iklan

Followers

Pages

Wednesday 28 December 2011

Cinta yang sangat jijik dan kotor

Curi gambar dari blog Taufiq Ariffin ; "Cam salah je teori aku"


Kena ada ciri-ciri lelaki pilihan adik-adik, wanita-wanita sekelian
Macam ciri-ciri pilihan yang macam mana?
Pertama sekali tak boleh compromised (kompromi), tak bolehlah tinggal solat
Tak boleh! No way! Five times a day kena solat!

Tak boleh kita mencari seorang lelaki yang tak mampu bersolat
No! Cancel! Tak boleh!
Sekiranya cinta dia tak ada,
dia tak cinta kepada Allah yang menciptakannya
Macam mana dia nak cinta kat kita?
No Way!

Cinta yang buta yang betul-betul buta, pekak
dan bisu itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu
Itu adalah cinta yang jijik dan kotor

Cinta yang bersulam dengan berpegang tangan
Cinta yang disulam dengan ciuman yang akan mengakhiri dengan zina
Itu adalah cinta yang sangat jijik dan kotor
Itu bukan cinta yang sejati

Pada adik-adik perempuan dekat sini
Jadi selalu kak Dina pesan mana-mana kak Dina pergi
Abang ipar tu sentuh tangan kak Dina pun tak pernah!

Seorang lelaki yang menyentuh kamu sebelum menikah
Tidak menyayangi kamu tetapi menghina kamu!
Kak Dina selalu tweet dekat dalam twitter
Dekat dalam facebook selalu ingatkan!

Orang lelaki yang berani sentuh korang ni sebelum menikah ni dia tak sayang kamu!
Dia hina awak!
Orang lelaki betul-betul sayangkan awak
Dia takkan pegang awak!

Dia akan bawak awak ke rumah dah bila nak bernikah dengan awak barulah dia memegang kamu!
Dengan cara yang halal!

So any man who dare to touch you before you get married.....(lu pikirlah sendiri!)

Tuesday 27 December 2011

Banyaklah tips nak belajar..he..he..


Tersenyum anak aku Aishah bila membaca komen Diana dan Hanis Azla ni. Aishah kata "banyaklah tipsnya..he..he.." sebab aku pernah cerita cara dan gaya studynya di SINI. Study ikut mood tetapi ada memaksa diri sendiri supaya sedar diri sebab dia tau dia tak rajin macam orang lain.

"Auntie Fea tak jumpa jalan? Kesiannya.." terkejut Aishah. Kan aku dah kata... sesat di daerah sendiri.

Aishah anak sulung, selepas 2 tahun barulah dapat adik. Semasa dia sebaya Maisara, si comel milik Diana tu dia dah ada 2 orang adik. Bermakna sibuk jugalah akukan. Tetapi di sebabkan dia yang mula-mula sekolah, maka tumpuan pembelajarannya hanya untuk dia. Aku follow-up dia mengaji di rumah dan ayahnya untuk yang ruminya semasa dia dah mula ke tadika.

Aishah posing mengaji semasa baru 3 tahun, terbaliklah pulak.

Karektor dia memang suka nak tahu macam-macam perkara. Mulut petah di rumah tapi tak banyak cakap semasa di sekolah. Agak 'ketegaq' kalau kat rumah tapi baik sangatlah bila kat sekolah. Apa 'ketegaq' tu? Ada sifat keras hati sikit.

Tidak seperti anak jiran masa tu dah mula lancar membaca di usia 5 tahun, tetapi Aishah hanya boleh membaca di usia 6 tahun menggunakan buku Cahayaku. Ayahnyalah yang rajin follow-up dia.



Pendidikan awalnya di Tadika Islam Al-Fasih yang terletak di Taman Kenari, Sungai Ramal Baru. Pembelajaran di situ memang 'sangkut' di minda Aishah. Sangat berkesan kerana Aishah mampu membaca jawi dan mengaji dengan baik. Aku pun baik dengan pengetuanya yang aku panggil kak Hasnah.


Memilih tadika yang elok dan menggunakan pendekatan yang berkesan adalah sangat penting. Kalau mahal dan kelihatan mewah pun tak bagus juga jika hanya untuk bersantai. Kena rajin bertanya dengan rakan-rakan bagi memilih tadika mana yang sesuai. Aku dah terkena semasa hantar Asyikin dulu yang pernah pergi 3 buah tadika dalam masa 2 tahun.

Jika anak belum pandai membaca di usia 6 tahun, berusahalah agar dia mampu membaca sebelum tahun 1 menjelang. Itulah yang aku lakukan pada 2 orang anak lelaki aku. Aku hantar mereka tusyen 'one to one' semasa mereka berusia 6 tahun dalam bulan Disember. 3 kali seminggu waktu malam.

Sangat penting mampu membaca sebaik masuk darjah 1 supaya tidak banyak ketinggalan seperti yang berlaku pada anak rakan aku. Dia tahu jawapan jika ditanya secara lisan tetapi keputusan periksanya tiada satu pun lulus kerana dia tak pandai membaca hingga darjah 4. Tahun depan dia bakal menghadapi UPSR. Bukan ibunya tak mahu hantar ke tusyen secara persendirian tetapi anaknya yang tak betah belajar lama. Tetapi bagi aku tiada yang mustahil keputusan peperiksaannya akan melonjak naik jika dia mampu membaca nanti dengan baik.

Setiap anak berbeza penerimaannya. Aku tiada masalah dengan anak perempuan, tetapi perlu sentiasa follow-up anak-anak lelaki aku. Seorang dah nak masuk darjah 4 dan seorang lagi ke tingkatan 2 pada 2012 nanti. Kadang-kadang memang tinggilah suhu amarah aku.

Pun begitu, bagi aku jangan dikira siapa pun diri kita dulu. Sama ada kita dulu pelajar universiti, sampai ke luar negeri atau pun cuma tahap PMR, SRP atau SPM. Yang penting adalah masa sekarang, masa anak-anak kita pula untuk menjadi lebih baik daripada diri kita. Fahami masalah mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran, bukan hanya tau marah berpanjangan. Boleh nak marah tetapi bukan berleter panjang-panjang. Aku pun bosan nak dengar.

Memang bila mengajar adakalanya kita perlu ulang berkali-kali. Syukurlah kalau korang sabar... itu yang terbaik. Berbaik dengan guru-guru mereka, mohon idea. Jangan putus asa..

Aku bertuah kerana tak susah sangat mengajar Aishah dalam hal sekolah, tapi cabaran aku tinggi pada adik-adiknya yang sering sambil lewa dengan pelajaran. Mungkin bapa saudara aku adalah contoh terbaik kerana 4 orang anaknya dapat 5A untuk UPSR, 8A dalam PMR dan 9A juga dalam SPM. Tabik spring pada anak sulungnya sudah pun bergelar doktor, menjadi perintis buat adik-adiknya dalam entry INI.

Sekolah Menengah Jalan 4 - Tahniah Han!

Aku terima panggilan dari teman blogger. Tertera nama 'Hanis Azla' di screen handphone aku. Suspen aje! He..he.. rupanya dia dah tersesat. Dia nak mencari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4 (SMKJ4 @ JESS) tapi pergi ke Sekolah Kebangsaan Jalan 4. Haaaaiiii... dah lebih 10 tahun tinggal di Bandar Baru Bangi, memandu sendiri pun tak pasti lagi lokasi fasa 4 tambahan. Aku tolong ketawakan sebab tau dah Hanis Azla bukan jenis cepat terasa. Gurau-gurau je!

Aku cuma tanya sekarang SKJ4 di sebelah kiri atau kanannya. Kalau sebelah kanan, dia hanya perlu terus memandu dalam 2 km (agak2 je) hingga nampak SMKJ4 di sebelah kanan juga. Kemudian belok kanan selepas nampak sekolah tu. Kereta boleh masuk dalam kawasan sekolah bila cuti-cuti ni untuk urusan pejabat.

Rupanya anak daranya, Han bakal bersekolah di SMKJ4. Pemilihan pelajar ke situ cuma mengutamakan mereka yang mendapat 5A dalam UPSR. Semasa anak sulung aku masuk tingkatan 1 dulu masih ada kelonggaran untuk mereka yang mendapat 4A, 1B. Tapi selepas itu hanya 5A sahaja yang boleh memohon. Persaingan memang sengit kerana ada juga yang mendapat 5A pun tak berpeluang mendapat tempat. Umpama siapa cepat dia dapatlah agaknya.

Bermakna Han jadi junior pada anak aku Aishah nampak gayanya. Kelas belum dipastikan lagi katanya. Jangan risau, Aishah tak akan buli Han.. he..he..  Aku tau dah perangai dia, tak berapa kisah sangat dengan junior kecuali kalau ada yang menegur sapa. Bukan macam aku, peramah sikit.. *(^_^)*. Lagi pun Aishah berada di tingkatan 4 akan bersekolah di sessi pagi. Biasanya pelajar tingkatan 1 di sessi petang.

Han yang bertudung hitam, atas sekali. Gambar dia curi kat SINI.

Aku suka anak aku sekolah di SMKJ4 ni. Selama anak aku bersekolah di situ, aku hanya hantar dia tusyen semasa tingkatan 1 sahaja. Aku rasa macam tak perlu nak hantar tusyen selepas tu sebab dia memang sibuk sepanjang hari. Memang banyak diberikan tugasan dan homework oleh cikgu sekolah. Bila dia masuk tingkatan 3 pun para guru sangat komited berikan tusyen selepas sessi persekolahan. Kadang hari Sabtu pun ada juga tusyen sebagai persediaan menghadapi PMR.

Tahniah pada Han, langkah pertama ke alam sekolah menengah. Menjadi pemangkin buat adik-adik juga. Segala resah, dugaan dan cabaran tentu ada bila berada di kalangan pelajar yang bijak-bijak belaka. Jangan segan berkongsi cerita dengan ibu Han yang penyayang itu. Luahkan andai ada kesedihan dan kongsi juga kegembiraan untuk kita raikan bersama. Nak share dengan acik Liza pun boleh juga..

Mimpi buruk malam tadi, kenapa?

Sakit kepala malam tadi, ada juga terasa mual sikit. Eh! Macam sama dengan cerita heroin dalam kisah Ombak Rindu pula ye! Opss...tak pregnant, cuma symptom biasa yang ku alami setiap kali hampir nak PMS. Selalunya lebih teruk aku kena migraine tapi mungkinkah kesan jamu Herba Angin dan Sihat Wanita yang aku amalkan memberi pengaruh yang baik.

Aku jarang demam tapi bila badan terasa seram sejuk, maka aku akan cepat-cepat makan 2 biji jamu Sihat Wanita. Dengan izin Allah, demam tu tak menjadi. Mungkin korang boleh cuba amalkan juga. Tak ada jual di pasaran luar, ada kat SINI aje yang jual.

Aku tidur awal malam tadi dengan membiarkan si kecil Arif bermain di dalam bilik sambil hubby sibuk mengadap facebooknya. Terjaga aku dalam pukul 1 pagi, Arif sudah pun terlelap di tengah-tengah antara aku dan hubby. Terpaksalah aku mengangkatnya dan alihkan ke katilnya di sebelah aku yang memang aku rapatkan kedua-dua katil.


Arif tidurnya buas hingga lintang pukang. Kadang kakinya naik ke muka aku. Takut pula nanti mengganggu tidur ayahnya yang nak kerja esok pagi. Macam tu lah aku masa kecil-kecil dulu. Pernah kaki aku kena cubit dengan kakak aku dulu sebab hinggap di muka dia. Pernah juga aku tersedar rupanya dah tergantung pada kelambu antara katil dengan lantai. Itulah aku masa kecil dulu... Tersenyum juga bila teringat dan pasti waktu yang sama aku teringatkan arwah ayah.

Sakit kepala tak hilang lagi, rimas pula aku dibuatnya. Aku lansung bangun dan makan 2 biji jamu Herba Angin dengan harapan mual dan sakit kepala aku hilang. Aku sambung tidur.

Lain pula yang jadinya bila aku mula bermimpi yang aku seperti orang kecewa. Aku termenung seketika di tepi pantai dan kemudian bergerak perlahan menuju ke arah laut. Entah apa yang aku fikirkan hingga aku hampir tenggelam di situ tetapi tiba-tiba saja pantas rakan aku menarik aku keluar. Rakan pejabat yang lama semasa aku praktikal tahun 1992 dulu. Tiba-tiba saja muncul dalam mimpi aku. Tak ada kaitan betul!

Aku dimasukkan ke hospital. Aku menjadi begitu murung hingga tidak mempedulikan tentang makan dan minum aku. Anehnya aku ingat apa yang berlaku dalam mimpi aku untuk aku ceritakan di sini. Dan aku terbawa dengan kesedihan dari mimpi itu hingga air mata aku mengalir sebaik terjaga pukul 5.30 pagi.

Syukur sebaik terjaga, sakit kepala aku dah pun hilang. Aku abaikan mimpi tadi dan sambung tidur, mengantuk sangat. Aku hanya terjaga bila hubby cepat-cepat kejutkan aku untuk solat subuh dan minta aku gosokkan baju kerjanya sekitar jam 6.40 pagi.

Selalunya ramai yang kata mimpi hanya mainan tidur dan ada juga yang punya pengertian di sebaliknya. Kita ambil yang positif untuk menilai kembali tindakan kita selama ini apakah benar atau sebaliknya. Tentu ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan.

Monday 26 December 2011

Zaman dulu dan kini berbeza, Islam tetap sama..

Syukur alhamdulillah bila ada yang nak mendirikan rumahtangga. Menangislah syaitan nampaknya. Maka kita pun doakan yang baik-baik saja untuk pasangan bakal pengantin. Moga hasrat yang baik dimakbulkan Allah.

Pengumuman yang terbaru, dua artis yang glamour bakal dijab kabul pada bulan Februari 2011 nanti.. Aminnn... Bukan syaitan je menangis, kawan blogger aku si Ujang ni pun nak menangis juga kot.. Ujang peminat pengantin perempuan, mestilah frust. Gurau je Ujang ye! Pengakuan Ujang ; Di sebalik kisah gua dan Lisa Surihani.

Aku tengok iras wajah keduanya macam sepadan dan ada keserasian aje. Moga niat murni mereka menjadi kenyataan. Kita pakat doakan ramai-ramai.

Trend zaman sekarang atau akukah yang kuno agaknya? Baru bakal pengantin atau bakal suami isteri pun, tapi tak kisah pun nak pegang-pegang, paut-paut dan jadi bahan tontonan umum. Ye lahkan, zaman dulu lain, zaman sekarang lain tapi agama Islam tak kira zaman.

Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin tidak menjadi masalah bagi aku untuk kebahagiaan rumah tangga. Ada baik dan tidaknya. Hanya bagaimana kita menanganinya saja. Kalau hanyut, rosaklah ia tetapi kalau diserta dengan akal dan iman, selamatlah ia.

Cerita rakan aku melihat pasangan yang masih belum berkahwin di Alamanda di SINI. Aku pun kadang boleh kenal karektor mereka sama ada dah kahwin atau belum atau baru kahwin. Tapi situasi yang adik angkat aku kongsikan di facebook memang aku suka.



"cerita masa beli sarapan; sepasang suami isteri yang baru balik semayang subuh umur dlm lingkungan 50-an g sarapan kat mamak..suami tanya,"nak duduk kat mana? kita duduk tempat gelap skit ea...?". ok bang, jawab isteri dia...~so sweet..."

Friday 23 December 2011

Antara gembira dan air mata kesedihan

Result PMR dah keluar, aku pun lega dengan keputusannya yang bagi aku sudah cukup cemerlang. Walau pun ada rasa ralat dengan 1B, ianya jadi bahan gurauan antara aku anak-beranak. "Ishh... sikit je lagikan..ish..ishh.. geramnya!"..he..he..

Semalam pun lama hubby aku merenung slip peperiksaan PMR Aishah.

"Tak payahlah tenung lama-lama yang! Huruf B tu tak bertukar jadi A punya!", aku mengusik hubby.

Redha sajalahkan, sudah setakat itu keputusan terbaik yang Allah izinkan. Bagi yang belum tahu, boleh baca entry sebelum ni di SINI tentang keputusan PMR anak aku..

Sebelum sampai ke sekolah pun, Aishah kata salah seorang teman rapatnya dapat 8A. Aku baik dengan ibunya yang aku panggil kak Hani. Sangat baik dan peramah orangnya.

Kak Hani, ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anak dengan hasil menjahit baju. Baju hari raya aidilfitri tahun ini untuk aku dan anak-anak dara aku memang kak Hani yang jahitkan di kedainya Hani Tailor yang terletak di fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Bersebelahan dengan klinik Zalfah dan restoran Sri Balang di tingkat atas.

Selepas habis PMR kelmarin aku, Aishah, anak kak Hani tu dan seorang lagi rakan mereka sempat bersantai bermain boling di Alamanda. Sebelum tu kitaorang tengok movie "Time"... enjoy sakan ye!

Dia tengah pilih bola boling... Simple je orangnya yang menjadi teman baik Aishah ni.

Dalam kegembiraan Aishah meraikan keputusan PMRnya, dia dikejutkan dengan keputusan PMR rakan baiknya yang tak disangka. Aishah jadi keliru antara gembira dan sedih. Aku juga rasa demikian. Rasanya jika rakan baiknya itu ada dekat aku, sudah tentu aku ingin memeluk bahunya.

Patutlah dia tidak menjawab bila Aishah SMS bertanya tentang keputusan examnya. Rupanya keputusan yang diperolehi oleh rakan baiknya itu tidak seperti yang diharapkan. Malah mungkin menyebabkannya tersingkir dari meneruskan pembelajaran di sekolah itu kerana keputusan yang diperolehinya lebih rendah daripada syarat minimum.

Mengingatkan rakan baiknya itu, hati aku jadi sebak sewaktu menaip entry ini. Benar PMR adalah permulaan, SPM lebih penting lagi. Tetapi di saat begini dorongan dan sokongan sangat dia perlukan. Mendapat keputusan yang mengecewakan berbanding abang dan kakaknya yang sentiasa cemerlang boleh membuatkan dia rasa rendah diri.

Dia merupakan anak bongsu tetapi tidaklah cengeng dan matang pula orangnya. Sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Aku harap ibu dan ayahnya akan tetap menyokongnya. Sedihnya aku kalau dia kena marah.

Dia rajin berusaha tetapi cuma rezeki belum menyebelahinya. Aishah menceritakan rasa hatinya dalam entrinya "PMR 2011".

Walau pun saiz badan rakan baik Aishah ni kecil-kecil aje tapi cili api juga. Bukan calang-calang orang boleh bermain di bahagian C (centre) dalam acara bola jaring. Wakil sekolah merangkap kapten pasukan. Aku harap dia tidak menyalahkan kesibukannya bersukan menjadi punca keputusan PMRnya tidak cemerlang.

Aku pun selalu juga marahkan Aishah sebab tak mahu bersukan, "Nanti badan beratlah kakak". Memang Aishah lebih berat daripada aku.. *(^_^)*.

Aishah di tengah, sebelah kanan itulah rakan baik yang kecil-kecil cili api orangnya. 
Satu kumpulan yang tak mendatangkan masalah, kata guru kelas mereka.

Apa pun keadaanya, aku harap persahabatan mereka tak akan putus. Facebook ada, boleh bertanya khabar selalu. Mulakan perjuangan untuk SPM dua tahun lagi... Itulah penentunya, moga bersatu kembali di Universiti yang sama.

Thursday 22 December 2011

PMR 2011, syukur alhamdulillah...tahniah kakak!

Tiba di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi agak lewat dalam pukul 12 tengahari. Aku terus menuju ke kaunter pejabat sekolah. Orang pun dah tak ramai. cuma ada 2-3 orang saja di depan aku menunggu giliran. Sementara menunggu tu sempat aku bergurau dengan anak aku Aishah "Kalau result tak ok, tangan mama 'dush' kakak. Kalau excellent pun, mama tak nak cium kakak!".

Aishah cuma menjawab "Teruknya mama!" sambil ketawa. Aku memang suka mengusik anak-anak aku.

Slip keputusan periksa PMR dah pun sampai di tangan aku dulu sebelum anak aku Aishah sendiri yang melihatnya. Tengok ada banyak yang A, lega! Alamak! Ada pulak satu yang B, mesti Geografi ni.. Aku belek ke kiri slip keputusan, memang sah Geografi. Aku bagi slip tu pada Aishah dengan muka selamba.

Aishah tersengih gembira "Alaa.. spoillah Geografi dapat B!".

"Sekarang mama nak cium kakaklah, meh sini!", aku mengusik dia sambil mengacahkan tangan aku pada dia.

"Ahhh... tak naklah!", Aishah mengelak. Adiknya Asyikin yang ikut sama cuma ketawa je.

Bukan aku nak peluk pun, saja suka mengusik dia. Syukur alhamdulillah! Bagi aku ini dah kira excellent untuk dia. Macam miracle aje rasanya.

Aku terus SMS hubby aku "7A, 1B".

Kenapa aku kata miracle kerana result examnya sebelum ni memang agak menakutkan hingga trial exam pun dia cuma mampu dapat 3A, 5B. Aku pernah menyatakan rasa hati aku tentangnya di entry "Bijak akal cantik budi bahasa".

"Buktikan kakak!", antara kata-kata yang sering aku ucapkan pada Aishah. Apa yang nak dibuktikan?

Buktikan teknik belajar yang santai juga mampu mendapat keputusan periksa yang cemerlang. Bukanlah terlalu bersantai tetapi jangan terlalu gila study hingga lupa nak berehat. Seperti yang aku ceritakan di sini, "Kecil-kecil dah mata duitan".

Cara Aishah study agak simple, yang pasti lebih rajin sikit daripada aku dulu le..he..he.. ada dalam entry Studyku dengan Kitaro. Dia lebih rajin menyiapkan homework yang cikgu beri berbanding aku dulu.

Aishah semasa berusia setahun lebih di atas motorsikal arwah abang Sudin.

Sama je dengan perangai adik aku dulu, menurun perangainya pada anak aku si Aishah. Aishah tersenyum bila aku katakan adik aku yang di panggil makcu pernah menjadi best student PMR pada tahun 1996, tahun kelahiran Aishah. "Wow!", kata Aishah. Mak cunya yang sekarang dah jadi tokey tudung di Asterisk Boutique.

Tahun depan ada yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, tentulah anak aku Asyikin yang tembun pipinya lagi comel tu. Yang ini nak kena diingatkan selalu, kalau tidak dia akan selamba aje tak study lansung. Itulahkan, lain anak lain kerenahnya.

Nak tips belajar? Simple je! Boleh ikut, boleh juga tak ikut : Share tips belajar.

p/s : Tahniah buat kakak (panggilan aku buat Aishah!)... 

Wednesday 21 December 2011

Keputusan Peperiksaaan PMR Tahun 2011

Esok 22 Disember 2011 akan diumumkan keputusan PMR. Berita di TV pun dan umumkan ambil keputusan exam seawal pukul 10 pagi. Aku yang suspen, anak aku rilek je.. dia yang hantar link ni.

http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=2324&fb_source=message


Aku akan menemani anak sulung aku Aishah ke sekolahnya esok. Biasalah dia nak mamanya yang pergi temankan. Aku rasa dia yang temankan aku nanti sebab dah tentu aku berjalan di depan nak ambil keputusan tu sedangkan dia menyorok je di belakang aku... he..he..

Doakan ye! Nanti aku sharelah keputusannya..Insyaallah!

Justien dah jadi Maria, tukar jantina pulak!

Kalau kelmarin si malaun ni pakai nama Justien Terbolah, kat SINI entrynya...
Pakai nama CJ Maria Ozawa... sakit jiwa gamaknya.

Pagi ni aku perasan dia datang ke blog aku petang semalam dengan kata-kata peramahnya..

"teman nak belajor buat blog dengan deme .. meh ler tolong ajorkan.."

aku nampak link yang sama digunakan... jangan ada yang gatal tangan klik kat shoutbox aku tu ye!


Pada rakan-rakan blogger hati-hatilah ye.. tentu dia rajin pulak blogwalking kat blog korang juga.
Ceritanya kat SINI.

Kunci motorsikal anda dengan baik

Gambar jumpa kat facebook, kawan yang post... memang tak hilang le motor. 
Tak pun tinggal tayar je kot.

Tuesday 20 December 2011

Wan Chik yang berbudi - Kampung Padang Changkat

Tak banyak yang aku tahu tentang dirinya. Dia adalah isteri kepada bapa saudara yang sangat aku kasihi, Pak Hassan. Cantik dan puith kulitnya hingga ke hujung usia dengan raut wajah yang penuh kasih sayang, ku panggil dia Wan Chik. Satu panggilan yang biasa kepada mak saudara bagi kebanyakan keluarga di Kuala Kangsar Perak.

Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak. Cantik juga gambar guna kamera handphone aku ni.

Pada hari Rabu, 14 Dis 2011 aku terima SMS dari abang sulung. Wan Chik masuk GH Ipoh katanya. Aku melihat perkembangan yang tidak memberansangkan di group keluarga di facebook. Kritikal kata mereka, sanak-saudara saling memberi komen.

Hari Khamis malam 15 Dis 2011 hati aku terdetik memikirkan yang bukan-bukan. Apakah Allah ingin mengambilnya di hari Jumaat yang mulia. Namun pada waktu yang sama perasaan itu aku buat tak endah pula. Niat di hati ingin melawat ke sana pada petang Jumaat, selepas habis waktu hubby kerja.

Pukul 10 pagi Jumaat, 16 Dis 2011 aku terima panggilan dari anak saudara (anak sepupu aku) memberi khabar berita menyedihkan. Opah telah pergi katanya. Menangis tidak, aku hanya terdiam. Memang benar-benar Wan Chik pergi buat selama-lamanya pada hari Jumaat. Moga Allah tempatkan Wan Chik di kalangan ahli syurga.

8 tahun Wan Chik menderita sakit buah pinggang. Selama itu jugalah Pak Hassan setia menemani dan menguruskan makan pakai isterinya sejak arwah sakit. Wan Chik menghembuskan nafas terakhirnya di GH, Ipoh.

Pak Hassan yang aku pernah buat entrynya tentang "Pesanan Pak Hassan buat anak cucunya". Dalam youtube dalam entry tu mungkin korang boleh perasan arwah isterinya ada bersama. Kelihatan dalam tu Wan Chik terbaring di atas katil dengan Pak Hassan duduk di sisinya.

Aku hanya dapat ke rumah Pak Hassan pada hari Sabtu petang. Turut serta juga abang kandung aku menemani melawat Pak Hassan. Banyak perkara yang Pak Hassan ceritakan pada aku tentang Wan Chik. Antara yang paling istimewa tentulah Wan Chik memang hebat tentang memasak.

Memang benar pun Wan Chik memang pandai memasak terutama sambal tumis ikan bilisnya dan masak lemak apa pun. Arwah memang lansung tidak gemar makan di restoran kerana risau tentang bersih dan sedapnya makanan yang di sajikan. Kakak kata Wan Chik rajin bawakan nasi untuk mak aku semasa dia masuk hospital akibat kemalangan tahun 1978 dulu.

Wan Chik dan Pak Hassan umpama ibu dan ayah pada arwah ayah aku walau pun pada hakikatnya mereka merupakan abang dan kakak ipar. Merekalah yang menjaga arwah ayah di zaman remajanya dulu. Memang banyak sangat budinya pada arwah ayah yang buat kami adik-beradik sentiasa menghargai mereka berdua. Apatah lagi anak-anaknya yang juga sepupu pun sangat rapat dengan aku dan adik beradik yang lain.

Sempat aku bergambar dengan Pak Hassan. Raut wajah yang buat aku sentiasa teringatkan arwah ayah.

Lansung aku ziarah pusara Wan Chik yang hanya perlu jalan kaki saja dari rumah Pak Hassan. 5 minit dah sampai, memang dekat sangat. Bacaan surah Yassin dan Alfatihah buat arwah Wan Chik.


Wan Chik disemadikan di antara pusara ibunya dan anak saudaranya.

Inilah rumah Pak Hassan di Kampung Padang Changkat, betul-betul jalan masuk belakang Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Kampung yang penuh dengan sejarah berharga.


Boleh jenguk link SINI dan SINI untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang keistimewaan kampung ni.

Berjalan kaki balik dari kubur, lalu depan homestay Changkat Warisan, jumpa facebooknya di SINI.


Abang kandung aku berjalan dengan sepupunya yang sebaya. Kawan mandi sungai masa kecil-kecil dulu!

Puding boh aiskrim pulak dah!

Akhirnya keluar juga resepi pasal puding Oreo ni di blog kawan aku ni, panjang nama dia Puding Aiskrim Vanilla berperisa Coffee + Biskut Oreo.

Tak ada nama yang pendek sikit ke? Kaizen sikit Mr. JeBateja... jenuh aku nak menyebutnya.

Kalau asalnya puding dari dia juga dulu adalah puding Marble, anak aku tambahkan biskut Oreo, roti, telur, susu pekat, susu cair. Yang ini pula JeBateja olahkan pula dengan aiskrim dan lain-lain bahan. Jenguklah resepinya. Terliur aku..

So..rakan bloggerku Puan Diana, bolehlah try buat untuk suamimu tercinta. Pasti sedap! Gerentilah!

Tutorial dah ada.. apa lagi jom beli bahan-bahan dan buat sendiri.

Justien Terbolah... malaun betul kau ye!

Semalam terima komen dari kakak ipar aku di group family aku dalam facebook. Kitaorang ada closed group sendiri dalam facebook untuk chatting hal-hal keluarga. Group yang aku create sendiri di kalangan 5 beradik sahaja termasuk ipar sekalilah.


"kepada adik2 ku smua, klau terjumpa visitor yg bernama 'Justien Terbolah' dlm blog korang jgn klik! Sbb akan kuar gambar lucah! Tak gunanye manusia merosakkan ugama je! Cit!"

Kakak ipar aku ni bukanlah jenis saja suka-suka nak marah-marah, tapi ada 'malaun' ni tinggalkan link yang menyakitkan hati di ruang shoutmix blog dia. Apa makna 'malaun'? Maksudnya laknat atau terkutuk. Mungkin ada yang biasa dengar perkataan ni.

Kalau ada link yang korang rasa ragu-ragu nak klik, jangan le klik. Kalau di laptop aku ni boleh nampak address linknya di sudut bawah kiri laptop bila aku halakan cursor (anak panah) pada link di shoutmix sebelum aku klik. Tengok gambar kat bawah ni, aku bulatkan komen yang ditinggalkan dan linknya di bawah.


Jangan gatal tangan pergi ke link tu pulak ye. Kalau laptop korang kena virus sebab tak cukup perisai, nasiblah ye. Jangan salahkan aku pulak. Maklum sajalah, kalau hal-hal 18SX ni selalu ramai saja yang nak klik. Tapi cara orang ni buat memang menyakitkan hati.

Kalau korang pergi jenguk di blog kakak ipar aku ni kat SINI, komen tu aku dah delete pun. Tak mau ada yang terbabas pergi klik pulakkan. Dia bagi arahan je, akulah tukang edit blog dia... saya yang menurut perintah..he..he.. So.. hati-hatilah dengan virus-virus yang merosakkan ni.

Monday 19 December 2011

Pasang tali pinggang keledar belakang di Perodua

13 Disember 2011 lepas aku ke servis Perodua di Putrajaya. Baru sekarang sempat nak up-load gambar dari handphone buruk aku ni untuk share dengan semua kawan-kawan. Bukan servis apa pun, cuma pasang seat belt di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta Kelisa aku.

Ni alamat di Putrajaya ;
Perodua Service Centre (Putrajaya)
Lot. No. 16 (Pt 9049), No. 18 (Pt 9050) & No. 20 (Pt9051), Presint 14,
Industrial Area, 62250, Putrajaya, WP Kuala Lumpur

En. Hisham Bin Mohd
Tel : 03 - 8890 5959
Fax : 03 - 8890 5990
Email : HISHAMMOHD@perodua.com.my
SVC_PUTRAJAYA@perodua.com.m

Dah dekat rumah Ben Ashaari ni rasanya... blogger glamour..ehh.. gurau je ye Ben.


Macam biasa mesti nak ada tempat menunggu sambil Aishah baca suratkhabar.

Kaunter depan di pusat servis.. anak aku, Asyikin leka baca majalah.

Baby pun boleh nak bersantai kat sini juga.

Awek cun yang menjawab panggilan telefon aku. Cun dan lemah lembut orangnya. Nama pun cantik ; Ayu.

Haaa.... ni paling best! Ada free WiFi. Tak le boring sangatkan.

Sebelum datang kena buat appoinment dulu. Sebelum tu aku cuba call servis di Puchong, dah penuh katanya. Jadi aku beralih ke Putrajaya. Syukur ada kosong. Appointment pukul 10 pagi tapi aku lewat 15 minit sebab tak jumpa lokasi. Rupanya dia terletak di kawasan industri, silap tengok simpang di google map.

Tak lama mana pun pasang seat beltnya. Adalah sejam lebih saja. Tak perlu bayar, percuma aje. Tapi percuma hingga 31 Disember 2011 saja aku rasa. Lepas ni jaga-jagalah jangan ada yang kena saman pulak sebab tak pasang seat belt kat belakang bagi kereta Kembara, Kelisa, Kancil.

Hubby aku tanya "tak ada bagi benda lain yang baru ke?".

"Yang baru apa? Satu set baru? Tak ada pulak depa nak bagi satu set Alza atau MyVi ke.. " balas aku. Agak dah niat soalan hubby!

Lega dah bila dah pasang seat belt, asyik delay aje... itu pun dengar iklan kat radio Era.

Abby Abadi Vs Abby Fana, moga sifat ini kekal abadi di dunia yang fana ini..

Eh! Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah Ustaz Azhar Idrus tu? Bini baru ke? Cantik dan manis je bertudung begitu. Tentu ramai yang kenal artis Malaysia, Abby Abadi. Dah betul-betul transform ke ni? Aku tak ada info lengkap. Apa pun aku harap ianya berkekalan.


Ustaz Azhar pun dah macam artis juga, ramai peminatnya. Abby sekadar bergambar bersama je, bukan bini baru ye. Blog aku bukanlah blog gossip hangat. Jumpa gambar ni dari facebook kawan sekampung dari Jengka, Pahang ; Ni dia....


Ini aku copy paste semula komen di facebooknya : 
"Gambar terbaru Abby Abadi di Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus:Semakin hari, makin ramai artis kita yang beragama Islam telah mula bertudung, Alhamdulillah. Malah ada yang lebih baik dari itu, selepas sahaja bertudung terus sahaja mereka meninggalkan dunia hiburan secara perlahan-lahan. Apapun berikut adalah gambar terkini Abby Abadi yang bertudung sedang minum di kedai bersama muslimah yang lain selepas selesai menghadiri Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.Bagi anda yang belum bertudung tunggu bila lagi??"

Seorang lagi Abby iaitu Abby Fana pun dah bertudung sejak balik menunaikan ibadah haji. Sweet sangat tengok dia bertudung di kaca TV. Nampak lebih kemas dan ceria je.


Abby fana yang baru, gambar dari page Sinar FM


Aku memang suka dengar celotehnya di Sinar FM, mengingatkan aku pada teman seperjuangan aku dalam bidang kerja aku sekarang, Kak Ras. Celotehnya yang mesra dan ceria dengan loghat Penangnya, padahal dia orang Johor. Ada sesuatu yang aku suka pelajari, cara kita berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik.

Thursday 15 December 2011

Mission Impossibble : Ghost Protocol, best ke?

Kalau bawa ke Alamanda hari ni untuk tengok movie, maunya rambang mata anak aku nak tengok yang mana satu sama ada Alvin and the Chipmunk 3, Puss in Boots, The Twilight Saga : Breaking Dawn Part , The Muppets atau Mission Impossibble : Ghost Protocol.

Rasanya pilih Mission Impossibble : Ghost Protocol, kalau tak silap aku hari ini 15 Disember 2011 baru masuk panggung. Tengok trailer macam best aje... ada Tom Cruise tu yang aku suka.


Jom Mission Impossibble : Ghost Protocol!!

Mengantuk gilerrr dah ni!

Begini keadaannya bila dah mengantuk sangat. Anak bongsu aku, Arif sudah pun berusia 2 tahun 6 bulan. Kalau dulu biasanya akan tidur 2 kali pada waktu siang sekitar pukul 11 pagi dan 2 atau 3 petang. Tapi sejak dah lama rasanya tak tidur dalam buai, dia hanya rasa mengantuk bila dah pukul 5 petang atau kadang-kadang pukul 7 malam. Jenuh di pujuk supaya tidur dalam pukul 3 petang pun tak mau. Leka benar bermain dengan kakak-kakak dan abang-abangnya.

 Terpaksalah aku angkat dan letakkan atas katil. Pakaikan baju dan seluar. Mengantuk sangat sampai tak kisah pun walau aku angkat dia.

Dulu yang selalu mudah lena tak kira tempat tu anak aku yang ketiga, Asyikin. Dah 11 tahun pun usianya. Tahun depan UPSR pulak. Kadang-kadang jadi bahan ketawa bila tengok dia terlentok di sofa dalam keadaan duduk.

Bacalah entry ni : Tidurlah Jika Ingin Kurus... ye ke?

Bosan agaknya dia asyik main kat rumah aje.. jom bawa anak jalan-jalan.

Monday 12 December 2011

Hari Keputeraan Sultan Selangor, 11 Disember 2011

Hari ini seluruh Selangor cuti kerana Hari Keputeraan Sultan Selangor, 11 Disember 2011 jatuh pada hari Ahad iaitu semalam. Bermakna hari Isnin akan cutilah. Sama pula dengan tarikh Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke 16. Jadi setiap kali Sultan Selangor menyambut Hari Keputeraannya, itulah juga hari Ulang Tahun Perkahwinan aku.. he..he..


Beli kek tirasmisu yang simple saja tapi sekali hadap je dah habis. Kek pilihan anak sulung aku, Aishah yang dah pun berusia 15 tahun. Hubby pun dapat merasa sepotong aje sebab anak-anak nak lebih dari sepotong seorang. Sedap pulak kek ni katanya. Aishah pulak kata "tengoklah siapa yang pilih!".... eksyenlah pulak ye.

Hubby pun nak disebut barulah dia ingat tarikhnya. Kalau tak dia memang tak ingat lansung le. 16 tahun jadi suami aku, faham dah perangai dia yang memang tak ingat pun tarikh-tarikh ni. Tapi ia bukanlah jadi masalah besar pada aku pun.

Semalam hubby rajin nak memasak lunch untuk aku dan anak-anak. Resepi baru katanya, ayam masak tomato. Hentam sajalah yang.

Pesannya pada anak-anak "kalau sedap tu puji le, kalau tak sedap tu diam-diam je!".

Aishah kata "kek tadi sedaplah ayah!"... he..he..

Hubby masak lauk je lah. Nasi dengan sayur akulah yang masak. Simple aje..

Memang sedap pun hubby masak sampai Arif yang 2 tahun tu pun kata "mmm... dappp (sedap)". Kembang le ayahnya.

"Kalau sedap, ayah masaklah hari-hari!" saja je aku usik hubby.

Memang begitu pun sambutan aku dan hubby setiap tahun. Beli kek 1/2 kg setiap tahun. Tak suka beli yang besar-besar sebab takut kalau banyak sangat jadi muak. Yang sikit-sikit itulah yang sedap. Selalunya hubby belanja makan kat luar tapi kali ni dia masak pulak. Aku tak kisah sangat, janji bahagia.

16 tahun usia perkahwinan, aku telah dikurniakan 5 orang anak ; 2 perempuan dan 3 lelaki. Alhamdulillah...

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 juga buat adik aku di Asterisk Boutique pada 10 Disember 2011, awal sehari je dari aku.

Friday 9 December 2011

Nyatakan suara kalian dengan mengundi

Tanda-tanda pilihan raya umum semakin terasa. Sana-sini kedengaran suara-suara mengatakan pilihan raya umum mungkin akan diadakan pada tahun depan. Aku pun tidak menyelidik sangat. Cuma teringin juga nak tukar alamat mengundi dari Sungai Ramal ke Bandar Baru Bangi tapi asyik tertangguh saja.

Nampak gayanya ke Sungai Ramal lagilah aku untuk memangkah kertas undi. Hubby pula mengundi di Bandar Baru Bangi. Kalau benar tahun depan ada pilihan raya, si kecil Arif pun kena ikut jugalah aku mengundi.

Ingat-ingat lupa dah aku berapa kali dah mengundi. Rasa-rasa macam dah 3 kali sejak tahun 2000 agaknya. Bermakna ini bakal kali ke 4 aku mengundi.

Rugi kalau tak mengundi ni. Satu undi pun sangat berharga untuk menentukan siapa ketua kita. Bayangkan ada 5 orang nak memilih seorang ketua sesama mereka. Ada 3 orang saja yang nak memilih antara 2 calon. Perlu minimum 2 undi untuk majoriti.

Aku dah semak nama aku kat web SPR, klik SINI.


Semak jangan tak semak. Cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan saja untuk yang dah mendaftar. Kalau belum tu, bacalah cara-cara nak mendaftar kat situ. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Thursday 8 December 2011

Laju giler dia lari, kalut dahhh....

Memang lawak dan gila... laju giler penjaga gol tu lari nak selamatkan bola. Boleh pandang belakang pulak tu. Pengulas sukan pun dah macam ceramah agama je.. gelak sakan dengan anak-anak tengok video ni.


Menyonsang arus hingga nyawa melayang, berbaloi ke?

Aku pernah menulis entry tentang 'Menyonsang arus'. Pagi ini terbaca di Harian Metro akibat sikap menyosang arus ni. Kesan yang sangat buruk hingga menyebabkan ramai yang cedera dan nyawa melayang. Apa yang nak dijimatkan. Berbaloi ke?

Kereta undur dihentam treler
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

SESAK...kontena dibawa treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, semalam.

BANTING: Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.


Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.


Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.


Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.


Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.


“Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.


“Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Wednesday 7 December 2011

Macam mana nak awet muda, nak slim, nak cergas?

Bila dah menjual jamu ni maka penampilan kenalah jaga juga. Tapi aku lebih utamakan kecergasan dan make-up yang sederhana saja. Macam aku ni tak berapa suka sangat nak mengadap cermin lama-lama. Kalau mencecah 15 minit tu rasa macam dah lama sangat. Pengaruh dari sifat sejak kecil lagi yang agak brutal dan tak sabar tapi nak cantik. Macam mana tu?

Kak Liza, macam mana nak awet muda, macam mana nak slim, macam mana nak cergas? Aku pun manusia biasa ada juga letihnya, wajah kusam dan kadang berat badan naik juga. Berusahalah untuk cantik tapi biarlah berpada-pada, jangan sampai memudaratkan diri pula.

Petua tu ada, cuma boleh ikut atau tidak sajalah. Bagi aku yang tidaklah mudah nak naik berat badan ni cuma perlu jaga makan saja. Apa pun sihat atau tidak badan kita banyak bergantung pada pemakanan juga.

Ini apa yang aku amalkan :
- Sejak beranak sulung 15 tahun yang lalu memang aku sentiasa makan jamu hinggalah sekarang.
- Tak berapa suka minuman berais, sekali-sekala bila teringin je. Banyak minum air kosong.
- Suka makan ulam-ulaman walau pun tanpa sambal. Ulam apa saja aku makan.
- Elak makan nasi lewat malam, biasanya selepas maghrib. Makan lewat kalau dah lapar sangat le.
- Tak suka tinggal sarapan, lunch atau dinner kecuali bila tak ada selera. Selalunya berselera aje...
- Bila terasa badan mula bertambah berat, lebih kerap aku minum air kosong.

Itu je yang aku buat. Kebanyakan wanita yang awet muda yang aku kenali agak kurang minum minuman berais. Lagi pun kalau selalu minum ais buat badan aku rasa kurang cergas, takut perut buncit juga. Mak aku kata nanti 'sejuk', suami tak suka..opss..

Untuk aku mungkin agak simple tetapi mungkin tidak untuk orang lain kerana metabolisma setiap orang berbeza. Apa metabolisma tu... aduhai tak tau aku nak terangkan. Kena search google la nampaknya.

Usia aku dah 38, lagi sebulan je nak 39 pun. Anak dah 5 orang... mana yang muda panggillah kak Liza aje. Gambar ni masa hari raya puasa tahun ni. Aku jarang nak bergambar pun.

Berat badan naik juga tapi masih boleh lagi nak pakai baju-baju lama yang 10 tahun lalu. Jimat duit shopping baju barukan. Terpulang pada masing-masing bagaimana nak maintain.

Pada yang belum kenal, selamat berkenalan. Kalau datang Bandar Seri Putra, bolehlah roger-roger aku. Dah dekat dengan shopping area Nilai 3 tu.

Sekarang aku maintain dengan Jamu T.Warisan Anggun... ada diskaun 5% hingga 30 Disember 2011 ni.

Tuesday 6 December 2011

Mahalnya belanja sekolah sekarang ni..

Pagi tadi barulah sempat ke kedai buku sekolah rendah. Aku bawa duit dalam RM300 je, budget habis tinggi pun RM200 je. Silap budget rupanya aku. Aku terpaksa belanjakan sebanyak RM272.60 untuk 2 orang anak aku dalam tahun 4 dan tahun 6.

Itu pun aku dah tolak sesetengah barang sebab yang lama masih ada seperti buku nilam, buku catatan kerja rumah, pembalut buku dan file. Ada buku kerja yang tak ada bagi subjek Kajian Tempatan lagi. Tambahan lain seperti lencana, tali leher dan sebagainya pun aku tak beli.

Terasa mahalnya bila kos untuk buku tulis sahaja hampir mencecah RM50 dan buku kerja hampir saja RM100 setiap seorang. Itu baru kos untuk 2 orang anak di peringkat sekolah rendah. Ada 2 orang lagi anak aku yang bersekolah di peringkat menengah iaitu tingkatan 2 dan tingkatan 4. Berapalah agaknya kosnya nanti ye?

Baju sekolah dan kasut sekolah belum beli lagi. Rasanya tak kurang dari RM1000 akan habis nanti. Itu baru sekolah-sekolah biasa sahaja, kalau swasta lebihlah ribu-ribunya. Gatal kepalalah hubby aku ye tahun ni. Eh! Ada lagi yang nak dikira ; kos tusyen anak-anak lagi.

Mahalnya kos pendidikan sekarang ni kan. Aku baru merasa peringkat menengah, kalau ke universiti nanti kenalah bekerja lebih gigih untuk cari lebih duit untuk anak-anak. Samalah macam aku ambil lesen kereta dulu yang bayar tak sampai pun RM300 tapi sekarang nak dapat lesen motorsikal pun tak dapat dengan nilai yang sama.

Dua profile, orang yang sama je!


Sejak akhir-akhir ni aku lebih kerap log in blog aku guna akaun Adzrien Shoppe. Senang aku boleh terus check email-email dari customer secara serentak sambil up-date blog. Jarang benar dah aku log in guna akaun Liza @ Adzriel AB. Itu yang kadang-kadang komen di blog kawan-kawan pun mungkin nampak profile picture Adzrien Shoppe.

Itu halnya bila komen, kadang aku nak follow blog pun jadi profile Adzrien Shoppe je. Malas pulak dah nak tukar ke Adzriel AB. Tak kisahlah mana-mana pun kan, aku juga yang baca. Bagi yang dah lama kenal tentu dah maklum. Bagi yang baru berkenalan, selamat berkenalan ; Blog Liza @ Adzriel AB dan Adzrien Shoppe dimiliki oleh orang yang sama, akulah tu.

Profile Liza @ Adzriel AB

Baru ni aku follow blog udang. Bukan sebarang udang tapi udang yang terbilang ; udang masak butter ! Tak sangka pulak dalam aku follow, jadi follower ke 100, nombor yang cantik.
Udang masak butter memang sedap! He..he.. udang pun sibuk nak berblogging.

Pujian atau kejian, pilihlah responnya!

Pujian
Adakalanya pujian membuatkan kita menjadi lebih riak dan sombong. Kita menjadi bangga dengan kelebihan dan kehebatan yang kita perolehi. Sifat bertukar angkuh dan memandang rendah pada orang lain. Akulah yang hebat, akulah segala-galanya yang menjadi penyebab pada kejayaan. Lupa bersyukur pada Allah.

Tetapi pujian juga boleh menjadi titik permulaan kita tersedar dari mimpi yang terleka dan putus asa. Mungkin menjadi kejutan buat kita yang sering merasa putus asa dan merendah diri lalu kita segera memanjatkan rasa bersyukur padaNya atas kejayaan yang kita perolehi. Mampu menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dengan kata 'aku boleh jika aku berusaha'.

Kejian
Kejian mampu mencetus rasa amarah yang melampau hingga tidak mampu dikawal oleh minda lagi. Tindakbalas yang negatif seperti menengking, merengus, menghina, memukul dan lebih parah hingga tahap membunuh orang lain. Boleh juga memusnahkan barang-barang. Paling tidak membuat seseorang menjadi pemurung, tersinggung dan putus asa.

Namun kekuatan kejian juga dapat membangkitkan lagi kualiti hidup seseorang bila mana dia merasa tercabar dan bangkit untuk berusaha lebih gigih lagi memperbaiki apa yang kurang. Adakalanya tahap kemajuan yang dicapai juga begitu mendadak hinggalah kejayaan hebat dapat dikecapinya.



Buat pilihan
Kita punya akal untuk membuat pilihan sama ada pilihan positif atau pun negatif. Kita boleh memuji tetapi janganlah sampai bunyi seperti mengampu pula. Takut kedengaran pujian yang tidak ikhlas juga. Puji dari hati yang ikhlas, Insyaallah akan tergambar dari riak wajah.

Menerima pujian yang ikhlas tentu membahagiakan tetapi ada juga rasa kecewa bila ianya hanya lakonan mereka yang memuji kita. Controllah macho/ayu sikit. Jangan sampai meloncat gila dek kerana gembira sangat bila ada yang memuji.

Mengeji pun elok dielakkan kerana biasanya ramai antara kita yang sering 'tersentap' bila dikeji. Termasuklah aku juga. Cuma bila tersentap tu, apa pula respon seterusnya. Pilihlah respon yang positif. Susah juga dan kadang sangat susah tapi cubalah dulu. Tarik nafas panjang-panjang, diam dulu dan jangan terus membalas. Memberi komen yang membina tentu lebih baik daripada mengeji.

p/s : Aku menulis dari hati yang sering berpesan pada diri sendiri. Maka aku luahkan juga untuk dikongsi bersama kalian semua. Petua dan cara itu ada, hanya kita yang perlu rasional untuk memilih yang terbaik untuk diri dan masyarakat.

Monday 5 December 2011

Contest Anniversary Sinar Raudah - Hadiah menarik sangat!

Bulan Disember memang bulan yang ramai orang mengadakan kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah yang panjang, maka peluang inilah diambil oleh ramai pasangan pengantin untuk diijabkabulkan. Bila dah nikah pada bulan Disember, maka sambutan ulang tahunnya juga pastilah bulan yang sama setiap tahun.

Unik nama pasangan ini, Amy dan Ami atau lebih glamour dengan panggilan Amy Syaquena dan Amirul Ridzuan. Mereka ingin meraikannya bersama-sama teman-teman blogger dengan mengadakan Contest Anniversary Sinar Raudah. Klik link tu kalau nak join.


Gambar dari entry Amy di 

Hadiahnya memang sangat menarik dan lumayan.... apa tunggu lagi? Ramai-ramai join contest Amy.

Kalut yang lebih... lakukan dengan tenang!

Pagi Isnin terasa seperti banyak perkara yang aku nak buat. Buat sarapan agak lewat, dalam pukul 8 pagi baru nak masak. Anak-anak bangun lewat sebab biasanya selepas solat subuh diaorang sambung tidur semula. Kecualilah kalau aku ajak diaorang pergi breakfast di luar, barulah masing-masing siap mandi awal. Cuti-cuti sekolah memang begitulah rutinnya. Tapi kerja aku patut lebih mudah bila anak-anak cuti sekolah sebab bila pagi ada yang tolong sidai kain di ampaian, melipat kain dan buang sampah.

Duit bantuan kerajaan dah pun lama aku habiskan. Aku buat apa ye yang cepat sangat habisnya? Banyak juga yang aku dapat sebab ada 4 orang anak yang bersekolah, maka RM400lah yang aku dapat. Memang le dah habis sebab duit tu aku guna untuk kegunaan aku sendiri. Ishh... apa punya mak le habiskan duit sekolah anak.

Dah guna, kenalah gantikan. Jangan buat-buat lupa pulak ye!

Jadi hari ini aku nak ke sekolah kebangsaan anak-anak aku di SK Bandar Seri Putra untuk beli buku sekolah. Kenalah gunakan duit sendiri sebagai ganti duit mereka yang telah aku gunakan tu. Selamatlah sikit duit hubby aku tahun ni dengan bantuan yang dah diberi. Syukur alhamdulillah... bagilah tiap-tiap tahun ye! He..he..

Tak tahulah berapa panjang kena beratur di kedai koperasi sekolah tu nanti seperti yang selalu aku alami saban tahun. Aku harap bila situasi disember ni patutnya pihak koperasi tambahlah kakitangan di kedai buku sekolah tu agar urusan jual beli lebih cepat dan lancar. Ambil pekerja sementara pun tak mengapa... letihnya menunggu sejam dua hanya nak membeli buku sekolah anak. Sabor je la..

Esok mungkin ke sekolah menengah anak aku yang tingkatan 1 tu pula. Kemudian kena ke sekolah menengah yang berbeza pula untuk mencari buku sekolah anak aku yang sulung. Aduhai! 3 buah sekolah terpaksa aku redah untuk membeli buku. Demi anak-anak tersayang, buat sajalah.

Hari ini kena juga aku ke pasar basah untuk beli lauk-lauk dan sayur. Teringin pula nak mencari ulam-ulaman. Kalau tak sempat ke pasar Nilai 3 pagi ni, ubah haluan ke pasaraya Giant di Bandar Baru Bangi sajalah. Kebetulan tengaharinya ada nak jumpa customer baru di sana, nak order jamu katanya. Jamu T.Warisan Anggun dari kedai online aku di Adzrien Shoppe.

Sambil tu bolehlah aku jumpa lagi seorang customer nak memperbaharui cukai jalan dan insuran keretanya. Dapat juga sedikit komisyen, rezeki untuk anak-anak. Begitulah aku yang bekerja sendiri, masa ikut kesesuaian sendiri. Bekerja sambil uruskan hal anak-anak juga. Berniaga secara online, perunding unit amanah dan memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan di kalangan teman-teman rapat.

Kadang-kadang banyak masa santai dan kadang-kadang sibuk juga. Tapi seringkali aku sempat bawa anak-anak keluar walau pun hanya makan bersama. Aku pun bukanlah jenis yang gila kerja sangat, tetap akan cari masa untuk bersantai dengan anak-anak. Mungkin bersama-sama mereka melipat kain, mencabut rumput di belakang rumah, mencuci kereta aku, bermain bola atau badminton di depan rumah, mandi di sungai Congkak dan sebagainya. Melayan 5 orang anak, memang kecoh...

Mmmm... baju sekolah dan kasut sekolah belum beli lagi. Hubby dah janji nak ambil cuti dan pergi shopping sama-sama. Tentu ramai antara korang semua dah prepare awal-awalkan...

Saturday 3 December 2011

Lebih senior bukan bermakna lebih berkualiti


"Bengang...dia punya pasal,sampai orang lain kena ambik alih,pandai pulak cakap semua orang tak tahu buat kerja bahagian dia......
eh,sekarang ni kalau takde kualiti,senioriti tu orang tak pandang la.....
ingat aku hadap sangat nak ambik jawatan yang glamour nie????????"

Bila isu panas macam ni aku kenalah minta izin dia dulu untuk copy paste ni. Jadi profile picturenya yang comel tu kenalah tukar sekali dengan namanya.

Membebel-bebel kawan facebook aku ni semalam kat wall dia. Mulanya aku tak menangkap sangat maksudnya yang jelas dari sebaris kata-kata di atas. Kenalah aku baca dua tiga kali sambil baca juga komen-komen di bawahnya lagi.

Masalah timbul bila boss Cik Siti Wan Kembang tukarkan jawatannya dengan orang lain yang aku namakan Minah aje ye. Cik Siti Wan Kembang ni kira junior pada Minah yang dah bertahun-tahun kerja di situ. Ambil alih tugaslah kiranya.

Alasan boss dia walau pun Minah ni senior tapi cara kerja tetap di tahap lama walau pun saban tahun gaji mungkin bertambah. Melihatkan potensi yang ada pada Cik Siti Wan Kembang, maka ditukarkannya dengan si Minah. Maka panas hatilah Minah dengan mengatakan tugas yang dia lakukan selama ini tak mungkin orang lain tahu melakukannya, seperti memandang rendah pada kebolehan Cik Siti Wan Kembang.

Rasanya tak eloklah kita nak mengatakan tugas kita tak mampu dilaksanakan oleh orang lain. Seperti kalau kita ni tak ada, tutup pulak syarikat tempat kita bekerja tu. Seolah-olah hanya tugas kita sahaja yang hebat dan penting.Rasanya tugas makcik cleaner tu pun sama hebat dan pentingnya. Bayangkan kalau sehari makcik tu tak datang menyapu dan mencuci tandas kat tempat kita bekerja.

Setiap individu dalam satu pejabat adalah penting. Semuanya saling memerlukan untuk melengkapkan perlaksanaan perniagaan syarikat agar ia menjadi pendapatan yang hebat. Tentulah agar gaji kita pun tak tersangkut nanti.

Siapkan dulu tugas dan kerja masing-masing sebelum kita pertikaikan tugas orang lain. Lainlah kalau orang tu tak siapkan kerjanya akan menyebabkan tugas kita turut terbengkalai, memanglah kena tegur. Kerja siap, gaji pun berkat.

Apa nak kata kalau Minah nak kata macam tu. Cik Siti Wan Kembang pun bukan nak sangat tugas tu. Tapi kalau boss dah suruh juga terpaksalah menurut kata. Belajarlah Cik Siti Wan Kembang dari zero pengetahuan hingga ke lebih pandai dari si Minah. Buatlah pembaharuan yang lebih menarik, lebih mudah dan tentulah lebih menjimatkan asalkan kualiti khidmat pada pelanggan tetap hebat.

Biarlah apa Minah nak kata, asal kerja Cik Siti Wan Kembang siap dan malah Insyaallah lebih baik lagi. Lama-lama dia diamlah tu. Orang keliling kita melihat dan menilai hasil kerja kita, bukan melihat mereka yang hanya tahu komplen tetapi sebenarnya tak buat satu apa pun untuk berubah menjadi lebih baik. Masih dengan egonya yang melakukan apa yang dia suka sahaja.

Penting juga kita menghormati tugas teman-teman yang lain kerana kita saling memerlukan apatah lagi bila bertugas sepejabat. Bila suasana harmoni, hati pun senang dan ceria nak bekerja.

Pada Cik Siti Wan Kembang, selamat melaksanakan tugas baru dengan hati yang tenang, seronok dan bertanggungjawab. Abaikanlah kata-kata Minah tu. Kak Liza pernah mengalami situasi yang sama dulu-dulu, tapi buat tak tahu je.

Friday 2 December 2011

Tukar beg kulit ke beg etnik yang unik

Beg kerja aku dah rosak, talinya dah nak putus pun. Jadi lecehlah pulak aku nak menjinjing file client aku masa pergi appointment nanti. Mulanya nak juga cari satu beg kulit kat Sogo, KL yang sedang hangat buat jualan murah. Tiba-tiba teringat pulak blog Amani Beg Kraf sedang buat jualan murah juga untuk beg-beg Maika etnik yang unik dan cantik-cantik belaka.

Klik Amani Beg Kraf untuk melihat jualan murah.

Elok juga aku ambil peluang masa diskaun 10% hingga 20% ni berlansung. Sekali-sekala beri kelainan pada penampilan masa jumpa client, bagi seri dan semangat etnik semulajadi.

Ok tak kalau aku ambil yang ni? Warna pink yang menyerlah...


Tapi anak dara aku suruh ambil yang warna purple ni...


Alahai! Comelnya ni tapi tak sesuai nak isi file. Buat handbag boleh le gamaknya.


Jangan order dengan aku kalau korang suka, tanyalah tuan blog dia kat SINI.

Hubby kata aku ni gila beg. Aku gila tengok je tapi tidaklah gila membeli pun. Beli bila perlu je. Aku jenis yang suka pakai handbag sampai dah rosak barulah aku cari yang baru.

Carilah satu yang sesuai untuk korang terutamanya kaum hawa. Nak buat hadiah pun sesuai, nampak unik dan kualiti jahitan yang sangat memuaskan.