Dah banyak hari tidur aku tak lena. Selama ni memang selalu bangun dalam pukul 2 atau 3 pagi pun buat susu baby. Itu sekali dua saja kira OK lah juga. Ini sekejap-sekejap terjaga kerana Arif merengek sakit mulutnya. Cuma malam tadi tidaklah seteruk dua tiga hari lepas. Mata aku pun dah sembab.
Inilah dugaan bila menjaga anak-anak yang masih kecil, oleh itu :
- Jangan derhaka dengan mak ayah.
- Jangan kesal bila Allah belum nak beri anak, mungkin belum masanya.
dan yang paling aku fikirkan :
- Beratnya dugaan mereka yang sepanjang masa tidak dapat tidur lena menjaga anak yang kurang upaya, sakit yang berpanjangan dan tiada sumber kewangan untuk membiayai kos rawatan anaknya yang sakit.
Dugaan aku terlalu kecil berbanding mereka dan inilah mengingatkan aku supaya bersabar. Sekurang-kurangnya masih sempat aku kongsikan kisah bersama kalian dan Arif pun masih mampu bergusti dengan abangnya.
Alhamdulillah, pagi tadi dia nak suap sendiri bubur nasi yang aku campurkan dengan sup ayam. Tak mahu aku suapkan. Awal pagi habis juga sebotol susu dan sehingga pukul 1.00 tadi aku kerap beri dia air masak sama ada guna straw atau picagari.
Memang sangat risau bila dia sukar nak makan dan minum hingga aku sudah berfikir untuk bawa dia ke Hospital An-Nur di Bandar Baru Bangi. Kalau terpaksa admit pun tak mengapa asalArif sihat. Akan aku bawa Asyikin,11 untuk menemani aku. Azri,9 aku tinggalkan dengan kakaknya Aishah,15 di rumah hingga ayahnya balik. Itulah konon-kononnya perancangan aku.
Hubby aku belum balik dari kampung sejak subuh semalam atas urusan tanah mak mertua aku di Semanggol, Perak. Dia balik ditemani anak lelaki aku yang 13 tahun tu. Petang nanti dia baliklah kerana malam nanti nak balik ke Jengka pula kerana pagi Jumaat nak ke Maran bersama adik-beradik aku yang lain atas urusan tanah pusaka ayah.
Aku harap Arif dapat cepat sihat dan tidur lena semasa balik ke Jengka nanti.
14 comments:
alhamdulillah..semoga sihat selalu..klu tak mak mesti tak senang dudukkan..
Assalamualaikum Liza
moga Arif cepat sebuh
dan urusan hubby tu dipermudahkan
Wassalam
Bila anak2 sakit kita ibu pun turut tak tido malam..akak doakan muga2 Arif cepat sembuh dan banyak2 bersabar memelihara anak2 ni.
bebudak kecik kalau sakit, kesian sangat la. especially kalau yg belum pandai cakap. tak dapat dia nak bagitau sakit kat mana, dah tu nangis lagi..kesian la..
semoga Arif kembali sihat dan bergusti dengan aksi lebih cergas dengan abangnya ya :)
Setuju.
Sebab itu Rasul SAW kata ibu 3kali, lepas tu baru bapa (apabila di tanya tentang keutamaan)..
Saya dapat lihat bagaimana si ibu bersengkang mata menjaga anak kecil, lepas saya punya anak sendiri..saya hargai ibu saya, isteri saya..
Semoga Arif cepat sembuh, ummi faham sangat kesukaran dan kerisauan menjaga anak sakit...
saya baru balik kampung minggu lpas...kasi anak lasak sikit...bkubang kat tali air sampai merah mata. Tanah kat smanggol tu nak jual ker? atau tukar hak milik jer...
Salam kenal...
Semoga your son sihat yea...amin...
Besabar..Allah fahm maksud hati kita sebagai ibu...
Take care...
p.s nice blog...
Semoga semuanya kembali normal..Harap Arif sehat kembali...
p/s: anak itu anugerah tuhan, hargailah kerana tidak semua berpeluang memilikinya..
Entri terbaru: Tips Mengetahui Ranking Blog Anda
semoga arif cepat sembuh.. selamat balik kampung juga yer kak..
salam.....
kak...saya mendoakan agar Arif cepat sembuh...dan kak..jaga kesihatan...jangan kak pula yang sakit...
Dah ok dah tu Arif,semoga segalanya baik..
Dugaan yg Allah bagi itu untuk menguji tahap keimanan kita..
Seharusnyalah kita bersyukur atas segala kesempurnaan yang telah Allah beri sebelum ia ditarik balik olehNya
Syukur Alhamdulillah!!
betul ckp akk..kita kena bersabar utk membesarkan anak² kita. terutama sekali masa dorang sakit. mcm adam hari tue..kina rasa biarla kina yg kena sakit tue. biarla adam yg sehat.x sanggup nak tgk anak skt nie.
Post a Comment