iklan

Followers

Pages

Thursday, 17 January 2013

Patut le ramai! Nak dapat duit!

Pagi-pagi dalam pukul 8.20 tadi aku hantar dulu anak bongsu, Arif (4 tahun) ke tadikanya di Tadika Dzul Iman. Kakaknya Asyikin (13 tahun) turut menemani aku seperti biasa. Dalam perjalanan balik tu aku nampak banyaknya kereta yang parking di depan SK Bandar Seri Putra.


Asyikin : Banyaknya kereta? Ada apa tu mama?
Aku : Ha'ah! Berapa haribulan hari ni?
Asyikin : 17 haribulan!
Aku : Oooo.... patut le!
Asyikin : Kenapa mama?
Aku : Hari ni kan amik duit RM100 kat sekolah tu.
Asyikin : Azri tak cakap ke?
Aku : Bukan dia ingat pun!
Asyikin : Nak ambik sekarang ke?
Aku : Tak yah! Kita sarapan dulu! Orang tengah ramai tu.

Selepas aku hantar beg baju Azri (11 tahun) di Sekolah Ugama Al-Amin yang bersebelahan je dengan SK Bandar Seri Putra, lansung aku ke Restoran D'Laden untuk sarapan.

Bila balik semula ke sekolah, sesak dah kurang sikit je. Terserempak dengan rakan tempat kerja lama aku, Hasmar. Sempat juga bertanya khabar.

Bila dah masuk kawasan sekolah, terlupa pula aku yang Azri dalam kelas 5 mana. Tak senonohkan, mak sendiri tak tau anak dalam kelas mana. Macam tak ambil tahu hal sekolah anak je. Tapi duit RM100 tu aku nak!

Biasalah! Duit! Sapa tak mau? Ada yang tak mau? Meh bagi kat aku.... fresh dari bank, cikgu tu katalah. Terima kasih cikgu. Kena tulis nama dan tandatangan. Kalau tidak takut terambil 2 kali pulak nanti! He..he..

Anak aku yang kedua dah dalam tingkatan 3 ada bagi surat untuk ambil duit tu sendiri. Malas aku nak naik ke tingkat 4 sekolahnya. Ada 4 orang anak yang sekolah.... yeahhhh... RM400 le!

Wooo.... purple, keras dan licin lagi duitnya

Cer tengok no siri, ada AB...  ! Rekod no siri aku simpan dalam blog ni.. he..he..
Baru aku perasan not baru tiada nombor siri di hadapan.


7 comments:

aQu Mad said...

semoga PM kita terus perihatin terhadap rakyatnya..

diana said...

kak liza..jom shopping ..guna duit diaorang tu..ekekkeke

ummiross said...

Alhamdulillah, orang memberi kita merasa..

Asterisk Boutique Administrator said...

First time nak merase sbb Adrianna baru masuk darjah 1... hehe...

jeBateja said...

wahhh...400 ye kak...kita 100 jerkkkk,.....

Liza @ Adzriel AB said...

aQu Mad : alhamdulillah

Diana : jom... sakan

Ummi ross : rezeki jgn tolak

Asterisk Boutique Administrator : adrianna nak beli apa tu??

jeBateja : kalau yg tadika dpt... maunya 500 tu. he..he..

MumMe said...

mumme pun dah ambik tadi kak liza...ermmm,x sempat nk fikir buat apa,empunyanya dah ajak pegi beli beg sekolah...ganti yg dah koyak.... hiksss