iklan

Followers

Pages

Monday 28 June 2010

Selamat Hari Jadi Ayah!

Hari ini 28 June 2010 genap usia ayah 74 tahun. Ketika aku dilahirkan usia ayah 37 tahun, sama dengan usia aku tahun ini. Kasihan ayah, kesihatan semakin tidak menentu. Ayah mengidap sakit jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN. Ayah perlu makan ubat sepanjang hayat. Tahun lepas derita ayah bertambah bila diberitahu ayah ada kanser tiroid. Aku pun tak pasti stage berapa, kakak aku yg paling arif tentang rekod perubatan ayah. Pelbagai usaha & cara kakak buat utk mengubati sakit ayah. Sehingga kini pun tak putus2 usaha mak, kakak, abang mencari ikhtiar sama ada cara moden mahu pun tradisional. Setiap kali melihat ayah sakit, hati aku rasa nak menangis je. Lebih lagilah perasaan mak yg sentiasa di samping menjaga ayah.


Dengan ayah semasa di Cameron Highlands (31Ogos2007)
Masa ni dah operate jantung, belum kanser tiroid lagi


Sekali-sekala aku teringat masa aku kecil dulu, ayah masih mendukung aku walau diusia 6 tahun bila aku tertidur di ruang tamu. Maklumlah masa tu aku kira yang bongsulah (anak ke 4). Adik belum lahir lagi. Umur aku 8 tahun baru aku dapat adik.

Teringat lagi masa aku darjah 1, exam yang pertama aku dapat nombor 1. Ayah sedang mengukur kelapa masa tu. Dia bangun ambil duit seringgit dan hulurkan pada aku. Besarnya nilai seringgit masa tu. Berbungalah hati aku kerana seringgit tu. Banyak perkara yang ayah nasihat pada aku masa kecil dulu apabila aku berdua je dengan dia. Selalunya bila naik motor balik dari sekolah. Antara cerita ayah tentang bagaimana dulu ayah jual rokok daun yang dibuat daripada daun buluh sebelum pindah ke Jengka. Ayah dulu selalu hisap rokok daun dan aku memang pandai pintal, ikut ayah buat. Setiap kali aku nampak pokok buluh hiasan di mana2 pasti aku teringat cerita ayah.

Ayah juga bercerita tentang politik walau pun aku bukannya faham sangat masa tu. Baru darjah 2 agaknya. Sesiapa yang menang pun ayah tak nak ambil kisah kerana ayah kata yang penting ayah dapat bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Bila dah besar ni baru aku faham, ayah bosan dengan perbalahan sekarang sedangkan yang susah tidak juga dibantu.

Seingat aku ayah tak pernah merotan aku melain ayah marah aje bila aku buat salah. Ayah kata arwah atuk lelaki aku dulu pun tak merotan anak. Tapi ayah aku pernah kena sekali, demam ayah dibuatnya. Orang dulu2 banyak ilmunya, itu yang dilarang sangat merotan anak.

Dulu ayah pernah ke sekolah Inggeris tapi sampai tingkatan 1 aje. Tak ada duit nak tanggung kerana masa tu ayah dah yatim piatu. Seingat aku, arwah opah iaitu ibu ayah meninggal pada hari aku dilahirkan. Sampai sekarang aku ingat ayah ajar aku perkataan 'brinjal' semasa aku darjah 1. Bila mak tak ajar aku mengaji, ayah ambil alih. Dengan mak sakit le telinga aku kena marah kalau tersalah, tetapi tidak dengan ayah.

Mak aku kalau potongkan kuku aku memang pendek, tapi ayah mungkin takut terkena kulit. Selalunya kuku tu masih ada lebih. Kerana itu tangan aku kena ketuk dengan ustazah sebab dia kata kuku aku masih panjang. Sekarang aku pulak potong kuku anak2 termasuklah suami aku sekali.

Mungkin banyak kenangan dengan ayah yang aku ingat2 lupa. Sekarang nak dengar percakapan ayah pun agak sengau tapi aku faham. Pendengaran ayah pun dah tak berapa jelas. Di usia tua ini ayah memerlukan bantuan anak2 dan isteri. Kalau dulu ayahlah yang membantu aku. Sanggup menunggu aku balik dari asrama berjam2 di simpang tiga Bandar Pusat Jengka dengan motor buruk ayah tu. Masa tu aku tinggal di Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak (ASBTAR) Kuantan atau lebih dikenali dengan nama asrama Felda.

Ini gambar yang dapat aku rakamkan dengan ayah semasa ke Kuantan pada 12 Jun lepas. Ayah dah pakai tongkat. Mak kata ada orang hadiahkan pada ayah.


Buat ayah, Liza sentiasa sayang ayah. Kenangan kita minum coke malam2 nak balik kampung kat Perak masa Liza kecik2 dulu memang Liza tak pernah lupa *(^_^)*

Jangan tak tahu, ayah selalu suruh aku pegang kaki ayam yang ayah nak sembelih. Ayah kata pandang tempat lain tapi aku jeling2 juga. Itu yang bila anak2 terluka, jari masuk selumbar ke, luka bernanah, akulah tukang jururawatnya. Suami aku pulak yang ngeri. Anak perempuan aku yang ketiga pun macam tu. Dia tak kisah tengok adik dia kena injection. Nak jadi doktor katanya.

Pada kakak, abang2 aku & adik aku...terima kasih kerana kalian sangat perihatin & bekerjasama mengambil berat tentang ayah & mak. Lebih2 lagi kakak yang sepanjang tahun sejak Raya puasa lepas mak & ayah tinggal di rumahnya. Sekali-sekala ke rumah yang lain nak bertukar angin.

Mak kata kakak nak ambil mak ayah dari jengka balik ke Subang minggu ni....aku datangggg!!

Link berkaitan kisah ayah : Ainul A.B

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Alfatihah buat arwah ayah yg telah pergi pada 19 Ogos 2010M bersamaan 9 Ramadhan 1431H.
Link di sini : Aidilfitri tanpa ayah

Tuesday 15 June 2010

Cuti2 Keluarga ke Kuantan

12 Jun 2010 baru ni ke Kuantan pulak dgn semua adik beradik, anak2 masing2 & mak ayah. 27 orang semuanya dengan 5 buah kereta. 3 beradik dengan keluarga masing2 konvoi dari Jengka, manakala abg aku dari Lukut, N9 & adik aku dari Subang Bestari terus ke Kuantan.


Tilam bantal pun bawak..katil je takde, kalau tak lagi sendat

Lebih kurang pukul 12 tengahari bergerak dari Jengka 16. Segala jenis makanan yang nak dibawa pun diagihkan ke mana2 kereta yang muat. Periuk nasi pun bawak jugak ni. Mendap tayar kereta..he..he. Nasib baik kakak pun dah tukar ke MPV, muat le nak bawak mak dgn ayah.


Naza Rondo & Alza

Nampak gaya abang sulung aku pun kena tukar MPV juga ni. Ha..ha..dah mula bertanya mana berkenan nampaknya. Pilih je nak MPV mana ; Exora ada, Alza ada. Kalau Livina jadi boria lak dgn kakak. Tapi apa salahnya boria pun. Adik pun asyik menyebut Naza Rondo je...cantik tu. Insyaallah, moga dimurahkan rezeki buat adik-beradik aku semuanya.

Exora & Livina

Perjalanan melalui highway pantai timur dengan kakak sebagai leader & event manager. Cuaca sekejap terang sekejap mendung. Alhamdulillah tak hujan pun. Aku ni agak risau kalau memandu dalam hujan. Pandangan agak terhad.


I follow...!

Alhamdulillah, perjalanan lancar & sampai lebih kurang pukul 2 ptg rasanya. Aku pun tak tengok jam masa tu. Seronok sangat dah budak2 tu. Sibuk bertanya "mama, boleh mandi laut sekarang ke?". Amboi! Amboi! Panas terik ni nak oi... lunch pun belum lagi.



Bergambar dulu sebelum pergi ke bilik masing2.

Kami menginap di Mermaid Inn Beach Resort, Cherating.

Semua orang pakat berkumpul kat bilik aku sebab bilik akulah yang paling besar. Kami bentang dua helai tikar & hidangkan makanan untuk 'lunch'.


Mak long dan anak2 daranya rajin hidangkan lauk,
yang lain tunggu makan je ke?



Makan....masing2 dah lapar ni.

Adik & abang aku lagi sorang tu lambat sikit sampainya. Riuh bilik aku. Sederet 4 'Deluxe room' tingkat bawah habis kakak aku sewa untuk kami 4 beradik. Dua 'Standard Chalet' untuk mak ayah & adik aku sekeluarga. Jadi, petang tu diaorang semua lepak2 kat bilik aku.

Sederet tingkat bawah ada 4 bilik, betul2 mengadap cafe.

Petang dah hampir pukul 6 petang rasanya, matahari masih lagi agak terik di sini.


Semua anak2 & anak2 saudara dah tak sabar nak mandi laut. Adegan mengejar ketam....


Pantainya yang landai. Memang kebanyakan pantai di Cherating ni landai.


Kakak aku & suaminya pergi cari kalau2 ada ikan segar kat pekan kecil Cherating ni. Jadi tak bolehlah aku nak ambil gambar banyak2 sebab suami aku pun ikut sama. Abang sulung aku pun tak nak tinggal juga. Aku kena jaga si kecil Arif le pulak sebab abang2 & kakak2 dia pun nak mandi laut.

Malam ada acara BBQ pulak. Semua nak dibakar ; jagung, ayam, kambing, daging...perut aku kekenyangan. Siap dengan air asamnya. Durian pun ada juga kakak aku beli masa keluar ke pekan Cherating petang tadi. Malam tu memang sakanlah kami makan. Suami aku kata ikan kat sini mahal kalau dibandingkan kat tempat aku, Bandar Baru Bangi. Ingatkan saja nak menambah stok ikan, dah mahal...tak jadi le. Kakak aku beli ikan kembung je sikit. Tak pe lah, yang ada pun dah lebih dari cukup.


Semua kami buat sendiri aje..

Esok pagi, belum sempat breakfast, anak2 aku dah nak ke pantai. Sempat aku temankan sekejap sementara baby masih tidur. Tiba2 aje ada sorang budak lelaki tegur Azri, anak aku yang 8 tahun tu "Lepas ni saya pulak" semasa dia sedang mandi shower dekat dgn pantai tu. Aku tanya dia "kenal ke?". Kawan sekolah ugama katanya. Aku pun terus menegur ibu budak tu, "orang Bangi ke?" Takdir Allah menemukan aku dengan orang 'sebandar'..he..he.. Rupanya dia pun tinggal di Bandar Seri Putra juga.

K
ami breakfast kat cafe resort tu aje. Ada juga yang meratah lauk malam tadi kat bilik aku. Selepas tu anak2 semuanya berlari ke laut semula. Kali ni dgn mak ngah, mak long...semua adalah kot. Tak sempat juga nak melihat kerana melayankan si kecil Arif yang dah pun bangun tido.


Anak aku, Asyikin sedang makan nasi lemak

Selesai menyuapkan nasi lemak untuk anak kecil aku si comel Arif, aku berjalan ke sinki untuk basuh tangan sambil mendukungnya. Belum sempat pun aku nak basuh tangan, seorang wanita warga emas bersama suaminya menegur aku. Mungkin sebab aku terlebih dulu senyum padanya. Agaknya la...he..he.. Akukan peramah! Teruslah salamkan, belakang tangan le sikitkan, pasal belum basuh. Aku kata "macam kenal aje, siapa ye?" Dia menjawab "memang la..Mek...". "Oh...Mek Habsahhhh..." balas aku. Bermulalah cerita itu ini dengannya. Aku panggil 'mommy' je sebab dia membahasakan dirinya begitu. Kesian dia, bengkak mata sikit. Terjatuh katanya. Dah tua2 begini, macam2 penyakit katanya...lihat link ini. Tapi aku tengok dia ceria aje, kuat semangat di samping sokongan suami & anak2 tercinta. Dia pun bercuti bersama keluarga di sini. Tinggal ditingkat atas rupanya..


Sempat bergambar dengan Mek Habsah

Semasa aku minta tolong suami ambilkan gambar ni pun tak ada siapa yang perasan itu Mek Habsah. Mungkin wajah dah berubah sikit, tapi naluri aku ni memang begitu. Selepas je bergambar, adik-beradik aku tanya" siapa tu?" Selepas tu barulah...Ooooo... Kalau aku rasa aku kenal, mesti aku nak tanya di mana aku kenal. Kalau salah, tak rugi apa2 pun.

Selepas tu aku sambung duduk di cafe tu. Suami aku macam biasa rancak le berborak dgn abang2 aku. Adik aku pun baru nak breakfast dengan familynya. Tak lama aku di situ, terus balik bilik. Mandikan Arif, bagi dia susu dan dia tertido. Termasuklah aku juga tertido.

Jam dah dekat pukul 11 pagi...nak kena kemas barang. Bilik aku penuh le sikit sebab dah jadi tempat simpanan makanan.

Sebelum balik, dapat juga kami ambil gambar seluruh ahli keluarga. Ada 27 orang semuanya, mak & ayah, anak 5 orang & pasangan masing2, cucu ada 15 orang.




Posing sikit

Macam ke Trengganu juga, mesti nak singgah beli keropok lekor


Aku meneruskan perjalanan pulang ke Bandar Seri Putra. Tak dapat aku nak ke bandar Kuantan kerana suamiku ada kerja nak dibuat. Insyaallah, lain kali aku nak datang lagi melawat rumah abang long & kak long (kakak & abang angkat), sekolah aku dulu ; Sekolah Menengah Tengku Afzan, POLISAS atau ASBTAR (Asrama Felda, sekarang ni dah bangunan baru & nama baru).

Jem dekat tol Bentong

Dalam perjalanan, kebanyakan R&R penuh dengan kenderaan. Sama keadaannya semasa aku balik Taiping minggu lepas. Jalan hala utara pun sibuk juga musim cuti sekolah ni.

Alfatihah buat arwah ayah yg telah pergi pada 19 Ogos 2010M bersamaan 9 Ramadhan 1431H.
Link di sini : Aidilfitri tanpa ayah

Friday 11 June 2010

Hargai gaji anda

Berapa ramaikah antara kita membayar gaji pada diri sendiri? Kita bekerja siang dan malam,bila dapat gaji habis kesemuanya malah ada yang tak cukup. Kepala dah pening. Sampai bila, aku pun tak tahan kalau begini gayanya.

Apabila dapat gaji, agihkan sedikit untuk simpanan diri sendiri ; simpanan untuk masa depan. Kita memang ada banyak alasan, tapi terpaksa redha juga bila duit dipotong untuk KWSP. Jadi praktikkan perkara yang sama, redha je lah sejumlah kecil demi masa depan kita. Ada banyak cara sama ada duit tunai pergi simpan kat bank atau pindah secara on-line awal2 lagi. Ada juga cara potongan gaji terus ke Tabung Haji atau ke ASB. Semasa saya kerja tetap dulu ada kemudahan potong gaji terus ke Tabung Haji. Tak ada lah banyak pun, cuma sebulan RM50 je. Tapi kalau setahun dah berapa, 5 tahun, 10 tahun..kira lah. Bila sesak2 anak nak sekolah atau sakit ke, boleh juga diguna sikit.


Ada seorang client aku ni dia mula menyimpan RM1000 dalam dana unit amanah sejak 2006. Tiap2 bulan dia simpan RM200 je secara 'SI' dari bank terus ke akaun dana unit amanahnya. Sekarang adalah dalam RM10 ribu lebih yang kadang2 dia usik juga untuk masa2 yang dia rasa terdesak nak guna duit.

Cerita tentang sakit pula sangat digalakkan membeli insuran takaful semasa masih sihat ni. Bila dah sakit biasanya nak mohon dah susah nak diluluskan oleh syarikat insuran. Kira ajelah kos menginap wad atau mungkin kos rawatan yang agak mahal sekarang yg perlu kita bayar. Kalau ada insuran, boleh juga syarikat insuran takaful bayar. Kurang juga beban kita. Kita bukan tahu esok lusa, sihat ke, sakit ke, entahkan tiba2 musibah berlaku.. Bukanlah salah jika suami belikan insuran takaful untuk isteri atau sebaliknya.


Ada juga yang tak nak beli insuran takaful persendirian kerana syarikat dah cover semua termasuk le segala bil hospital untuk ahli keluarga juga. Tapi kalau kita sakit untuk tempoh yang lama, berapa lama pula syarikat nak tanggung? Ada kes yang dibuang kerja kerana dah tak produktif. Bagaimana pula kalau kita dah tak ada di dunia ni, sudi ke syarikat tempat kita bekerja tu nak tanggung bil2 hospital ahli kelurga kita yang tinggal.
Tapi kalau syarikat unit amanah & syarikat insuran takaful yang aku berdaftar sekarang ni memang cover keluarga juga walau aku dah tak ada nanti. Adalah termnya jugakan, takkan senang2 depa nak bagi juga.

Banyaknya hutang aku ye.. kereta, rumah, kad kredit ; ini yang glamor la. Cari le kereta yg sepadan dgn gaji, bukan untuk bergaya aje. Kalau mampu tu tak jadi masalah. Begitu juga dengan rumah. Selalu yang menjadi masalah adalah kad kredit. Dah terlajak belanja, nak buat macam mana. Kalau terlebih belanja guna kad kredit bermakna kita ni tak sesuai menggunakannya. Semakin diguna semakin membebankan. Apa yang nak dibuat, ambil kad tu dan gunting. Haah...ambik kau! Tak boleh pakai dah. Kalau nak pakai juga, guna satu kad je ok le kot. Tak jadi masalah jika kita sentiasa bayar penuh berapa yang kita gunakan. Ada cara lain juga nak selesaikan hutang kad kredit ni dengan cara 'reschedule'. Kena kira & faham tentang caj & tempoh pembayaran juga.
Cara lain aku menyimpan dengan main kutu. Bukan kutu kepala tu. Masa sekolah dulu ada jugak main dgn kawan, dah bekerja pun ada juga. Ada macam2 main kutu ni, kutu pinggan, kutu kain, kutu duit ; ikut apa yang kita nak kumpul. Aku lebih suka main kutu duit je. Sekarang pun masih main kutu juga, ada 20 orang yang main. Kami simpan RM10 sehari dan dapat setiap minggu ikut giliran. Masing2 dapatlah RM1400 sekali dapat. Terpulang juga pada diri masing2 bagaimana nak membayar gaji pada diri sendiri.

Kerja aku sebagai agen unit amanah, insuran takaful dan pembiayaan semula kad kredit telah banyak mengajar aku tentang pentingnya merancang untuk masa depan diri sendiri dan keluarga. Aku pun bukanlah buat semua tu sepenuh masa kerana part time juga dengan anak2 yang 5 orang tu. Calling2 012-3322773 utk lebih info (waktu pejabat saja ye!) atau email aje adzriel573@gmail.com. Kalau ada facebook, boleh juga contact kat situ. Selamat menghargai diri sendiri! Peringatan untuk diriku jua yg sering terleka.

Thursday 10 June 2010

Anak2 ke Zoo Taiping

Anak2 aku dah 'excited' nak ke Zoo Taiping. Seperti yang dijanjikan oleh ayah mereka, lebih kurang pukul 10 pagi @ 6 Jun 2010 kami bertolak dari Parit 3, rumah mak mertua aku menuju ke Taiping.
Perjalanan melalui Kamunting...eh! ni signboard apa ye? Ooo...suami aku kata sinilah rumah kakak angkat dia, kak Suria. Kalau kak Su ada, boleh juga kami singgah melawat. Asyik berborak kat facebook je, nak juga jumpa. Insyaallah, kalau ada rezeki boleh jumpa.
Lalu di penjara tertua di Malaysia ; dibina pada tahun 1879. Wah! memang dah tua, 131 tahun. Bolehlah nak baca cerita penjara ni sikit di sini.. Sejarah Penjara Taiping

Dah nampak signboard zoo, di depannya ada hotel Seri Malaysia. Lain kali boleh le bawa anak2 bermalam kat hotel tu pulak. Tukar2 angin je. Hotel Seri Malaysia

Jaga2 ada harimau...kami nak melawat pak belang hari ni.


Dah sampai Taman Tasik Taiping. Anak2ku! Inilah dia pokok teratai. Kecik2 dulu pernah datang sini kerana hantar abang kandung aku yang pernah bersekolah di MRSM sampai tahun 1986. Tak sangka pula bertemu jodoh dengan orang dekat2 sini juga. Jadi setiap kali balik kampung dia, ke Taiping jugalah aku.


Selamat datang ke Zoo Taiping!!! Info Zoo Taiping...klik je!
Meh kita ronda2 dgn keretapi..tak larat le aku nak ronda keliling zoo dgn jalan kaki je. Ramai betul yang datang bersama keluarga melawat zoo. Kanak2lah yang paling gembira. Sementara beratur nak naik keretapi, sempat le ambik gambar dengan anak2.
Eh! Arif intai apa tu? Sedang beratur bersama anak sulung & bongsu.

Dapat juga posing dengan anak dara yang sorang lagi. Ni yang nombor 3.


Juga dengan suamiku yang pemalu...jadi le buat kenangan...ha..ha..jgn marah yang!

Yeaaa...dah dapat keretapi kami. Perjalanan baru bermula. Cameraman nampak rambut je!
Tak banyak gambar jelas yang dapat diambil. Haiwan2 ni pandai juga menyorok,malu kot.

Suka tengok singa bersantai, tapi kalau dengar dia mengaum...heee...kecut perut aku.
Ni kawan seperjuangan singa, si harimau belang. Elok pulak 3 ekor ni posing pandang kamera. Dia tengok keretapi berhenti kat depan dia...mmm...banyaknya lauk aku, tapi tak boleh nak capai.

Melawat si leher panjang, zirafah, kuda belang, unta & banyak lagi le..ini baru naik keretapi. jenuh le kalau nak menapak keliling zoo ni.


Hai badak sumbu...tido aje ye! Letih sangat agaknya melayan pelawat yang tiba2 je ramai hari ni.

Gajah sedang bergurau senda...

Arif nak tengok ikan besar2? Ikan kelisa pun ada juga.
Sessi jalan kaki pulak. Kita pergi yang dekat2 je la..bersama kelima2 anak, ayahnya jadi cameraman je.

Eh! Nak bawak anak ke mana tu. Tiba2 lalu seekor monyet sedang mendukung anaknya.

Si ular sawa sedang bersantai...

Budak2 ni tak sah pergi zoo kalau tak melawat buaya ni.

Masing2 dah letih. Rehat jap...

Kenapa yg seekor lagi tu jauh?

Dah nak balik dah...dah panas ni...lain kali kita datang lagi ye! 2 tahun sekali agaknya.

Ini gambar May 2008, lokasi yang sama...ada beza tak?