iklan

Followers

Pages

Saturday, 30 July 2011

Allah mengirimnya sebagai peringatan!

Malam tadi terdengar di TV3 katanya Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana di kejarkan ke hospital. Sedih juga aku mendengar beritanya semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematiannya pula.

Allah lebih mengetahui dan moga kita yang hidup ini mendapat pengajaran darinya. Alfatihah, moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Kita yang hidup jangan menyebut yang buruk hanya untuk menyakiti hati ibu bapa dan keluarganya.

Apa yang berlaku ada hikmahnya agar kita mempelajari sesuatu yang terkadang kita tak ambil pusing pun. Allah telah memberi peringatan buat kita semua.

Alfatihah!

Berita di petik dari SINI.
Terima kasih pada Yien kerana maklumkan di facebook!!

KUALA TERENGGANU - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

11 comments:

CIK PARO! said...

patutla saya xtau pasal cerita ni..
coz TV kt umah rosak..
pastu rajin sgt baca surat khabar..
nasib baik ada blogger mcam sis leh kongsi info..
ape2 pun ia sebagai iktibar untukkite sume..

ir yien 9897 said...

yer kak liza..
sangat sedih,
semoga arwah di ampunkan dosa2 nya

jeBateja said...

Salah tetap salah....tak rela mak nyahhhh.....ahakz...

Puan Kutu said...

sytau nbenda niedr blog khalis..td kt berita pun ada tunjuk.tak sempat nk pkaibju kurung pahang ry nti..apapun Al-fatihah..semoga kisah aruah dijadikan teladan..

Unknown said...

semoga dia diampunkan Allah

Ct Aja said...

kecian dia kan akak... tak la cakap pnjg,moga Allah ampunkn segala dosanya..

Lulu Caldina said...

Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)

Anonymous said...

Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Allah nak beri pengajaran, kita yg masih hidup jadikan teladan.

mas saari said...

selamat berpuasa kak!
mohon maaf kalau ada salah dan silap ye...

selamat bersahur gak!

Unknown said...

al fatihah utk allahyarham ashraf

salam ramadhan utk klrg kak sklrg..

Diana @ BKKC said...

salam kenal...muga ada hikmah disebaliknya..dia pergi sebelu m1 ramadhan