iklan

Followers

Pages

Monday, 21 January 2013

Wahai anak! Bikin pusing mama pagi-pagi!

Pagi-pagi anak aku, Azri yang nombor 4 dan baru darjah 5 dah buat aku pening dan rasa nak naik angin kejap.

Macam biasa jam 7.00 pagi aku mula nak hantar dua anak lelaki aku ke sekolah. Azri di sekolah rendah, darjah 5 dan abangnya, Amirul di sekolah menengah, tingkatan 3.

Situasi dalam kereta yang mula nak gerak dah :

Aku : Sempat tak beli sarapan kat sekolah nanti?
Azri : Mmmm... sempat kot sebab hari ni hari Selasa, tak de perhimpunan!
Aku : Hari Selasa? Hari ni Isnin lah E (panggilan manja)! (tinggi sikit suara aku dalam kereta)
Azri : (Dengan muka terkejut!) Hari ni Isnin? Eh! E pakai baju sukan!
Aku : Daahhh... cepat naik pegi tukar baju sekolah! (Nasib baik ada baju sekolah yang dah siap bergosok)
Amirul : Berangan! (Muka dah bengang!)

Cepat-cepat Azri keluar dari kereta nak masuk rumah semula. Terpaksa guna kunci rumah abangnya yang disangkutkan sekali dengan walletnya. Kelam-kabut abangnya bukakan dari wallet. Patutnya tak payah buka pun.

Dia buka pintu pagar rumah dan nak tutup semula selak pagar tu. Mak aiihhh... lurus bendul betul anak aku sorang ni!

"Tak payahlah tutup pagar tu!", gesa aku aku memang bukan jenis penyabar pun.

Dengan muka blurr dia pergi buka pintu grill dan pintu kayu rumah. Punyalah terkial-kial nak buka. Terasa kesal pulak suruh dia buka sendiri dalam keadaan nak cepat. Padahal bukan aku tak faham sikap dia yang selalu lambat dan 'blurr'.

Tapi kadang nak kena ajar berdikari juga, dah darjah 5 pun. Bukan kecil lagi. Aku pun anak ke 4 juga daripada 5 beradik. Hampir sama situasi dengan dia. Cuma bezanya aku perempuan dan dia lelaki. Mungkin kematangan agak berbeza. Rasanya aku lebih berdikari daripada dia di usia yang sama dulu. Mungkin faktor didikan aku dan ayahnya serta taraf hidup menjadikan dia lambat bertindak.

Menukar baju pun lambat. Akhirnya aku standby di depan pintu rumah menunggu dia keluar untuk tutup pintu.

"Jadual ikut Isnin atau Selasa? Buku apa yang tak ada?", teringat pula aku pada jadual waktunya.

"Aaaa... ugama yang tak ada!", jawapnya teragak-agak.

"Pergi ambik!", arah aku lagi. Kena dera budak ni pagi-pagi ni!

Terpaksa dia naik semula dan ambil buku. Buku-buku tu aku minta dia serahkan pada aku untuk aku pegang sementara dia nak memakai kasut dan kunci pintu.

"Buku apa yang tak payah bawak?", tanya aku lagi.

"E tak pasti! Aaaaa.....", jawap Azri sambil berdiri.

"Sambil cakap tu pakai le kasut tu! Jangan buang masa! Kita dah lambat ni!", makin tak sabar aku.

Kelam-kabut dia pakai kasut. Kena dera lagi! Kesian anak aku! Apa nak buat! Bagi aku kalau waktu dah terhad, janganlah buat kerja macam lenggang kangkung lagi. Janganlah buat perangai macam tak ada rasa nak cepat dan masih bersantai-santai.

Bak kata orang, kalau dah bangun lambat nak pergi sekolah atau kerja tu janganlah berendam lama-lama dalam bilik air. Ada yang kena 'sound' pagi-pagi nanti.

Bila dah masuk dalam kereta pulak "Buku yang tak perlu, tinggalkan je dalam kereta", pesan aku lagi.

"Ni buku agama ada homework ke? Kenapa tak buat?", tanya aku pada Azri.

"Bukan! E terlupa", jawapnya.

"Terlupa tu tak buat le!", bidas Amirul.

Geleng kepala aku dibuatnya. Pening-pening!

"Kalau macam ni lah E, jangan sampai E tak boleh main lansung nanti! Once mama monitor semua kerja-kerja sekolah E nanti, apa pun E tak boleh main. Nak macam tu ke? Berkali-kali mama pesan, check buku satu persatu kalau ada homework. So tak adalah lupa! Boleh tak berdikari sikit? Mama tak suka nak mengongkong sangat!", membebel aku dalam kereta sambil memandu ke sekolah.

"Ye!", jawapnya.

"Eh! Ugama tak de lah hari ni mama!", tambah azri lagi.

"Hurmmm...", keluh aku. Buang masa je ambil buku tu tadi. Azriiii...Azriii..

"Iyelah! Pandang kiri-kanan nak melintas tu", pesan aku sebaik sampai di sekolah.

Memang ada lampu isyarat untuk budak sekolah melintas di situ tetapi kadang ada orang-orang dewasa yang tak faham maksud lampu merah dan agak tak matang untuk menilai kelajuan kenderaan masing-masing di depan sekolah.

Itu baru menangani anak yang normal tetapi ada aku nampak kelemahan dalam dirinya. Aku perasan anak yang seorang ni selalu lambat faham bila aku berikan pesanan, arahan dan maklumat. Memang selalu begitu.

Masalahnya kadang aku sendiri selalu abaikan apa yang aku lihat walau pun aku sedar kelemahannya itu.

Bagaimanalah dengan ibu-bapa yang punya anak OKU? Lebih banyak perkara yang perlu diuruskan dan banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Aku yang sering tidak merasa syukur dengan kesempurnaan anak yang aku miliki, sering merasa tidak sabar.

Makanya aku harus berubah jika aku mahukan anak-anak yang berkualiti. Lakukan pendekatan yang lebih baik dan berbeza jika dia agak lain dari yang lain. Perlu cuba memahami perasaan dan pemikirannya. Perlu mencari di mana pula kelebihan yang dia ada.



Itulah Azri, anak aku yang punya minat dalam Origami dan lukisan, Azri On the Blog. Anak yang selalu memberi aku soalan-soalan yang berbeza perspektifnya berbanding orang lain. Selalu bertanya soalan yang baru saja aku berikan jawapannya. Perlu diberi penerangan yang lebih berbanding yang lain.

Seorang yang penyayang sebenarnya. Sering bangun lebih awal berbanding adik-beradik yang lain. Tapi itulah anak aku yang Allah anugerahkan, manjanya hingga usia 7 tahun sebagai bongsu. Hinggalah lahir adiknya Arif Ikhwan pada 2009.

2 comments:

-Sara- said...

pagi2 dh gamat ye kak..hehe

Irfa said...

lebih kurang saya la,kurang sabar ;)