iklan

Followers

Pages

Monday 31 January 2011

Bila hujan aku teringatkan ayah



mencurah-curah hujan membasahi bumi
sepanjang hari bagai tiada henti
suasana kelam dan dingin menguliti diri
setiap waktu bagaikan sentiasa pagi

bila hujan hatiku mulai gundah
mengenang insan yang kupanggil ayah
terbayang dirinya melepaskan lelah
mengenangkan pokok getah yang basah

sering ayah termenung di muka pintu
duduk bersila sambil menopang dagu
ayah menghirup kopi buatan ibu
mengunyah lempeng kegemarannya seperti selalu

apa terpendam difikirannya
pokok getah basah bercutilah dia
tiada hasil tiadalah belanja
buat anak-anak belajar di asrama

gerimis hujan gerimis juga air mataku
ayah tiada yang sangat kurindu
Alfatihah buat ayahku
yang pergi bersama tangis dan sendu

bagai mengerti perasaanku
sepupu tag foto difacebookku
memandang ayah runtun jiwaku
air mata semakin laju

Alfatihah buat almarhum ayah yg telah 5 bulan pergi meninggalkan kami sekeluarga.

(dari kiri : ayah, mak, kakak, abg ipar)


Link berkaitan :
Selamat Hari Jadi Ayah
Aidilfitri tanpa ayah - Alfatihah
Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 1
Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 2

Jika kalian punya perasaan

Aku klik !kurasakan something... ; antara blog yg kukagumi. Tersentuh dgn entry ini :

MAKNA: be a volunteer

Jika kalian punya perasaan simpati dengan dugaan & keperitan yg dihadapi oleh insan lain...jenguk2lah entry tu. Bertindak ikut kemampuan kalian.

Sunday 30 January 2011

Serai pun tak kenal?

Aku minta anak aku, Asyikin ambilkan serai dalam peti sejuk. "Serai tu apa mama?". Adoi! Anak aku tak kenal serai. Ni lah serai sayang oiii... Dulu aku rajin juga tanam serai ni sejak dok rumah bujang lagi. Senang nak capai. Sejak pindah tahun 2007 ni tak sempat nak tanam sebab malas betul aku nak buka pintu belakang rumah tu. Jawapannya beli kat pasar le... kena tanam ni. Jenguk blog http://agrohias.blogspot.com/ ni. Bukan serai je ada, macam2 pokok lah tuan dia tanam termasuklah anggur.

Penerangan tentang serai di sini. Bukan projek serai tau!

Gambar serai yg 3 batang ni aku copy dari blog Cik Manggis. Aku terjumpa kat google . Mohon maaf ye Cik Manggis sebab tak minta kebenaran dulu. Bila tengok blog Cik Manggis ni memang terliur sungguh aku dibuatnya. Gambar serai ni aku jumpa di entry nasi kerabu ; favorite aku!

Aku tunjuk le Asyikin gambar serai ni. "Oooo....tau! Tau! Ikin pernah nampak mama guna untuk masak!". "Dah tau tu pegi ambik..jom tolong mama masak!". Mama ajak macam pandai sangat memasak... hantam sajalah. Macam ni le ceritanya "Memasak!...buat je!"

Bukan setakat budak2, aku rasa yg besar2 ni pun mungkin ada yg tak kenal apa itu serai. Kalau ditanya rupa jintan manis, halba, lengkuas, bunga lawang, kayu manis & segala macam bahan dapur tu memang terpinga-pinga tak paham. Jenguk2lah blog list aku di tajuk Blog Selera.

Terima kasih Resepi Raidah kerana aku copy paste gambar rempah-ratus ni. Aku ni memang tak boleh tengok resepi2 sedap ni. Terliur! Meriah blog Resepi Raidah ni, ada petua dapur, syurga di dunia ; bukan hanya ada sajian jasmani malah melengkapi dgn sajian rohani. Aku cadangkan korang jenguk blog ni. Aku letak kat Blog Pilihan aku, biar jangan lupa.

Bersyukurlah andai kita sempurna

Aku tertarik dengan entry follower aku yg ke 78, Cik Zie dengan Zie's Storynya. Entry yg menceritakan tentang Kem Motivasi Talasemia 2011.

Memang biasa dengar tentang penyakit talasemia ni, tapi tak berapa tahu sangat pun. Sedikit yang aku faham pesakit ini kena tambah darah setiap bulan. Kesian mereka, alangkah kita yg sempurna ni pun susah sangat nak syukur. Anak2 sihat pun tak bersyukur. Bukan mengata orang, tapi mengingat diri aku sendiri juga.

Aku juga terpanggil utk membaca entry Cik Zie ; Sambutan Hari Raya PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Kudat. Ini antara isi entrynya :


"Objektif PDK

Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.

Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.

Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU".

Aku ni mudah terharu bila tengok OKU ni.... bersyukur anak2 aku sihat. Beberapa hari lepas aku dapat SMS dari YDP PSIAKU AZWAR yg kupanggil Kak Sara (maklumat di sini) :

"Al-fatihah. Ssgguhnya dtg & pergi adalah ketentuan Allah. Adik AKUKT Robbul Izati anak kpd Idris & Ju telah ke rahmatullah pg tadi di dlm ICU, Hosp Slyang. Mohon beri skgn & bantuan kpd keluarga tsbt mlalui no. 0122190127/126. Dari KSara, YDP PSIAKU AZWAR".

Sedih aku bila baca SMS ni. Memang setiap kali ada kematian, Kak Sara tak jemu sms aku & ramai juga yg lain. Kak Sara melakukan semua ini secara sukarela yg lahir dari hati yg ikhlas. Aku mengenalinya melalui program Aduan Rakyat di TV3.

Kali pertama aku call Kak Sara lansung mengajak aku melawat PSIAKU utk melihat keadaan anak2 OKU kritikal. Anak2 ini sememangnya mengharapkan bantuan org lain untuk meneruskan kehidupan. Aku belum bersempatan utk ke sana tetapi melihat kisah2 mereka di TV3 membuatkan hati aku tersentuh. Boleh search kisah2 mereka di google dengan menaip keyword PSIAKU atau PSIAKU Azwar. Ada banyak berita2 yg berkaitan.

Apa yg mampu aku lakukan setakat ini hanya hulurkan bantuan secara on-line setakat yg termampu. Moga kalian pun ambil peluang utk menambah-nambahkan saham akhirat ni.

Saturday 29 January 2011

OT jadi driver hari Sabtu

Pagi tadi Asyikin ada merentas desa di sekolah. "Penatlah mama!". Tak pelah, anak mamakan kuat! Asyikin ni walau pun agak montel, tapi cergas budaknya. Bulan Ogos nanti cukup le umurnya 11 tahun. Birthday sama dengan Mawi AF3..he..he..

Lebih kurang pukul 10.45 am aku nak pergi ambil Asyikin di sekolah, si kecil Arif dah pandai merayu nak ikut sama. Amboi.. tak padan dengan kecik. Tak nak dia tinggal dengan kakaknya Aishah di rumah. Dah besar baby aku ni dengan mulut asyik mengomel je. So duduklah Arif berdua dengan abangnya Azri dalam kereta.

Perjalanan 3 minit dari sekolah balik ke rumah tu sibuklah Asyikin bercerita tentang si Najman yg menang dapat nombor 3. Najman ni anak kawan aku juga. Akademik pun bagus juga si Najman ni. Baru darjah 4.

Pukul 3 pm aku dah kalut suruh anak2 bersiap nak ke KLIA airport sebab nak jemput hubby aku. Perjalanan cuma makan masa lebih kurang 30 minit je. Pagi tadi dalam pukul 10 am hubby dah bagi pre-info nak tiba pukul 2.30 pm. Lepas tu pukul 12.30 tgh call lagi kata flight delay, mungkin pukul 3.30 pm baru tiba. Hubby aku pergi mana ni ye?... klik Bersantai bersama Rossa.

Aku lalu R&R nilai yg menghala ke Seremban sebelum masuk susur ke KLIA. Kelihatan ada banyak kereta park di situ. Eh! Dah bukalah. Aku pun tak pasti berapa bulan depa tutup R&R ni untuk buat renovation. Harap banyak benda yg improve. Mungkin jumaat atau pagi tadi agaknya mula dibuka sebab hari khamis aku lalu sebab hantar hubby ke KLIA juga. Ni nak ambil pulak.

Macam biasa aku akan park sekejap di Petronas dekat KLIA tu sementara tunggu hubby aku call lagi. Petronas tu pun ditutup sementara, ada renovation. Lama juga menunggu, dekat setengah jam juga. Sempat layan CD Rossa & Maher Zain sambil borak2 dgn anak2 dalam kereta.

Hubby call, aku start bergerak semula ke balai ketibaan. Banyaknya kereta yg datang menjemput. Ada juga yg pentingkan diri sendiri macam cerita pagi tadi lah agaknya ; Drive thru yang menyusahkan. Serupa tapi tak sama.

Kat situkan ada 2 lane. Biasalah biasanya lane kiri sekali ramai yg park sambil menunggu. Ramai juga yg park kekal sebab aku tak nampak pun drivernya. Lane tengah pulak ada yg park sambil menunggu, memunggah barang ke dalam kereta & kemudian berlalu. Masalahnya ada juga yg memunggah barang ke dalam kereta di lane paling kanan. Jem panjanglah yg kat belakang ni. Melebih2 betul diaorang ni.

Memandangkan lane tengah pun tak de ruang aku nak menyelit, lajakkan ajelah kereta sampai ke hujung dekat tiang 8. Aku call hubby "Sorilah yang! Jauh le nak jalan ke tiang 8 ni!". Menunggu lagi sebab dia jaga beg kawannya kejap sementara kawannya beli barang sekejap.

Excited si Arif bila nampak ayahnya! Rindu sangat ke? Aku pun rindu juga..*(^_^)*

Korang tau sebab apa aku rajin sangat nak hantar & ambil hubby aku kat airport?
Kawan hubby aku tadi pun naik teksi balik Bandar Baru Bangi ; claim le dengan company.

1. Sebab aku boleh drive le. Kalau tak ada lesen, nak wat camnerkan.
2. Sebab aku ada masa. Kalau kerja fulltime tu susah jugakan kalau ofis hour.
3. Sebab aku boleh buat. Kalau ada masalah leceh nak bawak anak2 kecik2 semuanya pun payah juga kan, atau masalah2 lain yg tak boleh nak elak.
4. Sebab nak eratkan kasih sayang. Hantar dengan kasih sayang, bila balik sambut dgn kerinduan.. eceehhh!

Kurasakan something - TQ


Add satu lagi blogger favorite aku di facebook : http://www.eqbalzack.com/

Aku jumpa dia di blog Ben Ashaari (dia lagi!..he..he..)

Tajuk blognya pun menarik perhatian aku ; "kurasakan something...".
Blog headernya simple tapi berseni.
Yang paling best blognya tak berat macam blog aku ni.. 49.78kb je.
Camner dia buat ye!

Yang aku tahu, aku hormat dia sebagai seorang yang sangat tekun melakukan apa yang dia minat. Itu pandangan aku..tak tahulah pandangan orang lain bagaimana pula kerana bagi aku adalah hasil kerjanya menceritakan segalanya. Aku suka entry yang ni internet less, read more! kesiann...

Bukan Ben 10, Ben Ashaari


Kalau disebut Ben 10, anak aku memang le minat sangat. Tapi ini...

Malam tadi aku add, malam tadi juga dia accept.... aku lambat buka fb sebab buka blog dulu...ops!

TQ Ben kerana confirm add Facebook tadi. Appreciate sangat2 coz dalam sibuk2 dia kerja, pegi gym, blogging & dengan family tu sempat juga Ben accept friend request aku dengan pantas.

Setiap hari aku terjah blog dia untuk baca entry2 terkini beliau. Aku yg baru kenal dunia blog ni kenalah belajar dari otai macam Ben. Sebab tu sejak kali pertama aku masuk blog dia, terus aje aku letak dia dlm blog list. Bila dia up-date je, aku dah nampak.

Dari blog dia juga aku dapat ramai teman2 blogger baru yg hebat2 belaka. Jenguk2lah blog list aku di blog list AJK2 dan ke bawah. Blog AJK1 tu semuanya kaum kerabat aku!

Semalam dapat juga aku beli majalah RAPI keluaran February 2011. Aku rasa majalah ni laris di kalangan blogger bulan ni..he..he..

Aku share sikit je la kan. Nak baca penuh kena beli le ...*(^_^)*


Syok baca blog BEN ASHAARI ni. Ada banyak ilmu & nasihat2 berguna pada semua para blogger. Insan kerdil seperti aku ni, eloklah ambil ilmu2 tu sebagai panduan. Ben tak charge pun. Jangan copy paste dah le. Amalkan nilai murni!

In the list Award "100 Follower Mamat"

Award dari Mamat

Adzriel AB penerima ke-12 bagi
"100 Award untuk 100 follower Mamat"


Terima kasih pada Mamat kerana sudi mengiktiraf Adzriel AB
sebagai follower yang ke 1,049
dengan menganugerahkan award yang sangat bermakna ini.

Rajin Mamat merekabentuk award ni utk 100 followernya.

Wah! Semasa entry ni di taip, follower Mamat dah cecah angka 1,079.

Buat Mamat :
Yakinlah bahawa setiap usaha itu pasti ada ganjarannya.
Cuma cepat atau lambat sahaja ganjaran itu dapat kita nikmati.
Teruskan usaha gigih Mamat dengan sabar & jujur.

Terima kasih daun keladi...lain kali bagilah lagi! *(^_^)*

Drive thru yg menyusahkan


Pagi2 selepas hantar Asyikin ke sekolah kerana ada merentas desa, aku terus singgah gerai Cik Pah. Dah lama aku tak singgah beli kuih kat situ. Hari ni beli bihun goreng & karipap sardin utk anak2. Malas nak masak breakfast hari ni. Anak2 aku suka sambal ikan bilis Cik Pah ni sebab tak pedas sangat.

Memang selalu sangat aku nampak suasana yg tak menarik di depan gerai Cik Pah ni. Bukan Cik Pah yg buat hal tapi customer2 yg nak membeli di gerai nasi lemak dia. Aku rasa bukan Cik Pah je yg mengalami masalah begini. Ramai juga menghadapi keadaan begini. Biasanya orang akan marah Cik Pah sebab pacak gerai sementara di tepi jalan.

Aku pun pelik dgn kerenah customer yg suka beli nasi lemak ikut tingkap kereta je. Dia ingat gerai nasi lemak 'drive thru' gamaknya. Kereta dia dah menghalang laluan orang lain yg lalu lalang di situ. Bagi aku orang begini memang mementingkan diri sendiri.

Apalah salahnya dia parking dulu kereta elok di mana2 parking lot yg sesuai, keluar dari kereta & berjalan ke gerai tu utk sama2 ambil giliran dgn orang lain membeli nasi lemak. Kawasan taman perumahan dekat lot2 kedai tu bukannya busy sangat pun. Banyak parking lot yg kosong. Berjalan le sambil bersenam sikit utk kesihatan. Tak adalah buat orang lain marah di pagi yg hening ni.

Aduhai! Serba salah Cik Pah dibuatnya. Mana nak layan yg berdiri depan gerai dia, yg mintak 'drive thru' lagi. Tak dilayan nanti, marah2 pulak. Cik Pah ni lemah lembut orangnya, memang tak reti nak marah. Senyum je dgn kerenah2 customer dia. Macam lipas kudung Cik Pah membungkus nasi lemak satu persatu utk customer2 yg menunggu. Nasib juga suami tercinta turut membantunya.

Ada satu lagi perangai ialah parkingnya tu kira oklah sebab bukan atas jalan laluan kereta. Cuma masalahnya sesuka hati dia park kereta tak masuk lot parking betul2. Ada yg senget atas line sampai ambil 2 lot. Ada yg patut parking menegak, di parkingnya melintang ; Nah! 3 lot parking untuk kereta dia sorang je.

Bila aku tengok tadi, patutnya jalan tu tak jem, gara2 kereta sebijik yg buat 'drive thru' buatkan motorsikal nak menyelit pun tak dapat. Aku harap sesiapa yg suka buat perkara2 begini, yg suka 'drive thru' di tempat yg tak sepatutnya tu boleh ubahlah cara. Jangan pagi2 lagi dah ada orang lain mendoakan & menyumpah kita. Bukan seorang tapi ramai pulak tu yg menyumpah!. Kita nak lah orang doakan yg baik2 je utk kita!

Lain le kalau kat Mc D tu, aku memang suka beli 'drive thru' pun.

Friday 28 January 2011

Lelaki Aquarius

Lahir antara 21 Januari ~ 19 Februari

- Wataknya bebas, mudah bertukar watak.

- Berpakaian agak luar biasa.

- Pandai bercakap & suka cita2 intelek.

- Kurang romantik & sukar jatuh cinta kerana takut kecewa.

- Suka jalin persahabatan yg sekejap.

- Suka ketawa & punya perkara2 menarik utk dilakukan.

- Agak pendiam pd satu2 masa & agak mengecewakan kekasihnya.

- Mungkin lambat kahwin kerana tidak suka terikat.

- Lebih pentingkan seks berbanding kasih sayang & suka ramai pasangan.

- Pandai sembunyikan rahsia utk menjaga hati kekasih.

- Disukai oleh teman wanitanya kerana agak berbeza & menarik tetapi agak mengecewakan dari segi membuat komitmen.

Dipetik dari buku "Mengenal lelaki - Ibnu Yusof"

Bahaya memegang anak sambil memandu

Ini le modelku tersayang : Muhammad Arif Ikhwan

Tentu pernah nampak some parents yg drive kereta sambil baby letak di riba. Aku pun pernah buat juga tapi jarak yg dekat. Kalau jauh sangat memang tak berani.

Pagi ni aku nampak lagi ada seorang wanita drive kereta Iswara sambil memegang baby di ribanya. Kita mungkin tak perasan kesan buruk yg berlaku. Sebelum ni pun aku selalu juga nampak org lain melakukan perkara yg sama.

Hubby aku pernah bercerita tentang anak rakan sekerjanya patah tangan akibat si bapa memandu sambil memegang si anak di riba. Kita tak menjangka bila tangan sikecil pun turut nak memegang stering kereta. Tiba2 bila si ayah hendak mengelak lopak di jalan, tindakannya memusing stering kereta dgn pantas adalah serta-merta. Akibatnya tangan si anak kecil turut terkilas & menyebabkan tangan sikecil yg lembut itu patah. Menakutkan!

Sejak itu nak letak baby diriba walau pun perjalanan jarak dekat pun aku tak berani. Biarlah dua tiga kali aku buka & letak 'baby sit' di kereta aku, asal jgn berlaku seperti yg hubby aku ceritakan tu.

Kalau korang pernah buat seperti itu, eloklah jangan buat dah. Kalau kita tahu apa yg bakal terjadi, sudah tentu tiada kemalangan akan berlaku. Sebab itulah org kata "kemalangan tidak berbau!"

Follow menambah teman

Sejak Februari 2010 hingga November 2010, follower aku stuck pada angka 19 dalam tempoh yg agak lama. Aku sendiri pun tak pasti sejak bila aku capai angka 19 org follower tu. Itu pun dah termasuk nama2 dari blog list aku di BLOG AJK1.

Namun bulan December 2010 menggamit semula mood aku utk up-date blog ni setiap hari. Aku jumpa blog Daus masa search di google. Apa keyword yg aku taip pun aku tak ingat. Bila aku explore blog Daus ni yg beri aku inspirasi utk bangun semula menulis (menaip sebenarnya!) di blog ni. Ooo... kat sini ada citer camner jumpa blog Daus ni! Itulah antara kebaikan ada blog ni... boleh menyimpan sejarah kita juga. Bermula langkah di blog Daus yg membawa aku explore blog2 lain untuk menambah ilmu yg ada.

Semasa aku menaip ni, angka follower aku dah cecah 68 org. 068 - No kad matriks aku masa di POLISAS dulu. Maknanya ada pertambahan seramai 49 org dalam bulan January 2011. Tak kisahlah walau pun jumlah yg aku follow melebihi angka 100. Sebaik2nya jangan fikir apa yg kita berikan pd org lain akan mendapat semula balasannya. Aku follow pun sebab senang aku nak jenguk semula blog diaorang & baca2 utk tambah ilmu & memahami pelbagai gelagat manusia. Jangan tersembunyi dlm kelompok sendiri je.

68 org je? Sikitlah kot bagi yg memang hebat. Bagi aku yg terkial2 belajar berblog ni rasa mcm banyak je. He..he.. Harap2 aku dpt share selalu info & pengalaman berguna di blog ni. Nak ilmu tambah follower, boleh jenguk blog ni. Aku teruja dgn budibahasanya dekat shoutmix aku. TQ dik! Panggil mamat je...gini le ayat dia :

mamat salam satu malaysia..saya berbesar hati menjemput anda semua untuk singgah di blog luahan saya..dan seterusnya menjadi follower di blog saya....salam

Selalu yg aku baca "I follow u, follow me back!" Apa2 je lah kan! Aku jenguk je semula blog org tu. Bersangka baik ye! Jgn cepat nak menyampah. Kita boleh exit kalau tak suka. Terpulang pd masing2.

Klik Tips:Pendedahan cara nak dapatkan follower ramai... yg aku dapat dari blog mamat.

Ini pula blog yg unik bagi aku tentang Matematik. Aku pulak memang suka Matematik.. So aku kategorikan blog ni dalam Blog Pilihan di blog list aku : http://nombordansifir.blogspot.com/

Entah macam mana blog yg satu ni mcm ngam je dgn aku : mata bulat2 ni terasa tau!
http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com/ kebetulan pulak dari Kuantan, tempat aku belajar dulu. Tapi yg aku suka bila jumpa entry ni, lirik lagu Shoulder to cry on ; lagu Tommy Page. TQ Lina!

Most blog yg aku follow ada aku letak link diaorang kat blog list aku. Macam biasalah biar senang aku nak jenguk & lawat sekali-sekala. Macam simpan alamat rumah le kan.

Welcome to my blog utk semua..!

Relayout blog

Malam tadi puas le menggodek blog ni nak bagi ringan dgn ilmu IT yg ciput ni. Dapatlah kurangkan dari yg asal 193KB ke 157KB. Rujuk entry lama --> Ini dah terlebih berat.

Aku buang satu dua widget yg tak penting sangat. Tapi turunnya sikit je. Header buat lain..

Dari yang ini...
ke yang ini...

Aku rasa, header bukanlah penyebabnya. Mungkin banyak letak gambar kat posting agaknya. Atau pun banyak sangat senarai blog list. Kesian visitor aku yg broadbandnya lembab. Aku rasa kena buat sitemap macam si Daus ni utk blog list aku ni & mungkin yg lain jugak. Aku buatlah slow2, lama2 siap le kan.

Teman2 blog, bagi le kat aku ni...TQ

Thursday 27 January 2011

Kerenah baby2 aku tidur

Adoiii...dari pagi tadi mata ni ngantuk bebeno. Lately memang tido lambat pun..idok le lambat mana sgt pun. Kadang2 pukul 11 atau 12 malam. Bukan tak nak tido cepat. Si kecik Arif ni susah beno nak tido awal. Dia boleh guling2 dulu, mulut pun bising. Bila dah tido, kekadang terjaga pukul 3 atau 4 pagi nak minum susu.

Jarang beno mata ngantuk macam ni. Tapi elok juga tido. Ada yg kata Tidurlah jika ingin kurus. Baca le..

5 orang anak, 5 pulak le gaya tido malamnya semasa masih baby.

Yang sulung, Aishah kena jaga perutnya & makannya sebelum tido. Pukul 8 malam dah terlelap, tapi bila dah terjaga tengah malam, susah pulak dia nak lelap balik. Perutnya sensitif beno takut kembung. Dia sorang je yg aku selalu tuam perutnya setiap kali lepas mandi, layur daun sireh dan tekap kat perut. Kalau tengah malam sakit perutkan susah. Aku jugak yg tersengguk-sengguk kat tempat keje.

Dapat pulak yg nombor dua, Amirul tu senang le pulak. Sepanjang malam tidonya punyerlah lena. Sampai aku pulak risau takut dia lapar. Sampai aku kata kat suami aku, kalau dapat baby kembor macam ni pun mama orait je. Nak suap makan pun tak banyak hal. Sekarang pun makannya laju juga. Risau lak aku sebab lupa aje dia nak diet.

Yang nombor 3 ni kelakar juga kadang2 tu. Satu2nya baby aku yg rambutnya nipis & halus. Sekarang lebat dah rambutnya. Si comel Asyikin! Senang je tidonya sampai boleh terlentuk kat tepi sofa. Kadang2 jadi bahan gelak aku masa dia baby kalau tertido gitu. Comel! Sekarang ni pun dia antara anak aku yg tido paling awal.

Anak aku nombor 4, Azri ni biasa2 aje. Bila dah letak kepala kat bantal, tepuk2 dah boleh lelap dah. Tapi masih terjaga malam nak susu. Dia sorang je yg suka sangat nak menempel tido dgn aku walau pun dah berumur 8 tahun. Tahun ni, 9 tahun. Aku kata "abang dah beso, mana boleh tido dgn mama lagi!" Tapi pantang aku offer je, cepat2 dia cari bantal nak tido dgn aku. Dialah satu2nya anak aku yg paling slim...ada story berkaitan apa yg aku makan masa pregnant dulu. Tunggukan citernya..bila tu tak sure!

Ini dah terlebih berat

Aku rasa macam blog aku ni berat je. Banyak sangat kot masukkan gadget. Aku pun timbang2 blog aku! Mak aihhh!...bukan setakat lebih drp 100kb. Lagi 7kb je nak jadi 2 kali ganda. Patut le slow semacam je. Kena adjust2 le nampak gayanya. Bagi masa ye! Esok siap le gamaknya..

Boleh rujuk blog depa tentang blog berat ni :
http://ohdaus.blogspot.com/2010/10/timbang-blog-anda.html
http://ucmitosboy.blogspot.com/2011/01/eeeeeberatnya-blog-tu.html

Boleh juga try timbang kat bawah ni.
- Masukkan nama domain korang dlm kotak
(Cth : http://adzriel.blogsopt.com)
- Maksimum 10 blog, setiap satu baris satu blog.
- Klik check...












Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)





Bersantai bersama Rossa


Sebaik saja hantar anak2 ke sekolah, kena hantar hubby ke KLIA airport hari ni. Tak jauh pun...ke Sabah je! Sejak kenal dia 16 tahun yang lalu, ish..menggamit sejarah silam pulak ye! Memang akulah yg selalu hantar & ambil dia di airport sama ada di Subang, LCCT atau KLIA. Jarang benar ambil teksi. Selalunya aku yg offer diri utk hantar & hubby tak pernah memaksa pun. Saja nak bermanja & memanjakan, mengeratkan kasih sayang! Ehem..petua tu!

Lebih kurang pukul 7.20 am dari rumah, tiba airport pukul 7.45 am. Tol lebih kurang RM4.20 rasanya. Sampai di arrival, dia turun, angkat beg & salam peluk cium. Macam biasa pesanan hubby "Tolong tengokkan anak2!"... iyelah yang! Itu sudah semestinya.

On the way balik, layan CD Rossa pulak. Alahai..terasa rilek je. Drive pun slow je...100km/hr tu slow ke? Memanglah santai sebab tekan minyak je ; auto gear. Drive kereta hubby. Selalu tu bawak kereta aku gear manual, tu yg rasa rilek je. Tambah pulak dgn lagu Rossa yg buat aku bersantai.

Wednesday 26 January 2011

Blueberry....esok pun boleh beli!


Dialog dua beranak --> Aku dgn anak sulung.

Mama : Kak! Mama teringin nak tukar blueberry tapi sayang lak duit nak beli mahal2 ni! Eh! Apa aku cakap ni? Blueberry?

Anak : Entah apa2 mama ni? (Sengih sambil buat muka pelik)

Mama
: Blackberry la! Blueberry tu esok pun boleh beli! (Dalam hati : apa yg aku merepek ni!)

Kesinambungan kisah Teringin nak blackberry8520 secara tak sengaja.

Petua elak kecacingan

Ini pun citer ulangan dulu2 juga... tapi bila di baca semula, buat aku tersenyum sorang!
Tak tau le siapa penulis asalnya. Enjoy!

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu
dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras
kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah
mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas
minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan,
cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di
dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu
mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan
sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...
MINUMLAH ARAK...

Hampehhh!

What your writing says about you

Ini aku jumpa dalam sejarah email aku masa tahun 2000. Ops...simpan lagi. Guna outlook. Mungkin ada yg ingat dulu selalu dapat group email, sampai kena warning dgn IT department. Saper2 yg subscribe guna email office memang kenalah. Aku sempat le kejap dapat juga baca2. Lepas IT department keluar memo, cepat2 le unsubcribe.

------------------------------------------------------------------------
Mr William Pang is a certified graphologist with 25 years of
experience. A member of the British Institute of Graphologist,
he started studying the science of analysing handwriting in
the 1970s. His assessments are mostly 80% accurate... Try it!!!
Perhaps you would just realize your inner self that you have
never known... (",)


WHAT YOUR HANDWRITING SAYS ABOUT YOU

The larger your font, the more confident you are.


The higher you cross your 't' the more ambitious you are.

If you dot your 'i' far from the stem, you're forward-looking.
- Replacing the dot with circles or hearts suggests that
you're creative.

The way you cross your 'g' reflects your sexual need. The
bigger and wider loop, the more comfortable you are with
intimacy. Virgins usually end their'g's with small u-shape.

The bigger the loop in your 'f', the more intellectual you are.

If you tend to leave your 'o' open, you're chatty and
communicative.

If you close it, you're private person. If there are loops
in your 'o', it means you can lie to yourself and others.

If your handwriting slopes upwards, you're positive. If it
slopes downwards, and you make no effort to correct it,
you're pessimistic.

If it slopes up and down like a roller coaster, you're prone
to,mood swings.

Those whose handwriting slants to the right tend to be
extroverted and implusive. Left slant implies a cautious and
introspective nature.

Those with vertical handwriting can control their emotions.

Rounded letters suggest warmth and amicability, while sharp,
angular strokes indicate discipline and rigidity.

Your signature is your projected self. Big signatures scream for
attention. The bigger you cap your letters, the grander an entrance
you like to make.


Cheers!
Stanley

Warisan Opah Umi


Sambung citer Rindukan Opah Umie lagi. Tadi jenguk facebook anaknya yg sebaya aku.
Wahhh...kelas gitu! Opah Umie pun ada blog juga. Apasallah aku tak perasan lak kan. Itu lahhh... sebab lama tak pergi bermanja dgn Opah Umie ni.

Apa lagi... Jom le jenguk blog Opah Umie.... Warisan Opah Umi

Rindukan Opah Umie

Aku tengah search picture rempah-ratus utk entry Rezeki dari jiran. Tiba2 aku terjumpa gambar mak angkat aku. He..he.. glamour! Orang panggil dia Opah Umie. Lemah lembut aje orangnya! Dia memang pandai buat jamu sendiri & pandai mengurut juga. Siapa2 yg nak berurut, boleh le datang ke rumah dia di Bandar Baru Bangi. Berita ni di keluar dalam Kosmo Online. Berita ni dah lama rasanya, tahun 2008.

Aku mula mengenalinya sejak zaman bujang lagi melalui 2 orang anaknya. Sekarang aku kenal semua anak2 Opah Umie yg dapat aku tanya khabar sekali-sekala melalui facebook. Lama dah aku tak pergi melawat Opah Umie. Dari sehari ke sehari asyik tertunda je.

Seronok bercakap dgn dia. Kadang2 aku tersilap dgn suara anaknya sebab suara pun awet muda. Masa berita ni keluar, usianya 68 tahun. Sekarang dah 71 tahun, tetapi bila naik tangga lajunya macam orang muda. Alhamdulillah, moga Opah Umie dikurniakan kesihatan yg sihat di samping anak2 & cucu2 yg sangat menyayanginya.

------------------------------------------------------------------------------------

Guna lesung, bukan mesin

Jamu yang dihasilkan ini memang Opah tumbuk sendiri. Dengan cara sedemikian, keaslian sesuatu jamu akan dapat dikekalkan. Biasanya, proses penyediaan jamu Opah akan mengambil masa seminggu lebih.




APABILA menyentuh mengenai penjagaan dalaman wanita, ia sememangnya tidak lepas untuk dikaitkan dengan pengambilan sesuatu jamu terutamanya bagi wanita yang baru bersalin.

Ramai daripada mereka mengamalkan pemakanan jamu bagi memastikan peredaran darah berjalan lancar, mengembalikan tenaga serta berasa segar seperti sebelum mengandung.

Amalan memakan jamu sudah dipercayai sejak zaman nenek-moyang kita dahulu. Bagi memastikan ia tidak pupus ditelan waktu, ada di antara mereka mewariskan tradisi membuat jamu kepada anak cucu masing-masing.

Tidak terkecuali bagi pengamal rawatan warisan tradisional, Sharifah Umi Kalthum Syed Mohd. Zin atau lebih dikenali dengan panggilan Opah Umi.

Pada usia mencecah 68 tahun, Opah Umi masih bertenaga untuk menghasilkan jamu yang diwarisi daripada neneknya ketika masih kecil lagi.

Menurut Opah Umi, kerajinannya membantu neneknya menumbuk jamu setiap hari membolehkan dia mengenali semua herba dan rempah ratus yang digunakan bagi menghasilkan jamu tersebut.

"Opah masih ingat lagi ketika berusia sembilan tahun, Opah sering membantu nenek menumbuk jamu. Opah tolong kerana kasihan melihat nenek menumbuk jamu keseorangan. Namun, siapa sangka berkat kerajinan dan keikhlasan Opah membantu nenek, akhirnya Opah berjaya mengingati dan mengenali semua herba yang digunakan sekali gus mampu menghasilkan jamu sendiri.

"Terdapat hampir 25 campuran herba dan rempah ratus yang Opah gunakan untuk penyediaan jamu tradisi ini. Antaranya ialah serapat, biji kani, lada putar, lada hitam, lada ekor, kulit kayu manis dan banyak lagi.

"Kesemua herba tersebut Opah peroleh daripada orang kampung Opah di Perak," jelas Opah Umi sambil menunjukkan campuran pelbagai jenis herba dan rempah ratus di depannya.

Tidak seperti jamu tradisi lain, jamu Opah Umi dihasilkan sendiri tanpa sebarang bahan pengawet atau menggunakan mesin untuk mengisar dan menghancurkan campuran herba tersebut.

"Jamu yang dihasilkan ini memang Opah tumbuk sendiri. Dengan cara sedemikian, keaslian sesuatu jamu dapat dikekalkan. Biasanya, proses penyediaan jamu Opah akan mengambil masa seminggu lebih.

"Terdapat lima proses dalam penyediaan jamu yang Opah hasilkan. Pertama, segala campuran herba itu perlu dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, ia akan dijemur selama tiga atau empat hari sehingga betul-betul kering. Tujuan dijemur ialah supaya ia mendapat sinaran cahaya matahari yang mempunyai khasiat tersendiri.

"Apabila campuran herba dan rempah ratus ini benar-benar kering, barulah Opah akan menggorengnya di dalam kuali tanpa minyak atau orang tua-tua panggil 'goreng sangan'. Setelah itu, barulah ia ditumbuk sehingga lumat dan sebati sebelum dibiarkan kering sehari semalam.

"Proses terakhir yang dilakukan ialah mengayak jamu yang telah ditumbuk hancur dan dimasukkan ke dalam botol atau dijadikan pil," ujar Opah Umi panjang lebar.


OPAH UMI bersama rangkaian produk rempah ratus serta jamu yang dihasilkannya sendiri.


Selain mempunyai kepandaian membuat jamu tradisi, Opah Umi turut menawarkan khidmat urutan tradisional bagi ibu-ibu lepas bersalin, kanak-kanak, bayi serta mereka yang mengalami kecederaan seperti terseliuh kaki atau tangan.

Tambah Opah Umi, urutan yang dilakukannya tertumpu kepada mencari urat pesakit seperti urat belikat, pinggang, punggung, paha, kaki dan sebagainya dengan menggunakan ibu jari dan jari tangan.

"Urutan sebenarnya bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah, mempercepatkan proses pemulihan tenaga, mengurangkan keletihan, memecahkan lemak di badan, menaikkan seri muka serta memulihkan pusingan haid yang betul.

"Urutan untuk wanita selepas bersalin pula dapat memulihkan sakit urat, kesakitan pada otot dan sendi badan, di samping memulihkan fungsi peranakan wanita, membuang angin meroyan dan sakit kepala," kata Opah Umi sambil memaklumkan bahawa wanita yang bersalin secara normal boleh mula mengurut selepas hari ketiga bersalin selama tiga hari berturut-turut.




Tetapi bagi mereka yang ingin merasa lebih segar, dinasihatkan supaya melakukan amalan berurut pada penghujung tempoh berpantang iaitu hari ke-42, ke-43 dan ke-44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100. Manakala bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan, mereka hanya boleh berurut sebulan selepas bersalin.

Urut mengikut sains sukan


URUTAN di bahagian tapak kaki membantu melancarkan peredaran darah.


PAKAR Perunding Obstetrik & Ginekologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan menegaskan bahawa wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean tidak digalakkan menjalani sebarang rawatan urutan.

“Mereka bukan tidak boleh menjalani urutan tetapi perlu memastikan masa yang sesuai iaitu selepas luka pembedahan sembuh sepenuhnya. Namun, jika urutan tersebut tidak menyentuh langsung bahagian abdomen atau perut, ia dibenarkan untuk mengurangkan rasa letih wanita yang bersalin,” kata Dr. Jamiyah yang juga merupakan Timbalan Pengarah (Ikhtisas), PPUM.




Sementara itu, Pakar Fisioterapi Sukan, Mohd. Nasrul Ahmad Tajudin, berkata, jika seseorang individu mengalami kecederaan seperti terseliuh kaki atau tangan, mereka sebenarnya tidak boleh terus pergi berurut kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada pesakit.

“Dalam perubatan sains sukan, jika seseorang terseliuh di mana-mana bahagian tubuh, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengawal kesakitan yang dialami atau dalam erti kata lain mengurangkan bengkak dari aspek fisioterapi.

“Contohnya, jika buku lali kelihatan bengkak, ia menandakan bahawa tisu lembut dalam otot atau kapilari darah kita cedera. Ia mungkin disebabkan hentakan atau koyakan pada bahagian tersebut. Dalam kes sebegini, jika pesakit terus dibawa berurut, ia akan menambah kecederaan sedia ada,” jelas Nasrul yang merupakan fisioterapi di Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, menurut Opah Umi, semuanya bergantung pada diri individu itu sendiri. Jika mereka percaya dan yakin bahawa menerusi urutan tradisional, kesakitan mereka boleh berkurangan atau sembuh, ia boleh diteruskan.

“Memang Opah akui perubatan moden juga memainkan peranan penting, tetapi rawatan secara tradisional tidak kurang hebatnya, asalkan tukang urut tersebut merupakan seorang yang pakar dan mahir dalam teknik mengurut.

“Cuma, berdasarkan pengalaman Opah, ramai juga pesakit yang mengalami kecederaan terseliuh pulih selepas melakukan beberapa sesi mengurut,” kata Opah Umi sambil tersenyum mengakhiri bicara.

Rezeki dari jiran


Alhamdulillah...pagi2 dah dapat rezeki dari jiran sebelah. Ini untungnya berbaik dengan jiran. Entry aku yg lepas pasal Jangan tak kenal jiran. Ni dia dah balik dari Penang. Petang semalam tibanya ke rumah. Alhamdulillah...selamat hangpa balik. Kepenatan laa dgn perjalanan yg jauh.

Malam tadi sempat gak aku sms dia tanya telefon rumah dia ok ke? Tiba2 je telefon rumah aku senyap sunyi. Malam tadi tak dapat le nak 'bertenet'. Tengah aku dok report TM guna hp celcom aku, tiba2 lak line putus. Coverage drop. Geram je.. Try guna broadband celcom, siput lagi laju agaknya. Lastly tutup je laptop tu. Modem broadband utk backup bila aku keluar ke mana2 je. Sejak ada streamyx ni memang jarang sangat guna.

Banyak betul rezeki aku dapat dari jiran aku pagi ni. Ohhh... my favorite maruku. Bagi yg tak kenal, gambar kat atas tu le rupa maruku. Bukan itu saja, ada sebungkus rempah ratus dia bagi campuran halba, jintan, lada putih & macam2 le. Boleh buat sup ni. Macam biasalah buah pala dari Penang. Hubby aku suka tu.

Ini pun sedang mengunyah maruku. Harap2 aku tak lupa diri utk simpan kat anak2 aku merasa. Kalau depa tanya, biasanya aku kata "Mama Adam bagi!". Kadang2 tu "Ayah Adam bagi!". Suami jiran aku ni selalu outstation luar negeri. Bila balik, ada aje yg diberinya. Murahlah rezeki korang...Aminn. Senang2 jenguk le blog mama si comel Adam di Little Adaman.

Sterika baju sendiri ye!

Sejak ada baby Arif, terpaksalah ayahnya gosok baju kerja sendiri ye!

Hari ni anak2 yg sekolah rendah ada aktiviti kokurikulum (koko) petang nanti. Start pukul 3 petang sampai 5 petang. Setiap minggu wajib pergi hari Rabu. Bermakna mereka tak sekolah ugamalah pada hari Rabu. Yang terlibat dgn 'koko' ni cuma murid darjah 3~6 saja. Tahun ni baru pihak sekolah wajibkan murid darjah 3 terlibat sama. Jadinya anak aku yg dua org tu kena pergilah ; darjah 3 & darjah 5. Tak kisahlah sebab aku pun suka anak2 aku bersukan. Elok utk tubuh badan, elok juga utk otak. Yg tak elok tu kalau terlebih main.

Jadi tak payahlah aku nak gosok baju sekolah ugama si Azri (darjah 3) tu. Kakak2 & abangnya gosok baju sekolah sendiri. Azri cuma gosok seluar sekolah kebangsaan saja. Aku tak harap sangat dia gosok, takut rosak baju. Baju sekolah Azri tu aku beli brand 'school'. Kainnya agak nipis tapi sgt mudah digosok. Gosok bahagian depan je, belakang dah licin & cuma touch-up sikit2 je.

Semua anak2 aku mula gosok baju sekolah sendiri seawal darjah 4. Sekali-sekala je aku tolong gosokkan bila diaorang dah kalut sgt. Tapi memang kena bebellah dgn aku dgn ayat ni terutama yg sekolah menengah le. Aku dulu semua buat sendiri, basuh, sidai, lipat, gosok! Kalau tak buat alamatnya memang tak ada baju le. Memang le sebab dok asramakan. Hargai kehidupan di asrama! Ini ada juga aku yg tolong basuh & sidai kain diaorang. Anak2 semua kena lipat kain sendiri.

Bukan tak kesian bila tengok banyak homework diaorang nak buat. Tapi kalau tidak di asuh sekarang, bila lagi. Kalau iye pun nanti mereka berjaya & ada pembantu rumah, mereka perlu tahu juga urus diri sendiri. Sekurang2nya mereka hormat & faham dgn tugas2 pembantu rumah, tugas seorang ibu & tugas seorang isteri. Maksudnya! Tolong faham ye! Melalut dahhh...

Kadang2 tu aku ni thinking pelik juga ye! Nak tahu apa aku kata dgn anak2 aku kalau malas nak buat kerja kat rumah? Aku tanya diaorang! Kalau mama tak ada nanti macam mana? Siapa nak buat semua kerja ni? Mak tiri? Kalau dapat yg baik! Kalau dapat yg garang mcm dalam drama dulu2 tu? Hishh...geleng kepala pulak hubby aku baca entry ni nanti.

Bila ada hal2 yg aku rasa hilang idea pasal anak2, kadang2 tu aku rujuk kat mak. Adalah nanti mak aku bagi idea. Ye lah kan, kitaorang 5 beradik dulu pun nakal juga. Kecik2 dulu bergaduhlah, siap kejar2 lagi. Memang pening le mak aku. Ubatnya mak aku bagi cubit je. Itu yang bila aku marah anak2, terfikir juga "sendiri mau ingat la...".. he..he..

Tuesday 25 January 2011

Alamak! Wajib pasang beg udara?

Aku confuse juga dgn berita ni. Ada satu ayat dlm surat khabar kata semua kenderaan baru kena pasang 'air bag' tahun depan. Satu ayat lagi semua kenderaan diwajibkan pasang 'air bag' tahun depan. Memangle suspen, sebab kereta kesayangan aku ni bukan saja tak de 'air bag', 'seat belt' penumpang belakang pun tak de.

Aku ingat malas le nak pasang 'seat belt' tu sebab teringin nak satu set baru terus.. berangan dulu. Tapi bank pulak tak approve sebab komitmen lebih tinggi drp gaji. Yang aku pi letak income ciput tu silap juga...letak le RM10k ke! Kononnya banyak sangat. Income tak menentu, kadang ada kadang tak ada. Aku bukan ada payslip pun. Tapi aku tak pernah miss bayar hutang bank. Tak ada rezeki le tu nak merasa kereta baru.

Info pasal 'air bag'. Yg general je ye..bukan utk jawab kuiz!
- elak penumpang/pemandu cedera teruk bila hentakan kuat akibat eksiden.
- tak jamin keselamatan kalau tak pakai 'seat belt'... so pakai 'seat belt'
- berfungsi sekali je... kalau dah terbuka, kena pasang balik le.
- kos pasang baru lebih kurang RM3k...

Ini info yg aku baca kat kosmo...share utk semua.

Ulser mulut...tak selesa betul!


Pernah kena ulser mulut? Sakitkan! Kadang2 gigi yg berdekatan pun jadi sakit. Ulser mulut : tompok putih kat dlm mulut tu. Kesiannya kalau baby yg kena. Yang aku nak share ni adalah apa yg aku buat, bukan saja2 copy tapi tak buat. Cara aku pulak simple je sebab aku bukan rajin sangat tapi tak delah sampai buat donno.

Kalau baby yg kena :

- Selepas minum susu, bilas mulut baby dgn bagi dia minum air masak. Aku guna sudu je. Kalau tengah malam tentu leceh. So kena standby air masak dlm botol susu yg kecil. Dapat dia minum seteguk dua tu jadi le. Pastikan ada penutup botol susu. Takut juga ada lipas melawat semasa kita tengah tidur.

- Sapu ubat pada mulut terutama sebelum baby tidur. Boleh beli di farmasi atau klinik. Selalunya org guna bonjela. Ikut aturan yg mereka nasihatkan.

- Jangan bagi baby minum air yg sejuk kerana ais walaupun sedikit. Yang sejuk biasa tu boleh le. Kalau bagi memang lambat le nak baik.


Kalau orang besar pulak :

1. Jangan malas gosok gigi pagi & sebelum tidur.
2. Lepas tu kumur dgn listerin atau yg sama fungsi dengannya. Jangan telan pulak *(^_^)*

3. Kumur dgn air atau listerin atau lagi bagus gosok gigi setiap kali lepas makan.
4. Pantang minum ais masa ulser mulut ni tengah bertepek kat mulut.
5. Rajin2 le minum air masak/mineral. Bukannya air manis.
6. Sapu le bonjela ke atau ubat yg doktor bagi. Step ni je jarang aku buat sebab malas.

Insyaallah... cepat baik & jarang le nak kena ulser ni. Good luck.

Bila sedih...



bila sedih, letak kepala di bantal
tiba-tiba air mata mengalir
kecewakah aku, terasa hati?

bila sedih, duduk bawah pancuran mandi
air mata dan air paip bercampur
menangis sampai tersengguk-sengguk

bila sedih, termenung jauh di tepi tingkap
pun air mata mengalir juga
melepaskan resah meredakan marah

bila sedih, jangan dilayan sangat
takut diri rosak, jiwa meracau
hilang akal, terjun bangunan
hisap dadah, jual diri
siapa yang rugi, diri sendiri

bila sedih, mengadulah padaNya!!

Nukilan : Manjaku Anna

Monday 24 January 2011

Jangan tak kenal jiran!


Semalam jiran sebelah kanan rumah aku call. Katanya nak balik kampung kat Pulau Pinang. Mak aiii..jauh le perjalanan tu nanti. Anak hang cuti ke? Tak pa lah, sehari je anak tak pi tadika. Ada apa balik 2 hari je. Tak dak apa aiihh... Ooo..mak hang rindu kampung dia kot. Mak jiran aku ni dok sekali dgn anak dia. Suka juga sekali-sekala borak dgn mak dia. Umur dah 60 lebih..awet muda. Kalau pi kedai pun jalan kaki je. Bukan nak anak dia pi hantaq pun. Samalah anak pompuan dia ni... umur dah 30 lebih tapi macam awal 20-an je. Padan dgn laki dia pun....baya aku tapi aku dok bahasakan diri aku ni kak liza jugak.

Dia pesanlah kot ada yg nak datang mencari nanti, pandai2 la kak liza bagitau. Sekarang ni macam2 orang buat. Ada yg dok punggah barang jiran sebelah dlm lori, tapi kita buat tak tau je. Ingatkan jiran nak pindah, rupanya tengah dok curi barang. Itulah kalau tak menegur jiran. Kalau aku tengok orang angkut barang, mesti nak bertanya tuan rumah dah. Peramah..he..he..

Jangan risau, hangpa balik la elok2. Jauh perjalanan tu dgn anak kecik lagi. Hati2 lah drive keta tu. Kalau ada apa2 kat sini, taulah kak liza nak uruskan.

Dulu jiran yg sebelah kiri ni pulak pernah juga rumahnya dipecah masuk. Rumahnya lot tepi, maknanya rumah aku yg ke-2 le. Pencuri tu cungkil ikut sliding door. Aku pun tau pasal makcik awet muda di bagitau ada polis datang tanya. Polis tanya kat makcik tu sebab kebetulan masa tu aku tak de kat rumah. Mak cik tu tak de nombor hp jiran sebelah kiri aku ni.

Jiran sebelah kiri ni belum pindah sepenuhnya lagi ke rumah dia ni. Masih tinggal kat KL sebab anak2 dia sekolah kat sana lagi nak exam SPM. Tahun lepas ada yg PMR. Agaknya tak nak ganggu tumpuan belajar anak2 kalau pindah sekolah. Kadang2 tu hujung minggu depa datang tidur kat rumah baru ni. Semua dah complete dalam rumah tu pun. Dah siap buat renovation lagi.

Bila mak cik tu dah bagitau, aku pun terus le call jiran aku tu. Call isteri tak dapat, call suaminya. Aku bagitaulah semuanya. Kebetulan adik dia ada juga duduk di taman berhampiran, jadi dia datang dulu le buat checking rumah. Aku bagi depa nombor telefon Polis kat balai Bandar Seri Putra utk depa buat makluman. Petang tu si suami datang jenguk rumah dia. Nasib juga tak sempat nak curi apa. Tapi bersepah sikit le. Kalut agaknya si pencuri, entah2 ada org lalu. Kat sini rajin juga Polis meronda. Terima kasihla banyak2 kat abang2 polis. komuniti di kawasan aku agak rapat dgn abang2 polis ni.

Pernah juga aku tengok auto gate jiran aku tu terbuka sebelah pintunya sepanjang malam. Adakalanya dia tertutup sendiri pulak. Aku jadi risau memikirkan ada orang masuk ke? Nak kata depa ada balik rumah, kereta pun tak de, rumah gelap & sunyi. Apa lagi..macam biasalah aku call depa. Dia pun terus datang dari KL sebab adiknya yg dok sini pun tak boleh buat apa2 dgn pintu gate tu. Suspenlah jugak masa tu.

Pasal auto gate ni patut korang ambil perhatian sikit. Utk yg guna auto gate je la. Aku pakai remote manual je...tolak dgn tangan..he..he.. Jiran aku ni selidik punyer selidik, call tukang buat gate tu utk datang check. Rupa2nya, frekuensi gate dia sama dgn jiran kat corner lot yg bertentang penjuru/sudut dgn rumahnya. Laaa... camner boleh jadi macam tu. Bila rumah satu lagi tu buka gate, pintu pagar jiran aku ni tertutup. Begitu juga sebaliknya...berlawanan tutup & buka. Tak taulah camner boleh jadi gitu. Dulu tak pulak. Dah tu repair le...

Jangan tak mengenal jiran. Setidak-tidaknya jangan kedekut nak senyum dgn jiran. Rasanya aku ni kenal jiran2 yg sederet rumah aku. Depan rumah aku & sebelah corner lotnya kosong lagi. Kalau tak ingat nama pun, kadang2 bila depa lalu depan rumah aku tu angkat tanganlah juga. Aku bolehlah cam kereta2 jiran2 aku sebab depa kalau nak pi mana2 kena lalu depan rumah aku dulu.

Dulu pun masa aku tinggal di Bandar Baru Bangi pun memang sentiasa simpan nombor2 hp jiran kiri kanan aku. Begitu juga di Sungai Ramal Baru, Kajang pun rapat dgn jiran2. Bila ada kenduri pun boleh sama2 tolong memasak. Bukan pandai pun... Memasak...buat je! Boleh la setakat nak potong2 bawang tu. Memang seronoklah kalau kita kenal jiran2 kita ni sebab merekalah orang yg paling dekat dengan kita selain drp adik-beradik kita sendiri. Kalau ada apa2 kecemasan pun, jiranlah yg boleh sampai dulu.

Jadi aku memang rasa pelik sangatlah kalau kita tak baik dgn jiran, tak bertegur-sapa, menyombong. Bukan nak terlebih mesra...agak2lahkan! Pandai2lah kita nak pakai cara yg sesuai berbaik dgn jiran sebab karektor org ni berbeza-beza. Kalau dah tau jiran tu tak rajin berbual, cukup le ambil no hp dia takut kalau2 ada kecemasan ke. Kalau terlebih peramah pun boleh buat org tak selesa juga. Yg penting kita ni yg jgn sombong buat muka tak tahu je dgn jiran. Kalau dia yg sombong, biar dialah. Moga Allah bukakan hati dia supaya jgn sombong. Kadang2 kita tak tahu sebab dia begitu. Entahkan suaminya tak suka isterinya berbual dgn jiran, entahkan isterinya pun begitu. Bersangka baik je lahkan.

Bacalah Adab berjiran.

Kalau korang taip perkataan jiran di SEARCH THIS BLOG di sudut kanan atas blog aku ni & cari di My Friends akan nampak banyak kisah2 tentang jiran yg di post oleh rakan blog2 yg aku 'follow'. Bila ada masa, bacalah utk kita ambil yg mana baik, yg buruk buat panduan.

Sunday 23 January 2011

Apa ada pada nama?


Ada yang kata 'apa ada pada nama?'. Ada yg berpendapat nama tidak memberi apa2 makna atau tidak sepenting mana pun. Namun bagi aku memberi nama2 yg baik itu penting. Memanggil dengan nama2 yg baik juga penting. Lainlah kalau mereka tak kisah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu." (riwayat Abu Daud).

Nama yang elok dan indah adalah yang sedap disebut, mempunyai makna dan maksud yang baik, tidak memberi makna dan sifat yang dilarang olah agama atau sekurang-kurangnya nama-nama asing dan mengelirukan.

Nama bukanlah faktor penentu menyebabkan seorang itu menjadi baik. Ia hanya langkah pertama dan permulaan yang semestinya disusuli dengan didikan yang sebaiknya.Tugas ibu bapa tidak hanya selesai dengan memberi nama yang baik sahaja. Ia perlu disusuli dengan asuhan dan didikan yang berpanjangan.

Nama anak juga elok disebut sepenuhnya bukan hanya ringkasan. Setiap pemilihan nama sebaik-baiknya bertujuan menjadi doa serta dipercayai berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut. Jadi, apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, pada sepanjang hayatnya seolah-olah berdoa untuk mereka.

Alhamdulillah kerana nama2 ibu bapa & ibu bapa mertua ku adalah nama yang baik2 juga. Begitu juga suami & anak2..mmm nama aku aje yang macam tak ada makna je. Tak pelah.. jangan panggil aku dgn nama yg bukan2 udah le.

Ibuku Sharrah binti Sulaiman, nama isteri Nabi Ibrahim AS. Berbintikan arwah datuk aku yang bernama Sulaiman, nama seorang nabi. Ayahku pula Allahyarham Abu Bakar bin Ngah Mat Drus @ Idrus, nama sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Idrus juga nama seorang nabi. Begitu juga ibu mertuaku, Hadijah binti Mohamad & ayah mertua iaitu Allahyarham Hashim bin Othman.

Nama-nama yg baik buat anak-anakku. Tentunya kalian begitu juga.

Bunuh darah daging sendiri?

Berita ni aku petik dari Kosmo! Terpanggil utk share dari post lama aku "Kematian anak kecil akibat didera lagi". Hilang akal agaknya nak dera org apatah lagi budak sekecil itu. Yg dituduh si bapa kandung & ibu tirinya...


Ini berita 22Jan2011.

Suami isteri dituduh bunuh anak sendiri

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

KERATAN Kosmo! 11 Januari 2011.


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri bakal berdepan hukuman gantung sampai mati apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan membunuh dan mendera anak sendiri sejak empat bulan lalu.

Norafizan Ludin, 30, dan Dewi Nadia Alias, 25, dituduh menyebabkan kematian Nor Dania Qistina Norafizan, 3, pada 9 Januari lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17 1/2 Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini di antara pukul 9 pagi, 8 Januari hingga 9 pagi, 9 Januari.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.

Norafizan dan Dewi Nadia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka mengaku tidak bersalah mendera kakak dan adik mangsa iaitu Nor Dania Batrisha Norafizan, 5, dan Danish Irsyad Norafizan, 1, di lokasi yang sama.



Ini berita 23Jan2011.

Ibu mahu pembunuh Nor Dania Qistina dikenakan hukuman setimpal

JOHOR BAHRU - "Selagi tidak dijatuhkan hukuman setimpal selagi itu saya tidak puas hati."

Demikian luahan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada kanak-kanak, Nor Dania Qistina Norafizan, 3, yang maut akibat didera pada 9 Januari lalu.

Katanya, dia percaya pihak berkuasa dapat melaksanakan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka yang menyebabkan kematian anak perempuannya itu.

"Saya yakin undang-undang akan menghukum mereka yang bersalah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suami wanita itu, Norafizan Ludin, 30, dan isteri mudanya, Dewi Nadia Alias, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan membunuh dan mendera Nor Dania Qistina.

Kedua-duanya turut dituduh mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha, 5, dan Danish Irsyad, 1.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Nur Dania Qistina disahkan mati akibat didera pada 9 Januari lalu dengan 73 kesan lebam di tubuhnya serta berapa organ dalaman rosak teruk dipercayai dipukul dengan objek keras.

Search this blog


Korang tentu nampak "SEARCH THIS BLOG" di sudut kanan blog aku ni. Aku add guna 'add gadget' di menu 'design' tu je. Masa 'add gadget' tu, aku klik 'Google Web Search Gadget'. Senang je.

Punca aku add benda ni pun sebab nak senangkan diri aku cari mana2 topik dalam blog aku ni. Kadang2 jenuh aku mencari di blog archive tu. Lambat...aku lak bukan le jenis penyabar sangat.

So bila aku dah letak gadget ni, aku cuma taip kata kunci je & search. Boleh pergi search ke blog kawan2 lagi. Ada 5 kategori kat situ ; This Blog, Link From Here, My Friends, JENGUK-JENGUK LE!, The Web.

Boleh le korang apply kat blog korang jugak. Senang nak rujuk semula mana2 topik sendiri atau kawan2. Ini le countermeasure aku setakat ini utk masalah menjadi tajuk di blog sendiri. Rupanya boleh juga search blog kawan2. Lega..

Saturday 22 January 2011

Lelaki Capricorn


Lahir antara 23 Disember ~ 20 Januari

- Selalu lebih berhati-hati dlm hidup & melakukan sesuatu berdasarkan kaedah.

- Tidak suka tukar2 rancangan yg telah dibuat.

- Agak pendiam & suka bekerja sendiri.

- Jenis pendendam & ingat kpd sesuatu kejahatan yg dilakukan terhadapnya bertahun-tahun.

- Mungkin lelaki paling tak romantik.

- Mungkin kurang selesa dgn wanita beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dgnnya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dlm kerjaya.

- Lelaki ini sukar jatuh cinta tetapi jika sudah jatuh cinta, dia amat mencintai.

- Dalam hidup bercinta, dia mungkin kurang disenangi kerana dia mementingkan keluarganya & akan menyatakan apa yg dia fikirkan.

- Apabila berkahwin, dia agak lokek dari segi kewangan.

- Dalam pergaulan, dia lebih suka kpd yg lebih tua & konservatif.

Dipetik dari buku "Mengenal lelaki - Ibnu Yusof"

Baby safety lock

Merata kedai hardware aku mencari barang ni. Apa namanya ye? Cangkuk yg boleh adjust yg biasa digunakan pada music box atau jewelery box. Kecil je saiznya. Aku nak pasang pada pintu kabinet dapur rumah aku. Baby Arif aku sekarang ni cergas betul. Rajin sungguh menolong aku 'mengemas' barang2 dapur terutama bekas plastik & cawan. Pandai pulak tu pilih cawan plastik aje. Dah empat kedai hardware aku tanya sejak semalam. Ada satu kedai tu cadangkan aku ikat dgn dawai...ewah! Nak kena marah dgn hubby aku, buat le! Tokey kedai tu gurau je coz aku & hubby memang selalu juga beli barang di situ. Jadi dah kira camlah muka kitaorg ni.

Tibalah aku di satu kedai hardware yg baru je buka tahun lepas di Bandar Seri Putra ni. Dekat dengan restoran Delima rasanya. Jalan dekat 7-Eleven & Balai Polis juga. Tokey kedai tu cadangkan aku guna baby safety lock yg dia sendiri pasang pada peti sejuk. Katanya di kedai Cosway pun ada. Macam good idea je, aku pun beli le satu kat kedai hardware tu. RM8.50 je.

Lepas tu aku singgah juga di kedai Cosway yg sederet juga dgn kedai hardware tu. Murah sikit, RM6.90 je. Rupa yg di Cosway tu lebih kurang macam dlm gambar ni je. Tapi nak friendly yg aku beli di kedai hardware tadi ; klip dgn mudah je. Yg ni nak kena pasang macam butang baju tu. Boleh le tanya mana2 kedai hardware.


Selepas aku pasang pd pintu tu, Arif macam mengomel kat aku tunjuk pintu tu tak boleh buka. He..he.. Kalau tak letih le kejap2 nak kutip semua barang kat ruang tamu tu. Letih le adik oiii...

Lekatkan benda tu guna double side tape je. So tak payahlah nak tebuk2 lubang skru pun. Hubby aku tak marahlah kalau gitu caranya. Kalau tebuk2 ni dia tak berapa suka. Benda ni dah wujud lama, tapi baru aku tau hari ni. He..he...anak dah 5 pun ye! TQ le kat tokey kedai tu. Share kat korang juga. Bila aku nak search gambar ni tadi (malas nak ambil gambar betul!), macam2 jenis lock ada utk baby. Boleh le jengah2 kat google image. Taip je "baby safety lock".

Ajal ketika rancak berborak


Hari Jumaat, jadi sudah tentulah kaum lelaki akan ke masjid menunaikan solat Jumaat. Jika di kawasan aku, para penduduk di sini akan beramai-ramai berjemaah di Masjid Al-Azhar, KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Lebih kurang 3-4 minit saja dari rumah aku kalau memandu keretalah. Aku tak berapa pandai nak agak2 berapa kilometer. Nantilah bila aku ke sana, aku tengok2kan di meter kereta aku.

Aku berharap sangat agar pembinaan masjid baru di Bandar Seri Putra dapat dilaksanakan segera. Ianya bukan hanya untuk penduduk di Bandar Seri Putra, tetapi juga untuk seluruh penduduk Bukit Mahkota & Impian Putra. Usaha untuk mengumpul dana bagi membina Masjid Al-Mustaqim sedang giat dilakukan di seluruh kawasan terdekat termasuk di Bandar Baru Bangi. Antaranya usaha kecil di sini untuk korang jengah sejenak.

Tapak utk nak bina Masjid Al-Mustaqim ni pun dekat le sangat dgn rumah aku. Jalan kaki pun 15 minit dah sampai. Kalau tak jalan melenggang-kangkung le. Naik kereta cuma 2 minit je. Betul2 berdepan dengan SRA (Sekolah Rendah Agama) & dekat juga dengan SMK Bandar Seri Putra. Senang anak2 yg bersekolah di SRA tu nak pergi solat Zohor/Jumaat sebelum waktu persekolahan bermula pukul 2.45 pm bagi sessi petang. Penduduk paling dekat dah tentu penghuni dari apartment Vista Seri Putra.

Semalam yakni hari Jumaat, aku bergerak ke Bandar Baru Bangi agak lewat, lebih kurang pukul 2 petang. Waktu itu dah ramai jemaah Masjid Al-Azhar, KUIS bergerak pulang. Ada yg berkereta, berbasikal & ramai juga yg menunggang motosikal. Jaga2! Tunggang! Jangan tunggang langgang!

Ramai juga yg tidak memakai topi keledar/helmet semasa menunggang motosikal. Leceh agaknya. Nanti nak letak mana masa solat di masjid. Terpulanglah untuk memikirkan keselamatan masing2. Aku ternampak dua org insan yg begitu rancak berbual semasa sedang menunggang motosikal masing2. Maknanya bukanlah penunggang dgn pembonceng motosikal. Sama2 bersaing kiri dan kanan di tengah2 jalan raya tu. Macam2! Tak risau keselamatan diri sendiri & orang lain. Lainlah kalau sekadar angkat tangan tu ok juga. Ajak ke tepi jalan dulu kalau ada nak cakap sesuatu. Kalau rasa panjang ceritanya, bolehlah sama2 menghala ke restoran berdekatan atau jumpa di mana2 yg sesuai.

Dulu ada juga aku ternampak yg tunggang motosikal sambil berbual di handphone. Sebelah tangan pegang pedal motosikal, sebelah lagi pegang handphone. Canggih betul!

Ini kisah yg berlaku di Kuantan. Kemalangan berlaku atas penunggang & pembonceng ; maknanya mereka serentak naik motosikal yg sama le (nak bagi jelas sikit!).
Petikan Berita di Harian Metro.

Ajal ketika rancak berborak
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Kerancakan dua sahabat berbual sambil menaiki motosikal tidak bertahan lama apabila seorang daripada mereka maut selepas kenderaan ditunggangi mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 15, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Semangat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga pembonceng dikenali sebagai Muhamed Nazri Mat Yusof, 53, dari Kampung Pulau Jawa, Pekan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di kepala.

Rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah, Rosdan Bidin, 46, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menceritakan detik kemalangan itu, Rosdan berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Pekan selepas menziarahi rakan yang sakit di HTAA sebelum motosikalnya ditahan mangsa yang mahu menumpang di Jalan Gambang.

“Arwah juga mahu pulang ke rumahnya di Pekan dan disebabkan arah sama, saya tidak keberatan menumpangkan dia. Tambahan pula kami sudah lama berkenalan kira-kira empat tahun lalu ketika sama-sama bekerja di pasar.

“Dalam perjalanan, kami berbual-bual mengenai banyak perkara kerana sudah lama tidak berjumpa. Ketika bercerita saya banyak kali menoleh ke belakang untuk memandang mukanya dan sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal saya hilang kawalan sebelum terbabas ke tengah jalan,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTAA.

Menurutnya, sejurus motosikal itu melanggar pembahagi jalan itu, arwah terpelanting dan kepalanya terhentak atas jalan menyebabkannya mengalami cedera parah dan meninggal dunia.

“Saya mengalami luka di tangan, badan dan kaki akibat terjatuh sebelum orang awam yang melalui tempat kejadian membantu menarik saya ke tepi jalan selain menghubungi polis.

“Saya masih terkejut dengan kejadian itu kerana rakan baik tiba-tiba meninggal dunia di depan mata sedangkan kami baru bertemu dan berbual-bual,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. “Mayat mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga manakala polis mengambil keterangan penunggang motosikal itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Alfatihah buat mangsa kemalangan yg kalau mengikut kejadian itu berlaku semalam, hari Jumaat pada pukul 4.30 petang. Semoga mangsa di tempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Salam takziah buat ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.

Friday 21 January 2011

Blind Spot Mirror


Selepas ambil anak sulung di SMKJ4, BBB tadi aku terus bawak dia pegi makan di restoran RasaMas dalam bangunan Warta. Sebenarnya dah lama pasaraya Warta tu bertukar jadi pasaraya Bintang & sekarang tukar lagi jadi pasaraya Giant pulak. Tapi nama Warta tu dah sebati dgn sebahagian warga Bandar baru Bangi...aku terlibat sama le.

Selepas makan, aku pegi beli charger hp Sony Ericsson untuk anak aku. Teringat pulak remote control aircond & TV yg bateri dah out. So aku terus le masuk ke Giant
Kalau dah masuk situ, faham2 ajelah, bukan sekadar bateri yg dicari, mulalah nak beli yg tak masuk senarai spt teh boh, kicap, nescafe, coklat & ada le lagi barang2 lain. Nasib baik tak lupa tujuan asal beli bateri saiz AA & AAA. Tak pe le juga sebab barang tambahan pun memang yg selalu guna tiap2 hari. Sekali-sekala tolong suami beli..elehh..bukan nak claim pun. He..he..

Lepas tu aku dgn anak aku terus le nak balik. Kereta parking di parking lot dalam bangunan tu juga. Aku pun start kereta & nak undur le. Tiba2 aku rasa lain macam bila tengok side mirror. Laaa.. mana pegi cermin bulat yg kecik tu. Aku tampal cermin bulat tu kat side mirror tu utk luaskan jarak pandangan belakang. Rupa dia macam gambar atas tu le. Nama lain dia Blind Spot mirror. Klik le..korang boleh baca kelebihan guna cermin ni. Aku memang guna cermin ni sejak aku mula dapat lesen kereta lagi, 1994. Memang view luas & mudah bila buat side parking atau reverse kereta. Aku rasa sangat confident bila nak tukar lorong sebab kalau cermin biasa tak boleh nampak kereta yg berada dekat di sebelah kanan kita.

Balik pada hal cermin yg tiba2 tak de tu. Terdetik di hati aku mungkin cermin tu jatuh. Bila aku pandang cermin kiri, pun tak ada juga. Nampak kesan 'double sided tape' tu naik ke atas & tertarik panjang. Cermin besar tu pun senget sikit. Sah ada yg 'songlap'...Hampeh betul. Spoil mood aku! Hanya kerana cermin yg nilainya RM2 aje, mulut aku dah menyumpah-nyumpah si pencuri tu. Jangan hanya kerana nilai RM2 tu, si pencuri tu dapat tiket free ke neraka. Tu dia...marahnya aku. Walaupun nilainya hanya RM2, tapi dia menyusahkan aku nak mencari yg baru pulak. Memang moral si pencuri tu tak bernilai lansung. Lebih murah drp RM2 tu.

Tak puas hati betul aku bila cermin tu hilang. Aku pun pegi le cari di kedai2 kawasan Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Aku jumpa yg jenis boleh pusing. Mahal le sikit, RM8. Sorry le tokey, saya cari basic je. Tak payah adjust nanti cepat rosak. Nanti anak2 aku pun suka nak adjust. Singgah le kedai hardware di Seksyen 3. Terbeli benda lain pulak ; mentol lampu tidur anak aku yg dah terbakar tu. Value 5 watt je. Lalu Seksyen 15 pun tak ada. Jumpa yg jenis boleh adjust tu juga, lagi mahal. RM18 harga dia. Suka2 hati je depa ni letak harga. Malas aku nak cari kat tempat lain pulak. Dah balik le ke rumah je. Anak aku pun dah penat.

Aku hantar anak aku ke rumah di Bandar Seri Putra & terus bergegas ke Nilai 3. Memang ada hajat nak beli comforter pun sama. Satu kedai aksesori kereta je aku pegi, dah pun jumpa. Harga sudah naik le. Satu cermin RM1.50. Kalau dua dah RM3. Hantam je lah. Jangan RM5 pulak. Terkejut aku nanti.

Dapat juga aku beli comforter 3 set utk 3 bilik. On the way balik aku lalu Bukit Mahkota. Ada pasar malam pulak hari Jumaat ni. Singgah le beli dinner utk anak2. Malas le nak masak, tambah pulak dgn angin dlm minda aku ni. Sabor liza! Sabor! Kesian budak yg curi cermin aku tu kena sumpah dgn aku di hari Jumaat, penghulu segala hari. Tunggu hati aku sejuk le supaya aku dapat maafkan budak tu dgn relahati. Tak le dia menanggung dosa gara2 barang yg hanya berharga RM2 tu.