iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Ulang tahun ke 71 mak di Mekah..

15 Februari datang lagi. Tahun 2013 maka genap pula usia mak 71 tahun. Tapi tahun ini sambutan ulang tahun usia mak lebih istimewa dan lebih bermakna buat diri mak sendiri. Ahhh... tiba2 terasa sebak, bagai dapat merasa apa yang mak fikirkan. Tentu panjang doa mak hari ini.

Mak menyambutnya di Mekah hari ini kerana menunaikan ibadah umrah. Mak ke sana pada 11 Februari lalu, dah 3 hari mak di sana kira tolaklah sehari dalam penerbangan.

Sempat aku bergambar dengan mak di KLIA sebelum mak  ke Mekah
Mak pergi ditemani oleh abang sulung aku. Mak menerima pelawaan dari adik kandung mak yang turut disertai oleh isteri dan 2 orang anak perempuannya yakni sepupu-sepupu aku juga.

Alhamdulillah, rezeki mak memang selalu murah walau pun dah lama pencen menoreh getah. Kalau kami adik-beradik yang 5 orang ni tak memberi duit pun tiada masalah untuk mak berbelanja dengan duit sendiri yang sentiasa ada. Maka perbelanjaan mak untuk pergi umrah pun mak bayar sendiri. Tapi bila anak-anak nak memberi juga, mak tak menolak. Rezeki jangan ditolak.. he..he..!

Abang sulung pun tiada masalah dengan duit tambangnya sendiri walau pun dia dapat pergi dalam tempoh yang agak singkat juga. Doa mak mengharapkan ada ruang kosong untuk abang sulung dimakbulkan bila ada antara peserta yang membatalkan penyertaan di saat akhir. Sama keadaannya dengan peluang yang mak dapat kerana mengisi kekosongan juga.

Bukan aku nak kata mak dan abang sulung jenis banyak duit. Mak hanya orang biasa-biasa yang pernah bersusah menoreh getah berwama arwah ayah dulu. Abang sulung pula hanya pegawai kerajaan yang bergaji bulanan tak sampai RM3K pun. Kedua-duanya punya sikap rajin menyimpan duit. Abang sulung aku lebihlah berhematnya. Tetapi dia tidak berkira jika perlu berbelanja lebih untuk pendidikan sekolah agama bagi kesemua anak-anaknya di sekolah agama swasta di Ipoh.

Tetapi apa yang ingin aku katakan "yakinlah dengan rezeki Allah!".

"Carilah rezeki yang halal dan mendatangkan berkat!". Insyaallah nanti Allah cukupkan apa yang kurang.

Dah memang tertulis rezeki untuk mak bila ada ruang kosong untuk mak turut serta dalam rombongan yang diuruskan oleh Ustaz Sazali Shamsudin dari Syarikat Imtiyaz Travel & Tors Sdn. Bhd.

Ustaz Sazali
Malam sebelum bertolak tu kami adik-beradik, laki-bini dan anak-anak masing-masing dah pakat kumpul dan makan-makan di rumah kakak aku di Desa Subang Permai. Pasal makan aku memang tak menolak. Aku, hubby dan anak-anak je yang balik semula ke rumah di Bandar Seri Putra malam tu. Adik-beradik yang lain semuanya bermalam di rumah kakak kecuali keluarga adik aku sebab rumahnya dekat je di Subang Bestari.

Jadi subuh-subuh tu aku dan family mula bersiap-siap. Pagi 11 Feb tu aku tanya hubby... "kul berapa mak check-in flight yang?".

Dengan muka confident, hubby jawap "pukul 7.30 pagi dah kena check-in. Filght antarabangsa tak boleh lambat!".

Aku anggukkan ajelah pasal aku bukan paham sangat tentang kapal terbang ni. Caya tak aku tak pernah naik kapal terbang. Tolonglah percaya!

Alamak! Dah lewat! 7.45 pagi aku, hubby dan anak-anak dah sampai ke Departure Hall, KLIA. Melilau mata mencari tapi tak nampak pun kelibat yang dikenali. Akhirnya aku call kakak aku, "Kau kat mana?".

"Kitaorang baru sampai tol KLIA", abang ipar aku pulak yang jawap sebab tadi call kakak tak berjawap, so aku calllah abang ipar pulak. He..he..

Cissss! Semalam bukan main kata nak bergerak subuh dari rumah. Masa tu aku ada jawap "Ye lah tu!".

Aku agak dahhh...

Yeahhh... Puan Sri sudah sampai dengan tongkat saktinya!
Kitaorang memang suka mengusik kadang-kadang panggil mak aku Puan Sri. Melenggak masuk dengan tongkat dan handbagnya di tangan dan diiringi kakak ipar dan anaknya.

Kakak aku pulak lansung ke level 2 (kalau tak silap le..lupa pulak!) untuk siapkan sarapan di Food Court.

Tongkat sakti mak boleh bertukar jadi kerusi.
Lepas tu beramai-ramai kitaorang turun ke Food Court. Penuh lif tu dengan ahli keluarga aku je. Maklum aje cucu mak ada 15 orang semuanya. Semuanya jenis hyper aktif..

Boys.. sesat sorang girl kat depan!

Tetamu VIP, Mak & abang sulung. Kakak ipar & anaknya jadi waitress amik order!

Girls.. 5 orang termasuk yang meja belakang sorang tu.

Masak nasi lemak sambal ikan bilis & sotong, ada sandwic roti dan telur yang kakak buat .
Semua dah kenyang, pakat-pakat naik semula ke aras 5, Departure Hall.

Bila 5 beradik perempuan berkumpul...
Dari kiri : adik aku, kakak ipar sulung, kakak ipar anak ke-3, kakak aku & aku le!

3 orang anak perempuan mak!

Mak  dengan 'kerusi khas'nya beramah-mesra dengan geng2 Ipoh mali.

Anak -menantu, cucu pakat kerumun mak!
Kalau orang lain aku tengok cuma seorang dua aje yang menemani mereka di airport ni, tapi mak ditemani oleh semua anak-anak dan menantu  dan juga cucu-cucu. Kecoh betul.... cucu-cucu mak excited nak iring embah (nenek!) diaorang ni. Anak-anak pun sama je!

Sessi pengagihan passport peserta

Dah.. moh kita gerak!

Moga selamat pergi dan kembali

Luv u mommy!

Wednesday, 15 February 2012

7-Series dah usia mak, banyak pengalamannya


Wah! Cantiknya BMW 7 Series ni. Tengoklah ciri-cirinya di SINI memang mengujakan.


Gambar-gambar dari SINI

Tapi kalau tengok harganya, tak laratlah aku. Berganda-ganda mahalnya berbanding rumah yang duduki sekarang. Kalau buang satu angka di depan pun berganda-ganda murah lagi kereta Kelisa aku.. he..he..


Apalah istimewa sangat BMW 7-series ni sampai harga dah cecah sejuta lebih tu. Hanya mereka yang menggunakannya tahu akan keistimewaannya. Sentuh pun aku tak pernah lagi ni.

Semakin banyak seriesnya, makin canggih dan mahallah keretanya. Begitulah dengan usia kita ini, semakin banyaklah pengalaman dalam hidup kita ini. Tetapi tidaklah semakin gagah seperti BMW ni, semakin lemahlah kita.

Aku tak pernah lupa setakat ini tarikh 15 Februari merupakan hari lahir bonda tercinta. Tahun ini, 2012 maka genaplahlah usia mak mencecah angka 70 tahun. Masuk ke era 7-series dah. Mak dikirakan dalam kategori yang sihat berbanding rakan-rakan seusianya. Syukur kerana mak tiada sakit-sakit yang mahal-mahal seperti jantung, kecing manis dan sebagainya. Ingatan mak pun masih elok. Cuma mak ada masalah sakit lutut saja yang memerlukan rawatan susulan.

Tadi aku cuba nak call mak yang sedang berada di rumah abang sulung di Ipoh, Perak. Tapi kakak ipar kata sedang 'engange' di handphone. Mak sibuk hari ini. Tentu kakak aku yang call nak ucap selamat hari jadi. Tak pe.. kita ikut giliran 5 beradik ucap selamat pada mak.

Macam dijanji-janji pulak ye. Setiap kali birthday mak tentunya mak sedang berada di rumah abang sulung. Macam tahun lepas dalam entry 'Kak Bot naik motor bot'.

Minggu lepas kakak ipar dah tanya sama ada nak berkumpul di Ipoh ke hujung minggu ni. Boleh raikan mak. Aku dah call adik aku, Asterisk Boutique untuk turut serta. Akan diusahakan katanya kerana sibuk bekerja. Sibuk packing tudung customerlah tu. Apa nak buat, dialah tokey, dialah kerani, dialah akauntan dan dialah kuli. Rezeki untuk keluarga, Syukur alhamdulillah.

Kalau dapat kumpul ramai-ramai ni di Ipoh, tentu seronok. Anak-anak aku pun suka sangat dapat jumpa sepupu-sepupu mereka. Memang meriahlah jadinya rumah abang sulung aku tu.

Selamat hari jadi mak... tahun depan aku pulak masuk 4 series... opss!

Wednesday, 19 October 2011

Lupa tarikh? Aku boleh ingatkan...


Ben Ashaari kata ramai lelaki yang lupa tarikh-tarikh penting seperti tarikh nikah dan harijadi dalam entry "Perempuan dan tarikh". Peratus lelaki yang terlupa tu melibatkan hubby aku juga. Setiap tahun akulah yang akan mengingatkan tanpa mengharapkan dia akan buat surprise yang bukan-bukan. 16 tahun dah berkahwin, faham sangat dah.

Tapi tidak pula aku nak muncung-muncung dek kerana sikap dia yang terlupa tu. Aku dan anak-anaklah yang akan mengingatkannya. Kadang suka juga aku mengusik "tau kahwin je, tarikh nikah tak ingat!"..he..he.. So pada wanita yang dapat suami macam aku ni tak perlulah nak muncung-muncung bila dia lupa tarikh penting tu. Ingatkan aje dia dan goda-godalah sikit, untung-untung dapat hadiah menarik. Jangan hadiah macam dalam kisah  Salih Yaacob ni udah le.

Hari ini 19 Oktober, genap sudah anak teruna aku berusia 13 tahun. Patutlah suara pun dah mula nak berubah. Banyak perkara aku kena belajar tentang psikologi anak teruna remaja ni. Alhamdulillah, dia rapat dengan aku. Apa-apa masalah pun sering diluahkan pada aku. Cuma seperti kebanyakan remaja lain, banyak perkara yang nak kena ingatkan selalu padanya tentang belajar, menguruskan diri dan sebagainya.

Seperti biasa hubby memang tak ingat lansung. Tapi pagi tadi aku dah pesan belikan kek harijadi. Itulah cara kami raikan harijadi anak-anak. Kalau berkesempatan bolehlah pergi makan di restoran yang dia suka. Tak wajib bagi hadiah pun. Tapi pagi tadi aku bagi lebihan belanja sekolah RM10 je.

 Kek Naruto aku curi kat SINI

Walau pun dia montel, kuat makan, bangun tidur lewat, selalu saja mengelat dari belajar dan suka main game internet tapi dia jarang membantah bila aku minta tolong dia buang sampah, sidai dan angkat kain di jemuran. Kadang bila aku bosan, aku ajak dia pergi minum teh tarik kat kedai mamak. Macam kawan blogger Kak Chik yang sering melayan buah hatinya Aiman.

Selamat hari jadi buat anak aku, Muhamad Amirul Hashim. Suka benar dia buat koleksi gambar dan youtube anime star hingga merayu aku buatkan satu blog untuknya di SINI. Dia sendirilah yang upload semuanya. Dek kerana minat, cepat pula dia pandai upload. Kalau nak pandai berblog, kena selalu belajar buat sendiri.

Insyaallah, ayahnya tak lupa kek hari jadi petang ni. Kalau terlupa juga, aku cari je kat kedai dalam kawasan perumahan aku ni. Ada dua buah kedai kek ; Salsabilah dan Zaty.

Tuesday, 11 October 2011

Selamat Hari Jadi adik tersayang!

Selamat hari jadi buat satu-satunya adik kandung aku tersayang. Tarikh 11 oktober yang aku tak pernah lupa setakat ini. Cantik tarikh hari ini 11.10.11. Angka sepuluh diapit oleh angka 11.

Hajat hati nak letak gambar comelnya semasa usia 4 tahun dulu tapi gambar-gambarnya ada di kampung. Comel sangat!

Dah masuk era usia angka 3o nampaknya. Moga hari-hari yang dilalui semakin membahagiakan dan sukses dengan Asterisk Boutiquenya yang mendapat tumpuan sepenuhnya bermula sejak June tahun ini.

Instant Syria milik Asterisk Boutique yang simple tetapi bergaya

Nak hadiah apa? Aku bagi secara online aje boleh?

Pilihlah nak perfume warna apa? Kakak aku cadangkan botol warna hitam....
Endless perfume botol kecil 30 ml boleh letak dalam handbag je.

atau cup cakes yang menjadi favourite kita ni?

Cup Cake yang menggoda

Usahkan cup cakes, segala macam kek kita suka. Lebih-lebih lagi kalau kek coklat ni.


Love you forever from your elder sister...

Tuesday, 19 July 2011

Selamat Hari Jadi Atuk @ PHD



Terlewat pula aku nak mengucapkan Selamat Ulang Tahun kelahiran
pada Atuk Rozali @ Pahala Hindari Dosa hari ini 19 Julai 2011.

Moga Atuk sihat sejahtera selalu dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Atuk ni suka bergurau juga, jadi adalah kawan-kawan yang mengusik dia.
Jangan marah ye Atuk!

Ceria-ceria ye atuk, awet muda selalu orang Teluk Intan!

Wednesday, 29 June 2011

Selamat hari jadi wahai sahabat!


Melelehhhh... coklatnya!

Hari ini 29 Jun 2011 adalah hari jadi dua orang teman aku. Seorang teman yang aku kenali melalui blog, dan seorang lagi teman semasa di alam persekolahan hingga kini.

Selamat hari jadi buat Tim dari blog mama tims n kids. Moga sihat sejahtera selalu dan gembira sentiasa bersama keluarga tercinta. Kisahnya ke London semasa cuti sekolah kelmarin masih belum habis hingga part 4 sekarang ni. Jealousnya aku dapat jalan-jalan sampai ke London. Ha..ha.. jenuhlah Tim melayan keempat-empat puteranya. Yang kecil pun masih nak berdukung.

Walaupun hanya mengenali Tim di maya blog, tetapi dia tetap dekat di hati aku yang selalu mesra di facebook aku. Sayang Tim!

Juga selamat hari ulang tahun yang ke 38 buat teman aku dulu, kini dan selamanya ; Siti Noor Ahmad atau panggilan manjanya Noy! Teman sejak aku tingkatan 1 hingga 5 dan yang bestnya sekarang jumpa semula sama-sama tinggal di Bandar Seri Putra juga. Bukan setakat teman sama sekolah atau sama asrama saja tetapi teman yang adakalanya menangis dan ketawa bersama. Teman yang sering aku jadikan rujukan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat hingga kini.

Aku yakin, anak muridnya pun tentu ramai yang sayang padanya ; pensyarah di KUIS. Sifatnya agak tegas tetapi selamba dan boleh juga bergurau. Mungkin Cik Bulat, Jamaluddin Abu Bakar,Wan Fkhrul Rin mungkin kenal agaknya.

Buat Noy, moga persahabatan kita berkekalan. Moga kau sentiasa sihat dan aku sayang kau yang banyak memberi semangat pada aku.

Saturday, 28 May 2011

Happy birthday Arif Ikhwan


Arif : Mamaaaa.... jomlah Arif nak main kat luar.
Mama : Tak bolehlah... nanti 'dog' gigit. Mama takut laa..

Translate je tu. Arif bukan pandai cakap pun tapi tangannya asyik tunjuk keluar je dengan mulutnya "nak uwa!" (nak keluar).

Nantilah Arif dah besar sikit bolehlah keluar. Sebenarnya mamaya malas nak bawak keluar. Nasib juga ayahnya ajak naik motorsikal. Happynya dia berdiri dalam raga motor.


Anak mama dah besar sikitlah. Hari ini 28 Mei 2011 usia Arif dah genap 2 tahun.


Dah pandai nak bergambar. Setiap kali aku ambil gambar dia, sibuk jugalah dia nak tengok hasilnya di kamera.


Main dalam pagar ajelah. Ecehhh.... macam pandai sangatlah nak main badminton tu. Reket ni Aleesya punya, cousin Arif iaitu anak adik aku. Tertinggal kat rumah aku minggu lepas.

Mama doakan Arif sihat dan membesar sebagai anak yang baik dan berjaya dalam mengejar cita-cita.

Bertambah lagi usia Arif masuk 2 tahun. 3 tahun lagi nak masuk tadika pula. Masa tu semua kakak-kakak dan abang-abangnya sudah di peringkat menengah dan Insyaallah yang sulung ke peringkat universiti. Usia aku pun bakal melewati angka 40. Jarak usia Arif dengan abangnya iaitu anak keempat aku agak jauh, 7 tahun.

Pesanan buat diri sendiri "Didiklah mereka yang setahun jagung dengan ikhlas kerana hasilnya lebih dari padi sebendang..."... (Terima kasih ibu Nora)

Inilah blog Arif, ada gambar dia sejak lahir : Bijaksana dan Bersaudara

Wednesday, 11 May 2011

Kau yang kusayangi - Happy Birthday!


Kakak dengan mak...

Hari ini 11 Mei 2011 adalah hari jadi kakak aku yang ke "tuuuttttt". 40 an dah pun.. ha..ha.. Tapi kami adik beradik suka mengusik yang dia awet muda 10 tahun. Secara ikhlasnya memang nampak muda berbanding wanita lain yang aku jumpa seusia dengannya. Kisah susah payah dan pengorbanannya pernah aku ceritakan di SINI.

Kakak aku kata suka makan 'cheese cake'.
Ada banyak pilihan kat MyPu3 Cake House ni.
Pilih le nak mana satu.
Nanti tokey Asterisk Boutique belikan.

Selamat hari jadi dan selamat hari ibu juga!!
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat kakak aku.

Love u so much my dear sister! Forever!

Thursday, 5 May 2011

Selamat hari jadi sitiezahim @ hajar


Inilah rojak mee yang dimasaknya semalam... favourite aku masa dok kat Jengka dulu. Selalu suruh arwah ayah beli kat pekan sehari.

Semalam, 04 May 2011 aku terlupa.. sungguh terlupa mengucapkannya. Selamat hari jadi yang ke???? buat rakan baik adik aku yang kini berada jauh di perantauan. Nun jauh di bumi yang asing dari segi makannya, bahasanya, ugamanya... namun kau tetap tabah di sana. Rindu juga...eceh!!

Melalui blog dan facebook aku sering berhubung dengannya. Rajin memasak!

Sunday, 24 April 2011

Budi bahasa yang baik dikenang jua!


Petang semalam dalam hujan-hujan aku redah juga mengunjungi rumah teman kerana menyambut hari ulang tahun anak sulungnya yang ke-12. Birthdaynya Jumaat tapi biasalah tentu celebrate pada hari cuti iaitu hari Sabtu. Terima kasih teman kerana sudi menjemput kak Liza turut meraikannya. Elok pulak aku sampai depa baru nak start nyanyi 'Selamat hari jadi Han!'.

Seronoknya bila aku sampai saja dah ada yang menegur, "Eh! Macam kenal je!". Aku pun dengan mulut peramah semulajadi ni "Samalah! Macam kenal juga! Jap ye! Bagi akak duduk dulu". Rupa-rupanya dulu sama department dengan aku masa kerja di Sony Bangi dulu. Selalu tu senyum dari jauh aje, tak ada bertegur-sapa sangat. Berborak sakanlah kejap.

Sukanya baby aku si Arif dengan kek Birthday girl. Ada perisa coklat dengan cheese. Boleh habis si kecil tu makan sepotong kek. Aku makan bahagian krimnya aje. Sedap!

Ramai ahli keluarganya yang turut hadir termasuklah ibu dan ibu mertuanya. Seronok pula aku melayan berborak dengan mereka. Tak sedar jam dah hampir pukul 7 petang. Nak maghrib! balik le... he..he.. teringat masa kecik-kecik dulu. Mak selalu sangat marah kalau balik main bila dah nak maghrib. sakitlah telinga dengar leteran mak.

Terima kasih atas layanan istimewa tuan rumah. Ini baru kali kedua aku berjumpa dia. Masa nak balik pun hantar sampai ke kereta. Terharunya aku. Itulah orang kata, orang berbudi kita berbahasa. Itu jugalah yang aku pelajari darinya secara tak lansung. Jangan jeles pada siapa yang kenal? Hanis Azla yang layan aku ye! Sorry! Tak de gambar.... he..he..

Friday, 8 April 2011

3 tahun je lagi nak 50!

Gambar kek curi kat My Pu3. Wish merah dah kena jual... (Gambar sekadar hiasan)

Hari ini 08 April 2011. Bermakna genaplah usia abang sulung aku yang ke 47 tahun. Abang sulung yang kadang-kadang dibuli-buli manja oleh empat orang adik-adiknya. Terutama oleh adik-adik perempuannya yang tiga orang ni yakni kakak aku, aku dan adik aku. Namun dia tetap tersenyum dengan kerenah adik-adiknya. Mesti ada kek yang kakak ipar aku sediakan nanti.

Mak pernah bercerita bagaimana abang sulung aku tu panjang umurnya. Suatu petang mak dan ayah tertidur setelah keletihan balik dari bekerja kampung. Aku pun tak pasti sangat sama ada balik dari berbendang atau menoreh getah. Aku memang belum lahir lagi masa tu. Masih lagi tinggal di kampung kelahiran, Kampung Lasah di Sungai Siput Utara, Perak.

Waktu itu tak berapa pasti usia abang sulung tapi yang pastinya memang dah pandai main di luar rumah. Berlari ke sana-sini dengan kawan baiknya yang juga sepupu kami.

Tiba-tiba dalam tidur mak tu dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh dalam air. Mak bingkas bangun dengan cemas. Ya Allah! Apa tu? Mak cepat-cepat kejutkan arwah ayah sambil memberitahu ada benda jatuh dalam air. Arwah ayah seperti tak jumpa tangga, turun macam dah terjun tangga aje gayanya. Lantas arwah ayah terus berlari ke telaga berhampiran. Kelihatan kepala abang sulung di dalam telaga. Dah tak nampak muka, cuma rambut aje yang terbuai di permukaan air. Hampir tenggelam.

Arwah ayah terus mencekak rambut abang sulung dan menariknya naik ke pelantar. Mak kata sangat melucukan waktu itu. Dia tak pengsan pun. Sebaik saja dapat naik dari telaga tu, abang aku bingkas bangun dan lari dari arwah ayah. Takut sangat agaknya arwah ayah aku marah. Dah tentulah arwah ayah akan marah. Tapi arwah ayah kalau marahnya tak lama. Masa tu je dia marah. Lepas tu arwah ayah akan diam. Itulah antara karektor arwah ayah yang aku faham.

Itulah orang kata ajalnya belum tiba. Allah beri petunjuk pada mak tentang kejadian. Bagaimanalah agaknya kalau mak dan arwah ayah tak sedar lansung kerana tiada sesiapa pun di situ pada waktu itu. Abang aku tergelincir ke dalam telaga sewaktu nak mencuci kakinya.

Terima kasih pada abang sulung aku yang sering aku jadikan rujukan untuk masalah-masalah tertentu. Umpamanya semasa aku masih mentah nak memilih jurusan yang sesuai semasa mula-mula nak masuk Politeknik selepas SPM dulu. Dialah yang mencadangkan aku mengambil jurusan Elektronik Perhubungan berbanding Seni Bina yang menjadi minat asal aku. Kalau tidak dah jadi arkitek aku sekarang ni ye. Kononnya! Tapi sekarang kerja aku berkaitan dengan kewangan. Ala-ala mata duitan sikit.. ha..ha.. ye ke?

Selamat hari jadi buat Abang Mir, moga sentiasa sihat dan Allah permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Abang Mirlah yang menjadi ketua keluarga selain mak setelah pemergianayah.

p/s : Teringat bagaimana abang sulung aku goreng ikan sampai hampir hangus. Nak menggoreng tapi tak pandai. Sampai sekrang pun dia tak pandai memasak. Nasib baik dapat isteri yang rajin dan pandai memasak! Kakak ipar terbaik!

Thursday, 31 March 2011

Happy birthday Aleesya


Aleesya & Ibu sedondon pink manakala aku & Arif berbaju coklat. Gambar aidilfitri 2010.


Happy Birthday Aleesya Sumaira!

Hari ini 31 Mac 2011 genaplah usia 2 tahun.

Anak saudara aku yang comel dan tembun pipinya ini.
Mulut pun bijak, pandai bawa diri... ha..ha.. bawa ke mana??
Lagi 3 tahun boleh ikut jejak kakak ke Genius Aulad ye!

Kempen Big Sales sempena Birthday Aleesya berakhir hari ini... cepat-cepat!

Sunday, 27 March 2011

Birthday Hanis Azla & Luahan Fikiran


Hari ini 27 Mac 2011 merupakan hari ulang tahun dua orang rakan blogger aku laaa..


Kek maya je lah ye aku bagi. He..he..!

Boleh pilih nak biru atau pink. Macam biasalah gambar kek yang sedap ni aku curi kat blogMyPu3 Cake House.

Selamat Hari Jadi buat kalian berdua. Moga Allah sentiasa merahmati kalian dan persabatan kita ini berkekalan.