iklan

Followers

Pages

Saturday 29 December 2012

Jutawan hartanah...mari-mari!

Gambar cilok dari SINI
Hubby aku memang minat sangat dengan pelaburan hartanah. Bertahun juga dia istiqomah belajar dan berkecimpung dalam bidang ini. Alhamdulillah ada juga hasil sampingan untuknya dan keluarga.

Apa yang aku perasan setiap kali hubby membuka laptopnya bila dia sering melawat blog Encik Pie di Jutawan Hartanah.

Hubby selalu jadi silent reader di situ.

Banyak tips yang hubby belajar dari sini selain menjadi pemangkin untuknya menjadi lebih berjaya dalam bidang ini.

Aku yakin ramai yang minat dalam bidang ini akan kenal dengan blog Jutawan Hartanah ini. Muda-muda dah berjaya. Tentulah aku kata mudakan sebab aku lebih tua daripadanya. He..he..

Sikit-sikit jadi banyak pula!

Year End Sales at FCC (klik!)
Tidak kira sama ada kita berada di rumah atau di tempat kerja, kita mungkin melihat situasi pembaziran berlaku. Namun mata kita hanya melihat tanpa berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Malah lebih mengecewakan bila kitalah yang menyumbang kepada pembaziran itu.

Kita melihat kipas, aircond atau lampu yang tidak sepatutnya terpasang seperti di ruang yang sedang tidak digunakan. Contohnya di bilik tidur, ruang tamu atau di bilik mesyuarat. Kita hanya membiarkan tanpa berbuat apa-apa hanya kerana bukan kita yang membayar bil elektrik. Jadi kita tidak merasa terbeban sedikit pun.

Pembaziran elektrik yang sedikit jika terkumpul setiap hari akan menjadi banyak. Ia menjadi beban kepada si pembayar. Pembayar mungkin merasa tertekan jika bil yang banyak itu ketara tingginya. Akibatnya tekanan itu mungkin diluahkan kepada kita mungkin sebagai pekerja atau ahli keluarga. Mungkin ada undang-undang baru yang menjengkelkan seperti aircond hanya boleh dipasang pada waktu-waktu tertentu. Mungkin juga tiada bonus untuk tahun ini dan duit belanja dalam rumah dikurangkan bagi dalam keluarga.

Adakah kita akan menutup paip air yang terlupa ditutup oleh insan lain di dalam bilik air di tempat kerja? Atau mungkin kita hanya melihat saja dengan perasaan "lantaklah! bos yang bayar!", ?

Maka kita pun sering membiarkan air paip terbuka saja semasa memberus gigi jika di rumah. Cuba ditadah air tu, berapa banyak yang terkumpul agaknya. Kita tak rasa pun salahnya kerana "Daddy/Hubby yang bayar!".

Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang membayar segala keperluan di dalam syarikat mahu pun keluarga. Kita mungkin berazam mahu menjadi boss yang baik dan sentiasa bertindak rasional. Tapi percayalah bahawa boss yang baik sekali pun ada juga yang tak kena di mata pekerja. Kita tentu mengharapkan pekerja kita lebih bertanggungjawap untuk memajukan syarikat.

Maka sebelum kita menjadi ketua dalam satu kumpulan, jadilah ahli yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

Jika kita banyak membuang masa membuat perkara selain kerja kita pun dan menyebabkan pembaziran pada orang lain. Itu yang menyebabkan banyak perkara penting jadi terbengkalai dan menyebabkan orang lain susah.

Tuesday 25 December 2012

Mangga pintu canggih.. terbaik!

Canggih sungguh mangga pintu ni. Confirm pencuri kenselkan niat nak mencuri!


Aku copy dari page Ujang kartunis kat SINI.... Limited edition!


Banyak lagi gambar best kat facebook Ujang. Sengih aku sorang-sorang!



Ujang.... untuk kegunaan hospital sahaja!
Banyak gambar-gambar lawak kat situ...jom like!

Jalan jem teruk betul...

Monday 24 December 2012

Jangan jadi penyebab pada kesusahan orang lain!


Pernah tak kita pinjam sesuatu dari orang lain, tidak kiralah dalam bentuk duit atau barang tetapi kita tidak memulangkannya dalam tempoh yang sepatutnya. Seringkali kita hanya memikirkan susah dipihak kita sahaja hingga tidak memulangkannya mengikut janji kita dulu.

Ianya boleh dimaafkan jika benar memang kita benar-benar sukar untuk memulangkannya mengikut waktu yang ditetapkan atas alasan-alasan yang munasabah. Mungkin hanya terlewat sahaja. Namun tiada alasan untuk kita tidak berusaha sedaya-upaya kita untuk berbuat demikian.

Masalahnya bila kita boleh dan mampu memulangkannya mengikut waktu yang ditetapkan tetapi ianya tidak berlaku oleh sebab sikap kita yang suka bertangguh. Adakalanya bertangguh sebab nak guna lagi, mendahulukan hal lain yang kurang penting tetapi mengikut nafsu saja dan mungkin juga sebab ikut mood yang malas hari ini... esok lusa sajalah. Esok dan lusa jadi berminggu hingga berbulan dan makan bertahun. Lebih bahaya lagi bila usia kita tak panjang, lansung tak dipulangkan.

Kadang kita meminjam duit kawan atau sesiapa saja. Dek kerana simpati maka ada yang sudi membantu walau pun diri sendiri tidak semewah mana. Asalkan dipulangkan pada waktu yang dijanjikan kerana nanti duit itu nak digunakan untuk sesuatu yang penting oleh si pemberi hutang.

Masalah terjadi bila yang meminjam bertangguh untuk memulangkannya. Beban mungkin ditanggung oleh si pemberi hutang kerana dia mungkin tak dapat nak beli baju sekolah anak, nak bayar duit kereta atau duit rumah yang perlu dibayar mengikut jadual pihak bank. Akibatnya dia mula terbeban dengan hutang bank yang bunganya mekar berkembang.

Dari dulu bersahabat atau bersaudara mungkin jadi musuh akibat hutang. Lebih parah jika ada yang mengamuk hingga hilang nyawa dan cedera.

Bagaimana pula bila meminjam barang? Pinjam sikat kawan kat asrama tapi buat macam harta sendiri pula. Si pemilik sikat pulak yang tak boleh nak menyikat rambutnya. Hati pun jadi marah! Bertepuk tangan lagi syaitan dan kuncu-kuncunya.

Meminjam kereta yang kononnya nak guna untuk sejam dua saja tapi bawa hingga 2 hari pula. Panas hati si pemilik kereta yang mungkin ada urusan penting nak ke sana-sini.

Pinjam tudung, pinjam baju, pinjam kasut dan segala-galanya nak dipinjam. Janji nak pinjam sehari je jadi sebulan. Tension tuan barang dibuatnya.

Sikap menyusahkan hati dan perjalanan hidup orang lain ini menyebabkan kita dapat dosa percuma saja. Lebih teruk jika sikap kita ini membuatkan orang lain hidupnya jadi melarat dan menderita.

Kerja orang lain jadi terbengkalai sebab sikap kita yang suka bertangguh untuk memulangkan semula apa yang kita pinjam. Berusahalah agar kehidupan kita menjadi lebih baik hingga tidak perlu lagi kita meminjam yang kadang maruah kita dicela gara-gara bukan niat kita nak berlengah memulangkannya.

Saturday 22 December 2012

Jalan jem giler dari pagi sampai ke malam!

Lebih kurang kul 11.20 pagi aku, hubby dan anak-anak bergerak menghala ke Alamanda. Putrajaya. Macam biasa kami guna Seremban Highway menghala KL dari exit Putra Mahkota. Turun saja ke highway, inilah yang kami nampak. Agak dahhhhh.... ramai yang nak balik kampung sempena cuti Krismas.

Gambar pemilik blog myardini.com
Nasib baiklah kami menghala ke KL. Mak aihhhh... panjang sungguh jem hala ke selatan. Sampai kami naik tol Bangi pun, jem masih tak sudah lagi. Kami guna jalan di Sungai Merab dan Air Hitam je. Takut juga kalau jalan utama ke Putrajaya pun jem.

Perjalanan balik dalam pukul 3.00 petang melalui Presint 14, terus lalu Air Hitam dan Sungai Merab. Tapi hubby tak memandu keluar ke tol Bangi. Kami lalu Teras Jernang dan terus guna jalan lama menghala Bangi Lama. Dari jalan lama dapat nampak Seremban Highway masih jem. Amboiii... sampai ke petang.

Tak dapat nak aku bayangkan betapa tersiksanya perasaan para pemandu waktu itu sebab mungkin ramai di antara mereka yang tidak tahu jem berlarutan hingga ke mana pun aku tak pasti. Mungkin hingga Seremban atau lebih lagi.

Antara yang tersiksa, rakan blogger aku Mak Dara. Dari Shah Alam ke Nilai saja dah ambil masa 2 jam katanya. Gara-gara "Ikut jangan tak ikut katanya!"

Gambar dari facebook mak dara lah ni.
Nak tengok lagi gambar sesak-sesak jalan raya, mak dara melaporkannya di SINI.

Bila pulak nak menyampai ke destinasi ni. Tapi ada info kata highway LEKAS clean and clear!

Ada yang tahu apa berlaku yang sebabkan jem teruk ni?
- Ada eksiden? Hati-hati memandu.
- Jalan sedang dibaiki? Tak patut buat waktu cuti perayaan.
- Dah memang kenderaan banyak sebab cuti sekolah dan cuti Krismas? Sabar je!

Thursday 20 December 2012

Setiap hari biarlah semakin maju..

Dulu-dulu...

 Lepas tu up-grade sikit..

Amboi... kaki tak sampailah nak tekan minyak dengan brek.

Dah besar rupanya anak bongsu aku ni... Arif, anak yang ke-5. 2013 bakal menyusul, usia si manja ni bakal 4 tahun di penghujung Mei dan mula bersekolah tadika seperti yang dia inginkan. Tak tahulah berapa lama bertahannya. Layan sajalah kehendaknya jika ianya baik.

Anak yang sulung pula bakal menghadapi SPM di tahun 2013 nanti. Tak lama dah usia aku bakal mencecah angka 40 dalam Januari 2013 nanti. Rasanya baru saja lagi aku menduduki SPM. Alamak! Belum sedar diri dah berusia rupanya.

Minda penuh dengan pelbagai azam dan semangat untuk menggapai pelbagai cita-cita. Moga hati menjadi tabah dan seiring dengan tindakan. Bukan semangat saja yang tinggi tetapi malas bertindak untuk menggerakkan setiap perancangan.


Jalan bapak aku!

Jangan ditegur, nanti dia melenting. Selamba je lori pick-up ni parking kat situ, di tengah-tengah lorong. Sebenarnya ramai lagi yang suka buat macam ni. Hanya memikirkan kesenangan diri sendiri tetapi menyusahkan orang lain. Panjang sesak kereta di belakangnya tu.


Aku harap kawan-kawan yang membaca di sini tak buat macam ni. Tak baik menyusahkan orang. Berpikul-pikul orang menyumpah seranah perbuatan kita nanti. Susah payah kita sorang-sorang selalu berdoa yang baik untuk diri sendiri tetapi ramai yang mendoakan 'kemusnahan' kita hanya kerana perbuatan kita seperti ini.

Tuesday 18 December 2012

Si cilik yang bersemangat tinggi!

Kecil-kecil cili padi.... Terima kasih pada daddy Aaliyah, Mr. Hanifah Yoong yang tag youtube ni untuk aku di facebook Adzriel AB. Aku pernah buat entry si comel ni di SINI yang belajar berenang seawal usia 7 bulan. Comel sangat!!




"Published on Dec 15, 2012
Aaliyah Yoong Hanifah, 9, ran 6 passes this morning 43kph, 43kph, 46kph, 46kph, 49kph and 49kph - cleared all 6 buoys for all 6 passes!! She's getting better in slalom and is more keen to do it"

Siapa Aaliyah Yoong Hanifah ni? Dia melakar sejarah yang mencipta emas dalam sukan SEA pada usia 8 tahun. Selanjutnya di SINI.


Kecil molek persis ibunya tetapi sangat lincah. Kadang ternampak dia laju je berjalan ke pasar malam dengan ditemani ibunya. Atau kadang di sekolah rendah yang sama dengan anak aku. Suka aku tengok dia ni sebab cute, lincah, selalu nampak ceria dan kelihatan ramah seperti ibu ayahnya juga.

Friday 14 December 2012

Menjadi-jadi tak sukanya aku pada Gangnam style!

Gambar ni jumpa kat facebook. Semua penyokong Malaysia panas hati malam tadi. Aku pun tau hal ni dari facebook malam tadi bila rata-rata kawan-kawan facebook dah membebel-bebel maki hamun pengadil.

Apa dah jadi????
Bila tengok ulang tayang kat youtube memang tak masuk akal dapat kad merah...


Apa lagi??? Boikot Korea! Ada yang tak mau dah makan Kim-chi, benci dah dengan gangnam style (aku tak berkenan pun!), boikot pakai kereta Korea dan yang ini anak aku sokong sangat-sangat kalau kata say No to K-Pop. 

Dah di gangnam style pengadil tu agaknya? Hee..hhe.. maksudnya diperkudakan!

Malangnyalah Korea dibenci gara-gara seorang pengadil bola yang tak adil. Eeiiii... jelas tu tak adil!

Kesian dengan pemain Malaysia yang dah pasti sangat stress dengan kejadian malam tadi. Sabar ye adik-adik! Ada hikmahnya tu... bukan rezeki kita tahun ini. Aku pun sedih juga...

Malaysia tewas dengan Thailand malam tadi dalam Piala AFF.
Malaysia - 0, Thailand - 2

Member aku kata depa main bola dalam bendang!! Kampung style!

Maklumat terperinci pasal perlawanan boleh baca kat SINI.


Durian dalam durian

Tersesat benih masuk dalam ni kot..



Adoii! Tajam juga durinya. Cuba juga kopek, ada pangsanya tapi tak de durian lagi le. Manalah tahu kot ada berlian. Ha..ha..

Thursday 13 December 2012

Gotong royong Disember 2012

Ini kisah 1 hingga 5 Disember 2012 lalu. Aku tak sempat nak update blog. Agak sibuk...

Aku ditemani anak-anak balik ke Jengka 16, Pahang. Turut serta kakak, abang sulung serta keluarga masing-masing. Kami bergerak sekitar pukul 9 pagi dari KL. Abang sulung bersama mak aku dan anak-anak isterinya saja yang bergerak dari Ipoh.

 Singgah jap beli jajan di Petronas Karak... Food Court tutup. Tengah renovate.

Semasa aku dah melepasi Jengka 20, kakak aku call :

Kakak : Liza! Kau kat mana?
Aku : Baru lepas simpang ladang kita ni haa..
Kakak : Kau masuk ikut simpang  masuk kedua, belah depan lagi. Amik deghoyan jap!
Aku : Depan kedai Azizan ke? Wokeh! 5 minit sampai!

Amik kau! Penuh bonet dengan durian. Beg-beg baju semua alih ke dalam kereta yang aku pandu. Aku pinjam kereta Gen2 kakak. Dia pandu Livina dia je. Hubby tak balik sebab tak nak jalan jauh. Bila kereta terhentak-hentak nanti, dada masih sakit.

Memang terbaik durian Pak Mat dari Blok B1 ni. Kat Jengka ni Blok kira macam seksyenlah.

Ada 27 biji semuanya yang kakak beli dengan harga RM60. Tak ada yang rosak! Memang terbaik, sedap dan puas hati membelinya. Aku rasa macam durian King pun kalah. Rasa lemak ada, berkrim ada, pahit ada... tak sempatlah nak buat durian crepe pun. Hari-hari pulun durian je!

Kalau ada abang aku sorang lagi dan adik aku tu mesti lagi kecoh sebab diaorang berdua pun memang suka giler makan durian. Tapi abang aku tu tak dapat balik sebab ada join kem dengan kawan-kawannya dan adik aku pulak demam.


Inilah tujuan asal balik ke Jengka... gotong-royong rumah yang telah ditinggalkan begitu lama sejak ayah pergi pada tahun 2010 dalam entri INI. Mak tak duduk sini dah. Dia tinggal dengan kakak di Subang.


Bermula petang Sabtu hingga ke pagi Isnin kami memotong rumput, lalang dan segala semak-samun dari depan hingga ke belakang rumah. Segala kotoran dan sampah dalam rumah pun turut dibersihkan oleh anak-anak perempuan yang dah besar. Vacuum, sapu, mop dan lap semuanya.

Menitik-nitik peluh jatuh sambil menepuk tampar gigitan nyamuk. Muka masing-masing memang selekeh macam buruh kasar dah. Dah lama duduk bandar, manalah biasa dah buat kerja-kerja menebas ni.

Kali terakhir gotong-royong besar-besaran begini pada April tahun 2011. Lama sangat dah. Bila sekali-sekala balik hanya bersihkan dalam rumah saja. Entri tahun lepas di SINI dan SINI.

 Gigih betul abang ipar aku ni. Dia antara yang terawal turun padang!

Malamnya aku rasa macam nak berjalan pun terseksa. Sakitnya kaki! Masing-masing buat lawak "Dah tua!".

 Rumah bila lama ditinggalkan, maka cat nama pun merekah.

Banyak rambutan yang abang ipar kait dan bawa balik ke rumahnya di Subang. Ini durian yang kakak order kali kedua dari Pak Mat. Mak suruh belikan untuk adik dan abang aku. Aku pun ambil juga dalam 4 biji. Buah baru dari ladang.


Sebab rumah di Jengka dah tak berpenghuni, mak minta kakak pindahkan barang-barang yang penting. Jika lagi lama dibiarkan, takut rosak makan dek tikus dan tupai.

Jadi kakak menyewa lori untuk mengangkut barang-barang tu.
Ini tilam kakak beli masa dia kahwin 20 tahun yang lalu. Semua adik-beradik guna untuk kenduri kahwin masing-masing. Kakak yang pertama kahwin dahulu, kemudian aku yang kedua. Amboi! Yang kedua! Lebih dulu daripada 2 orang abang aku. Jadi tilam ni untuk kakak di Subang.

 Mesin jahit ni sesuai untuk kakak sebab dia lagi pakar menjahit dan faham 'sakit demam'nya selain mak. Aku nak juga tapi takut panik pulak kalau mesin ni buat hal. So letak kat rumah kakak le.

 Katil kayu bujang mak aku nak. Dia nak ganti katil bujang yang dia guna sekarang kat rumah kakak.

 Dah ada katil bujang, kenalah ada tilam bujang juga.

Motorsikal arwah ayah hantar ke rumah kakak je. Mmmm... pandai ke abang ipar aku tunggang ni? He..he..

Sofa ni mak suruh bagi kat aku. Aku tak ingat tahun berapa mak beli sofa ni. Kalau tak silap sebaya usia dengan anak sulung adik aku. Mungkin beli pada tahun 2006 lah agaknya. Masa tu aku dan hubby yang bawa mak mencari-cari di kedai perabot di Temerloh. Rasa nak luruh lutut ikut mak cari set sofa ni. Mak aku memang cerewet pasal shopping. Padan sangat dengan hubby aku pun. Depa berdualah yang memilih-milih rupa dan harga.

Anak aku kata "Lain kali kita raya kat Jengka macam dulu. Boleh bakar lemang!".

Apa nak buat wahai anakanda, mak aku dah tak duduk situ lagi. Sayang rumah tu yang agak besar. Ada 2 ruang tamu yang luas, 4 bilik tidur, 2 ruang dapur, 2 ruang anjung yang selesa untuk anak-anak lepak dan bermain, 1 bilik kecil untuk simpan motor, 1 stor dekat bilik air, 2 bilik air dan tambahan 1 anjung panjang di belakang rumah. Memang besar aku rasa... muat untuk 10 orang anak menantu mak dan 15 orang cucu.

Thursday 6 December 2012

Mancis api kecik ke besor?

Ini kisah benar mak aku dengan mancis api baru-baru ni sebuah pasaraya di Bandar Pusat Jengka.

Gambar hiasan copy dari SINI je!
Dialog terjadi antara mak aku dan salah seorang pekerja pasaraya itu, seperti yang mak ceritakan kat aku.

Mak aku : Adik! Ada mancis api tak?
Pekerja : Makcik nak mancis besar atau kecik?

(Riak wajah mak aku dah lain macam je!)

Mak aku : Adik! Makcik ni dah tua. Tak tau pulak ada mancis api yang besar? Ada yang besar ke? Bak mari ambik!
Pekerja : Kejap ye makcik!

(Pekerja pergi mencari mancis)

Pekerja : Yang besar dah habislah makcik! Ada yang kecik je!
Mak aku : Kamu ni nak loyar buruk ke apa? Bak le yang kecik 3 kotak.

Tak tahulah mak aku tersilap atau pun aku ni tak tahu juga. Ada ke mancis api yang besar? Confused!


Wednesday 5 December 2012

Berbohong pada diri sendiri!

Dushhh... amik kau! Kena kat diri aku sendiri.... kuatkan semangat untuk berubah menjadi lebih baik! Maka pilihlah rakan-rakan yang baik juga di sekeliling kita. Rakan-rakan sangat mempengaruhi.

Klik gambar untuk lihat gambar lebih besar dan jelas!


Terima kasih rakan facebook yang kongsikan kata-kata bermakna ini. Kak Hana memang sahabat terbaik!

Friday 30 November 2012

Bila dah terkena barulah tepuk dahi!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna!

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata mahu pun perbuatan, tanggunglah akibatnya.

Bukan kita tak tahu akibat dari sesetengah perbuatan kita itu boleh mendatangkan mudarat jika diteruskan tetapi kita masih juga bersikap 'tak pe', 'ada aku kisah', 'peduli apa aku', 'alahhh... sikit je!', 'tak mungkinlah', 'boleh baik nanti' dan segala macam alasan untuk beri semangat meneruskan aktiviti-aktiviti tak sihat kita.

Aku bagi contoh supaya korang lebih faham apa yang aku maksudkan yang kita tahu kesannya tetapi tetap kita teruskan juga hinggalah kebarangkalian kesannya yang buruk itu menjadi kenyataan.

- Merokok itu membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain.
- Terlalu kerap dan banyak makan makanan berlemak dan manis tak elok untuk kesihatan.
- Sikap suka bertangguh menyebabkan kita rugi dan terlepas banyak peluang yang baik.
- Berjudi itu haram dan boleh merosakkan hubungan sesama insan.
- Memandu laju dan melulu mampu menyebabkan kemalangan kerana kurang kawalan penuh.
- Hubungan antara dua insan bukan muhrim yang tidak menjaga batas-batas agama itu berdosa dan bahaya.
- Mencuri, merompak, merogol, membunuh tu semua kerja salah!
- Mengumpat, menengking, menghina, mengata dan seumpamanya.
- Bermalas-malasan dan bersantai setiap waktu dan setiap hari itu bakal merosakkan kesihatan.
- Tak ambil tahu/peduli apa aktiviti anak-anak di dalam atau di luar rumah.

Kalau nak senarai sikap buruk tu memang sangatlah banyak....

 Tapi bila segala yang tak ingin kita alami atau pun saksikan terjadi, barulah kita tersedar dan menyesal.

Ketagih judi musnahkan masa depan

Sikap cuai kita mungkin sebabkan kita atau orang lain kemalangan

Terlebih cinta tergadai maruah

Terlebih kolestrol

Asap rokok tak boleh kikis dah
Bayangkanlah rentetan peristiwa yang mungkin pula perlu kita alami bila 'nasi dah jadi bubur'? Mungkin ada yang hilang keluarga, dihina dan dicerca, cacat anggota atau lebih parah jika lansung tak boleh buat kerja apa-apa pun yakni perlukan bantuan orang lain untuk kita meneruskan hidup.

Kehidupan yang indah dulu telah tiada akibat sikap kita sendiri.

Bila dah sampai ke perjalanan terakhir, tiada apa-apa sikap buruk lagi yang dapat kita perbetulkan. Memang sudah terlambat. Moga Allah beri kita kekuatan dan hidayah untuk sentiasa kita menjaga diri kita agar sihat dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-sama saling mengingati sesama insan.


Thursday 29 November 2012

Rajin, bertolak-ansur dan bersiap awal banyak faedahnya!

Semalam aku pergi training seharian anjuran syarikat yang patut bermula pukul 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang di Bangsar. Setiap kali nak pergi apa-apa training yang bermula 9.00 pagi, pastinya aku akan kelam-kabut. Kecoh je kan! Padahal orang lain boleh tenang je.. he..he..

Upline aku yang ajak aku join training ni bersama seorang lagi rakan seperjuangan. Sama-sama UTC (Unit Trust Consultant) di Public Mutual Berhad. Ini seronoknya bila pergi training 3 sekawan. Kak Ras tu upline aku dan Kak Maz. Kira macam aku dan Kak Maz jadi dua cabang pada Kak Ras lah.


Dari rasa malas jadi semangat bila pergi dengan kawan-kawan rapat ni.
Maklum saja kami bertiga ni tak amalkan sangat sikap :

1. Kak Ras - "aku upline kau, so aku macam boss kaulah".
2. Liza AB (aku le ni!) - "aku dowline kau, kau kena tolong aku selalulah".
3. Kak Maz & Aku "kau bukan dowline aku, buat apa aku nak tolong".

Masing-masing cuba memahami kesenangan dan kesusahan yang dialami. Bantu dan bekerjasama ikut kemampuan dan had masing-masing dengan rasa hormat juga pada hak dan privacy. Jangan ada rasa dengki, cepat nak kecil hati dan pelbagai reaksi negatif. Belajar bersikap dewasa, bertolak-ansur dan menghormati.

Tetapi jika 'downline' ingin benar-benar berjaya, kenalah dengar dan pertimbangkan segala nasihat dan tunjuk ajar 'upline'. Kemudian belajar buat sendiri hingga pandai dengan cara yang matang.

Kami mengamalkan sikap tugas sebagai UTC ini adalah bisnes kami sendiri. Menjadi 'boss' dan 'kuli' pada diri sendiri. Jika nak berjaya, kena usaha sendiri, bukannya orang lain. Upline hanya beri tunjuk ajar, bukan tolong buatkan. Sekali-dua tolong buatkan kira bolehlah tapi kalau selalu nak kena tolong buatkan maka tak adillah bagi upline kita. Dia pun asalnya bermula seperti kita juga, belajar dan kemudian buat sendiri.

Aku dan Kak Maz pun saling bertukar pendapat dan dia banyak beri galakan dan idea pada aku. Kami memang saling bersaing. Yang paling untung tentulah Kak Ras sebagai upline bila kami sebagai downline bersaing untuk dapatkan 'Sales (Jualan)' yang banyak kerana ada 'over riding' untuknya. Tapi apa aku nak kisah kalau memang itu rezeki dan hak dia. Apatah lagi Kak Ras banyak bantu aku dan paling bertimbang rasa dengan aku.

Untungnya bila Kak Maz pergi training yang sama dengan aku sebab aku suka tumpang kereta dia waktu pergi dan balik dari Bandar Baru Bangi ke Bangsar. Menyandar sajalah dalam kereta sebab ada pemandu... he..he.. sayang Kak Maz! Tak perlu susah-susah aku nak drive kereta, cari parking atau kalau naik komuter terpaksa berjalan laju-laju dengan menjinjing beg di tangan. Memang banyak senang dari susah!

Minggu satu lagi ada kelas yang kami bertiga nak join sama-sama. Meriah masa waktu rehatlah. Dan sama-sama juga menyertai satu Konvensyen anjuran syarikat di Hotel One World, Bandar Utama. Kali pertama aku ke situ masa majlis perkahwinan sepupu aku di entry INI.

Semalam aku bangun seawal jam 5.15 pagi. Aku terus basuh kain, sidai kain dan memasak sarapan untuk anak-anak sebelum mereka ke tusyen dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Aku sediakan juga makan tengahari untuk mereka bila habis tusyen nanti. Syukur pihak tusyen ada sediakan van untuk hantar dan ambil balik antara rumah dan kelas tusyen. Yang kecil sekali aku hantar ke rumah pengasuh.

Wow! Basuh kain, sidai kain, masak sarapan dan lunch dan hantar si kecil ke pengasuh dapat aku siapkan seawal pukul 7.00 pagi. Selepas tu bergegas pandu kereta aku ke Bandar Baru Bangi di lokasi yang dijanjikan untuk menunggu Kak Maz ambil aku. Kena keluar awal sebab Kak Maz nak hantar anak bongsunya ke rumah maknya di Kelana Jaya.

Bila kita hendak... semuanya cepat siap! Tapi hari ini tak ada kelas maka tak adalah kalut sangat! Pukul 9.00 pagi barulah aku terhegeh nak menyidai kain. Apasal aku tak buat macam semalam, buat semuanya awal. Tentu banyak lagi perkara yang berfaedah dapat aku selesaikan segera.

Dah tau sifat suka bertangguh itu rugi tapi tak insaf-insaf juga!

Tuesday 27 November 2012

Nak boikot ke tidak ni?

Copy dari facebook

Ada yang semangat memboikot dan ada juga yang perlekehkan mereka yang memboikot.

Selagi aku mampu, cuba dan usaha untuk boikot. Orang lain tak mau boikot pun aku tak komen apa-apa apatah lagi nak menghina. Diri sendiri pun tidak sebaik mana dan jauh dari sempurna baiknya.


Sebagai panduan untuk mereka yang nak boikot sahaja.



Israeli occupation forces (IOF) put an end to her dream!

Source : Facebook of MAPIM


Children back to School in #Gaza, but for sorry Sara did not, she was killed with 11 of her family, may be she dram to be doctor or human activist, but #IOF put an end to her dreams and life so sad.
 




Pray for Gaza, Palestin! Alfatihah for Sara.. !

Sumber gambar dari SINI

Anak kecil di sebelah mayat ibunya.  Sumber gambar dari SINI.
Andai hati tidak terdetik walau sedikit pun kesedihan di hati kalian, tak taulah apa aku nak kata bila melihat gambar anak kecil ini. Serius air mata aku menitik.... Ya Allah! Selamatkan bumi Palestin, bersatulah seluruh umat Islam dan seluruh manusia menentang kekejaman yang tidak waras ini.

Sumber gambar dari SINI