iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Tips Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Tips Keluarga. Show all posts

Monday, 23 September 2013

Anak-anak ketagih gajet, mak ayah pun sama..

Anak saudara share gambar ni di facebook yang di ambil dari page Klinik Keluarga.com

Antara isinya :

":: Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak ::

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka."

Apa-apa sekali pun bila diguna secara berlebihan akan mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan. Gajet ini tak salah untuk anak-anak. Ia salah apabila penggunaannya menjadi ketagihan melampau. Siang dan malam asyik 'berkepit' dengan gajet ni aje.

Ianya perlu seimbang dengan aktiviti luaran seperti berkelah, berenang, berjogging dan bersukan. Aktiviti bersama seperti menanam pokok atau memasak juga bagus untuk anak-anak. Anggota badan kita perlu bergerak untuk sihat dan tulang yang kuat. Umpama basikal yang terbiar lama tidak ditunggang akan menyebabkan tayarnya merekah dan besinya berkarat. Silap-silap ada bahagian basikal yang mudah patah akibat karat yang teruk.

Aktiviti si anak biasanya dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa. Jika kita biarkan maka mereka akan terus hanyut dengan gajet tersebut. Malah adakalanya ibu bapa pun turut 'hanyut'! Jadi, tak perlu berlebih-lebihan bila marahkan anak-anak. Marahkan diri sendiri dulu... he..he..

Sejak mereka kecil lagi janganlah malas untuk bawa mereka beriadah diluar. Tak perlu pergi ke tempat-tempat yang memerlukan belanja tambahan seperti taman tema atau melancong jauh-jauh. Beriadah bersama-sama di taman-taman permainan, berkelah di tepi sungai atau laut yang tak memerlukan kos penginapan, bermain badminton atau bola sepak dan sebagainya. Lagi seronok jika kita dapat serapkan budaya bermain sukan-sukan tradisional pada anak-anak dan juga anak-anak jiran seperti main lompat getah, galah panjang atau baling selipar.

Ramai antara kita yang terlalu sibuk dengan kerja. Tak cukup dengan hari Isnin hingga Jumaat, malah Sabtu dan Ahad juga bekerja. Adakalanya dari pagi hingga ke malam. Carilah rezeki sebanyak mana sekali pun tetapi seimbangkanlah dengan mengenali diri anak-anak kita. Bukan perlu riadah setiap hari bersama mereka, cukup seminggu sekali pun sudah buat hati anak-anak bahagia.

Sekali-sekala dapat bermain congkak atau 'carrom' dengan anak-anak pun seronok. Bergotong-royong membersihkan bilik masing-masing setiap hujung minggu.

Anak-anak aku cepat merasa lelah bila disuruh mencabut rumput di belakang rumah. Manja belaka! Nak salahkan siapa? Salahkan diri aku sendiri yang terlalu memanjakan mereka. Padahal ianya tidak sesusah mana bagi aku yang tak kisah jika mencuci longkang, mencabut atau mencangkul rumput, mop lantai, memanjat kerusi/tangga untuk cuci kipas atau tingkap dan sebagainya. Ini semua hasil didikan mak ayah dan warden asrama dulu.

Teringat masa kecil-kecil dulu bila mak marah aku yang besarkan longkang tepi rumah dengan cangkul dalam hujan lebat masa kat kampung (Jengka 16) dulu. Sebenarnya lebih pada nak main hujan.


Monday, 18 March 2013

Aku jadi cikgu Sains tingkatan 3... mencabar juga!

Gambar dari SINI
Cabaran ibu bapa dulu mendidik anak agak berbeza berbanding zaman sekarang. Cara pemikiran ibu bapa sendiri turut berbeza, begitu juga dengan anak-anak yang seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. Apa yang berlaku di sekitar kita sangat mempengaruhi hingga kadang tak terjangkau dek akal kita sebagai ibu bapa.

Anak-anak remaja zaman sekarang boleh dikatakan sangat 'advance'! Mengetahui terlalu banyak perkara sebab terlalu banyak input. Perkara yang baik tu baguslah... masalahnya bila yang baik bertukar buruk.

Malam tadi saja nak follow-up subjek Sains anak lelaki yang tingkatan 3. Dah belajar sampai bab 4 katanya. Aku selak bab 1 hingga 4. Semuanya dalam Bahasa Inggeris.

Aku bertanya padanya yang aku panggil 'abang' atau 'Amirul' :

Aku : Selalu abang jawap dalam Bahasa Inggeris atau Melayu?
Amirul : Bahasa Inggeris! Tapi kalau Amirul tak pasti perkataan tu, Amirul guna Bahasa Melayu je!
Aku : Mama tak kisah abang nak guna BI atau BM, asal jawapn betul! Macam yang cikgu ajar, abang kenalah lukis semula gambar-gambar organ ni dan faham fungsinya supaya lagi cepat ingat. Kalau study macam tu je lambat ingatnya.
Amirul : Ok! (sambil angguk kepala)

Bila aku uji, nampak macam ok je dia terangkan. Aku memang risau sebab anak aku yang nombor 2 ni perlu disuruh untuk belajar. Jika tidak dia akan leka dengan 'computer game' dan 'youtube' kartunnya.

Aku risau juga tahun ni dia bakal hadapi peperiksaan PMR. Keputusan UPSRnya tanpa A... tapi tak mustahil boleh dapat 8A jika dia konsisten dengan usahanya hingga hari periksa nanti.

Sebagai ibu yang selalu rapat dengannya, aku melihat keupayaannya mengingati fakta hanya dengan mendengar sejak tadika lagi. Tetapi dek kerana dibiar leka dan fokus pada game saja, maka fakta penting itu lama-lama hilang dari ingatannya.

Tahun lepas keputusan peperiksaannya menjadi lebih baik lebih kurang 50% berbanding keputusan pertengahan tahun hanya kerana dia belajar 4 hari dengan lebih serius sebelum peperiksaan. Itu pun jenuh diingatkan oleh aku dan hubby setiap malam.

Aku kata padanya "abang bukan tak pandai tapi malas je!".

Macam biasa anak aku tu tersengih aje!

Melihat bab 4 dalam subjek Sains agak menggusarkan tetapi aku perlu berpandangan positif. Tajuk bab 'Reproduction' tentang biologi lelaki dan wanita. Juga tentang bagaimana anak dihasilkan.

Terasa macam cikgu Biologi pulak aku bila bercerita tentang proses itu pada anak aku. Mencabar tu bila ada juga penerangan tentang 'perancang keluarga' dalam tu.

Rasanya korang berani tak nak terangkan pada anak-anak korang. Nak tak nak aku terangkan jugalah secara bercerita dan bertanya padanya. Menerangkan secara ilmiah dan serius.

Sebelum tu ada juga berbincang dengannya tentang bab jantung, bahagian-bahagian jantung hingga aku perlu tunjuk padanya kedudukan jantungnya sendiri. 4 bahagian yang ada serta fungsi-fungsi dengan menunjukkan arah darah bergerak menggunakan jari di dadanya.

Bila diingat semula apa yg aku ajarkan padanya malam tadi, patutlah sering saja anak-anak bertanya "kenapa mama tak jadi cikgu?".

"Duhai anak-anak mama! Mama ni tak konsisten, ada moody sikit!"...

Kenapa aku buat semua ni? Aku cuba mencari cara pembelajaran yang lebih berkesan untuk anak-anak. Aku ingin mereka faham cara yang betul dan lebih kepada untuk mencari ilmu dalam bab 4 tadi.

Sempat aku titipkan nasihat berkaitan bab 4 padanya "abang fahamkan, bila lelaki dan perempuan melakukan sesuatu bersama-sama seperti dalam buku ini tanpa ikatan perkahwinan yang sah adalah haram dan berdosa? Ia bukan setakat setakat dosa tetapi ia akan merosakkan akal, maruah, kesihatan dan minda. Mama kata begitu sebab kesan jika pregnant anak luar nikah dan kesan selepas itu... bla..bla.., kesan melakukan perkara terlarang akan buat minda kita resah, risau dan sentiasa berasa banyak masalah walau pun orang tak tahu tetapi hanya Allah yang tahu!".

"Mama pesan sebab banyak dah berita tentang kes-kes begini di kalangan remaja yang kadang hanya tersedar bila dah melakukan kesilapan. Jadi! Sebelum kita buat silap, pastikan perkara-perkara yang patut kita elak!", tambah aku lagi.

Ada perkara yang aku agak berterus-terang dengan anak-anak ikut peringkat usia juga. Zaman sekarang kena berhati-hati.

Pendapat peribadi aku perlu jelaskan tips-tips keselamatan anak-anak lebih awal kerana kita sering merasa "Ah! Tak mungkin anak aku buat perkara-perkara tak senonoh tu!".

Tapi banyakkan anak-anak remaja yang melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya sebelum usianya.

Tapi jelaskan dengan cara yang wajar. Jangan buat mereka rasa seperti kita tidak mempercayai mereka pula. Ingatkanlah jika mereka melakukannya maka mereka jugalah yang akan melalui kesan buruknya.

"Jika abang ada masalah biar sekecil mana sekali pun, jangan malu kongsi dengan mama! Jangan ada rasa masalah tu masalah bodoh-bodoh je jika ianya buat abang susah hati."

"Mama tak mau masalah yang kecil jadi besar pulak nanti!".


Saturday, 8 September 2012

Apa ibu bapa kena buat semasa anak-anak dalam dewan peperiksaan

Aku kongsikan amalan yang elok ibu bapa lakukan disaat anak-anak kalian sedang berjuang menjawap soalan di dewan peperiksaan. Di samping kita berdoa untuk mereka, amalan ini juga membuatkan diri kita sendiri lebih tenang dan redha dengan segala yang Allah tentukan.

Tahun ini, Asyikin akan menghadapi UPSR. Moga segala usahanya berbaloi, redha dengan apa jua keputusan dan matang menghadapinya.

Terima kasih kak Nazila, rakan yang hanya aku kenali melalui facebook atas perkongsian ini.

Friday, 3 August 2012

Belajar berdikari dan tidak cerewet

Mendidik anak untuk menjadi seperti seorang yang kita inginkan tidak mudah dan tidak juga susah. Ia bergantung kepada diri kita sendiri sebagai ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawap kita. Sifat bertanggungjawap untuk memikul tugas sebagai ibu bapa perlu ada di dalam diri kita sebaik saja termeterainya akad nikah dengan pasangan masing-masing. Lainlah jika kita berkahwin dengan niat tidak mahukan anak.

Ilmu ugama penting untuk anak-anak serta disulam dengan mengajar anak-anak sifat-sifat berbudi bahasa dan bertanggungjawap. Ilmu dunia juga penting agar banyak lagi ibadah-badah lain dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sempurna.

Melalui pengalaman sendiri buat aku nak kongsikan beberapa kesilapan yang aku lakukan.

Aku sayangkan anak-anak, tentu juga kalian pun begitu. Kadang terlalu sayang menjadikan anak kurang berdikari, manja dan sukar menghadapi saat-saat susah yang mungkin kadang kita tak duga.

Ada beberapa perkara yang sepatutnya kita ajar dan biarkan anak-anak cuba melakukannya sendiri mengikut usia dan keupayaannya. Kita mungkin tidak selamanya mampu berada di sisinya untuk membantu melakukan segala macam perkara.

1. Ikat tali kasut
Zaman berubah, maka cara pemakaian kasut sekolah juga semakin mudah. Masuk kaki dalam kasut, lekatkan saja penutupnya. Dah siap! Tidak seperti aku dulu yang perlu duduk dulu kerana terpaksa mengikat tali kasut.

 Contoh kasut yang bertali dan pelekat. Copy gambar dari Google je, banyak kasut brand Pallas pulak.

Jika aku suruh anak-anak aku pintal tali kasut ni aku memang yakin mereka tak pandai nak melakukannya. Malas tu memang dah ada tetapi yang menjadi masalah mereka tak pandai nak pintal. Padahal jika dulu inilah perkara asas yang aku lakukan sejak usia menginjak ke darjah 1.

Jom belajar ikat tali kasut :


Dulu pandai juga aku buat style 'checker board' :


Yang ini pulak sangat advance hingga 50 jenis ikat tali kasut :

p/s : Kalau tak pandai ikat tali kasut bermakna tak pandai ikat reben. Kadang nak ikat beg plastik pun terkial-kial. Tak mampu nak bezakan ikat cara reben atau ikat mati.

2. Memasak nasi
Tak kiralah kat rumah tu ada pembantu rumah atau tidak tetapi yang ini memang patut belajar. Nyaris juga anak dara sulung aku yang 16 tahun tu tahu nak masak nasi. Begitu juga adik lelakinya yang 14 tahun tu. Aku belum ajar lagi anak perempuan aku yang 12 tahun dan anak lelaki yang 10 tahun tu tentang cara memasak nasi.

Mak aku pun ajar masak nasi seawal usia 10 tahun rasanya. Termasuklah masakan lauk yang pertama iaitu ikan masak asam pedas. Jenuhlah aku menumbuk cili kering sampai lumat. Sekejap-sekejap bertanya dengan mak "dah ke ni mak?". Maksudnya dah cukup lumat ke belum cili tu.

Kena ajar masak nasi lebih-lebih lagi kalau anak perempuan. Terlebih air jadilah bubur... mmm.. sedap juga makan dengan ikan bilis goreng. Terkurang air, keraslah nasi tu. Kena pesan juga jika memasak nasi guna jenis beras yang berbeza kualitinya. Kadang beras wangi tu kurang sukatan airnya berbanding beras kualiti biasa kerana takut terlebih lembut pula.

Amboi! Nampak sedap sangat bubur Mat Gebu ni! Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni.

Curi je gambar ni dari SINI.










3. Cuci bilik air
Kadang kesian dengan anak sebab penat bersekolah dan ada homework pula yang nak dibuat. Jadi bilik air diaorang pun aku yang basuhkan. Maka anak-anak hanya tahu guna saja.

Kalau boleh suruhlah mereka cuci bilik air masing-masing. Belajar jaga kebersihan bilik air sendiri supaya mereka menghargai untuk sentiasa menjaga kebersihan tidak kiralah bilik sendiri, bilik air rumah rakan-rakan, bilik air rumah saudara-mara mahu pun tandas awam.

Jangan hanya tahu nak bersih tetapi tidak tahu nak membersihkannya. Gelilah sangat, padahal sendiri yang guna. Biar mereka ada rasa hormat juga dengan tugas-tugas makcik cleaner di luar sana. Jangan hanya tahu campak tisu kotor dalam dan tepi sinki. Itulah yang selalu aku nampak di tandas-tandas awam.

Jadi seminggu sekali mereka kenalah bergotong-royong bergilir-gilir sesama adik beradik mencuci bilik air di hujung minggu. 

Jangan jadi seperti kawan aku cerita pulak semasa zaman bujangnya dulu. Bilik air rakan serumahnya kotor sampai upah makcik cleaner cucikan pun tak sanggup. Hari-hari pergi kerja penuh bergaya dengan baju cantik dan sakan bermake-up tetapi tak pandai nak jaga bilik air sendiri.

4. Menjahit kain yang tetas benangnya atau butang baju
Tak kiralah sama ada anak lelaki atau perempuan elok ambil tahu hal ni. Kain tetasnya cuma seinci pun tapi terpaksa hantar ke kedai untuk dijahit. Bolehlah sebab apa ada hal, bayar je upahnya. Tak pun awek pandai jahit, bagi je lah kat dia jahitkan. Simpan je sekotak kecil benang dan jarum untuk waktu-waktu kecemasan.

5. Lipat kain masing-masing
Bila dah mula bersekolah, anak-anak kena belajar melipat kain baju masing-masing. Biar mereka tahu menghargai bagaimana nak ambil baju dari almari dengan baik dan tak jadi serabut. Maklum saja sebab sendiri yang lipat dan tahu kepenatannya, maka kenalah jaga-jaga agar tak berkecamuk baju-baju di dalam almari tu.

Sekali-sekala bolehlah kita membantu mereka lipatkan. Kalau anak-anak dah pandai melipat kain baju masing-masing maka tak perlulah kita nak menggajikan pembantu rumah lagi. Mereka tentu lebih berdisplin dan menghargai baju-baju mereka.

Sebenarnya banyak kerja-kerja rumah yang kita mahukan anak lebih berdikari untuk melakukannya. Sebagai ibu-bapa kita hanya perlu memantau hasil kerja mereka dan betulkan mana yang silap. Kalau semuanya mak ayah nak buat, tak sempatlah nak follow-up pelajaran mereka nanti.

Kadang ada juga aku bertanyakan pada anak-anak "Kalau ditakdirkan mama tak ada, siapa yang nak buat semua kerja ni? Jadi kenalah belajar buat sendiri!". Kita hanya merancang, takdirnya Allah yang tentukan. Saat-saat kecemasan kadang tidak dijangka. Terpulanglah pada diri masing-masing menilai kepentingannya.

Sekarang kita mungkin boleh memilih untuk makan apa yang kita inginkan. Esok lusa tak tahu lagi. Mungkin sebab bencana alam, perang, sakit dan sebagainya memaksa kita tidak berupaya memilih lagi seperti mereka ini. Jadi bab makan pun malas nak cerewet dan memilih sangat, kecualilah jika ia memudaratkan kesihatan atau alah.

Kanak-kanak ini tak mampu memilih lagi. Asalkan perut kenyang pun sudah memadai. Gambar google je!



Pesanan pada diri aku sendiri "Jangan banyak komplen dengan makanan yang orang hidangkan dalam satu-satu majlis". Kalau tak suka tu dok diam-diam.

Tuesday, 24 July 2012

Lupa anniversary bukan masalah besar pun!

Ha...ha.. Ini perkara yang biasa berlaku tetapi bukanlah semua lelaki lupa tarikh-tarikh penting.


Jangan tarikh lahir sendiri pun lupa nanti. Bagi aku tak mengapa lagi kalau si dia lupa tarikh ulang tahun perkahwinan atau pun tarikh lahir. Itu semua boleh dimaafkan sebab hubby aku pun macam ni juga tetapi dah 17 tahun usia perkahwinan aku, masalah ini bukan masalah besar pun. Tidak lansung mengganggu kerukunan rumahtangga. Bukan tuntutan wajib agama, so aku tak kisah.

Kalau hubby lupa tarikh lahir, anak-anak mengingatkan. Kalau terlupa tarikh perkahwinan pun aku jawaplah "Oooo... kahwin nak, tarikh nikah tak ingat!". Sengih je lah.. he..he..

Ada perkara penting lagi yang perlukan dilaksanakan. Kalau yang ini dia laksanakan, Insyaallah bahagialah rumahtangga.

Tanggungjawab dan Hak Suami 

Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).

Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19)

Aku copy paste dari artikel : Hak Dan Tanggungjawb Suami Isteri.

Kliklah link tu, ada lagi tentang hak isteri pada suami dan hak bapa pada anaknya.

Jadi, jangan ada yang susah hati kalau suami lupa tarikh nikah. Bila sampai tarikhnya, kita tolonglah ingatkan dia. Mana tahukan nak juga dia belikan hadiah. Hubby aku biasa belikan kek je, makan sama-sama dengan anak-anak. Itu pun selepas aku ingatkan..he..he..

Monday, 4 June 2012

Petua anak lemah menulis dan manja

Setuju bebeno le teman dengan apa yang dikatakan ni... kome bace le sendiri ye..

Edu Cahayaku, salah satu siri buku-buku yang anak-anak aku guna untuk pembelajaran semasa mereka diperingkat tadika. Pengasasnya Chahaya Abdul Manan.

Mohamad Shuhmy Shuib, penceramah untuk bimbingan, kaunseling dan motivasi. Lawat facebook fan pagenya di Bimbingan dan Lathan Pekerja/Pelajar atau facebooknya sendiri, Mohamad Shuhmy Shuib.

Friday, 1 June 2012

Bila anak tak mengaku siapa ayahnya

Arif with Daddy, old picture
Entry ini 'Sedihnya.. Anak sendiri tak mengaku ayah' menarik perhatian aku. Hati siapa yang tak sedih bila satu-satunya anak yang ada tidak mengaku dirinya sebagai ayah kandung. Terasa hancur luluh hati mengenangkan bila itulah anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang semasa kecil dulu tetapi tergamak menafikan haknya sebagai ayah. Ingin mengadu pada isteri pun, telah lama kekasihnya itu pergi. Maka merataplah si ayah yang telah uzur seorang diri.

Melihat situasi begini sudah semestinya jari dituding kesalahan pada si anak. Bersikap cuba melepaskan tanggungjawab pada si ayah yang telah pun tua, uzur dan nyanyuk. Dalam Islam sendiri meletakkan kedudukan ibu bapa itu penting selepas solat. Baca 'Berbakti Kepada Ibu Bapa'. Biar apa pun kesalahan ibu bapanya semasa mereka sihat dahulu, ia bukanlah alasan untuk kita bersikap mengabaikannya.

Namun sebagai manusia biasa adakalanya kita mungkin sukar dan sangat sukar melepaskan rasa dendam di hati jika memang benar si ayah pernah bersikap buruk semasa sihatnya dulu. Rasulullah sendiri ada mengajar bagaimana untuk mengatasi rasa marah dalam entry INI. Kuat dan tabahkan hati untuk mengamalkannya kerana itulah yang terbaik pun.

Tetapi jika sebelum ini si ayah telah melakukan tanggungjawabnya dengan baik, memanglah dia benar-benar anak derhaka.

Bagi kita yang telah pun menjadi ibu bapa atau pun bakal menjadi ibu bapa sebaiknya menjadikan kisah ini sebagai ikhtibar dan pengajaran. Jangan kita pantas meletakkan kesalahan penuh pada si anak atas kejadian begini. Sebelum terlambat, didiklah apa yang sepatutnya sebagai dilakukan oleh ibu bapa yang baik.

Aku sendiri punya banyak kelemahan dalam mendidik anak yang 5 orang ini, tetapi bila aku mengingatkan kalian di sini umpama memberi amaran pada diri aku sendiri juga.

Selagi anak-anak kita masih berada di sekeliling kita, apatah lagi yang masih kecil perlulah kita lebih kerap memberikan perhatian. Dekati hati mereka, ambil tahu kesihatan mereka, siapa kawan mereka, sering luangkan masa bersama mereka, ajak mereka ke majlis-majlis ilmu bersama-sama, jadikan tabiat agar mereka bersalam dengan kita sebagai ibu bapa setiap malam sebelum tidur kerana sentuhan salam itu ada aliran kasih sayangnya.

Janganlah dek kerana kesibukan kerja kita selalu acuh tak acuh dengan anak-anak. Sekali-sekala luangkan makan bersama-sama, pergi bercuti bersama-sama dan janganlah terlalu cerewet dengan kesilapan-kesilapan kecil yang kadang mengganggu mood anak-anak.

Letih juga aku kalau semuanya nak anak buat sempurna sedangkan mereka pun dalam proses belajar makan dengan bersih, tersenget memotong kek, pinggan pecah kerana terjatuh, basuh pinggan tanpa kesan kotor atau sabun ada lagi tercalit sikit, minuman yang tiba-tiba tertumpah (orang dewasa pun selalu buat) dan macam-macam lagi yang tak sepatutnya kita marah mereka bagaikan itu kesalahan yang sangat besar.

Luangkan masa baca blog Analisis Hadith Psikologi. Sangat menarik!

Alfatihah buat ayahanda mertua dan ayahandaku tercinta yang telah pergi buat selamanya.

Gambar dari entry 'Jangan abaikan orang tua kita'

Wednesday, 30 May 2012

Bila anak-anak mula meninggalkan rumah!

Dari facebook lagi ; cilok kat wall kakak aku, Puan Zarina. Banyak yang menarik di facebook ni, yang tak menarik dan merosakkan tu abaikan saja.

Bila anak-anak semakin membesar dan membawa hala tujuan masing-masing, beginilah yang sering dirasai oleh para ibu bapa. 2 orang je anaknya, tertinggal nombor 2 di komen aku yang bawah sekali tu.


Terasa sunyi, rindu pada anak-anak. Yang untungnya kedua-dua anak kakak aku ni berada di kolej yang sama di Bandar Muadzam Shah, Pahang. Jauh tuuuuu.... bagi aku jauhlaaa.. tapi ada alasan le nak ke Pekan atau Kuantan di Pahang. Tempat belajar tentulah dikenang. Aku belajar di Kuantan, kakak pernah sekolah di Pekan.

Anak cousin aku 'Ainul Mardhiah' pun dah besar-besar belaka juga. Belajar pun jauh darinya dan jarang dapat berjumpa, memanglah rindu juga. Itulah putaran hidup kita yang lahir, bersekolah, bekerja dan seterusnya.

Kisah lucu dan kebetulan juga berlaku pada kedua-dua anak kakak aku ni bila tahun lepas anak sulungnya dapat 'room mate' yang sama nama panggilannya ; Kedua-duanya 'Hafeez'. Tahun ni pula terjadi pada adiknya bila mana dia dapat 'room mate' yang sama nama 'Izzati'. Tidak di rancang pun, tapi itulah yang berlaku.

Anak sulung aku pun dah 16 tahun yang mana tahun depan dah nak periksa SPM. Selepas tu sambung belajar di mana pun belum pasti lagi. Mungkin dia pun akan turut pergi belajar jauh dari aku. Tentunya perasaan yang sama bakal aku lalui. Maklum saja anak sulung aku, si Aishah itulah paling rapat dengan aku dan yang paling memahami aku.

Hari-hari bergaduh pun macam kawan-kawan je. Apa-apa masalah dia pun, aku jugalah tempat luahannya. Aku pun rajin juga berkongsi suka dan duka dengannya. Dia matang dalam pemikiran tapi tidaklah dalam semua perkara.

Apa pun aku yakin, Insyaallah dia mampu berdikari dan tentu ingin mengikut jejak abang dan kakak sepupunya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih baik. Dia pun tak ada kakak dan abang, maka kedua-dua anak kakak akulah yang menjadi kakak dan abangnya di samping ada 4 orang abang lagi dari kakak ipar sebelah hubby aku.

Biar pun anak-anak jauh, biarlah mereka tetap di hati kita dan kita pun tetap diingatan mereka. Begitu juga pesanan-pesanan kita menjadi panduan untuk mereka dan sentiasa dijaga dengan baik.

Thursday, 26 April 2012

Ego dan 'brainstorming', ada kaitan?

Kita sangat benci orang lain bersifat ego yang sering kita maksudkan sebagai pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mungkin juga menyalahgunakan kuasa veto yang ada untuk menidakkan keputusan atau pendapat insan yang berada dalam kelompok kehidupannya.

Namun tanpa kita sedar kerap juga kita bersifat demikian yakni turut ego dalam beberapa perkara. Kita hanya tahu keputusan dan pendapat kita sahaja yang betul dengan melihat situasi yang hanya nampak di mata kasar kita. Kita tidak cuba melihat dengan mata hati dan memahami masalah yang mungkin dialami oleh pihak lain hingga memaksanya tidak sependapat dengan kita.

Tidak perlu kita melihat jauh keluar, cukup hanya kita lihat perkara yang berlaku di dalam rumah kita.

Bila anak meminta wang PIBG, yuran dan apa-apa jua kos untuk urusan sekolah, dengan segera kita marah, melenting dan cuba menyalahkan pihak sekolah. Bukan pihak sekolah yang ingin aku katakan kerana itu bukan masalah yang ingin aku katakan di sini. Aku hanya ingin memberitahu tentang anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.

Anak-anak menjadi perantara untuk meminta wang itu dari ibu bapa untuk diserahkan kepada guru. Mereka diarah oleh guru untuk berbuat demikian dan bila terlewat membayarnya mungkin juga menjadi mangsa amarah si guru. Malang sekali bila si anak memintanya dari ibu bapa, dia juga dimarah oleh ibu bapa yang merasa tidak wajar dengan jumlah bayaran yang dirasakan membebankan.

Kasihannya si anak merasa bingung bila dimarah oleh guru dan ibu bapa sedangkan dia terpinga-pinga di tengah-tengah. Tak tahu nak berkata apa dan nak mengadu pada siapa. Kalau pendek akal, mulalah ada yang buat perkara yang bukan-bukan.

Takut juga kalau jadi macam kes begini, baca kisah 'Hanya kerana sehelai pakaian seragam'. Baca juga tentang 'Sifir bunuh diri'.

Kalau tak puas hati, pergilah bertanya terus dengan guru. Biarkan kita sebagai orang dewasa berurusan dengan orang dewasa jika ada masalah. Kalau tiada masalah, bukan masalah pun kirimkan wang melalui anak kita.

Sambil tu dapat juga kita nasihatkan pada anak "Lihat anak! Mahalnya nilai wang untuk ibu/ayah keluarkan agar kamu dapat belajar dengan tenang. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh agar wang yang dikeluarkan ini tidak terbazir begitu saja. Ada orang lain yang mungkin tidak mampu lansung nak mengeluarkan wang sebanyak ini."


Itu belum lagi bila anak meminta wang untuk kos persekolahan, kita menidak-nidakkannya pula. Tapi selepas itu elok pula kita membeli baju baru, jam tangan baru, beg tangan baru, kasut baru dan sebagainya untuk kegunaan sendiri. Beratus-ratus pula harganya. Berbelanja begitu lebih penting daripada perbelanjaan sekolah anak demi kepuasan diri sendiri.

Jangan kita fikir orang lain hanya tahu menyusahkan kita sahaja dengan tidak mendengar kata dan nasihat kita. Kadang kita sendiri patut mengkaji apakah kita juga sering menyusahkan mereka? Pernahkah kita cuba memahami apa yang sedang dan sering dilaluinya sehari-hari hingga mereka kelihatan seakan memberontak dengan kita.

Kita mungkin hanya tahu memberikan anak-anak kita wang dan kemewahan tetapi kita tidak sertakan dengan kasih sayang. Kasih sayang bukan sekadar berkata dengan bahasa yang lemah lembut tetapi bantu mereka menyelesaikan masalah yang kadang sukar bagi mereka yang masih remaja tetapi mudah bagi kita yang dewasa.

Adakalanya kita pula menyalahkan mereka walau dengan bahasa yang lemah lembut tetapi tetap menyakitkan hati. Nanti dia rasa "Bukan nak selesaikan masalah tapi menyakitkan hati pula!". Sertakan dengan pendapat untuk penyelesaian kerana kita sebagai ibu bapa antara orang yang paling rapat dengan anak-anak.

Kalau kita boleh amalkan 'brainstorming' semasa mesyuarat di tempat kerja, mengapa tidak di rumah atau dengan masyarakat sekitar kita. Apa 'brainstorming' tu... he..he.. search kat Google lah ye.

Aku kena belajar untuk menjadi pendengar yang baik dan sabar dengan masalah insan-insan yang aku sayang. Bukan untuk kita terus ikut apa yang diingininya tetapi dengar dan fikirlah dulu, kemudian barulah kita buat keputusan yang sebaik-baiknya. Apa yang sering aku lupa terus 'cantas' kata-kata mereka tanpa mendengarnya hingga habis dan hasilnya kadang mampu melukakan hati.


Wednesday, 25 April 2012

Thursday, 22 March 2012

Usia remaja perlu sokongan dan bimbingan yang dewasa

Peace! Jangan marah-marah!
Adakalanya kita terlalu marahkan anak hingga keluar perkataan mencarut dan maki hamun yang tak sepatutnya. Pantangnya aku menyamakan manusia dengan binatang, apatah lagi anak sendiri. Lagi tak tahan bila dah marah diserta pula dengan sepak terajang.

Aku ada baca kalau nak pukul anak, pukul di tapak kakinya. Memang sakit sikit tetapi berbaloi untuk ransang saraf di tapak kaki untuk kesihatan. Maknanya bukan saja-saja menghukum anak.

Apa aku nak kata memanglah anak kita tu nakal ya amat sangat. Tetapi cuba renungkan semula nakalnya ikut siapa? Ikut perangai kita atau pasangan kita? Kalau ikut pasangan kita sekali pun kenapa mesti nak menyalahkannya pulak.

Salah kita juga yang nak sangat kahwin dengan pasangan kita tu kenapa kalau dah tau perangainya tak elok? Salah sendiri jugakan. Jodoh? Sebelum kahwin abang sulung aku pesan buat solat istikharah dulu. Buat tak? Tak buat? Tak mengapalah, benda dah jadi maka perbaikilah mana yang tak bagus tu.

Aku baca entry di blog si manis Lulu Pages dengan tajuk 'Kerana terlalu liar, remaja ini dibunuh ayah kandungnya'. Baru 14 tahun pun anaknya, sebaya dengan anak kedua aku.

Bila anak liar, suka hati je nak bunuh. Siapa yang ajar dia makan, minum, tentang kehidupan dan sebagainya? Bukan kita sebagai ibu bapa yang ajarkan. Baru 14 tahun, masih muda remaja. Memang sedang dalam usia suka dan mudah memberontak pun.

Semasa anak sulung aku masuk usia 14 tahun menuju ke 15 tahun dulu, hati aku cukup risau. Aku cukup risau dengan perubahan sikap yang mungkin mudah sensitif dan memberontak. Aku hanya perhatikan saja kehidupannya sehari-hari sama ada aktivitinya di sekolah dan mestinya di rumah. Syukur tiada yang merisaukan aku.

Kenapa aku risau sangat? Aku pernah melalui usia itu dulu. Aku tinggal di asrama dari tingkatan 1 hingga 5, melihat perbezaan sikap pelajar tingkatan 1 yang naik ke tingkatan 2 dan seterusnya ke tingkatan 5. Perubahan sikap kadang dapat kita jangkakan sama ada mereka bersikap berdiam diri, mempertahankan diri, tak ambil kisah dan sebagainya. Usia 15 tahunlah yang aku lihat paling kerap menimbulkan sensasi. Bila melangkah ke usia 16, sikap keras hati mula berkurang sedikit. Itu pendapat peribadi aku.

Sebagai ibu dan wanita dewasa, aku kenalah beri pandangan dan berbincang dengan anak-anak bila mereka ada masalah. Jika rasa tak mampu, luahkan pada pasangan untuk dapatkan bantuan. Jangan simpan sorang-sorang kerana anak itu anak pasangan juga dan biar mereka tahu apa yang berlaku.

Kadang hubby sibuk bekerja, tak perasan apa yang berlaku pada anak-anaknya, apatah lagi jika melibatkan perasaan dalaman. Biasalah, dah memang Allah agihkan tugas seorang ibu lebih memahami masalah dan perasaan anak dan seorang bapa menjadi pembekal keperluan dalam rumah dan pemimpin. Jadi agihan yang cantik itu dapat membangunkan institusi keluarga dengan baik juga.

Jadi anak liar sampai nak dibunuh? Banyak cara lagi nak menanganinya. Jangan hilang akal, jangan menjadi sesal hingga ke akhir hayat.

Semalam pun geleng kepala baca berita pasal si gadis di Kuantan yang mulanya disangka di culik tetapi rupanya mengikut lari ke rumah teman lelaki. Dan aku melihat dua helaian surat khabar Kosmo yang penuh dengan senarai anak-anak yang hilang di muka surat terakhir semalam. Entah apalah nasib mereka kini.

Baca berita kisah gadis itu di SINI.

Hari pertama dia hilang, menangis ibunya hingga aku sendiri pun rasa nak menangis juga. Sebak sangat rasnya. Terkenangkan aku pun ada anak dara juga. Hati ibu mana yang tak risau bila anak hilang. Rupanya hanya lakonan anaknya. Tapi rasanya lega hati ibu bila lihat anaknya selamat.

Mohon dijauhkan bila jadi begini, barulah kita nak buka minda mendalami masalah anak-anak.

Tapi fahamilah wahai anak-anak akan bahana cinta ini sangat bahaya. Cinta zaman sekolah biarlah tidak merosakkan. Sebaiknya elakkan juga. Bukan masa yang sesuai pun. Cinta dunia sahaja, tak dijaga mengundang bala dan dosa.

Aishah kata "Tak bijak betul budak tu, kalau lelaki tu bawak lari maknanya lelaki tu bukannya orang yang baik-baik. Nak ambil kesempatan je!".

Itu kata anak dara sulung aku yang bakal menginjak usia 16 tahun pada September nanti. Namun aku pun sentiasa perhatikannya dan sering berpesan agar kongsi masalah dengan aku.

Berkongsi rasa dengan aku, orang yang jaga dia sejak lahir lagi. Aku yang setakat ini mengerti apa warna kegemarannya, artis pujaannya, makanannya, waktu tidurnya, kartun kegilaannya, rakan baiknya, masalah kesihatannya dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang dirahsiakan juga tu tak tahulah pulak aku. Tapi password email dan facebooknya pun aku tahu dan dia akan bagitahu aku jika menukarnya.

Mohon dijauhkan perkara-perkara buruk berlaku pada anak-anak aku dan kalian juga.

Wednesday, 21 March 2012

Apa jua keputusan SPM hari ini, peluklah atau pegang bahu anak dengan kasih sayang!

Hari ini keputusan SPM keluar. Sungguh aku pun nervous juga walau pun tak ada anak aku yang ambil SPM. Tahun depan 2013 adalah, anak yang sulung tu. Nervous kerana menunggu keputusan SPM anak saudara tersayang.

Bulan lepas rasanya dia dah berjaya melepasi ujian memandu kereta gear manual. Yes! Dah 'give me five' dengan aku sebab berjaya dengan hanya sekali ujian saja. Kita genglah 'kakak'! Terbaik my girl!

Tahun lepas yang ambil exam tu anak saudara aku ni, aku namakan Si Comel Zati je. Anak dara pemilik blog Beauty Farmasi Colour Cosmetics yang dulu tergigil-gigil bila dapat bergambar dengan Dato' Siti.

Gambar dari entry INI
Semangat Siti dah meresap, Insyaallah 'kakak' dah berusaha sehabis baik. Acik Liza doakan yang terbaik hari ini dan dapat bersaing dengan 'abang'. Depa ni dua beradik je, yang sulung abangnya aku panggil 'abang', dia pula aku panggil 'kakak'. Cucu kedua mak aku ni.

One and only daughter Puan Zarina, doa dari si ibu pada hari pertamanya menghadapi SPM tahun 2011.

Jika abangnya sambung belajar di UNITEN, Bandar Muadzam di Pahang dalam bidang bisnes tetapi Si Comel Zati lebih berminat belajar Engineering katanya. Nak ikut macam Acik Liza ye! Macam terbalik pulak ye bila yang girl minat Engineering, boy nak belajar bisnes.

Tak kisahlah apa bidang pun, Acik Liza menyokong saja asalkan ada minat dan rasa boleh bawak bidang tu. Lagi pun Acik Liza sendiri fleksibel bila dulu belajar Elektronik tapi sekarang masuk bidang Unit Trust. Janji hati suka, mendatangkan hasil dan tak menyusahkan orang. Kita simple ajekan.

Anak sulung aku, Aishah pun berkali-kali ingatkan aku semalam "Mama! Esok result SPM keluarkan? Harap-harap kak Zati dapat result best! Tak sabar pulak kakak". Ye! Mama pun mendoakan juga agar usahanya berbaloi.

Bukan mak dan ayah Zati saja menyokong, malah seluruh ahli keluarga dari pihak Allahyarham Abu Bakar (ayah aku) turut menyokong apa jua bidang dan usaha yang bakal 'kakak' pilih nanti. Ambil semangat mak 'kakak' sendiri, pemilik Beauty Farmasi Colour Cosmetics yang sekarang ni pun masih lagi sambung belajar. Bersaing dengan anak-anak sendiri.

Apa jua keputusan kalian wahai anak-anak yang mengambil keputusan SPM hari ini, bersyukurlah. Jika cemerlang, Alhamdulillah. Maka pilihlah langkah seterusnya dengan sebaik mungkin. Jika tidak memberansangkan, ianya bukan salah siapa-siapa walau sudah berusaha. Tentu ada sesuatu yang tersurat.

Ibu bapa berilah dorongan dan sokongan. Pimpinlah mereka anak-anak yang baru menjejaki dunia luar yang sangat mencabar ini. Peluklah atau peganglah bahu mereka tidak kira keputusan mereka bagus atau sebaliknya.

Anak-anak fahamilah bahawa ibu bapa kalian sayangkan kalian juga. Abaikan rasa geram jika dapat ibu bapa yang suka berleter jika kalian silap atau gagal. Ambil tindakan yang positif, moga kuranglah bebelan mereka itu. Nanti kalian juga mungkin begitu bila dah ada anak nanti.

p/s : Ada minyak wangi baru di Beauty Farmasi Colour Cosmetics... I like!

Tuesday, 28 February 2012

Tak pandai nak ajar, hantarlah pada yang arif!

Gambar dari entry Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Kelahiran seorang anak sering disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Hanya mereka yang tak waras dan tak berhati perut saja yang sanggup membuang anak hasil dari benih sendiri. Kalau bukan dari benih sendiri pun berdosa juga nak dibuang dan disakiti.

Sebagai ibu bapa sering kita berdoa moga anak kita nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Berdoa saja memang tak cukup jika tidak disertakan dengan usaha dan tindakan. Umpama menanti buah yang tak gugur atau mahukan bulan jatuh ke riba.

Anak yang soleh dan solehah tentulah yang baik budi bahasa, bijak mengaji dan tidak tinggal solatnya. Sangat mustahil anak itu akan jadi seperti yang kita impikan jika tidak diajar.

Tidak cukup juga ilmu yang mereka pelajari di sekolah ugama jika amalannya terabai semasa di rumah. Tiada tindakan susulan oleh ibu bapa di rumah untuk menjayakan impian. Syukur jika anak berdikari untuk mengamalkannya di rumah.

Tidak hantar ke sekolah ugama pun tidak mengapa jika kita sendiri mampu mengajar anak-anak mengaji dan bersolat. Diajar juga ilmu-ilmu agama yang lain seperti feqah, akhlak, sirah nabi dan sebagainya.

Jika kita tak pandai nak mengajar anak-anak hal-hal agama, janganlah berkira untuk menghantar mereka kepada mereka yang boleh dipercayai dan arif tentang agama. Kalau tidak impian kita mahukan anak yang soleh dan solehah hanyalah impian kosong semata-mata.

Monday, 27 February 2012

Kerenah ibu bapa hantar anak ke taska



Gelagat manusia ni macam-macamkan. Yang aku nak cerita kisah menghantar anak ke taska. Jika pemilik taska yang buat silap memang teruklah kena kutuk dek ramai orang. Tapi pernahkah kita menyelami perasaan pemilik taska sendiri yang kadang terpaksa menelan kerenah ibu bapa yang sangat cerewet dan sangat tidak ambil peduli.

Boleh cerewet dan boleh juga tak ambil peduli tetapi tengok-tengok perkaralah jugakan.

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :

1. Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. Dah tebal sangat gelembung airnya. Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. Salah siapa, tanggunglah rasa. Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. Agak-agaklahkan.

2. Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. Kononnya nak tampung air kencing yang banyak. Situasi ini aku memang sangat-sangat menghairankan aku. Teori mana yang dia guna pun entahlah. Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari sebab dah malas sangat nak tukarkan lampin anak. Ini ada berlaku ye.. memang aku gelak besarlah masa tu, sebab berlaku depan mata.

3. Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi termasuklah aku kadang-kadang tu. Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.

4. Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. Bukannya berlaku setiap hari pun. Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. Jangan lupa "minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.

5. Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. Kesian pengasuh dan kesian si anak.

6. Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.

7. Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. Janganlah jadi hamba kerja sangat.

Ini hanya pengalaman aku yang sering mendengar keluhan pengasuh yang berbeza-beza bagi kelima-lima anak-anak aku. Dah 2-3 kali pindah memang le berbeza. Mereka rajin bercerita dengan aku sebab aku pun rajin menyapa bertanya khabar mereka.

Itu antara tips agar pengasuh sayangkan anak-anak kita yang mereka jaga. Kita kenalah jaga tertib dengan mereka juga. Fahami Do's and Don'ts nya. Jika kita rasa tak boleh nak 'ngam' dengan taska tu, cari saja taska lain yang sesuai.

Itulah cara aku kerana kebajikan dan kesihatan anak-anak sangat penting. Aku tidak akan hantar ke situ lagi jika ada yang tak kena dan sukar untuk aku berkompromi.

Kalau dah dapat pengasuh anak yang baik tu, jagalah hati mereka kerana anak kita di tangan mereka. Hormatilah hak-hak mereka jika kita nak 'demand' lebih dengan mereka. Barulah adilkan...

Thursday, 23 February 2012

Asyik mengutuk je! Pujilah sikit!

Selalulah orang pesan kat kita dan kita pun ada juga pesan pada orang lain 'bila buat sesuatu tu biarlah ikhlas tanpa mengharapkan balasan'. Kalau aku ni ikhlas cakaplah, tengok perkara juga. Kalau ikhlas membabi buta ni kira agak-agaklah logiknya ye!

Bila melibatkan urusan orang dewasa ni kadang aku kira biar dialah. Buruk dan baik nilailah sendiri. Masing-masing sudah dewasa untuk bertindak ikhlas atau sebaliknya. Bila macam tak ikhlas, kalau dinasihat nanti takut meroyan pulak. Eiii... ngeri aku tengok orang meroyan tak tentu pasal ni.

Tapi bila berurusan dengan anak-anak kecil dan remaja yang sedang mengenal erti hidup, kadangkala mereka sangat mengharapkan pujian sebagai tanda penghargaan. Bila mereka dah mengungkit nanti kita kata maknanya tak ikhlas pula.


Biasalah anak-anak yang sedang membesar, perlu ada bimbingan dan nasihat dari mereka yang dewasa. Jadi sebagai orang dewasa rasanya susah sangatkah kita nak beri pujian atas perkara baik yang telah mereka lakukan. Terutamanya anak-anak kita sendiri.

Ada orang mudah memberi pujian (compliments) dan ada juga yang hanya tahu mengutuk (condemns).

'Condemns' atau 'compliments' yang selalu kita berikan pada anak-anak?

Bila ada perkara baik yang dia buat, patutkah kita berikannya 'compliments'? Dan bila perkara tak bagus dia hasilkan, perlu jugakah kita berikannya 'condemns'? Mungkin patut dan mungkin juga tak patut. Lihat situasi dan penyebab juga. Pandai-pandailah kita menilai dan terus belajar bagaimana cara menilai sikap anak-anak.

Apa yang sering berlaku orang dewasa lebih kerap memberi 'condems' berbanding 'compliments'. Aku tersilapkah? Bagi yang dewasa, bayangkan situasi kalian semasa remaja dulu. Bila ada yang tersilap sikit saja, mudahnya orang dewasa seperti guru, warden, ibu bapa, driver bas, makcik kantin, polis dan siapa-siapa sahaja mereka yang dewasa mula menyalahkan dan lagi sakit bila mengutuk kita tanpa menyelidik situasi sebenar.

Bukan semua, tetapi memang ada orang yang suka menilai sesuatu dengan pantas dengan hanya melihatnya kali pertama.

Rasanya biarlah kita bertindak adil. Tidak perlu nak mencari anak remaja lain untuk kita meletakkan di mana kedudukan 'condemns' dan 'compliments', cukuplah bertindak wajar dengan anak remaja sendiri.

Hargai anak-anak bila mereka berbuat baik dengan meluahkannya secara lisan atau perbuatan yang kita maksudkan sebagai 'compliments'.

Tegur dengan baik dan adil bila ada kesilapan yang mereka lakukan. Bukan 'condemns' tetapi 'comments' yang membina.

Janganlah hanya 'condemns' saja yang anak-anak dapat tetapi susah benar dia nak mendengar 'compliments' dari ibu bapanya. Lagi bagus bila 'comments' diberi sekali dengan cadangan membina dan dapat membantu anak-anak berfikir dengan lebih baik.

Pernah dengar luahan hati ini? "Tau salahkan orang je, memang saja nak cari salah kita. Bila kita buat baik tak pernah puji pun!". Termenung sekejap nak memikirkan maksud ayat tu... he..he..

Wednesday, 8 February 2012

Tegur sikit dah melenting

Ada orang mudah ditegur, ada juga susah nak ditegur. Aku dalam kategori mana? Tengok cara ditegur jugalahkan. Kalau brutal sangat ayat menegur, mau aku geram juga. Tapi kalau ada diplomasi sikit mungkin kurang melentingnya walau pun hati akan terasa biar pun memang buat salah. Biasalah kalau ditegur pasti terasa. Tapi kalau tak ditegur takut menjadi-jadi pula.

Nak menegur kesalahan orang lain pun tengok juga siapa, di mana dan bagaimana. Aku nak mengajar korang, tidaklah juga sebab aku pun dalam kategori tak sempurna pun. Agak cepat terasa dan baran juga walau dah nak mencecah usia 40 ni, tahun depan je. Kena berubah ni jadi penyabar.

Cuma aku tak tahan bila ada yang menegur kesilapan kita tetapi dia pun kadang buat kesalahan yang sama. Adakalanya dikatanya orang tu tak boleh ditegur tetapi dia pun tau nak merajuk, tarik muka atau lagi teruk melenting bila ditegur oleh orang lain. Itu yang bila dia menegur, kita pun rasa nak tutup telinga saja mendengar tegurannya. Kita tahu tegurannya tu betul tapi kita jadi muak mendengarnya.

Bagi aku nak menegur tu memang elok cuma janganlah hingga tahap 'berleter' atau berjela-jela cakapnya. Nanti kalau dah berjela-jela tegurannya, orang yang mendengar jadi makin tak mendengar. Lainlah kalau kita ada kebolehan berkomunikasi hingga kata-kata kita mampu menusuk kalbu orang lain.

Kita yang ditegur pun janganlah 'menjawab' atau melawan kata-katanya. Iyekan aje dulu dan bagi dia habis bercakap. Kalau rasa jawapan kita bakal menyebabkan marahnya makin naik, tunggulah bila masa dia dah nampak reda. Orang tengah marah ni selalunya tak berapa rasional sangat tindakannya, macam akulah tu. Jadi sebab takut api marah makin marak, diamkan ajelah dulu.

Lebih-lebih lagi jika melibatkan suami isteri, orang dulu-dulu selalu pesan bila suami bercakap isteri kena diam. Begitu jugalah sebaliknya. Bukanlah kita tak boleh nak bela diri, tapi faham-faham sajalah kalau diam itu lebih baik maka jangan bersuara. Apa pun terpulang pada kita memilih mana yang baik dan menilai dengan siapa kita bercakap dan bagaimana menanganinya.

Friday, 7 October 2011

Isteri masak tak sedap ke?

Si isteri mengadu, suaminya jarang nak makan apa yang dia masak. Kalau makan pun sikit aje. Ada saja alasannya. Tak sedapkah isterinya masak? Berdietkah dia? Sangkaan paling buruk pada suaminya, ada isteri lainkah? Dia juga yang jawap semula "tak mungkin!". Tinggi peratus kepercayaannya pada suaminya itu tak curang. Baguslah macam tu. Tak baik cepat sangat buruk sangka, siasat dulu.

Agaknya si isteri memang tak berapa pandai memasak pelbagai hidangan. Itulah yang diakuinya. Masak ala-ala simple je katanya. Apa yang ada dalam peti sejuk aje. Semua bahan suaminya yang beli.

Oooo.. patut le! Niat isteri nak lebih baik dalam memasak agak terhad. Itu pun kalau mengikut katanya, suaminya yang nak beli sendiri. Kalau dia order apa-apa bahan mentah yang dia nak, biasanya ada aje yang tak cukup. Bila minta duit nak beli sendiri, tak mau pula diberi.

Kesudahannya, masak sajalah apa yang ada. Tak kisahlah kalau masak lemak tanpa serai pun. Itu pun kalau ada santan peket katanya.

Tapi silap-silap bahan cukup pun belum tentu sedap masaknya. Eh! Ke situ pulak fikirnya.

Duit suami yang susah payah cari, kenalah jimat-jimat. Banyak benda yang nak dibayar agaknya. Dia pakai kereta besar dan rumah pun besar, kenalah potong mana-mana kos yang patut.

Si isteri pun duduk kat rumah aje, tak menyumbang apa-apa. Eh! Tak menyumbang ke? Marah para suri rumah nanti. Tanpa isteri yang menguruskan hal-hal di rumah, boleh canggung juga rumahtangga tau! Hari-hari buat kerja rumah pun lelah juga dibuatnya.

Apa aku nak kata ye? Dialah yang kena berbincang dengan suaminya. Takkan aku pulakkan?

Aku yakin ramai antara korang yang dah pun berstatus suami memberi kepercayaan penuh pada isteri untuk beli sendiri barang apa yang diaorang nak masak. Isteri yang nak masak, biar le dia yang shopping barang dapur. Duitnya suamilah yang bagi dan jadi tukang tolak troli. Tak pun pergi beli sama-sama macam mamat kat bawah ni. Macam ni punya gaya tolak troli, jangan langgar orang dah le.

Gambar hiasan tukang tolak troli tegar,
aku ambil gambar dari blog isteri Ben Ashaari

Friday, 30 September 2011

Salam sebelum tidur, susah ke?

Bila rasa mengantuk, letak kepala atas bantal lansung terlelap. Korang macam tu ke? Sempat tak baca doa nak tidur dulu atau sekurang-kurangnya baca Bismillah...? Kak Aya pesan "Sebelum tidur mesti baca doa tidur, baca Al Fatihah, Surat Al Ikhlas 3 kali agar tidak didatangi mimpi yang buruk dan bukan-bukan."

Setiap malam aku bacakan doa nak tidur di telinga Arif. Kadang-kadang dia ikut dengan pelat-pelatnya tapi aku pun tak dapat nak dengar apa yang dia sebut. Kalau mood dia tak baik, di suruhnya aku diam "Mama! Iyam!", lepas tu gelak-gelak sambil golek-golek.


Doa nak tidur dan bangun tidur, aku copy dari blog zazanizam.
Ada petua tidur Rasullullah dalam entrynya INI.

Bagi anak-anak yang masih tinggal dengan kedua ibu bapa, eloklah bersalam dulu dengan mereka sebelum melelapkan mata. Begitu juga dengan suami isteri, eloklah bersalam dulu, cium dahi atau cium pipi dulu sebelum lena.

Sentuhan salam walau tanpa ucapan pun sudah memadai sebagai tanda kita hormat dan sayang pada mereka. Apatah lagi disertai dengan ucapan kasih sayang, tentulah lebih bahagia.

Apa rasanya bila masing-masing terus naik katil tanpa melakukan perkara di atas? Rasa kosong? Tiada komunikasi sesama keluarga? Atau lebih parah jika ada yang rasa terabai. Fikir-fikirkanlah. Bukan susah pun nak berubah jika belum pernah amalkan. Jangan bila nakkan sesuatu, barulah nak bermanja-manja macam kucing nak mintak makan...ehhh... ke situ pulak.

Friday, 23 September 2011

Sabar-sabarlah kalau nak bertanya!

Sedap Seri Kaya Pancake Mat Gebu ni! Klik link untuk resepinya.

Pernah tak sebaik kaki suami melangkah masuk rumah selepas balik dari kerja, kita sebagai isteri hujaninya dengan pelbagai pertanyaan yang tak best atau tak berapa best? Nada bertanya pun turut tak best.

"Bila nak beli meja makan baru?"

"Saya tak masaklah hari, boleh tak kita makan kat luar?"

"Kereta saya tu buat hal lah, boleh repair sekarang tak?"

"Kenapa tadi saya telefon abang banyak kali, abang tak angkat-angkat pun call tu?"

"Apasal balik lambat ni?"

Reaksi suami pasti berbeza jika soalan diajukan dengan nada manja-manja gitu. Tetapi pasti mendengus juga jika lontaran soalan bak halilintar yang ganas.

Bawa bersabarlah kalau nak bertanya soalan-soalan yang berunsur meminta-minta ni. Berilah suami tu masuk rumah dulu. Salam tangannya dulu. Syukurlah suami tu tau jalan nak balik rumah sendiri.

Bodeklah dengan sekurang-kurangnya segelas air masak. Tak pun ada kuih muih atau goreng pisang ke untuk minuman petang sikit. Angkatkan begnya pun pahala tu. Lepas tu pandai-pandailah berbahasa nak meminta. Tetapi kalau nampak mood suami tu kurang baik, janganlah cari nahas pulak ye.

Bab-bab bodek-bodek ni secara jujurnya aku tak buat sangat pun. Hubby balik pun dengan aku kadang tu sibuk di dapur memasak untuk makan malam. Kalau dia terus ke dapur tu, ikut mood akulah nak pegang bahu, tangan, pinggang atau sentuh mana-manalah. Tak pun curi cium pipi sikit ke. Bukan dosa pun kan, suami sendiri. Dapat pahala tu! Ha..ha.. kadang buat tak tahu je!

Cuma pantang aku, jangan bertanya perkara-perkara yang tak suka di dengar olehnya sebaik saja di balik dari kerja. Jangan mengomel dan jangan berleter sebab aku sendiri pun tak suka kalau dia buat aku macam tu. Tension nanti tau, mengganggu minda yang tenang atau mungkin lagi serabut dibuatnya.

Bawa sabar-sabar ye kalau ada soalan tu.... *(^_^)*

Thursday, 15 September 2011

Selesaikan urusan harta pusaka tu segera!


Bukanlah perkara pelik pun bila anak-anak yang masih kecil mahu pun remaja sering berselisih pendapat atau bergaduh sesama sendiri. Asal tercuit sikit pun boleh melenting. Apatah lagi kalau ada yang sengaja luku kepala.

Itu aku faham sangatlah sebab aku pun macam tu juga masa kecil-kecil dulu. Lebih-lebih lagi dengan abang aku yang anak ketiga tu. Tapi yang peliknya dia jugalah yang boleh sama-sama mandi-manda main paya belakang rumah. Bila dia dah masuk sekolah menengah, aku jugalah tempat curahan rasa dan kisahnya semasa dia tinggal di asrama MRSM Taiping.

Lucu juga bila kami sama-sama duduk dalam kat ruang tamu dengan bergelap tanpa cahaya lampu kalimantang dari generator. Masa elektrik belum ada di Jengka 16 dulu, ramai peneroka yang guna kuasa generator untuk hidupkan lampu. Ia dikongsi oleh lebih kurang enam ke sepuluh buah rumah. Abang aku bercerita tentang kisah nakalnya memanjat pagar asrama gara-gara nak tengok wayang cerita 'Azura' lakonan Ogy dan Jamal Abdillah.

Masa kecil-kecil dulu sering bergaduh. Memang ganas-ganas punya gaduh sampai baling-baling kayu api pun ada. Nyaris tak kena, kalau tak ada yang berdarah kepala. Ngeri pulak bila diingatkan. Nak marah anak? Aduhai! Maknya lagi brutal sebab akulah yang baling kayu api tu pada kakak aku. Hubby aku jangan ceritalah. Dia budak baik.

Tapi aku bersyukur bila masing-masing dah meningkat dewasa, apatah lagi berumah tangga, masing-masing dah boleh sepakat. Setakat ni tiada istilah nak beriya-iya terasa hati jika ada yang buat silap. Apa yang aku nampak jika tersilap pun sebab tak sengaja dan hal kecil-kecil saja yang sebenarnya tak perlu nak kecoh pun.

Alhamdulillah sebab urusan mewariskan tanah selepas ayah meninggal dunia dulu pun dah selesai dalam tempoh tak sampai pun setahun. Semua lima beradik pakat-pakat ubah nama pemilik tanah kepada nama mak seperti yang pihak Felda sarankan. Lagi pun dulu mak sama-sama bersusah payah dengan arwah ayah mencari rezeki buat kami lima beradik. Keringat dan air mata usahlah dikira banyaknya.

Ramai anak-anak boleh bermusuh sesama sendiri hanya kerana berebutkan harta dan peninggalan arwah ibu dan ayah. Sedih aku memikirkan bila ada yang sanggup putus saudara gara-gara tak dapat menerima keputusan pembahagian harta mengikut syarak. Ada juga yang sanggup mengkhianati adik-beradik sendiri dengan cubaan membolot harta yang lebih untuknya sahaja. Pasal mesin jahit antik peninggalan arwah maknya pun kadang boleh jadi isu gaduh.

Bagi aku mudah aje, itu harta mak dan ayah. Memang aku ada hak bila mereka telah meninggal dunia tetapi aku ambil kalau diberi, bukan meminta. Kalau aku nak harta lebih, kenalah usaha sendiri. Jangan cuba-cuba nak tamak dan mempertikaikan syarat-syarat agihan yang telah termaktub mengikut syarak. Lagi pun aku yakin dengan kerjasama adik-beradik aku. Ngam aje!

Susah dan senang sama-sama berpakat dengan adik-beradik. Kalau ada yang bersikap menentang, entahlah! Malas nak layan... kesian aku tengok mereka yang berada dalam situasi begitu. Ye lah kan! Aku tak mengalaminya, tak tahu juga nak kata lebih-lebih.

Ada yang dah bertahun-tahun kedua ibu bapa meninggal dunia tetapi urusan pembahagian tanah pusaka masih tak selesai. Masing-masing tak sepakat untuk berkumpul sama-sama menguruskannya. Pelbagai alasan diberikan.

Kami adik-beradik dulu pun bukannya semua hadir pun ke pejabat tanah di Maran, Pahang tu.Adik aku tak dapat hadir kerana urusan kerja yang tak dapat nak elak. Jadi dia terpaksa buat surat sumpah menyatakan ketidakhadirannya.

Bila urusan pembahagian tanah lambat, ia boleh menimbulkan perselisihan bila hasil tanah digunakan oleh hanya seorang sahaja kerana dia saja yang mengusahakannya. Ini mampu menimbul rasa tak puas hati di pihak adik-beradik yang lain jika mereka memang jenis tak sepakat. Kalau dibiarkan jadi rugi pula.

Ada juga tanah yang terbiar tak diusahakan kerana masing-masing tak mahu sentuh selagi urusan pembahagian tak selesai. Takut rugi agaknya kalau diusahakan bila tiba-tiba ianya jadi milik adik atau abang atau kakak sendiri. Rasanya kalau mereka sepakat dan bijak menguruskannya, tak adalah takut rugi.

Jika ada urusan pembahagian tanah pusaka yang belum selesai, eloklah diurus dengan segera. Tanah tak terbiar atau rugi dan harap tidaklah menjadi sebab pertelagahan sesama adik-beradik sama ada secara perang dingin atau memang marah tak boleh simpan punya.

Tak baik bergaduh pasal harta, lebih-lebih lagi jika salah seorang mak atau ayah masih hidup. Sedih mereka melihat kerenah anak-anak yang asyik bergaduh dari kecil sampailah ke tua bangka. Kalau kecil-kecil tu boleh juga nak dirotan, dah tua ni macam mana pulak ye?