iklan

Followers

Pages

Saturday, 24 November 2012

Part 12 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 11...

Selepas 4 hari hubby di ICU, 28 Sept 2012 dia dipindahkan ke wad biasa. Kelihatan riak lega di wajahnya. Malam itu aku menemaninya di wad hingga ke pagi. Malam yang agak sukar sebenarnya sama ada di pihak hubby dan juga aku. Sepanjang malam tak dapat nak lelapkan mata kerana dia sentiasa berasa tidak selesa dan tentunya aku juga perlu melayan kehendaknya.

Bila mengiring ke kanan dia tak selesa, mengiring ke kiri pun begitu juga. Cuba juga sendalkan bantal kecil di tepi tangannya atau bawah kakinya tapi semuanya tetap tak selesa. Baru saja aku nak labuhkan punggung di kerusi, hubby dah berbunyi "tak bolehlah macam ni mama, ayah tak selesa!", dan minta aku bangunkan dia.

Hubby tak boleh baring seperti biasa. Dia hanya tidur dalam keadaan separa duduk di katil dan sekejap pula dia nak duduk di kerusi. Akulah yang perlu memimpin tangannya beralih tempat. Cukup tersiksa baginya.

Bak kata orang "ke kanan salah, ke kiri salah, duduk salah, berdiri pun salah!", semuanya serba tak kena. Hanya "sabar!" saja yang mampu aku ucapkan padanya. Bukan masanya untuk aku nak bagi nasihat panjang-panjang pada orang yang sedang sakit. Takut nanti lagi sakit, sakit hati! Tips tu tau!

Setiap kali dia nak buang air kecil, digagahkan juga diri menapak perlahan-lahan menuju bilik air. Wajiblah aku pimpin, nanti tumbang pulak. Pening katanya. Begitu juga bila berjalan-jalan keliling wad, ke bilik tetamu sambil nak hilangkan bosan menonton TV atau meronda-ronda ke taman yang searas dengan wad.

Pandangan dari taman di tingkat atas mengadap jalan utama

Taman di tingkat 3, searas dengan wad

Tempat lepak kat taman

Berjalan perlahan-lahan supaya jantung dan paru-parunya jadi lebih sihat.

Ini ada satu artikel yang aku jumpa bagaimana dengan berjalan itu baik untuk memanjangkan usia :

Tahukah anda? Berjalan mampu panjangkan hayat

Setiap pagi seawal jam 9.00 pagi dan 4.00 petang Dato' Dr. Rozali akan datang buat pemeriksaan kesihatan ; denyutan jantung, tekanan darah, kandungan gula dalam darah, keadaan luka pembedahan dan sebagainya. Dia akan selalu galakkan hubby berjalan dan berikan ingatan selalu apa yang hubby perlu buat selain berjalan.

Dia galakkan hubby kerap buat senaman kaki dan cara pernafasan yang betul. Juga tinggikan kedudukan kaki lebih daripada paras pinggang semasa dalam posisi duduk untuk kurangkan risiko kaki bengkak.

Aku dah hafal rutin seharian bagaimana nurse akan ambil ujian gula dalam darah setiap jam 8.00 pagi sebelum hubby mengambil sarapan dan waktu-waktu yang perlu hubby makan ubat. Jika mereka terlewat ambil ujian darah, maka aku akan terus ke kaunter depan untuk bertanya. Maklum saja bila ada hari yang pesakit ramai, giliran hubby jadi terlewat sedikit.

Selera makan hubby masih lagi tidak ada, hanya buah-buahan saja yang sedap di tekaknya. Makan bubur pun adalah dalam 4-5 sudu saja. Selebihnya akulah yang habiskan. Memang tak ada masalah laparlah selama aku menjaga dia di wad. Menu di SDMC ni memang sedap-sedap, cuma sebab hubby rasa loya saja yang buat seleranya terbantut.

Tukar selera, makan burger Subway pulak... amboiiii!
Aku pun memang ada belikan macam-macam buah untuknya. Ada juga terima hamper buah-buahan dari kakak angkatnya sejak zaman sekolah. Dia kirim melalui kedai hamper yang terletak di Subang Jaya dengan buat panggilan dari Kelantan.


Menu kat SDMC memang sedap-sedap ikut hari
Kalau aku nak order makan ala-carte pun boleh.

Pilihan menu untuk kanak-kanak

Order 1 jam sebelum waktu makan
4 malam aku menemaninya di wad. Jadi terpaksalah anak-anak pun ponteng sekolah juga sebab tiada siapa yang nak jaga jika mereka berada di rumah aku di Bandar Seri Putra. Menumpanglah sekejap di rumah kakak di Desa Subang Permai. Tak sampai hati nak biarkan dia dijaga oleh nurse saja sebab keadaannya yang masih terhoyong-hayang jalannya. Pening katanya bak memijak lantai pun terasa bergoyang-goyang. Doktor kata kurang darah.

Malam pada tarikh 1 Oktober 2012, Doktor arahkan nurse masukkan darah sebanyak 1 peket kerana pening hubby yang tak surut-surut walau dah seminggu selepas pembedahan. Tangan hubby memang pucat betul akibat kekurangan darah. Matanya pun terasa kabur dan berpinar-pinar. Kapsul tambah darah pun tak dapat membantu.

Beg darah jenis AB+ dah standby sejak pukul 10.50 malam

Dijamin bersih!
Darah siapalah yang masuk ni antara beberapa orang penderma ni ye? Entry hari pembedahan di SINI.

Antara penderma yang mengorat nurse kat sebelah tu masa hari pertama hubby dibedah!
Esok paginya darah yang masuk dah selesai seawal 6 pagi rasanya. Hubby terasa perubahan yang ketara iaitu perubahan yang positif. Pening dah mula kurang dan pandangan mata pun lebih jelas sedikit. Lega hati aku mendengarnya. Dia pun dah mula boleh berjalan sendiri dengan tangan masih perlu juga berpaut pada dinding sekejap-sekejap.

Petang 2 Oktober 2012 tu juga aku ajak anak-anak balik ke Bandar Seri Putra. Banyak hari dah ponteng, marah pula pihak sekolah nanti dan ketinggalan banyak pelajaran terutama anak yang sulung di tingkatan 4 tu. Situasi hubby dah mula stabil, rasanya aku dah boleh bermalam dengan anak-anak di rumah dan siang berulang-alik melawatnya di wad sepanjang hari.

Habiss.. 

1 comment:

umno totok 98 said...

Mana sambungannya puan? Saya pun baru lps buat bypass n