iklan

Followers

Pages

Wednesday 10 August 2011

Lemang kesukaan ayah

Melihat gambar ini yang aku ambil dari blog Mas Saari pasti menggamit ingatan pada arwah ayah. Kebetulan pula semalam 9 Ramadhan, genap setahun ayah meninggal kami sekeluarga. Namun raut wajahnya masih tetap dalam ingatan. Begitu juga suaranya bila berbicara.

Arwah ayah sangat suka makan lemang. Setiap kali raya pasti mak akan buat lemang untuk ayah. Semasa ayah sihat dulu, dialah yang menjaga api membakar lemang. Sejak dia sakit, anak-anak dan menantu lelaki yang mengambil alih tugas. Itu pun banyak petua yang abang-abang aku pelajari semasa membakar lemang dari ayah agar ia tidak berkerak dan masak sekata.

Raya tahun lepas kami tidak membakar lemang pun kerana tidak mahu menambah kesedihan mak kerana baru saja ayah meninggal dunia. Pasti air mata mak akan gugur jika melihat lemang kerana itulah masakan kesukaan ayah semasa hayatnya.

Anak-anak aku sendiri rindukan saat-saat mebakar lemang dan mengharapkan dapat beraya di Jengka. Tapi apakan daya, setiap kali raya mak pasti akan ke rumah kakak di Desa Subang Permai kerana pusara ayah di Kota Damansara. Pastilah kami akan menziarahi pusara ayah di pagi raya.

Semalam pun mak menangis-nangis menelefon kakak aku dari kampung di Jengka 16, Pahang mengingatkan agar menziarahi pusara ayah sempena genap setahun ayah meninggal. Jika mak ada di rumah kakak, biasanya seminggu sekali mak akan melawat pusara ayah.

Entahlah! Rindunya aku pada ayah. Semalam pun teresak-esak aku menangis teringatkan ayah. Tak pelah, semalam pun aku tak puasa kerana demam teruk. Setiap kali aku sakit, memang ingatan pada ayah lebih kuat.

Kisah ayah banyak aku kongsikan di SINI. Alfatihah!

11 comments:

mas saari said...

kita senasib kak..
arwah abah Mas meninggal 22 Ramadhan, arwah mak pulak 27 Ramadhan... memang sedih setiap kali nak raya!!

Mas izinkan akak pinjam gambar..

Liza @ Adzriel AB said...

mas saari : TQ mas, sedihnya keduanya pergi dlm bulan ramadhan. pastilah ingatan tu sgt kuat kerana istimewanya ramadhan & syawal ni.

Hanis Azla said...

sedihkan kak mengenang ayah yg telah tiada.. selepas 26 tahun berlalu, rindu pada arwah ayah tak pernah pudar dan berkurang.. malah bertanbah2 lagi.. Semoga arwah ayah kita tenang di sana..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : kak liza baru setahun. rindu sangat.. aminnn atas doanya.

Unknown said...

al-fatihah..
sekarang dah tak ramai anak muda yang nak belajar buat lemang.
tak tahu la masa depan agaknya
time raya orang beli lemang segera je...

sud@is said...

sama juga ayah saya meninggal pada 1 ramadhan...sadissss

ummiross said...

Ayah ummi pun dah takde, hanya doa dan bacaan AlQuran setiap selepas solat ummi sedekahkan, moga rohnya tenang disana

FadhDeela said...

Al fatihah buat arwah ayah akak...sedihnyer baca entry akak nie :(

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat arwah ayah Liza..

Ayah akak pun dah meninggal 16 tahun lepas. Bila masih baru, pedihnya memang terasa tapi Allah lebih sayangkan dia, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.

alongxp said...

saba la kak, pada saya akak lbh beruntung sbb tak jumpe sbb orgnye dah xde,nak banding ngan saye ni, orgnye ade tapi xleh jumpe...(bukan ayah saye tau..haha...jgn slh anggap),kat kota damansara ada kubur ke?kat belah mana?xpenah tau lak...

Bee said...

al-fatihah .. ayah saya tk tahu lah suka apa kecik2 lagi dah pun meninggalkan kami..