iklan

Followers

Pages

Wednesday 30 November 2011

Puding taruk oreo... sekali hadap je dah habis!


Perghhh... tak sangka pulak resepi puding marble campur biskut oreo ni dibuat segera oleh si JeBateja selepas aku call wife dia si Gula Hangus pasal ni. Gambar kat atas ni versi JeBateja, hasil dari apa yang anak dara aku, Aishah yang buat. Aishah ubahsuai dari puding yang diaorang selalu jual tu juga sebenarnya.

Versi orang bisnes macam JeBateja dan Gula Hangus tentulah lebih sweet gitu. Kalau nak resepi korang tanya diaoranglah ye. Versi yang anak aku buat memang sedap gilerlah! Terasa kombinasi puding yang sedap tu dengan biskut oreo yang coklat tu.

Sebenarnya ada lagi jenis puding lain yang aku bagitau kat wife Jebateja tu. Puding yang ada campur dengan roti gardenia. Aku bagi resepi cara lisan aje, pandai-pandailah dia nak putar alam resepi tu bagi lagi power sedapnya. Nanti aku tanyakan sama ada dah buat ke belum.

Inikah jenis pewaris yang kita harapkan?

Gambar dari SINI

Baru bersekolah rendah tapi dah pandai benar mencuri bagaikan perompak dewasa. Usia 10 tahun dan 12 tahun sepatutnya lebih fokus dengan pelajaran dan apa-apa karektor yang setara dengannya. Tetapi yang ini sudah galak 'bekerja keras' memecah masuk pejabat sekolah dengan tujuan untuk mencuri barang-barang yang beribu ringgit nilainya. Terbayangkan habuan yang lumayan agaknya walau pun ianya salah di sisi ugama dan undang-undang.

Bacalah berita di muka hadapan Harian Metro hari ini dengan tajuk 'Aksi Toyol'.

Inilah 'latihan awal' perompak yang ingin menjadi profesional apabila usia mencecah dewasa. 'Latihan awal' yang mungkin menyusahkan diri sendiri di dunia dan pastinya mendapat hukuman di akhirat. Ada yang terlepas hukuman dunia tapi tak dapat lari dari hukuman di akhirat nanti. Pastilah juga menyusahkan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Fenomena yang cukup menakutkan kita dengan perkembangan yang tidak sihat ini. Kecil-kecil dan pandai mencuri, bila besar lebihlah lagi. Moga segera insaf agar 'kerja' yang dipilih ini tidak kekal dan berubah menjadi insan berguna. Amin.

Lain pula halnya dengan seorang bapa ni yang memang nak wariskan kerja-kerja jahat ni pada anak-anaknya. Durjana sungguh! Dia dah la buat jahat, dikerahnya pula anak-anaknya turut serta dalam berita ni 'Bapa kerah dua anak jadi penjenayah'.

Tuesday 29 November 2011

Lemasnya dengan bau asap!

Gambar dari SINI.

Semalam aku lunch bersama anak-anak di restoran berhawa dingin di sebuah restoran di Nilai, N.Sembilan. Tapi tak sangka pula ada insan yang dengan selamba merokok dalam restoran tu. Aku ingatkan dalam restoran yang ada aircond ni sedia maklumlah bukan tempat yang sesuai untuk merokok.

Melilau juga mata aku tengok keliling kot ada bertampal kertas larangan merokok. Patutle minah tu merokok, tak ada pun larangan merokok kat restoran tu. Minah ye yang merokok, bukanlah mamat.

Bila perempuan yang merokok ni terasa macam tak elok pulakkan. Bertudung pulak tu. Apa pulak bezanya lelaki dan perempuan merokok? Memang berbeza pun di mata aku. Tak manis sangat perempuan kalau merokok. Sedangkan melihat lelaki merokok pun aku tak berapa berkenan, inikan pula perempuan.

Jika ditanya petua nak awet muda oleh insan yang merokok tentulah aku cadangkan tinggalkan tabiat merokok dulu. Banyak buruk dari baiknya. Merokok ni banyak menyerap vitamin C dari badan yang penting untuk kulit sihat. Kulit kita mudah menjadi kering dan penampilan wajah boleh jadi agak kusam.

Selain meninggalkan bau badan dan bau mulut yang tidak menyenangkan ianya juga memburukkan warna gigi kita. Apatah lagi dalam paru-paru menjadi semakin sesak dengan asap rokok yang terkumpul dari bentuk asap kepada pepejal yang melekat sedikit demi sedikit.

Merokok juga menyebabkan orang sekeliling kita sering mendoakan perkara-perkara yang tak baik untuk kita. Maksud aku, dah tentulah mengomel dan merugut bila rimas dengan bau asap yang menyesakkan pernafasan orang lain.

Berita di Harian Metro pagi ini di mana tiga orang maut hanya kerana sebatang puntung rokok. Empat yang lain pula cedera parah. Nak menyesal atas perbuatan yang kelihatan remeh pun dah tak guna. Tak pastilah pula kalau salah seorang mangsa itu yang menjadi puncanya. Kalau tidak nak hantuk kepala ke dinding sebab menyesal atas kesilapan sendiri pun tak dapat nak 'undo' semua musibah tu.

Berita penuh, klik tajuk "Rentung atas air".

Memang susah juga nak berhenti merokok, tapi berusahalah. Insyaallah moga Allah permudahkan usaha kalian. Kalau tak sayangkan orang lain pun, sayangilah diri sendiri.

Monday 28 November 2011

Al-Fatihah! Abang Sudin dalam kenangan

Lama aku tak posting kat blog.... sejak akhir-akhir ini memang sibuk. Lagi pula dah cuti sekolah, lebihlah sibuk dengan anak-anak di rumah, kerja dan menghadiri majlis kahwin di sana-sini.

Dalam pada sibuk, berita sedih aku terima pada pukul 6.30 pagi bertarikh 24 November 2011, Khamis. Waktu itu aku berada di Semanggol, kampung hubby. Baru sampai Semanggol pada pukul 2 pagi.

Satu panggilan telefon yang membuatkan hati aku berdebar untuk menjawabnya. Aku menerima berita tentang abang Sudin yang telah pun meninggal dunia di dalam komanya dari adik Allahyarham. Kisahnya pernah aku ceritakan dalam entry 'Derita isteri suami koma - mohon bantuan'.

Aku terus SMS mak, kakak dan adik aku tentang berita ini kerana ahli keluarga aku juga mengenalinya. Jika teman blogger, hanya Hanis Azla yang aku maklumkan kerana kami bertiga pernah bekerja di tempat yang sama walau pun tidak pula pernah mengenali antara satu sama lain semasa di sana.

Pada cuti deepavali, 26 Oktober 2011 yang lepas, aku sempat menziarahinya di Hospital Sabak Bernam. Seakan mengerti dengan sapaan aku dan hubby, arwah waktu itu mengerlipkan matanya yang separa terbuka setiap kali kami habis berkata. Seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan pada kami. Memang aku menahan air mata waktu itu. Namun tumpah juga sewaktu aku menyalami ibunya ketika mahu beransur pulang.

Hanya keajaiban Allah yang mampu kami pohon agar abang Sudin pulih semula. Namun setelah hampir genap sebulan aku menziarahinya, pemergian buat abang Sudin adalah yang terbaik yang telah Allah tentukan. Walau pun pahit untuk aku menerimanya, apatah lagi ahli keluarganya yang sangat menyayanginya namun itulah yang perlu kami terima dan redha.

Pukul 10 pagi aku, hubby dan si kecil Arif bertolak ke Sabak Bernam untuk menziarahi arwah. Anak-anak yang lain kami tinggalkan dulu di rumah neneknya di Semanggol. Perjalanan agak jauh menuju ke Parit Sungai Panjang. Tepat azan zohor kami tiba di masjid berhampiran rumah arwah.

Sewaktu tiba di rumah arwah, ahli keluarganya sedang solat jemaah zohor. Aku dan hubby sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Wajahnya kelihatan tenang, seperti tidur lena. Hubby dapat turut serta dalam solat jenazah selepas itu yang dibuat dua kali. Kali pertama jemaah dari ahli-ahli keluarga dan kemudian jemaah jiran-jiran dan kenalan arwah.

Posting hubby di wall facebooknya - terasa benar kehilangan seorang teman yang baik.

Ramainya teman-teman lama yang hadir dari Bandar Baru Bangi dan juga jiran-jirannya dari Seremban untuk melawat arwah buat kali terakhir. Jelas arwah adalah insan yang disenangi ramai orang, ramah, bertolak ansur, taat ugamanya dan ada yang kata suka 'berselogho' atau berseloroh yang bermakna suka bergurau.

Syukur alhamdulillah melihat Allah mempermudahkan urusan jenazah. Moga Allah menempatkan Allahyarham abang Sudin di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah..

Wednesday 23 November 2011

Jaga nama baik kita sebagai tuan rumah yang wajib menghormati tetamu yang baik!

Aku copy paste pesanan ini dari fan page facebook Malaysia Football Fans.

"Malaysia Football Fans ingin meminta kepada penyokong bolasepak Malaysia yang akan pergi ke stadium malam ini, tolong jangan buang botol air ke dalam padang/trek, jangan bawa mercun dan paling penting sekali hormati lagu kebangsaan lawan bila dimainkan, ini semua berkaitan dengan imej negara dan rakyat Malaysia. Kita kena belajar hormati tetamu kalau tak nak di copkan sebagai orang yang tiada tamadun. Kerjasama anda amat dihargai."

Jadi.... tolonglah ikut pesanan tu ye! Biarlah orang lain buat benda-benda yang tak baik tu, jangan kita pun nak cari macam diaorang juga. Jaga nama baik kita sebagai tuan rumah yang wajib menghormati tetamu yang baik.

Moga kemenangan malam ni untuk perlawanan bola sepak berpihak pada Malaysia yang melawan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.30 malam di RTM1.

Tuesday 22 November 2011

Gol penalti kemenangan Malaysia! Tahniah!

Aku tak sanggup dah nak terus tengok lawanan perlawanan bola malam tadi antara Malaysia dan Indonesia dalam final Sukan Sea ke 26 tu. Pada separuh masa kedua tu masih lagi terikat seri 1-1.

Ngeri bila pemain Indonesia menyerang di kotak penalti Malaysia. Lepas tu aku frust giler bila pemain Malysia gagal menjaringkan gol di depan pintu gol Indonesia. Bukan nak marah pemain Malaysia pun tapi geramnya bila kena sipi-sipi je bola tu.

Dalam facebook, Ujang kata tengok bola boleh sembuh sakit jantung. Oooo... tidaklah, rasa nak luruh jantung aku tengok malam tadi walau pun tak tengok habis.

Tapi info dari Amy pula kata ada yang meninggal dunia pada malam perlawanan. Sudah ajalnya di situ.. Al-Fatihah dan salam takziah. Entrynya di SINI.

Pagi ni aku tanya anak teruna aku yang berjaga malam dengan ayahnya menonton final bola "sapa menang bang?".

"Malaysia menang! 5-4 sepak penalti!" jawab dia.

Lega dan gembiranya aku dengar. Mungkin minda aku sarat dengan rasa pentingnya kemenangan ini kerana lawannya adalah Indonesia. Agak emosi sikit aku.

Tahniah pada semua pemain Malaysia yang bertungkus-lumus berjuang di padang bola malam tadi. Berbaloi sungguh kemenangan malam tadi.

Gol penalti kemenangan Malaysia!

Sunday 20 November 2011

Baru tengok! Best juga ye Master Chef..


Gambar dari SINI bersama resepinya. Ikan haruan tuu...

Seronok tengok mereka memasak. Ada pelajar, doktor, artis dan pelbagai latar belakang kerja yang turut serta dalam pertandingan memasak ini. Malah ada antaranya penoreh getah dan nelayan. Memang hebat persembahan gaya masakan mereka.

Aku tertengok siaran ni semalam di rumah kakak aku. Mak aku yang pasang, dia memang suka memasak. Rupanya mak aku dah lama mengikuti siaran Master Chef ni. Dapat jugalah sedikit ulasan dari mak tentang seorang peserta yang agak sensitif katanya.

"Dia ni sensitif, kadang kena komen dengan juri pun dia nangis!" kata mak.

Bila aku amati wajah peserta tu... Laaa... ini Ary Malik, pelakon. Tak kenal Ary Malik? Dah berusia 40 tahun, tetapi nampak lebih muda dari usianya.

Inilah Ary Malik, lagi infonya di SINI.

Aku suka tengok bersemangatnya mereka memasak dalam program Master Chef ni. Baik yang lelaki mahu pun perempuan. Memang beranilah mereka melakukan sesuatu yang bukan bidang utama mereka.

Siapa nak like dan baca di facebook Master Chef, bolehlah klik kat SINI.

Monday 14 November 2011

Tiga anak lelaki yang macam-macam..

Aku dikurniakan lima orang anak yang terdiri daripada dua perempuan dan tiga lelaki. Biasanya anak lelakilah yang paling banyak buat perkara yang pelik-pelik dan lebih memeningkan kepala. Pun begitu syukur sebab walau pun lelaki pandai juga Amirul dan Azri sidai kain, lipat kain, gosok baju sekolah dan basuh pinggan sendiri. Tiada pengecualian untuk anak-anak lelaki aku yang dua orang tu. Arif yang bongsu pun baru 2 tahun, dah besar nanti kena belajar buat sendiri juga seperti abang-abangnya juga. Cuma bila suruh Amirul mandikan dan tukar lampin Arif selalu saja terkial-kial sedangkan adiknya Asyikin yang lebih muda dah pandai uruskan Arif.

Amirul, 13 tahun
Anak aku yang montel ni sudah pun punya berat badan dan ketinggian melebihi aku dan hubby. Asal nak ambil gambar sering saja menyorok. Orang dah besar, malu agaknya. Susah benar nak ulangkaji buku pelajaran tapi rajin juga menolong aku membuang sampah ke tong besar di luar rumah. Itu pun nak kena ingatkan selalu. Kalau tidak dia buat tak tahu juga. Cuma tidaklah merengus marah bila disuruh.

Azri, 9 tahun
 Inilah satu-satunya anak aku yang sentiasa slim berbanding yang lain hinggakan Arif dah pun boleh pakai baju-bajunya yang tahun lepas. Koboi mana tersesat pulak ni. Bila bercakap dengannya perlu diulang berkali-kali biar jelas. Lambat fahamnya sebab selalu hilang tumpuan. Kerap leka bermain. Selalu beri aku soalan-soalan yang pelik seperti "gigi manusia ada berapa?", "dulu-dulu dinasour wujud ke?" dan macam-macam lagi. Pening aku nak jawap.

Arif, 2 tahun
Sakit perut kakaknya ketawa bila tengok gambar Arif ni. Jangan salah faham ye! Bukan aku yang buat begini tapi dia sendiri yang pakai. Sekarang Arif dah makin cerewet tentang penampilannya. Baju selalu nak pilih sendiri "nak esyem (hensem)!". Kadang selalu menolak kalau aku yang pilihkan. "Mama! Iyak (ketiak)!" tanda suruh aku spray minyak wangi ayahnya di ketiak. Kena spray depan dan belakang baju juga, pengaruh ayahnyalah ni. Kasutnya ada dua pasang dan selipar sepasang tapi hanya sepasang sahaja yang menjadi kegemarannya. Dah pandai nak mengikut abang-abangnya ke sekolah. Pengaruh bergusti pun dapat dari abang-abangnya juga. Pernah menangis sebab mukanya tersembam ke lantai gara-gara nak ikut 'breakdance' seperti dalam TV. Bahaya betul pengaruh TV, budak 2 tahun pun pandai nak mengikut. Lagu favorite dia tentulah lagu "Insyaallah" dari Maher Zain. Dengar sekali terpaksa diulang berkali-kali sama ada dari handphone atau CD dalam kereta ayahnya.

Macam-macam kerenah anak-anak ni. Kalau tak sabar mungkinlah kena dera oleh orang dewasa. Hilang akal agaknya mereka yang suka mendera budak-budak ni. Terlupa agaknya mereka dulu pun nakal juga masa kecil-kecil dulu. Kita yang dewasa kenalah melindungi mereka, bukannya menyakiti yang tak tentu hala. Nak mengajar pun ada caranya, janganlah berlebih-lebihan menghukum.

Eh! Nasi Beriani Anje juga ke rupanya...


Sedap puding ni... Nak? Mintak kat Ijan @ JeBateja

Ooooo.... baru aku tau! Sebelum hubby belanja aku anak beranak makan kat Restoran Nasi Beriani Anje, Bandar Baru Bangi tu awal-awal dia dah belanja Ijan @ JeBateja and the gang di tempat yang sama. Hubby tak cerita pun kat aku, memang jenis tak rajin nak bercerita pun. Aku ni aje yang jenis peramah bercerita. Aku pergi pun dah lewat pukul 3 petang pada hari yang sama juga, hari Sabtu.

Itulah perangai hubby aku. Kalau dia dah suka makan kat satu-satu tempat tu, selalunya kat situ jugalah yang dia pergi. Restoran lain yang jadi kegemaran hubby di Bandar Baru Bangi ni tentunya restoran Mohd Chan Abdullah. Kalau tidak pun restoran D'Arab Cafe yang berdepan hotel Residence Uniten.

Ijan @ JeBateja kawan hubby aku sejak depa bujang lagi. Sama-sama rajin bekerja dan setia bekerja dengan syarikat yang sama sejak tahun 1992 lagi hingga kini. Sebut saja nama dua orang ni kalau tiba di syarikat ini, Insyaallah ramai yang mengenali. Mereka berdua bukan taraf pengurus pun, hanya bermula dari tahap juruteknik, naik ke penyelia dan seterusnya jurutera.

Apa kelebihan syarikat tu? Apa yang aku lihat, kebajikan pekerja sentiasa dijaga dan hubungan sesama pekerja juga rapat. Semuanya pekerjanya muslim, maka tiada masalah tentang waktu solat Jumaat dan sering diadakan kelas-kelas agama pada hari Jumaat dan kadang ceramah ugama pada waktu-waktu tertentu. Apabila ada musibah atau kematian yang menimpa pekerja, maka beramai-ramailah mereka mengadakan solat hajat atau pun majlis bacaan Yassin.

Wahh... aku pulak yang promote syarikat dia lebih ye? Ikhlas ni dari pemerhatian aku selama 17 tahun.

Setiap tahun pihak syarikat akan adakan majlis sambutan aidilfitri secara besar-besaran. Semua ahli keluarga para pekerja, para pembekal dan pelanggan syarikat turut dijemput. Peluang perniagaan untuk pembekal makanan juga banyak... nak bekalkan makanan yang pelbagai. Makan sampai kenyang.. macam kat entry INI.

Buat rakan yang juga telah aku kenali sejak 17 tahun yang lalu, Ijan @ JeBateja : Terima kasih kerana menjadi rakan yang baik sejak dulu. Lepas ni aku kena ingat siapa yang datang hantar kek pelangi atau puding ke rumah jiran sebelah aku kalau terdengar bunyi hon kapal dari MyVinya yang comel tu. Memang terkejut aku kalau dengar bunyi hon tu si Ijan @ JeBateja ni.

Sunday 13 November 2011

Bayang-bayang tak mungkin lurus dari kayu yang bengkok

Lama benar aku tak kongsikan kata-kata yang dicoretkan oleh Ibu Nora dari wall facebooknya. Sangat indah dan mempunyai makna yang sangat mendalam :


"Yang menghidupkan hati adalah iman dan yang mematikan hati adalah kufur.. Sedang yang menyihatkan hati adalah taat dan penyakitnya adalah terus menerus dalam kemaksiatan.. Yang membangunkan hati adalah zikrullah dan yang menidurkannya ialah lalai..."

"Bahagia itu letaknya di hati, erti bahagia itu apabila merasakan diri cukup tenang dan damai, untuk merangkulnya tak mudah namun tak juga susah andai istiqomah menjadi santapannya, koreksilah diri sendiri,layakkah kita untuk bertemu Bahagia milik kita, jalannya bermula dari kita, muhasabah diri dan istiqomahlah dalam setiap apa yang kita lakukan..."

"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik.. Maka ketahuilah, bahawa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu..
- Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad -"

"Mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok..."

Terima kasih Ibu Nora yang tak jemu-jemu mengingatkan teman-teman tentang keindahan Islam..

Saturday 12 November 2011

Lupa tarikh ulang tahun perkahwinan 11.11.11 akan datang? Melampaulah tu!

Tarikh 11.11.11 sudah pun berlalu. Memang cantik susunan nombornya. Macam plet kereta adik angkat dan jiran aku je.. 1111. Macam susunan tiang pagar aje. Ramailah yang sibuk nak kahwin pada tarikh yang cantik ni. Mmmm... kalau ada yang lupa tarikh ini sebagai ulangtahun perkahwinan, memang melampau kot..ha..ha..

Bagai kata Diana, tarikh yang cantik ni bukanlah bagus sangat. Banyak bikin susah juga. Baca ngomelan Diana di entrynya INI. Rakan facebook aku pun ada yang tak suka betul dengan tarikh ini.

"suka sampai menyusahkan org lain...??? di 1 masjid di Pahang tok kadi terpaksa menikahkan 11 pasangan serentak.... sedara-mara pula terpaksa ambik cuti balik kampung, nanti cuti sekolah nak balik lagi..."

Begitu penangan tarikh yang cantik tersusun ni.

Tarikh 11hb ni banyak kaitan dengan aku juga sebenarnya. Antaranya :

11 Mac - tarikh lahir kawan aku
11 May - tarikh lahir kakak aku
11 Sep - aku mula bekerja di Sony
11 Oct - tarikh lahir adik aku
11 Nov - ulang tahun perkahwinan kawan aku
11 Dec - ulang tahun perkahwinan aku

Namun sedihnya bila aku terbaca berita tragedi 11.11.11 yang tak mungkin luput dari ingatan kesemua ahli keluarga, rakan terdekat bagi mangsa-mangsa kemalangan jalan raya ini. Ia melibatkan bas, sama seperti tragedi 10.10.10 yang lalu. Berita dan gambar-gambar di SINI. Alfatihah...

Bagi aku, boleh suka dengan tarikh-tarikh yang cantik tapi elok di fikirkan dulu kekurangan dan kelebihannya. Salam tahniah buat kedua-dua adik angkat lelaki aku yang nikahnya pada tarikh keramat 11.11.11 tetapi majlis kendurinya di hari ini, 12.11.11. Seorang di Melaka dan seorang lagi di Johor. Kedua-duanya sebaya dengan adik kandung aku yang seorang tu, perempuan. Kebetulan pula umur ketiga-tiganya sama dan kedua-dua adik angkat aku pula nikah pada tarikh yang sama. Moga bahagia selamanya bersama pasangan masing-masing. "Lama Kak Liza menunggu korang nak kahwin, tapi bila tiba harinya tak dapat hadir pula!.. Sedih!"

Mana satu nak klik ni? Confused!


Canggih mamat ni!..


Lama aku tak BW dan tak up-date sangat entry di blog ni. Sibuk sangat dengan kerja... Sendiri kuli, sendiri supervisor dan sendiri juga manager. Kerja sendirilah tu maknanya. Tak kerja tak berduit le..

Aku sibuk menguruskan blog aku yang satu lagi. Blog yang banyak membantu aku menambah pendapatan sampingan. Sibuklah aku mempromosi telekung dan jamu T.Warisan Anggun di blog Adzrien Shoppe di facebook. Lagi pun memang minat aku pun niaga secara online ni. Ada masa lebih untuk anak-anak.

Tapi niaga online tidaklah semudah yang di sangka. Perlu usaha yang konsisten, Insyaallah adalah ganjarannya. Yang penting jaga etika dan jujur.

Bila musim cuti sekolah dah nak bermula, aku kenalah ambil peluang lebih untuk keluar berjumpa client-client unit trust aku. Bila cuti sekolah, tak perlu nak risau hantar dan ambil anak di sekolah. Jadi masa yang ada tu aku gunakan untuk keluar dengan selesa.

Bila dah sibuk dengan kerja di luar rumah, blog ni agak terabai sikit. Mohon maaf sangat-sangat jika aku tak sempat nak balas kunjungan teman-teman blogger.

Tadi sempat balas lawatan beberapa blog. Terjumpa satu blog yang isinya menarik tapi agak serabut di pandangan mata aku. Aku jadi 'confused' memikirkan yang mana satu entry tuan blog, mana pula entry pautan rakan-rakannya. Tak pasti nak 'klik' yang mana satu.

Font yang digunakan agak kecil. Terlalu banyak iklan di atas, kanan dan bawah (macam blog aku juga ke?). Agak sarat... mungkin perlu di susun semula agar lebih teratur. Aku tinggalkan juga komen dientrynya walaupun agak menyusahkan kerana perlu menaip semula nama, email dan web aku (biasanya aku taip huruf pertama pun akan keluarlah nama penuh, ini tak ada pulak). 'Word verification' pun agak panjang yang perlu taip dua perkataan.

Mengata blog orang..mmm... blog aku ni pun rasa macam serabut je. Nantilah bila free aku edit semula..

Thursday 10 November 2011

Banyak buruk dari baiknya

Keranda rokok...


 Ada juga yang nak tulis buku ni...ishh..ishhhh...


Aku anti rokok... sakit kepala bila bau asap rokok.

Monday 7 November 2011

Belajar sampai hujung pokok nyor je!

Kisah benar yang diceritakan oleh mak pada aku (adzriel.com) suatu ketika dulu :

"Kamu sekolah mana?", tanya abang Dee pada Joe.
"Sungai Siput", balas Joe.
"Mmmm... tak ke mananya kamu belajor, sampai hujung pokok nyor je le!", perli abang Dee.
Joe tidak membalas kata-kata abang Dee.


Sebaik pulang ke rumah, Joe terus bertanya pada ibunya "mak! Kenapa Abang Dee kata belajor sampai hujung pokok nyor je?". Jujur benar pertanyaan Joe. Masih belum mengerti. Baru menjejak kaki ke tingkatan 1 pun.

"Alaa.. dia perli kamu le Joe. Mentang-mentang kamu tak ada bapak, belajor tak sampai ke mana le" Jelas ibu Joe.

"Saper yang nak belajar sampai hujung pokok nyor? Apalah abang Dee ni!", rungut Joe pada ibunya.

"Tak pelah Joe, kamu buktikan yang kamu boleh belajar tinggi-tinggi. Pedulikan cakap abang Dee tu!", ibunya cuba membakar semangat dalam diri Joe. Geram pula ibunya dengan kata-kata abang Dee yang juga merupakan anak saudaranya juga.

Itulah kenangan yang tiba terlintas di minda Joe tatkala melihat kelibat abang Dee yang tersengih-sengih memandangnya sebaik Joe turun dari kereta Mercedes Benznya.

"Tu dia! Datuk Joe dah balik!", kata abang Dee pada saudara-mara yang lain. Mendahului yang lain menyalami Joe. Terlupa dengan kata-kata perlinya 40 tahun yang lalu.

Tidak ada dendam dan benci tersimpan di hati Joe. Cuma terkilan bila kata-kata 'belajar sampai pokok nyor' tu terkeluar dari mulut sepupu sendiri. Sepatutnya sepupu sendiri memberi dorongan dan galakan, bukannya sering menghina dan memandang rendah padanya.

Itu semua kisah lama dan masing-masing sudah pun berusia. Joe pun sudah pun punya menantu, berbesan dengan anak Datuk lagi. Walau pun Joe tidak bergelar Datuk mahu pun Tan Sri, tetapi jawatan pengarah yang dipegangnya juga membuatkannya di kenali ramai dan sangat dihormati.

Masin mulut arwah ibu Joe, anak bongsu dari sembilan adik-beradik yang paling berjaya. Biarn pun besar rumahnya, besar juga keretanya dan tinggi pangkatnya, ia bukanlah menjadi alasan untuk Joe bersikap sombong. Dia tetap Joe yang peramah dan mudah tersenyum bila pulang ke kampung halamannya. Sekali-sekala menziarahi kakak dan abangnya yang tinggal di kampung dan menghadiri kenduri-kendara jika ada yang menjemputnya.

Ingin saja kakak pada Joe membalas kata-kata abang Dee "Itulah anak yatim yang kau kata cuma layak belajar sampai hujung pokok nyor je!". Tapi rasa itu simpan dalam hati saja.

Kesian abang Dee, mengata orang hingga diri sendiri pun tak ke mana. Tetap dengan cara hidup lama yang diwarisi sejak kecil lagi yang turut diwarisi pula oleh anak-anaknya. Tak maju ke mana pun. Kata-kata "belajar sampai hujung pokok nyor je!" memakan diri sendiri. Nyaris juga ada monyet yang bantu kaitkan buah nyor (kelapa) tu.

Saturday 5 November 2011

Eh! Dina Nazir datang laa...

Curi kat wall facebook Beauty Farmasi Colour Cosmetics...
Blog dia kat SINI

Sukalah tu! He..he.. what a mistake dia tak ambil gambar Dina. 
Kalau aku kalut gila dah ajak Dina bergambar bersama. Siapa Dina??



Inilah Dina Malaysian Idol, sekarang DJ di radio Era FM.

Thursday 3 November 2011

Kenapa kau buat aku begini??

Kesian betul....
Why..????

Jangan menggigil nak SPM ni, Siti dah bagi semangat!


Excited gila 'kakak' dapat bergambar dengan Siti. Sampai kena tegur dengan Siti sebab tangan 'kakak' menggigil masa tu. Gambar masa majlis kahwin Dr. Azman dan Dr. Zahira.

Hari Raya Haji jatuh pada 6 November 2011. Selepas seminggu saja dah mula exam SPM. Selesa ke nak beraya? Memikirkan SPM lebih berdebar rasanya berbanding UPSR dan PMR. Langkah pertama untuk mendapatkan tempat di IPT tu. Tarik nafas dan cuba bertenang untuk semua calon-calon SPM, ibu bapa, guru-guru dan mereka yang berkaitan.

SPM bermula 14 November 2011. Boleh jenguk jadualnya kat ePutra ni.

Aku pun suspen juga sebab anak saudara aku pun bakal menghadapi SPM tahun ni. Anak kakak aku, owner Beauty Farmasi Colour Cosmetics. Tahun lepas abangnya, syukur dah lepas ke UNITEN di Bandar Muadzam, Pahang. Beza umur setahun 4 hari je diaorang berdua tu.

6 November dia beraya dulu, 8 November raikan harijadi ke 17 dan 14 November pulak berjuang untuk SPM. Good luck 'kakak' (panggilan aku pada anak saudara)!! Cucu kedua mak ni.

Asyik study mengadap buku saja pun bosan juga. Zaman aku dulu selalu diiringi muzik Kitaro guna walkman. Sekarang lagi canggih, macam-macam gajet ada.

Tutor TV SPM ada sediakan channel untuk belajar menghadapi SPM. Dengar dan lihat je. Review semula apa yang dah kita baca dan belajar. Belajar dengan lebih santailah kiranya.

Like je page dia kat SINI, ada banyak idea tentang SPM di SITU.

Buat 'kakak', semua ahli keluarga mendoakan yang terbaik untuk 'kakak'. Insyaallah! Usaha 'kakak' pasti berbaloi. Jangan lupa ambil ilmu di Tutor TV SPM.

Wednesday 2 November 2011

Berapa banyak kesedaran kita tentang denggi?


Curi gambar blog jeBateja - Siapa Nak Demam...?

Pengalaman kena demam denggi memang menakutkan. Itu baru denggi biasa dan bukannya denggi berdarah. Aku yang dewasa pun rasa tersiksa benar menahan sakitnya demam denggi, apatah lagi anak-anak kecil. Kesedaran tentang bahaya denggi itu memang ada tetapi lebih pada di minda sahaja. Masih ramai lagi yang tidak ambil berat tentang tindakan yang patut dibuat untuk mengelakkan demam denggi ini.

Berapa banyak pengetahuan kita tentang bahaya denggi dan cara mengatasinya.

Cuba korang jawap soalan-soalan dalam kuiz berkaitan denggi di SINI.

Lulus tak? Tentu sedikit sebanyak ada ilmu yang korang perolehi dari menjawap soalan kuiz itu.

Kronologi aku sendiri yang pernah kena demam denggi dan hikmahnya :
1. Demam sakit seluruh badan
2. Admit Hospital Serdang kerana denggi
3. Hikmah denggi : Pemakanan sihat, Insyaallah, sihatlah kita!

Wordless hari ini oleh teman blogger akibat denggi : Penangan denggi dan virus rubella.
Harus jenguk kalau nak tengok antara tanda-tanda kena denggi, memang tak cantik dan tak selesa.

Tapi dugaan teman blogger ni lebih hebat dari aku. Bukan setakat demam denggi je, serentak hubbynya kena demam rubella. Dan ada juga fitnah besar yang melanda... baca Diduga dengan kematian dan yang memfitnahnya di SINI dan SINI.

Berita asal fitnah tu pun aku dapat dari teman blogger aku,  Hanis Azla.

Kalau ada teman-teman kita yang sedang dilanda demam denggi tu, doakan moga cepat sembuh dan kuat semangat. Moga berkat doa dari teman-teman dapat menyegerakan sembuhnya penyakitnya.

Bagi yang belum pernah kena, berhati-hatilah. Cuba jawap kuiz INI untuk memberi lebih ilham dan kesedaran dan segera bertindak.

Amboi abang! Besornyee!

Muat ke nak masuk tu?

Gambar mata pening hari rabu dari google lee... bila minda dok fikir pasal duit.

Tuesday 1 November 2011

Biar anak menangis dulu, jangan kita menangis kemudian

Gambar dari SINI

Kita ni walau dah banyak kali berlaku dan diingatkan pun masih juga leka, lupa dan mungkin degil. Ini bukan kisah budak-budak yang degil tetapi orang dewasa yang sering tak ambil berat. Selalu sahaja ambil mudah tentang keselamatan anak-anak.

Hari ini aku nampak lagi anaknya berdiri di kerusi hadapan kereta bahagian penumpang. Tingkap kereta terbuka luas. Ceria benar anak lelakinya yang baru berusia sekitar 5-6 tahun menahan angin di tepi tingkap kereta. Pedal minyak ditekan agak laju oleh si ibu. Risau aku!

Mungkinkah aku yang kuno? Terlalu risau? Remehkah hal yang berlaku di depan mata?

Aku teringat berita di surat khabar suatu masa dulu seorang ayah yang trauma akibat menggilis anaknya sendiri dengan kereta. Waktu itu dia cuba membelok di selekoh dan tiba-tiba anaknya terjatuh dari tingkap pintu belakang kereta. Malang si kecil terus digilis kereta ayah sendiri. Ngerinya untuk aku membayangkan situasi begitu.

Fikir-fikirkanlah... aku setuju dengan kata-kata di radio Sinar FM yang lebih kurang begini maksudnya : Biarlah anak kita menangis dulu semata-mata kerana kita melarang dia melakukan perkara yang merbahaya, jangan kita pula yang menangis setelah malapetaka menimpa anak kita.

http://bit.ly/sG6UBh