iklan

Followers

Pages

Thursday 16 August 2012

Glamourlah Mak Cu dah masuk majalah Wanita pulak!

Amboiii!!! Adik aku sorang ni! 
Dah masuk majalah Wanita le pulak butik mayanya. 
"Makin glamourlah mak cu!", anak-anak akulah yang kata.
Kalau rajin berusaha, Insyaallah berjaya!

Intai majalah Wanita September 2012 di kedai...

Muka depan majalah
Apa cerita tentang adik aku di Asterisk Boutique?
Gambar dia tak masuk, gambar tudungnya saja..

Semuanya 'instant', gaya pantas bertudung!
Ada offer tudung percuma dari Asterisk Boutique di SINI.

Tuesday 14 August 2012

Sultan yang menjadi kesayangan rakyat jelata

Memang selalu aku membaca tentang baginda yang sangat disayangi oleh rakyat negerinya. Malah baginda juga dihormati oleh rakyat-rakyat dari negeri-negeri yang lain. Pagi ini kisah yang aku baca dari facebook page ini mengusik perasaanku yang merasa amat terharu. Betapa bertuahnya negeri itu punya seorang raja yang sangat merendah diri, alim dan berbudi bahasa.


Bacakan perkongsiannya :

"Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia."

Monday 13 August 2012

Lebuhraya yang jem giler!

Woooowww... giler betul ni. Jangan tanya mana aku dapat gambar ni. Copy paste dari rakan facebook je. Aku rasa nak pengsan tengok jalan jem macam ni. Janganlah masa balik raya nanti jadi macam ni! Tak sanggup!


Hati-hatilah memandu di jalan raya. Takut aku dengar berita-berita kemalangan setiap tahun. Tak mau gaduh-gaduh dan nak provoke orang lain jika ada tersilap semasa memandu. Berbaik sangka sajalah. Tidak pun abaikan saja rasa marah tu. Ye lah kan! Kalau dah jem macam ni kadang buat hati sentiasa panas je, sepanas enjin kereta juga.

Sunday 12 August 2012

Buka puasa dengan kurma dahulu

Berbuka puasalah dengan kurma, bukan dengan rokok. Jaga kesihatan!

Mee Sedap percuma untuk berbuka puasa!

Buat maggie goreng untuk buka puasa pun sedap juga. Sekali-sekala bolehlahkan. Aku allergic sikit dengan mee segera ni sebab banyak bahan perasa.

Berapa pulak harganya ni? Aku tengok depa tak letak tanda harga pun. Undang-undang tak dikuat kuasa ni. 

Yang aku nampak perkataan 'PERCUMA' je! Biar betul! He..he..

Thursday 9 August 2012

Dah dapat seruan, tukar je lah!

Siapa yang biasa masuk ke blog aku tentu pelik tengok aku tukar template blog lagi. Pada hal baru berapa minggu aku tukar template dengan background warna biru.. Ini dah bertukar jadi pink.

Dua tiga hari lepas blog aku tak ok. Gambar-gambar di sidebar jadi ada tanda seru macam ni. Gambar ni aku copy je dari blog Queen Of Butterfly, comel je nama blognya.. secomel gambar baby yang jadi header blognya.


Penyelesaian mudah aku senang je. Tak payah teruk-teruk nak fikir macam-macam. Menangis pun jangan juga. Aku tukarkan je template ni. Ikut sukalah nak guna template sedia ada dalam blog tu atau ambil kat mana-mana web. Insyaallah lepas tu dia elok balik le. Apa sebab jadi gitu, aku pun tak tahu! He..he..!

Adam AF2 kata TAK TAHU

Awie Wings kata JIKA KAU TAHU

Awie Wings tambah lagi AKU PUN TAHU

Mila AF lagi hebat kata AKU LEBIH TAHU....


Gurau je..!

Tuesday 7 August 2012

Cepat atau terlewat ke tempat kerja?

Masa aku kerja tetap dulu selalulah kalut keluar nak pergi kerja pukul 7.00 pagi. Awal atau lewat pun beza dalam 15 minit. Terpaksa hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan sekolah terlebih dahulu dan kemudian barulah menghala ke tempat kerja.

Jika awal lagi maka aku memandulah kereta dengan tenang. Jika terlewat pula aku mula merempit. Begitulah setiap hari. Perjalanan lebih lama berbanding hari cuti atau waktu bukan puncak. Jika waktu lengang, 15 minit saja dah boleh tiba ke tempat kerja. Tetapi bila waktu puncak jadi berganda-ganda waktunya. Itu pun nyaris juga guna 'smart tag' bila lalu tol.

Kita boleh nampak perbezaan dua situasi dalam keadaan kita cepat dan lambat. Tentulah kita keluar awal ke tempat kerja itu lebih baik kerana kita tidak menjadi kelam-kabut dalam setiap tindakan dan dapat memandu dengan penuh ketenangan hingga ke tempat kerja.

Bagaimana pula jika kita terlewat. Semuanya menjadi kalut dan nak cepat. Emosi terganggu hingga mungkin akan memarahi orang lain seperti anak umpamanya jika lambat bergerak. Kadang mungkin ada pula barang yang jadi tertinggal.

Bila memandu pula seperti nak merempit saja lagaknya. Jika pemandu lain tersilap dan mungkin mengganggu perjalanan kita mungkin kita pantas marah. Jika marah seorang diri di dalam kereta tu tak mengapa juga tetapi takut jadi lain pula bila kita tunjukkan marah kita pada pemandu berkenaan.

Jika pemandu berkenaan tidak membalas marah kita tak mengapa lagi. Tetapi bagaimana pula jika dia juga baran orangnya dan membalas marah kita tadi dengan cara yang samseng dan jahat.

Bila memandu melulu khuatir juga boleh menyebabkan kemalangan. Kita nak sampai cepat lansung jadi lambat atau mungkin tak sampai lansung. Sama ada kemalangan menyebabkan hilang nyawa atau hilang anggota badan dan tentunya 'hilang duit'. Kadang mungkin menyebabkan kita hilang insan tersayang.

Alamak! Wira cium Ferrari


Sekali-sekala terlewat mungkinlah boleh dimaafkan. Manalah tahu entahkan terlewat bangun tidur. Tetapi jika hari-hari terlewat, bukankah itu habit yang patut kita usahakan untuk dihindari. Maknanya bukanlah silap alarm jam tidak berbunyi tetapi kita yang jenis susah sangat nak bangun awal pagi.

Jika kita selalu terlewat, cubalah awalkan sedikit bangun pagi dari biasa dan jadikan habit seharian.

Kadang kita bangun tidur cuma terlewat 5 minit daripada waktu yang sepatutnya tetapi kesannya terlewat berjam-jam bila kita mula berada di jalanan untuk tiba ke tempat kerja kerana jalan sudah mula sesak.

Sunday 5 August 2012

Ikhlas tapi jauh!

Berniaga kena ikhlas, sumber dari SINI


"Saya buat ni ikhlas kak!".

Sukanya kita dengar bila orang tu melakukan kerja-kerjanya dengan ikhlas. Moga murahlah lagi rezekinya.

Ikhlas melakukan tugasan dengan upah yang telah pun dipersetujui sejak awal lagi. Kita tak minta dia buat kurang mahu pun extra tugasan daripada apa yang bersesuaian dengan jumlah upahnya. Jika dia buat lebih tugasan atas inisiatif sendiri pun kita gembira kerana ikhlas katanya. Kita pun tak perlu nak beri extra upah kerana bukanlah itu perjanjian asalnya. Lainlah jika kita pun ikhlas nak memberi lebih upah.

Tetapi biasa kita dengar istilah 'ikhlas tapi jauh' atau 'macam tak ikhlas je!'. Mulut mengkritik di luar waktu tugasan kepada orang lain kerana upah diterima tidak setimpal dengan tugasan katanya. Padahal itulah upah yang dipersetujui sejak awal lagi antara kedua belah pihak.

Sebab itulah mulut jangan berkata "bayarlah berapa pun seikhlas hati tuan!". Bila jumlah bayaran yang dihulurkan sedikit, hati mula berkata "kedekutnya orang ni! Aku susah payah tolong buat kerja ni, banyak ni je dia bagi?".

Letaklah terus harga upah yang anda inginkan. Tidaklah nanti hati resah kerana tak puas hati  dan mulut mula menjaja cerita ke sana-sini dek kerana tak puas hati. Si pembayar upah pula mula kecil hati dan mungkin jadi marah akibat dirinya diburuk-burukkan tadi. Maka terjadilah permusuhan dengan dosa pun terhimpun sama.

Pihak yang memberi upah pun tanyalah harga dulu untuk pastikan mampu bayar atau tidak supaya tak timbul rasa sakit hati jika situasi tadi berlaku. Kalau tak mampu jumlah yang disebut, tak perlulah nak suruh orang buat. Ini dah suruh buat kerja baru nak tanya upah.

Ambil tahulah nilai upah semasa agar tidak beza jauh rendahnya dengan nilai kerja yang dilakukan.

Situasi berbeza jika kedua-dua pihak benar-benar ikhlas dengan tanggungjawap masing-masing. Hati orang kita tak boleh nak jangka. Kadang nampak macam elok aje tetapi sering mengungkit di belakang kita. Kita pun pandai-pandailah nak menilai. Jangan hanya tahu nak untung hingga mengambil kesempatan atas beralah dan diamnya orang lain hingga kita secara tidak lansung telah pun menindasnya.

Friday 3 August 2012

Belajar berdikari dan tidak cerewet

Mendidik anak untuk menjadi seperti seorang yang kita inginkan tidak mudah dan tidak juga susah. Ia bergantung kepada diri kita sendiri sebagai ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawap kita. Sifat bertanggungjawap untuk memikul tugas sebagai ibu bapa perlu ada di dalam diri kita sebaik saja termeterainya akad nikah dengan pasangan masing-masing. Lainlah jika kita berkahwin dengan niat tidak mahukan anak.

Ilmu ugama penting untuk anak-anak serta disulam dengan mengajar anak-anak sifat-sifat berbudi bahasa dan bertanggungjawap. Ilmu dunia juga penting agar banyak lagi ibadah-badah lain dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sempurna.

Melalui pengalaman sendiri buat aku nak kongsikan beberapa kesilapan yang aku lakukan.

Aku sayangkan anak-anak, tentu juga kalian pun begitu. Kadang terlalu sayang menjadikan anak kurang berdikari, manja dan sukar menghadapi saat-saat susah yang mungkin kadang kita tak duga.

Ada beberapa perkara yang sepatutnya kita ajar dan biarkan anak-anak cuba melakukannya sendiri mengikut usia dan keupayaannya. Kita mungkin tidak selamanya mampu berada di sisinya untuk membantu melakukan segala macam perkara.

1. Ikat tali kasut
Zaman berubah, maka cara pemakaian kasut sekolah juga semakin mudah. Masuk kaki dalam kasut, lekatkan saja penutupnya. Dah siap! Tidak seperti aku dulu yang perlu duduk dulu kerana terpaksa mengikat tali kasut.

 Contoh kasut yang bertali dan pelekat. Copy gambar dari Google je, banyak kasut brand Pallas pulak.

Jika aku suruh anak-anak aku pintal tali kasut ni aku memang yakin mereka tak pandai nak melakukannya. Malas tu memang dah ada tetapi yang menjadi masalah mereka tak pandai nak pintal. Padahal jika dulu inilah perkara asas yang aku lakukan sejak usia menginjak ke darjah 1.

Jom belajar ikat tali kasut :


Dulu pandai juga aku buat style 'checker board' :


Yang ini pulak sangat advance hingga 50 jenis ikat tali kasut :

p/s : Kalau tak pandai ikat tali kasut bermakna tak pandai ikat reben. Kadang nak ikat beg plastik pun terkial-kial. Tak mampu nak bezakan ikat cara reben atau ikat mati.

2. Memasak nasi
Tak kiralah kat rumah tu ada pembantu rumah atau tidak tetapi yang ini memang patut belajar. Nyaris juga anak dara sulung aku yang 16 tahun tu tahu nak masak nasi. Begitu juga adik lelakinya yang 14 tahun tu. Aku belum ajar lagi anak perempuan aku yang 12 tahun dan anak lelaki yang 10 tahun tu tentang cara memasak nasi.

Mak aku pun ajar masak nasi seawal usia 10 tahun rasanya. Termasuklah masakan lauk yang pertama iaitu ikan masak asam pedas. Jenuhlah aku menumbuk cili kering sampai lumat. Sekejap-sekejap bertanya dengan mak "dah ke ni mak?". Maksudnya dah cukup lumat ke belum cili tu.

Kena ajar masak nasi lebih-lebih lagi kalau anak perempuan. Terlebih air jadilah bubur... mmm.. sedap juga makan dengan ikan bilis goreng. Terkurang air, keraslah nasi tu. Kena pesan juga jika memasak nasi guna jenis beras yang berbeza kualitinya. Kadang beras wangi tu kurang sukatan airnya berbanding beras kualiti biasa kerana takut terlebih lembut pula.

Amboi! Nampak sedap sangat bubur Mat Gebu ni! Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni.

Curi je gambar ni dari SINI.










3. Cuci bilik air
Kadang kesian dengan anak sebab penat bersekolah dan ada homework pula yang nak dibuat. Jadi bilik air diaorang pun aku yang basuhkan. Maka anak-anak hanya tahu guna saja.

Kalau boleh suruhlah mereka cuci bilik air masing-masing. Belajar jaga kebersihan bilik air sendiri supaya mereka menghargai untuk sentiasa menjaga kebersihan tidak kiralah bilik sendiri, bilik air rumah rakan-rakan, bilik air rumah saudara-mara mahu pun tandas awam.

Jangan hanya tahu nak bersih tetapi tidak tahu nak membersihkannya. Gelilah sangat, padahal sendiri yang guna. Biar mereka ada rasa hormat juga dengan tugas-tugas makcik cleaner di luar sana. Jangan hanya tahu campak tisu kotor dalam dan tepi sinki. Itulah yang selalu aku nampak di tandas-tandas awam.

Jadi seminggu sekali mereka kenalah bergotong-royong bergilir-gilir sesama adik beradik mencuci bilik air di hujung minggu. 

Jangan jadi seperti kawan aku cerita pulak semasa zaman bujangnya dulu. Bilik air rakan serumahnya kotor sampai upah makcik cleaner cucikan pun tak sanggup. Hari-hari pergi kerja penuh bergaya dengan baju cantik dan sakan bermake-up tetapi tak pandai nak jaga bilik air sendiri.

4. Menjahit kain yang tetas benangnya atau butang baju
Tak kiralah sama ada anak lelaki atau perempuan elok ambil tahu hal ni. Kain tetasnya cuma seinci pun tapi terpaksa hantar ke kedai untuk dijahit. Bolehlah sebab apa ada hal, bayar je upahnya. Tak pun awek pandai jahit, bagi je lah kat dia jahitkan. Simpan je sekotak kecil benang dan jarum untuk waktu-waktu kecemasan.

5. Lipat kain masing-masing
Bila dah mula bersekolah, anak-anak kena belajar melipat kain baju masing-masing. Biar mereka tahu menghargai bagaimana nak ambil baju dari almari dengan baik dan tak jadi serabut. Maklum saja sebab sendiri yang lipat dan tahu kepenatannya, maka kenalah jaga-jaga agar tak berkecamuk baju-baju di dalam almari tu.

Sekali-sekala bolehlah kita membantu mereka lipatkan. Kalau anak-anak dah pandai melipat kain baju masing-masing maka tak perlulah kita nak menggajikan pembantu rumah lagi. Mereka tentu lebih berdisplin dan menghargai baju-baju mereka.

Sebenarnya banyak kerja-kerja rumah yang kita mahukan anak lebih berdikari untuk melakukannya. Sebagai ibu-bapa kita hanya perlu memantau hasil kerja mereka dan betulkan mana yang silap. Kalau semuanya mak ayah nak buat, tak sempatlah nak follow-up pelajaran mereka nanti.

Kadang ada juga aku bertanyakan pada anak-anak "Kalau ditakdirkan mama tak ada, siapa yang nak buat semua kerja ni? Jadi kenalah belajar buat sendiri!". Kita hanya merancang, takdirnya Allah yang tentukan. Saat-saat kecemasan kadang tidak dijangka. Terpulanglah pada diri masing-masing menilai kepentingannya.

Sekarang kita mungkin boleh memilih untuk makan apa yang kita inginkan. Esok lusa tak tahu lagi. Mungkin sebab bencana alam, perang, sakit dan sebagainya memaksa kita tidak berupaya memilih lagi seperti mereka ini. Jadi bab makan pun malas nak cerewet dan memilih sangat, kecualilah jika ia memudaratkan kesihatan atau alah.

Kanak-kanak ini tak mampu memilih lagi. Asalkan perut kenyang pun sudah memadai. Gambar google je!



Pesanan pada diri aku sendiri "Jangan banyak komplen dengan makanan yang orang hidangkan dalam satu-satu majlis". Kalau tak suka tu dok diam-diam.

Wednesday 1 August 2012

Berapa lama lagi nak berhutang? Bila nak habis?

Sumber gambar dari SINI
"Charles* ialah seorang eksekutif jualan serantau yang berjaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata yang masih kecil dan seorang isteri yang cantik. Beliau sentiasa tahu bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dengan cara hidup mengikut kemampuan.
Beliau sudah bertahun- tahun menggunakan kad kredit secara berhemat. Beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kad kredit dan sentiasa melunaskan pembayaran semula dengan kadar yang segera. Namun begitu, beliau tidak pernah membuat simpanan wang untuk kegunaan di waktu kecemasan. Ini menimbulkan masalah kewangan kepada beliau.
Selain daripada isteri dan anak-anak, Charles juga turut menyara bapanya yang semakin meningkat usia. Apabila bapanya memerlukan wang untuk kos prosedur rawatan, beliau akan bertanggungjawab untuk membayar kos rawatan tersebut dan sering menggunakan kad kredit untuk membiayai rawatan tersebut. Namun apabila menerima notis daripada pemiutang, barulah beliau sedar bahawa beliau tidak mampu untuk membuat pembayaran semula kad kredit tersebut.
Pertengkaran besar telah berlaku di antara Charles dan isterinya menjadikan keluarga itu tertekan. Hal ini adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan pemiutang dan dikhuatiri mereka tidak lagi mampu untuk menanggung perbelanjaan harian mereka sendiri.
Charles mendapat tahu tentang perkhidmatan kaunseling kredit dan pengurusan hutang lalu segera menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan. Setelah bertungkus-lumus berbincang dengan pemiutang terbabit, kami berjaya mengurangkan pembayaran hutang bulanan Charles sebanyak 70%.
Charles telah mendaftar dirinya dalam program pengurusan kredit yang kami sediakan dan turut mengikuti jadual pembayaran balik yang diberi. Beliau berhajat untuk menyelesaikan tunggakan kad kredit walaupun jumlahnya agak besar. Kami mencadangkan kepada beliau untuk menjual apartmen yang beliau duduki dan mereka sekeluarga boleh berpindah ke rumah bapanya yang sedang sakit tenat.
Charles menerima nasihat itu dan berjaya menyelesaikan sepenuhnya hutang kad kredit yang tertunggak. Beliau juga mampu menyimpan sejumlah wang baki daripada bayaran itu ke dalam akaun simpanannya. Kini Charles boleh menarik nafas lega kerana masalah kewangan beliau telah dapat diatasi dengan baik.
*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan."
Kisah ini aku petik dari website AKPK, singkatan bagi "Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit" adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu yang bermasalah dengan pengurusan kewangan mereka hasil daripada kesilapan dalam penggunaan kredit dan pinjaman wang.

Ini hanya sebahagian daripada kisah-kisah yang dipaparkan di situ. Kisah mereka yang menghadapi kebuntuan dalam usaha membayar hutang-hutang bank yang tertunggak.

Nasihat aku jika ada antara kalian yang ada masalah sedemikian, eloklah mengadu ke AKPK. Insyaallah! Dapat juga meredakan minda kalian.

Memang benar selama berurusan dalam melunaskan hutang melalui AKPK, kita tidak boleh buat sebarang pinjaman bank. Tetapi jika disoal semula pada diri sendiri, adakah sekarang pun kita layak membuat pinjaman bank? Berapa lama kita nak habis berhutang jika hanya mampu membayar nilai minimum bagi hutang kad kredit kita?

Rata-rata aku dengar ramai yang takut nak mengadu dengan AKPK sebab takut kena 'black list' oleh Bank Negara. 'Black List' selagi berhutang, bila habis hutang maka nama pun bersihlah. Macam rakan aku kena 'black list' kerana terpaksa menanggung hutang saudaranya. Dia jadi penjamin, terpaksalah tanggung salah orang. Tapi sekarang namanya dah 'bersih' di Bank Negara, maka dapatlah dia beli kereta baru, sepadan dengan gajinya.

Sekurang-kurangnya jika kita mengadu dengan AKPK, segala faedah yang dikenakan oleh pihak bank akan terhenti, noktah! Kita hanya perlu bayar jumlah hutang yang sedia ada tanpa faedah lagi mengikut kemampuan kewangan kita. Bayarlah sampai habis!

Maklumat lanjut, intai-intailah website AKPK ; http://www.akpk.org.my/my/