada kita, mampukah kita melaluinya. Belum lagi melalui situasi yang lebih sukar.

Bantulah dengan ikhlas


Kadang-kadang bantuan yang kecil pun mampu mengubah situasi yang sangat sukar. Bantulah jika kita mampu tanpa sebarang alasan.

Usah 'MEMBANGAU' lagi!!!

Sumber : Ibarat Bangau
Seorang sahabat yang juga seorang isteri mengeluh atas kesempitan wang yang dihadapinya. Mengadu tentang gaji rendah yang diterimanya. Kesal dengan generatornya yang rosak untuk perniagaan burgernya di sebelah malam. Bengang dengan majikan suaminya yang hanya mebayar gaji separuh bulan akibat pembaharuan kontrak. Maka banyaklah pembayaran bulanan yang tertunggak.

Ye! Memang gajinya sebagai cleaner rendah, hanya RM650 berbanding tempat lain sudah pun mencapai RM900 sebulan. Maka aku cadangkan dia cari kerja di tempat lain. Tak mahu katanya sebab jauh, tak ada kenderaan. Naik motor pun tak pandai. Kalau jauh-jauh nanti susah pula nak urus anak yang 5 orang tu bersekolah.

Aku tanya apa pilihan yang dia ada sebab dah banyak kali dia komplen dengan majikan dan ada report ke pajabat buruh pun keadaan masih sama. Masa tetap berlalu dan setiap hari perlukan duit. Jika tiada pilihan, sendiri boleh fikir.

Bila generator rosak, maka tak dapatlah nak berniaga malam sebab lampu tak boleh nak menyala. Aku cadangkan dia berniaga awal bermula pukul 5.00 petang kerana tugas cleanernya habis pada pukul 4.00 Cukuplah hingga pukul 7.00 malam, tambah aku lagi. Tak boleh juga katanya sebab dah cuba tapi tak ramai customer. Katanya customer ramai sebelah malam dan ada hingga pukul 10 malam.

Aku tanya berapa kali yang dia cuba? Bagi aku pukul 6.00 petang adalah waktu orang paling ramai lalu ; ada yang balik dari sekolah dan balik kerja berbanding malam. Dan apa juga pilihan yang dia ada? Jika tidak berniaga lansung, maka zerolah pendapatannya.

Aku cadangkan dia beli lampu kalimantang dan sambungkan ke bateri kereta. Kos lebih rendah berbanding nak repair generator atau beli generator baru. Tapi dia menolak dengan alasan kos jangka panjang lebih tinggi. Aku kata untuk back-up saja sementara tiada generator. Dapat juga guna untuk berniaga malam.

Dulu suaminya bekerja di kilang yang cukup teguh di Bandar Baru Bangi tetapi resign sebab kerja kontrak ni menjanjikan basic gaji yang lebih tinggi. Kerja kontrak memang lebih baik gaji asasnya berbanding tetap tetapi risiko kehilangan kerja tak ada jaminan. Jadi perlu ada wang simpanan untuk waktu susah seperti ini ; gaji hanya separuh bulan kerana proses pembaharuan kontrak. Serius aku tak faham dengan majikan begini.

Aku tahu hidupnya susah dan nasib aku lebih baik berbanding dia. Pun begitu bukan bermakna aku tidak pernah melalui hidup susah. Syukur juga aku dapat suami yang rajin bekerja dan tidak mengharapkan gaji semata-mata sebagai sumber pendapatan. Aku sendiri pun bekerja, bukan ada diploma atau degree pun. Hanya sijil politeknik, sama seperti suami aku. Tapi kerja yang aku buat sekarang hanya guna SPM je.

Aku sering diingatkan agar jangan menyalahkan orang lain atas kesusahan diri sendiri. Hindari segala alasan-alasan yang menghalang diri kita untuk maju. Tulis atau lukis segala impian kita sama ada di minda atau di atas kertas.

Apa pilihan yang kita ada? Senaraikan dan lakukan... jika tidak usah 'membangau' lagi ; hanya nampak alasan bahawa kesusahan yang dialami adalah disebabkan kesalahan orang/benda lain.

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?

Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Copy lirik dari SINI

Wednesday 4 June 2014

Toyyiban Sushi, Bangi Gateway

Bila pergi ke Bangi Gateway di Bandar Baru Bangi, pastinya anak sulung ajak makan di Toyyiban Sushi. Suka benar dia dengan makanan Jepun.

Gambar dari SINI
Kiosknya terletak di tingkat 1.

Aku lebih suka order set lunch box


Anak pulak order udon tapi apa yang ada kat lunch box aku dia tolong habiskan jugak. Sabar ajelahkan dengan anak-anak.

Lokasi Bangi Getway ni dekat je dengan Persiaran Pekeliling Bandar Baru Bangi. Jika masuk di tol Bandar Baru Bangi, boleh nampak dah dari lampu isyarat tu. Buat U-turn selepas bulatan kedua je.


Super Iron Man


Selain daripada main susun gambar, semua anak lelaki (3 orang boys) suka sangat main pasang benda macam lego ni. Termasuklah anak yang bongsu, baru 5 tahun umur dia.

Macam-macam dah dibuatnya seperti menyambung bahagian-bahagian mainan helikopter, kereta, lori yang comel-comel ni. Bagi aku bagus untuk senaman minda diaorang dalam usia muda ni.


Gigihnya Arif memasang komponen lego ni. Aku bagi yang mudah je dulu untuk dia. Modal pun tak berapa besar bagi aku. Sekotak dalam RM5, kalau beli banyak mungkin boleh goda diskaun.


Aku beli dengan rakan blogger merangkap jiran rumah aku jugak, Elly Nadira. Memang seronok budak-budak ni main. Lepas dah siap, boleh pulak Arif buka semula dan pasang balik berulang kali. Ingatkan nak suruh dia susun dalam almari atau meja sebagai koleksi, tapi dia tak nak pulak. Buat latihan sampai expert agaknya. Lepas ni boleh pasang sambil tutup mata.



Saper nak order boleh tanya Elly sendiri di link dia ni : http://ellynadyra.blogspot.com/