iklan

Followers

Pages

Sunday 8 August 2010

Bisnesku yang pertama

Setiap kali melihat buah belimbing di mana2 terutamanya di pasar malam, ia akan mengingatkan aku tentang bisnes aku yg pertama dlm hidup aku. Mungkin emak & ayah aku saja yg tahu tentang bisnes aku tu. Tak tahulah kalau adik-beradik aku yg lain perasan atau tidak aktiviti bisnes aku masa tu. Kalian boleh bayangkan masa tu aku baru je 7 tahun tapi dah cari duit sendiri. Bukan sebab mak ayah aku tak bagi duit belanja, tapi atas sebab minat aku sendiri. Mak sebagai bendahari kat rumah selalu bagi aku 20 sen utk belanja sekolah kebangsaan & 20 sen lagi untuk sekolah ugama. Selalunya aku cuma belanja semasa di sekolah ugama manakala duit belanja sebanyak 20 sen di sekolah kebangsaan tu aku simpan. Hari2 ada abang kantin selalu belanja keropok lekor free kat sekolah, itu yg duit aku selamat. Ha..ha..jangan marah, bukan sebab dia suka kat aku tapi ada niat lain tu. Kecil2 aku masa tu pun bukan tak faham niat dia selalu belanja aku. Sebab nak tackle kakak akulah tu.... hah! terbongkar rahsia! Aku pun tak berapa ingat apa aku buat dengan duit2 yg aku simpan, cuma semasa darjah 5 aku buka akaun BSN dgn RM5 duit aku sendiri.

Cerita pasal niaga belimbing tadi bermula semasa aku darjah 1 dgn jual sebiji 5 sen atau 10 sen. tengok saiz juga. Aku sendiri yg petik buah belimbing tu dari pokok. Aku memang suka memanjat pokok, samalah dgn adik beradik aku yg lain pun. Pokok tu masih ada lagi sampai sekarang kat belakang rumah kat Jengka tu. Elok subur aje pokoknya. Mak atau ayah pun rajin juga memotong dahan2 yg terlebih.

Duit hasil jualan belimbing aku simpan dalam bekas filem kamera lama. Daripada mana aku dapat bekas tu pun dah lupa. Kadang2 lumayan juga hasil jualan. Dapat juga kumpul RM1 sehari. Pernah satu hari sebelum balik rumah, aku singgah kat Taman Selesa (nama lain bagi taman permainan kat Jengka) untuk bermain buaian. Duit hasil jualan dan beg sekolah aku letak sekejap di tepi pokok berdekatan. Masa tu dah agak petang, jadi aku main tak adalah lama mana pun. Selalunya aku pergi & balik sekolah jalan kaki aje. Masa tu ayah cuma ada basikal aje. Dari sekolah ke taman tu cuma 5 minit berjalan kaki aje. Seronok bermain buai tinggi2 tapi tak boleh lama, nanti mak marah. Jadi main sekejap utk lepas gian aje lah. Sempatlah 10 minit agaknya, aku turun dari buai & bergegas ambil beg sekolah terus berjalan kaki balik ke rumah. Adalah 20 minit aku berjalan bagi kaki budak umur 7 tahun untuk sampai ke rumah. Aku bukan jenis jalan nak berlenggang-lenggang kangkung. Mesti nak cepat sampai rumah, kecualilah kalau aku letih. Tapi kalau dah petang2 tu kenalah cepat2 berjalan.

Semasa aku 5 tahun pun berjalan kaki juga ke sekolah. Lebih jauh lagi pulak tu, mau juga 40 minit nak sampai. Tapi kalau sekarang jgn haraplah aku nak izinkan anak2 aku berjalan kaki ke sekolah. Zaman sekarang bagi aku menakutkan. Macam2 boleh berlaku pada anak2 yg berjalan kaki ke sekolah. Usahkan anak kecil, yg dah sekolah menengah pun ada juga yg tak selamat walau berada cuma beberapa meter saja lagi nak sampai ke rumah. Memang betul kalau nak malang, di mana2 saja boleh berlaku. Tapi selagi aku boleh menghantar & mengambil mereka pergi & balik sekolah, aku akan buat.

Sampai je kat rumah, bila aku check beg aku rupa2nya duit tu dah hilang. Tapi aku bukanlah budak 'cengeng' yang nak nangis2 ni. Cuma aku geram sangat2 masa tu. Jadi pengajaran juga buat aku agar lebih berhati2. Mak pun tak de nak marah, cuma nasihatkan aku lain kali jaga elok2. Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Aku pun tak tahu kenapa, sekarang aku tak berapa nak makan buah belimbing ni. Dah jemu agaknya.

Buah belimbing besi banyak khasiatnya. Dulu2 selalu potong2 dan makan dgn cicah kicap aje. Ada juga yg suka tambah cili api hijau. Aku tak rajin makan pedas. Kalau sekarang boleh juga blend buat jus. Ia berkhasiat untuk menurunkan paras gula dlm darah bagi penghidap kencing manis. Elok juga dimakan bagi mereka yg menghidap tekanan darah tinggi & radang gusi. Selain daripada limau nipis, mak aku selalu guna belimbing yg masak ranum (berwarna kuning oren) untuk sental badan semasa mandi. Ia elok untuk buang bau badan & daki2 yg melekat di badan. Maklumlah, mak akukan selalu pergi menoreh getah bersama-sama ayah di ladang getah. Jadi banyak le getah2 melekat di tangan dan baunya pun ikut melekat. Itulah antara spa tradisional mak aku. Sebenarnya elok amalkan makan buah-buahan ni untuk khasiat & vitamin semulajadi.


Selepas jual belimbing, aku up-grade jual buah mangga pulak. Antaranya mangga telur...kecik aje saiznya macam telur. Semua buah-buahan ni aku kutip sendiri sama ada panjat atau pakai galah utk mengait. Bisnes aku berkembang ke sekolah ugama pulak. Ada juga ON-OFF bisnes aku tu. Kadang2 tu bila mood letih, cuti panjang juga. Bukan seminggu, mau berbulan-bulan juga *(^_^)*. Sampai sekarang pun begitu juga. Aku memang suka berdikari. Bertanya kalau tak tahu. Bila buat sesuatu, mesti ada langkah2 keselamatan. Itulah yg cuba kami suami isteri terapkan pada anak2. Moga usaha yg baik itu sentiasa berhasil. Aminn!

2 comments:

sitiezahim said...

hehe saya pon dolu masa sekolah agama suka meniaga..klakar kalu igt balik...hehe

Liza @ Adzriel AB said...

sitiezahim : maknanya ada bakat tu.. he..he..