iklan

Followers

Pages

Tuesday, 6 November 2012

Part 11 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 10

Lamanya baru aku nak menaip sambungan dari kisah Part 10. Tak berkesempatan dan ditambah pula dengan tak ada mood nak menaip. Semuanya terkumpul di minda hingga kadang aku terlupa isi cerita selanjutnya.

4 hari berlalu yang bermula pada 24 September 2012 (Isnin) membawa kepada 28 September 2012 (Jumaat) yang mana hubby masih lagi di ICU waktu itu. Begitulah juga aku sentiasa berulang-alik setiap hari antara rumah di Bandar Seri Putra ke Sime Darby Medical Centre Ara Damansara di Jalan Lapangan Terbang Subang. Aku tak dapat bermalam di SDMC kerana menjaga dan menguruskan 4 orang anak yang masih bersekolah ; darjah 4, darjah 6, tingkatan 2 dan tingkatan 4.

Lagi pun aku tak dibenarkan berada di sisi hubby sepanjang malam dalam wad ICU. Semuanya nurse yang akan uruskan. Bukan hubby nak bergerak ke mana pun.

Dalam ICU, duduk di kerusi
Hanya awal pagi dia dibangunkan untuk duduk di kerusi, nurse pula akan buat 'sponging bath' iaitu lap badannya menggunakan tuala kecil dengan air yang dicampurkan dengan sabun antiseptik. Aku tak dibenarkan melakukan dan melihatnya kerana luka pembedahan masih baru. Sebenarnya aku tak kisah pun nak tengok kesan pembedahan yang baru. Kalau dapat tengok bagaimana pembedahan dijalankan pun aku sanggup.

Hubby akan dibiarkan dalam keadaan duduk supaya kedudukan jantungnya menegak dan dapat bernafas dengan selesa. Pun apa jua posisi tetap juga hubby merasa tak selesa. Kesan ubat yang memabukkan dan memualkan buat dia rasa resah dan rimas. Tambahan pula dengan kesan pembedahan di dada, kaki kanan dan tangan kirinya yang sentiasa perlu dijaga agar sentiasa kering walau pun dari peluh yang keluar.

Selera makan juga hilang. Terpaksa memujuk dia makan dengan selang-selikan bubur dengan buah-buahan. Biasanya hanya dapat 3-4 kali saja aku dapat menyuapkan ke mulutnya. Hanya buah-buahan saja yang terima dek tekak. Yang lain terasa mual katanya. Takut jika muntah akan menyebabkan dadanya sakit. Tersiksanya.

Selepas sarapan dia akan dibantu oleh 2 orang nurse untuk berjalan perlahan-lahan di dalam kawasan wad ICU. Habislah segala peralatan ubat-ubatan yang masuk melalui tiub di lehernya turut dibawa bersama, termasuklah tiub kencingnya. Rasanya orang yang baru lepas bersalin pun tak teruk jalannya. Kalau tak dipegang memang boleh tumbanglah.

Terapi berjalan
4 hari hubby di ICU. Tak sabar dia mahukan semua wayar yang berselirat tu di cabut dan dipindahkan ke wad biasa. Aku yang melihat pun rasa rimas, apatah lagi dia yang melalui semua kepayahan dan kesakitan.

Hari ke-4 dia di ICU, aku hanya tidur di lobi. Selepas jam 11 malam, menjenguk sekejap hubby di ICU, barulah aku turun ke lobi. Ada banyak sofa pelawat di situ, dan aku memilih lokasi berhampiran dengan meja penyambut tetamu. Aku kutip juga 2-3 bantal dari sofa lain sebagai alas kepala. Tidur sambil duduk tapi selesa juga rasanya.

Kaki aku pun memang berstokin dan baju 2 lapis takut sejuk. Tapi tidurnya tidaklah lena sangat sebab sekejap-sekejap aku terjaga. Entahlah rasa takut pulak nak tidur sorang-sorang di surau, jadi aku memilih lobi hospital saja. Waktu itu aku seorang saja tetamu yang tidur di lobi. Ada seorang dua pengawal keselamatan di depan pintu hospital.

Memang ada ruang menunggu di sebelah ICU yang lengkap dengan sofa dan TV tetapi ada sekelompok keluarga pesakit lain di situ yang buat aku tak selesa. Aku pun tak mahu nak ganggu privacy mereka.

Anak-anak semuanya di rumah kakak di Subang Permai. Syukur ada rumah kakak yang berdekatan dan banyak membantu urusan menjaga anak-anak aku yang lasak-lasak belaka.

Macam biasa mereka kata perihal kakak aku "mak ngah masak sedap!". Hati aku pun senang mendengarnya!

Sambung ke Part 12

11 comments:

Irfa said...

moga en hubby cepat sembuh ye kak liza

AisNy said...

Saya doakan semoga hubby awak cepat sembuh... selepas ini, awak kena lah jaga makan danminum dia... pastikan dia menjaga kesihatan dia dgn baik...

Mat Gebu said...

Moga cepat sembuh yea.....hmmm, byk2 bersabar....

Luqman Zakaria said...

saya pon nak doakan semoga en.hubby kak liza cepat sembuh dan tabah.. amin

ummiross said...

Moga suami Liza akan pulih sepenuhnya. Liza pun jaga diri ye...

umiawadah said...

Tabahnya akak sebagai seorang ibu dan isteri...menjaga keluarga di kala ketua keluarga sakit...semoga cepat sembuh ye kak..

Hanis Azla said...

Salam kak liza..

Alhamdulillah.. akak dan keluarga dapat melalui dugaan ini dengan baik..

Alhamdulillah juga sebab saya dah dpt masuk ke blog akak.. sebelum ni mmg tak lepas..

Take care kak.. semoga akak dan keluarga sentiasa mendapat keberkatan dariNYA.. insyaAllah..

MumMe said...

semoga semuanya beransur baik sekarang kak liza...

Zurina Hj.Zainal said...

semoga suami akak cepat sembuh....amin..

wahida said...

semoga suami akak cepat sembuh...

gugur dosa2 kecil dia kak...

bigman said...

moga suami akak cepat sembuh, itu tanda ALLAH sayangkan kita. moga akak tabah ok