iklan

Followers

Pages

Wednesday 26 February 2014

Sarapan di pasar Bandar Baru Bangi, murah juga!

Ada banyak pilihan makanan untuk bersarapan di gerai-gerai dalam kawasan pasar basah Bandar Baru Bangi. Roti canai, pulut, mee rebus, nasi lemak, bihun sup, mee goreng dan macam-macam lagi.





Pagi tadi aku dan rakan-rakan makan nasi lemak rendang ayam 1, pulut rendang ayam 2 dan teh tarik 6 gelas dengan kos RM15.50. Bagi aku kira murah tu, korang rasa itu mahal ke? Biasalahkan sekarang, harga-harga ni macam isu sensitif sikit. Kalau ada masa datang le try makan kat sini.

Sunday 16 February 2014

Tadika seawal 4 tahun, anak aku lagi suka!

Ternampak status ni di facebook dari rakan blogger Ben Ashaari ;

"Semalam berborak dgn rakan rakan bekas sekolah .. Topik perbualan anak.. Kebanyakan mereka menghantar anak ke Taska seusia 4 tahun dan kata mereka , anak mereka dilambakkan dgn kerja rumah.

Setiap hari pasti akan ada kerja rumah yg diberikan guru. Alasan yg diberikan guru Taska adalah utk membentuk disiplin dari usia muda.

Hurm... Apa pendapat korang ?"

Macam biasa ada yang setuju dan ada yang tidak beserta pendapat masing-masing. Ibu bapa sudah pasti ada hak untuk merasa risau dengan perkembangan anak-anaknya seawal usia 4 tahun.

Arif si bongsu
Anak bongsu aku, Arif Ikhwan mula ke tadika pada usia 4 tahun di tadika Dzul Iman pada tahun 2013. Aku tak pernah paksa pun. Dia yang suka dan excited nak ke sekolah masa tu. Kadang pergi seawal 7.30 pagi dan adakalanya pukul 8.00, 9.00 atau 10.00 pagi. Ikut suka hati aku nak hantar pukul berapa pun. Baru 4 tahun pun. Ustazah pun tak pernah nak marah dan Arif sayang sangat dengan ustazah-ustazah dia.

Baru 4 tahun pun, jadi ustazah tak ada bagi homework pun. Ada buku baca ABC dan 123 dan juga Qiraati dalam beg tapi tiada paksaan untuk aku follow-up dia kat rumah. Jika kita nak boleh follow-up sendiri. Biasanya ada buku yang ustazah catit untuk perkembangan anak-anak.

Pembelajaran untuk anak-anak 4 tahun lebih santai.

Selama setahun dia di tadika Dzul Iman Bandar Seri Putra, Arif mula :

- tahu bezakan warna Blue, Black, Red, Yellow, Pink, White, Purple, Green, Orange, Chocolate.
- boleh kira One, Two, Three sampai Twelve dan Satu, Dua, Tiga sampai Sepuluh.
- boleh baca Alif, Ba, Taa sampai Yaa dan kenal baris atas, baris bawah dan sabdu.
- hafal doa makan dan doa tidur dengan baik.
- hafal surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas dengan pelat budak-budak le.
- hafal doa rukuk dan sujud... tetap pelat .
- hafal selawat nurul mubin sambil tepuk belakang periuk macam kompang

Macam-macam jugalah yang dia dapat dari tadika tu dan share dengan mamanya ni kat rumah. Dia happy semacam je. Susu sebotol tetap selamba dia minta ustazah buatkan selepas habis waktu persekolahan tengahari. Serius aku memang tak kisah pun anak minum susu dalam botol hingga usia 5 tahun sebab kalau bagi dalam cawan, dia minum sikit je.

Bagi aku tak ada salah pun anak masuk tadika di usia 4 tahun. Aku buat macam tu sebab nak pisahkan dia dari suasana taska yang sekelilingnya ada ramai baby kecil yang kadang mungkin buat dia rasa terpinggir. Pengasuh mungkin tak dapat nak fokus pada dia lagi.

Tetapi yang paling penting bagi aku adalah Arif suka dengan suasana persekolahan dia. Dia sayang ustazahnya termasuklah tukang masak di situ yang budak-budak panggil 'Ummi'. Aku sering bertanya Arif dari masa ke semasa tentang aktivitinya di sekolah. Aku memang tak ada follow-up dia membaca di rumah. Jadi bagi aku, aku nampak hasil yang baik selama dia bersekolah di situ pada usia 4 tahun berbanding aku hantar ke rumah pengasuh macam biasa sebab di rumah pengasuh cuma untuk mengasuh.

Bila aku tanya sama ada Arif nak aku hantarkan ke rumah pengasuh lama, pasti dia jawap 'tak nak'. Bukan dia tak sayang 'Kak Ina' dan 'Mak Ani' yang mengasuh dia sejak usia 2 bulan tetapi dia lebih enjoy bergaul dengan rakan sebaya di tadika. Kadang ada cerita menarik dengan rakannya si Haikal, Azim, Irfan, Ali, Akif, Qiqi, Qais dan ramai lagi. Cerita bergaduh pun ada... he..he.. budak-budakkan. Kalau bab bergaduh, jangan kita mak bapak jadi batu api pulak ye.

Apa pun, kenali apa aktiviti dia sekolah dan sesuaikan dengan usianya. Sekarang dia dah pun 5 tahun. Jadi waktu sekolahnya aku kenalah hantar sebelum pukul 8.30 pagi sebelum perhimpunan bermula. Selepas tu ada solat Dhuha dan sarapan sebelum pukul 9.25 pagi. Rugi kalau sampai lambat.

Baru-baru ni Arif bagitau aku "Mama! Ustazah kata Alip solat bagus!". Sebelum ni selalu mencuit kawan. Sekali-sekala aku chat dengan pengetuanya di WhatApps, chat santai je. Saja spot check karektor Arif.

Terima kasih para pendidik di tadika Dzul Iman, Bandar Seri Putra yang sabar mendidik Arif.

Friday 14 February 2014

Pelangi Senja ; Fazimah Md Sham


Ini entry tertunda sejak Disember 2013. Wah! Lamanya aku menunda. Sudah tentu sibuk menjadi alasanku. Entahlah.... kadang tak terkejar aku nak uruskan kerja sendiri, persekolahan anak-anak da uruskan tugasa di rumah. Tapi itulah kehidupan, rutin harian yang perlu kita lakukan.

Aku ambil gambar novel yang bertajuk Pelangi Senja di restoran Bangi Kopitiam, Bandar Baru Bangi degan ditemani oleh anak sulung aku, Aishah. Lansung membelinya dari tangan penulis, Fazimah Md Sham. Hanya RM20.80.

Novel pertama hasil nukilan sahabat lama. Dalam diam suka menulis rupanya. Kisah cinta menjadi tema utama. Kalau diadaptasi ke dalam bentuk filem pun tentu menarik ni. Ada adegan aksi stunt lagi.

Kisah cinta yang kadang melekakan dan membutakan mata hati dengan kebenaran. Berhati-hatilah.

Boleh add fb beliau di Pelangi Senja.

Novel kedua dalam perjalanan, boleh intai blognya Fazimah Md Sham.

Lima pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa

Berita di bawah yang aku copy paste dari Sinar Harian bertarikh 10 February 2014. Kes bunuh sejak tahun 2012. Ajal maut ditentukan Allah. Insan sebaik mereka dibunuh dengan kejam oleh mereka yang juga jelas berbangsa Melayu dan beragama Islam ; saudara seagama. Ke mana hilang kewarasan akal fikiran mereka. Mereka memusnahkan kehidupan orang lain serta masa depan mereka sendiri.

Entry yang lalu Dia yang kukenali telah dibunuh, Al Fatihah.

SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.

Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu dia menggunakan tali dan memakai sarung tangan ketika melakukan perbuatan itu selepas diarahkan oleh tertuduh iaitu rakan baiknya, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, pada malam 9 Mac, dua tahun lalu.

Fadhil Rushdan memberitahu mahkamah dia melihat keadaan Omar Peter seperti meminta pertolongan sebelum badan pesara itu sejuk.

"Mat Rof (Mohamad Sharafe) yang memeriksa keadaan badan Omar Peter dan mendapati ia sejuk serta tidak bernafas," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Pelajar jurusan Perbankan Islamic Kolej Antarabangsa Cybernatic Taman Maluri itu juga memberitahu, tertuduh Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau dikenali sebagai Boy mengikat tangan lelaki itu dengan menggunakan tali.

"Tali dan sarung tangan itu diberikan oleh salah seorang tertuduh, tapi saya tidak mengingati siapa yang memberikannya," katanya.

Sebelum itu, dia dan empat tertuduh yang lain dijemput oleh pensyarahnya, Zara Eleena, 23 untuk menuju ke rumah wanita itu yang terletak di Kinrara, Puchong, Selangor.

Aidatul Azura : Apa tujuan kamu ke sana?
Fadhil Rushdan : Saya dan yang lain diajak oleh Mat Rof untuk mengubati Miss Zara ( Zara Eleena)
Aidatul Azura. : Ada kamu dimaklumkan Miss Zara sakit apa?
Fadhil Rushdan. : Tidak.
Aidatul Azura : Setelah sampai, apa yang berlaku.
Fadhil Rushdan : Kami iaitu saya, Mat Rof, Boy, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20,
atau Shah serta Miss Zara memasuki rumah itu dan nampak
bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aidatul Azura : Selepas itu apa yang berlaku?
Fadhil Rushdan : Lebih kurang lima minit selepas itu Zara dan Shah keluar untuk
mengambil Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang dikenali
sebagai Chap dan ustaz di lapangan terbang.

Fadhil Rushdan memberitahu semasa ketiadaan Zara Eleena, mereka bertiga ke dapur selepas bapa pensyarah itu menyuruh mengambil air minuman di dapur.

Selepas keluar dari dapur, Fadhil Rushdan berkata, Boy ke tandas dan keluar dengan memakai sarung tangan serta menekup mulut Omar Peter sebelum lelaki itu ditarik ke dalam bilik hadapan.

"Mat Rof mengacukan pisau dan menekup mulut serta hidung Omar Peter dengan menggunakan kemeja T yang berada di dalam bilik berkenaan sementara saya dan Boy diarahkan untuk mengikat kaki serta tangan dengan menggunakan tali," katanya.

Dia memaklumkan lebih kurang 30 minit selepas itu, Zara Eleena sampai dan mahu berjumpa dengan ayahnya namun dihalang oleh Shah.

Fadhil Rushdan memberitahu, Dia terdengar bunyi tulang patah datang daripada bilik belakang yang mana Shah dan Zara Eleena berada.

"Boy memasuki bilik itu selepas Shah meminta tolong untuk menutup muka Miss Zara yang terbaring dengan menggunakan bantal.

"Ketika terbaring, saya nampak Miss Zara meronta-ronta sebelum tidak bergerak," katanya.

Ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh pertama Shah, Afifuddin Ahmad Hafifi, dia berkata mengenali Zara Eleena sebagai pensyarah di kolejnya, Mat Rof sebagai rakan serumahnya manakala tiga lagi tertuduh sebagai kenalan biasa.

Selain itu, ketika sesi pemeriksaan balas itu juga, Fadhil Rushdan menafikan dia yang mencuri kad bank dan mengeluarkan wang milik Zara Eleena.

Afifuddin dalam soalannya berkata, sebenarnya Fadhil Rushdan yang merancang serta melakukan pembunuhan itu namun dinafikan.

"Saya tidak bersetuju," katanya.

Kesemua tertuduh yang juga pelajar kolej tersebut didakwa membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.