iklan

Followers

Pages

Wednesday, 26 May 2010

Bersyukur & Berusaha

   Melihat kesusahan orang lain, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Walau pun tidaklah sekaya mana, tapi aku ada ibu ayah yang baik, adik-beradik serta ipar yang sayang dan hormat antara satu sama lain, mertua yang lemah lembut dan memahami, suami yang penyayang dan bertanggungjawap, anak-anak yang menghiburkan, teman-teman yang baik dan jiran-jiran yang 'sporting'. Ditambah pula dengan keperluan sempurna yang suami tercinta sediakan untuk kami seisi keluarga yang agak besar ini, 7 orang je. Bila aku kenangkan semula apa yang aku ada, terasa kerdil sangat kerana selalu jugalah merungut bila ada susah sana-sini.

   Kerana itu juga aku tak faham kalau ada orang yang kata susah nak cari kerja, susah nak cari duit sebab aku akan buat apa saja kerja yang aku mampu asalkan halal. Aku pernah jadi pembantu kedai mesin jahit "Singer" dengan gaji RM300 sebulan. Pernah juga kerja di restoran fast food A&W di PJ state. Dapat juga aku 'improve'kan sikit bahasa inggeris aku yang kalut tu. Masa tu baru lepas SPM sementara nak tunggu tawaran masuk mana-mana IPT. Dengan duit tu lah aku buat bayar yuran masuk POLISAS di Kuantan dulu. Bulan-bulan pulak mak ayahlah yang bagi hasil duit menoreh getah tu. Kesian mak ayah aku, susahnya cari duit untuk kami lima beradik sekolah.

   Habis belajar POLISAS pun aku tak cuti lama, sempat le 2 minggu je duduk kat rumah tu. Ada interview di kampus, aku dapat kerja shift sebagai 'QC technician' di sebuah kilang elektronik, Bandar  Baru Bangi. Di situlah bermulanya hidup aku di Bandar Baru Bangi sejak tahun 1993 hingga sekarang. Dalam tempoh itu pun banyak juga aku pindah kerja sebab bila nak kawin macam tak sesuai pula kerja shift. Bagi orang lain mungkin tak jadi masalah tetapi tidak bagi aku. Sementara mencari kerja yang sesuai semula di Bandar Baru Bangi, aku berpindah kerja sebagai kerani di sebuah syarikat kargo, Subang. Sebulan je sebab tak sesuai betul dengan jiwa aku. Dapat kerja pula di TTDI sebagai pembantu 'Draughwoman'. Aku suka sangat kerja ni tapi 3 bulan je sebab dapat 'offer' semula kilang elektronik lain pula di Bandar Baru Bangi sebagai 'technician' juga tapi waktu kerja normal yang memang 'target' aku. Jadi, dekat le semula dengan tunang aku yang dah jadi suami pun.

  Inilah gambar masa kat Cameron dengan 4 orang anak aku dan 3 orang anak saudara.

   12 tahun aku di kilang tu sejak 1995 sampai le naik taraf sikit ke 'assistant engineer'. Hujung 1995 aku kawin dan 4 orang anak aku lahir semasa aku bekerja di situ hingga aku 'resign' dengan rela hati pada 31 Ogos 2007. Macam sambut merdeka pulak aku terus pergi cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland bersama suami dan anak-anak, adik beradik aku dengan keluarga masing-masing dan mak ayah. Memang meriah sangat.
Seluruh keluarga sebelah aku le....kat Cameron

   Aku resign dari kerja tetap aku tetapi aku masih 'part time' (dengan anak-anak) kerja 'consultant' unit trust, sikit-sikit buat insuran juga dan 'reschedule' kad kredit. Memang jenis tak suka nak duduk diam aje. Jadi, siapa yang kata susah nak cari kerja. Asalkan kita nak, berusaha, insyaallah adalah rezekinya. Kalau duduk diam-diam saja, tak buat apa-apa, manalah duit tu nak datang terbang kat kita.

   Dalam pada tu ada juga perkara lain yang aku buat untuk tambah income sikit-sikit tapi masa tetap banyak untuk anak-anak. Alhamdulillah, cari rezeki sambil beramal juga. Aku uruskan blog ni termasuk dua lagi ; Adzrien Shoppe dan Res2 Supply. Baru nak bermula aje.

   Aku harap aku tak 'give-up' menghadapi cabaran dan dugaan. Aku harap aku tak lupa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini. Terima kasih pada suami dan anak-anak kerana kalian membahagiakan aku dan membuatkan hidup ini terasa lengkap. Maaf atas segala kekurangan.
4 orang cahayamata yang tak perlu didukung lagi dah...

yang kecik sekali ni kena dukung le..baru belajar menapak 1 langkah. 28 Mei ni baru setahun.

Monday, 17 May 2010

Teaching Your Kids Modern Manners

Article from my favourite link :
http://www.oprah.com/relationships/Teaching-Your-Kids-Modern-Manners

As the mother of two boys, I feel I have a duty to prepare my sons to take their places in society someday as informed citizens, productive employees...and really excellent dates. While teaching them about voting and completing chores may seem more important than, say, the art of small talk, I hope the mothers of daughters will appreciate my effort in the area of etiquette. Old-fashioned? Not all all! I'm a futurist when it comes to etiquette. I am thinking of you, future young women of America, as I instruct/harangue my male children daily.

You can take the boy out of the cave, but you can't always take the cave out of the boy. In my house, I focus on three areas of good manners that I hope will pay off when my sons are out in polite society, if there is any polite society left by the time they hit dating age. Read More...

Tuesday, 4 May 2010