iklan

Followers

Pages

Monday 28 February 2011

Boleh tahan juga aku ye!


Tiba-tiba je ada message di shoutmix... wah! Siapa yang menang?? Jom.. klik ayushida!

Nampak dah nombor berapa? Alhamdulillah!
(Perasan bagus sikit! He..he..)

Aku join contest ni pada 17 February 2011 lepas :

Ini entry aku...

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH

tentang ibu yang melahirkanku..

Mak aku kat tengah-tengah bertudung hitam yang tengah tersengih besar tu. Duduk antara adik aku, Ainul AB berbaju pink yang juga tokey Asterisk Boutique dan aku berbaju coklat yang sedang meriba si kecil Arif Ikhwan.

Semua sengih kat kamera yang auto setting tapi lambat beno kliknya.. Gambar semasa aidilfitri 2010 tanpa ayah buat pertama kalinya.

Seronok guna kad kredit?

Gambar dari On-line Warkah Daily

Menggunakan kad kredit memang seronok kalau anda dapat:
1. Bayar semula pada bank berapa jumlah penuh yang anda guna setiap bulan.
2. Bayar tepat pada masanya. Baca Suka bayar lambat!

Tapi apa yang berlaku sekarang?
Ramai yang kantoi. Anda memang kantoi bila :

1. Bayar sebahagian daripada jumlah dalam penyata akaun.
2. Kad sudah 'over limit'
3. Cuma bayar 'minimum payment'
4. Mula tertunggak 1-2 bulan
5. Buat pengeluaran tunai melalui kad kredit
6. Berhutang lebih daripada 2 kad
7. Disenarai hitam

Maknanya anda memang tidak berkelayakan untuk menggunakan kad kredit.
Apa nak kena buat? Kalau aku le untuk elak daripada tambah hutang.
1. Kita bakor je! Bakar kad tu le... dah terikut pengaruh Hantu Kak Limah pulak.
2. Gunting je kad kredit tu.
3. Tinggalkan kad kredit tu kat rumah.

Buat apa lepas tu?
1. Bayar hutang sampai habis, cuba bayar lebih daripada minimum!
2. Bila dah habis bayar, terus pergi bank dan batalkan kad tu! Jangan pakai kad kredit dah

atau bacalah kejap Hargai gaji anda!

Ini data aku sendiri ;
Mereka
yang call aku kerana nak bertanya tentang refinance kad kredit!
1. 90% daripadanya adalah lelaki. Wanita kurang guna kad kredit ke?
2. 99% adalah dari golongan yang bergaji antara RM1,000 ~ RM3,000.
3. Ada seorang ni masih bujang, gaji lingkungan RM1,000, tak ada tanggungan pun tapi jem nak bayar kad kreditnya yang had maksima cuma RM3,000. Tabiat buruknya suka keluarkan tunai guna kad kredit! Masalah tak akan selesai jika sikap tak berubah!

Baca fakta kad kredit di Online Warkah Daily.

p/s : Alhamdulillah kalau anda bijak menguruskan kad kredit anda! Ianya memudahkan jika digunakan dengan betul!

Sunday 27 February 2011

Aku anak penoreh getah

Dulu-dulu berapa sen sangat le harga getah. Bila diingat-ingat zaman aku sekolah rendah dulu dalam era 80-an memang sikit sangat hasil yang diperolehi dengan menoreh getah ni. Aku ni kan anak peneroka Felda Jengka 16. Mak dengan ayah menoreh getah untuk menanggung segala keperluan kami 5 beradik.

Kadang-kadang jual getah beku atau getah sekerap. Ketulan getah yang dah beku dalam pot tu di kutip dari satu pokok ke satu pokok. Pot tu lebih kurang macam mangkuk atau cawan untuk tadah getah yang diikat dengan dawai pada pokok getah. Ada juga jual getah susu, macam susu segar je rupanya.

Begini le rupanya ; Gambar ambil kat blog A Sharing Of Life Moment

Ada juga menolong mengutip getah ni bila cuti-cuti sekolah. Kenalah belajar memahami kesusahan mak ayah jugakan. Jangan tau main aje!

Sekarang ni mak selalu cerita tentang arwah ayah. Kasihannya arwah ayah dulu-dulu cuma dapat hasil getah paling tinggi pun dalam RM400 sebulan. Itu pun jarang nak dapat. Cukup ke nak hantar pada anak-anak yang duduk asrama ada 4 orang masa tu. Adik aku pun kecik lagi masa tu...

Nak makan ayam pun boleh le seminggu sekali, itu pun ayam pencen. Ayam dah tua...liat2 pun dibuat sup sedap juga.

Adakalanya seminggu dua aku tak berduit masa duduk kat asrama. Betul-betul makan apa yang asrama sediakan. Untungnya aku tinggal di Asrama Felda, sebuah asrama penuh yang makannya kira sedap juga. Setiap bulan sebanyak RM25 dipotong dari duit gaji arwah ayah untuk bawar sewa asrama. Itu dah termasuk segala kemudahan komputer, aktiviti asrama dan tusyen yang pihak Felda sediakan.

Aku akan segera bersarapan pagi sebelum ke sekolah pada pukul 6.00 pagi. Waktu rehat di sekolah memang tak makan le kalau tak berduit. Bawa aje lah bekal air masak dari asrama. Bila tengahari habis waktu sekolah barulah dapat makan tengahari di asrama pulak.

Begitu juga bila aku sambung belajar di POLISAS, Kuantan. Sehari makan nasi tu sekali je masa lunch. Itu pun share dua orang dan sanggup balik jalan kaki dari kampus ke asrama semata-mata nak beli bungkus kat cafe asrama sebab murah sikit. Tak kisahlah dapat sayur kangkung layu pun. Bila malam makan biskut je la. Makan nasi bila berduit je.

Alhamdulillah, dah memang rezeki aku dapat tinggal di asrama bagi semester 1,2 dan 4. Semester 3 ada praktikal, jadinya tak perlu le duduk asrama. Itu pun berapa sangat elaun yang dapat masa praktikal... tak sampai RM100 pun. Nak minta kat mak ayah, tak sampai hati pula. Nasib kakak aku dah kerja yang tolong mak ayah tanggung aku.

Dulu-dulu hidup penoreh getah memanglah sangat susah. Biasalah kita ni semasa susah mudah teringat nak berdoa mohon Allah murahkan rezeki kita. Sekarang Allah makbulkan doa itu walau pun mungkin terlewat untuk generasi lalu, namun memberi rahmatNya kepada anak cucu generasi lama.

Tapi tengoklah segelintir manusia ni bila dah diberi rezeki yang melimpah dengan naiknya harga getah yang berganda-ganda sekarang ni? Mengapa Nina Montok yang dicari? Sepatutnya mereka lebih bersyukur kepada Allah atas rezeki yang melimpah.

Baca berita tentang Nina Montok di sini : Beratur panjang di kebun

Blog Opah Umi

Masih tercari-cari jamu rempah-ratus untuk kegunaan seharian dan selepas bersalin? Jangan segan-segan jenguk blog mak angkat aku yang paling sporting.... Warisan Opah Umi!!

Tapi kalau ada yang nak berurut tu kena pergi jumpa Opah Umi terus le. Rumah Opah Umi di Bandar Baru Bangi je. Call dulu untuk buat appoinment!

Jom bagi yang nak merasa jamu buatan tangan Opah Umi, warisan turun temurun :

Warisan Opah Umi


Link berkaitan : Warisan Opah Umi, Rindukan Opah Umie

Friday 25 February 2011

Alfatihah buat bonda saudara tersayang!

Allah izinkan aku melawatnya pada 20 February 2011 lepas. Baru je 5 hari! Kalaulah aku tangguhkan, sudah tentu aku akan menyesal. Sempat kucium pipinya & kupegang tangannya. Lesu benar raut wajahnya. Itulah kali terakhir rupanya aku dapat menyentuhnya.

Bila ada saudara yang sakit, janganlah nak bertangguh-tangguh melawatnya.

Sedih benar hari ini...ibu saudara yang ku kasihi itu telah pergi buat selama-lamanya hari ini, 25 Februari 2011 (Jumaat) sebelum asar tadi. Bonda Salbiah binti Sulaiman, adik pada mak aku.

Aku dapat berita dari kakak pada pukul 4.38 petang, sedangkan sebelum tu dia beritahu aku arwah nazak lebih kurang pukul 3.30 petang.

Nak bergerak ke Perlop 2, Perak. Moga sempat kukucup dahinya buat kali terakhir..

Baca kisah sebelumnya : Jiwa aku tak tenteram.

Alfatihah! Moga Allah tempatkannya di kalangan ahli syurga!
Menitis air mata aku mengenangkannya!

Pleaselah! Jangan le lembap sangat!

Hari ni malas nak memasak. Aku singgah kedai ni di fasa 4 tambahan nak beli nasi ayam. Ada la 3 minit aku terpacak kat situ, tak ada saper lak yg nak datang bungkus. Padahal dah angkat tangan kat cashier, dia pun panggil pembantunya "Nasi ayammmm!". Haaaaa.... tambah lagi 4 minit tak muncul2 gak. Rasa panas pulak hati aku.

Malas nak kecoh, dengan tak cakap apa2 aku terus blah. Adoiii... come on lah makcik, saya regular customer awak. Nak je rasanya aku canang akan lembapnya servis. Restoran tepi klinik tu... famous di kalangan orang Bandar Baru Bangi. Jam baru 12.27 tengahari, customer tak ramai lagi laa di hari Jumaat ni.

Aku berhenti tepi jalan depan restoran Yus & Impian Maju. Mintak 4 bungkus nasi ayam kukus. Sementara tunggu dia bungkus tu aku ke gerai sebelah yang jual kuih. Sorang customer bayar guna note RM50, dah melilau pulak cari duit kecik. Aku yang customer ke-2 menunggu le lagi. Ada lagi 2 orang kat situ idok pulak nak back-up tanya aku nak beli apa sementara kawan dia sibuk cari duit tukar! Adehhh...letih!

Aku pergi balik gerai sebelah nak jenguk nasi ayam dah siap ke... laa terkial2 lagi mengisi kicap & cili dalam plastik. Aku pun tegur budak tu "Dik! Letak je sekali dalam plastik besar!". Bior cepat sikit. Yang sorang tu baru nak hiris tomato dengan gaya yang sangat amatur. Apalah dugaan aku hari ni? Segala-galanya slow. Itu baru aku sorang kat situ... korang bayangkanlah kalau ada 2-3 customer lagi..

Adakah sebab kau baru bukak gerai? Yang aku nampak semua barang dah tersedia atas meja, cuma perlu masukkan nasi dalam bekas, potong ayam dan sebagainya. Aku tengok bergeraknya macam melenggang je... tak ada rasa nak cepat.

Pusing balik aku ke gerai kuih bila awek tu dah dapat duit tukar untuk customer dia tadi. Dek kerana aku ni jenis peramah & kadang2 susah nak pendam perasaan, aku pun luahkan rasa tak puas hati aku dengan tersenyum le "pening akak dik! Sini lama menunggu, sana pun lama juga". Aku bayor le duit kuih RM4 dengan note RM5. Nasib ada tukar RM1 ye!

Eh! Tak siap lagi nasi ayam tadi. Baru nak letak nasi ayam dalam bekas polistrin tu. Pening! Bila dah siap bungkus, aku bagi duit note RM50. Harga semuanya RM16. Alamak! Tak de duit pecah juga! Siap bagitau aku pulak tu. "Duit besar! Orang baru dapat gaji!".

Macam mana ni, kau baru start bukak gerai dah tak de duit pecah. Bukan aku beli sebungkus je. Terpaksalah menunggu pulak ye! Kawannya kata biasa tukar dengan gerai sebelah. Aku pun sound sikit dengan nada slow le.. tak baik kasar2kan "Patut baru start dah standby duit tukar, jangan harapkan orang lain!". Ye la kan... kalau kau asyik tukar dengan gerai sebelah, depa pun tak senang hati! Sendiri mau ingatlahkan.

Itu baru note RM50 yang pertama untuk hari ini. Kalau datang pulak lagi sorang bagi note yang sama? Tak ke pening nanti. Aku pun selalu kumpul note RM1 untuk duit belanja sekolah anak2 aku.

Sebelum aku blah, sekali lagi aku bagitau dia "Adik dah ambil masa akak lebih 10 minit tau!". Nasib baik kau minta maafkan... Ok lah ada budi bahasa.

Pengajarannya... tak reti nak kata laa.. Moga aku ni lebih sabar bila menangani benda2 remeh macam ni.

p/s : Nasib baik anak aku kata nasi ayamnya sedap... he..he..

Menyongsang arus

Inilah keluhan salah seorang teman facebook aku. Aku terangkan sikit maksudnya kalau tak berapa jelas.

Dia komen tentang seorang insan yang tersalah exit tol kat highway. Insan ni tak nak terus melalui tol tu dan U-turn. Sebaliknya sanggup undur kereta dan cuba masuk semula ke highway.

Sama ada insan ni nak jimat tol yang mungkin seposen dua atau takut u-turnnya jauh sangat. Aku pun selalu juga nampak perangai macam ni. Memang tak setuju lansung.

Jangan kerana nak jimat seposen dua duit tol atau minyak atau malas ;

akibatnya....

Mungkin kemalangan di sondol kereta dari belakang.

akibatnya....

1. Ada yang tercedera, lagi parah kalau melibatkan nyawa.
2. Kereta anda rosak, kereta orang lain pun rosak.

akibatnya....

1. Nak jimat seminit jadi berjam-jam terlewat.
2. Tak pasal2 duit habis.
3. Minda anda jadi stress.

Selamat atau tak selamat, biasanya orang akan maki hamun anda, mendoakan benda2 tak baik utk anda. Apa nak kata kalau Allah makbulkan doa orang tu!

Jadi, janganlah buat benda2 menyongsang arus ni. Kereta bergerak ke depan, bukan ke belakang. Bukan keluar dari parking, ni atas jalan raya.

Alahai troliku sayang!

Petang semalam sempat membeli sikit barang dapur di Giant, Nilai. Biasalah setiap kali nak shopping... mesti nak bawak tukang aku tu, my big girl Aishah.

Dah selesai segala barang dibeli, Aishah tolak le troli sampai ke kereta. Dia jugalah tukang susun barang kat bonet kereta. Aku tukang bayar & drebar je..he..he..

Pemandangan yang biasa dan tak tahu bila nak berubah minda ; ramai yang biarkan troli sesuka hati selepas pindahkan barang dari troli ke kereta hingga menghalang kereta lain nak keluar parking dan nak masuk parking. Menyusahkan orang lain kerana sikap malas diri sendiri.

Apalah salahnya troli tu di letak di tempat yang tidak mengganggu orang lain kalau malas nak hantar ke tempatnya semula. Free2 je dapat dosa sebab susahkan orang lain dan sudah tentu biasanya orang yang mendapat susah tu menyumpah seranah si pelaku tadi. Dapatlah doa yang tak baik.

Kalau minda tak nak berubah, bila gamaknya nak maju. Bila tak maju suka pula nak menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri selalu melakukan perkara yang memundurkan diri.

Susah sangat ke nak letak troli tu ke tempat yang tak mengganggu orang lain? Buat pahala sikittt...!!

Thursday 24 February 2011

Dah buat ke belum?


Terkadang kita ni tak ambil kisah, terkadang juga ego menguasai diri. Semakin lama berkahwin sepatutnya cinta itu semakin di pupuk. Cinta yang halal lebih berganda pahalanya.

Semasa bercinta sebelum kahwin, boleh pula nak berpegang tangan, bersayang-sayang. Semua tu dapat dosa aje kan.

Yang aku nak sembang bukan cinta sebelum nikah ni, tapi yang dah ada lesen nikah. Cinta yang dihalalkan.

Ini perkara2 yg simple patut di amalkan oleh suami isteri, pahala ganjarannya!


1. Isteri salam dengan suami sebelum dia pergi kerja. Kalau boleh tu cium pipi. Nak cium lebih tu dalam bilik ye! Toksah tayang kat anak2 buat macam mat salleh lak. Tak manis!

2. Bila suami balik, salam lagi. Isteri sambut apa2 barang yg dia bawa balik. Saja beli jiwa... bodek dapat pahala tau!


3. Suami dan terutamanya isteri maklumkan pada pasangan masing2 bila nak keluar ke mana2 walaupun ke kedai berdekatan. Manalah tau ada nak pesan barang, tau2 dah hilang. Jangan perkara kecil macam ni jadi bergaduh pulakkan!


4. Bila suami balik kerja, jangan le isteri terus terjah dengan mengajukan segala masalah rumahtangga. Buat la air dulu ke.... kipas bagi sejuk dulu.

5. Bila berjalan berdua sambil pegang tangan pun dapat pahala. Masa bercinta sebelum kahwin boleh pula walau pun dapat dosa masa tu.

Malas nak taip banyak2 sebab yang aku maksudkan di sini adalah yang mudah untuk aku laksanakan. Kalau yang mudah pun susah nak buat, apatah lagi yang tip-top.

Kalau nak tau yang tip-top kena buka buku lah pulakkan.

Wednesday 23 February 2011

Blog Kembar aku Amy Sensei!


Wahhh... aku jumpa blog kembar aku.
Ingatkan depa ni berdua je yang kembar : Blog kembar la..

Ingatkan tersalah klik bila tengok pokok hijau merendang.. he..he..

Bacalah sticky post oleh Sekamar Rindu di sini : Simpati kepada adinda Amy Sensei.

Jom sama-sama menyokong teman2 kita.

Welcome back Amy Sensei!

Stori Mori Torkonang Juo

Wah! Dah semakin maju nampaknya!

Buka facebook pagi ni... ternampak berita ni. Kalau orang lain mungkin le aku tak perasan & tak kisah sangat. Tapi kalau dah orang yang rapat2 dengan aku ni, mesti le terujakan. Apa pun tahniah kerana anda maju setapak lagi. Teruskan usahamu & moga tabah menghadapi cabaran & dugaan.

Yang penting ada kejujuran, etika yg baik & tekun dalam melaksanakannya. Insyaallah, rezeki itu Allah yg tentukan.

Terima kasih juga pada semua yg menyokongnya!
Assalamualaikum... Alhamdulillah we have moving a step ahead by having our own domain. Asterisk Boutique can now be viewed at http://www.asteriskboutique.com/
Don't forget to bookmark us ya!
www.asteriskboutique.com

Mak Dara 1st Giveaway (GA)


Ooooo...malam tadi kau tag akak ye Deela... Sebab semalam mood aku tak berapa best, pukul 10 aku dah nak tidur. Dapat pejam mata je sebab si kecil Arif masih dok main2 lagi... akhirnya pukul 11.50 malam baru dia tidur. Sabor je la kan kalau ada baby ni. Pagi ni ok lah sikit... akak ambik tag Deela ni... macam best je, senang pulak tu!

Inilah entry yang Cik Deela kita yg manis buat :
Mak Dara 1st Giveaway (GA) oleh Deela

Ini pula entry penganjur, Mak Dara yg vouge :
Mak Dara 1st Giveaway (GA) oleh Mak Dara


Syarat syarat untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ini ialah :

1. Mesti mempunyai blog
Dah ada.. inilah blog kesayanganku : Adzriel AB


2.Follow Blog Bicara Mak Dara

Sebelum baca syarat aku dah follow, yg ke 335

3.
BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA
Ini yg terlintas di minda aku sekarang ni : Kad Merah Jambu
4. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry Dan Sidebar dan Linkkan Ke Entry Ini.
Kedua-dua Banner Mak Dara aku letakkan linknya

5. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini.
Siapalah gerangan yang aku nak tag ni ye? Ini yang aku dapat dari senarai follower aku.
Korang mesti join tau

Farah Fauzi


arep_lockermonth


DaddyDian



6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. tu jer =)
Jom...aku tinggalkan link aku di blog Mak Dara

Tak insaf lagi rupanya!

Rupanya tak insaf lagi insan blogger yang seorang ni. Kesian sungguh aku dengan dia ni. Ni lah kisahnya sebelum ni... Baca ni Tak rugi kalau anda jujur.

Pagi ni dia buat lagi.. tapi ayat ada tukar sikit la yang buat aku terfikir jugak... apa yang kau join? Aku tak buat contest pun.


Follower aku bukan ramai pun. Lagi pun angka 201 tu memang tak bergerak sejak semalam lagi. Nama dia pun tak ada dalam senarai follower aku. Aku bukan jenis yang suka nak canang nama orang, aib! Tak tahulah aku apa motif dia, tapi apa yang dia lakukan menimbulkan kesan negatif dalam masyarakat blogger.

Sudah-sudahlah buat perangai macam ni. Kena buat sticky note gamaknya utk topik ni.
Sendiri mau ingatlah... dah la mood aku semalam tak berapa best, ada pulak yg buat camni.

Tuesday 22 February 2011

Mood tak berapa best!

When they were small - Year 2003 ; another picture here!

Entah kenapa hari ni tak berapa nak ada mood up-date entry. Nak ambil cuti... nak mintak kat sapa? Sendiri approve je la..

Pada teman2 blogger hari ni, moga kalian sihat & dapat terus melakukan aktiviti seperti biasa.

- Bersangka baik selalu tetapi sentiasa berwaspada.
- Setiap perkara yg buruk itu berlaku akan ada hikmahnya.
- Jangan mudah putus asa dengan kegagalan.
- Ada orang lain yg lebih susah hidupnya daripada kita, insaflah.
- Sentiasa tanya diri sendiri, apa tanggungjawabku yg belum ditunaikan.
- Lakukan perkara penting dahulu, lebih2 lagi melibatkan kepentingan orang lain.
- Jangan kedekut sama ada harta, tenaga, ilmu, senyuman ikhlas...

Harap mood aku elok petang ni... Aminn..!

Pergi yang tiada ganti - Sudirman (Alfatihah)


Waktu itu aku masih lagi menuntut di POLISAS, Kuantan ketika dikejutkan dengan berita pemergian buat selama-lamanya seorang penghibur terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di serata Asia. Allahyarham juga yang pernah mencipta nama di Dewan Royal Albert, London.

Tempoh 19 tahun telah berlalu dan selama itu jugalah Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad telah pergi buat selama-lamanya pada 22 February 1992. Alfatihah.

Baca sejarah Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad yang bukan hanya sebagai penyanyi tetapi banyak perkara2 lagi hebat yg telah dilakukannya.

Lagu2nya sangat menyentuh hati & menyimpan seribu satu kisah yg tersirat. Setiap kali aku mendengar lagu2nya, minda aku akan menghayati setiap baris kata yg seolah-olah adalah luahan hatinya. Terkadang boleh juga mengalir air mata bila dikenang kembali jika benar itulah yg terpendam di hatinya. Dulu ada juga beli kasetnya tapi dah hilang entah ke mana.

Bait2 katanya yg sangat puitis & nyanyiannya begitu mendayu dengan penuh perasaan.

Antara lagu yg sangat menyentuh hati aku : (lagu ni auto - klik utk stop!)


Sudirman - Hujan

hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

cinta yang bersemi
di waktu hujan turun
menyirami ketandusan hati
dan hujan turun mengiringi
engkau pergi

selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini

hujan yang turun bersama air mata
bersama pedih bersama rindu
kau datang dan pergi jua
rindu lagi

Monday 21 February 2011

Tutti Fruitti di Seri Bangi



Cadangnya selepas ambil Aishah di sekolah pukul 3 petang tadi nak ke Bangi Kopitiam. Dalam perjalanan ternampak shop lot di Seri Bangi. Teringat aku tentang Tutti Fruitti. Ramai yang kata sedap makan aiskrim kat situ. Sebenarnya Frozen Yogurt.

Sampai sana disambut oleh gadis peramah yang comel dengan sapaan "pertama kali datang ke?". Kami angguk je.. lantas dengan peramahnya si gadis explain tentang harga berdasarkan berat frozen yogurt dan jenis-jenis perisa yang ada. Ada 3 saiz cup di situ. Setiap 100 gram di caj RM5.30. Layan diriii...

Ni web rasmi Tutti Fruitti Frozen Yogurt : http://www.tuttifruttimalaysia.com.my/

Semasa nak bayar je, ternampak gambar artis Ainul Aishah ; kedai di Bandar Baru Bangi ni miliknya. Baru semalam tengok dia berlakon drama.



Eh! Si gadis peramah tadi menegur anak aku Aishah " Form 3 ke? Kenal saya?". Aishah kata seperti pernah nampak... Oooo senior dia baru habis SPM. Nampak seperti selesa sangat dia bekerja di situ. Jelas informasinya, senyum pun cukup. Lupa nak tanya nama! He..he..! Bagus! Tak buang masa sementara tunggu keputusan SPM keluar. Macam aku juga.. (nak sebut juga tu!)

Baru makan separuh, Aishah dah kekenyangan. Memanglah sedap! Orang Bangi bolehlah cuba di restoran yang baru dibuka ni.

Pesat betul restoran-restoran baru muncul di Bandar Baru Bangi ni. Siang malam sentiasa meriah! Jom datang Bandar Baru Bangi!!

Cantiknya bunga!

Bunga Mawar @ Ros

Bunga Tulip...aku suka!


Bunga Melur yang harum

Orang perempuan ni kalau tak suka bunga macam tak sah pulak. Kebanyakannya memang sukakan bunga. Tapi ada juga orang perempuan yang tak berkenan dengan bunga dan ada lelaki yang sukakan bunga.


Bunga Matahari

Ramai juga yang masih mengabadikan nama bunga sebagai nama anak-anak mereka seperti yang biasa aku dengar ; Cempaka, Melati, Melur, Dahlia. Shopping centre yang glamor di Putrajaya tu pun pakai nama bunga juga, Alamanda. Ada juga lagu bunga Bakawali, Bougainvillea atau bunga kertas.


Bunga alamanda


Bougainvillea @ bunga kertas

Jom jenguk Kisah Bunga

Mesti cikgu pun suka lukisan ni


Cantik-cantik designnya. Setiap satu guna dua warna saja kalau basenya putih. Buat lukisan corak batik begini boleh juga dapat A ni. Mesti cikgu suka.

Inilah corak batik Sarawak namanya. Kalau kita bingkaikan cantik-cantik dan gantung pada dinding memang menghasilkan satu pemandangan yang sangat cantik. Letak di ruang tamu pun ok, susun bingkai kecil-kecil di dinding tangga pun menarik. Apa kata letak di dinding kepala katil.

Itu idea yang terlintas di minda aku. Lain pula kalau di Galeri Salam Borneo ni.
Ada banyak lagi design yang cantik-cantik.

Jom ke Galeri Salam Borneo

Anak muda berjiwa besar


Muda lagi orangnya, baru je 25 tahun. Hensem pulak tu... tapi baru je jadi suami orang pada Oktober 2010 yg lalu.

Cukup tekun menyiapkan tugasan. Kadang saja pejabat menjadi rumah kedua. Tetapi pesanan aku padanya, jangan buat selalu bila dah berumahtangga ni. Masa bujang dulu boleh le. Alhamdulillah, dapat memiliki seorang isteri yg manis & berbudi bahasa. Paling penting dia memahami & bertolak ansur dengan tugas suaminya.

Begitulah tugas seorang arkitek yg sering menuntut komitmen yg tinggi selain memberi kepuasan kepada diri sendiri, ia juga penting bagi meraih keyakinan & kepercayaan pelanggan. Dari arkitek, beliau beralih ke bidang Jurureka Dalaman.

Muhammad Baihaqi bin Abdul Rashid merupakan anak sulung daripada 4 adik-beradik yg lelaki kesemuanya. Jangan tak tahu, walaupun lelaki tapi semuanya pandai memasak, pandai melayan baby kerana ibunya mengambil upah mengasuh anak2 jiran. Pandai juga mengajar anak2 jiran mengaji dek kerana ayahnya juga seorang ustaz. Begitu juga ibunya yg sering dipanggil ustazah oleh anak2 jiran yg datang mengaji di rumah hampir setiap hari selepas waktu maghrib.

Jika ada yg berhajat ingin menampilkan kelainan di rumah anda, bolehlah contact dia. Memang cukup mudah berurusan dengan anak muda ni. Ada no handphone di blognya yg tak sempat sangat nak diupdatenya kerana menyiapkan tugasan2 pelanggan.

Jom lawat blog anak muda ini : aQistudio

Klik juga older post di blognya untuk melihat antara hasil kerjanya yg tersiar dalam Anjung Seri.

Sunday 20 February 2011

Alamak! Unik laa... I like!

Aku terserempak dengan satu blog ni... sukanya entry dia yg ni. Buat aku jadi rindu nak ke Kuantan.

Jom jenguk apa yg unik kat Kuantan ni... patut buat gak kat tempat lain :

Jom baca sini : Memang Unik!!!!

Anakku...bestlah mama diaorang buat macam ni!

Saturday 19 February 2011

Segmen 1 : Senyum tak nampak gigi

Dapat tag dari si comel FarhanaMasdo yang tak kesah! Kena letak gambar senyum tak nampak gigi pulak. Tercari-cari aku akhirnya jumpalah satu kat profile picture facebook aku. Gambar berdua dengan Arif..ok lah kot. Harap penganjur Cik Muas boleh terima lah kan!

Arif : Caaakkk!!

Gambar ni diambil dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang dari kampung di Parit 3, Semanggol, Perak ke Bandar Seri Putra bulan June 2010. Bolehlah gamaknya gambar senyum tak nampak gigi ni, serupa macam senyum tak sudah! Tak pun senyum control ayu kononnya! Kalau ada yang tak bergigi boleh le senyum lebar join contest ni..he..he..! Gurau je!

Ada sesapa nak join?? Tak payahlah tunggu tag.. just enjoy the contest!
Boleh klik Cik Muas kita : segmen 1: SENYUM XNAMPAK GIGI

Kena tag 5 orang pulak...mmm siapa ye???

Cinta Hatiku Sampai ke Syurga
Life 101
...when he said he love me...
Belog Cik Eka
ALL IN ONE

Jangan lupa, korang pun patut jenguk blog mereka yang aku tag ni!
Aku seronok pergi blog2 diaorang ni selalu..

Cair telingaku mendengar leteranmu


Status aku sebagai anak dan ibu menyebabkan aku pernah dileteri dan pernah malah selalu berleter. Bila hal berleter, suka aje orang nak kaitkan dengan perempuan. Tak pelahkan! Itukan anugerah paling hebat yang tiada tandingan buat kita kaum wanita. Kerana leteran kitalah, rumah bersih, kerja sekolah siap, dapat beli barang baru, anak2 tak bergaduh... he..he.. Banyak kesan positif dia!

Walau pun aku suka berleter, tapi biasanya sekejap je! Aku bagi leteran yang berfakta je! Nak back-up le tu!! Dan jujurnya aku tidak suka dileteri... korang semua pun sama aje kan!

Masa kecik dulu bila mak aku berleter je rasa nak cair isi telinga aku! Nasib mak pun macam aku juga, leternya pendek je sebab dia tau anak dia dah tangkap apa isi leteran maknya. Tak perlu penerangan yang lebih lanjut.

Teringat aku masa sama2 tinggal di rumah sewa kakak aku semasa zaman bujangnya dulu di Taman Medan, PJ. Masa tu aku tengah praktikal selama 6 bulan di TTDI. Subuh2 dah kena naik 2 biji bas baru nak sampai ke TTDI tu. Jauhnya!

Kakak aku ni memang rajin mengemas setiap kali balik kerja. Tapi agak lewat malam baru sampai rumah. Dia memang gila kerja, sampai sekarang pun macam tu. Tak tau bila nak insaf..he..he.. Selalu dia menyapu ruang tamu rumah sewa tu, kadang miss juga sehari dua.

Ada sorang minah ni ; housematelah kan yang memang rajin mengemas rumah tapi masa weekend je la. Kalau dia mengemas memanglah bersih sungguh di sapunya, menyusun barangnya dan macam2lah. Tapi mulut pun bekerja, ikut sama berleter.... Ya Allah! Macam bertih goreng! Habis semua orang dileternya sambil tangannya mengemas itu ini!

Rimas betul aku orang macam ni! Nak kemas tu kemas je le. Kalau tak puas hati pun tak payah le nak bebel sampai 2-3 jam. Tak penat mulut dia. Elok2 hang dapat pahala mengemas jadi dapat dosa berkepul2 sebab membebel tak henti2 dan macam tak ikhlas buat kerja. Aku pun dapat dosa gak pasal ngumpat hang dengan kakak aku.

Orang lain mengemas juga, tapi tak la bising macam tu. Member2 lain malas nak membalas pun, buat diam je! Tak tahulah pulak aku kalau ada yang pakai kapas atau ear plug kat telinga.

Sebab situasi beginilah yang buat aku pesan kat anak2 "Kalau tak nak dengar mama dengan ayah berleter, buat segera perkara yang kamu patut buat!". Kalau tidak...bersedialah mendengar leteranku!

p/s : Nak berleter pun patut2lah kan! Dengan budak2 bolehlah nak eksyen, dengan yang dah dewasa ni tak payah le nak leter panjang2. Kau tu pun bagus sangat ke?... Emo lebih nampak!

Tak rugi kalau anda jujur

Komen dia ni masuk spam box aku, aku kenselkan spam tu : Korang bacala.... cantik je ayatnya.

"hai saye da follow awak,follow saye balik :) http://xxxxxxxxxxx.blogspot.com/2011/02/mesti-bacaultras-oh-ultrasapalah.html"

Ini profilenya dan sebahagian blog yg dia follow..

Nama ikut susunan abjad : tak ada pun nama Adzriel AB??

Aku memang perasan dari awal lagi tak ada nama dia!!
DaddyDian pun yg ke 185, kemudian Life Kami.
Follower aku yang 187 masuk malam tadi, yg ke 188 baru perasan pagi tadi.
Mana nama dia?? Korang faham maksud akukan!

Dia terlupa?? Aku cuba trace dia ke blognya!
Komen sama dia beri pada 2-3 blog2 lain yg aku visit.
Tapi tak nampak gambar dia pun!
Hanya tuan punya blog yg boleh pastikan!

Aku tak kisah kalau dia tak follow & tidak pernah memaksa!
Tapi bersikap jujurlah! Kalau tak follow jangan tulis kata2 ni!

"hai saye da follow awak"

Lebih baik kalau dia tulis, "follow me please!"
Walaupun bunyinya desprate tapi itu lebih jujur!
Aku akan follow!
Bukan susah pun... aku klik je butang follow tu!

Friday 18 February 2011

Tak boleh tahan! Cantik-cantik!

Patung seksi tanpa kepala menggayakan kain Chiffon yang lembut dan ringan. Kalau dibuat tudung pun aku suka sebab kainnya tak menyebabkan rasa panas dan yang paling penting ringan dan selesa. Ada banyak lagi corak-corak bunga yang menarik.

Bukan kain ela aje... shawl pun ada. Ada sesiapa yang rajin nak melilit? Siapa kata susah pakai tudung ni? Senang aje! Pakai satu brooch aje kat dagu dah cukup. Aku pernah tengok ada yang pakai shawl ni tanpa brooch dan aku cuba buat...menjadi! Mana ada panas, tak payah sterika pun!

Ini tudung design baru, aku tak ingatlah namanya tapi memang comellah. Ada banyak color lagi!
Macam serupa tapi tak sama

Pendant shawl pulak..

Inilah tudung Chiffon opel silk. Bunga-bunganya timbul..

Ini pun Chiffon juga, jenis pelangi abstrak sikit
Ishh... design ni pulak, sorry le..aku tak ingatle nama dia

Korang dah nampakkan kat mana nak dapatkan tudung-tudung ni...
So boleh le jenguk Butik Maya ni : Asterisk Boutique

Mesti rambang mata nanti sebab ada banyaaaaakkkkk sangat pilihan kat situ.
Aku pun gila dibuatnya!!!
Hubby aku tanya "Berapa banyak tudung nak beli ni mama?"

"Tak boleh tahanlah yang...tudungnya cantik-cantik sangat!"

SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

Klik Jom Join Bloglist Yuyu Zulaikha


Si cilik Yuyu ajak join blog list dia.
Aku suka!
Tak padan dengan cilik tapi berjiwa besar.
Tak jemu baca blog Yuyu dengan keletahnya yang ceria.
Ideanya berbakul-bakul
Jiwa gadisnya sensitif namun tabah menghadapi dugaan.
Seorang yang berfikiran positif dan jelas
bijak mengatur bicara yang berisi.
Semuanya aku andaikan dari isi blognya.
Itu pendapat aku, orang lain aku tak pasti.

Teruskan Yuyu Zulaikha
Moga kami turut merasa getaran ceria darimu!!

Thank you DaddyDian

Inilah follower aku yang ke 185. Apa yang specialnya dengan yang ke 185 ye...biasa aje!

.
.
.
.
Dia follow blog aku semalam & tinggalkan komen

.
.
.

Memang aku tau lah dia sebab aku dengan dia je yang sedang online.
Dia tinggalkan jejak yang jelas di komen.

Dia bagi aku 2 nombor yang cantik... Serentak!
Visitor ke 100 hasil entry Graf saham aku naik hari ni
dan view page aku yang ke 6633!


Terima kasih DaddyDian!!

total visit blog aku semalam : 110
TQ semua, TQ Ben Ashaari!

Lepas ni nak tunggu no 6962 pulak...plate Kelisa aku tu!

Blog kembar la..

Aku buka blog satu ni...lepas tu pergi blog Ben, jumpa pulak blog ni. Eh! Samalah... memang le banyak blog yang sama, tapi ini berturut pulak aku buka yang sama rupa... macam kembar pulak ye! Aku suka nama2 yang ada pada tajuk blog2 ni... semua mula huruf A, macam nama anak2 aku yg semua aku panggil dengan mula huruf A. Nama Ashaari tak ada ye... sory Ben! *(^_^)*.

Aku suka nama2 Anis, Adila, Aris, Aina, Aleeya! Ada lagi satu... Arissa!

Anis Adila Aris
Anak dara manis dengan entry yg manis2 belaka.
Buat aku tertarik nak baca 3-4 entry di blognya.
Lain kali akak datang lagi ye!



Love Aina and Aleeya
Seorang guru & ibu kepada si comel Aina & Aleeya.
Kisah anak2 yang mencuit hati, banyak tips berguna juga tau!

Eratkan talisilaturrahim.... jenguk2lah mereka..