iklan

Followers

Pages

Tuesday, 27 December 2011

Banyaklah tips nak belajar..he..he..


Tersenyum anak aku Aishah bila membaca komen Diana dan Hanis Azla ni. Aishah kata "banyaklah tipsnya..he..he.." sebab aku pernah cerita cara dan gaya studynya di SINI. Study ikut mood tetapi ada memaksa diri sendiri supaya sedar diri sebab dia tau dia tak rajin macam orang lain.

"Auntie Fea tak jumpa jalan? Kesiannya.." terkejut Aishah. Kan aku dah kata... sesat di daerah sendiri.

Aishah anak sulung, selepas 2 tahun barulah dapat adik. Semasa dia sebaya Maisara, si comel milik Diana tu dia dah ada 2 orang adik. Bermakna sibuk jugalah akukan. Tetapi di sebabkan dia yang mula-mula sekolah, maka tumpuan pembelajarannya hanya untuk dia. Aku follow-up dia mengaji di rumah dan ayahnya untuk yang ruminya semasa dia dah mula ke tadika.

Aishah posing mengaji semasa baru 3 tahun, terbaliklah pulak.

Karektor dia memang suka nak tahu macam-macam perkara. Mulut petah di rumah tapi tak banyak cakap semasa di sekolah. Agak 'ketegaq' kalau kat rumah tapi baik sangatlah bila kat sekolah. Apa 'ketegaq' tu? Ada sifat keras hati sikit.

Tidak seperti anak jiran masa tu dah mula lancar membaca di usia 5 tahun, tetapi Aishah hanya boleh membaca di usia 6 tahun menggunakan buku Cahayaku. Ayahnyalah yang rajin follow-up dia.



Pendidikan awalnya di Tadika Islam Al-Fasih yang terletak di Taman Kenari, Sungai Ramal Baru. Pembelajaran di situ memang 'sangkut' di minda Aishah. Sangat berkesan kerana Aishah mampu membaca jawi dan mengaji dengan baik. Aku pun baik dengan pengetuanya yang aku panggil kak Hasnah.


Memilih tadika yang elok dan menggunakan pendekatan yang berkesan adalah sangat penting. Kalau mahal dan kelihatan mewah pun tak bagus juga jika hanya untuk bersantai. Kena rajin bertanya dengan rakan-rakan bagi memilih tadika mana yang sesuai. Aku dah terkena semasa hantar Asyikin dulu yang pernah pergi 3 buah tadika dalam masa 2 tahun.

Jika anak belum pandai membaca di usia 6 tahun, berusahalah agar dia mampu membaca sebelum tahun 1 menjelang. Itulah yang aku lakukan pada 2 orang anak lelaki aku. Aku hantar mereka tusyen 'one to one' semasa mereka berusia 6 tahun dalam bulan Disember. 3 kali seminggu waktu malam.

Sangat penting mampu membaca sebaik masuk darjah 1 supaya tidak banyak ketinggalan seperti yang berlaku pada anak rakan aku. Dia tahu jawapan jika ditanya secara lisan tetapi keputusan periksanya tiada satu pun lulus kerana dia tak pandai membaca hingga darjah 4. Tahun depan dia bakal menghadapi UPSR. Bukan ibunya tak mahu hantar ke tusyen secara persendirian tetapi anaknya yang tak betah belajar lama. Tetapi bagi aku tiada yang mustahil keputusan peperiksaannya akan melonjak naik jika dia mampu membaca nanti dengan baik.

Setiap anak berbeza penerimaannya. Aku tiada masalah dengan anak perempuan, tetapi perlu sentiasa follow-up anak-anak lelaki aku. Seorang dah nak masuk darjah 4 dan seorang lagi ke tingkatan 2 pada 2012 nanti. Kadang-kadang memang tinggilah suhu amarah aku.

Pun begitu, bagi aku jangan dikira siapa pun diri kita dulu. Sama ada kita dulu pelajar universiti, sampai ke luar negeri atau pun cuma tahap PMR, SRP atau SPM. Yang penting adalah masa sekarang, masa anak-anak kita pula untuk menjadi lebih baik daripada diri kita. Fahami masalah mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran, bukan hanya tau marah berpanjangan. Boleh nak marah tetapi bukan berleter panjang-panjang. Aku pun bosan nak dengar.

Memang bila mengajar adakalanya kita perlu ulang berkali-kali. Syukurlah kalau korang sabar... itu yang terbaik. Berbaik dengan guru-guru mereka, mohon idea. Jangan putus asa..

Aku bertuah kerana tak susah sangat mengajar Aishah dalam hal sekolah, tapi cabaran aku tinggi pada adik-adiknya yang sering sambil lewa dengan pelajaran. Mungkin bapa saudara aku adalah contoh terbaik kerana 4 orang anaknya dapat 5A untuk UPSR, 8A dalam PMR dan 9A juga dalam SPM. Tabik spring pada anak sulungnya sudah pun bergelar doktor, menjadi perintis buat adik-adiknya dalam entry INI.

9 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

hehe.. kena ikut tips ni sebelom kawen ni.. haha.. anti dah anak senang :)

mas saari said...

kita sebagai ibu bapa kena selalu bagi dorongan kan kak..

diana said...

banyak saya dapat dari post kali ni..
terima kasih kak..:)

Ujie said...

dtg baca..walau blm ada anak.

Irfa said...

salam kenal..dr blog diana :)

ieda said...

saya juga risaukan anak kedua saya ..
boleh menbaca tapi merangkak2 , skrg dah darjah 2 ..

memang susah hati .. saya ingat nak mulakan semula dengan buku cahaya ahti tuu ..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

salam kenal :)

sy dtg dr blog diana..


sy ada anak br masuk sekolah..alhamdulillah risya pon dh blh membaca sebelum masuk darjah 1

Niza Romli said...

pendedahan awal...
tak gelabah sgt bila dh ada anak nanti.. :)



Salam kenal dari blog kak diana :)

~ yus ~ said...

terima kasih atas tips ini...:)