iklan

Followers

Pages

Tuesday 31 May 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !


Segmen ringkas sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA
pada setiap 31hb Mei ...
Klik SINI


Zon larangan merokok!
Merokok hanya akan membazirkan duit dan memendekkan jangka hayat anda!
Sayangilah diri anda...

Aku memang tak boleh bau asap rokok.
Boleh lemas dan migraine dibuatnya.

Kenapa aku benci rokok?

Ini jawapannya : AKU BENCI ROKOK

Selamat pengantin baru : Salih Yaacob & Samihah Sheikh Ali


Selamat pengantin baru

Hangat kisah perkahwinan artis terkenal Salih Yaacob (50) dan pasangannya yang juga isteri keempatnya Samihah Sheikh Ali (24) pada 30 May 2011.

26 tahun beza umur mereka. Agaknya bila ye SY kahwin kali pertama ye? Kalau kebiasaan umur yang agak awal dalam usia 25 tahun bermakna bakal isteri keempatnya belum lahir lagi masa tu. Itulah jodoh dan maut semuanya Allah tentukan. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha.

SY masih lagi mempunyai tiga lagi isterinya Norlizah Mamat (47), Norraha Hamat (43) dan Norfara Wahida Sulaiman (33) dengan 11 orang anak.

Perkahwinan dengan empat isteri sudah tentu mencabar dan menimbulkan pelbagai respon dari ramai pihak. Namun kita sebagai orang luar yang hanya melihat dan memerhati tidak perlu mengatakan hal-hal yang negatif. Kebahagiaan orang lain tidak mungkin sama dengan kehendak kita.

Kebahagiaan itu sangat subjektif untuk kita tafsirkan.

Mungkin saja ada orang merasa bahagia apabila berkereta besar, rumah besar dan mampu melancong hingga ke luar negeri. Tetapi ada insan yang cukup bahagia apabila dapat makan bersama-sama keluarganya yang ramai atau mungkin saja berdua dengan insan tersayang.

Belum tentu ada kebahagiaan bagi mereka yang setiap hari suaminya akan pulang ke rumah setelah habis waktu kerja. Tetapi ada yang merasa cukup bahagia apabila dapat meraikan waktu-waktu emas yang ada sekali-sekala bersama suami tercinta. Nak buat macam mana kalau suami bekerja sebagai pelayar yang harus bermusafir hingga berbulan-bulan lamanya.

Kita doakan agar rumahtangga yang baru dibina SY bersama isteri keempat dan isteri-isterinya yang lain agar sentiasa bahagia, aman dan harmoni.

Amin!

Kalau nak tengok banyak lagi gambar :

Sponge and marble



Birthday Arif baru je lepas pada 28 Mei 2011, genap dah si kecil ni berusia 2 tahun ;


Petang hari birthdaynya hubby aku belikan kek sponge coklat dengan layer cream dan pecahan biskut Oreo di setiap lapisannya. Kepingan Oreo juga disusun di atasnya. Beli di kedai kek Salsabila berhampiran rumah aku je. Memang sedap! Biasanya aku tak minat sangat kek sponge ni tapi yang ini kreatif. Tak sempat nak ke pukul 10 malam pun, keknya habis di makan.

Esoknya order puding marble secara online pulak. First time ni, tukang buatnya dekat aje rumahnya. 5 minit memandu dah sampai. Pagi hari berikutnya tokey dia hantar depan pintu rumah. Sedapnya dimakan sejuk-sejuk. Lepas makan sepotong puding, tambah lagi dan lagi. Arif pun suka sangat makan puding ni. Terima kasih Lela dan Jebat :

http://gulahangus.blogspot.com/2011/05/puding-mable-puan-liza.html

Bukan susah pun buat puding ni sebenarnya. Korang pun boleh buat sendiri. Jenguk sini untuk tengok cara-cara nak buat puding marble ni. Ada video sekali. Jebat dah buat siap-siap untuk korang :


Serlahkanlah kreativiti anda!

Kreativiti seseorang, sangat istimewa!



Entrynya di SINI

Teruja aku tengok beg ni. Sangat cantik! korang boleh buat? Beg ni kawan aku jahit sendiri kat rumah sampai patah-patah jarum mesin jahitnya. Tak padan saiz badan yang kecil molek, ganas betul kawan aku ni.

Wani memang cukup kreatif kalau bab merekacipta hasil jahitannya. Apa pulak ni Wani???? Holder ID card pun buat juga? Cantiknyaaaaaa.....!!

Gambar dari entrynya di SINI

Boleh jenguk entry berikut untuk koleksi cintanya yang lain, memang aku kagum!!


Kreatitiviti apa yang korang ada? Aku kreatif bab makan je, masak tak kreatif pun. Lain-lain lagi le tak reti. Kira duit pandai le!

Banyaknya duit! Ada makna ke?



Aku kaya..... apa boleh buat dengan $25 million dollar ni? Banyak tu, bagi 1 million pun dah lebih dari cukup. Apatah lagi 25 million, Dollar pulak tu. US dollar lah agaknya. Tukar ke RM dah berapa? Selalunya email begini akan masuk ke kotak 'Spam' aku, boleh pulak dia selamat ke inbox.

Tengok tajuk pun dah tau email menipu. Tapi aku masih tak faham mengapa masih ramai yang boleh tertipu dengan email-email begini. Begitu juga bila ada orang nak berkenalan dalam facebook.

Ini antara mesej yang tiba dalam inbox di facebook aku. Aku tak delete pun sebab saja nak buat rekod. Aku tak terima pun bila diaorang 'add' aku.



Hensem...mmm boleh tahan. Posing macam model aje. Nampak kaya juga dengan lokasi-lokasi menarik. Memang menggoda. Kita tak kenal mereka dan prasangka buruk aku mereka tak faham budaya kita dan niat mereka umpama 'ada udang di sebalik batu'. Boleh prasangka buruk macam tu?

Apa niat aku nak terima mereka sebagai kenalan baru? Bukan aku boleh niaga barang-barang aku kat Adzrien Shoppe tu kat depa pun. Blog aku pun depa nak baca pun tak faham. Aku nak pergi melawat tempat depa? Jauh sekalilah!

Sebenarnya aku takut dengan kes-kes penipuan yang berleluasa sekarang ni. Depa lelaki akan hantar mesej-mesej begini ke dalam inbox wanita yang sudah berkahwin. Hubby aku pulak dapat mesej dari wanita asing untuk berkenalan. Jantina berbeza sebagai daya penarik.

Guna nama Islam untuk berkenalan? Maaflah abang, saya tak yakin dengan anda walau pun mungkin benar anda jujur. Itu lebih baik bagi saya untuk tidak menerima anda sebagai kawan baru dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun dengan tidak menerima anda.

Bagi aku, bila menerima teman-teman baru dalam facebook haruslah berhati-hati. Friendlist aku baru nak cecah angka 909 orang tapi aku tak 'published'kan senarainya pada orang lain. Kadang-kadang ada orang yang suka 'add' berdasarkan 'friendlist' yang kita ada.

Biasanya aku terima setelah jenguk sekejap 'info' orang berkenaan. Kalau aku rasa OK, aku terimalah, kalau tidak abaikan saja. Tapi kalau ada yang sering guna bahasa yang tak sedap aku mendengarnya, ada unsur-unsur bongkak dan asyik nak 'tag' aje memang bakal aku 'remove' kan aje. Pagi ini pun ada yang tag aku, aku 'remove' dari 'wall' facebook aku aje. Satu kali lagi dia tag memang 'remove' nama dia teruslah. Baca kisah tag 'Tag aje bukan Tag Heuer'

Sunyi atau bosan bukan alasan untuk kita TERLALU peramah dalam Facebook hingga tergadai segala maruah dan harta benda. Janganlah hanya kerana ayat keramat "You are very beautiful" atau pujian seumpamanya membuatkan kita lupa diri. Itulah yang aku tak faham dengan mangsa-mangsa penipuan cinta di Facebook. Terlalu berani agaknya! Sebaiknya jangan dilayan akan pujian-pujian begini dari insan yang korang tak kenal pun asal-usulnya.

Tak ada maknanya bagi aku benda-benda macam ni!

Monday 30 May 2011

Pemandu bermasalah

Selalu orang kata pemandu wanita sering bermasalah dalam hal-hal memandu kereta ni... Cuba korang tengok video ni. Aku dah nak tergelak tengok orang ni nak reverse keretanya. Siapalah yang 'approve' lesen dia ni. Nak aku tolong 'reverse' ke?

Mmmm... alahai! Sia-sia je kereta cantik (cantiklah daripada kereta Kelisa aku yang dah 10 tahun tu!), tapi susah sangat nampaknya nak 'reverse' kereta tu.



Tak pelah... orang tua yang memnadu, memanglah lambat. He..he... Zaman sekarang dah tak boleh nak kira jantina dah untuk kita hakimi cara memandu.

Aku sendiri letih bila ada pemandu yang begini :

- Tukar lorong tanpa signal.
- Setengah jam nak masuk/keluar parking.
- Potong barisan secara sengaja.
- Parking halang kereta lain ; Banyak parking kosong.
- Bergerak macam siput cari parking ; belakang beratur panjang.
- Turunkan penumpang yang halang laluan ; ada je tempat kosong lain.
- Hon panjang pagi-pagi terutama depan sekolah kecuali kecemasan.
- Degil tukar lorong perlahan walau banyak kereta mengekornya di lorong laju.
- Kereta park kat pam minyak, sempat shopping dalam kedai pam minyak tu.
- Suka hati dia parking dalam dua lot parking.
- Ikut rapat di belakang semasa di tol Smart Tag.

Biasalah...masalah yang tak pernah selesai. Sabor aje le!

Ajal maut Allah tentukan - Agnes meninggal?



Terkejut aku melihat tajuk berita pagi ini di depan Harian Metro "Agnes dilapor meninggal", mukasurat 27. Terus saja aku selak ke mukasurat 27. Agnes Monica, penyanyi dan pelakon Indonesia yang terkenal.

Suspenlah sebab kelmarin ada terbaca berita tentang dia masuk hospital akibat sakit 'tuuuttt'. Jadi hendak taulah juga kenapa meninggal. Ajal maut di tangan Tuhan. Kita kadang-kadang tidak dapat menjangka sebab-sebabnya juga.

Ada orang kelihatan saja sihat dan cergas, tiba-tiba saja boleh dikejutkan dengan berita kematian akibat stroke atau sakit jantung yang mungkin tiada siapa yang mengetahuinya selama ini walau empunya diri sekali pun.

Kemalangan juga juga boleh berlaku dalam pelbagai cara dan menyebabkan kematian. Adakala kemalangan kecil mampu meragut nyawa. Tetapi bila ajal belum tiba, kemalangan besar sekali pun belum tentu akan meragut nyawa seseorang.

Seperti kisah dua orang teman hubby aku ini. Yang seorang ini terjatuh dari tangga semasa cuba membaiki lampu di siling. Alhamdulillah kerana tiada kecederaan yang serius berlaku ; tiada anggota yang patah dan paling penting nyawanya terselamat. Aku sendiri mulanya kalut dan agak panik bila hubby menyampaikan berita itu pada aku.

Berbeza dengan temannya yang seorang lagi meninggal dunia akibat tergelincir di tangga rumahnya. Hubby kata lehernya terhentak di bucu tangga. Dia terjatuh kerana tongkatnya tergelincir semasa turun dari tangga. Sebelum itu dia cedera akibat kemalangan jalanraya. Kesedihan sangatlah hubby aku rasakan kerana itulah antara teman baiknya semasa zaman sekolah menengah dulu. Al-Fatihah!

Bagaimana dengan Agnes Monica tadi? Nak bacakan Al-Fatihah pun bukannya muslim. Jadi. bacalah beritanya boleh jenguk di SINI.

Saturday 28 May 2011

Happy birthday Arif Ikhwan


Arif : Mamaaaa.... jomlah Arif nak main kat luar.
Mama : Tak bolehlah... nanti 'dog' gigit. Mama takut laa..

Translate je tu. Arif bukan pandai cakap pun tapi tangannya asyik tunjuk keluar je dengan mulutnya "nak uwa!" (nak keluar).

Nantilah Arif dah besar sikit bolehlah keluar. Sebenarnya mamaya malas nak bawak keluar. Nasib juga ayahnya ajak naik motorsikal. Happynya dia berdiri dalam raga motor.


Anak mama dah besar sikitlah. Hari ini 28 Mei 2011 usia Arif dah genap 2 tahun.


Dah pandai nak bergambar. Setiap kali aku ambil gambar dia, sibuk jugalah dia nak tengok hasilnya di kamera.


Main dalam pagar ajelah. Ecehhh.... macam pandai sangatlah nak main badminton tu. Reket ni Aleesya punya, cousin Arif iaitu anak adik aku. Tertinggal kat rumah aku minggu lepas.

Mama doakan Arif sihat dan membesar sebagai anak yang baik dan berjaya dalam mengejar cita-cita.

Bertambah lagi usia Arif masuk 2 tahun. 3 tahun lagi nak masuk tadika pula. Masa tu semua kakak-kakak dan abang-abangnya sudah di peringkat menengah dan Insyaallah yang sulung ke peringkat universiti. Usia aku pun bakal melewati angka 40. Jarak usia Arif dengan abangnya iaitu anak keempat aku agak jauh, 7 tahun.

Pesanan buat diri sendiri "Didiklah mereka yang setahun jagung dengan ikhlas kerana hasilnya lebih dari padi sebendang..."... (Terima kasih ibu Nora)

Inilah blog Arif, ada gambar dia sejak lahir : Bijaksana dan Bersaudara

Friday 27 May 2011

Comelnya kau baby!




Ya Allah! Takjubnya melihat dua insan comel ini yang Allah ciptakan!
Lihatlah mata mereka yang memandang...

Amboi-amboi comelnyaaaa..! Geramnya aku tengok pipi mulus baby ni.
Aku tak boleh tengok baby, rasa nak cium-cium pipi tu.

Inilah anak-anak teman blogger aku.
Nak tengok lebih gambar kat blog diaorang :


dan


Moga menjadi anak yang baik dan soleh.
Buat ibu yang melahirkan, jaga kesihatan elok-elok.
Jaga pantang dan moga cepat sembuh.

Thursday 26 May 2011

Taulah korang tu baru kahwin...

Entry sebelum pasal mereka yang komen di blog aku : Terasa macam dah lama berkawan.

Aku tukar setting dari 20 orang ke 50 orang... ini hasilnya :



Bilangan komen bulan Mei 2011 setakat hari ini pun sama
Komen dalam blog aku pun tak boleh nak renggang
Nama dua-dua kena dekat-dekat
Macam tuan empunya badan

Kak Liza doakan korang berdua bahagia
Gurau-gurau selalu, mesra-mesra selalu
Bermaaf-maafan bila tersilap...

Terasa macam dah lama berkawan

Aku baru je pasang widget tukang komen kat blog aku ni. Saja nak tengok siapa paling kuatmengomel selain diri aku sendiri. Orang lain lama dah pandai buat ni, aku baru hari ni je pandai. Aku 'setup' untuk sepanjang May 2011 sahaja.

Alhamdulillah! Semuanya nama-nama yang aku dapat bayangkan rupa bentuk blog masing-masing. Manalah tahu takut tak kenal jiran blog pulak.

Diana nama teratas ye! Mana-mana blog pun namanya juga yang selalu top 3.. cuba tengok kat blog Muhammad Burn (no 13), Diana menang nombor 2... eh! Sama banyak jumlah komen dengan aku! He.he..

Seronok aku tengok senarai nama ni... terasa macam dah lama berkawan dengan korang semua ; aku aktif hantar entry sejak Januari 2011 ni aje. Sebelum ni macam suram aje blog ni.

Terima kasih banyak-banyak pada kalian yang rajin memberi pandangan yang bernas, lucu dan melegakan hati di blog aku. Adakalanya tersenyum aku sorang-sorang bila baca komen-komen korang.

Pun begitu aku tak lupa pada mereka yang namanya yang pernah komen tetapi tak ada dalam senarai ini. Boleh ke aku letak nama 50 orang ke... baru jelas!

Jadi siapa yang berminat nak letak widget ni boleh refer ke SINI.

Kubur sebelum mati


Pusara ayahanda, Al-fatihah!

Sapa yang pergi jenguk blog dia ni memanglah kalau tak tergelak, boleh sengih juga bila baca. Aku pernah buat entry tentangnya sebelum ini : Tersenyum aku pagi ini

Ada sajalah ideanya 2 dalam 1. Macam syampu 2 in 1 je. Menegur dalam melawak! :


Jengah-jengah entry lamanya.. ingin berkongsi blog yang aku suka baca sebenarnya.

Sampul surat pun bahaya!

Sekarang urusan surat-menyurat dah kurang. Ramai yang pakai email untuk kirim berita. Lebih-lebih lagi dah ada facebook, twitter dan macam-macam lagilah maka surat-menyurat ni memang payah sangat. Boleh guna handphone aje bila nak bertanya khabar mak dan ayah di kampung.

Jangan ada anak-anak yang tak kenal apa itu setem. Alamat rumah sendiri pun kadang-kadang tak tahu. Apa pula makna POSKOD? Aku sempatlah pos surat sebelum POSKOD di perkenalkan.

Siapa yang suka tampal setem atau sampul surat guna jilat dengan lidah aje? Aku sarankan berhentilah dari terus melakukannya. Guna sedikit air atau span basah. Kalau tidak, mungkin 'Malang tidak berbau'... baca kisah ini :


Sekarang dah ada sampul surat yang boleh dilekatkan dengan hanya membuang lapisan plastik pada penutup sampul. Macam 'double-sided tape' je. Mudah. Setem tetap guna air..

Maafkan Aku Wahai Suami... Maafkan Aku Wahai Isteri...


Gambar dari blog Yana MIB, boleh zoom IN-OUT

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?... Jawabnya, dengan iman...

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman didalam diri masing masing sentiasa disuburkan.. Bukan tidak pernah terguris.. Bukan tidak pernah bertelagah.. Tetapi jika dihati sama sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut.. tetapi sekadar didalam cawan. Ada gelombang.. tetapi cepat2 mjadi tenang.. Jika ditanyakan kepada dua hati yg bercinta, siapakah yg lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yg lebih cintakan pasangannya.. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa.. Jika kita bersama cintakan yg Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur..Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya". Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan... Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami 'disabotaj'nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!.. Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya... Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh... sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

House dan Home.. Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.. Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi... kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.. Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?.. Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan... Firman Allah:

"Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin."

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri... Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah... Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.. Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Wallahu'alam... Salam Sayang

... Ibu Nora ...

p/s : Copy dari facebook dengan izin penulis.

Anonymous tentang kad kredit

Aku jarang menerima komen dari 'Anonymous'. Kalau ada pun aku 'published'kan yang positif aje. Kalau yang negatif pun hanya iklan-iklan tentang software, facebook yang berjela-jela. Sakit mata pulak melihatnya. Tak berkaitan dan bersesuaian lansung.

Pagi ini ternampak komen seseorang di kotak komen entry aku :

"Salam semua..Alhamdulillah syukur aku kian mencapai matlamat habiskan hutang kad plastik ni.. Next aku nak target nak buang satu kad..kalau aku simpan pun kene caj jugak. Satu lagi malas nak melayan jurual tru phone call ni..sibuk la nak tanya pasal kad plastik ni masih pakai ke tak.Mmg kerja diaorg cari pelanggan.Tapi aku rasa aku tolak tu dengan cara baik..Tapi diaorg ni mmg tak putus asa..ada yg call dari company yg sama tapi org yg berlainan.Manis betul bila berckp..janji mcm2 aje.. Mungkin aku tak aware sgt ttg peraturan ataupun peraturan yang masih longgar yg menyebabkan mereka2 ni masih beroperasi menjual produk melalui talian telefon.Memang tiada paksaan tapi mampu mengelirukan dan membuatkan pengguna terjebak lagi2 dengan menyatakan perbualan direkodkan.. So, sama2 beringat."
By Anonymous on Seronok guna kad kredit? on 5/26/11

Alhamdulillah, berguna juga entry lama aku tu. Bahaya guna kad kredit kalau tidak kena gayanya. Ada satu pun cukup, itu pun dah lama sangat aku tak gunakannya dan yang penting yuran tak payah bayar sejak aku dapat kad tu pada tahun 2003 lagi.

Banyak bank yang call aku suruh buat kad kredit dan personal loan. Aku jawab "Saya tak kerja dik! Nanti siapa nak bayar?". Kalau dia cadangkan suruh hubby bayar pulak, aku jawab "baik akak pakai supplementary kad dari suami aje daripada nak apply baru!". Selalunya jawapan pertama memang dah dapat memendekkan panggilan telefon. Tak pernah ada supplementary kad pun, semua sendiri punya. Hubby takut aku pandai guna tapi tak reti bayar agaknya.. he..he..

Jadi, mana yang belum ada kad kredit tu tak perlulah nak mohon jika sekadar nak bergaya. Aku takut jadi nahas aje kerana jika tersilap guna, malapetakanya boleh berterusan hingga 7 keturunan. He..he.. teruk sangat ke? Ambil calculator, kiralah sendiri.

Wednesday 25 May 2011

Kisah rindu Ummul Kasturi


Arif diapit oleh Asyikin dan Azri

Membaca entry Ummul Kasturi membuat aku berfikir sejenak tentang diri aku dan anak-anak. Ya Allah! Hebatnya anak ini yang diceritakan oleh Ummul Kasturi. Pasti meruntun jiwa dan mampu mengalirkan air mata, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Aku share dengan korang semua : Titipan rindu meruntun hati

Kutu berahak betul!

Dah 3-4 hari aku rasa kepala aku ni gatal. Mungkin sebab kelemumur agaknya. Hishhh... tengok gambar ni, teruknya kelemumurnya. Kesian dia, tentu kepalanya terasa gatal yang amat sangat.

Gambar copy kat SINI je!

Aku cuba cuci kepala aku dua tiga kali pun gatalnya tak hilang. Sekali-sekala aku cuba keruk kepala nak check banyak sangat ke kelemumur aku tapi tidak juga. Anak aku kata "mana ada kelemumur pun mama!". Hati aku rasa tak sedap je dah ni! Tau tak apa terlintas di fikiran aku? Sesuatu yang aku benci sangat-sangat. Memang pantang tok nenek dan mak aku juga. Kalau betul sangkaan aku memang aku hapuskan sehabis-habisnya.

Setelah 2 malam aku mencari akhirnya jumpa juga dengan peralatan aku yang dah hampir rongak ; sikat yang rapat-rapat bilahnya. Supaya penceroboh tak terlepas. Geram dah ni!

Alahai.. rongak dah bilahnya

Rongak-rongak pun banyak jasanya sejak 9 tahun yang lalu. Seusia dengan umur anak aku yang keempat, Azri. Beli di kedai uncle cina di Taman Seri Intan, Kajang. Teringat pulak uncle yang peramah tu. Apalah ceritanya...last berita sakit katanya. Tak pasti sakit apa tapi susut benar badannya.

Bagi yang belum kenal, inilah sikat kutu. Ada yang tak kenal ke? Kutu tu apa pulak? Bukan Puan Kutu tau... jangan marah ye! Gurau aje! Kalau ada yang tak kenal kutu boleh baca faktanya di SINI.

Malam tadi aku mulakan operasi cuba menyikat di rambut aku. Terjumpa 2 biji telur kutu. Alamak! Sikat lagi dan lagi tapi tak dapat kutunya. Lepas tu aku cuba sikat kepala baby aku si Arif. Sekali sikat je jatuh seekor yang agak sederhana besarnya di atas kain lampin putih yang aku bentangkan atas riba aku. Sah! Kutu telah menyerang keluarga aku. Aku sikat lagi kepalaArif,2 dah tak adalah pulak. Rambut pendek memang tak berapa nak ada kutu. Tapi aku tahu Ariflah perantara kepada kutu yang menyerang kerana dia hari-hari tidur di rumah pengasuhnya dari pagi sampai petang.

Aku pun mula menyikat rambut Asyikin,9. Rambutnya paras bahu aje tetapi agak tebal. Sikat kali pertama dapat seekor yang besar, mak dia agaknya. Aku capai je handphone aku untuk ambil gambar. Inilah hasilnya, seekor kutu berahak sungguh! Mood geram!


Aku lenyek kau dengan kuku aku. Belum kenyang darah nampaknya. Asyikinlah paling teruk kena. Ada dalam 7 ekor kutu aku jumpa yang 2 ekor daripadanya besar. Telur kutu dalam 6 biji. "Patutlah gatal sangat kepala Ikin!", rungut anak aku. "Dah gatal teruk macam tu kenapa tak bagitau mama?", aku tanya dia semula.

Berkali-kali aku sikat rambut anak sulung aku, Aishah,15 tapi tak ada kutu pun. Cuma kelemumur je yang banyak melekat pada sikat tu. Kena marah dengan aku sebab banyak kelemumur. Rambutnya memang susah nak cuci sebab panjang dan tebal sangat. Macam aku masa bujang dulu. Sekarang dah nipis... sedih! Tapi rambut Aishah lebih tebal. Kalau nak cuci kat kedai memang kena 2 kali cuci. Sekali-sekala bolehlah ke kedai, mahal...

Petua nak hilangkan kelemumur aku jumpa kat SINI.

Aku ulang-ulang menyikat rambut Arif, dapatlah lagi seekor. Patutlah si comel aku ni selalu garu-garu kepala. Kesian baby mama! Nak mengadu pun tak pandai lagi. Ada juga aku telek-telek kepala dia kalau-kalau ada kelemumur, tapi tak ada pula. Bila mama yang terkena, barulah faham.

Habislah kepala anak-anak lelaki aku yang lain pun aku check. Alhamdulillah tak ada semuanya. Mungkin sebab rambut pendek. Hubby aku pun nak bermanja juga minta aku sikatkan rambutnya yang jarang tu.. haii.. dah tua kita ni ye yang! Aku kata rambutnya jarang, kalau ada kutu merayap pun boleh nampak... he..he..

Inilah ubat kutu yang aku gunakan. Memang ada kat rumah lebihan tahun lepas.


Tapi gambar ni aku ambil kat blog NI, anaknya pun kena kutu juga. Dah nak habis, kena beli baru pulak ni.

Pagi tadi aku beritahu pengasuh Arif tentang masalah kutu. Kesian dia terpaksa pula nak check kepala anak-anak yang diasuhnya. Selama 2 tahun Arif di situ baru 2 kali anak aku kena jangkitan kutu ni. Sebelum ni Arif tak kena, cuma Asyikin saja yang kena sebab rambut panjang agaknya. Amirul dan Azri pun tak kena walaupun empat orang anak aku ni pernah transit di situ juga. Tahun ini je aku tak hantar mereka transit ke situ. Tengahari balik rumah aje sejak aku selalu ada di rumah sebelum pukul 2 petang. Amirul pun dah sekolah menengah, balik sekolah jalan kaki je.

Gelikan ada kutu ni. Aku memang tak ada tolak ansur dengan kutu ni. Sejenis parasit yang menghisap darah kat kepala kita. Dah sedut darah siap bagi kulit kepala gatal pulak. Itulah kuasa Allah yang memberi tanda-tanda adanya kutu di kepala. Kalau tanda gatal tak ada, mana mungkin tahu ada kutu di kepala. Tau-tau jatuh je atas bahu... Eeeeee.. geli!

Ni ada juga petua menghapuskan kutu rambut. Klik SINI.

Tuesday 24 May 2011

Astro hiasan semata


Ye lah tu! Tinggalkan mesej pasal Astro kat shoutmix aku pulak. Harry Potter tu hari-hari anak aku tengok. Sampai aku pun suka tengok. Tak payah tunggu Astro la.. Sajalah tu 'Asterisk Boutique' nak buat aku jealouskan...

Arial astro lama. Bila nak tukar ke Beyond Astro ni? Boleh pakai piring arial warna hitam pulak.


Ha..ha... toksah beranganlah. Astro dah lama tak ada kat rumah aku sejak hujung tahun lepas. Ni semua gara-gara fius dalam kotak Astro tu terbakar dan menyebabkan sedikit litar di dalamnya juga turut terbakar.

Maka, lantak hang lah nak terbakar. Aku bagitau kat hubby aku, kita 'terminate' ajelah Astro ni. Tahun ni pun Aishah, anak sulung aku nak menghadapi PMR. Kalau ada Astro, budak-budak ni asyik mengadap TV aje. Tengok mood tahun depan macam mana.

Arial Astro kat luar rumah tu buat hiasan je. Macam bagus aje kan. Jadi aku belilah arial biasa je untuk dapatkan siaran TV yang lebih comel... boleh laa! Aku beli di kedai hardware depan rumah aku je sekali dengan wayarnya.

Dengan selamba aku cuba-cuba letak di pagar jiran rumah aku sebab dia bukan duduk rumah tu pun. Sekali-sekala je menjenguk rumah tu. Asal dapat gambar di TV, kira OK lah tu. Bila hubby aku balik, menggeleng kepala ajelah. Hubby aku pergi pulak kedai hardware cari besi panjang untuk letak arial dengan lebih kemas.

Kelebihan paling ketara ialah tak perlu bayar bil bulanan...he..he..

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI ...



Gila agaknya kalau aku join segmen Ben Ashaari yang ini. Mana taknya, yang join anak-anak muda belaka yang minda pantas-pantas dan kreatif belaka. Aku pulak yang macam siput ada hati juga nak turut serta.

Ada yang nak join? Klik SINI... Cepat! Pukul 3.00 petang dah tutup.

Jangan risau sebab aku tak join pun. Hajat asal memang nak join tapi angin aku dengan siputnya internet aku ni. Nak call TM pun malas.. tak ada ubatlah kalau dah malas! Malas nak gaduh...

Topiknya seperti di tajuk entry aku ni. Melibatkan tiga cerita yang mana cerita 'Fast and Furious 5 : Fast 5' antara yang aku suka tengok, termasuklah hubby dan anak-anak aku. Anak-anak aku dah tengok cerita 'Pirates Of Carribean' tu, lawak juga kata mereka. 'Nur Kasih' tidak juga, malah dramanya di TV pun aku tak ikut. Namun promosi filemnya aku kira hebat juga.

FAST AND FURIOUS 5 : FAST 5
PIRATES OF CARRIBEAN
NUR KASIH

Dari 'Tokyo Drift' sampailah ke 'Fast 5' ni aku tengok dengan anak-anak kat rumah. Memang melekatlah depan TV tengok cerita ni. Bangun bila iklan je.. melampau betulkan! Yang dua lagi kurang berkenan di hati aku.

Sesiapa yang join segmen ni, good luck dengan 'filem-filem' yang bakal korang hasilkan. Jenguk-jenguklah esok apa hasil segmen. Tentu meriah dan kelakar nanti. Depa yang selalu join tu memang kreatif betul. Korang cuba baca entry untuk segmen Ben Ashaari semalam kat SINI. Kreatif tu!

nurhafiz2009/ALL IN ONE bagi duit. (giveaway)



Ada giveaway oleh blog ALL IN ONE.
Ada yang berminat nak join... kliklah SINI.

ALL IN ONE ; blog yang memang berada dalam blog list 'Kunjungan Selalu' aku. Jadi namaNur atau ALL IN ONE atau sebiji buah janggus atau gajus ni memang sudah terpahat di minda aku.

Kenapa buah gajus? Buahnya agak manis-manis pahit. Aku paling suka makan biji gajus hingga ada teka-teki "Buah apakah yang bijinya di luar?". Pucuknya yang muda cukup sedap dibuat ulam. Khasiatnya? Mungkin ramai yang tak tahu. Baca di SINI! Sangat bagus untuk kesihatan!

Profile picture Nur

Profile picture ni banyak aku jumpa di mana-mana blog yang aku kunjungi. Bermakna Nur memang rajin sangat blogwalking. Insyaallah dia akan tetap cuba balas semua kunjungan korang ke blognya. Jangan lupa tinggalkan jejak korang.

Nur, pemilik ALL IN ONE nak beri duit untuk giveaway kali ini. Nampak macam voucher Tesco. Kalau dapat bolehlah aku shopping kat Tesco di Nilai, Negeri Sembilan yang baru buka tu. Duit tol RM1.20 je dari rumah aku. Ada voucher bolehlah jimat sikit.

Kalau tidak kenalah ke Tesco di Saujana Impian, Kajang. Kawan aku, Hanis Azla biasa ke sana agaknya. Masa Ummiross dulu dah ada ke Tesco Kajang tu? Dulu Ummiross pernah mengajar di Kajang. Sekarang dah bermastautin di Sarawak. Hari-hari melayan kain Batik Sarawak.

Voucher Tesco

Kak Liza doakan Nur dilimpahi rezeki yang lebih lagi. Mulianya sifat seseorang yang suka bersedekah. Sekali-sekala kita bersedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin.

Insyaallah! Menggembirakan hati orang lain dengan sedikit pemberian itu sudah memadai, apatah lagi pemberian yang banyak dapat di manafaat untuk ramai orang. Namun sedikit atau banyak lebih bermakna bila diberi dengan hati yang ikhlas.

Katalog terbaru yang aku scan..

Dalam aku menaip entry ni hampir sejam baru nak siap kerana internet macam biskut ni, ada pulak yang selitkan katalog Tesco ni di pintu pagar rumah aku. Macam tau-tau aje ye!

Korang jangan tak tahu, bila internet ni 'disconnect' je aku pergi sidai kain kat luar. Bila OK, aku sambung balik. Isikan masa yang terluang dengan hal-hal yang berfaedah ye! He..he..

p/s : Jangan lupa vote my baby Arif kat SINI. Sorry Nur, agak panjang... naik syok pulak menaip. Kisah bersambung-sambung!

Monday 23 May 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Komuter yang aku naik tidak selaju keretapi INI

Inilah segmen Ben Ashaari yang memerlukan kisah aku berkaitan keretapi atau LRT atau komuter atau apa-apa saja yang seumpamanya di SINI.
Ini kisah benar aku, watak saja yang tak benar!

Jadual asalnya nak bergerak seawal 9.00 pagi dari rumah tapi dah jam 10.00 pagi pun aku masih lagi belum bersiap. Dok leka lagi menyiapkan kerja-kerja rumah. Basuh kain, sidai kain, lipat kain, semuanya hal kain je. Jangan suka jaga tepi kain orang sudahlah!

"Takpelah! Aku janji dengan Cik Cempaka nak jumpa pukul 2.30 petang di Bangsar!" aku pujuk diri sendiri dengan beralasan. Bilalah nak insaf agaknya. Asyik berlengah-lengah aje!
Jam 11.00 pagi barulah aku tiba di parking dekat stesen komuter UKM, Bangi. Selepas park kereta buruk aku tu, aku terus bergegas berjalan menuju ke kaunter stesen. Alamak! Jalan aku telah dihalang! Alahai! Banyaknya beg, nak balik kampung ke? Maaflah, tak dapat nak tolong! Aku nak cepat.

Macam berat je beg tu!
Kalau baju lengan panjang lagi comelkan!

Macam ni la aku kalau nak ke KL. Naik komuter, LRT dan yang sewaktu dengannya aje! Nak jimat kos parking dan minyak. Jimat sambil bagi UpProfits sikit. Aku tak nak dah guna kad Touch 'n' Go aku. Pengalaman lalu buat aku bengang dan ngeri bila habis duit dalam kad tu depa caj. Jadi aku beli tiket aje.

Tidaklah ramai pun manusia yang menunggu. Aku duduk dibangku panjang. Ada awek berniqab ala Rabiatul Adawiyah gitu. Tekun benar dia membaca buku, macam buku statistik aje. Aku memberi salam padanya dan bertanya "Student UKM?". Beliau mengangguk. Cerita si gadiskatanya dari Palestin. Sepatah aku tanya, sepatah ajelah jawapannya. Mmm... tak best nak ajak berborak.

Gadis berniqab, gambar dari blog Menongkah Arus

Komuter tiba dan aku pun naik koc ada warna pink sesuailah untuk pinky momma macam aku. Ada juga kaum Adam yang masuk koc wanita. Nak jadi Encik bedak sejuk ke? Apa nak heran, sekarang ramai dah yang 'Encik-Encik' yang nak berbedak sejuk macam wanita juga.

Dapat duduk sebelah awek. Mulut aku yang tak reti diam ni mula bertanya "Nak ke mana?". Nak ke KL juga katanya. Part yang paling best bila katanya dia bekerja di salah sebuah bank di Bandar Baru Bangi. Lantas aku pun bertanya "Ada tak staff yang bernama Khushairi?". Ada katanya! Depa panggil "Kuca-i atau Kush" kalau kat ofis tu. Setelah aku selidik rupa dan keturunan bugis To'Wan nya memang betullah orangnya. Kami bertukar nombor handphone. Aku minta dia kirim salam pada Kuca-i, katakan Liza anak Sarah dari Jengka 16 yang kirim salam.

Kami sama-sama berhenti di KL-Sentral. Aku teruskan haluan aku menuju kaunter tiket Putra LRT. Aku perasan seorang lelaki ini sama-sama keluar dengan aku dari komuter tadi. Cuma dia tidaklah masuk koc untuk pinky momma. Dia beratur di belakang aku untuk membeli tiket LRT juga. Aku buat tak tahu saja.

Tiba-tiba muncul dua orang awek ala berwajah Arab tapi rambutnya mengurai, tidak pulak berniqab seperti awek Palestin yang aku jumpa tadi. Mereka seolah-olah menuju ke arah aku tapi menukar haluan di saat akhir ke arah lelaki di belakang aku tadi. Amboi! Nak bertanya pada yang berbeza jantina. Magnet berbeza kutub, memanglah begitu. He..he..! Lelaki belakang aku tu pun menerangkanlah dalam bahasa Inggerisnya. Bagus juga korang tanya lelaki tu, aku ni bahasa Inggeris aku agak 'out'. Elok bahasa 'apple sweet' jadi 'greenappleku' yang masam pulak nanti.

Elok pulak sama-sama nak naik 'escalator' ke Putra LRT. "Eh! Sama! Nak ke mana?" Sapa aku yang memang sangat peramah. "Kerinchi!", katanya. "Takut nanti awak sangka saya ikut awak pulak!" tambahnya seperti menduga aku. "Tak terfikir macam tu pun!" aku menidakkan.

"Saya Arif, Arif Azmi!"... Ehhhh... macam nama baby aku pulak. Tapi anak aku Arif Ikhwan. Aku hulurkan aje kad nama aku. Jurujual macam aku memang begitulah agaknya, tetapi tidaklah semua rajin hulurkan kad nama. Insyaallah! Ada rezeki boleh jumpa lain kali dan berborak panjang sikit. Dah nak naik LRT, mana sempat nak bercerita.

Agak awal aku tiba di Bangsar. Baru pukul 1.40 petang pun. Janji dengan Cik Cempaka pukul 2.30 petang. Tak mengapalah, yang penting aku tak lewat. Terus aku call dia untuk beritahu yang aku dah sampai. Rupa-rupanya dia dah ada pun sedang sibuk mengisi borang-borang 'client' di pejabat cawangan Bangsar. Aku lapar! Jom Cik Cempaka, kita makan dululah. Kita makanlah bersama Kak Es sekali. Lepas ni kita laksanakan tugas kita dah rancang tu selanjutnya.

Balik nanti aku tak nak naik komuterlah. Aku ingat nak tumpang balik bersama Kak Es aje.UpProfits sikit aku. Cepat dan tak payah keluar duit untuk tambang. Aku takut kalau terlewat naik komuter selepas jam 4.00 petang, memang padat macam sardin nanti. Kesiannyalah mereka yang hari-hari terpaksa menaiki komuter. Nyarislah aku ni cuma sekali-sekala aje! Sekali-sekala pun dapat aku tambah dua orang kenalan baru.

p/s : entry disiapkan dalam kepayahan internet yang kejap ada kejap tak de.. nak kena TM ni. Hantam ajelah ye..

Air mata tak tertahan lagi... Al-Fatihah

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI



Aku nak try join segmen kreatif Ben Ashaari kali ini.
Harap-harap kreatiflah aku nanti.. he..he..!

Bantuan doa korang diperlukan juga.
Nak join jugak.. boleh klik SINI!

Kalau tak nak join boleh baca entry Ben Ashaari yang ini :

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul


Aku yakin ramai antara kita yang mengalirkan air mata dengan kejadian tanah runtuh baru-baru ini. Sebak hati aku bersambung dari entry semalam. Apatah lagi mangsa kejadian. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perasaan sedih, terkilan dan trauma semuanya ada.

Boleh jengah ke blog ini kerana banyak entry-entry berkaitan dengan kejadian di SINI.

Bayangkanlah betapa ngeri dan pedihnya bila ada antara mangsa yang terpaksa di potong kakinya di tempat kejadian demi menyelamatkan nyawanya. Keputusan yang sangat sukar tetapi terpaksa di SINI.

Menaip entry ini pun buat air mata aku turut mengalir. Al-Fatihah sekali lagi.

Sunday 22 May 2011

More vote for Arif



12 Mei 2011 kelmarin aku letakkan gambar Arif dalam "Smart Photo Contest 2011". Saja suka-suka join. Manalah tahu kalau ada rezeki buat Arif yang bakal menyambut hari lahir keduanya pada 28 Mei 2011 nanti. Gambar ini aku pertaruhkan dalam contest tersebut. Kalau ramai yang 'like' pada gambarnya dalam facebook, maka rezeki dialah.

CARA-CARANYA :

Mula-mula kenalah klik 'like' facebook Smart Photo Contest 2011 dulu.
Kemudian barulah klik 'like' gambar Arif ni
Tinggalkanlah apa-apa komen ringkas di situ.

p/s : Terima kasih aku ucapkan pada korang yang sudi vote Arif.

Al-Fatihah pada mangsa tanah runtuh Hulu Langat


Dari Metro PILU... mangsa yang selamat sebak melihat jenazah rakan yang terkorban.

Sebak hati aku bila mendengar berita di TV tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat. Mana tak sedih, tanah yang runtuh menimpa rumah anak yatim dan telah mengorbankan 16 nyawa termasuk seorang warden, manakala 9 orang cedera di mana 3 daripadanya kritikal.

Beritanya di SINI dan SINI.

Melihat nama-nama yang tertera di kaca TV hampir saja membuatkan air mata aku mengalir. Umur anak-anak yang menghuni di situ antara 7 hingga 17 tahun. Lingkungan usia anak-anak aku juga. Mungkin ada yang sememangnya tidak punya ayah dan ibu, atau tiada salah seorang ibu atau bapa. Kasihannya mereka.

Hanya Al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan. Moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada mereka yang terkorban dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Isu yang sering dilupakan : Tiga Faktor Kejadian

Saturday 21 May 2011

Cinta restu ibu bapa


My lover yang pemalu, susah betul nak bergambar

Cinta itu buta. Kerana cinta ada yang sanggup putus saudara dan lebih sedih bila sanggup membunuh dan bunuh diri. Bila cinta dikuasai nafsu dan akal hilang entah ke mana maka akan terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini.

Sungguh aku sedih bila seseorang terlalu taksub pada cinta hingga melakukan hal-hal yang dilarang dan hilang perikemanusiaan.

Bukankah indah jika cinta direstui oleh ahli keluarga dan disenangi oleh sanak-saudara. Itulah prinsip aku ; keluarga aku dahulukan. Jika mereka suka, aku akan teruskan, jika tidak aku putuskan biar pun hati aku mungkin kecewa. Kecewa itu hanya sementara saja, tidak ke mana pun.

Oleh sebab takutkan kecewalah maka aku hanya akan memilih insan yang sesuai dengan pilihan kedua ibu bapa aku. Jadi, berbaik-baiklah dengan ibu bapa agar kita lebih memahami apakah hal-hal yang boleh menimbulkan kesukaan dan kebencian mereka.

Hajatnya mungkin nak mengelak dosa maka menghalalkannya dengan bernikah di Thailand. Berapa besar pula pahala yang dia dapat dengan membawa lari anak dara orang? Berapa banyak kesusahan yang perlu dilalui? Bila susah, mulut pun merungut. Pahala atau dosa yang dia dapat andainya merungut? Lainlah jika keputusan yang dibuat itu mendatangkan banyak pahala.

Ini cuma pendapat peribadi aku yang tidak suka menempah kesusahan dengan menyakitkan hati kedua ibu-bapa gara-gara cinta dunia. Ramai lagi calon yang lebih baik yang mampu menyenangkan hati ibu-bapa kita. Berusahalah mendapatkannya.

Inilah yang dikatakan saja cari pasal sebab bawa lari anak dara orang : klik SINI untuk cerita lebih sadis!

Renungan ketentuan Ilahi


Arif di sebalik lampu cantik..

Jika yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana belajar IKHLAS

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD
dari mana kita belajar SABAR

Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN
bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR

Jika hidup kita selalu BAHAGIA
bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT

YAKINLAH dan PERCAYA
segala ketentuanNya adalah TERBAIK untuk kita...

Kudapan Jiwa... Ibu Nora
♥•~•♥•~•♥•~•♥•~•♥•~•♥•~•♥

Friday 20 May 2011

Nilai wang di mata kita


Berapalah harga-harga barang-barang ni ye?

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .

Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi" kata pak cik tersebut.


Ini bil makan paling tak tahan aku jumpa, untuk 4 orang je ; Dua dewasa, dua kanak-kanak.


Sumber : Dari Ibu Nora di facebook

Tersilap tak mengapa

  • Kawan facebook aku!
    • salam... nak tanya la.. tadi dalam jam 3 lebih ada gi kedai buku smart kat warta tu ker?... rupa cam akak.. tp takut n segan nak tegur...
  • Liza Abu Bakar
    Wednesday
    Liza @ Adzriel AB
    • betul laa.. apasal tak tegur.????


  • Rabu lepas aku dapat message di inbox facebook. Kami memang tak pernah berjumpa, kenal melalui facebook aje. Aku yang add dia kerana nampak dia di wall facebook sekolah anak aku. Jadi nak berkenalanlah dengan para ibu yang kira dekat-dekat rumah aku juga le kan.

    Dia nampak aku di kaunter bayar di kedai buku, Bandar Baru Bangi. Aku pulak tak perasan kerana leka berbual dengan anak aku. Mana taknya, letih menunggu cashier yang tersilap kira bil mencecah RM2,000 lebih... gilakan. Rupa-rupanya cuma RM11 je. Tak pe le.. cashier tu tersilap tekan. Aku tak de le kalut masa tu. Kesian orang lain yang menunggu le.

    Bila dah berbual dengan Aishah tu (sebenarnya mengomel... lambatnyalah minah ni! Kau pening ke apa?) mata pun tidaklah memandang ke orang di sebelah kanan atau belakang. Mood kurang masa tu.

    Aku tunjukkan gambar kawan aku ni pada anak aku Amirul,13 dan dia kata "Acik ni berdiri sebelah mama je!". Laaaa... ye ke? Serius aku memang tak perasan lansung.

    Kawan aku ni kata, dia balik rumah terus check kat facebook. Sah itu aku sebab dia tengok gambar anak aku yang ada sama masa tu ; Aishah,15 dan Amirul,13 pun ada. Itu yang dia hantar message ni.

    Aku punya cara akan tegur je sesiapa yang aku rasa kenal. Salah tak mengapa, boleh tambah kawan. Tapi tak semua orang macam aku. Aku memang agak peramah pun. Jadi kalau ada yang macam kenal aku di luar tu, tegur-tegurlah. Kalau korang tersilap, katakan saja "maafkan saya tersilap orang!". Jangan takut, mengasuh diri kita jadi yakin pada diri sendiri.