iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Kejujuran. Show all posts
Showing posts with label Kejujuran. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Jujur biarlah bertempat

Sikap jujur memang satu sikap yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Jujur yang mendorong kepada kebaikan dan kesejahteraan sesama insan.


Tapi tidak perlulah nak jujur sangat jika ianya membawa kepada lebih banyak keburukan. Bukan suruh menipu tetapi berdiam diri itu lebih baik.


Entri ini bukan saja-saja aku nak taip tetapi tercetus dari kisah seorang rakan yang mengadu pada aku. Alkisahnya rakan aku ini berstatus isteri tetapi ada pula anak teruna yang menaruh hati padanya dengan mengirimkan mesej "Dah lama saya simpan rasa rindu pada awak, saya suka tengok awak dan saya jujur dengan kata-kata saya".

Ada dua andaian di sini sama ada si teruna ini sengaja ingin mempermainkan perasaan si wanita atau sememangnya dia jujur meluahkan apa yang dia rasa. Apa jua andaian sekali pun tentu tidak wajar bagi si wanita untuk menerimanya kerana statusnya sebagai isteri orang. Tiada pilihan di sini. Jawapannya tentulah "TIDAK" pada si teruna.

Wanita ini membalas mesej si teruna "Jujur itu bagus tetapi lupakan saja kejujuran awak itu jika ianya mendatangkan keburukan dan dosa. Jodoh itu ketentuan Allah maka belajarlah menerima ketentuanNya. Allah tahu apa yang baik untuk hambaNya".

Good anwer my friend!


Tidak kira apa jua status anda sama ada bujang atau pun sudah berkahwin ; jangan cetuskan kata-kata atau perbuatan yang boleh mengundang kepada kecurangan. Jangan jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran" pula. Setiap kekurangan yang sedang kita hadapi mungkin kerana kesilapan kita juga.

Wednesday, 27 July 2011

Mencari cinta lain di facebook! Berbaloi ke?


Gambar cilok SINI

Masalah ni dah banyak berlaku di sekeliling kita. Semuanya gara-gara facebook. Itulahkan, apa benda pun kalau disalah guna akan jadi rosaklah pengakhirannya.

Facebook ni kalau diguna dengan elok, boleh datangkan banyak manafaat juga.
Antara yang aku dapat dari facebook :

1) Jumpa kawan lama masa sekolah rendah, menengah, politeknik dan tempat kerja lama.
2) Kenal lebih ramai saudara mara, sepupu-sepapat mak dan ayah aku.
3) Ramai yang sudi jenguk blog aku ni.
4) Alhamdulillah! Perniagaan aku menjana rezeki untuk keluarga aku.
5) Berita gembira dan sedih sesama rakan dan saudara mara dapat diketahui dengan cepat.
6) Berita dan kisah sedih yang dikongsi buat kita insaf sikit (sikit je?)
7) Seronoknya dapat jumpa cikgu-cikgu lama masa sekolah rendah dulu.

Facebook tak elok kalau digunakan untuk menipu orang, menagih cinta pakwe atau makwe lama, memfitnah orang dan macam-macam lagi hal-hal yang negatif.

Memang benar bukanlah facebook semata-mata menyebabkan ramai yang rosak. Ada juga disebabkan oleh SMS, email, blog dan segala macam barang IT sekarang. Tapi facebook sebagai medium yang sangat mesra... boleh chatting dengan pantas dan tukar-tukar gambar dan video memang cepat juga mengundang dosa.

Yang menipu orang tu memanglah kerja dia menyusahkan orang. Moga dilaknat Allah dan insaf dengan segera. Cuma tak tahan mereka yang boleh pulak curang dalam facebook sama ada cinta lama atau baru. Jangan mudah tergoda!

Apa yang nak dikejar bila rumahtangga yang sedia ada dah bahagia seadanya. Bergaduh? Biasa laa sikit-sikit tu. Kalau banyak sampai pukul-pukul tu memang tak bahagia. Masalahnya yang gaduh sikit-sikit dah nak mengadu cinta dengan yang lain. Aku yakin kalau dia bercerai pun dan kahwin dengan yang baru tu, gaduh akan tetap ada. Silap-silap lebih teruk keadaannya. Memang malanglah.

Ingatlah, tiada wanita atau lelaki yang sempurna akan benar-benar menepati 100% ciri-ciri yang kita inginkan. Cukuplah pasangan kita itu seorang yang beragama, bertanggungjawap dan menjaga diri seadanya. Kalau nak tip-top maka diri kita sendiri pun kena tip-top jugalah, barulah sepadan. Syukur dia terima diri kita begini.

Ini kisah menarik tentang curang akibat facebook dan akibat yang ditanggungnya di SINI. Elok baca untuk ambil ikhtibar.

Monday, 16 May 2011

Kasih lama bertaut kembali



"Runtuhnya sebuah perkahwinan hasil dari satu pertemuan di MAJLIS REUNION .. kes kasih lama bertaut kembali, suratan takdir, kebetulan@sengaja cari pasal?"

Inilah 'post' yang aku jumpa kat 'wall' facebook kawan aku. Dah banyak berlaku perkara ni. Tak tahulah apa yang dicari. Tak cukup kasih sayang? Buta hati? Nafsu semata-mata? Mabuk kepayang atau semuanya hanya alasan?

Sebab itulah ramai para isteri dan tak kurang juga para suami yang risaulah sangat bila pasangan masing-masing nak turut serta dalam majlis reunion. Khuatir dengan kes kasih bertaut kembali. Bagi aku majlis tu tidaklah salah pun.

Aku rasa tanpa majlis pun kalau nak bertaut tu akan jadi juga. Masalah besarnya bila lupa status diri sendiri. Kalau tak menyusahkan orang tu tak mengapalah.... eh! Tak pe ke? Pasti ke tak menyusahkan orang lain? Benda kalau dah salah dan tak boleh tu tak perlulah mencari 1001 alasan.

Fikir-fikirkanlah! Ada orang lain kisah kau dulu kekasih pertama dia atau dulu bercinta bagai nak rak? Ada orang lain kisah dulu korang bercinta dari darjah satu sampailah kau bertunang dengan orang lain? Orang lain hanya tahu suami atau isterinya yang sah saja berhak ke atas dirinya. Tak perlu rasanya nak menagih cinta lama dan memporak-perandakan rumahtangga orang lain.

Cukup sekadar bertanya khabar biasa-biasa dan jangan terlebih simpati. Kisah cinta lama jangan diungkit lagi. Itu hanya sejarah, sekadar menjadi pengajaran yang turut mewarnai hidup kita. Tak perlu di baja-baja lagi.

Pasangan pun janganlah cepat sangat berburuk sangka bila suami atau isteri sekadar menegur kekasih lama. Tidak semestinya semua cinta lama akan berputik kembali.

Sekuntum mawar merah yang ku curi dari blog seorang guru dengan entrynya tentang kasih dan sayang :

Selamat Hari Guru Cikgu Mawar Merah!

Wednesday, 23 February 2011

Tak insaf lagi rupanya!

Rupanya tak insaf lagi insan blogger yang seorang ni. Kesian sungguh aku dengan dia ni. Ni lah kisahnya sebelum ni... Baca ni Tak rugi kalau anda jujur.

Pagi ni dia buat lagi.. tapi ayat ada tukar sikit la yang buat aku terfikir jugak... apa yang kau join? Aku tak buat contest pun.


Follower aku bukan ramai pun. Lagi pun angka 201 tu memang tak bergerak sejak semalam lagi. Nama dia pun tak ada dalam senarai follower aku. Aku bukan jenis yang suka nak canang nama orang, aib! Tak tahulah aku apa motif dia, tapi apa yang dia lakukan menimbulkan kesan negatif dalam masyarakat blogger.

Sudah-sudahlah buat perangai macam ni. Kena buat sticky note gamaknya utk topik ni.
Sendiri mau ingatlah... dah la mood aku semalam tak berapa best, ada pulak yg buat camni.

Saturday, 19 February 2011

Tak rugi kalau anda jujur

Komen dia ni masuk spam box aku, aku kenselkan spam tu : Korang bacala.... cantik je ayatnya.

"hai saye da follow awak,follow saye balik :) http://xxxxxxxxxxx.blogspot.com/2011/02/mesti-bacaultras-oh-ultrasapalah.html"

Ini profilenya dan sebahagian blog yg dia follow..

Nama ikut susunan abjad : tak ada pun nama Adzriel AB??

Aku memang perasan dari awal lagi tak ada nama dia!!
DaddyDian pun yg ke 185, kemudian Life Kami.
Follower aku yang 187 masuk malam tadi, yg ke 188 baru perasan pagi tadi.
Mana nama dia?? Korang faham maksud akukan!

Dia terlupa?? Aku cuba trace dia ke blognya!
Komen sama dia beri pada 2-3 blog2 lain yg aku visit.
Tapi tak nampak gambar dia pun!
Hanya tuan punya blog yg boleh pastikan!

Aku tak kisah kalau dia tak follow & tidak pernah memaksa!
Tapi bersikap jujurlah! Kalau tak follow jangan tulis kata2 ni!

"hai saye da follow awak"

Lebih baik kalau dia tulis, "follow me please!"
Walaupun bunyinya desprate tapi itu lebih jujur!
Aku akan follow!
Bukan susah pun... aku klik je butang follow tu!

Friday, 22 October 2010

Kejujuranku diuji


Minggu ni seolah-olah Allah menduga kejujuranku dalam urusan jual beli. Ada 3 perkara yg berlaku hingga mendorong aku berkongsi cerita dgn korang semua.

Situasi 1 - Beli charger hp
Aku nak beli charger utk handphone sony erricson aku. Beli yg murah je la..RM10 je. Masa aku beli tu macam biasalah orang peramah macam aku ni berbual-bual kejap dgn tuan kedai. Maklum le, dulu dia dulu pernah berjiran dgn aku. Dia letak charger tu dlm beg plastik & bagi kat aku. Dah sudah berbual, aku pun berjalan keluar dari kedai dgn anak aku. Baru je keluar dari kedai, aku terus tanya anak aku "mama dah bayar ke kak?". Anak aku kata "belum rasanya!" Aku confuse juga tapi rasanya lebih kuat pada belum bayar. Tuan kedai pun leka juga agaknya. So aku pun bergegas masuk kedai semula & bertanya dgn tuan kedai "saya dah bayar ke?". Dia jawap "belum". Aku pun hulur le RM10 kat dia.

Situasi 2 - Bayar bil broadband

Sambil berjalan aku lambai kat awek yg jaga dlm kedai celcom tu. So bila sampai aku tolak je pintu kaca tu sebab bila dah nampak aku, awek tu terus le tekan suis 'unlock' pintu tu. He..he.. jimat masa menunggu pintu dibuka. Itu pun sebab dia sorang2 je dlm kedai. Aku minta dia checkkan bil broadband aku. Mahal juga.. RM104. Ye la.. first bil, mahal le. Sambil tu tetap juga berbual dgn awek tu sambil hulur kat dia RM104. Lepas tu dia pun print le resit utk aku & lampirkan dgn RM104 tu. Aku pegang duit tu sambil berfikir "aku bagi berapa tadi, ada baki lak". Bila aku kira ada RM104. Terus aku tanya awek tu "akak bagi berapa tadi?" Awek tu terkejut "eh! lupalah kak" sambil ambil semula duit yg aku hulurkan pd dia. Aku kata "ha.. berangan!" sambil gelakkan dia. Automatik aku pun cerita kisah penipuan yg berlaku di stesen minyak petronas yg aku ada tengok kat youtube ni! kan dah kena leter... sebab aku memang dah lama kenal dgn awek tu.

Situasi 3 - Isi minyak kereta
Aku berhentikan kereta kat pam minyak Shell. Aku memang biasa isi minyak guna kad kredit je. Masa aku nak masukkan kad bonus link, kat screen pam minyak tu kata nozzle tak dimasukkan dgn betul. Mengeluh aku sorang2 melihat kelalaian org lain. Kalau nak buat jahat, boleh aje aku angkat nozzle tu & isi minyak dlm tangki minyak kereta aku sampai penuh. Kalau penuh, boleh juga RM80 sekali isi. Lepas tu boleh belah macam tu je. Tapi tak sampai hati nak buat macam tu. Aku pun betulkan nozzle tu & tertera pd screen pam minyak nak print resit. Aku terus tekan butang 'clear' & mula prosedur biasa aku ; isi kad bonus link, lepas tu kad kredit & isi minyak, ambil resit kat pam minyak & tekan 'clear'. Aku pergi kat kaunter cashier yg berada di situ juga & beritahu hal tadi. Awek cashier tu kata "tak pe kak, tak ada masalah tu!". Aku pun malas nak tambah 'asam', terus je la masuk kereta. Ye la kau kata tak ada masalah sebab bukan kau yg bayar!

Posting aku ni bukan saja2 nak bangga sebab aku jujur. Cuma berhati2 dalam urusan jual beli, apatah lagi kalau kita hanya pekerja. Kes 1 kira ok le, kalau aku buat tak tahu je kedai cuma hilang RM10 & tuan kedai sendiri yg lalai. Tapi bagaimana dgn kes 2, RM104 mungkin terpaksa diganti oleh pekerja andai aku buat tak tahu je ambil duit tu & beredar. Kes 3 mungkin tak terkesan pada pekerja pam minyak tu tapi andainya aku dpt curi minyak tu, tentu tuan punya kad kredit terpaksa bayar harga minyak tersebut kerana kelalaiannya sendiri. Kaunter minyak tak boleh kesan ke kalau nozzle tak diletak dgn betul?