iklan

Followers

Pages

Wednesday, 3 October 2012

Part 10 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 9

Aku hanya tiba semula ke SDMC selepas hubby selesai menjalani pembedahan pintasan jantung pada pukul 5 petang, tarikh yang sama 24 September 2012. Itu pun setelah aku bertanya pada salah seorang adik rakan hubby semasa di kampung dulu melalui SMS. Aku panggil Razz je. Kebetulan dia bekerja di situ. Katanya hubby sudah pun ditolak masuk ke ICU. Bermakna pembedahan telah pun selesai. Rupanya pembedahan hubby hanya mengambil masa hingga jam 10.11 pagi daripada waktu mula masuk sebelum tu pada jam 7.45 pagi.

Tiba di SDMC, aku tidak terus ke ICU tetapi berjalan menuju ke suit klinik yang searas dengan lobby untuk bertemu dengan kak Jamaliah, staff Dato' Dr. Rozali. Aku nak ambil surat cuti hubby yang bermula pada 6 September hingga 22 September 2012 yang lalu.

Kemudian aku naik ke ICU di aras 1 jam 5.15 petang. Hubby masih lagi belum sedar. Kebetulan Dato' Dr. Rozali ada di situ, dia meminta aku menunggu sekejap di bilik tetamu yang ada di dalam kawasan ICU juga.

Penerangan olehnya menunjukkan bahawa 3 pintasan koronari telah dijalankan. Ada banyak lapisan kolestrol lain yang masih nipis menyelaputi dinding-dinding kebanyakan arteri. Jika tidak dijaga dengan gaya hidup yang sihat terutamanya dari segi pemakanan dan senaman, potensi arteri tersumbat semula boleh berlaku. Proses jahitan juga agak sukar kerana lapisan-lapisan kolestrol yang nipis tadi. Dia menerangkan dengan membuat lukisan skematik pintasan salur arteri untuk aku.

Gambar dari SINI

Dia ada memberitahu aku tentang hubby pernah mendapatkan rawatan batu karang di SDMC Subang Jaya yang waktu itu lebih dikenali dengan nama SJMC (Subang Jaya Medical Centre). Barulah aku teringat waktu itu aku juga yang menghantarnya kerana dia tak boleh memandu. Tapi seingat aku dia tidak ditahan di wad dan apa yang berlaku secara terperinci pun tidak aku siasat. Bukan tak mahu ambil tahu tetapi adakalanya aku tak berapa suka nak banyak tanya.

Maka potensi hubby juga mula mengidap diabetes pada tahun 2005. Waktu itu doktor yang merawat hanya mencadangkan hubby menjaga pemakanan sahaja tanpa perlu pengambilan ubat. Silapnya bila sekali-sekala bacaan gula naik sedikit, hubby tidak mendapatkan rawatan atau nasihat susulan. Aku pula menganggap 'pandai-pandailah!' dan tidak pernah bertanya.

Diabetes boleh juga menyebabkan serangan sakit jantung jika tidak dikawal dengan baik. Mungkin itulah penyebabnya selain cara pemakanan yang kadang-kala sedapnya menikmati udang, sotong, kerang, daging dan pelbagai makanan berkolestrol tinggi dalam kuantiti yang banyak. Selalunya kita hanya mengelak makanan yang manis dan berlemak tetapi terlupa pada makanan laut yang kebanyakannya tinggi kandungan kolestrolnya.

Aku hanya melihat hubby dari luar bilik berdinding kaca. Bukan tak boleh nak masuk tetapi aku fikir nanti saja bila melihat keadaanya yang masih belum sedar. Berselirat pelbagai jenis tiub di leher, dada, hidung, lengan dan mulutnya. Kesiannya aku tengok.

Sementara menanti hubby sedar, aku mengajak Razz minum dulu di Subway. Semasa sedang makan di situ, tak lama kemudian kelihatan, Dato' Dr. Rozali, Dr. Mary dan seorang rakan lain datang. Angkat tangan dan tersenyum sajalah. Mereka pun kenal dengan Razz.

Jam 7.00 malam aku bergegas semula ke ICU. Nurse memberitahu bahawa hubby baru saja sedar. Sejuk tangannya. Sukar dia nak membuka mata akibat pengaruh bius yang masih kuat. Dr. Mary selaku pakar bius yang memantau hubby bermula dari dia dibius hinggalah sedar memberitahu keadaan hubby ok saja. Tiada masalah yang timbul. Perkara yang sama juga Dato' Dr. Rozali katakan pada aku.

Aku nampak ada hampir 5 jenis ubat dimasukkan ke dalam tubuh hubby melalui tiub di pangkal lehernya. Aku hanya perasan nama 'Morfin' saja, nama sejenis dadah yang kita biasa dengar. Mabuklah hubby dibuatnya.

Jika sebelum tu ada tiub di mulutnya tetapi kali ini aku lihat tiub itu dah pun dicabut. Sukar dia nak bercakap, aku kena dekatkan telinga di mulutnya.

"Rehat dulu yang!", itu sajalah yang aku mampu katakan.

Tiub di dada untuk membuang lebihan darah kotor dari pembedahan. Ada tiub untuk masukkan air dan air garam melalui lengan. Kencing juga melalui tiub yang disambung terus ke salurannya. Sana-sini dicucuk!

Terseksa melihat keadaannya buat aku ingin mengingatkan diri sendiri dan kalian juga. Betapa sukarnya menghadapi keadaan begini bila badan kita dibedah, kesakitan, wang, masa yang terpaksa dikorbankan dan pelbagai bentuk kehilangan yang terpaksa kita lalui.

Jagalah diri kita!

Sambung ke Part 11

6 comments:

pena rozie said...

Dah lame x dtg melawat...

Kakcik Seroja said...

Semoga semuanya akan kembali pulih. InsyaAllah.

Norliha Samad said...

sama-samalah kita jaga kesihatan diri kita.

pB said...

semoga sembuh dengan cepat ...


kesihatan perlu dijaga
tapi bukan mudah untuk menjaga kesihatan

jeBateja said...

Moga segera sembuh Pak Pisal....Kalau ada projek2 baru jgn lupa sama saya....

Nak jawap soalan di FB....pegi Taiwan untuk satu projek baru SMC...Beli mesin...kira2nya PDI = Pre Delivery Inspection....

Saya minat projek2 baru ya Pak Pisal sebab di situ saya lebih mudah belaja ilmu2 baru...SIB sudah 3 tahun ngak hantar saya pegi training...jadi itu sahaja input ilmunya...

Saya ya enggak bijak...maka saya harus bertindak bijak...maka Pak Pisal harus Bijak untuk terus bersemangat melawan sakit dan moga2 kita akan ada projek bersama nanti...Isya ALLAH...

Raja Azrul said...

Salam,

Amat tersentuh membaca kisah saudari. Saya sendiri akan mengalami pengalaman ini kerana ibu saya dijangka akan dibedah (pintasan jantung) pada hujung minggu ini. Saya hanya berserah kepada Allah, dan kalau lah saya boleh tanggung penderitaan ini, saya rela.

Coretan saudari sungguh bermakna. Sedikit terkilan, ketika ibu akan dibedah saya mungkin tiada di sisi kerana terpaksa bertugas di luar negara.

Semoga suami saudari cepat sembuh, dan benarlah..hargailah kesihatan kita! Amin.