iklan

Followers

Pages

Wednesday, 28 December 2011

Cinta yang sangat jijik dan kotor

Curi gambar dari blog Taufiq Ariffin ; "Cam salah je teori aku"


Kena ada ciri-ciri lelaki pilihan adik-adik, wanita-wanita sekelian
Macam ciri-ciri pilihan yang macam mana?
Pertama sekali tak boleh compromised (kompromi), tak bolehlah tinggal solat
Tak boleh! No way! Five times a day kena solat!

Tak boleh kita mencari seorang lelaki yang tak mampu bersolat
No! Cancel! Tak boleh!
Sekiranya cinta dia tak ada,
dia tak cinta kepada Allah yang menciptakannya
Macam mana dia nak cinta kat kita?
No Way!

Cinta yang buta yang betul-betul buta, pekak
dan bisu itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu
Itu adalah cinta yang jijik dan kotor

Cinta yang bersulam dengan berpegang tangan
Cinta yang disulam dengan ciuman yang akan mengakhiri dengan zina
Itu adalah cinta yang sangat jijik dan kotor
Itu bukan cinta yang sejati

Pada adik-adik perempuan dekat sini
Jadi selalu kak Dina pesan mana-mana kak Dina pergi
Abang ipar tu sentuh tangan kak Dina pun tak pernah!

Seorang lelaki yang menyentuh kamu sebelum menikah
Tidak menyayangi kamu tetapi menghina kamu!
Kak Dina selalu tweet dekat dalam twitter
Dekat dalam facebook selalu ingatkan!

Orang lelaki yang berani sentuh korang ni sebelum menikah ni dia tak sayang kamu!
Dia hina awak!
Orang lelaki betul-betul sayangkan awak
Dia takkan pegang awak!

Dia akan bawak awak ke rumah dah bila nak bernikah dengan awak barulah dia memegang kamu!
Dengan cara yang halal!

So any man who dare to touch you before you get married.....(lu pikirlah sendiri!)

Tuesday, 27 December 2011

Banyaklah tips nak belajar..he..he..


Tersenyum anak aku Aishah bila membaca komen Diana dan Hanis Azla ni. Aishah kata "banyaklah tipsnya..he..he.." sebab aku pernah cerita cara dan gaya studynya di SINI. Study ikut mood tetapi ada memaksa diri sendiri supaya sedar diri sebab dia tau dia tak rajin macam orang lain.

"Auntie Fea tak jumpa jalan? Kesiannya.." terkejut Aishah. Kan aku dah kata... sesat di daerah sendiri.

Aishah anak sulung, selepas 2 tahun barulah dapat adik. Semasa dia sebaya Maisara, si comel milik Diana tu dia dah ada 2 orang adik. Bermakna sibuk jugalah akukan. Tetapi di sebabkan dia yang mula-mula sekolah, maka tumpuan pembelajarannya hanya untuk dia. Aku follow-up dia mengaji di rumah dan ayahnya untuk yang ruminya semasa dia dah mula ke tadika.

Aishah posing mengaji semasa baru 3 tahun, terbaliklah pulak.

Karektor dia memang suka nak tahu macam-macam perkara. Mulut petah di rumah tapi tak banyak cakap semasa di sekolah. Agak 'ketegaq' kalau kat rumah tapi baik sangatlah bila kat sekolah. Apa 'ketegaq' tu? Ada sifat keras hati sikit.

Tidak seperti anak jiran masa tu dah mula lancar membaca di usia 5 tahun, tetapi Aishah hanya boleh membaca di usia 6 tahun menggunakan buku Cahayaku. Ayahnyalah yang rajin follow-up dia.



Pendidikan awalnya di Tadika Islam Al-Fasih yang terletak di Taman Kenari, Sungai Ramal Baru. Pembelajaran di situ memang 'sangkut' di minda Aishah. Sangat berkesan kerana Aishah mampu membaca jawi dan mengaji dengan baik. Aku pun baik dengan pengetuanya yang aku panggil kak Hasnah.


Memilih tadika yang elok dan menggunakan pendekatan yang berkesan adalah sangat penting. Kalau mahal dan kelihatan mewah pun tak bagus juga jika hanya untuk bersantai. Kena rajin bertanya dengan rakan-rakan bagi memilih tadika mana yang sesuai. Aku dah terkena semasa hantar Asyikin dulu yang pernah pergi 3 buah tadika dalam masa 2 tahun.

Jika anak belum pandai membaca di usia 6 tahun, berusahalah agar dia mampu membaca sebelum tahun 1 menjelang. Itulah yang aku lakukan pada 2 orang anak lelaki aku. Aku hantar mereka tusyen 'one to one' semasa mereka berusia 6 tahun dalam bulan Disember. 3 kali seminggu waktu malam.

Sangat penting mampu membaca sebaik masuk darjah 1 supaya tidak banyak ketinggalan seperti yang berlaku pada anak rakan aku. Dia tahu jawapan jika ditanya secara lisan tetapi keputusan periksanya tiada satu pun lulus kerana dia tak pandai membaca hingga darjah 4. Tahun depan dia bakal menghadapi UPSR. Bukan ibunya tak mahu hantar ke tusyen secara persendirian tetapi anaknya yang tak betah belajar lama. Tetapi bagi aku tiada yang mustahil keputusan peperiksaannya akan melonjak naik jika dia mampu membaca nanti dengan baik.

Setiap anak berbeza penerimaannya. Aku tiada masalah dengan anak perempuan, tetapi perlu sentiasa follow-up anak-anak lelaki aku. Seorang dah nak masuk darjah 4 dan seorang lagi ke tingkatan 2 pada 2012 nanti. Kadang-kadang memang tinggilah suhu amarah aku.

Pun begitu, bagi aku jangan dikira siapa pun diri kita dulu. Sama ada kita dulu pelajar universiti, sampai ke luar negeri atau pun cuma tahap PMR, SRP atau SPM. Yang penting adalah masa sekarang, masa anak-anak kita pula untuk menjadi lebih baik daripada diri kita. Fahami masalah mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran, bukan hanya tau marah berpanjangan. Boleh nak marah tetapi bukan berleter panjang-panjang. Aku pun bosan nak dengar.

Memang bila mengajar adakalanya kita perlu ulang berkali-kali. Syukurlah kalau korang sabar... itu yang terbaik. Berbaik dengan guru-guru mereka, mohon idea. Jangan putus asa..

Aku bertuah kerana tak susah sangat mengajar Aishah dalam hal sekolah, tapi cabaran aku tinggi pada adik-adiknya yang sering sambil lewa dengan pelajaran. Mungkin bapa saudara aku adalah contoh terbaik kerana 4 orang anaknya dapat 5A untuk UPSR, 8A dalam PMR dan 9A juga dalam SPM. Tabik spring pada anak sulungnya sudah pun bergelar doktor, menjadi perintis buat adik-adiknya dalam entry INI.

Sekolah Menengah Jalan 4 - Tahniah Han!

Aku terima panggilan dari teman blogger. Tertera nama 'Hanis Azla' di screen handphone aku. Suspen aje! He..he.. rupanya dia dah tersesat. Dia nak mencari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4 (SMKJ4 @ JESS) tapi pergi ke Sekolah Kebangsaan Jalan 4. Haaaaiiii... dah lebih 10 tahun tinggal di Bandar Baru Bangi, memandu sendiri pun tak pasti lagi lokasi fasa 4 tambahan. Aku tolong ketawakan sebab tau dah Hanis Azla bukan jenis cepat terasa. Gurau-gurau je!

Aku cuma tanya sekarang SKJ4 di sebelah kiri atau kanannya. Kalau sebelah kanan, dia hanya perlu terus memandu dalam 2 km (agak2 je) hingga nampak SMKJ4 di sebelah kanan juga. Kemudian belok kanan selepas nampak sekolah tu. Kereta boleh masuk dalam kawasan sekolah bila cuti-cuti ni untuk urusan pejabat.

Rupanya anak daranya, Han bakal bersekolah di SMKJ4. Pemilihan pelajar ke situ cuma mengutamakan mereka yang mendapat 5A dalam UPSR. Semasa anak sulung aku masuk tingkatan 1 dulu masih ada kelonggaran untuk mereka yang mendapat 4A, 1B. Tapi selepas itu hanya 5A sahaja yang boleh memohon. Persaingan memang sengit kerana ada juga yang mendapat 5A pun tak berpeluang mendapat tempat. Umpama siapa cepat dia dapatlah agaknya.

Bermakna Han jadi junior pada anak aku Aishah nampak gayanya. Kelas belum dipastikan lagi katanya. Jangan risau, Aishah tak akan buli Han.. he..he..  Aku tau dah perangai dia, tak berapa kisah sangat dengan junior kecuali kalau ada yang menegur sapa. Bukan macam aku, peramah sikit.. *(^_^)*. Lagi pun Aishah berada di tingkatan 4 akan bersekolah di sessi pagi. Biasanya pelajar tingkatan 1 di sessi petang.

Han yang bertudung hitam, atas sekali. Gambar dia curi kat SINI.

Aku suka anak aku sekolah di SMKJ4 ni. Selama anak aku bersekolah di situ, aku hanya hantar dia tusyen semasa tingkatan 1 sahaja. Aku rasa macam tak perlu nak hantar tusyen selepas tu sebab dia memang sibuk sepanjang hari. Memang banyak diberikan tugasan dan homework oleh cikgu sekolah. Bila dia masuk tingkatan 3 pun para guru sangat komited berikan tusyen selepas sessi persekolahan. Kadang hari Sabtu pun ada juga tusyen sebagai persediaan menghadapi PMR.

Tahniah pada Han, langkah pertama ke alam sekolah menengah. Menjadi pemangkin buat adik-adik juga. Segala resah, dugaan dan cabaran tentu ada bila berada di kalangan pelajar yang bijak-bijak belaka. Jangan segan berkongsi cerita dengan ibu Han yang penyayang itu. Luahkan andai ada kesedihan dan kongsi juga kegembiraan untuk kita raikan bersama. Nak share dengan acik Liza pun boleh juga..