iklan

Followers

Pages

Thursday 26 November 2015

Setiap kejayaan ada tertibnya


Tanpa INPUT mana mungkin ada OUTPUT.
Tanpa USAHA mana mungkin ada HASIL.
Tanpa PELABURAN mana mungkin ada KEUNTUNGAN.
... tambah lagi jika suka...

Tindakan, usaha, tekun, tawakal, sabar penting utk kita dapat hasil yg baik & lebih bertahan lama. Setiap sesuatu ada tempoh yg sesuai utk menjadi matang & berkualiti.

Umpama bangunan dibina, ada tempoh utk setiap struktur menjadi TEGUH sebelum proses demi proses. Ada ukuran yg dikira agar setiap sudut, ketinggian, jisim & sebagainya saling bersesuaian.

Umpama memasak nasi, ada sukatan air & beras yg sesuai serta tempoh masa yg sesuai utk lengkap menjadi nasi. Lain jenis beras pun lain juga sukatan airnya.

Janganlah gelojoh... sabar2 & lakukan dgn tertib.
PESANAN ini adalah utk diri sendiri serta sahabat handai.

Share jika ianya bermanafaat... 

Sunday 20 September 2015

Bijak menjaga aib sahabat

Gambar Hiasan
Semalam aku ada terbaca satu kisah dari mesej whatapss yang agak lawak juga tetapi satu penyelesaian yang sangat bijak. Pun tak pasti akan kesahihan kisahnya.

Antara yang aku faham bagaimana pada suatu ketika berkumpul Nabi Muhammad s.a.w bersama beberapa orang para sahabat di dalam masjid. Tiba-tiba salah seorangnya kentut dengan bauan yang sangat tidak menyenangkan. Tak tahu siapa di antara mereka yang berbuat demikian.

Fikir mereka tentulah salah seorang daripada mereka akan bangun untuk perbaharui wudhuk yang terbatal bila masuk waktu solat nanti. Maka akan terbongkarlah siapa empunya diri yang kentut tadi. Namun apabila azan mula berkumandang, Rasulullah s.a.w segera meminta semua para sahabat sama-sama mengambil wudhuk. Jelas di sini tiada siapa yang tahu empunya diri yang terbatal air wudhuknya tadi.

Lihatlah bagaimana betapa bijaknya Rasulullah s.a.w menjaga aib para sahabat. Kisah yang mudah tetapi tersentap aku bila memahami maksud di sebaliknya.

Tuesday 1 September 2015

Mencari rezeki di Little Penang, KLCC

Jumaat minggu lepas ada appointment dgn client unit trust di KLCC. Macam biasa tempat kitaorang lunch di Restoran Little Penang kat tingkat atas sekali. Aku tiba awal dalam pukul 12.00 tengahari sebab nak book meja awal. Kalau tidak masa waktu rehat Jumaat terpaksa beratur di luar restoran.

Sementara menunggu client tu, tergoda nak menikmati cendol.

Ya Allah memang nikmatnya cendol ni. Lemak2 manis gitu! Laju aje aku perabiskan sementara nak menunggu temujanji pukul 12.45 tengahari.

Tak nak buang masa, aku ambil order client melalui mesej whatapps je. Macam biasa bila pi sini, inilah yang aku order, kuew tiaw goreng special.


Sengkak perut nak menghabiskannya sebab dah masuk cendol tadi. So aku order teh cina panas je utk air minum.

Client ni plan nak keluarkan duit investment dia tapi aku advise tak perlu sebab harga tengah turun ni elok dia ambil kesempatan invest. Yang bestnya 2 tahun lalu dia invest dgn harga lebih tinggi 2 sen drp harga sekarang tetapi jumlah pulangannya masih untung 14%. Camner tu? Kena jumpa aku personally le utk sembang.

Jadi dia buat keputusan untuk invest. Alhamdulillah! Rezeki utk aku. Bila kita jaga duit client seperti mana kita jaga duit sendiri, InsyaAllah ada ganjarannya. Pun begitu sabar dgn pelbagai dugaan & cabaran. Aku memang jenis yg suka memaksa atau merayu client utk invest. Aku beri maklumat, terpulang pada dia utk buat keputusan. Kadang mungkin baik pada kita tetapi tidak pada orang lain. Allah lebih mengetahui.


Selama ini dia hanya invest dgn duit KWSP sahaja, tetapi kali ini menambah dgn wang tunai. Alhamdulillah, kalau nak rezeki tu tak ke mana. Jika tak jadi tu, Allah lebih mengetahuinya. Bersabar-sabarlah.

Tuesday 28 April 2015

Warisan Cityview Apartment, Cheras

Ini listing bulan April 2015, satu unit apartment yang nak di JUAL.

Warisan Citiview Apartment, Cheras. Dua kali aku tersesat mencari lokasinya. Perkara tu dah biasa bagi aku yang sudah biasa dengan kerja sales ni. Apatah lagi urusan sudah pun di amanahkan oleh tuan rumah, maka aku perlu selesaikan tugasan dengan seberapa segera. Cari lokasi sampai dapat.

Dekat sangat dengan stesen LRT Chan Sow Lin. Nak jalan kaki ke situ pun boleh aje.


Ada unit di tingkat 15 yang nak dijual oleh tuan rumah. Detailnya boleh tengok link :

http://npr.my/index.php/property/89/en/warisan_cityview_apartment

Jika nak naik lift, wajib ada Smart Access Card, kalau tidak tak akan berfungsilah lift tu. Korang tak dapat naik le. Kena tunggu penghuni rumah berkenaan datang jemput di bawah untuk naik lift sama-sama. Itu semua untuk keselamatan penduduk di situ.

Jangan cuba-cuba nak naik ikut tangga sebab pintu akan terkunci dari kawasan tangga. Terperangkaplah kat dalam tu nanti.

Tuan rumah nak jual ikut harga pasaran. Jadi tak perlu nak top up lebihan daripada loan bank yang dibenarkan oleh pihak bank bila nak membeli.

Jika ada yang berkenan, bagitau cepat-cepat.

klik sini untuk detail unit :

Bidang hartanah pula untuk 2015

Tahun 2015 semakin berganda kesibukan aku hingga mood nak berkarya di blog ni jadi ke laut. Tapi sayang tetap sayang dengan blog ni. Tetap sayang dengan sahabat-sahabat blogger terutama yang aku kenal sejak 2010. 5 tahun sudah rupanya ye!

Apalah yang berganda sangat sibuknya tu? Macam biasa kerjaya sebagai UTC (Unit Trust Consultant) tetap aku teruskan. Kerjaya sejak 2006, maka databased client tu dah ada aku bina untuk mereka ulang melabur silih berganti setiap bulan. Pun jika ada yang baru bila ada dapat referal saja. Aku bukan jenis yang rajin buat 'cold call' atau buka 'booth' pun sebenarnya. Alhamdulillah! Rezeki tak putus daripada kerjaya ini.

Kawan2 NPR Puchong yang pergi course sama hari dgn aku

Dengan Mr. Siva, President MIEA
Bermula hujung tahun 2015 aku mula berjinak dalam bidang hartanah atas dorongan Encik Hubby juga. Dah lama sangat sebenarnya dia usha aku join bidang ni. Aku je yang rasa belum ready.

Akhirnya pada awal tahun 2015 ini aku daftarkan diri sebagai REN (Real Estate Negotiator) di agensi Nilai Properties Realty Sdn. Bhd. cawangan Puchong atau singkatannya kami panggil NPR Puchong.

Kalian boleh risik listing-listing properties yang aku nak jual kat laman web rasmi NPR Puchong :


Alhamdulillah, semua listing yang aku dapat tu melalui referal sahabat fb, sahabat zaman sekolah, jiran-jiran dan ahli keluarga.

Tahun ini juga ada dua orang anak aku yang bakal hadapi peperiksaan penting iaitu SPM dan PT3. Dan anak yang bongsu pun bakal nak masuk ke darjah 1 tahun depan yang aku kena pastikan dia sudah mahir membaca sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.

Memang sangat sibuk dengan rutin kerja hampir 7 hari seminggu sekarang sejak join REN ini. Sibuklahkan sebab baru nak membina kestabilan dalam bidang hartanah. Syukur sebab pengalaman buat sales dalam unit trust juga membantu aku untuk buat kerja lebih cepat. Apa yang perlu hanyalah lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu hartanah untuk menambah keyakinan diri dan dapat sampaikan ilmu tu kepada para pelanggan dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan antara Broker Tanah dan REN. Umpama kerjaya yang berlesen dan tidak berlesen. Aku memilih yang berlesen untuk kebaikan diri aku sendiri dan para client juga.

Jangan tak tau, inilah nama sebenar aku. He..he..

Sijil daripada LPPEH
Aku memilih MIEA untuk hadiri course 2 hari untuk dapatkan sijil kat atas tu sebagai mengesahkan aku boleh menjalankan aktiviti sebagai REN yang berlesen dan berdaftar.


Setiap bulan mereka akan keluarkan jadual course di :


Selepas dapat sijil ni depa akan bagi tag. Yang itu aku kena tunggu lamalah pulakkan. Jadi ke mana-mana pun aku akan bawa sijil ni sebagai mengesahkan yang aku ni adalah REN yang sah.

This is my card... 

Ada peringatan untuk para broker dan perunding hartanah :

Peringatan Kepada Broker & Perunding Hartanah

Mulai bulan April 2014, tindakan keras akan diambil ke atas broker-broker hartanah (ejen tidak berdaftar). Tindakan undang-undang itu termasuk denda (sehingga RM300,000) dan penjara (sehingga 3 tahun).

Pastikan anda berdaftar sebagai perunding hartanah di bawah seliaan ejen hartanah berdaftar atau terima padah yang menanti.

Hanya ejen hartanah berdaftar & perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) serta tuan punya hartanah sahaja yang dibenarkan menjual dan menyewakan hartanah.

Selain daripada mereka yang disebut di atas, tidak kira anda adalah abang, kakak, pak cik dan sebagainya kepada tuan punya hartanah, anda adalah sebenarnya seorang broker dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Sumber peringatan : Blog Hartanah Sifu

Jangan lupa add fb Kak Liza https://www.facebook.com/adzriel.ab

Tuesday 3 March 2015

Pesanan manja yang asas jika nak berjaya dalam jualan

Goggle mari
Ada sahabat bertanya tentang tips nak buat jualan, tips nak berjaya dalam bidang jualan. Apa yang aku katakan pada dia bahawa aku bukanlah orang yang layak untuk bagi dia tips sebab pencapaian aku dalam bidang jualan biasa-biasa sangat.

Aku tidak salahkan siapa-siapa pun atas pencapaian aku yang biasa-biasa kerana tips untuk berjaya memang banyak tapi aku yang tidak konsisten melaksanakannya.

Tapi aku pesan juga pada dia bahawa jika nak berjaya, ikutlah tips yang memang dia dah pernah dengar pun dalam kelas-kelas anjuran syarikat yang pernah dia hadiri. Kita selalu seronok dengar atau baca tips untuk berjaya tetapi kita selalu bertangguh dan beralasan untuk melaksanakannya.

Hari ini aku menghadiri satu kelas yang juga berkaitan dengan bidang jualan. Antara perkara asas yang ingin aku kongsikan dengan korang semua :

1) Jangan suka buang masa dengan bergossip atau mengumpat. Kadang kita terlalu sibuk berbincang tentang keburukan orang lain yang sebenarnya tiada kaitan dengan kita pun. Apa yang kita dapat hanyalah dosa mengumpat.

2) Jangan buang masa dengan makan, minum atau berehat terlalu lama hingga boleh menyebabkan kita jadi malas dah nak bangun dan bergerak untuk mulakan kerja.

3) Fokus untuk selesaikan tugasan yang diberi dengan seberapa segera, elakkan bertangguh dan beralasan.

4) Jika kita menerima penolakan atau kerugian, jangan lama melayan sedih. Abaikan kemarahan. Redha! Perbetul kesilapan dan teruskan usaha mencari peluang lain. Marah dan sedih hanya membuang tenaga dan masa kita untuk berjaya.

5) Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan rakan seperjuangan.

6) Jangan terlalu kedekut dan berkira untuk sekali-sekala bersedekah sama ada daripada segi keringat atau pun harta.

Apa yang aku kongsikan bukan untuk perli siapa-siapa tetapi untuk kebaikan semua. Ia sebagai nota atau ingatan untuk diri aku sendiri. Terasa aku hari ni.. He..he.. padan muka aku kannnn..

Monday 2 March 2015

Makan dan bayar online


Biasa kita dengar beli barang secara online. Kita bayar dulu secara online dan kemudian orang pos barang tu kat kita. Tapi biasa tak buat macam ni? Kita pi makan atau beli barang kat kedai tapi bayar secara online?

Tak tahulah orang lain ada buat ke tidak tapi aku ada buat. Ini pun sebab kawan yang dah kenal lama dan dia ada rasa percaya dengan aku. Setiap kali aku bayar pun pasti aku mesejkan perincian bank pada pemilik kedai tu yakni kawan akulah.

Akulah yang cadangkan cara ni pada dia. Saja suka-suka nak menggalakkan dia menyimpan duit sebenarnya. Bukan banyak pun sekali aku belanja, tak sampai RM20 pun selalunya. Setiap kali aku buat bayaran, aku akan rekod juga dalam 'notes' di smart phone Lenovo aku tu. Transaksi memang aku buat 'on the spot' depan dia. Jika ada masalah internet pada Lenovo tu, aku akan buat kemudian atas pengetahuan kawan dia.

Kawan aku yang berniaga ni cuma jual nasi lemak, nasi ayam dan jajan je kat tepi jalan. Niaga kecil-kecilan je, kadang susah nak buat simpanan. Jadi bila sekali-sekala aku tunjuk jumlah simpanan dia yang aku rekod, gembira sangat dia. Ye lahkan, selama ni nilai RM dalam bank tak meningkat pun. Itulah nikmat menabung bila nampak hasilnya.

Kadang aku ketawa sama-sama melihat gelagat dia yang 'excited' tengok jumlah simpanan dia. Hidup aku mungkin tidaklah sesusah dia daripada segi nilai kewangan tetapi banyak nilai kemanusiaan yang aku pelajari daripadanya. Belajar untuk kurangkan merungut bagi mana-mana kekurangan yang ada dan lebih bersyukur.