iklan

Followers

Pages

Thursday 29 July 2010

Aku dengan mak!

tahun 1978

Lama betul rasanya tak buat posting kat blog. Adalah dlm 2 minggu. Agak sibuk dgn anak2. Yg no 2 tu nak dipantau sebab lepas raya puasa ni ada exam UPSR. Kalau tak dipantau, dia boleh jadi 'sabar je' tak study apa2. Kalau bab main game memang dia sentiasa bersemangat. Masa makan pun nak kena ingat2kan juga. Takut tak de full stop.

Dua hari dah mak & ayah datang ke rumah. Biasanya aku cuti dgn rela hati melayan diaorang kat rumah. Sekejap2 je keluar ambil anak2 balik sekolah. Aku ni suka nak berborak2 dgn mak aku. Masa aku kecik2 kat kampung (Jengka) dulu, bila time 'blackout' je, banyak le mak aku bercerita kisah2 dia masa kecik, masa zaman jepun, tentang arwah nenek & atuk aku. Tapi sekarang aku terperasan, karektor arwah atuk aku menurut cerita mak aku ada banyak persamaan dgn arwah ayah mertua aku. Kedua2nya mencari rezeki dgn berbendang (sawah padi), sangat rajin bekerja, jujur, taat ugama.

Sekarang pun aku melayan juga cerita2 mak aku & tambah asam garam sikit.. *(^_^)*. Hari ini aku beritahu mak aku betapa aku mengerti susah payah yg dilaluinya semasa membesarkan & menyekolahkan kami 5 beradik dgn hanya menoreh getah. Ada juga mak ambil upah menanam pokok koko & ntah apa2 lagi. Masa pindah dari kampung kelahiran ke Tanah Rancangan Jengka pun aku baru je berusia 4 tahun. Bukan ingat sangat pun.

Nasib aku sangat beruntung kerana selepas sekolah rendah aku dapat tinggal di asrama penuh - ASBTAR (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak), sebuah asrama Felda di Kuantan, Pahang. Jadi kuranglah sikit belanja yg perlu mak ayah keluarkan. Pernah juga kadang2 tak ada duit selama 2 minggu semasa di asrama, tapi nak minta pun tak sampai hati. Kadang2 bermanja jugalah dengan kakak yg bekerja di Petaling Jaya minta duit. Walaupun gaji kakak sikit tapi dia berusaha utk tidak mengecewakan aku. Sebab itulah sehingga sekarang aku memang tak berkira lansung dgn anak2 kakak jika tengah berduit le.

Apabila aku dah kahwin & punya anak, barulah aku mengerti sedikit demi sedikit perasaan mak dulu. Alhamdulillah aku tidaklah sesusah mak, cuma ada juga masa2nya aku pokai juga. Pada masa itu aku akan terfikir, menangiskah mak di sudut dapur mengenang duit utk anak2 yg belum terlunas? Apa yg aku tahu masa tu mak memang cekal hati, dia tak pernah tunjukkan kesedihannya di depan anak2. Apa yg aku tahu dia nak kami selesaikan tanggungjawab masing2.

Jangan tak tahu, dulu2 mak aku pandai bawa motor. Dia memang jenis 'redah aje' asal dapat sempurnakan kehidupan kami sekeluarga dgn rezeki yg halal. Mak aku ni ada deria ke-6 yg kuat juga. Biasanya dia punya 'feel'nya betul je. Macam masa aku kenal suami dulu le. Aku tunjukkan gambar je, tapi dia boleh ramal karektor suami aku tu..oppps! Bagi aku mak memang perunding jual beli yg hebat. Bila dia membeli apa2 barang pun memang dirundingnya sampai dpt harga yg sangat rendah. Banyak juga rupanya kebolehan mak ni... dulu2 dia mengajar aku mengaji dari dapur aje. Kalau aku tersalah baca memang nyaring le suaranya menegur.

Kalau tak silap aku mak ada 2-3 buah buku resepi masakan kek, biskut & lauk-pauk yg bertulis tangan. Dia memang pandai memasak dan cukup cerewet tentang rasa setiap masakannya. Terlebih @ terkurang santan, gula ke mesti dia tau. Belajarlah sikit2 aku memasak drp mak. Yg pandai memasak sekarang tentulah kakak aku. Cookies yg adik aku buat pun cukup sedap sampai anak aku kata lebih sedap drp biskut famous amos..ha..ha..

Astro box aku rosak, jadi tak boleh tengok TV le. Dek kerana mak nak tengok org mengaji di TV1, aku pun beli le arial TV kat kedai hardware. Dapat le dia nengok malam tadi....jadi le...
Anak aku pun suka sangat sebab dah lama diaorg dpt tengok movie guna CD je. Elok juga, kalau tak asyik nak tengok TV aje.

Layan mak & ayah selagi ada. Dulu pun aku nakal juga. Mak kata jgn keluar rumah, menyelinap juga pukul 4 petang aku pegi main lompat getah, galah panjang atau apa2 aje masa tu. Mak tu mulut je bising (turun kat aku juga tu!) tapi tak kena rotan pun. Kalau kena pun cubit kat perut je...adoiiii...menyengat kat tepi dinding. Esok buat balik, aku tak mudah putus asa...*(^_^)*