iklan

Followers

Pages

Thursday, 27 September 2012

Part 9 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 8

Hari Isnin, 24 September 2012 jam 9.00 pagi hubby telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan pintasan koronari jantung (heart coronary bypass surgery) oleh Dato' Dr. Rozali Wathooth di Sime Darby Medical Centre (SDMC) Ara Damansara.

Jam 5.35 pagi, anak saudara aku (anak kakak ipar) iaitu Sopi sudah pun tiba di rumah aku. Dia memandu sendirian dari rumah kakak ipar di Senawang. Awal betul dia sampai.

Kemudian jam 6.05 pagi aku bergerak dari rumah bersama Sopi dan anak kepada sepupunya (kiranya pangkat anak saudara Sopi le!) yang aku panggil 'kak long' menuju ke Bandar Baru Bangi untuk mengambil pula seorang rakan yang pernah aku kenali semasa di tempat kerja lama dulu (Sony), Yusmadi.

Sopi dan Yusmadi sudah pun melalui 'blood screening test' di SDMC pada 15 September 2012 yang lalu. Kedua-duanya sah berdarah jenis AB+ yakni sama dengan jenis darah hubby. Masa tu aku ada juga bawa seorang lagi, abang kepada Sopi. Abang yang orang selalu sangkakan adik ; Waqi. Tapi bukan rezeki hubby bila check darah Waqi jenis B+. Cuma kak long yang aku bawa ni belum pasti jenis darahnya. Katanya darahnya dari jenis AB+, sama dengan ayahnya sendiri.

2 hari sebelum tu aku telah pun minta bantuan kakak dan abang ipar aku uruskan kenderaan untuk mengambil ayah kak long (aku panggil abang Zahari atau Nazri ; ikut suka nak menyebut je) dari Terminal 3 di Subang dan menghantarnya ke hotel Newton. Dia datang dari Pulau Pinang dengan menaiki kapal terbang Firefly. Bantuan abang ipar juga aku perlukan untuk mengambil abang Nazri dari hotel dan pastikan dia sampai ke SDMC seawal jam 7.00 pagi untuk buat 'blood screening test'. Kebetulan hotel berkenaan dekat sangat dengan rumah kakak aku, mudahlah nak diuruskan.

Aku terus memandu terus ke SDMC Ara Damansara selepas mengambil Yusmadi di rumahnya di Bandar Baru Bangi melalui lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan naik di tol Subang. Jika carian di Goggle Map, tapak SDMC ini dulu namanya Asian Neuro & Cardiac Center.

View Larger Map

Perjalanan dari Bangi bermula jam 6.30 pagi dan tiba di SDMC lebih kurang pukul 7.10 pagi. Aku segera bawa mereka ke lab darah yang berada di aras B1. Semasa lalu di lobby, abang Nazri, abang ipar dan seorang lagi anak saudara aku, Baihaqi juga sedang berehat di sofa. Baihaqi adalah abang sulung Sopi, sepupu pula dengan isteri abang Nazri. Baihaqi pula dah kenal lama dengan abang ipar aku. Elok sangatlah tu, pusing-pusing tang tu jugak.

Siapa yang belum 'blood screening test', kena buat dulu ; kak long dan ayahnya. Mana yang nak derma tetapi belum lagi sarapan, kenalah sarapan dulu. Sementara mereka bersarapan, aku bergegas ke lif nak menuju ke ICU (Intensive Care Unit). Terserempak pula lagi dengan Baihaqi dan abang ipar bila lif buka pintu di aras G. Abang ipar kata hubby masih di wad tingkat 3 ; tadi dia dah jumpa. So tekanlah butang lif ke tingkat 3 pula.

Bergegas aku ke wad hubby di bilik 315. Dia sedang melelapkan mata tetapi sedar dengan kehadiran aku. Ada oksigen yang dibekalkan melalui tiub ke hidungnya. Dia mengantuk. Agaknya ada kesan ubat tidur yang buat dia mengantuk.

Jam 7.30 pagi ada 2 orang nurse datang bersama stretcher dan dokumen perubatan hubby. Mereka membuat pengesahan dengan hubby dulu tentang nama dan nombor kad pengenalan diborang pertama. Bila nak sahkan borang selanjutnya, mereka tunjukkan pada aku je. Aku pula memang hafal nombor kad pengenalan hubby, maka angguk sajalah. Kena sahkan dulu, takut salah bedah orang pulak nanti. Ada borang lain pula yang perlu mereka isi.

Hubby dialihkan ke stretcher dan ditolak menuju ke Operation Theater (OT) di aras 1. Waktu tu dah pun pukul 7.45 pagi. Aku hanya mengingatkan hubby agar sentiasa berserah pada Allah dan berzikir sepanjang dia mula tidak sedarkan diri. Pengalaman aku yang pernah dibius semasa proses D&C mengingatkan aku pada situasi minda yang terawang-awang seperti berada di bilik yang dindingnya terang dan tidak tahu di mana pintu dan tak berkesudahan. Hanya zikir 'Allah' berulang-kali yang cuba aku lakukan untuk menenangkan diri sendiri. Itu pun hanya bermain-main di minda.

Kemudian bergerak aku menuju ke aras B1 pula untuk meninjau para penderma darah untuk hubby. Hasil keputusan 'Blood screening test'  menunjukkan abang Nazri memang jenis AB+ darahnya tetapi kak long pula yang B+. Bermakna hanya abang Nazri yang boleh menderma darah untuk hubby. Manakala Sopi, Yusmadi dan Baihaqi pula bergilir-gilir menderma darah kerana mereka memang telah disahkan darah jenis AB+.

Aku perlukan sekurang-kurangnya 6 orang penderma darah untuk hubby. Sekarang dah ada 4 orang, masih kurang 2 orang. Aku bertanya pada nurse yang bertugas tentang seorang penderma sukarela yang tidak aku kenali itu. Katanya penderma itu akan sampai dalam masa 20 minit lagi. Penderma sukarela ini telah pun dipasti jenis darahnya semasa dia menemani suaminya untuk buat pemeriksaan darah. Lega aku mendengarnya.

Kakak aku kata rakannya juga sedang dalam perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur ingin menderma darah. Cuma dia juga belum buat 'Blood screening test' lagi. Menawarkan diri di saat-saat akhir pada hari Ahad, sehari sebelum hari pembedahan.

Alhamdulillah! Maha suci Allah yang menentukan segalanya, akhirnya cukup juga penderma darah untuk hubby seramai 6 orang dan aku juga sempat berjumpa dengan kesemuanya dan mengucapkan terima kasih. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa dan budi baik mereka.

Sukarnya mencari mereka yang berdarah jenis AB+. Staf di lab tu kata hanya 25% penduduk dunia yang berdarah jenis ini. Paling sedikit bilangan berbanding mereka yang punya darah jenis O, A dan B. Aku sendiri berdarah jenis A.

Beberapa minit selepas jam 9.30 pagi aku, Sopi dan Yusmadi bergerak pulang. Hanya kak long tak turut serta kerana nak keluar dengan ayahnya pula ke KL. Ada anak-anak pula yang perlu aku uruskan persekolahan mereka. Anak aku, Asyikin yang 12 tahun pula ada exam di sekolah ugama, PSRA bermula pada tarikh yang sama dengan hari pembedahan ayahnya ini.

p/s : Sambung pula nanti kisah kolestrol dalam salur darah hubby.

Sambung ke Part 10

Monday, 24 September 2012

Part 8 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 7

Agak lewat sejam lebih aku dan hubby ke SDMC untuk pre-admit pada 23 September 2012, Ahad. Hubby sangkakan tengahari dan aku pula sibuk memasak sarapan dan lunch anak-anak hingga tak perasan masa berlalu begitu cepat. Kelam-kabut jugalah bersiap.

Malam sebelum tu aku dan hubby hantar anak bongsu aku Arif (3 tahun) ke rumah kakak hubby di Senawang. Hubby pun dapatlah jumpa maknya sebelum pembedahan.

Lebih kurang pukul 10.20 pagi baru tiba ke SDMC dan daftar diri hubby di wad tingkat 3. Buat sementara hubby ditempatkan di bilik single bed kerana tiada bilik yang kosong untuk 2 katil. Namun tiada caj extra dikenakan.

Semua lebihan bekalan ubat hubby juga diambil oleh nurse. Nasib baik jugalah tergerak hati aku nak membawanya. Itu sebagai langkah keselamatan untuk elak pesakit makan dos ubat yang bertindan.

Jam 11.00 hingga 11.30 pagi datang Dr. Mary, pakar bius SDMC untuk check denyutan nadi, tekanan darah, gigi dan urat kaki. Dia menerangkan dengan ringkas tentang jadual hubby dari mula datang hinggalah keesokan hari yakni hari pembedahan.

Dia juga ada bertanya tentang tangan mana yang biasa hubby gunakan untuk menulis. Mungkin ada kaitan dengan apa-apa suntikan yang akan dibuat pada tangan.

Dr. Mary yang lemah lembut orangnya
Pukul 11.55 pagi barulah Dato' Dr. Rozali datang bertanyakan khabar. Seperti Dr. Mary, dia juga bertanya jika hubby ada mengalami batuk, berkahak, pening atau demam. Syukurlah hubby sihat je daripada penyakit-penyakit yang ditanya tu. Sebenarnya aku yang sedang batuk dan selsema. Nasib baik tak demam.

Perkara yang sama diingatkan olehnya, sama juga seperti yang Dr. Mary beritahu :
- Hubby akan dibawa melawat bilik ICU dan diberi penerangan oleh nurse yang bertugas selepas lunch.
- Ada staf yang datang untuk cukur keseluruhan badan kecuali bahagian kepala dalam pukul 4 petang.
- Minum petang dan makan malam akan diberikan
- Mandi dan bersabun seperti biasa pada pukul 8.00 malam, kemudian perlu sapu sabun khas untuk anti septik.
- Tidak dibenarkan menerima pelawat selepas jam 9.00 malam.
- Melakukan senaman kaki dan pernafasan.
- Akan diberi inhaler dengan 2 sedutan dan ubat tidur dengan air yang sedikit pada pukul 10.00 malam.
- Mula berpuasa dari pukul 12.00 malam, jika terjaga tidak boleh minum atau makan.
- Mandi dan bersabun seperti biasa pada pukul 6.00 pagi keesokan hari, kemudian perlu sapu sabun khas untuk anti septik.
- Akan dibawa turun ke ICU antara pukul 7.00 ke 7.30 pagi.
- Ada 2 surat kebenaran yang perlu hubby tanda tangan iaitu surat untuk pembedahan dan untuk pemindahan darah.

Hubby juga diberitahu tentang salur tiub yang akan dipasang pada bahagian mulut, hidung, pangkal leher, dada, tangan, tiub kencing serta fungsi setiap satu. Banyaknya! Maklumat awal untuk mengelakkan pesakit terkejut bila terjaga selepas pembedahan.

Segala kemungkinan yang biasa berlaku juga turut diterangkan pada hubby. Hubby mungkin perlu berada dalam ICU selama 3 hari. Jika tiada masalah, barulah akan dipindahkan ke wad hingga 4 ke 5 hari lagi.

Dato' Dr. Rozali juga mengingatkan agar pelawat dapat dihadkan pada maksima 4 orang yang sama selama di ICU untuk mengelakkan sebarang masalah kerana pesakit perlukan rehat, ketenangan dan sensitif dengan persekitaran yang mungkin kurang bersih.

Selesai perjumpaan dengannya, staf dari bahagian lab darah pula mengambil sampel darah hubby untuk analisis sepadankan dengan darah penderma. Alhamdulillah sudah ada 3 sampel darah penderma dan 3 lagi akan aku bawa pada pagi hari pembedahan, 24 September 2012.

Adoi!
Paling sakit bila hubby diberikan suntikan vitamin K di bahagian punggung. Kesian hubby! Susah nak duduk sekejap. Untuk darah katanya, aku pun tak berapa pasti. Kena search info ni!

ECG... normal
Check ECG pula. Nak check rentak jantung sama ada normal atau tidak. Lupa pulak aku kiraan yang normal. Hubby punya dalam 79, normal katanya.

Semasa melawat ICU, setiap jari disepit untuk check denyutan nadi. Pun normal juga ; syukur.

Ada rakan sekolah hubby SMS mengatakan salah seorang staf di situ adalah orang kampungnya di Semanggol. Aku minta nombor handphonenya dan terus call. Rupanya dia memang nak datang melawat hubby. Kulaan (saudara) sudah datang! Panggil Raz saja. Seronoklah hubby dapat bercakap Banjar dengan orag kampung sebelah. Elok pula yang Razz adalah adik pada rakan hubby.

Bila diselidik, Razz pun pernah bekerja di Bandar Baru Bangi dan isterinya dulu pernah bekerja di Sony yang dulu sebumbung dengan aku. Akukan ramah bertanya.

Aku hanya berlalu pulang bila tiba waktu untuk hubby dicukurkan bak bayi yang baru lahir.

"Alamak! Togellah abang macam ni! Habis!", keluh hubby dalam senyum tersipunya.

Aku tidak terus pulang ke rumah tetapi singgah di rumah kakak dulu mengambil nasi impit dan kuah lontong seperti yang dia suruh. Kemudian aku terus ke Kajang Sentral untuk ambil cucu saudara pada abang ipar hubby dan bawa balik ke rumah. Dia bakal penderma darah AB+ untuk hubby esok.

Aku panggil dia 'Kak long' je! Comel je ; mewarisi cantik ibunya. Abang ipar aku pula menjemput abah pada kak long di airport Subang dalam pukul 11.30 malam dan bawa ke Hotel Newton yang dekat juga dengan rumah kakak aku. Elok je 2 beranak punya jenis darah yang sama dan akan menderma darah seawal pukul 7.00 pagi.

Singgah di rumah dan bawa anak-anak makan di restoran ayam penyet Red Rebong dekat surau As-Syakirin di Bandar Seri Putra dalam pukul 6.20 petang.

Malam tadi sekitar pukul 9.40 malam, hubby ada call kata kakak dan mak aku datang melawatnya dalam pukul 5.30 petang. Adik dan husbandnya pun melawat dalam pukul 7.30 malam. Esok tak boleh nak jumpa dah. Dah nak masuk bilik bedah. Aku pun mungkin dapat jumpa lepas selesai pembedahan saja.

Terima kasih atas bantuan, doa dan sokongan semua rakan-rakan dan keluarga. Moga-moga hubby selamat dan sejahtera. Hanya Allah yang dapat balas jasa baik kalian. Amin!

Sambung ke Part 9

Part 7 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 6

Sebelum menjalani pembedahan, hubby perlu jumpa dentist dulu. Dato' Dr. Rozali mahukan hubby dapatkan rawatan pada segala kerosakan gigi jika perlu. Kemudian hubby perlu bawa bersama pengesahan dari doktor gigi berkenaan pada hari pre-admit di SDMC iaitu 23 Sept 2012.

Aku menelefon pada 12 September 2012 ke klinik gigi berhampiran tetapi nursenya kata doktor Haslina oustation dan akan masuk semula pada 18 September 2012. Lambatnya nak tunggu dia balik. Takut pula aku kalau-kalau ada banyak gigi hubby yang perlu dirawat.

Jadi aku pun beralih ke klinik gigi yang biasa aku kunjungi dulu iaitu klinik Norshah yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Sederet dengan kedai Cosway dan mengadap kedai makan Yati Ayam Percik.

Gambar dari SINI
Terus je aku buat appointment nak jumpa keesokan harinya. Tak ada masa dah nak tunggu-tunggu dan nanti-nanti.

Pertama kali hubby tiba di klinik Norshah dengan muka agak gelabah je. Sabar ajelahkan! Nasib baiklah anak-anak aku brutal macam aku, tak kisah pun kalau jumpa dentist. Kalau sakit pun, sekejap ajekan!

Awal-awal dah kena leter dengan doktor Yati. Amik kau! Doktor Yati tu ibu pada kawan anak aku yang sulung semasa mereka dalam darjah 6. Sekarang dah tingkatan 4 pun. Kalau aku jumpa dia memang confirmlah berborak.

"Ni lama tak check gigi ni! Banyak karang gigi, ada yang nak kena cabut ni. 1, 2, 3! Tak boleh buat serentak. Kena datang lagi nanti, takut tak tahan!", leteran pertama bermula.

"Saya memang takut nak jumpa doktor gigi sejak kecik lagi!", jawap hubby tersipu.

Tersenyum je doktor Yati, "Janganlah takut, kalau sakit kena jumpa doktor jugakan!".

Jadi janganlah takut nak check gigi dengan dentist. Kalau rasa ada yang tak kena pada gigi, jangan tangguh-tangguh. Khuatir kalau sakit merebak yg asalnya cuma perlu tampal tapi terpaksa pula dicabut. Sayangnya gigi hilang. Lagi baik kalau dapat buat rutin check gigi dengan dentist setiap 6 bulan.

Klinik Norshah
Hasilnya 4 batang gigi hubby telah dicabut dalam 4 kali appointment dengan dentist. Paling ngilu katanya bila scaling. Adoi! Bila ada banyak karang gigi maka banyaklah scaling dilakukan maka banyak rasa ngilu terpaksa dihadapi. Antara tips kurangkan karang gigi ialah menggosok gigi dengan cara yang betul dan teliti pagi dan malam sebelum tidur. Kadang aku guna flos untuk buang sisa makanan yang tak mahu hilang dengan memberus. Jika ia masuk di celahan yang sangat sukar, mengadulah dengan dentist.

Bila aku check rekod aku sendiri, rupanya kali terakhir datang pada tahun 2007 yakni sejak pindah dari Bandar Baru Bangi ke Bandar Seri Putra. Kemudian pregnant di hujung tahun 2008 dan bersalin di pertengahan 2009. Asyik bertangguh saja nak jumpa dentist.

Sempat juga aku minta doktor checkkan gigi. Ok katanya dan bertanya "di mana buat scaling?".

"Mana ada buat scaling!", jawap aku.

"Gigi ok je!", jawap doktor.

Nantilah selepas hubby habis menjalani pembedahannya dan sihat, barulah aku boleh buat rawatan selanjutnya. Aku nak minta doktor gantikan semula tampalan lama gigi depan sejak aku di tingkatan 3 lagi. Pernah sekali aku gantikan semula tampalan tu dengan doktor Yati juga. Maklumlah sebab gigi depan kenalah jaga lebih sikit. Kalau dah ada serpih sikit kan tak comel.

Report gigi dah siap. Gigi hubby pun dah bebas karang gigi dan tinggal gigi yang sihat aje. Lepas sebulan nanti bolehlah nak buatkan gigi palsu pula.

Dato' Dr. Rozali perlu pastikan gigi pesakit bebas dari sebarang masalah dan sihat untuk mengelakkan kuman mahu pun bakteria ikut masuk ke dalam badan semasa tiub dimasukkan ke dalam mulut sewaktu pembedahan jantung nanti. Tentu saja untuk elak sebarang komplikasi berlaku kerana tiub akan berada lebih lama di dalam mulut untuk bantu pernafasan.

Itulahkan, takut-takut nak jumpa dentist akhirnya terpaksa juga. Pecah rekodlah sebab jumlah gigi yang dicabut sebanyak 6 batang tahun ini. 2 batang sebelum raya dulu sebab sakit gigi sampai nak tidur pun tak boleh dan kali ini 4 batang lagi.

Jadi, jagalah gigi korang ye!

Sambung ke Part 8

Saturday, 22 September 2012

Part 6 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambungan dari Part 5

Rutin harian aku tentunya memastikan hubby sentiasa makan ubat-ubatnya yang banyak tu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kadang terlewat juga setengah jam. Yang pastinya tak boleh tak makan.

Seawal 8.00 pagi adalah waktu paling banyak ubat dimakan ; diabetes, darah tinggi, jantung dan cair darah. Pukul 4.00 petang pula hanya 1 jenis ubat diabetes. Kemudian pada pukul 6.00 petang makan lagi ubat diabetes dan jantung. Waktu terakhir pada pukul 9.00 malam makan lagi ubat diabetes dan kolestrol.

Ubat diabetes saja ada 3 jenis dan untuk jantung ada 2 jenis. Ubat kolestrol, cair darah dan darah tinggi pula masing-masing hanya 1 jenis. Selang 2 hari aku akan check kandungan gula dalam darah hubby. Alat tu memang dah ada sejak dulu lagi. Kadang terlupa juga nak check.

Gambar dari SINI
Macam ni le rupa alat checknya. Guna brand Accu Check. Terpaksa pula aku mencari stripnya di kedai Guardian yang terletak dalam bangunan Warta di Bandar Baru Bangi. Mahal juga harganya ; RM49.90 sebotol. Ada 25 strip dalamnya.

Nyarislah setiap kali aku ambil bacaan darah hubby semuanya kira OK je. Bacaan antara 5 dan 6 sahaja. Dan setiap kali nak check, mulalah hubby buat muka suspen. Penakut betul nak kena cucuk sikit je jari tu.

Sikit je cucuknya.. hujung jari setitik je. Gambar dari SINI.
Maka bersambung lagilah rutin aku setiap pagi menghantar anak sulung ke sekolah menengah di Bandar Baru Bangi seawal jam 6.40 pagi. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit pergi dan balik jika tanpa kesesakan jalan raya. Kemudian hantar pula adik-adiknya ke sekolah rendah dan menengah dekat rumah, diikuti pula menghantar Arif ke rumah pengasuh.

Sejak hubby sakit hingga kini aku masih belum bekerja lagi. Nasib baik jugalah aku bekerja sendiri. Tak perlu gaduh-gaduh dengan boss nak minta cuti.

Pada hari Rabu, 5 September 2012 aku bawa hubby ke SDMC semula untuk pertemuannya dengan Dato' Dr. Rozali. Informasi yang aku dapat mengatakan ada 12 orang yang telah pun diatur perjumpaan mereka dengan beliau. Hubby adalah orang yang ke 11. Ramai juga ye! Aku dinasihatkan datang dalam pukul 12.30 atau lewat sedikit.

Memikirkan tentang bagaimana Aishah, anak sulung aku nak balik sekolah dari Bandar Baru Bangi, aku pun buat keputusan untuk ambil dia balik lebih awal. Tepat pukul 11.35 pagi aku tiba dikelasnya yang berada di tingkat 3. Letih juga nak mendaki anak tangga. Kebetulan memang guru kelasnya yang sedang mengajar dan faham situasi aku sebelum ni, jadi tak perlu aku bercerita panjang. Aku ambil Aishah, rekodkan nama di pejabat sekolah dan terus bergegas pulang.

Jam 12.00 aku tiba di rumah dan terus ajak hubby segera bergerak ke SDMC. Tak lupa juga dengan pesanan staf SDMC, Cik Suzie agar aku bawa bersama sampul surat besar yang berisi filem X-ray hubby.

"Pukul berapa appointment tu mama?", tanya hubby.

"Pukul 1.00!", jawap aku. Suka hati je aku tetapkan sendiri dan agak lewat sedikit dari waktu yang dipinta datang oleh staf SDMC yang menelefon sehari sebelum tu. Sebabnya aku tak yakin akan menunggu sekejap. Tentu lama.

Kadang hubby risau bila aku memandu. Maklum saja kalau dah pandu kereta dia, perempuan pulak tu. Dia lupa agaknya yang aku ni hari-hari memandu kereta. Pulak tu macam-macam saiz kereta aku redah je pandu. Dari sekecil kereta Kancil hinggalah ke sebesar kereta MPV Naza Ria pun tak jadi masalah sangat. Apa nak buat, hubby aku agak suka tukar kereta. Paling lama pun kereta yang dia pakai hanya dalam 3 tahun lebih sikit. Paling sekejap hanya sebulan (gila!). Pun kereta yang sekarang ni adalah yang ke-10. Kerana hobi dia itulah maka aku berpeluang merasa memandu pelbagai jenis kereta.

Dia pun lupa juga agaknya yang aku dapat lesen kereta lebih dulu daripada dia, ujian JPJ pun sekali je dah lulus. Ada satu lagi yang mungkin dia tak tahu agaknya yang aku pernah pandu kereta tanpa lesen dari Bandar Baru Bangi ke Sungai Way (Ops!) dan paling selalu di sekitar Bandar Baru Bangi. Itu semua kisah lama yang dipantau oleh arwah abang Sudin.

Honda Accord speed baik, apa salahnya sekali-sekala tekan minyak sampai 140km/jam. Itu pun baik juga tak mencecah 160km/jam. Tapi selalunya dia akan berkata "Mama! Slow sikit!". Maka pandulah yang biasa-biasa saja antara 100 ke 120km/jam. Jadi target aku sampai pukul 1.00 di perkarangan SDMC memanglah tepat.

Masuk ke lobby dan terus ke kawasan kliniknya yang bersebelahan saja dengan lobby. Ruang menunggunya diasingkan daripada ruang menunggu lobby. Pun begitu ianya masih lagi satu ruang yang sangat luas. Nak bagi dalam bentuk ukuran pun aku tak pandai. Yang pasti ada hampir 6 hingga 7 set sofa yang berasingan, bilik air untuk lelaki dan perempuan yang luas (bolehlah nak letak tab mandi), ruang pejabat Finance, 3 bahagian penyambut tetamu yang berbeza. Besar punya!

Seorang pesakit di dalam bilik Dato' Dr. Rozali. Ada lagi 3 orang sedang menanti yang termasuk hubby. Lambat lagilah nampaknya. Apa tunggu lagi, solat Zohor dulu. Sempat lagi aku dan hubby turun pula ke cafe di aras B1 untuk makan tengahari.

Kebetulan pula anak saudara aku call, katanya mak mertua nak bercakap dengan hubby. Memanglah dia risaukan anak dia tetapi sempat pula dia risaukan sawah bendangnya di kampung. Alahai mak! Janganlah risau sangat. Ada orang lain yang menguruskannya. Bukan tugas dia pun nak risaukan semua tu dalam keadaan tak sihat dan usia tua begini. Anak bongsu pun dah 42 tahun, bukan perlu duit belanja sekolah lagi. Dia makan hasil menyewakan bendang pun tak habis. Hubby masih tak tahu yang maknya sedang bercakap dari hospital Seremban. Biarkanlah.

Selesai makan, masih juga terpaksa menanti. Ada kes kecemasan pula yang buat doktor bergegas pergi sekejap. Tapi ada pula seorang pesakit yang rutinnya kalau tak silap aku setahun sekali akan berjumpa dengan Dato' Dr. Rozali untuk pemeriksaan susulan. Itulah Mr. Wong dari Cheras. Rata-rata staf di situ sudah lama mengenalinya kerana sifatnya yang sangat peramah.

Mr. Wong sudah pun menjalani pembedahan pintasan jantung sejak 13 tahun yang lalu. Dia kelihatan sihat dan cergas dalam usia 60-an. Wajahnya mungkin sudah nampak usianya tetapi pergerakannya kelihatan lebih muda. Ramah dia bercerita dengan kami sambil berdiri. Sedangkan kami yang lebih muda ni pula selesa duduk di sofa. Berkali-kali diajak duduk, berdiri lebih elok katanya.

Dia bercerita tentang kehidupannya yang berubah selepas pembedahan itu. Setiap pagi dia akan pergi berjoging sebelum masuk kerja. Pemakanan juga lebih memilih kepada yang lebih sihat. Dia memang tidak merokok. Katanya bila mendapat tahu dia perlu menjalani pembedahan itu, rakan-rakan dan keluarga semuanya terkejut. Tetapi dia pula seperti tak kisah hanya melaluinya dengan perasaan 'redah aje'! Orangnya memang nampak sempoi. Tak nampak pun seperti seorang yang pernah bekerja sebagai pengurus bank. Banyak nasihat dan peringatan diberikan pada hubby.

Selain itu dia bercerita tentang karektor doktor yang sangat tegas, cekap, baik dan berdisiplin dalam menangani pesakitnya. Dia yakin dengan setiap tindakan Dato' Dr. Rozali dan selebihnya Tuhan yang menentukan. Katanya hubby diuruskan oleh doktor yang terbaik dia pernah jumpa. Jangan banyak sangat risau, pesannya lagi.

Dalam pukul 4.00 petang barulah kami dapat berjumpa dengan doktor. Orangnya kelihatan lebih muda dari usia. Bercakap bila perlu sahaja. Dia bertanya tarikh-tarikh dari hubby mula kena serangan dan proses rawatan yang dilalui. Sedikit latar belakang keluarga, pekerjaan dan jika ada perasaan yang tak kena tentang kesihatan sebelum ini. Semuanya dicatitkan.

Hubby ditanya jika ada rasa lemah, kebas anggota badan atau gastrik. Adakah mempunyai kebiasaan kerap kencing malam atau luka yang lambat sembuh?

Kemudian hubby di periksa di sebalik tabir dalam biliknya. Aku pun tak boleh nak tengok. Seperti biasa di periksa denyutan nadi dan tekanan darah. Hanya jarinya digunakan untuk merasa salur darah hubby di bahagian kaki.

Bila ditanya, hubby meminta doktor yang menentukan tarikh paling sesuai untuk pembedahan. Maka tarikh 24 September 2012 (Isnin) jam 9.00 pagi telah dipilih. Hubby perlu admit sehari lebih awal iaitu pada hari Ahad, 23 September 2012 jam 9.00 pagi.

Hubby berdarah jenis AB+. Doktor meminta kami mencari penderma darah dari jenis yang sama untuk pembedahan ini. Kami perlu mencari sekurang-kurangnya 6 orang untuk tujuan itu. Mereka perlu hadir beberapa hari lebih awal untuk buat 'blood screening test' di lab darah SDMC Ara Damansara. Kemudian perlu datang seawal pukul 7.00 hingga 8.00 pagi ke lab darah SDMC Ara Damansara untuk menderma.

Memang AB+ boleh terima semua jenis darah tetapi doktor mahukan yang sama jenis untuk pembedahan berkaitan jantung. Mungkin tak mahu ada komplikasi untuk pembedahan organ yang paling utama dalam badan. Dia juga tidak mahu darah penderma yang punya pertalian darah secara lansung dengan pesakit seperti anak, adik-beradik mahupun ayah dan ibu. Boleh diterima jika pendermanya anak saudara, ibu atau bapa saudara dan sepupu. Lebih elok jika penderma adalah daripada kalangan rakan-rakan yang lansung tiada pertalian darah.

Doktor tidak mahu hubby mencuba ubat-ubatan tradisional setelah setuju untuk dibedah kerana tidak mahu ada gangguan pada ubat-ubatan yang sedia ada. Khuatir keadaan semakin merumitkan.

Hubby juga diajar untuk melakukan 3 perkara setiap hari yang mana lebih kerap dilakukan adalah lebih baik. Antaranya cara pernafasan yang betul dengan sedut nafas ikut hidung dengan kiraan 10 dan hembus melalui mulut perlahan-lahan sebanyak 5 kali pada satu masa, aksi batuk 2-3 kali dan tolak-tarik pergelangan kaki ke atas dan ke bawah beberapa kali.

Baca manafaat teknik pernafasan yang betul di SINI.

Ubat cair darah (Cardiprin) perlu dihentikan seminggu sebelum tarikh operasi. Bermakna tarikh 16 September 2012 adalah tarikh akhir untuk hubby makan ubat tu. Tak perlu pening-pening takut terlupa, maka jumlah ubat yang dibekalkan nanti akan terhad hingga tarikh itu sahaja.

Doktor juga menyuruh hubby berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan keseluruhan. Jika ada yang perlu ditampal, dicabut dan sebagainya. Ngerilah hubby aku nanti. Paling takut nak jumpa dentist. He..he.. Oleh itu doktor juga mahukan laporan dari doktor gigi mengatakan gigi hubby dah elok semuanya. Selesaikan masalah gigi dulu. Bagus! Aku setuju sangat.

Kemudian hubby pergi ke lab darah untuk ditimbang dan diambil sampel darah. Tak tahulah aku untuk apa pulak lagi. Kena cucuk lagi tapi guna jarum halus, tak sakit pun. Akhirnya pergi ambil ubat di farmasinya yang searas dengan lobby. Sedar-sedar jam dah pun dekat pukul 7.30 malam. Lamanya! Barulah dapat balik ke rumah.

Kiranya keputusan aku ambil Aishah balik sekolah lebih awal tadi tu betullah. Kalau tidak lamalah dia menunggu hingga lewat petang, mungkin hingga ke malam.

Sambung ke Part 7

Friday, 21 September 2012

Part 5 - Bila dia sakit aku turut terasa

Sambung dari Part 4

31 Ogos 2012, 55 tahun Malaysia merdeka. Cantik nombor 55, nombor kegemaran aku. Nampaknya kisah hubby diserang sakit jantung bermula dengan tarikh-tarikh yang mudah aku ingati. Bermula 25 Ogos, genap 12 tahun usia anak aku yang menghadapi UPSR dan tarikh 31 Ogos pula dia check-out dari SDMC.

Pada waktu yang sama mak mertua aku yang tentunya mak kandung hubby pun masuk hospital Seremban selepas anak saudara aku dan ayahnya ambil dia pada 28 Ogos kelmarin di rumah sepupu hubby di Kamunting, Perak kerana demam. Rupanya selepas sehari dia di rumah kakak ipar aku di Senawang, terpaksa ditahan di hospital Seremban akibat kurang air dalam badan. Aku tak bagitau hubby pun, malas nak buat dia risau. Jadi anak-anak saudara aku sajalah yang setiap hari akan beri maklumat sama ada melalui SMS atau call tentang keadaan mak mertua aku tu.

Dua beranak masuk hospital nampaknya.

Pukul 9.00 pagi tu aku tiba di wad CCU untuk menyiapkan hubby berkumur dan bersarapan. Lena sikit tidur malam tadi katanya.

"Dah kencing?", selamba je aku tanya dia.

"Dah! Pukul 6.00 tadi. Abang mintak nurse tu bagi bekas. Dah siap tekan je loceng! Dia datang ambil bekas tu.", jawap hubby.

Dia tak sampai hati nak SMS aku suruh datang agaknya. Pukul 4.00 pagi aku memang terjaga pun. Intai juga handphone, takut kalau-kalau ada SMS darinya yang aku tak dengar. Memang tak ada pun.

Tak lama kemudian Dato Dr. Anuar tiba.

"Eh! Dato' tak ke Kuching ke?", tanya aku. Semalam katanya ada hal nak ke Kuching, Sarawak.

"Saya terpaksa batalkan sebab kes kecemasan semalam!", balasnya.

"Lagi pun cuma hal kahwin saudara.", tambahnya lagi.

Tentu kes kecemasan pesakit yang juga berada di wad CCU, selang 1 bilik je dengan hubby.

Lagi sekali Dato' Dr. Anuar mengajak ke biliknya untuk menerangkan semula tentang keputusan angiogram semalam. Tetapi kali ini nak beri penerangan kepada hubby sendiri. Yang buat hubby terasa segan sangat bila beliau sendiri yang nak tolak kerusi roda hubby ke biliknya. Sangat 'humble' orangnya.



"Jadi Faisal rasa macam mana pagi ni? Kalau rasa ok, boleh dah nak balik. Nanti 5 haribulan datang semula berjumpa dengan Dato' Dr. Rozali.", katanya.

Serba-sedikit beliau menasihatkan tentang pemakanan ; elakkan yang manis dan berminyak. Jika rumah 2 tingkat, disarankan agar tidur di tingkat bawah saja kerana masih lemah untuk turun naik tangga. Hubby diberi MC hingga ke tarikh 5 September 2012. Tarikh yang hubby perlu datang semula untuk berjumpa dengan Dato' Dr. Rozali pula.

Setelah dia berlalu, aku bertanya dengan hubby sama ada dia ok atau tidak. Aku mencadangkan agar dia berehat hingga petang sedikit untuk mengumpul tenaga. Nampak agak letih dan kepala pun masih pening.

Aku meminta izin dengan Dato' Dr. Anuar jika hubby dapat panjangkan masa hingga petang untuk berehat. Tidak menjadi masalah baginya. Malah jika mahu duduk di wad CCU hingga petang pun tidak mengapa. Tetapi aku mohon dipindahkan ke wad biasa saja kerana wad CCU penuh dengan pelbagai peralatan. Terasa minda tak selesa melihat segala peralatan tu. Biarlah hubby dipindahkan ke wad biasa saja untuk lebih selesa ; dapatlah dia mandi, solat dan berehat dengan lebih tenang. Anak-anak pun dapatlah jenguk dia petang nanti sambil menunggu dia keluar.

Hubby ditolak dengan kerusi roda menuju ke wad biasa di tingkat 3. Dia mula berjalan perlahan-lahan di dalam bilik. Hampir tengahari, makanan hubby disediakan. Kali ini dapatlah dia makan dengan menyuapnya sendiri. Selepas makan, dia berehat dan aku mohon balik ke rumah kakak untuk ambil anak-anak.

Aku singgah di Subang Perdana saja membeli lauk untuk makan tengahari. Malas dah nak memasak dan aku pun bukan cekap dan pandai sangat pun. Senang sikit, kakak tak payah le nak masak.

Segala baju aku dan anak-anak mula dikemas. Lebih kurang pukul pukul 3 petang aku kembali ke hospital bersama kesemua anak-anak untuk bertemu ayah mereka. Bila ada si kecil Arif tu, memang riuhlah dibuatnya. Kebetulan ada bilik pelawat di sebelah bilik hubby, maka aku suruh mereka tengok TV di situ saja kerana bilik hubby ada 2 katil tetapi tidak boleh menonton TV. Supplier tersilap pasang unit TV dalam bilik tu kata nurse. TV hanya disediakan untuk bilik 1 katil sahaja.

Sementara tu, hubby baru nak mandi. Ada tempat duduk disediakan di dalam bilik air untuk kemudahan pesakit. Aku pula beritahu nurse untuk check-out dan menunggu mereka menyediakan segala apa yang sepatutnya.

Kami semua pakat menunggu di bilik pelawat saja sambil menonton TV. Hanya aku, hubby dan anak-anak saja yang ada sebab tak ramai lagi pesakit di hospital ni.

2 orang staf SDMC bahagian Finance (Suzie) dan Farmasi (Vanajah) datang membawa ubat-ubatan, surat MC, kad peringatan untuk appointment selanjutnya dan bil terperinci hospital.

Amboi! Banyaknya ubat ; Untuk jantung, darah tinggi, kolestrol, cair darah dan diabetes. Hubby bukan ada masalah darah tinggi tetapi mungkin untuk kawal tekanan darah agaknya, itu yang aku fikir le. Terpaksalah aku mencatit kegunaan ubat dan waktu yang sepatutnya aku berikan. Jadi nurse kat rumah.

Amboiii.... panjang sikit amboinya! Bilnya pun tak menahan juga untuk 2 hari 2 malam ; mencecah angka RM10K dan ada lebihan lagi. Nasib baik le syarikat tempat hubby bekerja yang bayarkan. Kalau tidak pengsanlah aku. Jadi kalau ada sesiapa yang belum ada insuran tu, janganlah berkira sangat nak beli insuran. Aku boleh rekomenkan consultant yang bagus kerjanya untuk korang.

Setelah selesai semua urusan, kami terus balik ke rumah di Bandar Seri Putra.

Aishah pula dah berjanji hendak bermalam di rumah rakannya sempena majlis perkahwinan kakak rakannya itu. Tak sampai hati pula nak menghalang dan aku pula memang kenal baik dengan rakannya itu. Jadi dalam pukul 6.15 petang bergegas pula menghantar Aishah ke rumah rakannya di fasa 4, Bandar Baru Bangi.

Hubby tak nak tidur di tingkat bawah. Nak ke bilik juga katanya. Risau juga aku. Naiklah tangga perlahan-lahan. Dalam bilik atas ada aircond, bilik bawah panas sikit. Bukan ada tilam tebal dan katil pun. Tak selesa nanti. Kesian hubby sebab tangan kanannya masih sakit akibat angiogram yang pertama dulu. Tak dapat nak tidur dengan selesa. Terpaksa letak banyak bantal dan import alas sofa dari tingkat bawah. Arif pula asyik-asyik terjaga. Maka aku pun dapat tidur dengan tidak saja kerana risaukan hubby dan menjaga Arif.

Apa nak buat! Sabar ajelahkan. Dah itu yang Allah tentukan untuk aku.

Sambung ke Part 6

Part 4 - Bila dia sakit, aku turut terasa

Sambungan dari Part 3

Pukul 9.00 pagi Khamis, 30 Ogos 2012 sekali lagi hubby menjalani angiogram yang kali ini dilakukan oleh Dato' Dr. Anuar Masduki di SDMC Ara Damansara. Aku pula lewat bergerak dari rumah kira-kira pukul 9.15 pagi bersama kelima-lima anak aku.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi aku menerima panggilan dari SDMC Ara Damansara semasa sedang memandu. Dato' Dr. Anuar lansung bercakap dengan aku tentang keputusan ringkas angiogram kerana khuatir tak sempat jumpa aku. Dia ada urusan lain yang mungkin tidak dapat menunggu aku selepas 15 ke 20 minit lagi. Terkejut juga aku kerana cepatnya siap proses angiogram tu dengan keadaan jantung sebelah kanan hubby turut dapat dikesan.

Hubby ditempatkan di wad CCU di tingkat 1. Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan sekali masuk denga usia 12 tahun ke atas. Aku masuk dengan ditemani oleh Aishah dan kemudian Amirul. Sementara Azri dan Asyikin pula aku minta mereka jagakan Arif di ruang menunggu, yang juga berada di aras yang sama. Ada TV disediakan.

CCU

Hubby yang kelihatan tertidur seperti sedar dengan kehadiran kami. Dia membuka mata. Amirul dan Aishah hanya bersalam dan mengucup tangan ayah mereka seperti biasa. Melihat keadaan hubby yang lemah, aku hanya mengucup dahinya dan berbisik "Ayah rehatlah dulu! Mama nak bawa anak-anak sarapan dulu. Semuanya datang pagi ni. Kami nak tidur di rumah kakak malam ni! Petang nanti mama datang lagi!".

Aku keluar dari wad CCU dan duduk sekejap bersama anak-anak di ruang menunggu. Tiba-tiba Dato' Dr Anuar lalu di situ dan dia ternampak aku. Dia menghentikan langkahnya dan melambai tanda mengajak aku masuk semula ke wad CCU. Aku akur dan sempat berpesan pada Aishah untuk jagakan si kecil yang aktif sangat, Arif yang baru 3 tahun usianya.

Dia membawa aku berjumpa semula dengan hubby. Hubby sedar dengan kehadiran kami.

"Faisal! Saya nak tunjukkan sedikit kepada isteri Faisal tentang hasil angiogram tadi. Faisal berehatlah dulu ye!", lebih kurang begitulah kata-katanya yang lembut pada hubby. Hubby hanya mengangguk dan tersenyum tanda berbahasa.

"Siapa nama ye?", doktor bertanya pada aku.

"Panggil Liza saja pun tak pe!", jawap aku.

"Liza! Ikut saya ke bilik untuk saya tunjukkan hasil angiogram tadi", katanya.

Aku mengekorinya dengan ditemani seorang nurse ke bilik yang dimaksudkan. Tak pasti apa nama bilik tu. Sebelum masuk kena buka kasut dan guna selipar yang disedikan untuk menjaga kebersihan bilik itu.

Beliau menunjukkan hasilnya menggunakan video di mana situasi sebelah kiri jantung ada 3 saluran yang jelas tersumbat. 2 daripadanya menutupi ruang dalam 40% dan agak serius di 1 bahagian pangkal utama hingga 90% lebih. Kesakitan yang dialaminya pada 25 Ogos lalu berpunca daripada bahagian kiri.

Bahagian kanan jantung juga dapat dilihat yang mana sebelum ini gagal dilihat semasa angiogram pertama di Hospital Serdang. Kelihatan lebih banyak saluran darah yang tersumbat tetapi peratusan menutupi ruang tidaklah hingga 90%.

Rancangan awalnya untuk melakukan angioplasti tidak dapat diteruskan kerana khuatir risiko yang dihadapi memandangkan bilangan yang tersumbat agak banyak walau pun dalam 1 saluran. Maka pembedahan pintasan jantung akan dibuat di kedua-dua bahagian kiri dan kanan jantung. Keputusan muktamad berapa bilangan pintasan akan ditentukan oleh Dato' Dr. Rozali Wathooth nanti. Kemungkinan yang Dato' Dr. Anuar kata 2 pintasan di bahagian kanan dan 2 juga di bahagian kiri.

Aku mendengar dengan wajah yang tenang walau pun di dalam hati memang dah mengucap panjang. Resah! Risau! Seperti memahami gejolak hati, Dato Dr. Anuar memberitahu bahawa pembedahan pintasan jantung hubby akan dilakukan oleh Dato' Dr. Rozali bersama pasukannya. Beliau telah bekerjasama dengan Dato' Dr. Rozali hampir 27 tahun lamanya. Masing-masing telah memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Seperti kita berkawan juga, sudah faham rentak dan riak sahabat.

Selesai penerangan, kami beralih semula ke katil hubby. Dato' Dr. Anuar memberitahu bahawa hubby boleh check-out keesokan pagi jika hubby rasa ok dan tekanan darahnya stabil. Eh! Cepatnya dah boleh keluar. Sukanya hubby dan aku juga.

Sebelum keluar aku suapkan hubby makan dahulu dengan makanan yang telah disediakan. Lapar katanya. Cuma makan roti saja seawal pukul 7.30 pagi sebelum angiogram. Habis juga nasi yang aku suapkan. Setelah selesai makan, lapkan muka dan lehernya agar selesa dan buang air kecil dalam bekas yang disediakan, barulah aku keluar jumpa anak-anak.

Kesian anak-anak yang masing-masing dah kelaparan. Tak tahulah nak kata sarapan atau pun makan tengahari. Pun sebelum tu sempat makan roti dalam kereta tadi.

Aku mengajak anak-anak ke cafe yang terletak di aras basement (B1) dengan membawa bersama nasi lemak yang sempat aku beli di gerai dekat rumah aku tadi. Ada mesin ATM Maybank dan CIMB juga di B1 yang berhadapan dengan kedai ala 7-Eleven. Bersebelahan pula kedai itu dengan lab untuk menderma darah. Betul-betul di hadapan pintu lif.

Cantik cafenya tapi cuma ada 2 lot kedai sahaja yang buka. Masih ada 2 lot lagi yang kosong. Kedai paling kanan menjual air dan sandwich. Kedai paling kiri pula dengan nasi berlauknya. Aku hanya membeli sayur kangkung goreng dan air untuk anak-anak. Dapatlah guna sudu garfunya dan minta mangkuk kecil untuk letakkan sambal ikan bilis nasi lemak tadi. Aku belikan Arif sebiji tomato sebab dia tak mahu makan nasi. Terkejut peniaga kedai tu bila aku kata tomato tu nak sebiji je dan tak payah dipotong pun. Arif buat macam makan epal je. Riuh cafe dengan suara anak-anak aku. Orang pun tak ramai sangat.

Cafe
Selepas puas makan dengan ais krim pula, barulah kami bergerak menuju ke rumah kakak. Cuma 10 minit je nak menghala ke Desa Subang Permai.

Anak-anak memang suka pergi ke rumah mak ngahnya. Ada Astro dan ada Wifi. Bolehlah nak berinternet dan tengok siaran TV yang lebih banyak pilihannya. Kat rumah aku ada Unify je.

Mak aku pun ada kat rumah kakak. Kira ziarah mak sekali le. Dapat juga aku berehat dan melelapkan mata sekejap.

Jam 4.45 petang, terima SMS dari hubby bertanyakan jika aku ada datang atau tidak. Lapar katanya nak minta aku suapkan. Tak mahu nurse yang suapkan. Malu agaknya. Hubby akukan pemalu... he..he..

"Mama on the way!", kebetulan aku memang baru nak keluar pun.

Aku suapkan makannya dan ubat sekali. Sekali-sekala handphone berbunyi, ada rakannya yang bertanya khabar. Kesian juga bila ada rakan sekerja yang nak datang dari Bandar Baru Bangi tetapi tersesat pula hala ke KL.

Dari petang membawa ke malam. Rakan baiknya yang juga dah pun jadi bossnya datang bersama anak-anak dan isteri dari Bukit Mahkota, dekat je dengan rumah aku. Rakan memancingnya juga.

Adik aku pun turut menziarahi bersama suami dan anak-anaknya, si comel Aleesya (3 tahun) dan kakaknya Adrianna (6 tahun). bergilir-gilirlah masuk ke wad CCU. Abang ipar (suami kakak) pun turut singgah kerana dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabatnya yang berhampiran.

Halaman SDMC Ara Damansara
Aku berlalu dari hospital sekitar jam 9.00 malam. Tak risau sangat dengan perjalanan kerana dekat saja nak balik ke rumah kakak. Cuma berpesan pada hubby agar SMS jika perlukan apa-apa. Aku dibenarkan masuk ke wad itu bila-bila masa saja.

Sambungan ke Part 5

Thursday, 20 September 2012

Part 3 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambungan daripada Part 2 di SINI..

28 Ogos 2012 merupakan malam ke 4 hubby di hospital. Keresahannya berganda apabila doktor mengatakan keadaannya kritikal dan perlu menjalani pembedahan pintasan jantung. Usahkan dia, kalau aku pun berada ditempatnya tentu berperasaan demikian juga.

Malam tu sukar dia nak lelapkan mata. Aku hanya berbalas SMS, cuba untuk meredakan resahnya. Pada waktu yang sama dia sendiri sukar hendak membuat keputusan sama ada ingin memilih IJN atau SJMC untuk melakukan pembedahan tersebut.

Petang sebelum itu aku ada call 3 orang rakan doktor yang juga merupakan client Unit Trust aku untuk mendapatkan pandangan dan pendapat mereka tentang kedua-dua hospital tersebut. Terima kasih pada Dr. Nazim (Klinik An Nur Bandar Seri Putra), Dr. Razman (Klinik An Nur Bandar Tun Hussein Onn) dan Dr. Anuar Sani (Lecturer USIM).

IJN (Institut Jantung Negara) sangat lengkap dengan segala kemudahan dan peralatannya. Pasukan doktor juga terdiri daripada mereka yang terbaik dan berpengalaman. Dato' Dr. Haji Azhari adalah antara nama yang kakak aku pernah sebut pernah melakukan operasi pembedahan ke atas arwah ayah dahulu. Tidak kurang hebat juga doktor pakar yang berkhidmat di SJMC (Subang Jaya Medical Centre) atau nama barunya SDMC (Sime Darby Medical Centre). Pencarian pakar di SDMC membawa penemuan kepada nama Dato' Dr. Rozali Wathooth. Taip saja nama beliau di Google Search, pasti banyak info tentangnya. Antaranya sejarah beliau sebelum IJN dibuka di SINI.

Esoknya 29 Ogos 2012, hubby membuat keputusan untuk menjalani pembedahan tersebut di SDMC. Aku memberitahu bossnya tentang hasratnya itu dan pihak syarikat akan menyediakan GL (Guarantee Letter) untuknya. Tengahari tu ramai rakan-rakan pejabat dan pihak pengurusan yang melawatnya di Hospital Serdang. Ada juga rakan-rakan lama yang menelefon bertanyakan khabar.

Waktu ini hubby sudah pun dipindahkan ke wad lain. Maka bilangan pelawat yang boleh menjenguknya pada satu-satu masa tidaklah terhad pada 2 orang saja. Waktu itu aku juga ditemani oleh 2 orang anak aku yang sulung (Aishah, 16) dan yang kedua (Amirul, 14).

Habis waktu melawat pukul 2.30 petang itu aku lansung balik ke rumah. Aku datang semula pada pukul 4.30 petang dengan membawa bersama anak yang ketiga (Asyikin, 12) dan yang keempat (Azri, 10) pula. Ikut giliran untuk melawat ayahnya.

Hubby kata dia perlu dipindahkan ke SDMC. Aku perlu selesaikan urusan check-out hubby dari Hospital Serdang. Bersenamlah aku turun ke kaunter bayaran di tingkat bawah. Bukan bayar pun, cuma ambil resit saja. Kos menghampiri angka RM1K. Semuanya syarikat tempat hubby bekerja yang bayarkan. Kemudian naik semula ke tingkat 6 untuk ambil hubby turun yang ditemani oleh Azri dan Asyikin tadi.

Nurse kata tiada ambulan untuk hantar kerana semuanya sedang digunakan. Tak mengapalah kerana hubby pun dah boleh berjalan. Nyaris juga kereta yang aku pandu waktu itu kereta hubby. Selesalah sikit perjalanan nak ke SDMC.

Aku dapat panggilan dari kak Seha, wakil HR (Human Resources) memberitahu bahawa SDMC Subang Jaya agak penuh dan hubby diminta ke SDMC Ara Damansara. Kak Seha tak dapat nak tunjukkan arah jalan untuk aku ke SDMC Ara Damansara. Hanya alamat yang diberikan. Aku tak dapat nak bayangkan di mana lokasinya berdasarkan alamat itu. Hubby cuba masukkan dalam GPS pun tak dapat juga.

Aku mula bergerak dari Hospital Serdang lebih kurang pukul 6.00 petang. Jalan keluar dari arah Putrajaya menghala ke Tol Kajang sudah pun sesak dengan kenderaan. Minda terus berfikir tentang haluan yang harus aku lalui. Hubby cadangkan ikut KESAS highway. Redah ajelah.

Teringat abang ipar (suami kakak aku) yang agak mahir dengan jalan-jalan di Lembah Kelang ni. Katanya ikut jalan hala ke Subang Airport yang lama. Guna susur kiri selepas nampak stesen minyak BHP. Agak jelas sikit bayangan aku kerana itulah jalan yang dulu sering aku gunakan bila nak ke rumah kakak.

Berbeza pula dengan hubby yang masih membayangkan SDMC Subang Jaya. Dia menyuruh aku masuk susur kiri semasa di KESAS highway. Susur kiri selepas exit Sunway Pyramid. Aku agak hairan juga tapi ikutkan saja. Alih-alih memang salah jalan, sesat dan tersekat dalam jem. Nampaknya aku juga yang perlu fikirkan jalan keluar hinggalah dapat lalu di jalan dari arah USJ menghala ke Subang Jaya.

Aku pandu ke arah 'fly-over' menghala ke Subang. Hubby kata "tu SJMC!" di sebelah kanan yang kelihatan di bawah 'fly-over'. Masa itu barulah aku perasan rupa-rupanya hubby masih ingatkan kami nak menghala ke SDMC Subang Jaya. Patutlah semangat benar dia tunjukkan jalan. Sabar ajelahkan.

"Yang! Bukan yang ini, SDMC Ara Damansara. Ini Subang Jaya!", aku bagitau hubby. Dia dah confused!

Berjaya juga aku masuk ke jalan Lapangan Terbang Subang. Agak sesak juga dengan kenderaan. Jam dah pukul 7 lebih pun. Dah nak malam. Sebelum tu aku dah call pengasuh Arif memberitahu aku lewat lagi.

Tak susah pun nak cari SDMC Ara Damansara, terus aku parking dekat pintu masuk kecemasan. Ada banyak ruang parking yang kosong. Pilih sajalah nak letak kereta di mana pun.

Lot parking bahagian kecemasan
Semasa mendaftar nama hubby, dia di check sekali lagi oleh doktor yang ada di situ. Lupa aku dengan nama doktor tu. Diambil darah, tekanan darahnya, uji tahap gula dalam darah dan x-ray. Sementara menunggu selesai, aku bawa anak-anak ke restoran Subway yang ada di bangunan hospital untuk membeli makanan. Itu saja pilihan yang ada kerana dah malam, cafe mereka dah pun tutup. Anak-anak pula dah lapar.

Asyikin & Azri makan sementara menunggu

Kaunter daftar bahagian kecemasan
Kemudian di bawa ke wad di tingkat 3.

"Mama! Ni hospital ke hotel?", tanya Asyikin. Memang cantik!

Ruang pelawat menunggu di lobby
Lebih kurang pukul 8.30 malam, hubby didatangi oleh doktor pakar. Banyak soalan yang diajukan olehnya pada aku dan juga hubby. Itulah Dato' Setia Dr. Haji Anuar Masduki yang lembut bicaranya tetapi jelas dan tegas.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan muncul abang ipar aku tadi dan memberi salam.

Terus saja Dato' Dr. Anuar bersalam dengannya dan berkata "Izinkan saya periksa adik ni (merujuk pada hubby)". Sangat merendah diri orangnya. Itulah orang lama dan berpengalaman, mungkin dalam usia 60-an juga tu.

Kami diajak ke bilik video berhampiran. Di situ beliau menerangkan keadaan jantung hubby dibantu oleh rakaman video dari Hospital Serdang. Beliau ingin melakukan lagi proses angiogram untuk meninjau semula keadaan jantung di bahagian kiri dan cuba juga di bahagian kanan yang sebelum ini gagal dilihat. Jika keadaan mengizinkan untuk proses angioplasti dijalankan, maka ia akan dilakukan terus semasa angiogram nanti yang dijadualkan pada pukul 9.00 pagi keesokan hari.

Video jantung
Dato' Dr. Anuar menenangkan hubby bahawa proses angiogram nanti akan dilakukan dari bahagian peha kanannya yang sama tetapi dalam keadaan hubby dibius sepenuhnya. Ngeri agaknya hubby bila teringatkan proses sama sebelum ini.

Bertanya tentang risiko, Dato' Dr. Anuar membalas dengan kata-kata yang lembut, berlapik tetapi tidak lari dari fakta.

"Semua yang kita lakukan ada risikonya. Jika orang kata tiada risiko bermakna orang itu tidak tahu!", antara kata-katanya. Pesannya agar buat yang terbaik, berusaha, berdoa dan selebihnya kita berserah pada Allah.

Kadang semua yang dirancang memang kelihatan akan 100% berjaya, tetapi jika itu bukan kehendakNya, tiada siapa dapat menghalang. Pun adakalanya seperti tiada harapan, tetapi jika Allah mahukan dia selamat, maka akan selamatlah. Apa yang penting adalah semua pihak melakukan tugas dan tanggungjawap masing-masing.

Selepas selesai jumpa Dato' Dr. Anuar, tekanan darah hubby kelihatan normal semula. Semasa baru sampai tadi agak rendah je. Risau lebih agaknya, bijak doktor memujuk.. he..he..

Dalam pukul 9.30 malam aku bergerak balik ke Bandar Seri Putra bersama Azri dan Asyikin. Terus singgah rumah pengasuh untuk ambil Arif.

Sambung ke Part 4

Thursday, 13 September 2012

Part 2 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambungan dari Part 1 di SINI..

Sebaik tiba di rumah, lansung aku terus ke bilik dan mengajak Arif tidur. Sebelum tu aku minta tolong dengan Amirul, 14 tahun iaitu anak aku yang kedua untuk mengunci pintu pagar luar dan pintu rumah. Kepala dah sakit dan terasa mengantuk sangat.

Pun begitu masih teringatkan hubby dan terfikir "dapat lenakah dia tidur di hospital?". Aku dah merasa berkali-kali juga tidur di hospital yang antaranya 2 kali kerana mabuk akibat mengandungkan anak sulung, setiap kali melahirkan anak yang 5 orang tu, menjaga Arif yang pernah masuk wad akibat demam dan yang terakhir sekali sewaktu aku dilanda demam denggi.

"Sabarlah yang! Itu dugaan yang Allah beri, maka terpaksalah kita lalui juga dengan redha!", bisik hatiku sendirian. Seakan bisikan itu didengari oleh hubby agaknya. Tak mengapalah, hubby aku kan penyabar orangnya.

Sebenarnya pada petang hubby kena sakit dada tu, dia baru saja habis mencuci kereta. Tiba-tiba kepalanya terasa pening dan mata berpinar. Tak lama kemudian aku pula terima panggilan daripada jiran di kampung hubby mengatakan yang ibunya demam panas yang agak teruk dan meracau menyebut namanya dan kakaknya. Aku yang menerima panggilan waktu tu terasa sebak dan risau serta-merta, tentulah hubby begitu juga. Mungkin ianya menjadi penyebab juga degupan jantungnya menjadi lebih cepat akibat terkejut dan kesannya terasa sakit di dada.

Wad CHDW bukanlah wad biasa yang kadang kanak-kanak bawah usia 12 tahun pun boleh terlepas masuk pada waktu melawat di hujung minggu. Sekali masuk pun hanya dibenarkan 2 orang pelawat dan perlu bergilir jika bilangan pelawat melebihi daripada 2 orang.

Seharian di hujung minggu hubby habiskan waktunya di wad. Bosan katanya. Apa nak buat.

Hari Ahad itu aku hanya sempat datang pada waktu tengahari. Kakak dan mak aku sempat melawatnya di sebelah petang.

Pagi Isnin hubby SMS minta aku datang awal. Doktor nak jumpa aku katanya untuk terangkan tentang masuk kamera untuk meninjau keadaan jantung hubby. Pun begitu terasa rindukan anak-anak katanya. Baru sehari dah resah. Tak rindu aku ke? He..he..

Selepas siap hantar keempat-empat anak ke sekolah masing-masing dan si kecil sekali ke rumah pengasuh, aku siapkan dulu makan tengahari mereka dan sidai kain mana yang sempat. Hanya Aishah yang ponteng sekolah sebab aku terlalu penat untuk bangun awal dan menghantarnya ke Bangi.

Seawal pukul 11 pagi aku tiba dan berjumpa dengan doktor. Beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang prosedur dan risikonya. Bila dengar tentang risiko, hubby aku terasa sangat risau. Mindanya memang penuh dengan kerisauan waktu itu.

Boleh baca tengah prosedur angiogram, angioplasti dan risikonya di SINI.

Sumber gambar dari SINI
Hubby diminta puasa sebelum angiogram dilakukan. Aku pula terus SMS anak sulung aku, Aishah untuk cari maksud yang lebih jelas tentang angiogram di internet. Memang terperincilah penerangannya ; ringkas tapi padat.

Nurse kata ada lebih kurang 25 orang sedang menanti giliran untuk buat angiogram. Dari wad CHDW saja ada 4 orang termasuk hubby. Jenuhlah nak menunggu. Keresahan walau pun sedikit tapi dapat aku lihat pada wajahnya.

Sehinggalah dalam pukul 5.25 petang barulah hubby dibawa ke bilik ini, makmal Diagnostik Kardiotorasik.


Lama aku menunggu di luar bilik ini. Risau pun ada. Bila aku tanya salah seorang yang turut menunggu di luar itu, katanya telah menunggu sejak jam 2.00 petang. Buat aku lagi gelabah. Mundar-mandir aku di situ. Itu pun aku telefon juga ke rumah pengasuh anak bongsu meminta kebenaran untuk ambil anak aku tu lewat sikit sekitar pukul 8~9 malam. Berpesan juga pada Aishah agar jagakan adik-adik yang lain. Nyaris jugalah anak-anak dah pandai masak sendiri walau pun hanya goreng telur atau nuget. Aishah dan Amirul pun dah boleh masak nasi.

Tepat jam 7.15 malam, kelihatan hubby ditolak keluar atas stretcher dalam keadaan sedar. Kesian aku tengok keadaan yang terpaksa dia lalui. Hubby terus ditolak menuju wadnya semula.

Tangan kanan dan kaki kanannya sakit dan tak boleh nak angkat. Katanya mula-mula doktor masukkan tiub melalui salur darah tangan kanan tetapi gagal untuk sampai ke jantung. 3 kali percubaan masih gagal. Sakit katanya, ngilu, senak. Kemudian cubaan ikut salur di peha barulah berjaya. Itu pun dapat lihat di bahagian kiri jantung.

Tangan kiri pula tak boleh nak gerak sangat kerana ada tiub untuk air masuk ke dalam badan. Hanya kaki kiri saja yang mampu bergerak. Nak buat apa-apa pun perlulah dibantu.

Sepanjang hari hubby tak makan kerana berpuasa sebelum buat angiogram. Jadi aku suapkannya nasi dan lauk yang pihak hospital sediakan. Mula-mula katanya nak makan sikit je, tengok-tengok habis nasi dimakannya. Lapar sangatlah tu.

Sebelum balik aku uruskan dulu apa yang dia nak seperti makan, minum, dapat lap muka saja dengan tuala lembap, berkumur dengan listerin dan buang air kecil. Aku tak boleh nak bermalam kerana nak uruskan anak-anak yang 5 orang pula di rumah.

Dalam perjalanan balik aku singgah rumah pengasuh ambil Arif dulu. Sampai di rumah, anak-anak masih belum tidur lagi. Aku malas dah nak memasak, jadi tadi aku dah singgah di KFC Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Bungkus je ayam KFC untuk anak-anak. Suka sangatlah diaorang.

Nak kena tidur segera sebab esok seawal 6.40 pagi dah nak kena hantar Aishah ke sekolah dan adik-adiknya juga. Kesihatan diri pun kena jaga supaya aku dapat menjaga yang lain. Jangan lupa makan jamu dan pil supplement yang lain. Minum air suam selalu.

p/s : sambung nanti, kena angiogram lagi sekali... adoiiii!

Sambung ke Part 3

Saturday, 8 September 2012

Part 1 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Lama tak mencurah rasa di blog ini. Tentunya ada antara rakan-rakan yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang. Mana yang menjadi teman facebook mungkin ada yang tahu situasi aku sekarang. Terlalu sibuk dengan urusan keluarga hingga kerja aku pun turut terbengkalai. Nyaris juga aku kerja sendiri dan pendapatan pun berbaloi lagi untuk buat 'back-up' sebulan dua. Maklum saja setelah 2-3 tahun bercuti, baru tahun ini mula serius kembali dengan kerja aku. Itu yang 'back-up' duit tak sebanyak mana. Itu pun untuk diri sendiri je.

Bukan aku tak biasa menguruskan anak-anak yang 5 orang tu tanpa suami di sisi. Selalu juga hubby outstation yang kadang hingga seminggu lamanya. Tidaklah sampai berbulan seperti rakan-rakan yang suaminya pergi belayar tu. Bila dia tiada di sisi memang segalanya perlu aku lakukan dengan ringkas dan pantas.

Namun tiadanya dia kali ini untuk sama-sama menguruskan hal anak-anak dan rumahtangga adalah dalam situasi yang berbeza. Ramai yang sudah melaluinya tetapi aku pula baru kini diuji oleh Allah hingga rutin hidupku seharian menjadi berubah menjadi lebih sibuk. Ianya banyak menuntut lebih tenaga, masa dan kesabaran.

Segalanya bermula pada tarikh hari lahir anak aku yang ke-3, Siti Nur Asyikin di usianya yang genap 12 tahun pada pukul 5.00 petang di rumah aku.

"Mama! Tolong hantar ayah ke klinik", pinta hubby yang tiba-tiba saja.

Aku rasa cuak seketika. Selama 17 tahun usia perkahwinan aku, hubby bukanlah jenis yang suka pergi ke klinik. Cukup tak suka ke klinik kecuali jika benar-benar terpaksa. Ngeri dengan jarum suntikan, takut dengan darah dan susah nak makan ubat. Masuk ke bilik bersalin semasa aku nak melahirkan anak-anak pun kerana dipujuk berkali-kali.

Jadi, bila dia meminta pertolongan sebegini bermakna dia berada dalam kesakitan yang amat sangat dan tak mampu untuk dia cuba bertahan. Tentunya dia juga berasa takut jika ianya menjadi lebih serius.

"Boleh!", jawap aku spontan.

"Tapi hari ni klinik An Nur tutup. Kalau tak ke Hospital An Nurlah kat Bangi. OK ke nak ke sana?", tambah aku lagi.

"Takpelah! Ke Bangi je lah!", jawap hubby dengan wajah sedikit menahan sakit sambil tangan memegang dadanya.

"Ayah kenapa?", tanya aku lagi.

"Dada sakit, macam pedih ulu hati je!", jawapnya lagi.

Aku bingkas memakai tudung dan mencapai beg tangan. Sempat aku tinggalkan pesanan pada Aishah selaku anak sulung untuk menjaga adik bongsunya, Arif. Pohon juga agar adik-adiknya yang lain turut bekerjasama menjaga Arif. Aku terangkan serba sedikit keadaan ayah mereka dan mungkin lewat balik.

"SMS atau call mama jika ada masalah!", pesan aku lagi.

Aku lansung hidupkan enjin kereta Kelisa aku. Mudah lagi pandu kereta Kelisa berbanding Honda Accord dia. Kereta kecil nanti senang nak cari parking di Hospital An Nur yang sering saja penuh. Perjalanan dari rumah hanya mengambil masa 15-20 minit.

Aku pimpin tangan hubby berjalan masuk ke ruang menunggu Hospital An Nur, Bangi yang berhadapan dengan Masjid Jamek Bandar Baru Bangi tu. Lembap baju hubby aku. Tak sempat nak menukar kain pelikatnya pun.

Dalam kekalutan, tak sempat nak mencapai buku klinik hubby kerana Hospital An Nur adalah panel tempat kerjanya.

Nurse di kaunter pendaftaran kata "kalau tak bawa buku, kena bayar tunai!".

Tak kisahlah bayar tunai pun! Anggukkan kepala sajalah.

Data-data hubby diambil dan nombor diberikan. Giliran menunggu hanya seorang saja lagi. Aku duduk dulu di sebelah hubby. Resah pun ada, tapi aku cuba tenangkan diri. Kesian juga tengok hubby.

Seminit dua pun terasa lama. Aku bangun semula menuju ke kaunter "Dik! Doktor ada ke? Abang akak tu sakit dada!".

"Doktor ada! Sekejap ye!", nurse cuba menyabarkan aku.

6 minit juga menunggu, akhirnya nombor giliran hubby muncul. Dia masih boleh berjalan di hadapan aku dengan perlahan.

"Pukul berapa kena? Sakit di bahagian mana?....", dan pelbagai lagi soalan doktor ajukan.

Doktor bawa hubby ke bilik kecemasan untuk check degupan jantung dan tekanan darah. Tak tahulah apa nama mesin tu. Nak kena pasang butang pulak melekat di dadanya, penyepit di kedua-dua tangan dan kaki.

"Kena refer ke Hospital Serdang ni!", kata doktor pada aku.

Sebelum pergi, doktor dah bagi hubby ubat dulu untuk redakan kesakitan. Aku pun tak bertanya ubat apa yang doktor bagi. Minda tengah celaru dalam tenang masa tu.

Di kaunter farmasi, bil yang perlu dibayar sebanyak RM95.50. Nasib baiklah hubby ada ambil duit sebelum ni untuk bayar duit kad kreditnya. Gunakan yang itu dululah.

Doktor berikan surat untuk aku bawa ke bahagian kecemasan di Hospital Serdang.

Aku turunkan hubby di bahagian kecemasan di Hospital Serdang dan kemudian mencari parking. Nyarislah memandu kereta Kelisa. Dapat juga menyelit 'side parking' di antara kereta-kereta yang dah banyak beratur di tepi jalan.

Lagi sekali hubby di pasang butang di badan dengan rupa sepit yang sama melekat di badan. Sama seperti tadi. Namun kesakitan dadanya mula berkurang. Mungkin kesan dari makan ubat tadi.

Aku buat pendaftaran dan kemudian hubby di tolak pula ke bilik kecemasan label kuning. Kena check degupan jantung lagi dengan peralatan yang sama seperti tadi.

Jika tadi hubby berpeluh, kini berselimut seluruh badan kerana suhu yang sejuk di dalam hospital.

Sedar tak sedar jam sudah pun menunjukkan angka 7.27 malam. Teringat anak-anak di rumah. Aku SMS Aishah mengatakan ayahnya di Hospital Serdang. Dia pun tahu di mana lokasinya kerana pernah melawat aku sewaktu ditahan dalam wad akibat denggi dulu.

Acara mengerikan hubby bila kena cucuk untuk ambil darah. Aku macam biasa tengok je jarum tu dicucuk di lengannya. Kemudian kena pergi X-ray dan diambil urine untuk ujian kesihatan. Ada doktor check dan bertanya pelbagai soalan pada hubby.


Asyikin pun dah mula SMS bertanyakan bila aku nak balik. Keputusan sama ada perlu ditahan di wad atau tidak masih belum pasti. Jam sudah pun pukul 9 malam. Risaukan makan malam yang belum tersedia untuk anak-anak. Hubby izinkan aku balik jenguk anak-anak dulu. Maka bergegaslah aku balik ke rumah yang perjalanan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke rumah, menghala ke Bandar Seri Putra. Dek kerana malas dah nak memasak, aku singgah di KFC Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Bungkuskan ayam KFC je untuk anak-anak.

Semasa di rumah aku siapkan sehelai dua baju dan kain pelikat hubby dalam beg. Segala ubat gigi dan sebagainya pun aku sediakan. Standby kalau-kalau dia terpaksa bermalam di wad buat pertama kalinya dalam usianya yang dah pun melangkau 42 tahun.

Aku sempat baring sekejap kerana sakit kepala pula. Macam migrainelah juga. Ubat migraine pula dah habis. Makan panadol sajalah.

Dalam pukul 10.45 malam aku terima SMS dari hubby mengatakan dia perlu admit dan meminta aku sediakan keperluan yang ringkas. Aku pun bersiap dengan anak-anak pun nak mengikut sama.

"Nak ikut tu boleh! Tapi duduk dalam keretalah sementara mama hantar barang kat ayah!", pesan aku pada anak-anak. Hanya Aishah saja yang tak mahu turut serta. Bukan aku nak ke mana pun.

Pukul 11.30 malam aku sampai di lobby hospital dengan memandu kereta hubby, selesa sikit anak-anak. Sementara aku nak naik ke wad, anak kedua aku yang dah pun 14 tahun ditugaskan untuk jaga Arif di dalam kereta.

Terpaksa memberitahu tujuan nak hantar barang pada guard di pintu masuk dekat lift lobby. Jauh juga nak berjalan ke wad CDHW di tingkat 4 tu.



Selepas jumpa hubby, muntah sekejap kat toilet. Begitulah keadaan aku kalau dah kena migraine. Boleh berjalan lagi. Kenalah kuatkan semangatkan. Nak bermanja kena bertempat juga.

Memandu pulang dengan kepala yang sakit dan agak mengantuk. Nyaris juga ada beli air 100 plus sebelum tu untuk meredakan rasa mengantuk.

Kesian hubby terpaksa bermalam di hospital. Arif pula bila ditanya, "Mana ayah?".

"Ayah keje!", jawapnya. Baru berusia 3 tahun, bukan faham pun kalau ayah dia sakit.

p/s : sambung nanti tentang hubby terpaksa jalani 'angiogram'.

Sambung ke Part 2

Apa ibu bapa kena buat semasa anak-anak dalam dewan peperiksaan

Aku kongsikan amalan yang elok ibu bapa lakukan disaat anak-anak kalian sedang berjuang menjawap soalan di dewan peperiksaan. Di samping kita berdoa untuk mereka, amalan ini juga membuatkan diri kita sendiri lebih tenang dan redha dengan segala yang Allah tentukan.

Tahun ini, Asyikin akan menghadapi UPSR. Moga segala usahanya berbaloi, redha dengan apa jua keputusan dan matang menghadapinya.

Terima kasih kak Nazila, rakan yang hanya aku kenali melalui facebook atas perkongsian ini.