iklan

Followers

Pages

Friday 30 September 2011

Salam sebelum tidur, susah ke?

Bila rasa mengantuk, letak kepala atas bantal lansung terlelap. Korang macam tu ke? Sempat tak baca doa nak tidur dulu atau sekurang-kurangnya baca Bismillah...? Kak Aya pesan "Sebelum tidur mesti baca doa tidur, baca Al Fatihah, Surat Al Ikhlas 3 kali agar tidak didatangi mimpi yang buruk dan bukan-bukan."

Setiap malam aku bacakan doa nak tidur di telinga Arif. Kadang-kadang dia ikut dengan pelat-pelatnya tapi aku pun tak dapat nak dengar apa yang dia sebut. Kalau mood dia tak baik, di suruhnya aku diam "Mama! Iyam!", lepas tu gelak-gelak sambil golek-golek.


Doa nak tidur dan bangun tidur, aku copy dari blog zazanizam.
Ada petua tidur Rasullullah dalam entrynya INI.

Bagi anak-anak yang masih tinggal dengan kedua ibu bapa, eloklah bersalam dulu dengan mereka sebelum melelapkan mata. Begitu juga dengan suami isteri, eloklah bersalam dulu, cium dahi atau cium pipi dulu sebelum lena.

Sentuhan salam walau tanpa ucapan pun sudah memadai sebagai tanda kita hormat dan sayang pada mereka. Apatah lagi disertai dengan ucapan kasih sayang, tentulah lebih bahagia.

Apa rasanya bila masing-masing terus naik katil tanpa melakukan perkara di atas? Rasa kosong? Tiada komunikasi sesama keluarga? Atau lebih parah jika ada yang rasa terabai. Fikir-fikirkanlah. Bukan susah pun nak berubah jika belum pernah amalkan. Jangan bila nakkan sesuatu, barulah nak bermanja-manja macam kucing nak mintak makan...ehhh... ke situ pulak.

Doa antara dua sujud penuh bermakna

Kiriman teman facebook

Arwah ayah dulu berkali-kali pesan jangan lupa doa ni. Doa yang dibaca semasa duduk antara dua sujud. Doa yang ringkas tetapi penuh pengertian. Tapi kalau tak solat macam mana nak baca doa ni? Confirmlah tak baca.

Blog Syahirul.com memang banyak informasi tentang ugama Islam. Baca entry 'Adakah anda memahami bacaan dalam solat' untuk meneliti makna bacaan dalam solat kita dalam bahasa Melayu.

Seperti kata blogger Pembawa_Wacana "Pentingnya doa ni....sama macam mata pisau.... sentiasa berdoa ibarat korang selalu mengasah mata pisau..... lagi diasah...lagi tajam la pisau tu..." dalam entrynya INI.

Awal cerita pun dah kelakar!

Korang dah tengok cerita Jonny English Reborn?
Aku sebenarnya tak suka sangat dengan lawak Mr.Bean ni.

Tapi suka juga tengok cerita ni.
Openingnya pun dah kelakar!


Lawak dia simple je tapi spontan dan lucu.
Buat orang geleng kepala je dengan gayanya yang selalu nak cover line.

Majlis Hari Raya Sapura Industries


Siapa nak aiskrim? Suka benor Arif makan aiskrim. Sabtu lepas (24 September 2011), ada majlis sambutan Hari Raya di tempat kerja hubby aku. Boleh dikatakan setiap tahun ianya di sambut. Memang selalunya meriah sangatlah dengan pelbagai juadah dan persembahan nasyid yang di sediakan.

Ramainya penyambut tetamu, penat nak bersalam.
Hubby berdiri depan kipas besar... berangin sikit katanya. Pandai le..

Mereka sering meraikan penghuni rumah anak yatim yang berdekatan untuk sama-sama menyambutnya. Khemah-khemah didirikan sepanjang ruang parking di depan kilang. Semua ahli keluarga pekerja, para pelanggan dan pembekal syarikat akan di jemput hadir.

Kanak-kanaklah paling suka bila sampai je dah dapat duit raya di pintu masuk. Mak bapak tak dapat le.

Mewah dengan makanan yang boleh diambil sendiri di gerai-gerai yang disediakan. Konsep gerai je, bukan kena bayar pun...he..he.. Pilihlah nak makan apa pun, macam-macam ada. Kambing golek, kebab, nasi kerabu, nugget atau sosej, laksa, mee kungfu, nasi beriani, cendol dan banyak lagilah.

Semuanya boleh di ambil dari gerai-gerai yang berbeza-beza pembekalnya. Para peniaga sendiri yang akan menjaga gerai tersebut. Konsep yang memberi peluang kepada ramai peniaga juga.

Tahun ni lebih ramai tetamu yang hadir berbanding tahun-tahun yang lepas. Tak tahulah kenapa ye? Hubby kata ramai sebab banyak makanan yang habis tahun ni. Ramai ke atau lebih kuat makan? He..he..


Sempat juga aku curi bergambar dengan blogger jeBateja dan isterinya pemilik blog Gula Hangus. Wah..sedondon warna hijau ye! Aku pakai warna purple dengan hubbyku yang pemalu nak keluar blog.



Aku tak jumpa pemilik blog Sihat Anggun yang juga orang kuat bagi WanitaMelayu.com. Manalah dia menyorok gamaknya. Kalau nak cari tu boleh aje, aku yang terlupa nak call dia.

Seronok buat kerja edit-edit ni

Inilah template blog aku ; Robusta

Asyik tukar template je blog aku ni ye. Pening kawan-kawan yang biasa datang menjenguk agaknya. Apa nak buatkan, nak tukar langsir rumah tak boleh nak buat selalu. Jadi tukar langsir dan relayout blog ajelah.

Aku dapat ilham nak tukar template macam ni dari Muhammad Burn dari blog Syurga Itu Indah. Jealous betul aku bila tengok template blog baru dia cantik dan kemas je, Izuan Dot Com. Maka bermulalah usaha aku mencari sumber template, memilih dan mengeditnya. Jumpa juga banyak pilihan-pilihan template kat Premium Blogger Templates.

Lagi sekali aku bermain dengan kod HTML yang hanya aku kenal sejak ada blog ni je. Memang pening bila tak menuntut ilmu. Bila aku tepu tak tau nak betulkan kod, aku cuba cari tutorial di Google. Cuba buat dan uji, itulah cara aku.

Antara yang berjaya aku buat malam tadi bila dapat hilangkan kotak penerangan di slide gambar-gambar (gambar yang bergerak tu). Jadi dapatlah tengok gambar saja tanpa ada perkataan di atasnya. Happy sangat sebab berjaya juga buat walau dengan ilmu yang ciput ni.

Sebenarnya aku suka dengan menu bar kat atas tu. Kemas bila letak link kat situ. Itu pendapat peribadi akulah. Tak pasti pula pendapat orang lain. Masing-masing punya citarasa sendiri.

Aku harap template ni kekal lama sikit sebab nak tukar-tukar pun tak semudah 'ready made' template dalam blogspot ni. Semuanya nak kena edit kod HTML. Agak lecehlah juga bagi aku. Lainlah kalau mereka yang dah pakar, semuanya cepat dan mudah. Patutlah mahal juga orang caj upah buat website. Perlukan masa yang lama walau pun ianya mungkin mudah.

Mahal? Berapa ye cajnya?

Belajar sikit-sikit, lama-lama pandai le. Cari je tutorial kat Google tu. Kalau tak boleh juga, barulah minta orang lain buatkan. Aku seronok buat kerja edit-edit ni.

Aku dah jadi nenek!

Alahai comelnya baby.... Inilah cucu saudara aku yang pertama. Alamak! Dah jadi nenek aku ye!

Message di terima dalam facebook oleh anak saudara aku, Baihaqi :
"Salam buat semua rakan2..Alhamdulillah,, isteri tersayang telah selamat melahirkan anak perempuan kami, pada jam 1.05 pagi, 30 September 2011 bersamaan 2 Z.kaedah 1432. Terima kasih semua atas ucapan tahniah serta doa yang disampaikan."

Si comel dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, KL.

Bila dah cucu pertama, kekok pula nak membahasakan diri nenek. Haaa... nenek? Atau panggil Opah? Macam tak best pulak. Baby panggil 'Granny' ok kot... he..he.. Apa-apa ajelahkan.

Yang pasti aku turut teruja dengan kelahiran si kecil. Moga menjadi anak yang baik dan solehah.

Thursday 29 September 2011

Jimatkan penggunaan elektrik

Hari-hari hubby mengingatkan anak-anak agar berjimat menggunakan elektrik. Tutup lampu, kipas, aircond, TV dan sebagainya jika tak digunakan.

Anak-anak tak terasa bebannya. Hubby yang membayarnya merasa bahangnya bila bil-bil yang perlu dibayar beratus-ratus nilainya setiap bulan. Bila dicampurkan, boleh cecah ribuan juga.


Kasihanlah pada hubby yang terpaksa berhabis duit membayar bil-bil untuk keselesaan anak-anak dan isteri. Jadi, marilah pakat-pakat jimat. Jangan buat tak tahu dengan jumlah yang perlu mereka bayar setiap bulan. Bertimbangrasalah...

Wednesday 28 September 2011

Allah kasihkan kita memberi tanda sebelum ajal

Mati itu pasti cuma kita tidak tahu bila ianya akan menjemput kita. Beruntunglah bagi mereka yang menyedari tanda-tandanya. Ruginya jika kita lalai dan lansung tidak menyedarinya walau sedikit pun.

Betapa kasihnya Allah, tetap juga memberikan beberapa tanda untuk kita segera insaf dan melakukan persediaan yang perlu. Hanya kita yang sering lupa dengan klu-klu yang ada.

Aku berkongsi youtube yang dikirimkan sepupu di wall facebook aku. Boleh juga baca entry teman blogger, Melurjelita.com bertajuk Tanda-tanda sebelum didatangi Izrail.


Buat sepupuku, terima kasih atas ingatan kasih sayangmu.

Tuesday 27 September 2011

Jangan menunda syukur dan terima kasih

Bila tiba waktu kita pula tidak kita ketahui, maka jangan ditunda
Gambar dari SINI

Cadangan aku.... print kata-kata ini dan tampalkan dalam bilik. Sekali-sekala tukarkan kata-kata motivasi dari orang-orang terkenal dunia dengan kata-kata yang begini pula.

Peringatan dari Ibu Nora buat aku yang sering lupa dan lalai!

"Saya tidak akan pernah menunda mengucap syukur dan terima kasih..
Kerana kita tidak akan pernah tahu berapa lama lagi hidup di dunia ini..
Maka, sekarang juga saya ucapkan syukur atas segala nikmat yang telah saya rasakan..
Saya bersyukur bukan saja untuk segala hal yang telah saya miliki dan rasakan selama ini,
namun juga untuk segala hal negatif yang selama ini memang tidak pernah saya harapkan datang..
Saya percaya selalu ada harapan yang lebih baik di depan sana..
Asal kita tidak pernah berhenti untuk berusaha, bersyukur, dan dilandasi doa..."

... Ibu Nora ...

Monday 26 September 2011

Mana lagi ganas? Made in Malaysia or Korea?

Filem sedang hangat di pawagam sekarang dengan kisah bini-bini yang sangat ganas. Sanggup ke korang wahai para lelaki. Jangan main-main, bahaya juga ni. Aku belum tengok lagi cerita ni. Tak tau bila nak tengok.

Mana lagi ganas? Bini Made in Malaysia??


atau Made in Korea??
Yang ni aku dah tengok, penuh dengan aksi.
Heroin tu pun Warganegara Malaysia rasanya.
Selalu jadi model iklan.
Betulkan aku jika tersilap.

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Youtube yang dikongsikan oleh seorang teman di facebook menarik perhatianku. Tengoklah sampai habis. Renung-renungkan..



Sambutlah seruan 'Hayya 'alas solaahh..'....

Anak bertanya istilah 18SX, pening mama nak jelaskan!

"Mama! Urut batin tu apa?" tanya Asyikin,11 pada aku.

Alamak! Soalan tak best dari anak aku pagi-pagi. Tajuk utama Harian Metro hari ini 'Waris lorong hitam' dengan ringkasannya 'Ibu ajar dua anak urut batin, jual tubuh'.

Maka dengan selambanya aku jawap "Ala.. urut macam Naruto buat tu!" dengan menunjukkan gaya tangan sekali macam ni :

Anak aku sengih je! Fahamlah mama dia malas nak menjawap tu.

Memang tak larat nak menjawap soalan-soalan anak-anak tentang perkataan-perkataan yang mereka tak faham di surat khabar mahu pun di TV. Tak larat nak jawap bila perkataan-perkataan yang ditanya tu ada unsur-unsur 18sx.

Malas aku nak menyebut contoh perkataan-perkataan tu kat sini. Bila dengar berita di TV tu macam-macam perkataan yang tak sesuai sangat didengar oleh anak-anak kecil. Tapi apa pilihan yang ada? Tutup TV, jangan beli surat khabar?

Ada juga yang suka menyebut perkataan-perkataan 18sx ni di depan anak-anak kecil. Jadi kebiasaan pula pada lidahnya menyebut-nyebutnya setiap hari. Kadang-kadang bukan sebab melatah pun, tapi menjadi istilah harian. Menjadi rutin dalam perbualan bersama teman-teman pula.

Pasang-pasanglah telinga jika terdengar anak-anak kita menyebut perkataan seumpama ini. Elok di terangkan dengan penerangan yang sesuai dengan umurnya. Kalau aku nak juga cari sumber di mana perkataan tu dia dengar. Setakat ni anak-anak akan tanya aku jika mereka tak faham. Biasanya mereka tak ulang menyebut jika aku kata perkataan tu tak manis disebut.

Hentikanlah sikap suka menyebut-nyebut perkataan lucah bila berbual atau marah. Orang lain tak suka mendengarnya dan merendahkan maruah kita sendiri juga sebenarnya.

Buat-buat tak tahu judi itu haram

Google

Apa maksud judi?

"Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah."

Maksud judi yang aku dapat dari wikipedia.

Ramai yang tahu bahawa judi memang diharamkan dalam Islam. Namun ramai juga yang buat-buat tak tahu yang judi itu haram. Buat-buat tak faham dan menolak untuk menerima nasihat agar menjauhi kegiatan judi.

Islam mengharamkan judi kerana ia mendatangkan banyak keburukan dan kerosakan seperti hubungan kekeluargaan menjadi hancur, masyarakat porak-peranda dan segala keharmonian menjadi musnah.

Judi juga sering berkait dengan arak, zina, penderaan, pembunuhan dan pelbagai kes jenayah lagi. Semuanya banyak berkait dengan keburukan. Tindakan adakalanya sering tidak lagi terkawal dek minda yang waras.

Berita depan Harian Metro hari ini, hanya kerana hutang RM300 maka sanggup pula dia membunuh orang lain. Bukan sekadar membunuh, malah dicincang-cincang hingga terburai perutnya. Di mana letaknya akal dan perasaan? Bila minda dipengaruhi judi, kemarahan menjadi raja yang mengawalnya. Berita penuh di SINI.

Bila judi menguasai diri, macam-macam perangai buruk timbul :

Sekali kita berbuat jahat, orang sukar untuk melupakannya biar pun kita sudah insaf. Bukan bermakna kita tidak boleh insaf, tetapi insaflah bersungguh-sungguh. Masyarakat sekeliling mungkin salah kerana tidak mahu menerima keinsafan kita namun anggaplah ia umpama hukuman atas kesilapan lalu. Jangan diulangi lagi. Insyaallah! Ada masyarakat yang memahami.

Memang pedih bila kita cuba menasihat orang lain tetapi dibalas begini "Macam la baik sangat, dulu engkau pun kaki judi juga. Tak usah jaga tepi kain orang lain" seperti yang dikupas dalam entry INI. Maka pada mereka yang belum pernah berjudi, janganlah nak mencuba-cuba walau sedikit.

Saturday 24 September 2011

Tegas tapi pastikan hati anak-anak melekat

Ngeri dan risau dengan sikap sesetengah budak sekolah sekarang ini. Setiap hari membaca surat khabar menimbulkan rasa takut di hati aku dengan kes-kes buli dan samseng di sekolah.'Remaja pergi sekolah dibelasah dengan kayu' tajuk berita di Harian Metro hari ini.

Dua orang anak aku pun sudah pun berada di peringkat sekolah menengah. Anak dara yang sulung sudah pun berusia 15 tahun manakala adik lelakinya pula sudah 13 tahun. Anak lelaki aku seusia saja dengan remaja yang kena belasah di dalam berita tu.

Anak sulung lebih rapat dengan aku kerana setiap hari aku mengambilnya balik dari sekolah, ada saja ceritanya sepanjang 15 minit perjalanan balik ke rumah. Kalau diam pun sebab tertidur di dalam kereta.

Dia pun berada dalam lingkungan sekolah yang berprestasi tinggi, maka banyak perkaralah yang dijaga oleh pihak sekolah. Mudah sedikit jugalah pihak sekolah mengawal disiplin pelajar bagi sekolah bestari ini berbanding sekolah harian biasa. Jadi kerisauan aku tentang persekitarannya tidaklah merisaukan sangat.

Berbeza dengan adiknya yang bersekolah di sekolah harian biasa. Nyaris juga sekolahnya masih baru dan hanya ada pelajar tingkatan satu dan dua sahaja. Jika ramai lagi senior di tingkatan 3, 4 dan 5 tentulah aku kena pantau lebih lagi anak lelaki aku tu. Kes buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap aku dengar berbanding pelajar perempuan.

Ada juga sekali-sekala dia bercerita tentang rakan sekelasnya yang suka mengganggunya dalam kelas. Tidaklah serius hingga memukul kuat tetapi terasa terganggu juga bila dicuit, dikuis dan kadang-kadang menepuk belakang badannya dengan agak kuat.

Nyaris juga anak aku tak membalas sebab kalau dia balas memang teruk juga agaknya budak tu. Suka benar agaknya budak tu mengusik anak aku yang saiz badannya besar. Lebih berat dan lebih tinggi dari aku.

Aku ambil peluang mencari budak yang suka mengusik anak lelaki aku tu masa ambil keputusan peperiksaannya kelmarin. Tau pulak dia lari menyembunyikan diri. Bukan aku nak marah pun, cuma nak berkenalan aje. Nak tau juga apalah sebabnya dia suka sangat mengusik anak aku tu. Sebab dia banyak lemak, kulit putih iras cina atau hensem ke?

Masa dia di sekolah kebangsaan dulu pun ada juga seorang budak tu suka ganggu dia. Tapi anak aku buat tak tau aje. Hinggalah ada sekali budak tu datang beraya ke rumah aku. Aku ambil peluanglah interview dia dengan cara aku yang santai ni.

Andaian aku budak tu kurang kasih sayang seorang ibu dan ayahnya terlalu sibuk bekerja. Ibunya meninggal semasa dia masih di tadika. Setiap kali hari kena ambil kad laporan, ayahnya tak datang ambil pun termasuklah pada hari keputusan UPSR diumumkan. Dia ada adik seorang dan mungkin juga ayahnya fokus lebih pada adiknya dan menganggap dia sudah boleh berdikari.

Aku hanya berikan nasihat padanya setakat yang termampu saja. Takkan nak lebih-lebih pulakkan. Itulah yang aku katakan pada anak aku yang aku panggil 'abang', "Abang ada ayah dan mama yang sudi dengar masalah abang, boleh nak bergurau dan peluk bahu abang. Ada rumah yang selesa untuk tinggal, bilik tidur ada aircond lagi! Bersyukurlah!".

Baju raya sama pulak, anak aku (kanan) dengan abang sepupunya yang juga kawan epal Cik Eka

Bagi aku, berkawan baiklah dengan anak-anak agar apa-apa masalah yang mereka hadapi tidak hanya dikongsi dengan rakan-rakan saja. Setakat ini anak-anak mengerti dengan sikap aku yang sering mengingatkan mereka "sakit pening dan susah senang anak-anak adalah tanggungjawab mama dan ayah selagi semuanya belum dewasa. Jika ada masalah hendaklah dikongsi supaya masalah yang dihadapi tidak menjadi lebih buruk. Tiada istilah nak 'privacy' lebih. Spot check tetap akan aku lakukan sekali-sekala".

Spot check bukan sekadar memeriksa beg sekolah, almari baju, bawah katil dan sebagainya tetapi juga mengira pukul berapa dia balik dari sekolah dan sampai ke rumah dan sekali-sekala memerhatinya di sekolah dari jauh. Tentang mengintip anak-anak di sekolah selalu aku buat masa di sekolah rendah dulu. Dapat juga tangkap anak yang ketiga tu beli jajan di luar pagar sekolah. Dah balik rumah baru aku kenakan...he..he..

Tegas tetap tegas dengan kadar seadanya tapi pastikan hati anak-anak melekat dengan kita sebagai ibu bapa. Mudah nak bercerita dari hati ke hati.

Suka menyakitkan orang lain tu ikut sikap siapa agaknya. Tanganilah sebelum terlewat. Jika tak mampu, cubalah minta bantuan orang lain.

Friday 23 September 2011

Hilang rasa sakit kaki, pening kepala dan letih


Terasa mengah sangat hari ini. Rahim terus merebahkan diri di katil setelah penat berjalan kaki pulang dari sekolah. Cuaca agak terik juga tadi. Letihnya kerana terpaksa bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Rahmah menggeleng kepala melihat gelagat anaknya itu. "Kau tak pergi solat Jumaat ke hari ni? Ada janji nak pergi sama dengan Aiman tak?", tanya Rahmah pada anaknya.

"Rahim rasa penat sangatlah mak! Tadi ada gotong-royong kat sekolah!", balas anaknya meminta simpati emaknya.

"Pergi je lah! Solat Jumaat kena pergi, mana ada alasan penat-penat ni!", tegas Rahmah.

"Penatlah mak! Kaki pun sakit!", Rahim berdegil.

Tiba-tiba kelihatan kelibat Aiman di depan rumah. Seperti selalu Aimanlah peneman Rahim sama-sama berjalan kaki untuk pergi solat Jumaat.

"Abang tak larat nak pergi masjidlah abang Aiman!", Ayu satu-satunya adik Rahim memberitahu Aiman. Bagai mendengar saja abangnya beralasan dengan maknya tadi.

"Pukul 5 nanti dia nak pergi tak raya rumah kawan?", tanya Aiman pada Ayu.

Terkedek-kedek pula Ayu berlari bertanyakan abangnya yang sudah pun berada dalam bilik air.

"Abang kata dia nak pergi." Ayu memberitahu Aiman jawapan abangnya.

"Masjid tak nak pergi, pergi beraya nak pulak!" rungut Aiman dan lansung berlalu ke masjid seorang diri.

Nampaknya Rahmah kena nasihatkan Rahim lagi ni. Tak pun, usulkan saja masalah pada ayah Rahim, baru nak mendengar nasihat agaknya. Tak boleh dibiarkan dia mula ponteng solat Jumaat, takut terbiasa pula nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------

Cerita pendek rekaan semata dari aku je tu.

Betullah kata Aiman tu, ramai antara kita susahnya nak ke masjid tetapi kalau ada majlis makan-makan tu laju aje bergeraknya. Hilang sakit kaki, pening kepala dan segala alasan letih tadi.

Bibir lembap dan menawan, aku suka!

Inginkan bibir lembap dan menawan? Liquid lipstick dari Beauty Farmasi ada penyelesaiannya.

Aku suka yang ini!


Wow! 15 pilihan warna untuk bibir anda. Bibir WANITA sahaja ye...!!

Jangan lupa rajin-rajin minum air juga ye. Air banyak khasiatnya...

Sabar-sabarlah kalau nak bertanya!

Sedap Seri Kaya Pancake Mat Gebu ni! Klik link untuk resepinya.

Pernah tak sebaik kaki suami melangkah masuk rumah selepas balik dari kerja, kita sebagai isteri hujaninya dengan pelbagai pertanyaan yang tak best atau tak berapa best? Nada bertanya pun turut tak best.

"Bila nak beli meja makan baru?"

"Saya tak masaklah hari, boleh tak kita makan kat luar?"

"Kereta saya tu buat hal lah, boleh repair sekarang tak?"

"Kenapa tadi saya telefon abang banyak kali, abang tak angkat-angkat pun call tu?"

"Apasal balik lambat ni?"

Reaksi suami pasti berbeza jika soalan diajukan dengan nada manja-manja gitu. Tetapi pasti mendengus juga jika lontaran soalan bak halilintar yang ganas.

Bawa bersabarlah kalau nak bertanya soalan-soalan yang berunsur meminta-minta ni. Berilah suami tu masuk rumah dulu. Salam tangannya dulu. Syukurlah suami tu tau jalan nak balik rumah sendiri.

Bodeklah dengan sekurang-kurangnya segelas air masak. Tak pun ada kuih muih atau goreng pisang ke untuk minuman petang sikit. Angkatkan begnya pun pahala tu. Lepas tu pandai-pandailah berbahasa nak meminta. Tetapi kalau nampak mood suami tu kurang baik, janganlah cari nahas pulak ye.

Bab-bab bodek-bodek ni secara jujurnya aku tak buat sangat pun. Hubby balik pun dengan aku kadang tu sibuk di dapur memasak untuk makan malam. Kalau dia terus ke dapur tu, ikut mood akulah nak pegang bahu, tangan, pinggang atau sentuh mana-manalah. Tak pun curi cium pipi sikit ke. Bukan dosa pun kan, suami sendiri. Dapat pahala tu! Ha..ha.. kadang buat tak tahu je!

Cuma pantang aku, jangan bertanya perkara-perkara yang tak suka di dengar olehnya sebaik saja di balik dari kerja. Jangan mengomel dan jangan berleter sebab aku sendiri pun tak suka kalau dia buat aku macam tu. Tension nanti tau, mengganggu minda yang tenang atau mungkin lagi serabut dibuatnya.

Bawa sabar-sabar ye kalau ada soalan tu.... *(^_^)*

Biarkan pakar yang buat, jangan bahayakan diri!

Gambar dari google

Aku selalu top-up kad smart tag aku di kedai berhampiran je. Tuan kedai tu tanya aku semalam"Lama tak nampak?".

"Mana nak nampak, bila kebetulan saya lalu je kedai abang ni tutup!", balas aku. Tersengih brader tu! Aku selalu beli surat khabar juga di kedainya.

Dek kerana dah kenal biasa dengan aku (masing-masing tak tahu nama pun sebenarnya), peramah juga dia bercerita sekali-sekala dengan aku. Dia buka cerita tentang kemalangan yang menimpa anak saudaranya.

Anak saudaranya baru berusia 16 tahun. Masih remaja dan belajar dalam tingkatan 4.

Kejadian berlaku bila tangki air di rumahnya rosak. Maka ayahnya memanggillah tukang untuk membaikinya. Pada hari tukang repair tu datang cuma si anak berada di rumah.

Seperti biasa si tukang repair memanjat ke tangki untuk melihat apa masalah yang berlaku. Tetapi si anak pun sibuk juga nak melihat dan meninjau walau pun di larang oleh si tukang repair. Senang katanya nak repair sendiri kalau rosak lagi lain kali.

Naluri ingin tahu si anak muda terlalu kuat hingga abaikan nasihat si tukang repair. Malang sangat bila si anak jatuh tergelincir semasa memanjat. Bayangkan dengan ketinggian siling ke lantai dan kepalanya terhantuk pula di bucu meja. Ngilunya aku dengar, teringat anak-anak aku.

Akibatnya si anak koma dengan kepalanya bengkak dan bernanah. Perlu buat pembedahan dan tidak tahu risikonya pula nanti. Doktor pun tak dapat nak beri berita yang menyenangkan hati kedua ibu bapanya.

Ibu bapanya perlu kuat semangat dan tak mudah putus asa dengan penjelasan doktor yang negatif tu. Kawan aku pernah juga anaknya yang koma berbulan akibat motornya dilanggar kereta tetapi sekarang dapat menjalani kehidupannya seperti biasa. Cuma sebelah tangannya saja yang lumpuh.

Ke sana-sini ibu bapanya pergi berubat, mencari doktor-doktor yang bagus untuk merawat anaknya. Alhamdulillah usahanya dapat melihat anaknya bangun dan terus sambung belajar di universiti. Mengatasi kata-kata doktor yang mengatakan anaknya tiada harapan.

Bukan maksud aku kata doktor tak bagus, cuma adakalanya kepakaran dan kebolehannya sebagai manusia ada juga hadnya. Silap buat nanti, doktor pulak yang kena saman. Mana yang terdaya akan mereka buat.

Allah yang menentukan segalanya sama ada boleh pulih atau sebaliknya. Kita pula kena berusaha melakukan sesuatu untuk melihat mereka pulih menjadi kenyataan. Moga Allah makbulkan doa kita. Adakalanya ada sesuatu yang Allah sembunyikan dari kita dan kita perlu mencarinya.

Simpatinya aku dengannya, berat mata memandang maka berat lagilah bahu yang memikul. Siapa yang tak runtun jiwanya melihat anak kesayangan ditimpa malang sebegini.

Apa pula ikhtibarnya kisah ini untuk aku? Boleh mencuba sesuatu tetapi biar sepadan dengan keupayaan kita. Jangan abaikan segala langkah-langkah keselamatan dan ambil kira segala risiko. Jika lebih banyak mendatangkan keburukan, elok biarkan pakar yang membuatnya.

Menjadi peringatan buat kita semua.

Air sebagai penawar penyakit

Gambar dari artikel : Drink water please

Aku baru teringat minggu lepas ada ulser di mulut aku. Hari ni aku check dah hilang pun. Bila sembuhnya, aku pun tak perasan.

Selalunya bila kena ulser, aku akan ke klinik ambil ubat sapu dan ubat kumur. Aku akan elakkan diri dari minum air yang berais dan lebih kerap menggosok gigi.

Tapi kali ini aku cuma banyakkan minum air je selain tetap lebih kerap gosok gigi. Bila keluar rumah pun aku akan bawa bersama sebotol air mineral 500ml.

Jika terlupa aku akan berhenti di mana-mana kedai untuk membelinya. Kebiasaan aku memang tak suka memilih air mineral yang diletak dalam peti sejuk. Kecuali jika tiada pilihan.

Inilah hikmahnya aku terkena ulser mulut semasa demam denggi pada bulan puasa lalu. Lima hari aku mendiami Hospital Serdang. Al-kisahnya dalam entry INI.

Waktu itu aku terpaksa minum air yang banyak hampir tiga jag setiap hari dan habis juga 11 botol air dimasukkan ke dalam badan aku melalui saluran tiub.

Sakit ulser mulut tak terasa pun seperti yang biasa dialami bila nak makan. Sedar-sedar ia hilang begitu saja.

Mudah rupanya ubat ulser mulut ni. Cuma banyakkan minum air je. Subhanallah, hanya dengan air sahaja Allah berikan kesembuhan ini.

Hebat kuasa air ni sebenarnya sebagai penawar untuk segala macam penyakit. Bila demam atau sakit kepala pun aku akan cuba banyakkan minum air. Dapat sedikit-sedikit pun jadilah kalau rasa tak larat je nak minum.

Air memang bagus untuk awet muda, elak wajah dan bibir kekeringan. Tak adalah banyak sangat kedutkan. Kalau dah tua sangat, berkedut juga. Badan pun terasa sihat. Hidup tanpa air memang menyiksakan.

Thursday 22 September 2011

Lambat? Tinggalkan je!

gambar google

Rutin biasa aku terus menyidai kain selepas menghantar anak ke sekolah. Jam baru pukul 7.25 pagi waktu tu. Van-van sekolah pula kelihatan sibuk menghantar anak-anak yang bersekolah di tadika pula.

Kelihatan sebuah van sekolah berhenti di rumah jiran aku yang selang lebih dari 5 buah rumah aku rasanya. Pemandu van membunyikan honnya sekali. Anak jiran belum muncul.

Aku masih lagi menyidai kain dan pemandu van itu masih lagi menunggu. Aku mengira-ngira masa. Hingga aku habis menyidai kain pun anak jiran tu masih belum muncul. Pemandu van terus menunggu dengan sabar.

Lepas hampir 3 minit berlalu, barulah si anak muncul.

Kalau pemandu van anak aku memang tak akan tunggu lama begitu. Terus tinggalkan aje. Aku pun tak ada hati nak marah pemandu tu. Anak akulah yang akan kena marah. Biarkan sebagai pengajaran agar menghormati masa dan orang lain.

Bila van sekolah dipandu laju, kita marah. Antara penyebabnya bila ada orang lain yang terhegeh-hegeh bersiap umpama tuan besar menyebabkan semua orang lain dalam van terpaksa menunggunya. Pemandu van terpaksa mengejar masa.

Ada ramai lagi yang nak diambil dan mestilah nak sampai sekolah sebelum waktunya. Jika lambat, pemandu van juga yang dimarahi.

Aku ambil peluang bertanya dengan pemandu van semasa terserempak dengannya di sekolah ugama rendah. Kebetulan aku ambil sendiri anak balik dari sekolah waktu tu.

"Memang selalu macam tu kak! Saya dah telefon mak dia, tapi mak dia kata memang anaknya selalu lambat!". Balas si pemandu.

"Saya nak kata apa, redha je lah! Lebih-lebih nanti bergaduh pulak!" tambahnya lagi.

Adakah anak-anak ini antara calon-calon yang sering lewat ke kelas, mesyuarat, seminar dan sebagainya bila dewasa nanti? Tidak semua rasanya jika ada usaha dibuat dan mereka berubah menjadi lebih baik. Anak-anak aku pun selalu juga diingatkan agar jangan lewat, memang kena tegur selalu.


Misteri bunga api di malam raya

Malam raya di kampung sebelah hubby aku iaitu Kampung Parit Tiga di Semanggol, Perak agak meriah dengan masing-masing berlumba nak bermain mercun. Meriah dengan bunyi mercun sana-sini. Anak-anak aku suka sangatlah melihat percikan bunga api yang cantik.

Kalau keluarga sebelah hubby aku, tukang beli mercun malam tu dah tentu anak saudara aku yang sulung tu ; Baihaqi. Manakala keluarga di sebelah aku selalunya suami adik aku yang suka beli bunga api dengan mercun. Bukan disuruh pun, mereka beli dengan rela hati.

Seronoknya anak-anak aku main bunga api. Anak-anak kakak ipar semuanya dah besar-besar belaka. Jadi mereka melayan anak-anak aku aje lah main bunga api. Cucu mak mertua aku cuma dari hubby dan kakak ipar aku aje le. Depa dua beradik je.


Kelihatan si kecil Arif didukung oleh abang sepupunya. Sibuk juga nak main bunga api.


Tiba-tiba anak sulung aku bergegas masuk dan tunjukkan gambar ni pada aku. Tak semena-mena meremang bulu roma aku. Ada sedikit rasa seram. Kenapa ye? Jarang berlaku perasaan tu pada aku. Aku pula bukanlah jenis yang suka-suka nak mudah takut. Cuba korang tengok gambar bawah ni!

Ada nampak apa-apa yang pelik? Nampak tak seperti wajah seseorang di atas bunga api dalam kepulan asap tu? Masa tu kitaorang memang terasa sesuatu yang menyeramkan bila tengok gambar ni.

Sesetengah orang percaya dengan hal-hal berkaitan dengan alam ghaib ni tetapi ada juga yang tidak. Terpulang pada masing-masing asal jangan lari dari akidah Islam. Cuma berhati-hati saja dengan mainan syaitan ni.

Kita ni tak mengusik atau mengganggu orang lain, tetapi entah kenapa kadang-kadang ada juga yang timbul iri hati. Kalau setakat iri hati saja tak mengapa tetapi susahnya jika ada yang bertindak secara terang-terang atau pun halus mengirim musibah untuk kita. Itu yang berlaku kes kena santau, sakit misteri dan sebagainya. Tak pun terang-terang menyerang kita atau menabur fitnah.

Moga ianya hanya kesilapan gambar saja dan tiada apa-apa yang buruk di sebaliknya.

Wednesday 21 September 2011

Langgar lampu isyarat, apa yang dikejar?

Lampu isyarat masih hijau dari jauh. Lori treler di sebelah kanan aku seakan memecut mengatasi kereta kelisa aku yang jauh kecilnya berbandingnya. Setibanya lori hampir dengan lampu isyarat, warna bertukar kuning dan lori meneruskan perjalanannya. Mana sempat nak brekkan.

Aku hanya berhenti di lampu isyarat tu kerana tak mahu mengejar lampu hijau tadi yang aku jangka akan bertukar kuning dalam sekejap masa. Benar rupanya jangkaan aku tadi. Hanya perhatikan saja lori treler di lorong tengah melepasinya. Manakala aku di lorong kiri dan juga kereta di lorong kanan sekali sudah pun berhenti.

Aku awal-awal dah tukar lorong kiri bila nampak lori tadi yang agak meluru di belakang aku selepas membayar tol di exit Putra-Mahkota (antara Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota). Sama-sama menghala ke Bangi Lama melalui Petronas berdekatan.

Takut aku kalau kereta aku di'sodok' dari belakang semasa aku berhenti di lampu isyarat. Banyak dah berlaku kes macam tu. Ngeri je..

Bayangkanlah pula jika ada kereta atau motorsikal yang sama tak sabar menunggu lampu hijau dari arah yang lain terus bergerak. Pastilah kena lenyek dek lori yang besar tadi yang pun sama sedang memecut kelajuan lorinya.

Sebelum tu dua kejadian motorsikal yang dengan selamba meneruskan perjalanan bila lampu isyarat merah di dua lagi lokasi berbeza di Bandar Baru Bangi.

Tengok video ni, contoh lori yang dipandu laju di lampu isyarat.



Ini pulak yang paling gila di Rusia. Semuanya sebab sikap manusia.



Nak jimat masa tak sampai pun 5 minit tapi bila tersilap akibat memperjudikan nasib, mengundang masa berjam-jam terkandas. Silap gaya terpaksa bertahun-tahun merengkok di penjara atau lansung ke tanah perkuburan. Mungkin juga hilang kaki atau tangan, lumpuh anggota badan. Hilang nak cepat 5 minit tadi. Nama pun judi, tiada jaminan.. judi nasib.

Bawa bersabarlah bila tiba di lampu isyarat ni. Redha ajelah menunggu, hormati orang lain supaya orang lain pun menghargai kita.

Monday 19 September 2011

Dua-dua cantik, seiras je!

Entah kenapa suka pulak aku nak membandingkan wajah keduanya si pelakon Bollywood, Preity Zinta dan pengacara Majalah 3 di TV3, Nurul Syuhada. Seakan ada persamaan wajah mereka di mata aku. Tak tahulah jika lain dipandangan mata korang pulak..he..he..





Memang ramai lagi artis yang punya wajah seiras.
Ini yang dikatakan 7 wajah seiras kita agaknya dalam dunia ni.

Tidaklah minat sangat pun dengan mereka, cuma melihat saja.
Cantiknya wanita ciptaan Tuhan.
*(^_^)*

Design blog Beauty Farmasi


Tiga hari aku tak up-date blog ni kerana menyiapkan blog baru kakak kesayangan. Passion aku tertumpu padanya. Sebenarnya nak bertenang sekejap setelah bengang dengan kerenah blog ni kat SINI. Macam tak ok je lagi!

Dia dah mula menceburi bidang perniagaan kosmetik pula. Wah! Makin anggun nampaknya..he..he..! Aku suruh dia 'make-over' supaya boleh letak gambar dia sebagai header. Eh! Malu katanya.

Wah! 'Three Soul Sisters' (klik le kalau nak kenal kami 3 beradik) nak jadi business woman belaka :


Setakat ni adiklah yang paling sibuk dan paling berjaya dengan Asterisk Boutiquenya. Alhamdulillah!

Dengan ilmu blog yang nak kata suam pun tidak, terkial-kiallah aku mencipta blog baru kakak aku ; Beauty Farmasi.

Entah berapa kali aku mencuba dan menukar templatenya, headernya dan sebagainya. Segalanya dengan ilmu yang ciput dan mengambil kira pandangan adik-beradik dan ipar-duai yang lain juga. Alhamdulillah, semuanya menyokong usaha kakak termasuklah mak tersayang.

Sekarang pun aku masih lagi dalam proses memasukkan lagi produk-produknya dalam entry. Ada banyak sangat produk kosmetiknya. Siapa yang sedang mencari peralatan make-up, bolehlah contact kakak aku di blognya, Beauty Farmasi.

Agak-agaklah masa nak telefon tu!

Pinjam telefon DIA

Telefon rumah berdering! Membebel mulut mak aku merungut "Siapalah yang telepon maghrib-maghrib ni? Tak reti orang nak semayang ke?". Mak aku biarkan aje telefon tu berbunyi dan meneruskan solat maghribnya.

Selepas tu jika berdering lagi barulah mak angkat telefon tu. Jika ada antara anaknya sendiri yang call, memang kena 'sembur'lah... he..he.. sila tahan telinga mendengarnya.

Memang pantang mak kalau ada orang yang menelefonnya pada waktu maghrib. Ini berlaku di kampunglah ni, maka diceritakan pula pada aku.

Usahkan mak aku yang tak suka, ramai lagi orang lain yang tak suka diganggu pada waktu maghrib. Lainlah kalau betul-betul kecemasan tu, boleh juga dimaafkan. Kalau sekadar perkara yang tak 'URGENT', janganlah rajin nak call orang lain pada waktu-waktu pantang.

Aku dah maklum waktu-waktu yang pantang bagi aku nak telefon mak dan mak mertua aku. Begitu juga jika melibatkan ahli keluarga aku sendiri. Antaranya :

1. Waktu nak solat maghrib ; Ini paling pantang!
2. Antara pukul 10 malam ke 7 pagi. Orang dah nak tidur, apahal nak diganggu pulak.
3. Antara nak masuk waktu solat hingga 15 ke 20 minit selepas tu ; subuh, zohor, asar, maghrib, isyak. Beri ruang masa solat bagi yang segera solat selepas masuk waktu.

Tambahan waktu pantang jika ianya melibatkan orang lain pula. Aku memang cuba mengelak menelefon rakan-rakan aku pada waktu malam. Maknanya jika selepas pukul 7 malam tu memang aku tak akan call. Jika terlalu perlu, aku akan SMS sahaja.

Tak selesa juga jika ada yang call aku malam-malam semata-mata nak bertanya perkara-perkara yang remeh atau hal kerja. Seperti tak boleh tunggu siang. Lebih-lebih lagi kalau urusan kerja, elok selesaikan waktu kerja bukan bawa sampai ke rumah. Waktu malam adalah waktu santai aku dan fokus dengan keluarga. SMS saja tak mengapa.

Hari-hari cuti pun tidak juga aku teringin nak call rakan-rakan terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad. SMS saja jika perlu.

Ahli keluarga aku memang aku bolehkan nak call aku malam-malam atau hari cuti. Tapi yang biasa berlaku diaorang SMS aku aje.

Aku memang tak suka nak menyelit waktu santai rakan-rakan bersama suami dan anak-anak. Lagi pantang kalau kawan yang nak di telefon tu lain jantina walaupun benar-benar atas urusan kerja. Jangan cari nahas! Kita tak tahu apa persepsi pasangannya walaupun niat kita baik. Kalau bukan urusan kerja atau niat tak baik tu memang sah sangat-sangatlah jangan call dan jangan cari pasal.

Jadi, pandang-pandanglah masa bila kita nak telefon seseorang. Biasanya bila siang tu bolehlah nak bertolak ansur dan tak kisah sangat nak call. Cuma bila waktu malam tu perlulah difikir-fikirkan keperluan panggilan tu.

Kena ambil kira status dah berkahwin atau bujang. Berapa orang pula anaknya, takut kalut nak melayan anak-anak yang mungkin ada baby yang masih kecil. Jika ada pembantu rumah tu, bolehlah tahan juga.

Jantina pun mempengaruhi juga sebab kalau lelaki tu, tak kisah sangat rasanya. Bila perempuan yang terima panggilan malam-malam, suami pun sibuk bertanya siapa yang call. Bila dah call tu jangan bergayut lama pulak sampai buat orang lain rimas tengok. Pilih-pilihlah masa yang sesuai.

Ada orang kisah, ada orang yang tak kisah. Perangai manusia tu berbeza. Kena juga kita hormati pendapat orang lain selagi tidak melanggar hukum Islam dan berhemah pandangannya.

Jika ada hal kecemasan tu call ajelah walaupun mereka sedang diulit mimpi. Tapi agak-agaklah kecemasan tahap yang bagaimana. Masing-masing dah bijak menilainya.

Sunday 18 September 2011

Meja makan dari mudah.my

Meja makan yang lama dah tercabut kakinya. Meja kaca dengan kakinya depa gam aje. Hubby beli kat Cavenzi, tak ingat dah berapa harganya. Tahan lama juga sejak 5 tahun lalu rasanya. Meja tu kecil je sebab beli semasa di rumah lama yang ruang makan agak terhad. Nak jimat ruang.

Bila dah rosak, peluanglah nak tukar meja makan baru...yahooo! He..he.. geram pulak hubby aku baca entry ni nanti. Aku tau kadang-kadang dia spot check juga blog aku. Tak kisah pun, bukan buat salah apa pun kan.

Semalam sampai juga meja makan baru tapi lama. Maksud aku baru beli tapi yang lama atau second hand. Aku tak kisah dengan beli barang second hand asalkan ianya elok dan cantik lagi. Tengok saja kereta Kelisa aku yang beli second hand sejak tahun 2003 hingga kini jarang sangat buat hal. Cuma servis yang biasa-biasa dan wajib aje. Ada juga ragamnya di SINI.

Gambar meja ni aku ambil dari mudah.my. Maknanya hubby beli melalui http://www.mudah.my lah. Sekarang meja ni sudah pun berada di ruang makan rumah aku. 'Solid wood dining table' memang berat juga. Korang rasa kalau beli baru ni berapalah agaknya harga set ni? Hubby kata lebih dari RM1000 juga.

Inilah harga dan saiz yang telah pemiliknya iklankan :

Price : RM 550
Solid wood dining table (5'6" x 3'0") cum 6 dining chairs.

Separuh harga tu dan keadaan setnya masih elok. Kena pandai dan rajin mencari dalam mudah.my tu. Rata-rata yang hubby tengok untuk mendapatkan meja dengan kualiti yang hampir sama memang dalam lingkungan harga RM800 ke RM1500. Rezeki kami dapat yang ini.

Kenalah pandai menawar harga pula dengan si penjual. Kalau dapat diskaun RM10 pun lepas juga duit minyak pergi balik ke tempat kerja untuk sehari dua ; kereta kecil macam aku la. Makan seorang pun kenyang juga tu. Tak pastilah berapa pula diskaun yang hubby dapat.

Ini antara cara hubby aku berbelanja untuk set sofa, meja study anak dan pernah juga dia beli kamera kecil. Padan pula dengan aku sendiri yang tak kisah sangat. Mungkin sebab kami sama-sama berasal dari keluarga yang susah semasa kecil dulu. Maka setiap sen yang dikeluarkan tu terasa sangat berharga. Tapi janganlah sampai jadi kedekut dan bakhil pula.

Tapi kalau kami ni mewah dengan duit mungkin juga terus ke kedai cari set yang baru dan lain canggih design serta kualitinya. Terpulang pada duit dan citarasa masing-masing. Asal bahagia orang kata.

Teringat dengan kisah kawan aku yang katanya ada kawan yang beli katil besar dengan harga mencecah RM24K. Lengkap dengan mesin urut dan sebagainya. Berganda mahalnya daripada kereta Kelisa aku. Alhamdulillah! Murah rezeki dia nak berbelanja selagi ada kemampuan.

Cuba-cubalah jenguk mudah.my kalau teringin mencari barang. Macam-macam ada kat situ. Mungkin dapat murah kerana kadang-kadang kita dapat beli dari pemiliknya terus. Manalah tahu banyak pula jimat duit korang dari yang dijangkakan.

Aku bercerita sekadar ingin berkongsi tips dan pengalaman. Mudah.my tak bayar pun iklan aku ni..he..he.. Ok selamat berbelanja dengan berhemah.

p/s : anak-anak kata "selesa sikit mama dapat meja dah besar sikit"...Alhamdulillah! Berterima kasihlah kat ayah korang tu, belajar rajin-rajin.

Saturday 17 September 2011

Tak elok marah dan garang sangat

Tahun 1990, aku berada dalam tingkatan 5. Dah jadi super seniorlah di asrama tu sebab tiada form 6 kat situ. Maknanya semua junior kenalah hormat kat seniorkan. Kononnyalahkan! Terpaksa hormat adalah walau ada yang menyakitkan hati. Adatlah tinggal di asrama, macam-macam perangai.

Kebanyakan junior takut sikit nak menegur aku sebab muka aku nampak garang. Bercakap pun agak kasar juga dan cepat marah. Marah bila ada yang mengganggu je. Tapi aku tak suka buli orang, malas! Mereka takut juga sebab aku jenis yang kadang buat tak tahu dan tak ambil peduli. Hanya yang rapat dengan aku aje yang mesra.

Kalau di kalangan kawan-kawan sebaya aku memang jenis suka nak bergurau. Suka ketawa walau lawak kawan aku tu sikit je pun. Apasal entah...

Sifat aku tu menyebabkan ramai junior-junior yang baru masuk tingkatan satu tahun 1990 tu tak dapat tanda tangan dari aku. Bukan sebab aku sengaja tak bagi tapi mereka tak dapat cari aku. Nak bertanya aku, depa takut. Mereka tak dapat cari sebab nama yang tertulis di dalam kertas mereka adalah nama penuh aku dan jauh bunyinya dengan nama panggilan aku.

Kalau depa tanya bukan aku nak marah pun. Biasanya yang paling takut dengan aku tulah yang jadi paling rapat dengan aku. Lepas tu siap boleh gurau-gurau gila-gila lagi.

Itu semua dulu masa zaman darah muda. Dah tua-tua ni takkanlah tak insaf lagi. Adalah sikit kadang-kadang marahkan anak-anak. Suhu panas tu dah turun ke mulut yang peramah sangat.

Adalah juga junior yang kata "Kak Liza sekarang ni lainlah, peramah sangat!". Mana-mana kawan-kawan rapat tu memang tak heran pun sebab itulah perangai aku masa dengan diaorang dulu. Junior yang menegur tu kurang biasa dengan aku dulu.

Memang aku tak suka sikap buruk aku yang cepat marah tu. Maka sejak aku remaja lagi memang selalu terdetik ingin berubah. Agak sukar mengikisnya kerana terlalu sebati dalam diri.

Mungkin aku anak keempat dari lima beradik antara penyebabnya. Dapat adik pun masa aku dah berumur 8 tahun. Lama sangat bermanja dan adik-beradik lain terpaksa beralah dengan aku sebab aku adik. Itu yang macam naik lemak aje kot.

Mak pulak suka berleter, ikutlah tu. Mana tak berleter, perangai canggih mengalahkan budak lelaki. Mandi paya dengan abang aku. Boleh pulak join main bola sepak dengan abang aku dan kawan-kawan dia depan rumah. Selalu meloloskan diri dari mak aku seawal 4 petang semata-mata nak main lompat getah, baling tin atau galah panjang dengan anak-anak jiran. Suka sangat memanjat pokok rambutan, mempelam dan belimbing (bisnes pertama aku tu!).

Bila aku keluar dari alam persekolahan, proses cuba mengubah diri menjadi lebih sabar bermula. Bekerja sementara yang memerlukan aku berdepan dengan pelanggan kenalah sabarkan! Banyaklah tempat kerja aku yang mengajar aku. Boleh tengok sejarahnya kat SINI. Apa nama sebenar aku yang junior aku cari dulu pun ada kat entry tu.

Sejak aku mula melibatkan diri dalam Unit Amanah pada awal Januari 2006, banyak perkara yang aku belajar lebih lagi tentang sifat merendah diri. Semuanya aku dapat dari seminar-seminar dan kelas-kelas anjuran syarikat.

Terima kasih sangat-sangat pada cikgu disiplin semasa aku darjah 6 dulu iaitu Cikgu Latifei. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang dia berikan pada aku secara bersemuka. Umpama seorang bapa menasihatkan anaknya dengan penuh diplomasi.

Seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh ramai murid termasuk kakak, adik dan abang aku. Hingga kini pun beliau masih memenuhi jemputan kenduri kahwin masyarakat Jengka 16 jika berkesempatan walaupun telah lama berpindah ke Seremban. Dihormati oleh para ibu bapa juga atas curahan jasanya selama berkhidmat di sana.

Minggu lepas pun aku ada berhari-raya ke rumah teman seasrama dan sama sekolah juga di Puchong. Sekali lagi aku luahkan rasa terima kasih aku padanya yang pernah menegur aku agar tidak mementingkan diri sendiri. Dia sendiri tak menyangka aku ingat kata-katanya.

Hubbylah yang paling banyak menegur aku agar sentiasa bersabar dan belajar memaafkan orang lain. Setiap kali dia nak outstation "Mama jangan cepat marah dengan anak-anak ye! Banyak-banyak bersabar!". Macam biasa aku angguk je walau terkadang terlepas juga kemarahan aku.

Walaubagaimana pun anak sulung kata "Mama marah tak pe! Sekejap je sebab tak berleter panjang!". Aku tak suka dileter panjang, itu yang cuba tidak berleter panjang-panjang dengan anak-anak walau pun dengan nada yang tak marah. Sakit telinga juga dengar orang bagi nasihat berjela-jela secara satu hala ni ; kita tak boleh bersuara dan beri pendapat lansung. Tak diplomasilah orang kata.

Tapi aku memang berleter kalau cakap aku yang pendek tadi tak diambil peduli. Anak-anaklah yang selalu kena, takkan hubby pulakkan. "Mama cakap sikit tak nak dengar dan tak nak buat! Memang saja nak suruh mama berleter. Kalau rasa tak nak mama berleter, tolong buat segera!" garang je bunyi ayatnya. Cuba baca dengan tone yang berbeza ye sama ada nada tinggi atau lembut dan penuh kasih sayang. Kesannya berbeza ye!..he..he..!

Friday 16 September 2011

Tawaran buat blog, bolehkah aku?

Lama aku tak buat blog walking. Blog Diana dan Ben Ashaari yang selalu aku jenguk hari-hari pun dah hampir seminggu aku lupakan. Teruk sangatkah sibuknya. Bukan teruk sangat, cuma aku je yang agak perlahan buat kerja.

Aku masih lagi memantau blog Beauty Farmasi yang rasanya dah 90% entry telah aku masukkan. Tiada keluhan kerana aku buat dengan rela hati demi kakak tersayang. Kakak yang banyak berkorban demi adik-adiknya. Entry aku leleh air mata kerananya kat SINI. Aku rasa puas jika dapat bantu dia.

Wow! Dia sampai nak bayar sebab buatkan blog tu. Maklumlahkan, rasa teruja juga kerana aku masih lagi merangkak-rangkak nak menghasilkan satu blog yang jauh dari bagus. Apa pun aku akan cuba terus belajar selagi rajin..he..he..

Nampaknya aku memang kena belajar lebih lagi tentang cara-cara nak buat website ni. Macam lari je dari bidang kerja aku sekarang ye, Unit Amanah. Dah minat aku pada program-program macam ni. Apasallah tak ambil jurusan Teknologi Komputer masa di POLISAS dulukan. Masa tu aku belajar Elektronik Perhubungan. Memang lainlah.

Kena belajar le sebab baru-baru ni ada tawaran menyiapkan blog dari seorang Datin yang juga kaunselor yang sering menulis di halaman kaunseling remaja setiap hari Isnin di Harian Metro. Terkedu aku mendengar tawarannya. Tak berani aku nak meletak harga dek kerana ilmu yang sangat nipis ni.

Ada pula yang minta aku buatkan satu web site untuk syarikatnya. Ada domain sendiri dan perniagaan melibatkan urusan antarabangsa juga. Garu kepala aku kejap! Cabaran ni! Tapi kakak aku bagi semangat, "buat duit sambilan ni Liza". Kepuasan pelanggan kenalah jaga, itu tanggungjawap yang perlu dijaga.

Lain kali aku share info bila aku siap buat blog mereka.

Semalam adalah juga aku bantu touch-up sikit blog Ibu Nora agar mesra pelawat sikit mengikut citarasanya. Yang mudah-mudah tu bolehlah aku tolong juga. Terkejut juga aku bila mendadak bilangan page viewnya naik semalam hingga mencecah seribu lebih dari tiga ratus lebih je sebelum tu. Kata-kata Ibu Nora sungguh puitis hingga selalu juga aku copy paste di Bicara Ibu Nora.

Inilah blog Ibu Nora setelah digoda-goda oleh aku dan teman-teman facebook agar buka satu blog sebagai koleksi kata-katanya yang puitis itu : Mencari Kemanisan Iman.

Banyak idea nak bercerita tapi tak sempat nak luahkan di sini. Jadi selalu jugalah aku menaip kata kuncinya di handphone aku dulu. Takut terlupa. Ada juga pen dan buku nota kecil dalam handbag.

Pagi ni pula agak leka aku membaca entry-entry menarik dan pelik di blog akak ; Akak di sebalik pintu. Apahal asyik menyorok-nyorok belakang pintu ni? Intai siapa tu? Memang leka pun, lepas satu dan satu pula entrynya aku baca. Boleh tak siap kerja lain pulak dek kerana seronok membaca.

Thursday 15 September 2011

Selesaikan urusan harta pusaka tu segera!


Bukanlah perkara pelik pun bila anak-anak yang masih kecil mahu pun remaja sering berselisih pendapat atau bergaduh sesama sendiri. Asal tercuit sikit pun boleh melenting. Apatah lagi kalau ada yang sengaja luku kepala.

Itu aku faham sangatlah sebab aku pun macam tu juga masa kecil-kecil dulu. Lebih-lebih lagi dengan abang aku yang anak ketiga tu. Tapi yang peliknya dia jugalah yang boleh sama-sama mandi-manda main paya belakang rumah. Bila dia dah masuk sekolah menengah, aku jugalah tempat curahan rasa dan kisahnya semasa dia tinggal di asrama MRSM Taiping.

Lucu juga bila kami sama-sama duduk dalam kat ruang tamu dengan bergelap tanpa cahaya lampu kalimantang dari generator. Masa elektrik belum ada di Jengka 16 dulu, ramai peneroka yang guna kuasa generator untuk hidupkan lampu. Ia dikongsi oleh lebih kurang enam ke sepuluh buah rumah. Abang aku bercerita tentang kisah nakalnya memanjat pagar asrama gara-gara nak tengok wayang cerita 'Azura' lakonan Ogy dan Jamal Abdillah.

Masa kecil-kecil dulu sering bergaduh. Memang ganas-ganas punya gaduh sampai baling-baling kayu api pun ada. Nyaris tak kena, kalau tak ada yang berdarah kepala. Ngeri pulak bila diingatkan. Nak marah anak? Aduhai! Maknya lagi brutal sebab akulah yang baling kayu api tu pada kakak aku. Hubby aku jangan ceritalah. Dia budak baik.

Tapi aku bersyukur bila masing-masing dah meningkat dewasa, apatah lagi berumah tangga, masing-masing dah boleh sepakat. Setakat ni tiada istilah nak beriya-iya terasa hati jika ada yang buat silap. Apa yang aku nampak jika tersilap pun sebab tak sengaja dan hal kecil-kecil saja yang sebenarnya tak perlu nak kecoh pun.

Alhamdulillah sebab urusan mewariskan tanah selepas ayah meninggal dunia dulu pun dah selesai dalam tempoh tak sampai pun setahun. Semua lima beradik pakat-pakat ubah nama pemilik tanah kepada nama mak seperti yang pihak Felda sarankan. Lagi pun dulu mak sama-sama bersusah payah dengan arwah ayah mencari rezeki buat kami lima beradik. Keringat dan air mata usahlah dikira banyaknya.

Ramai anak-anak boleh bermusuh sesama sendiri hanya kerana berebutkan harta dan peninggalan arwah ibu dan ayah. Sedih aku memikirkan bila ada yang sanggup putus saudara gara-gara tak dapat menerima keputusan pembahagian harta mengikut syarak. Ada juga yang sanggup mengkhianati adik-beradik sendiri dengan cubaan membolot harta yang lebih untuknya sahaja. Pasal mesin jahit antik peninggalan arwah maknya pun kadang boleh jadi isu gaduh.

Bagi aku mudah aje, itu harta mak dan ayah. Memang aku ada hak bila mereka telah meninggal dunia tetapi aku ambil kalau diberi, bukan meminta. Kalau aku nak harta lebih, kenalah usaha sendiri. Jangan cuba-cuba nak tamak dan mempertikaikan syarat-syarat agihan yang telah termaktub mengikut syarak. Lagi pun aku yakin dengan kerjasama adik-beradik aku. Ngam aje!

Susah dan senang sama-sama berpakat dengan adik-beradik. Kalau ada yang bersikap menentang, entahlah! Malas nak layan... kesian aku tengok mereka yang berada dalam situasi begitu. Ye lah kan! Aku tak mengalaminya, tak tahu juga nak kata lebih-lebih.

Ada yang dah bertahun-tahun kedua ibu bapa meninggal dunia tetapi urusan pembahagian tanah pusaka masih tak selesai. Masing-masing tak sepakat untuk berkumpul sama-sama menguruskannya. Pelbagai alasan diberikan.

Kami adik-beradik dulu pun bukannya semua hadir pun ke pejabat tanah di Maran, Pahang tu.Adik aku tak dapat hadir kerana urusan kerja yang tak dapat nak elak. Jadi dia terpaksa buat surat sumpah menyatakan ketidakhadirannya.

Bila urusan pembahagian tanah lambat, ia boleh menimbulkan perselisihan bila hasil tanah digunakan oleh hanya seorang sahaja kerana dia saja yang mengusahakannya. Ini mampu menimbul rasa tak puas hati di pihak adik-beradik yang lain jika mereka memang jenis tak sepakat. Kalau dibiarkan jadi rugi pula.

Ada juga tanah yang terbiar tak diusahakan kerana masing-masing tak mahu sentuh selagi urusan pembahagian tak selesai. Takut rugi agaknya kalau diusahakan bila tiba-tiba ianya jadi milik adik atau abang atau kakak sendiri. Rasanya kalau mereka sepakat dan bijak menguruskannya, tak adalah takut rugi.

Jika ada urusan pembahagian tanah pusaka yang belum selesai, eloklah diurus dengan segera. Tanah tak terbiar atau rugi dan harap tidaklah menjadi sebab pertelagahan sesama adik-beradik sama ada secara perang dingin atau memang marah tak boleh simpan punya.

Tak baik bergaduh pasal harta, lebih-lebih lagi jika salah seorang mak atau ayah masih hidup. Sedih mereka melihat kerenah anak-anak yang asyik bergaduh dari kecil sampailah ke tua bangka. Kalau kecil-kecil tu boleh juga nak dirotan, dah tua ni macam mana pulak ye?

Untuk Mu Yang Bergelar Sahabat

Gambar dari Google

Sahabat ku
Aku ingin menulis
Aku ingin memperkatakan
Aku ingin bicara
Sesuatu tentang diri mu

Mengapa memilih mu di antara sejumlah ramai
Untuk saling berkongsi rasa
Pahit dan manis
Susah dan senang

Sahabat ku
Aku memilih mu kerana Allah
Kerana diri mu memang sahabat
Di antara ramainya sahabat
Kerana aku memang senang pada kapan
Bila saat bersama mu

Sahabat ku
Aku memilih mu bersahabat
Bukan bukan menginginkan perhatian
Bukan kerana mencari sekelumit kasih sayang
Kerana nilai persahabatan kita lebih dari itu
Sebabnya.. Sahabat ku
Kita tidak perlu mencari ruang keterbukaan
Meraih perhatian dalam keterluangan
Kerana bersahabat jujur nilainya lebih dari itu

Sahabat ku
Kerana aku tidak belajar lebih dari menghargai erti bersahabat ini
Tidak ku fikirkan siapapun diri mu di luar sana
Tetapi jika diri mu memerlu apa pun jua dari sahabat kecil mu ini
Sesungguhnya...
Ia sangat sangat mengharapkan
Memenuhi setiap satu keperluan sahabatnya..
Untuk mu yg bergelar sahabat...

p/s : Terima kasih buat Ibu Nora
Akhirnya Ibu Nora ada blog juga sebagai tempat mengumpul bicara Ibu yang indah.

Wednesday 14 September 2011

Sering lewat ke sekolah, salah siapa sebenarnya?

Setiap kali murid lewat ke sekolah, pastilah akan dimarah dan didenda oleh cikgu. Esoknya dia lewat lagi dan memang selalu begitu. Ada juga hari yang dia awal atau cukup-cukup masa saja masuk pintu pagar sekolah.

Bila dah selalu berlaku, teringin juga nak tahu sebab-sebab yang mungkin dia terlewat. Mungkin dia sering bangun lewat waktu pagi, terpaksa berjalan kaki dengan jarak yang agak jauh ke sekolah atau memang malas dan suka berlengah-lengah bila ke sekolah. Itu memang salah mereka sendiri. Perlu ada perhatian dan ketegasan dari pihak ibu bapa juga untuk mengatasinya.

Aku cuma kesian bila ada yang terlewat akibat ibu atau ayahnya yang sering lewat hantar. Anak pula yang terhukum oleh cikgu, bukan ibu atau ayahnya. Bila cikgu melaporkan pada ibu atau ayahnya, ada juga yang tak ambil kisah. Namun ada juga yang menerima teguran dengan hati yang terbuka dan berubah.

Apa pun, cepat atau lewat bergantung pada sikap kita sendiri. Jika memang suka berlengah-lengah dalam banyak perkara, memanglah kita akan selalu terlewat. Malah mungkin terlepas peluang yang baik dalam hidup kita.

UPSR 2011 bermula, jalan pun agak lengang!

Semalam kenderaan di jalan raya agak kurang di awal pagi semasa menghantar anak-anak ke sekolah. Patutlah, rupanya perjuangan calon-calon UPSR 2011 bermula. Murid-murid lain semuanya bercuti hingga Jumaat nanti tapi sessi sekolah ugama tetap berjalan seperti biasa.

Banyak kereta yang parking di luar SK Bandar Seri Putra semalam semasa aku menghantarAsyikin yang turut serta dalam rombongan ke FRIM. Seronoknya aku melihat situasi begini bila mana ramai ibu bapa yang datang memberi sokongan dan semangat pada anak masing-masing. Sanggup berkorban mengambil cuti pada hari pertama anak-anak mula nak periksa UPSR.

Teringat seorang rakan aku dulu yang sanggup mengambil cuti beberapa hari selama mana anaknya menghadapi peperiksaan UPSR. Alhamdulillah kerana anaknya mendapat keputusan cemerlang, 5A tahun lepas.

Apa pun ia bukanlah satu-satunya cara bagaimana kita menunjukkan kasih sayang, sokongan dan dorongan buat anak. Bergantung pada cara masing-masing dan bagaimana anak dan ibu bapa saling memahami.

Tidak semua ibu bapa dapat meluangkan masa bercuti menunggu anak di sekolah sementara mereka di dewan peperiksaan. Kadang-kadang ada juga anak-anak sendiri berasa tidak selesa bila ibu bapanya ada di sekolah. Hanya kita dan anak kita sahaja yang memahami bagaimana luahan kasih sayang kita antara satu sama lain.

Pada para ibu bapa yang punya anak sedang berjuang untuk UPSR tahun ini, debaran mungkin turut dirasai. Moga Allah berikan ketenangan pada kalian dan anak juga.

Buat teman Hanis Azla, aku yakin anaknya boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011 ini. Sebagai ibu yang penuh dengan kasih sayang dan perihatin, Insyaallah semangat itu menenangkan anaknya ; Debaran mula terasa.

Sunday 11 September 2011

Mari mengenal sayur-sayuran

Aku jumpa di facebook cousin hubby aku. Maklumlah keluarga sebelah hubby orang Banjar Semanggol, Perak. Aku lebih banyak terpengaruh dengan bahasa Banjar berbanding Jawa sebelah mak aku. Bila mak aku tak amalkan, anak-anak pun memang tak reti le juga.

Jom kenal-kenal sayur dalam bahasa Banjar.


Kenal sticker ni. Dah bertahun-tahun hubby tampal kat kereta. Asal tukar kereta je, sticker ni tetap ditampalnya. Siapa yang tinggal sekitar Bagan Serai, Parit Buntar dan sekitarnya memang dah akan selalu nampak sticker ni. Lambang persaudaraan sesama orang Banjar. Kulaan niring!

Senang belajar bahasa Banjar ni sebenarnya sebab ada bunyi-bunyi Melayu juga sikit-sikit.

Saturday 10 September 2011

Sudah-sudahlah buang bayi tu!

Geram benar nampaknya cousin aku dengan kes ni. Siapa yang tak geram melihat perbuatan seumpama ini selain daripada pelakunya. Sakit hati, sedih bercampur baur bagi mereka yang punya naluri kasih sayang sesama insan.

Aku copy paste komennya bagi jelas :

"sebenarnya takde istilah anak haram dalam islam..sapa yg mandai2 cipta istilah tu mang bahlul..aku rasa salah satu faktor kenapa bnyak org melayu yg buang bayi ni sebb isu malu ngan status dpt anak haram tu...malu org mengata..tu lah orang melayu yg mengaku islam..dosa org sumer nampak..dosa sendiri tak penah nampak..yang berzina ni pon,pandai buat pandailah ko tanggung,yg smapi nk membunuh ni apa kes??baik bunuh diri sendri masa ngandung kan bagus...ish geram plak aku"

Ishh... tak baik tu bang nak bunuh diri sendiri pulak. Ni geram punya pasallah ni.

Binatang pun tau sayangkan anak. Tengoklah anjing dan 'ba alif ba ya' (sorry! aku tak suka dan tak biasa menyebut namanya dengan jelas) yang haram dimakan dan perlu kita samak kalau tersentuh pun tau sayangkan anak. Tapi ada manusia yang sebaik-baik kejadian yang Allah jadikan sanggup menganiaya anak sekecil ini.

Ini youtube dari gambar dalam facebook di atas :


Ini pula link yang dimaksudkan tentang bayi yang masih hidup biar pun telah 3 hari dalam kubur. Subhanallah! Hebatnya kuasa Allah!