Hari Isnin, 24 September 2012 jam 9.00 pagi hubby telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan pintasan koronari jantung (heart coronary bypass surgery) oleh Dato' Dr. Rozali Wathooth di Sime Darby Medical Centre (SDMC) Ara Damansara.
Jam 5.35 pagi, anak saudara aku (anak kakak ipar) iaitu Sopi sudah pun tiba di rumah aku. Dia memandu sendirian dari rumah kakak ipar di Senawang. Awal betul dia sampai.
Kemudian jam 6.05 pagi aku bergerak dari rumah bersama Sopi dan anak kepada sepupunya (kiranya pangkat anak saudara Sopi le!) yang aku panggil 'kak long' menuju ke Bandar Baru Bangi untuk mengambil pula seorang rakan yang pernah aku kenali semasa di tempat kerja lama dulu (Sony), Yusmadi.
Sopi dan Yusmadi sudah pun melalui 'blood screening test' di SDMC pada 15 September 2012 yang lalu. Kedua-duanya sah berdarah jenis AB+ yakni sama dengan jenis darah hubby. Masa tu aku ada juga bawa seorang lagi, abang kepada Sopi. Abang yang orang selalu sangkakan adik ; Waqi. Tapi bukan rezeki hubby bila check darah Waqi jenis B+. Cuma kak long yang aku bawa ni belum pasti jenis darahnya. Katanya darahnya dari jenis AB+, sama dengan ayahnya sendiri.
2 hari sebelum tu aku telah pun minta bantuan kakak dan abang ipar aku uruskan kenderaan untuk mengambil ayah kak long (aku panggil abang Zahari atau Nazri ; ikut suka nak menyebut je) dari Terminal 3 di Subang dan menghantarnya ke hotel Newton. Dia datang dari Pulau Pinang dengan menaiki kapal terbang Firefly. Bantuan abang ipar juga aku perlukan untuk mengambil abang Nazri dari hotel dan pastikan dia sampai ke SDMC seawal jam 7.00 pagi untuk buat 'blood screening test'. Kebetulan hotel berkenaan dekat sangat dengan rumah kakak aku, mudahlah nak diuruskan.
Aku terus memandu terus ke SDMC Ara Damansara selepas mengambil Yusmadi di rumahnya di Bandar Baru Bangi melalui lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan naik di tol Subang. Jika carian di Goggle Map, tapak SDMC ini dulu namanya Asian Neuro & Cardiac Center.
Perjalanan dari Bangi bermula jam 6.30 pagi dan tiba di SDMC lebih kurang pukul 7.10 pagi. Aku segera bawa mereka ke lab darah yang berada di aras B1. Semasa lalu di lobby, abang Nazri, abang ipar dan seorang lagi anak saudara aku, Baihaqi juga sedang berehat di sofa. Baihaqi adalah abang sulung Sopi, sepupu pula dengan isteri abang Nazri. Baihaqi pula dah kenal lama dengan abang ipar aku. Elok sangatlah tu, pusing-pusing tang tu jugak.
Siapa yang belum 'blood screening test', kena buat dulu ; kak long dan ayahnya. Mana yang nak derma tetapi belum lagi sarapan, kenalah sarapan dulu. Sementara mereka bersarapan, aku bergegas ke lif nak menuju ke ICU (Intensive Care Unit). Terserempak pula lagi dengan Baihaqi dan abang ipar bila lif buka pintu di aras G. Abang ipar kata hubby masih di wad tingkat 3 ; tadi dia dah jumpa. So tekanlah butang lif ke tingkat 3 pula.
Bergegas aku ke wad hubby di bilik 315. Dia sedang melelapkan mata tetapi sedar dengan kehadiran aku. Ada oksigen yang dibekalkan melalui tiub ke hidungnya. Dia mengantuk. Agaknya ada kesan ubat tidur yang buat dia mengantuk.
Jam 7.30 pagi ada 2 orang nurse datang bersama stretcher dan dokumen perubatan hubby. Mereka membuat pengesahan dengan hubby dulu tentang nama dan nombor kad pengenalan diborang pertama. Bila nak sahkan borang selanjutnya, mereka tunjukkan pada aku je. Aku pula memang hafal nombor kad pengenalan hubby, maka angguk sajalah. Kena sahkan dulu, takut salah bedah orang pulak nanti. Ada borang lain pula yang perlu mereka isi.
Hubby dialihkan ke stretcher dan ditolak menuju ke Operation Theater (OT) di aras 1. Waktu tu dah pun pukul 7.45 pagi. Aku hanya mengingatkan hubby agar sentiasa berserah pada Allah dan berzikir sepanjang dia mula tidak sedarkan diri. Pengalaman aku yang pernah dibius semasa proses D&C mengingatkan aku pada situasi minda yang terawang-awang seperti berada di bilik yang dindingnya terang dan tidak tahu di mana pintu dan tak berkesudahan. Hanya zikir 'Allah' berulang-kali yang cuba aku lakukan untuk menenangkan diri sendiri. Itu pun hanya bermain-main di minda.
Kemudian bergerak aku menuju ke aras B1 pula untuk meninjau para penderma darah untuk hubby. Hasil keputusan 'Blood screening test' menunjukkan abang Nazri memang jenis AB+ darahnya tetapi kak long pula yang B+. Bermakna hanya abang Nazri yang boleh menderma darah untuk hubby. Manakala Sopi, Yusmadi dan Baihaqi pula bergilir-gilir menderma darah kerana mereka memang telah disahkan darah jenis AB+.
Aku perlukan sekurang-kurangnya 6 orang penderma darah untuk hubby. Sekarang dah ada 4 orang, masih kurang 2 orang. Aku bertanya pada nurse yang bertugas tentang seorang penderma sukarela yang tidak aku kenali itu. Katanya penderma itu akan sampai dalam masa 20 minit lagi. Penderma sukarela ini telah pun dipasti jenis darahnya semasa dia menemani suaminya untuk buat pemeriksaan darah. Lega aku mendengarnya.
Kakak aku kata rakannya juga sedang dalam perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur ingin menderma darah. Cuma dia juga belum buat 'Blood screening test' lagi. Menawarkan diri di saat-saat akhir pada hari Ahad, sehari sebelum hari pembedahan.
Alhamdulillah! Maha suci Allah yang menentukan segalanya, akhirnya cukup juga penderma darah untuk hubby seramai 6 orang dan aku juga sempat berjumpa dengan kesemuanya dan mengucapkan terima kasih. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa dan budi baik mereka.
Sukarnya mencari mereka yang berdarah jenis AB+. Staf di lab tu kata hanya 25% penduduk dunia yang berdarah jenis ini. Paling sedikit bilangan berbanding mereka yang punya darah jenis O, A dan B. Aku sendiri berdarah jenis A.
Beberapa minit selepas jam 9.30 pagi aku, Sopi dan Yusmadi bergerak pulang. Hanya kak long tak turut serta kerana nak keluar dengan ayahnya pula ke KL. Ada anak-anak pula yang perlu aku uruskan persekolahan mereka. Anak aku, Asyikin yang 12 tahun pula ada exam di sekolah ugama, PSRA bermula pada tarikh yang sama dengan hari pembedahan ayahnya ini.
p/s : Sambung pula nanti kisah kolestrol dalam salur darah hubby.
Sambung ke Part 10
7 comments:
Now mcm mana kak...?? harap ok semuanya...
Saya pelik juga..sebab mereka yg berdarah jenis AB+, ialah penerima universal...jadi mereka sepatutnya boleh terima semua jenis darah...
Salam,
Berat mata membaca, berat lagi bahu Liza memikul.
Sabar ya, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
semoga hubby Kak Liza cepat sembuh
Semoga segala urusan akan dipermudahkan olehNya. Akak doakan semoga semuanya selamat, Liza.
semoga semuanya selamat
semoga suami cepat sembuh.. byk kan berdoa..
Post a Comment